zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty
uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrty
uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl
SMK Yong Peng
Tajuk cerpen : Mutiara Bonda
Antologi : Harga Sebuah Lukisan
Ahli – ahli :
1. Koh Shy Yun ( ketua )
2. Hwang Jia Ying
3. Yee Chew Jie
4. Pong Zhi Yong
5. Amirul Asraf
6. Mohd. Sharom
Guru Penasihat ,
…………………………
( En. Harun Segaran Bin Abdullah )
Pengenalan
Kami murid dari SMK Yong Peng, kelas 3 kenanga membuat kajian tentang
cerpen yang bertajuk Mutiara Bonda. Kami menyiapkan kerja ini dalam masa 2
minggu. Guru penasihat adalah En. Harun Segaran Bin Abdullah.
Ahli kumpulan :
Koh Shy Yun ( ketua )
Hwang Jia Ying
Yee Chew Jie
Pong Zhi Yong
Amirul Asraf
Mohd. Sharom
Isi kandungan
1. Pengenalan
2. Sinopsis
3. Tema
4. Persoalan
5. Watak perwatakan
6. Plot
7. Gaya bahasa
8. Latar
9. Nilai
10. Pengajaran
11.
Sinopsis
Bonda menerima sepucuk surat daripada anak lelaki tunggalnya yang menuntut di
Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda terhadap peristiwa yang berlaku
kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Mohd. Harraz ataupun dipanggil adik merupakan anak
bongsu yang cukup nakal, manja, dan panas baran. Namun, sikap negatifnya itu diterima
oleh bonda dengan cekal dan sabar. Bonda tidak pernah menggunakan kekerasan
ataupun menghamburkan kata-kata yang kurang enak dalam mendidik adik.
Adik malas belajar, selalu ponteng sekolah, dan mendapat nombor tercorot di dalam
kelas. Adik tidak seperti kakak-kakaknya yang berjaya dalam pelajaran. Kak Long
menuntut di Universiti Southwestern, Texas, manakala Kak Ngah menuntut di Universiti
Monash, Australia. Kak Cik, iaitu kakak ketiganya kerap menegur perbuatan adik. Adik
bukan sahaja tidak mendengar nasihat Kak Cik malahan membalasnya dengan kata-kata
kesat. Adik juga tidak kasihan kepada bonda yang membanting tulang dengan
mengambil upah menjahit , bersawah padi, dan menoreh getah untuk menyara
kehidupan mereka sekeluarga.
Ketika awal darjah enam, adik mengambil keputusan mengejut, iaitu ingin berhenti
sekolah dengan alasan tidak berminat untuk belajar. Hati bonda hancur kerana beliau
meletakkan harapan yang tinggi agar adik bergelar ustaz pada suatu hari nanti. Bonda
mahu adik mewarisi kewarakan arwah suaminya, Lebai Sidi. Lebai Sidi telah dianiayai
orang kerana dikatakan mengedarkan dadah. Lebai Sidi meninggal dunia di penjara
sebagai akibat sakit jantung ketika bonda mengandungkan adik. Bonda beranggapan
adik bersikap sedemikian kerana jiwa bonda tidak pernah tenang sejak peristiwa pahit
yang menimpa suaminya. Bonda juga hampir-hampir menggugurkan kandungannya
tetapi telah dihalang oleh arwah datuk.
Suatu hari adik mengalami kemalangan jalan raya kerana mengelak daripada
terlanggar seekor kucing. Malangnya, motosikal yang ditunggang oleh adik bertembung
dengan sebuah kereta dari arah hadapan. Kemalangan tersebut telah menyedarkan
adik. Adik insaf akan kesalahannya selama ini. Selepas adik sembuh, dia menyuarakan
hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Adik dihantar ke sekolah pondok.
Selepas mengambil PMR, SMRA, SPM, STA , dan 4 Thanawi, adik memohon ke Institut
Tahfiz al-Quran. Selepas bertahun-tahun mendalami al-Quran, adik telah berjaya
melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan. Adik akan menamatkan
pengajiannya tiga bulan lagi. Akhirnya, impian bonda untuk melihat adik menjadi ustaz
tercapai juga.
Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki
yang melakukan pelbagai kenakalan hingga berjaya.
Persoalan
(a) Kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu. Contohnya, bonda sentiasa
melayan kerenah adik walaupun anaknya itu sering kali bersikap degil dan tidak
mahu mendengar kata-katanya.
(b) Bertawakal dan memohon pertolongan daripada Tuhan. Contohnya, bonda tidak
pernah jemu berdoa kepada Allah SWT agar adik berubah menjadi anak yang
baik dan berguna kepada agama dan bangsa.
(c) Kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. Contohnya, bonda menasihati
adik bahawa ilmu yang bermanfaat menjadikan seseorang itu dipandang mulia.
(d) Keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika berada
dalam darjah enam.
(e) Masalah sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, adik gemar menghabiskan
masanya dengan melepak bersama-sama dengan rakan-rakannya, malah dia
juga telah mula menghisap rokok.
(f) Keinsafan untuk berubah menjadi baik. Contohnya, adik menyesal atas segala
perbuatannya selama ini dan dia memohon ampun kepada bonda kerana telah
banyak berkorban untuknya itu.
Watak dan perwatakan
(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Mohd. Harraz.
(b) Watak sampingan dalam novel ini ialah bonda, Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik, dan
Lebai Sidi.
Mohd. Harraz (Adik)
(a) Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
(b) Nakal, manja, degil, dan panas baran. Contohnya, pada setiap pagi, bonda akan
memandikan adik untuk ke sekolah. Adik juga pernah menyebabkan ibu jari kaki
bonda cedera terkena serpihan cawan kaca yang dihembas oleh adik apabila
permintaannya untuk membeli mercun tidak dituruti.
(c) Malas belajar dan tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Contohnya, adik
tidak mahu meneruskan persekolahan dan menyatakan hasratnya untuk
berhenti sekolah ketika awal darjah enam.
(d) Insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya, adik menyesali segala
perbuatannya selama ini dan dia berubah menjadi anak yang baik.
(e) Berpelajaran tinggi. Contohnya, adik menyambung pelajaran di Universiti al-Bayt,
Jordan.
Bonda
(a) Ibu tunggal kepada empat orang anak.
(b) Kematian suami semasa mengandungkan adik. Contohnya, suami bonda, iaitu
Lebai Sidi meninggal dunia di penjara akibat sakit jantung ketika bonda
mengandungkan adik tujuh bulan.
(c) Penyabar dalam melayani kerenah anak lelaki tunggalnya. Contohnya, bonda
tidak pernah memarahi apatah lagi memukul adik, sebaliknya bonda sentiasa
bersikap tenang dalam menghadapi tingkah laku adik.
(d) Gigih melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga. Contohnya, bonda
menambil upah menjahit baju, mengerjakan sawah bendang, serta menoreh
getah demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak setelah kematian suami.
(e) Ikhlas memberikan nasihat kepada anak-anaknya. Contohnya, bonda tidak
pernah jemu memberikan kata-kata nasihat agar adik berubah menjadi anak
yang baik.
(f) Bersyurkur atas perubahan sikap anak lelakinya. Contohnya, bonda banyak
melakukan sujud syukur dan menunaikan nazar setelah adik berubah ke arah
kebaikan.
Kak Long
(a) Saudara kembar Kak Ngah.
(b) Pelajar yang bijak dan masih menuntut di Universiti Southwestern, Texas.
Kak Ngah
(a) Saudara kembar Kak Long.
(b) Bijak dan masih menuntut di Universiti Monash, Australia.
(c) Banyak memberikan nasihat dan teguran kepada adik. Contohnya, Kak Ngah
menulis surat kepada adik untuk menasihati adik yang tidak mahu meneruskan
persekolahan.
Kak Cik
(a) Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
(b) Tidak sabar akan kelakuan adiknya. Contohnya, Kak Cik pernah menampar adik
ketika adik berkelakuan biadap terhadap bonda.
(c) Amat bersimpati terhadap penderitaan yang dialami oleh bonda. Contohnya, Kak
Cik amat kasihan melihat bonda terpaksa berhadapan dengan kedegilan,
kekerasan, dan kemalasan adik.
Lebai Sidi
(a) Arwah suami bonda.
(b) Dimasukkan ke penjara kerana dituduh mengedarkan dadah. Contohnya, pihak
polis telah menjumpai sebungkus dadah di dalam kereta Lebai Sidi. Dia
dipenjarakan akibat difitnah oleh orang lain.
(c) Mati di dalam penjara sebagai akibat sakit jantung.
Plot
Binaan plot
(a) Permulaan – bonda menerima sepucuk surat daripada anak tunggal lelakinya,
adik yang menuntut di Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda
ketika membesarkan adik atau nama penuhnya Mohd. Harraz sepuluh tahun
yang lalu.
(b) Perkembangan – pengarang menceritakan kenakalan dan kedegilan adik. Dia
akan marah dan mengamuk seandainya permintaannya tidak dipenuhi. Adik
tidak berminat untuk belajar. Ketika awal darjah enam, dia mahu berhenti
bersekolah. Keputusan adik itu menghancurkan harapan bonda yang
menginginkan adik menjadi ustaz bagi menggantikan arwah suaminya, Lebai Sidi.
(c) Klimaks – pada suatu malam, adik telah terlibat dalam suatu kemalangan. Dia
mendapat kecederaan kerana motosikal yang ditungganginya bertembung
dengan sebuah kereta. Sejak peristiwa itu, adik insaf atas kesilapannya dan
menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula.
(d) Peleraian – adik melanjutkan pengajian di Universiti al-Bayt, Jordan. Sepucuk
surat yang diterima daripada adik yang menyatakan bahawa dia akan pulang ke
tanah air selepas tamat pengajiannya tiga bulan lagi benar-benar
membahagiakan bonda.
Teknik plot
(a) Teknik pemerian.
Contohnya, saya tidak suka dengan kelembutan bonda terhadap adik.
Walaupun adik sudah hilang rasa hormat, bonda masih berlembut dan tidak
jemu-jemu menasihatnya. Memang dari kecil adik tidak pernah dicubit, tidak
pernah ditengking, apatah lagi dirotan. Oleh sebab itu, perangainya begitu
nakal.
(b) Teknik dialog.
Contohnya, “Apa nak jadi dengan adik ni? Nak tunjuk samseng pula? Dah
tu…buat rumah macam hotel. Keluar masuk ikut suka. Apa, kau ingat bonda
tu patungkah? “
(c) Teknik imbas kembali.
Kak Cik terbayang akan wajah adik lalu dia terkenang akan kisah bonda
membesarkan adik dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa
menghadapi kedegilan serta kekasaran adik. Contohnya, saat syahdu
begini, wajah adik culang-caling terpugau di mandala fikrah
saya. Ada tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
yang sengaja saya asah-asahkan. Membesarkan adik menagih
selautan kesabaran.
Gaya bahasa
Metafora
Contohnya :
(a) Setem duka
(b) Sampul kehidupan
(c) Album pengalaman
(d) Selautan kesabaran
Simile
Contohnya :
(a) Ibarat pengumpul setem
(b) Ibarat penyelamat kekuatan bonda
(c) Bagaikan terhumban ke jurang zulmat
Personifikasi
Contohnya :
Darah meluncur daripada ibu jari bonda yang terluka.
Repetisi
Contohnya :
Buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas, dan buang
duit setem sahaja.
Hiperbola
Contohnya :
(a) Berasap-asap bara meluat saya
(b) Kata-kata berapi yang membakar kepala
(c) Ada tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
Sinkope
Contohnya :
(a) “ Apa, kau ingat bonda tu patungkah? “
(b) “ Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? “
Peribahasa
Contohnya :
(a) Bersengkang mata
(b) Bertikam lidah
(c) Musuh dalam selimut
(d) Bendera putih
(e) Dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan
Latar
Latar masa
(a) Masa kini, iaitu ketika bonda mendapat surat daripada adik yang
mengatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air dalam masa tiga bulan
sahaja lagi setelah menamatkan pengajiannya di Jordan.
(b) Sepuluh tahun yang lalu, iaitu ketika bonda menghadapi kesukaran dalam
mendidik dan membentuk peribadi adik.
(c) Waktu pagi.
(d) Lewat malam.
Latar tempat
(a) Di rumah bonda – peristiwa bonda mendukung adik di belakang badan
untuk menuruni anak tangga rumah dua tingkat mereka.
(b) Di pondok dusun – peristiwa pihak polis membuat serbuan dan
menangkap remaja yang didapati menghisap ganja.
(c) Di atas katil – tempat adik terbaring lesu dengan kecederaan di beberapa
anggota badannya akibat terlibat dalam kemalangan.
Latar masyarakat
(a) Masyarakat yang mengalami pelbagai masalah dalam membesarkan anak-
anak. Contohnya, bonda terpaksa menghadapi kemanjaan, kenakalan,
kedegilan, dan kebiadaban adik yang langsung tidak mahu mendengar
kata-kata nasihatnya.
(b) Masyarakat pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan. Contohnya, kedua-
dua orang kakak kembar adik, iaitu Kak Long dan Kak Ngah sedang
melanjutkan pelajaran di luar negara.
(c) Masyarakat yang masih mentah dan tidak matang berfikir. Contohnya,
adik sering bertindak mengikut kata hatinya tanpa memikirkan perasaan
bonda yang memberikan harapan yang tinggi agar anak lelaki tunggal
dalam keluarga mereka itu menjadi manusia yang berjaya.
(d) Masyarakat yang menjadi mangsa pengkhianat. Contohnya, ayah adik,
iaitu Lebai Sidi dipenjarakan akibat perbuatan khianat yang
memerangkapnya sebagai pengedar dadah.
(e) Masyarakat yang mementingkan sepenuh kasih sayang. Contohnya, bonda
talah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada adik walaupun anaknya
itu tidak menghormatinya sebagai seorang ibu.
Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, bonda menyayangi adik dengan sepenuh
hatinya sehinggakan dia tidak pernah memarahi apatah lagi memukul
adik.
(b) Kesabaran. Contohnya, bonda menghadapi segala kerenah adik dengan
penuh kesabaran, malah bonda tidak pernah merungut akan tingkah laku
adik yang melampaui batas.
(c) Bertanggungjawab. Contohnya, kedua-dua orang kakak kembar adik yang
sedang belajar di luar negara sentiasa mengambil tahu tentang
perkembangan adik bongsu mereka.
(d) Kegigihan. Contohnya, adik gigih menuntut ilmu sehingga dia berjaya
menyambung pengajian ke Universiti al-Bayt, Jordan.
(e) Keinsafan. Contohnya, adik betul-betul insaf atas segala kesilapannya
terutamanya terhadap bonda yang selama ini bersabar dengan
kedegilannya.
(f) Kesyurkuran. Contohnya, bonda banyak melakukan sujud dan
menunaikan nazar setelah adik menyatakan keinsafannya dan ingin
berubah ke arah kebaikan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup.
Contohnya, bonda tabah menghadapi kerenah adik.
(b) Kita hendaklah sentiasa berserah diri kepada Tuhan. Contohnya, bonda
bertawakal kepada Allah agar suatu hari nanti adik akan berubah menjadi
anak yang baik.
(c) Kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan
baik. Contohnya, suami bonda, iaitu Lebai Sidi seorang suami yang baik
terhadap keluarganya.
(d) Kita hendaklah menunjukkan nilai-nilai baik terhadap anak-anak.
Contohnya, bonda sentiasa menunjukkan ketenangan di hadapan anak-
anak meskipun dia terpaksa menanggung pelbagai penderitaan.
(e) Sebagai anak, kita hendaklah hormat akan orang tua kita. Contohnya,
adik bersikap biadap dan tidak menghormati bonda sebagai ibunya.
(f) Kita hendaklah bertaubat dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukan.
Contohnya, adik menginsafi tingkah laku buruk yang pernah dilakukan
terhadap bonda.
(g) Kita perlulah bersyurkur apabila permintaan atau doa kita dimakbulkan
Tuhan. Contohnya, bonda melakukan sujud syurkur dan membayar nazar
apabila adik telah berubah.
~ Tamat ~
Top Related