7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
1/15
KEUNIKAN BUDAYA DAN TRADISI MEMBINA PERPADUAN PENDUDUK SABAH
Sabah mempunyai kira-kira 32 etnik suku kaum. Selepas Kadazandusun sebagai suku
kaum terbesar negeri, Bajau atau Samah adalah suku kaum kedua terbesar . Ia
merangkumi 15 peratus populasi penduduk di negeri ini.
Seperti suku kaum tempatan yang lain, masyarakat Bajau/Samah juga memiliki
pelbagai tradisi, adat resam dan mereka semua beragama Islam. Ia terbahagi kepada
banyak sub-suku seperti Irranun dan Sulu. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami
kawasan Semporna di kawasna Pantai Timur Negeri dan Kota Belud, Tuaran dan
Putatan di kawasan Pantai Barat.
Menurut sejarah, sejak zaman dahulu suku kaum Bajau/Samah banyak ditemui di
persisiran pantai, sesuai dengan pekerjaan utama mereka sebagai nelayan atau pelaut.
Di katakan, mereka adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan
Laut). Kerana penguasaan mereka di kawasan perairan, maka ada pihak, terutamanya
penjajah klonial melebelkan bangsa ini dengan gelaran yang tidak layak, termasuk
dikenali sebagai gipsi laut.
http://3.bp.blogspot.com/-uOAxADIRwhE/T_YO0xPflfI/AAAAAAAAAVU/JdxblIQM3nw/s1600/540594_142113905916316_293369446_n.jpg7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
2/15
Bagaimanpun, tidak semua anggota masyarakat ini kekal berada di persisiran pantai
atau laut . Ramai di kelangan mereka meninggalkan kehidupan itu dan untuk menjadi
peladang serta penternak. Dan perubahan ini pula membawa gelaran lain kepada
mereka iaitu Koboi Timur. Gelaran itu ada kaitannya kepakaran menunggang kuda,
terutama kaum lelaki.
Menurut sejarah, ada persamaan antara adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau
dengan masyarakat Melayu di Semenanjung , seperti berpantang, menempah bidan
dan melenggang perut.
Dari segi tarian tradisi, suku kaum Bajau terkenal tarian Brunsainya. Tarian ini agak
unik kerana tidak diiringi dengan paluan muzik tradisi atau bunyi-bunyian, tetapi
menggunakan susunan beberapa keping papan seperti pelantaran kecil. Penari Brunsai
lai-laki akan menghentakkan kaki mereka di papan itu untuk menimbulkan irama untuk
mengiringi "kalang" seperti berbalas pantun.
Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru,
merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Brunsai biasanya di adakan pada waktu malam, terutama pada majlis perkahwinan,
atau menyambut kelahiran bayi, majlis kesyukuran atau mereka yang meraikan nazar.
Selain Brunsai, satu lagu tarian asli masyarakat ini ialah Limbai. Tarian Limbai
dipersembahkan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah
http://2.bp.blogspot.com/-hJzIQnhnVdM/T_YPZKZcx9I/AAAAAAAAAVc/9BycrcaMXUw/s1600/562160_142087365918970_100003531238672_164275_833705162_n.jpg7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
3/15
pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin tiba di rumah pengantin
perempuan, perarakan dihentikan sementara, untuk persembahan tarian Limbai.
Tarian ini dianggap upacara khas menjemput pengantin naik ke rumah, sebelum
istiadat pernikahan. Sambil melangkah ke rumah, anggota-anggota rombongan
pengantin lelaki naik ke rumah diiringi tarian dan lagu daripada penari-penari yang
melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
Sementara itu, suku Irranun yang bermaksud berkasih-kasihan, juga turut mewujud
sistem hubungan sosial dan tali persaudaraan yang amat intim dengan suku Bajau,
berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka juga adalah pelayar yang cekap,yang tertumpu di kawasan tepi pantai dan di
kawasan tanah tinggi.. Masyarakat Irranun ramai menetap di Daerah Kota Belud seperti
di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan,
Kota Bongan, dan lain-lain.
Manakala, suku Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo Utara (Sabah) sejak
zaman Kesultanan Sulu. Kaum Sulu atau Suluk ini menggunakan bahasa Tausug dan
beragama Islam. Seperti sub-suku Bajau, mereka juga mempunyai budaya tersendiri
http://4.bp.blogspot.com/-wTnOqPOd6XM/T_YSjh6v_CI/AAAAAAAAAVs/kcXJxjDe6r0/s1600/524670_3762053859550_1502467602_n.jpg7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
4/15
dan unik. Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di Daerah Kudat,
Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,Tuaran dan Telipok.
Bagaimanapun, masyarakat Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan
menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Antara
pengenalan budaya bagi masyarakat ini ialah Tarian Bolak-Bolak yang diiringi dengan
pukulan "gabbang". Ia selalu diadakan semasa majlis perkahwinan atau keramaian lain.
Tarian ini dipersembahkan oleh kaum wanita dan lelaki yang mengenakan pakaian
tradisi berwarna warni.
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan
tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi
sama rentak dengan pukulan kulintangan.
Tidak dinafikan bahawa adat budaya tempatan yang berbeza ini bukan hanya
memperkenalkan asal usul adat budaya mereka, bahkan dianggap sebagai alat
perpaduan dengan suku kaum yang lain. Ini kerana setiap adat budaya itu bukan hanya
http://3.bp.blogspot.com/-U9K0wsIxPRI/T_YQcXSep-I/AAAAAAAAAVk/XnhseAVAVoQ/s1600/DSCN5274.JPG7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
5/15
mementingkan adat budaya masing-masing, malah ia mengambarkan sikap tolaransi
dengan masyarakat lain untuk hidup secara harmoni dan bekerjasama.
Dengan ini Sabah bukan sahaja terkenal kerana kepelbagaian adat budayanya, malah
unik hingga menarik perhatian ramai pengkaji dan pelancong luar, juga sebagai tarikan
melancong ke negeri ini.
Lazimnya, selain pada majlis tertentu, kebanyakan tarian tradisi masyarakat Sabah
dipersembahkan terutama menyambut perayaan atau Sambutan Tamu Besar Kota
Belud dan Pesta Kaamatan.
Selain Kadazandusun dan Bajau, suku kaum tempatan yang lain ialah Brunei, Kedayan,
Bisaya, Rungus, Kimaragang , Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai,
Tatana dan Tagaas.
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
6/15
Budaya tradisi Etnik Bajau
30th January, 2011
Etnik kedua terbesar di
negeri Sabah ini
kebanyakannya
menduduki kawasan
Pantai Barat Sabah,
khususnya di Kota
Belud, Tuaran, Kota
Kinabalu dan Papar. Di
segi budaya tradisi
etnik Bajau Sama
popular dengan tarian kuda pasu dan limbai terutama di daerah
Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan kehebatan kaum itu
dalam aktiviti menunggang kuda.
Tarian limbai pula adalah tarian yang diadakan sebagai
menyambut ketibaan pengantin. Gerak-geri tarian ini seperti
orang yang melambai-lambaikan tangan menyambut ketibaan
rombongan pengantin lelaki. Kebiasaannya tarian ini
dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan
dan sebagainya.
Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian
tradisional khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis
keramaian tertentu. Pada zaman dahulu mereka dikenali sebagai
petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap. Mereka juga
terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantupahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan
penjajah. Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari
warna hitam, etnik Bajau pula mengemari warna garang, seperti
warna merah dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning.
Pakaian Bajau yang dipakai untuk
tarian tradisi seperti limbai, kuda
pasu dan berunsai.
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
7/15
Namun pada masa tertentu warna gelap seperti hitam dan biru
uga digunakan. Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai
semasa majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin,
acara-acara adat dan lain-lain. Tarian etnik ini yang lainnya
dikenali sebagai berunsai.
Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang
dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna
hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan
hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk
hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku
memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra.
Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan.Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna
hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis
perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan
digunakan.
Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk
hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang
telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi
penunggang kuda tanjak ini yang mereka pakai biasanya
dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga
memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga
memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu
mereka juga memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat
pinggang atau selempang (selendang).
Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang
dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk
menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan
golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-
pahlawan yang gagah, maka mereka juga menggunakan
perhiasan berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang
panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
8/15
berkenaan.
Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai
baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain
satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagiandalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah
hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian
dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini
berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta).
Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa
Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan
butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan.
Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya
mengenakan baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini
biasanya dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna terang.
Mereka juga akan memakai skirt panjang yang dipanggil olos
berangkit. Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan.
Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan
bunga kapas atau pucuk rebung. Kaum wanita Bajau juga
memakai suar atau seluar panjang berwarna putih yang
digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka juga
memakai selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa
sapu tangan atau puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya
dengan rumbai-rumbai. Busana tradisional etnik Bajau ini juga
diperindahkan lagi dengan pemakaian barang perhiasan atau
aksesori.
Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang
dipanggil mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat
daripada kain baldu yang dihiasi dengan perak atau emas.
Kebiasaannya ia dikalungkan di leher.
Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang
dipanggil serempak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
9/15
mahkota dan diperbuat daripada logam warna perak atau emas
yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk. Serempak ini
diletakkan pada bahagian rambut yang telah dibentuk menjadi
sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkan.
Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah
galang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai
subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau
perak. Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang
yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman
dahulu ia diperbuat daripada logam perak.
Upacara Perkahwinan
Orang-orang Bajau mempunyai adat perkahwinan yang agak unik di kalangan
kaum-kaum di Sabah ini. Ini kerana adat perkahwinan mereka melibatkan upacara-
upacara yang lain dari yang lain.
Sebelum hari perkahwinan tiba, Upacara Penyucian Mapaci dijalankan. Kadang-
kadang upacara ini diadakan beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Nama Mapaci
diambil daripada perkataan 'Paci' atau 'Pacar' iaitu sejenis tumbuhan yang
mengeluarkan cecair merah selepas dihancurkan. Pacar ini diletakkan ditelapak tangan
pengantin perempuan sebagai penyucian sebelum berkahwin. Perkataan Mapaci juga
dikatakan diambil daripada 'pemacian' atau maksudnya pembersihan dari bahasa
Bugis. Cecair merah ini juga digunakan untuk mewarnakan kuku pengantin perempuan
sejak turun-temurun lagi
Aktiviti sebelum menjelangnya hari perkahwinan adalah tarian, memainkan muzik
kecapi, pertunjukkan pakaian tradisional serta pakaian perkahwinan. Aktiviti-aktiviti ini
biasanya diadakan pada sebelah petang. Semasa hari perkahwinan dijalankan,
pengantin lelaki bersama-sama sanak-saudaranya akan ke rumah pengantin
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
10/15
perempuan. Bergantung kepada situasi, pengantin lelaki ada kalanya menunggang
kuda bersama-sama saudaranya ke rumah pengantin perempuan. Rombongan
pengantin lelaki ini juga disertai gadis-gadis muda yang memakai baju tradisional
mereka yang berwarna-warni dengan membawa hantaran serta derma kepada keluarga
pengantin perempuan. Hantaran perkahwinan termasuklah emas, kain-kain serta set
berlian.
Selepas rombongan pengantin lelaki itu tiba, mereka semua akan bersalam-
salaman dan kemudian upacara akad nikah akan dilangsungkan. Upacara ini
disaksikan oleh seorang warga kaum Bajau yang terkenal atau dihormati contohnya
ketua kampung. Setelah upacara ini diselesaikan, para jemputan akan dijemput untuk
menjamu selera manakala pasangan pengantin akan duduk bersanding. Acara-acaratambahan akan dilangsungkan pada sebelah petang seperti tarian untuk menandakan
kemuncak upacara perkahwinan dan untuk mengalu-alukan kedatangan para tetamu.
suku kaum murut
PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU
Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran.
Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
11/15
dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
suku kaum bajau
Perayaan Regatta Lepa
Lepa-lepa yang dihias cantik untuk pertandingan
Kali ni nak tulis entri yang ilmiah sket, so bahasanya nanti Bahasa Melayu standard lah.
Since aku keje dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kebudayaan dan warisan,aku nak kongsi serba sedikit apa yang aku tahu.
Kita bertuah tinggal di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang majmuk memberi peluang
kepada kita untuk menghayati keunikan dan keindahan seni budaya pelbagai etnik di
http://1.bp.blogspot.com/_3dZoPT98_uI/S4FU7NMBpyI/AAAAAAAAAII/GA9RsqOlCSA/s1600-h/regatta+1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3dZoPT98_uI/S4FU7NMBpyI/AAAAAAAAAII/GA9RsqOlCSA/s1600-h/regatta+1.jpg7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
12/15
negara ini.Sabah, salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Utara Pulau Borneo
bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semulajadi, tetapi ia juga kaya dengan
warisan budaya penduduknya.
Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad
lamanya. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua, iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat.
Bagi Bajau Laut, mereka mendiami kawasan pesisir pantai terutama di Tawau,
Semporna, Lahad Datu dan Labuan. Manakala Bajau Darat lebih tertumpu di kawasan
Pantai Barat seperti Papar, Tuaran, Kota Belud, Kudat dan Kota Kinabalu.
Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka
sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki
tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi
laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi
atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian
besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api
dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.
Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam
orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan
saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam
bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa
diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa
berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis
ukiran dan warna.
Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku
kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk
membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu,
Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
13/15
pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun
ke-15.
Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati
dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan
seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional
ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang
keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud
hingga ke hari ini.
Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau
bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan
dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh
masyarakat terutamanya generasi hari ini.
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna,
Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna
dan boleh dianggap sebagai hari raya mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta
Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya
diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003,Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan
kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-
lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia
juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut
merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar
dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan
ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan
menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar
dan perahu tercantik.Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan
7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
14/15
masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa
yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang
merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara
berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan
untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan
pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian
tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.
Di sebalik perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej
kepada masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa
yang kuat serta gah belayar di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan
memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras
dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak
ditelan zaman.
Persembahan tarian di atas lepa
http://4.bp.blogspot.com/_3dZoPT98_uI/S4FU6psqOVI/AAAAAAAAAIA/BT28ltU3vx0/s1600-h/regata+2.jpg7/22/2019 Keunikan Budaya Dan Tradisi Membina Perpaduan Penduduk Sabah
15/15
Top Related