Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan surat
daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah untuk
diberikan kepada ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan
bahawa Pak Jusuh perlu menjelaskan yuran peperiksaan Jamilah
sebanyak tujuh puluh lima ringgit.
Pak Jusuh mengeluh kerana tidak mempunyai wang
untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan, dia tidak
mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai
Mutusami juga semakin hari semakin bertambah.
Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana enggan
menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh percaya dengan
menjadi nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang.
Akibatnya mereka terus hidup dihimpit kemiskinan
Mutusami datang menuntut hutang daripada Pak Jusuh. Pak
Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang tersebut kerana tidak
mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke
mahkamah. Pak Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami.
Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah menawarkan sebuah
radio kepada Mutusami sebagai cagaran namun enggan
menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan
hutangnya sedikit demi sedikit.
Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput
Pak Jusuh menghadiri majlis kenduri di rumah menantunya. Pak Jusuh
menyatakan hasratnya mahu menyertai tanah rancangan kerana
hendak mengubah nasib keluarganya. Pak Seman berjanji akan
menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah rancangan tersebut.
Tema Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik.
Persoalan i. Amalan berhutang akan membawa padah ii. Usaha untuk keluar daripada kesempitan hidup iii. Berani mengubah nasib demi keluarga iv. Tolong-menolong merupakan amalan mulia v. Sikap bertolak-ansur dapat menyelesaikan masalah yang timbul
Pak Jusuh • Suami Mak Limah • Bekerja sebagai nelayan • Seorang yang buta huruf • Banyak berhutang
Mak Limah • Isteri kepada Pak Jusuh • Mengambil berat urusan keluarga
Jamilah • Anak Pak Jusuh dan Mak Limah • Seorang gadis yang aktif
Mutusami • Seorang peniaga di kampung tersebut • Menuntut hutang daripada Pak Jusuh • Boleh bertolak ansur
Pak Seman • Telah menyertai tanah rancangan • Kehidupannya lebih baik dan senang
i. Masa : waktu petang menjelang senja ii. Tempat : ruang tamu rumah Pak Jusuh iii. Masyarakat : masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, masyarakat buta huruf, masyarakat yang bertolak ansur, masyarakat yang berani berubah
i. Sinkope - tak, nak, mak ii. Simile - hitam pekat macam kopi o
yang kita minum ni iii. Loghat India - Awak hutang saya punya kedai sudah banyak, saya pun mahu guna itu wang iv. Repetisi - Buku di sana, kain di sini, baju di situ v. Ayat pendek - Kita juga, Balik!, Awak faham
i. Tabah - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan
ii. Prihatin - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan
iii. Bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah
i. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan
ii. Kita hendaklah berani melakukan perubahan demi kebaikan hidup sekeluarga
iii. Kita hendaklah bertolak ansur dengan orang lain untuk mengelakkan pergaduhan
Top Related