KERTAS KERJA KANIVAL KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
TAHUN 2014
1.0 NAMA PROGRAM Karnival Kajian Tempatan Daerah Johor BahruTahun 2014
2.0 TEMPAT PROGRAM Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3, Johor Bahru
3.0 TARIKH PROGRAM 8 November 2014 / Sabtu/ Jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
4.0 ANJURAN Jawatankuasa KajianTempatan Daerah Johor Bahru.
5.0 OBJEKTIF i. Menaman semangat patriotisme serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan
murid. ii. Menghargai dan mencintai alam sekitar.
6.0 SASARAN i. Panitia Kajian Tempatan Sekolah-sekolah Dalam Daerah Johor Bahru. ii. Murid-murid Tahap Dua( Tahun 5 dan 6). iii. Jawatankuasa Daerah dan Zon KajianTempatan.
7.0 SUMBER KEWANGAN Sumbangan sekolah-sekolah rendah dalam daerah Johor Bahru
8.0 AKTIVITI KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN PERINGKAT DAERAH 2014
8.1 Aktiviti : i. Pertandingan Menghasilkan Kolaj ii. Pertandingan Menghasilkan Poster
8.2 Tarikh - Peringkat zon tidak perlu mengadakan pertandingan. - Peringkat daerah akan diadakan pada 8 November 2014 - Semua sekolah dikehendaki menghantar seorang peserta bagi setiap pertandingan.
8.3 Yuran penyertaan: - Yuran penyertaan bagi peringkat daerah ini telah diputuskan sebanyak RM50.00 bagi
setiap sekolah kecuali sekolah yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) - Tiada pengecualian yuran bagi sekolah yang tidak menyertai. - Jamuan bagi peserta dan guru pengiring akan disediakan oleh pihak penganjur.
8.4 Pengadil / Hakim : - Setiap zon perlu menghantar dua orang guru Pendidikan Seni Visual sebagai pegadil
8.5 Hadiah dan Sijil - Tempat Pertama - Tempat Kedua - Tempat Ketiga - Saguhati - Sijil Penyertaan untuk semua peserta.
9.0 ANGGARAN DANA DAN PERBELANJAAN
9.1 Anggaran Dana 92 buah sekolah X RM 50.00
RM 4,600.00
9.2 Anggaran Perbelanjaan
9.2.1 Hadiah Tempat Pertama 2 X RM 50.00 RM 100.00 Tempat Kedua 2 X RM 40.00 RM 80.00 Tempat Ketiga 2 X RM 30.00 RM 60.00 Saguhati 40 X RM 20.00 RM 800.00
RM 1,040.00
9.2.2 Cenderahati Hakim Kolaj 4 X RM 30.00 RM 120.00 Hakim Poster 4 X RM 30.00 RM 120.00 Perasmi 1 X RM 50.00 RM 50.00
RM 290.00
9.2.3 Jamuan Murid 184 X RM 7.00 RM 1,288.00 AJK 140 X RM 7.00 RM 1,050.00 Hakim 8 X RM 8.00 RM 64.00 Jemputan PIBG 8 X RM 8.00 RM 64.00
RM 2,466.00
9.2.4 Peralatan Kertas Lukisan 185 X RM 0.20 RM 37.00 Sijil 200 X RM 1.00 RM 200.00 Buku Program 100 X RM 2.00 RM 200.00 Beg Hadiah 55 X RM 3.00 RM 165.00 Persiapan pentas RM 200.00
RM 802.00
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 4,600.00
10.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN PERINGKAT
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014
Penaung Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru Penasihat En. Baba bin Ismail Ketua Unit Akademik PPD Johor Bahru. Pengerusi Encik Suremin bin Ithin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
Naib Pengerusi Puan Zanariah Binti Said Guru Penolong Kanan 1 SekolahKebangsaan Taman Perling 3 Setiausaha Puan Halimah Binti Mohd Aspar Ketua Panitia Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 Bendahari Puan Fahriyah binti Ahmad Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 Ahli Jawatankuasa Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya Pengerusi Zon Nusajaya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Pengerusi Zon Bandar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru Pengerusi Zon Skudai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Amar Pengerusi Zon Majidee
11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN PERINGKAT DAERAH 2014
i. Urus setia SK Taman Perling 3
ii. Pendaftaran SK Taman Sri Amar
iii. Juruacara SK Taman Damai Jaya
iv. Jamuan SK Taman Perling 3
v. Persiapan Tempat SK Taman Perling 3
vi. Hadiah / Cenderahati SK Taman Skudai Baru
vii. Jemputan / Sambutan SK Taman Perling 3
viii. Sijil penyertaan / Penghargaan SK Taman Bukit Mewah
ix. Buku Program SJKC Foon Yew 2
x. Bacaan Doa SK Taman Perling 3
xii. Hakim SK Sungai Danga
12.0
TENTATIF PROGRAM
7.30 – 8.00 - Pendaftaran 8.00 – 10.30 - Pertandingan Menghasilkan Kolaj
Melukis Potret 10.30 - Kudapan 11.15 - Majlis Penutup Bacaan Doa
Ulasan Ketua Hakim Penyampaian Cenderamata kepada Hakim Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Ucapan Perasmi (Pengerusi) Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi
12.30 - Bersurai
Disediakan oleh : Disahkan oleh:
PK 07
Minit Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan
Sekolah Rendah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Daerah Johor Bahru
Bil 2/2014
Tarikh : 01 Oktober 2014 ( Rabu )
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
Pengerusi : En. Suremin bin Ithnin
Kehadiran (Bilangan) : 10 / 11
1. Encik Suremin Bin Ithnin - Guru Besar SK Taman Perling 3
2. Pn Rafidah Binti Mohd Yussup - Guru Besar, SK Kampong Pasir
3. Puan Zanariah Binti Said - GPK 1, SK Taman Perling 3
4. Puan Habibah Binti Hussin - GPK 1, SK Taman Damai Jaya
5. Puan Mariyam Binti Ariffin - GPK HEM, SK Taman Sri Amar
6 Puan Halimah Binti Mohd Aspar - KP Kajian Tempatan,SK Taman Perling3
7. Encik Mahadi Bin Mustapha - KP Kajian Tempatan SK Tmn Skudai Baru
8. Puan Seri Farizareen Binti Mistoil - KP Kajian Tempatan SK Kampong Pasir
9. Encik Rasid Bin Hussain - KP Kajian Tempatan SK Tmn Damai Jaya
1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Guru Besar dan wakil zon ke Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru Bil. 2/2014
1.2 Pengerusi memaklumkan Karnival Kajian Tempatan Daerah terpaksa ditunda tarikhnya
kerana memberi laluan kepada pengulangan peperiksaan UPSR dan berharap penetapan
tarikh baru dapat dicapai dalam mesyuarat ini nanti.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Dibentang oleh Pn Halimah Binti Mohd Aspar
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Habibah Binti Hussin
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Rashid Bin Hussain
3. PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Pn Rafidah inginkan kepastian sama ada sijil penyertaan bagi peserta Karnival Kajian
Tempatan Daerah pada tahun lalu telah disampaikan.atau pun belum..
3.2 Pengerusi memaklumkan sijil penyertaan itu telah pun disampaikan kepada peserta
selepas karnival berlangsung.
Tindakan: Makluman
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/FOKUS MESYUARAT
4.1 PENETAPAN TARIKH BARU KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU
4.1.1 Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju Karnival Kajian Tempatan Daerah Johor Bahru
diadakan pada 8 November 2014(Sabtu) bertempat di Sk Taman Perling 3.
Tindakan: Makluman
4.2. PENETAPAN SEMULA AKTIVITI KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU
4.2.1 Aktiviti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bil 1/2014 yang lalu ialah :-
i) Pertandingan Menghasilkan Poster
ii) Pertandingan Menghasilkan Kolaj
4.2.2 Mesyuarat juga telah sebulat suara bersetuju menetapkan pertandingan di peringkat zon
tidak perlu diadakan.
4.2.3 Pertandingan bagi peringkat daerah akan melibatkan semua sekolah rendah SK dan SJK
daerah Johor Baru
4.2.4 Tarikh pertandingan bagi peringkat daerah akan diadakan pada 08 November 2014.
4.2.5 Yuran penyertaan bagi peringkat daerah ini telah diputuskan sebanyak RM50.00 bagi
setiap sekolah kecuali sekolah yang berstatus sekolah kurang murid (SKM)
4.2.6 Tiada pengecualian yuran bagi sekolah yang tidak menyertai.
4.2.7 Jamuan bagi peserta dan guru pengiring akan disediakan oleh pihak penganjur.
4.2.8 Pengerusi Daerah telah diberi kuasa untuk menetapkan syarat-syarat bagi kedua-dua
pertandingan.
4.2.9 Minit mesyuarat bil 2/2014, kertas kerja serta syarat-syarat pertandingan akan
dimasukkan ke dalam laman web PPD Johor Bahru.
Tindakan: Makluman
4.3. PELANTIKAN JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU
4.3.1 Urus setia SK Taman Perling 3
4.3.2 Pendaftaran SK Taman Sri Amar
4.3.3 Juruacara SK Taman Damai Jaya
4.3.4 Jamuan SK Taman Perling 3
4.3.5 Persiapan Tempat SK Taman Perling 3
4.3.6 Hadiah / Cenderahati SK Taman Skudai Baru
4.3.7 Jemputan / Sambutan SK Taman Perling 3
4.3.8 Sijil penyertaan / Penghargaan SK Taman Bukit Mewah
4.3.9 Buku Program SJKC Foon Yew 2
4.3.10 Bacaan Doa SK Taman Perling 3
4.3.11. Hakim SK Sungai Danga
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi meminta pengerusi zon untuk memaklumkan lantikan jawatankuasa ini
kepada sekolah-sekolah berkenaan di bawah zon masing-masing .
5.2 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pengerusi, GPK Pentadbiran atau
setiausaha Panitia Kajian Tempatan Daerah Johor Bahru.
6. PENUTUP
Akhir kata,Pengerusi Daerah meminta kerjasama semua Pengerusi Zon agar memudahkan
perjalanan kerja dan aktiviti yang telah dirancang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Tarikh : 06 Oktober 2014 Tarikh : 06 Oktober 2014
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENGHASILKAN KOLAJ KANIVAL KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU
TAHUN 2014
1. Jenis : Kolaj 2. Tema : Mencintai Alam Sekitar 3. Penyertaan : 3.1. Terbuka kepada semua murid Tahap II Tahun 5 dan 6 sekolah rendah yang sedang
bersekolah di daerah Johor Bahru 3.2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta bagi satu penyertaan
sahaja. ( lelaki atau perempuan) 4. Hasil karya dan saiz : 4.1. Teknik menghasilkan kolaj pada lakaran yang telah disediakan olah pihak penganjur
bersaiz A3. (Sebarang penambahan lakaran dan tampalan pada karya dibenarkan)
4.2. Media/bahan yang telah ditetapkan:- i. Bijirin
ii. Tumbuh-tumbuhan iii. Fabrik iv. Cengkerang v. Alam semula jadi vi. Peralatan seperti gam, gunting, pisau, mounting board ( pelekat contoh ‘double sided’ tidak dibenarkan)
4.3. Media/bahan dan peralatan hendaklah disediakan sendiri oleh peserta. 4.4. Hasil karya hendaklah ditampalkan pada ‘mounting board’ bersaiz 37.5cm X 53cm 5. Masa : 2 jam 30 minit
( masa tambahan tidak akan diberikan kepada peserta yang lewat hadir) 6. Hadiah : Hadiah dan sijil serta sijil penyertaan diberikan kepada pemenang No 1, 2, 3 dan
20 saguhati 7. Penghakiman : 7.1. Penyertaan akan diadili oleh panel hakim berpengalaman yang dilantik dan
keputusan hakim adalah muktamad. 7.2. Skema penilaian : Teknik : 25 markah Warna : 25 markah Tona : 25 markah Kekemasan : 25 markah 8. Hak Milik Ciptaan : Hasil karya Ekspresi Seni pemenang 1, 2 dan 3 menjadi hak milik
penganjur untuk kegunaan publisiti
Hadiah-hadiah akan disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah semasa Karnival yang akan diadakan pada 8 NOVEMBER 2014 nanti.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENGHASILKAN POSTER
KANIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014
1. Jenis : Poster 2. Tema : Mencintai Alam Sekitar 3. Penyertaan : 3.1. Terbuka kepada semua murid Tahap II Tahun 5 dan 6 sekolah rendah yang sedang
bersekolah di daerah Johor Bahru 3.2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta bagi satu penyertaan
sahaja. ( lelaki atau perempuan) 4. Hasil karya dan saiz : 4.1. Teknik bebas dalam penghasilan poster. 4.2. Teks poster dan tema mestilah mempunyai mesej kempen Alam Sekitar 4.3. Teks poster (mesej) perlu ada dalam poster yang dihasilkan. 4.4. Bahan menggunakan kertas lukisan. (Disediakan oleh penganjur) 4.5. Media hendaklah menggunakan warna poster (Buncho) 5. Masa : 2 jam 6. Hadiah : Hadiah dan sijil serta sijil penyertaan diberikan kepada pemenang No 1, 2, 3 dan
20 saguhati 7. Penghakiman : 7.1. Penyertaan akan diadili oleh panel hakim berpengalaman yang dilantik dan
keputusan hakim adalah muktamad. 7.2. Skema penilaian : Tema : 15 markah IIustrasi : 20 markah Keterbacaan : 15 markah Gubahan/Komposisi/Olahan : 25 markah Warna bebas : 15 markah
Kemasan : 10 markah
8. Sebarang contoh atau bahan rujukan dilarang dibawa ke dalam bilik pertandingan. 9. Hak Milik Ciptaan : Hasil karya Ekspresi Seni pemenang 1, 2 dan 3 menjadi hak milik
penganjur untuk kegunaan publisiti
Hadiah-hadiah akan disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah semasa Karnival yang akan diadakan pada 8 NOVEMBER 2014 nanti.
KANIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014
BORANG PENYERTAAN
NAMA SEKOLAH : ________________________________________________
( Cop sekolah )
JENIS
PERTANDINGAN NAMA PESERTA
NO. KAD PENGENALAN /
SURAT BERANAK
KOLAJ
POSTER
DIsahkan oleh,
Top Related