KBK 3053 – KO-KURIKULUM DAN REKREASI
BAHAGIAN A
TUGASAN 1
Huraikan definisi,matlamat,objektif dan kebaikan ko-kurikulum
dan rekreasi terhadap murid-murid berkeperluan khas serta
cara-cara modifikasi aktiviti atau permainan yang dapat
dilakukan oleh salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan
khas berikut:
a) Bermasalah Pembelajaran
KUMPULAN
UPSI11(A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
WAN NORHUDA BT WAN IBRAHIM D 20102043940 012-4647302
NAMA TUTOR E-LEARNING:PROFESOR MADYA DR. HANIZ BIN IBRAHIM
TARIKH SERAH : 15 APRIL 2012
1
PEMARKAHAN1.
ESEI:(a)(b)
2.
FORUM
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pendahuluan 3-4
2.0 Ko-Kurikulum Dan Rekreasi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Bermasalah Pembelajaran
4-5
2.1 Definisi Ko-Kurikulum Dan Rekreasi 6-7
2.2 Matlamat 7-8
2.3 Objektif 8-9
2.4 Kebaikan Ko-Kurikulum Dan Rekreasi 9-10
2.5 Cara-Cara Modifikasi Aktiviti / Permainan 10-13
3.0 Kesimpulan 13-14
4.0 Penutup 14
5.0 Rujukan 15
2
1.0 Pendahuluan
Apa itu ko-kurikulum? Apakah hubungannya dengan rekreasi? Apakah tujuan ia
diwujudkan? Ko-kurikulum dan rekreasi di sekolah merupakan aktiviti yang bertujuan untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan perpaduan di antara murid berbilang kaum.
Kebanyakan sekolah terdiri daripada kaum Melayu, India,Cina dan kaum-kaum lain. Ia dapat
melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari serta berkemahiran
dalam sesuatu bidang yang disertai oleh mereka. Aktiviti kokurikulum merangkumi pasukan
pakaian seragam, kelab dan persatuan, serta sukan (Laporan Kabinet 1979).Aktiviti ko-
kurikulum ini penting untuk semua murid di setiap peringkat persekolahan baik di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah.Ia juga penting kepada mahasiswa yang mengikuti
pengajian di IPTA atau IPTS. Oleh yang demikian, semua murid adalah diwajibkan untuk
menyertai sekurang-kurangnya sebuah kelab atau persatuan dan juga digalakkan memilih
sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan. Ko-kurikulum merupakan satu
saluran pembelajaran yang berasakan gerak kerja terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum dan rekreasi dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah.
Dua konsep yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
kurikulum dan ko-kurikulum.Kurikulum dan ko-kurikulum saling lengkap-melengkapi bagi
menghasilkan murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras
dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita.Kurikulum memberi penekanan kepada
bidang akademik. Aktiviti ko-kurikulum pula menyediakan pengetahuan dan pengalaman
bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai
estetika serta sosial yang positif di luar bilik darjah.
Dalam aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi ini, kita tidak boleh meminggirkan murid-
murid berkeperluan khas. Mereka juga perlu diberi peluang yang sama rata untuk merasai
aktiviti ini. Aktiviti murid bekeperluan khas tidak jauh bezanya dengan aktiviti murid biasa,
tetapi terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira. Guru yang mengajar murid-murid ini
perlu memikirkan aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan murid-murid berkeperluan
khas ini. Contohnya, murid yang cacat anggota kaki tidak sesuai dengan aktiviti lumba lari
kerana tahap kebolehannya yang rendah dalam aktiviti tersebut. Ciri lain ialah aktiviti ini
3
haruslah aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Hal ini dapat mengelakkan murid
daripada rasa bosan.
Seterusnya ialah pastikan aktiviti rekreasi untuk murid bekeperluan khas dapat
menanamkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Contohnya, nilai bekerjasama, hormat-
menghormati dan sebagainya. Ciri lain ialah aktiviti untuk murid bekeperluan khas adalah
aktiviti yang tidak merbahaya. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan mereka. Aktiviti
murid bekeperluan khas perlu bercirikan aktiviti yang dapat memperkembangkan minda
mereka. Murid-murid berkeperluan khas ini perlu diberi peluang agar mereka dapat
menikmati suasana pembelajaran yang seronok seperti murid-murid lain. Secara tidak
langsung ia akan memberikan pengalaman yang berharga kepada mereka dalam
meneruskan kehidupan mereka.
2.0 Ko-Kurikulum Dan Rekreasi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PPKIBP)
Masalah pembelajaran merupakan salah satu kategori murid berkeperluan khas
yang mengikuti sistem pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran iaitu program ini diwujudkan di sekolah-sekolah biasa yang ditadbir oleh
Jabatan Pelajaran Negeri. Menurut Thomas 1996,penggunaan masalah pembelajaran ini
lebih menjurus ke arah yang lebih positif dan mengurangkan keaiban.Istilah learning
disability dan learning difficulty digunakan secara saling berganti bagi menjelaskan,orang
yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad dan sedang berkembang,ataupun
berkembang dalam tahap yang lambat berbanding orang lain. Kategori masalah
pembelajaran merupakan masalah paling rencam dengan kepelbagaian kecacatan termasuk
terencat akal, down sindrom, autisme, cerebral palsy, masalah dalam komunikasi dan
perkembangan bahasa, bermasalah emosi dan tingkah laku, kecacatan anggota, hiperaktif,
hipoaktif, keupayaan mental yang rendah dan pintar cerdas. Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran menghadapi kesulitan dalam interaksi dengan persekitaran iaitu situasi yang
menghalang kemampuan belajar dan pembentukan pemahaman dunia sekitar mereka.
Kesulitan ini bukan sahaja akibat perkembangan yang lewat tetapi juga berkaitan dengan
kecacatan yang kompleks, daripada segi psikiatri, neurologi, psikologi dan fisiologi yang
memberi kesan ke atas fungsi kanak-kanak. Menurut Lacey (1998) kanak-kanak dengan
masalah pembelajaran sering mengalami beberapa ketidakupayaan disebalik kecacatan
yang sememangnya dihadapi dan ini memerlukan sokongan daripada pelbagai
perkhidmatan pakar termasuk daripada segi perubatan. Jurang kecacatan pelbagai yang
dialami tidak memungkinkan segala keperluan kanak-kanak itu dipenuhi oleh perkhidmatan
4
yang disediakan. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi
pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi (Nind dan Hewett 1998) dan ini
bergantung pada keupayaan guru bagi mengenal pasti cara murid itu bertingkah laku.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini juga memiliki tingkah laku yang
sering mencabar dan memberi tekanan emosi kepada guru (Kiernan dan Kiernan 1994).
Harris dan Colleagues 1986, pula menyenaraikan tingkah laku yang dimiliki oleh murid
bermasalah pembelajaran ini contohnya seperti bersikap agresif dari segi fizikal,
mencederakan diri sendiri, menjerit dan membuat bising, mengganggu dan hiperaktif, terlalu
obsess dan melakukan perbuatan yang sama serta tidak berminat untuk belajar. Tingkah
laku yang ditonjolkan oleh murid ini kadang-kadang sukar dikawal.Sehubungan dengan itu
seseorang guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran ini sudah semestinya
seorang guru yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi,kasih sayang serta seorang
yang kreatif dan inovatif.Ini adalah kerana apabila berhadapan dengan murid-murid ini
pelbagai kemungkinan akan berlaku dan guru perlu mempelbagaikan pendekatan serta
strategi untuk berhadapan dengan murid-murid ini.
Secara ringkasnya murid-murid bermasalah pembelajaran bermaksud murid-murid
yang telah dikenal pasti menghadapi masalah-masalah dalam pembelajaran mengikut tahap
kefungsian keupayaan mereka dalam bidang seperti keupayaan kognitif, keupayaan
bahasa, pertuturan atau lisan, penguasaan kemahiran matematik, kemahiran tingkah laku
sosial atau perkembangan, kemahiran perkembangan, kemahiran bekerja sendiri, dan
kemahiran pemiagaan/perindustrian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Mengikut
Buku Maklumat Pendidikan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia (2002), kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi kanak-kanak yang mengalami
Sindrom Down, Autisme, Disleksia dan Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder,
ADHD) atau gangguan kekurangan tumpuan dan hiperaktif, terencat akal minimum, dan
masalah pembelajaran spesifik. Murid dalam kategori tersebut mewakili komposisi murid
dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di seluruh negara.Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi kelas khas bermasalah pembelajaran
yang diwujudkan dalam sekolah arus perdana yang sedia ada. Kelas-kelas ini terletak di
bawah tanggung jawab pentadbiran sekolah terbabit. Kelas khas bermasalah pembelajaran
ini diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras Program.
5
2.1 Definisi Ko-Kurikulum Dan Rekreasi
"Kegiatan Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
di bilik darjah.”Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kur-
sus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN.
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
p&p dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Dalam usaha
mendidik murid khas dan golongan kurang upaya, peluang bagi mereka mengembangkan
potensi dan bakat dalam bidang sukan dan kesenian turut diberi perhatian. Banyak aktiviti
yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi memberi
galakan kepada golongan ini untuk bergiat di bidang yang mereka minati.
Aktiviti ko-kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Kini
ia menjadi satu elemen yang penting dalam menentukan kecemerlangan seseorang murid
itu. Ko-kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan
generasi akan datang. Ia perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa
dan hala tuju pendidikan serta aspirasi negara. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Oleh itu,aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Peraturan-
peraturan Ko-kurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995,
bertarikh 31.12.1997 menghuraikan ko-kurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan
pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Ia juga dikenali sebagai kurikulum tambahan
(extra curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti
kelas tambahan (extra-classactivities). Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) merupakan
sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan
dan sukan serta unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini tidak
termasuk dalam jadual waktu mata pelajaran sekolah. Aktiviti ko-kurikulum merupakan
pelbagai aktiviti pendidikan di luar sukatan pelajaran dan disertai oleh pelajar-pelajar
mengikut minat masing-masing atau kepandaian istimewa diri mereka. Tujuan utama
merangkumi ko-kurikulum dalam kurikulum formal ialah memupuk minat, kegemaran dan
kepandaian istimewa pelajar,mengembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kesihatan
6
jasmani dan kemahiran pemikiran, memupuk nilai moral, estetika, rohani dan sosial serta
melapangkan jiwa murini pelajar berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apa maksud rekreasi? Rekreasi berasal daripada Bahasa Latin, ‘Recreatio’ iaitu
memulihkan dan menyegarkan. Rekreasi sering dianggap sebagai aktiviti yang merehatkan,
untuk memperolehi tenaga semula selepas penat bekerja. Mengikut Knapp (1981), rekreasi
ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Rekreasi adalah gabungan
antara main dan masa lapang. Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang
meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum sedia ada. Aktiviti ini merangkumi perkembangan pengetahuan,
kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman (1985), telah
mendefinisikan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang
boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.
Rekreasi adalah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa
lapang bukan untuk pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronakan, ketenangan
minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu rekreasi dalam (in door)
seperti badminton, boling, squash dan komputer games. Rekreasi luar (out-door) seperti
bola sepak, perkhemahan, memancing. Aktiviti rekreasi adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah. Program ini merangkumi perkembangan pengetahuan,
kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.
2.2 Matlamat Ko-Kurikulum Dan Rekreasi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Bagi menjayakan matlamat ko-kurikulum, semua murid dan ahli masyarakat perlu
bekerjasama dan ini berasaskan bahawa:
Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu(sosial, rohani dan
jasmani).
Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan dan dima-
jukan.
Semua murid boleh dididik dan juga boleh mendidik diri sendiri.
Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid yang memenuhi keperluan
masyarakat dan negara.
Masyarakat boleh bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam
mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
7
Kegiatan kokurikulum penting untuk menyemai, memupuk dan menanam semangat kekitaan
ataupun "Espirit De Corps" di antara murid pelbagai bangsa yang pastinya mempunyai latar
belakang dan cara hidup yang berbeza. Tujuannya melatih murid-murid supaya bersikap
bertanggungjawab. Kegiatan ini juga melatih mereka berdisiplin, berdikari dan secara tidak
langsung berkemahiran dalam aktiviti atau bidang yang mereka sertai. Setiap aktiviti ko-
kurikulum mestilah mempunyai kurikulum yang jelas, pragmatik, praktis dan realistik di
samping mempunyai aspek-aspek yang boleh diukur atau dinilai bagi menghasilkan
keberkesanan dan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai panduan penambahbaikan
pelaksanaannya pada masa hadapan. Pelaksanaannya mestilah di kalangan mereka yang
berkelayakan, berkemahiran dan berpengalaman.
Kegiatan ko-kurikulum di setiap sekolah kerajaan dan bantuan mestilah dilaksana
berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan mengandungi seperti berikut:
penyertaan dalam sukan dan permainan
penyertaan dalam persatuan dan kelab
penyertaan dalam badan beruniform
penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh menteri
2.3 Objektif Ko-kurikulum Dan Rekreasi Pendidikan Khas
Apakah objektif yang terkandung di dalam pelaksanaan aktiviti ini? Terdapat
beberapa objektif yang tertulis antaranya ialah memberi peluang dan ruang kepada murid
pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab
seperti murid biasa. Ekoran daripada itu juga, ia dapat mencari dan menonjolkan bakat serta
potensi murid melalui aktiviti gerak kerja ko-kurikulum, membina keyakinan diri dan murid
pendidikan khas dan memberi peluang murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam
acara sukan, permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Objektif ko-kurikulum ialah untuk membekalkan
pelbagai aktiviti kepada murid-murid mengikut kebolehan dan bakat masing-masing di
samping memberi peluang kepada murid-murid untuk mencapai tahap kecerdasan yang
diingini.Aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi secara tidak langsung dapat memberi peluang
kepada murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain serta dapat memupuk semangat
toleransi dan sifat-sifat murni di kalangan mereka.Ko-kurikulum juga dapat memupuk
semangan berpasukan melalui pergaulan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Ko-kurikulum
dan rekrasi ini juga menyediakan peluang dan ruang kepada murid-murid berkeperluan khas
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, olahraga, persatuan dan kelab
8
seperti mana murid-murid normal di aliran perdana . Aktiviti kokurikulum dan rekreasi ini juga
akan dapat membantu guru mencari dan mengenalpasti bakat dan potensi diri murid, murid
dapat menonjolkan serta menggilap bakat serta potensi diri melalui aktiviti dan gerak kerja
kokurikulum yang dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini juga secara tidak langsung akan dapat
membina keyakinan diri dan self esteem di kalangan murid berkeperluan khas. Penglibatan
murid di dalam aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi ini akan dapat memberi peluang kepada
murid berkeperluan khas mengambil bahagian dalam acara sukan, permainan dan olahraga,
kesenian dan tilawah Al-Quran bermula di peringkat sekolah, daerah, negeri dan ke
peringkat yang lebih tinggi.
Di samping itu aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi ini dapat mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah selain dapat memelihara kesihatan
fizikal dan mental. Berbagai jenis program aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi yang ditawarkan
dan boleh dilaksanakan. Ia hendaklah memenuhi kehendak dan keperluan minat, tahap
kemahiran dan kebolehan murid dan juga tertakluk kepada kemampuan sekolah dari segi
tenaga pengajar yang berkebolehan dan prasarana sekolah. Aktiviti rekreasi ini
membolehkan murid mempelajari kemahiran mengendalikan aktiviti harian yang positif
terutamanya kemahiran yang berbentuk rekreasi dan beriadah. Selain itu, murid-murid
berkeperluan khas ini dapat menguruskan kehidupan dengan lebih bersistematik dan
berkeyakinan serta boleh berdikari. Murid-murid juga dapat membentuk sikap positif dan
nilai-nilai murni.
2.4 Kebaikan Ko-Kurikulum Dan Rekreasi
Aktiviti ko-kurikulum banyak memberi kebaikan kepada murid-murid terutama kepada
murid berkeperluan khas. Apakah kebaikannya? Antara kebaikannya ialah mendedahkan
murid-murid berkeperluan khas kepada persekitaran luar. Melalui pendedahan kepada
persekitaran luar, mereka dapat meluaskan kemahiran sosial mereka sama ada antara
mereka ataupun masyarakat luar. Selain itu juga ia dapat membantu masyarakat sekeliling
untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Hal ini bertujuan menggalakkan interaksi
antara murid khas dengan murid normal di samping memeperakui hak pendidikan yang
sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan individu (Pendidikan Khas untuk
Kanak-kanak Istimewa 2006:19) Selain itu, dengan adanya aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi
akan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk melibatkan diri secara aktif
dalam ko-kurikulum bagi mengembangkan bakat dan minat yang ada pada diri mereka.
Mereka juga telah memperoleh keistimewaan yang sama seperti murid biasa yang mana
mereka juga dapat mengasah bakat mereka dalam ko-kurikulum ke peringkat antarabangsa
9
dalam sukan paralimpik. Kebaikan yang terdapat dalam ko-kurikulum dan rekreasi ialah
memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid seperti berdikari dan bekerjasama antara
mereka. Nilai ini seharusnya perlu ada dalam diri setiap murid untuk melatih mereka
daripada meminta bantuan dari orang lain.
Melalui aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi juga akan memupuk semangat kerjasama
antara mereka kerana melalui permainan ataupun sebarang sukan yang diceburi.Melalui
aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi juga dapat meningkatkan keyakinan mereka.Hal ini
demikian kerana kebanyakkan daripada murid berkeperluan khas ini kurang keyakinan diri
kerana mereka tidak sempurna. Melalui aktiviti ini dapat membantu mereka untuk
menangkis perasaan rendah diri yang wujud dalam diri seterusnya akan membantu mereka
untuk menyumbang idea sama ada diantara mereka mahupun dengan masyarakat
sekeliling. Kebaikan aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi ialah dapat mengubah persepsi
masyarakat tentang kebolehan yang mereka miliki . Antara aktiviti ko-kurikulum yang murid
boleh terlibat dalam unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.
Antara aktiviti permainan Olahraga, tenpin bowling, futsal, bola jaring, pentanque, bola
sepak, goalball, catur, ping pong, badminton dan boling padang. Setiap orang mempunyai
kelebihan masing-masing. Mereka juga berhak menyumbang kepada negara contohnya
dapat dilihat melalui acara sukan yang melibatkan atlet paralimpik negara yang mana
mereka telah mengharumkan nama negara di pentas dunia. Hal ini telah mengubah
persepsi masyarakat apabila terpaksa mengakui mereka juga watak penting dalam
pembangunan negara seterusnya menjadi model kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)
yang lain untuk berjaya. Kini Negara Malaysia mempunyai ramai atlet yang kelainan upaya
yang mampu mengharumkan nama Negara di persada dunia.
2.5 Cara-cara Modifikasi Aktiviti atau Permainan untuk Murid-murid Bermasalah
Pembelajaran.
Jika dilihat di dalam bidang kurikulum, kurikulum alternatif digunakan sebagai panduan
guru untuk pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Kurikulum
alternatif ini merupakan pengubahsuaian yang dilakukan terhadap kurikulum perdana untuk
diguna oleh guru-guru yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran. Manakala
murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran tetap menggunakan kurikulum yang
sama dengan aliran perdana cuma menggunakan pendekatan yang berlainan.Begitu
jugalah halnya dengan bidang kokurikulum. Penyesuaian atau modifikasi perlu dilakukan
agar bersesuaian dengan murid-murid bermasalah pembelajaran. Penyesuaian ini perlu
10
dilakukan agar aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi yang akan dijalankan dapat dicapai dan
memberi manfaat kepada murid-murid tersebut.Ini bersesuai dengan konsep penyesuaian
itu sendiri iaitu membuat sedikit perubahan terhadap sesuatu perkara supaya bermanfaat
kepada sesuatu yang lain.Penyesuaian aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi perlu dilakukan
untuk memberi peluang kepada murid bermasalah pembelajaran mengikuti aktiviti tersebut
secara berterusan dan dapat merasai pengalaman seperti murid-murid lain di aliran perdana
menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi. Contoh aktiviti ko-kurikulum dan rekreasi
untuk murid bermasalah pembelajaran ialah seperti kelab dan persatuan, unit beruniform,
sukan dan permainan. Kelab yang diwujudkan untuk murid bermasalah pembelajaran ialah
Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Seni Lukis, Kelab Pencinta Alam. Unit beruniform pula
seperti pengakap, Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam manakala untuk sukan dan
permainan pula olahraga, tenpin bowling, futsal, bola jaring, petanque dan renang.
Kegiatan sukan adalah amat penting untuk membantu mengembangkan potensi
mereka dari sudut psikomotor,afektif,kognitif,sosial,emosi dan sebagainya.Pengubahsuaian
sukan merangkumi perubahan peraturan permainan,kaedah bermain,dan peralatan yang
digunakan untuk permainan tersebut.Pengubahsuaian ini menitikberatkan keupayaan murid
bermasalah pembelajaran disamping masih mengekalkan kualiti permainan supaya sukan
yang dilakukan berkualiti seperti sukan biasa. Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia
memperkenalkan dasar 1M 1S, murid berkeperluan yang berada di dalam arus pendidikan
negara turut terlibat dalam menjayakan dasar ini. Namun pengecualian diberikan kepada
murid berkeperluan khas yang menghadapi masalah kesihatan. Sememangnya murid-murid
berkeperluan khas ini juga berbakat didalam bidang sukan, Cuma kekurangan
keupayaannnya menyebabkan pergerakannya terbatas . Oleh itu pengubahsuaian terhadap
sukan tersebut perlu dilakukan agar bersesuaian dengan fizikal dan mental mereka serta
dapat memberi peluang kepada murid tersebut melibatkan diri di dalam sukan tersebut.
Setelah dibuat pengubahsuaian terdapat beberapa jenis sukan dan aktiviti ko-kurikulum dan
rekrasi yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas ini mengikut kekurangan upaya
mereka.
Murid-murid bermasalah pembelajaran juga boleh melakukan aktiviti ko-kurikulum
sesuai dengan keupayaan dan jenis kecacatan mereka contohnya kanak-kanak yang
mengalami masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) ini merupakan kanak-
kanak yang mengalami masalah gangguan tumpuan. Pendekatan latihan kemahiran sosial
dan komunikasi melalui permainan mampu membantu murid yang mengalami gangguan
ADHD ini.Tidak dinafikan juga terdapat ramai murid ADHD yang telah berjaya mewakili
negara di dalam bidang sukan yang mereka ceburi.Ini adalah kerana kebanyakan murid
11
ADHD ini mempunyai fizikal seperti kanak-kanak normal.Mereka hanyalah mengalami
kecelaruan tingkah laku dan penumpuan yang singkat. Murid ADHD ini memerlukan
permainan yang dimainkan dalam masa yang singkat serta dapat menarik minat mereka dan
melibatkan kumpulan pelajar yang ramai. Contohnya seperti permainan musical chair.
Permainan ini sesuai untuk murid ADHD kerana ia melibatkan kelompok murid yang
ramai.Penggunaan muzik semasa permainan tersebut juga dapat menarik minat murid untuk
bermain permainan tersebut. Permainan ini melibatkan murid dan peralatan seperti radio
untuk memainkan muzik dan juga kerusi. Peraturan permainan ialah murid perlu bergerak
mengelilingi kerusi apabila muzik dimainkan. Setelah muzik dihentikan murid perlu duduk di
atas kerusi. Bilangan kerusi akan dikurangkan dari masa ke masa. Murid yang tidak berjaya
untuk duduk akan dikeluarkan daripada permainan dan perlu berada di sekitar kawasan
permainan tersebut. Permainan tersebut diteruskan sehinggalah pemenang diperolehi,
murid terakhir yang masih dapat duduk di atas kerusi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Permainan ini juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru seperti permainan kotak
beracun dan pelbagai aktiviti sukaneka yang bersesuaian.
Manakala kanak-kanak Sindrom Down lebih berfokus kepada pergerakan tubuh
badan dan kepekaan telinga untuk mendengar arahan yang diberikan.Aktiviti ini melibatkan
kesedaran tubuh badan seseorang kanak-kanak.Seperti peka dengan tindakan anggota
badan apabila mendengar suara.Selain itu,permainan ini memerlukan seseorang itu peka
untuk mendengar dengan teliti arahan yang diberikan.Pengubahsuaian permainan kecil
boleh dilakukan dengan menyusun aktiviti-aktiviti permainan tersebut agar bersesuaian
dengan kebolehan murid.Contoh permainan yang sesuai dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak ini ialah permainan yang melibatkan deria sentuhan.Murid berada di dalam
bulatan dan ketua yang berada di luar bulatan akan memberikan arahan.Permainan ini
melibatkan anggota badan murid itu sendiri.Murid akan menyentuh anggota badan seperti
yang diarahkan oleh ketua kumpulan dengan menggunakan kedua-kedua belah
tangan.Murid akan bergilir-gilir menjadi ketua. Murid Sindrom Down ini juga boleh
melibatkan diri di dalam acara sukan. Contohnya untuk acara sukan balapan dan padang
pengubahsuaian jarak larian serta laluan untuk murid yang mengalami masalah down
sindrom perlu dipendekkan dan lurus, ini adalah kerana laluan yang bengkok akan
mengelirukan murid tersebut dan jarak yang terlalu jauh akan membuatkan mereka berasa
penat.Cara melepaskan mereka di garisan permulaan juga perlu menggunakan wisel dan
tidak sesuai menggunakan pistol seperti murid di aliran perdana.Di dalam acara melontar
peluru pula,hendaklah menggunakan peluru yang lebih ringan timbangannya untuk murid
bermasalah pembelajaran ini.
12
Murid-murid pendidikan khas selain daripada kategori yang dinyatakan di atas terutamanya
Slow Learner boleh menyertai Kelab Seni,contoh ketika murid bermasalah pembelajaran
membuat lukisan,mereka mampu meluahkan perasaan mereka secara tidak langsung.
Justeru itu, seni lukis sudah lama diiktiraf sebagai salah satu daripada jenis terapi
membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik. Seni membawa maksud yang terlalu
global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri
dan setiap orang berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari seni, seni visual, seni lukis,
kraftangan, fesyen, dan lain-lain. Aktiviti seni dapat mengembangkan bakat dan kreativiti
murid-murid bermasalah pembelajaran menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor
murid, menilai keindahan alam dan warisan budaya, mengenal, membezakan dan
menggunakan warna yang betul dan memberi peluang kearah pengembangan diri murid.
Dengan melukis,murid bermasalah pembelajaran dapat melakukan kemahiran motor
kasar(melalui aktiviti contengan)mengawal pergerakan motor halus(lakar, tekap,gunting
dsb),pergerakan motor halus bebas(koyak,ramas,uli,gunting), menguasai kemahiran melukis
tanpa menggunakan alatan di atas meja, udara pasir, menggunakan alatan seni lukis
mengenal dengan melihat,memegang, menama, mengetahui fungsi alatan,membuat lukisan
dengan alatan, mengetahui dan menggunakan unsur seni serta mengetahui penggunaan
pelbagai media dan teknik.
3.0 Kesimpulan
Aktiviti ko-kurikulum mahupun rekreasi merupakan satu aktiviti yang amat penting bagi
setiap murid terutamanya murid berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana, melalui
penglibatan aktiviti guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid tersebut seperti
berkomunikasi, bekerjasama dalam berpasukan, dan sebagainya. Murid tersebut akan rasa
dihargai kerana mereka juga layak untuk bersosial dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang diadakan seperti murid biasa. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang
penting dalam menggalakkan penglibatan mereka dalam aktivit yang dianjurkan.
Penglibatan ibu bapa yang amat penting dalam memberikan sokongan dan dorongan
kepada murid berkeperluan khas dalam setiap aspek yang memberikan keseronokan
kepada murid tersebut. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti berkelah bersama keluarga mesti
diterapkan dalam diri murid untuk mereka menghargai kasih-sayang keluarga dan
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Setiap aktiviti kokurikulum dan rekreasi mestilah
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat,
bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif bagi
13
murid-murid berkeperluan.Oleh itu, penyesuaian aktiviti perlu dibuat mengikut tahap
keupayaan murid-murid tersebut supaya setiap aktiviti yang melibat mereka menjadi lebih
bermakna dan dihargai oleh mereka.
4.0 Penutup
Setelah selesai membuat tugasan ini, banyak perkara yang selama ini saya tidak ketahui.
Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga memerlukan aktiviti ko-kurikulum dan
rekreasi. Biasanya kita hanya memberikan tumpuan kepada kanak-kanak normal sahaja
untuk melibatkan diri di dalam aktiviti ini. Semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan
kanak-kanak atau murid berkeperluan khas ini dapat melibatkan diri dengan aktiviti ini.
Kebolehan guru untuk mengubahsuai aktiviti yang bersesuai dengan tahap kebolehan
mereka amat dihargai. Secara tidak langsung ia dapat memupuk semangat kesukanan dan
perpaduan di kalangan mereka. Selain itu juga, mereka tidak akan merasakan diri mereka
tersisih dengan masyarakat lain.
14
5.0 RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahman (2005). Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum. Penerbit Fajar
Bakti: Selangor
Adnan Khamis. (1989). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum Pergerakan
Beruniform. Satu kajian awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azilah Kassim, 2003. Rekreasi kampus di Universiti Utara Malaysia:Penerbit Universiti Utara
Malaysia.
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008. Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor:
Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd
Mok Soon Sang (2008) Pengurusan ko-kurikulum dan pendidikan sukan 2008. Ipoh Perak:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja kokurikulum (sukan). Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd.
www.smkseksyen5.net/index.../kokurikulum.html
sekolah.mmu.edu.my/.../kokurikulum.html
15
Top Related