KERTAS KERJAPROGRAM SUKARELAWAN SISWA KE SABAH (3S)
TARIKH20 HINGGA 29 JANUARI 2014
TEMPATMAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM), KOTA
KINABALUKAMPUNG DAERAH PAPAR, SABAH
KEM BIRO TATANEGARA (BTN) KUNDASANG, SABAH
ANJURANHAL EHWAL LUAR & ANTARABANGSA
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)KOLEJ KERIS MAS
SESI 2013/2014
“1 VISI, 1 MISI, 1 KOMUNITI”
KERTAS KERJAPROGRAM SUKARELAWAN SISWA KE SABAH (3S)
KOLEJ KERIS MASSESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Program Sukarelawan Siswa ke Sabah (3S) Kolej Keris Mas bagi sesi 2013/2014.
2.0 PENGENALAN
Program Sukarelawan Siswa ke Sabah (3S) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 adalah satu program berdurasi 10 hari yang mana seramai 80 orang mahasiswa/ i penghuni Kolej Keris Mas akan memulakan khidmat komuniti bersama golongan sasar yang pertama iaitu pelajar sekolah menengah Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu sebelum berbakti di Kampung Pengalat Besar, Papar dan diakhiri dengan program pemantapan jati diri di Kem Biro Tatanegara (BTN) Kundasang. Ketika di MRSM Kota Kinabalu, seramai 60 orang siswa/ i akan menjadi fasilitator Kem Jejak Universiti (KEJU)bagi membantu seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun 2014 mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Modul yang digunapakai adalah satu pembentukan peribadi dan jati diri pelajar untuk mengwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baik serta berterusan sehingga mereka mampu merencana masa depan sendiri dengan bantuan yang dihulurkan oleh para fasilitator.
Seterusnya mahasiswa/ i ini akan berangkat ke Kampung Pengalat Besar, Papar bagi menempuh cabaran yang lebih besar iaitu menyelami budaya masyarakat Sabah dan merasai sendiri denyut nadi rakyat yang dahagakan perhatian dan bantuan yang seharusnya. Di sini mahasiswa kena memainkan peranan selaku orang terpelajar membantu masyarakat kampung melihat dan merancang masa depan yang lebih baik di samping sentiasa menjadi siswa yang prihatin dan cakna dengan isu setempat. Sentuhan yang diberikan oleh mahasiswa ini diharapkan mampu merubah mereka ke arah yang lebih positif. Sentuhan yang diberikan oleh mahasiswa ini diharapkan tidak terhenti di sini sahaja malah sangat diharapkan boleh berkekalan dan memberi impak yang baik.
Kedua-dua program ini kemudiannya akan direfleksi dalam bentuk kem pemantapan jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang lebih tahu tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan peranan yang boleh dimainkan bila bergelar graduan. Kesemua peserta akan diminta melakukan pembentangan selepas diskusi bersama mengenai input yang diberikan dan output yang seharusnya dihasilkan di masa hadapan. Besar harapan penganjur tema “1 Visi, 1 Misi, 1 Komuniti” ini mampu diterjemah dengan baik oleh
para peserta dalam membentuk keperibadian diri yang baik dan persekitaran masyarakat Malaysia yang lebih terkehadapan.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1 Membantu para pelajar Tingkatan 5 MRSM Kota Kinabalu meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
4.2 Menyediakan pelajar yang mampu merancang pasca-peperiksaan awam dan seterusnya.
4.3 Mendedahkan kepada peserta akan keadaan sosio-ekonomi di kawasan Papar dan merasai sendiri kehidupan bersama masyarakat kampung.
4.4 Memainkan peranan peserta selaku orang terpelajar dalam komuniti denganmelakukan anjakan paradigma pemikiran orang kampung.
4.5 Meningkatkan profesionalisme para peserta bekerja dalam berpasukan.
4.6 Menyedarkan peranan yang boleh dan patut dimainkan oleh mahasiswa dalam pembangunan diri dan masyarakat sekeliling serta negara.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) seperti berikut :
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3) : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
6.0 TEMA
“1 Visi, 1 Misi, 1 Komuniti”
Sebagai mahasiwa yang hidup dalam komuniti masyarakat, seharusnya mempunyai matlamat yang jelas. Dengan wujudnya 1 visi dan 1 misi diharapkan dapat membantu mereka untuk lebih peka dan cakna dengan persekitaran semasa. Mahasiswa perlu sedar dan laksanakan tanggungjawabnya selaku pelajar universiti serta tahu peranan yang boleh dimainkan sebelum, semasa dan pasca bergelar graduan nanti.
7.0 ANJURAN
Hal Ehwal Luar & AntarabangsaMajlis Eksekutif Pelajar (MEP)Kolej Keris MasSesi 2013/2014
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 20 hingga 29 Januari 2014Tempoh : 10 hari
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan ialah di
9.1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu9.2 Kampung Pengalat Besar, Papar9.3 Kem Biro Tatanegara (BTN) Kundasang, Sabah
10.0 PUBLISITI
Publisiti bagi program ini akan dihebahkan di media massa seperti berikut :
10.1 RTM 10.2 Media Prima Berhad 10.3 All Asia Network Broadcast (ASTRO)10.4 Utusan Melayu10.5 Kumpulan Karangkraf10.6 Dewan Bahasa dan Pustaka
10.7 TV Al Hijrah10.8 Bernama
11.0 CADANGAN PERASMI
Cadangan perasmi adalah seperti berikut :
1) Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah bt Syed Hasan ShahabudinNaib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
2) Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman bin A. KarimTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UKM
3) Yang Berusaha Tuan Haji Musa Zainal Abidin bin OthmanTimbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : 65 orang
Bilangan urusetia : 10 orang urusetia
Bilangan pegawai pengiring : 5 orang kakitangan akademik dan pegawai UKM
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Sesi Taklimat dari Pengurus Kolej Keris MasEn. Mat Yusof bin Achin, Pengurus HEP Kolej Keris Mas akan memberi tentatif program dan menerangkan perjalanan program. Para peserta akan diberitahu mengenai pakaian dan tempat di mana aktiviti berlangsung.
15.2 Ice BreakingSlot ini bertujuan mengwujudkan suasana harmonis di kalangan peserta agar interaksi berkesan dapat diterjemahkan dalam bentuk kelancaran program. Di sini juga para peserta akan dibahagikan kumpulan-kumpulan kecil yang mana nisbahnya seorang (4) fasilitator untuk lima (10) orang peserta. Setiap kumpulan diseimbangkan mengikut maklumat latar belakang mereka yang diperoleh dari guru sebelum program dimulakan.
15.3 Sesi Ramah Mesra Urusetia dan Fasilitator bersama PelajarSlot ini bertujuan mengwujudkan suasana harmonis antara peserta dengan urusetia dan fasilitator. Sesi ini memberi ruang kepada urusetia dan fasilitator memperkenalkan diri serta membantu peserta memahami bidang tugas urusetia dan
fasilitator. Slot ini juga memperlihat kesatuan antara urusetia dan fasilitator sebagai teladan yang baik kepada peserta.
15.4 Ceramah I : Kenalkah Aku akan PenciptakuPenceramah yang didatangkan khas ini diharapkan mampu membangkitkan keinsafan yang mendalam dan berkekalan. Penceramah akan mengupas kewujudan Sang Pencipta, kelahiran manusia serta perhubungan yang nampak dan tidak nampak antara Pencipta dan hambaNya. Penceramah akan mengajar dan mengajak peserta mencintai Tuhan melebihi segala-galanya di samping menghubungkan apa yang berlaku pada diri dan sekeliling dengan konsep ketuhanan.
15.5 Senaman PagiSenaman pagi akan dikendalikan oleh MEP Sukan dan Rekreasi Kolej Keris Mas. Para peserta akan diperkenalkan senaman ringkas yang boleh dilakukan sebelum memulakan sesi persekolahan. Senaman ini merangkumi kestabilan emosi, rohani, jasmani dan intelektual mereka. Senaman lebih menekankan pergerakan tubuh dan pernafasan serta penumpuan minda.
15.6 Diariku I : Jangka Masa PendekSetiap peserta diberi buku catatan yang akan digunakan sepanjang program dan dijadikan panduan mereka agar sentiasa meletakkan diri di dalam modul ini selepas program berakhir. Bagi latihan dalam kumpulan I ini, para peserta akan dibantu oleh fasilitator dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan hidup sebagai pelajar selama setahun. Para peserta akan belajar merancang kembali matlamat mereka akan lebih jelas dan mengenalpasti cara untuk menjayakannya.
15.7 Diariku II : Jangka Masa SederhanaLatihan ini mendahului satu langkah dari latihan sebelum ini yang mana peserta dibantu fasilitator cuba merancang apa yang perlu dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang. Semua peserta akan menyatakan rancangan mereka di dalam buku catatan yang diberi urusetia. Para fasilitator pula berfungsi sebagai pengembang minda mereka agar setiap rancangan akan kekal relevan pada tempoh tersebut.
15.8 Diariku III : Jangka Masa PanjangLatihan ini boleh dikatakan sebagai puncak kejayaan peserta merancang masa hadapan mereka. Para peserta akan menentukan siapa mereka dan bagaimana mereka dalam mengorak kecemerlangan diri. Semua visi dan misi peserta akan tersemat baik di dalam diari mereka. Berbeza dengan dua latihan terdahulu, para peserta akan diberi ruang tersendiri untuk mencorak kehidupan mereka agar lebih berwarna-warni di masa hadapan.
15.9 Ceramah II : Siapa Aku dan Di Mana Aku
Penceramah akan mengajak para peserta mengenali diri sendiri dan mencintai agar mereka boleh mengiktiraf kewujudan diri mereka. Para peserta lebih mengetahui fungsi dan sebab kelahiran masing-masing serta bagaimana sekeliling mempengaruhi mereka. Peserta juga akan didedahkan nikmat yang diturunkan di sekeliling merangkumi agama, keluarga, masyarakat dan negara.
15.10 Aktiviti RiadahAktiviti riadah ini akan membantu mengeratkan perhubungan antara peserta dengan fasilitator di samping membantu peserta mengetahui aktiviti yang sihat untuk mengurangkan tekanan. Aktiviti riadah ini akan dikendalikan oleh MEP Sukan dan Rekreasi Kolej Keris Mas.
15.11 Diskusi II : Peranan Ibu BapaDiskusi ini akan memberi ruang dan waktu terbaik kepada urusetia memperjelas kepada para ibu bapa bagaimana program ini berjalan dan berjaya. Para urusetia akan mendapatkan pandangan ibu bapa di samping merumuskan penyelesaian konkrit agar ibu bapa memahami peranan yang telah dimainkan oleh anak mereka, guru dan sekolah. Ibu bapa juga akan lebih memahami bagaimana mereka menyumbang ke arah kejayaan anak-anak mereka melalui kerjasama baik memastikan program ini bersifat kekal.
15.12 Refleksi ModulSlot ini merupakan rumusan daripada urusetia dan fasilitator serta pentas kepada peserta menyatakan hasil yang diperoleh sepanjang program. Para peserta juga diberi waktu untuk meluahkan apa yang dirasai mereka dalam bentuk warkah kepada ibu bapa mereka. Suasana positif akan diwujudkan agar keseimbangan antara input dan output dapat dilihat berkadaran pada nisbah yang dikehendaki.
15.13 Majlis Perasmian Penutup Kem Jejak Universiti (KEJU)Majlis perasmian penutup akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Prof. Tan Sri. Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah bt Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Beliau akan menyampaikan amanat serta dasar kerajaan dalam bidang pendidikan negara. Beliau juga akan menyampaikan sijil, sumbangan dan cenderamata kepada semua pihak yang terlibat. Majlis akan diakhiri dengan sesi fotografi bersama fasilitator dan peserta.
15.14Sesi Mohon RestuPara peserta akan menyampaikan surat yang ditulis kepada ibu bapa masing-masing dan para fasilitator akan mengambil kesempatan memohon maaf sebelum pulang ke kolej. Para fasilitator juga akan mencari ruang bertemu ibu bapa peserta agar keyakinan ibu bapa sentiasa ada bagi program seumpama ini di masa hadapan.
15.15 Majlis Penyerahan Anak Angkat
Ketua kampung akan bertindak memperkenalkan keluarga angkat masing-masing dan menyerahkan dari pihak penganjur kepada keluarga angkat terbabit. Majlis ringkas ini akan disusuli dengan ucaptama Ketua Kampung Bukit Badong.
15.16 Sesi Ramah Mesra Bersama Keluarga AngkatSetiap peserta dikehendaki mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan butiran peribadi keluarga angkat masing-masing. Mereka juga diharapkan dapat menjalin hubungan mesra dan berpanjangan dengan keluarga angkat.
15.17 Ceramah Agama : Hubungan Manusia Sesama ManusiaCeramah akan disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM, Ustaz Khairil Khuzairi bin Omar. Ceramah ini menyelitkan mengenai kepentingan hidup berjiran dan bermasyarakat sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.
15.18 Aktiviti Mencari RezekiAktiviti ini bergantung kepada keluarga angkat masing-masing kerana kepelbagaian sumber ekonomi yang dijana oleh penduduk kampung dapat membantu mahasiswa melihat di mana potensi yang seharusnya dikembangkan oleh penduduk kampung di samping merasai sendiri pengalaman bertani, bercucuk tanam, berniaga dan sebagainya.
15.19 Projek KomunitiPelbagai projek komuniti berimpak tinggi akan digerakkan oleh para peserta dengan harapan ia mampu merintis satu era yang lebih baik kepada penduduk kampung. Pihak penganjur akan mendapatkan bantuan beberapa agensi kerajaan dalam menjayakan projek ini seperti MARA, KEMAS, TEKUN dan sebagainya.
15.20 Pesta Sukan Persahabatan3 jenis sukan telah dipilih iaitu bola sepak (lelaki), bola jaring (wanita) dan tarik tali. Sukan ini dipilih berdasarkan populariti sukan tersebut dan kemudahan yang ada pada kampung itu. Pasukan dibentuk di mana peserta bertanding dengan pasukan dari kampung.
15.21 Gotong Royong Perdana4 kawasan tumpuan utama telah dipilih iaitu dewan orang ramai, masjid, tanah perkuburan dan gelanggang permainan. Para peserta dan penduduk kampung akan sama-sama membanting tulang mengerah kudrat membersih dan mengindahkan kawasan terbabit.
15.22 Majlis Perasmian PenutupMajlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis akan diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh para peserta di samping penyampaian cenderamata kepada penduduk kampung.
15.23 Slot 1 : Ice Breaking
Pengetua akan menerangkan justifikasi dan objektif mengadakan kursus ini dan para peserta akan dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil yang terdiri daripada 15 orang setiap kumpulan. Setiap peserta akan dibekalkan dengan 3 helai kertas A4, kemudian peserta dikehendaki melukis gambar yang menggambarkan dirinya, kawan di sebelahnya dan suasana bilik seminar tersebut. Mereka juga diminta menerangkan setiap satu lukisan tersebut.
15.24 Slot II : Mencipta Identiti, Membentuk Entiti Slot ini akan memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam disamping membentuk identiti diri yang lebih baik dan ini dapat mendorong peserta untuk menjadi seseorang yang berguna dan dihormati.
15.25 Aktiviti Riadah dan SukanekaPara peserta akan dibawa ke pantai dan menjalani aktivit riadah seperti bola tampar pantai, bina istana pasir dan pelbagai sukaneka akan dijalankan. Setiap permainan akan dijalankan mengikut kumpulan masing-masing dan mereka perlu mengumpul mata yang paling banyak. Ini dapat mengeratkan silaturrahim para peserta disamping memupuk semangat bekerjasama.
15.26 Slot III : Pengenalan 3P oleh Pengetua KKM, Dr. Ruslin bin AmirPengetua akan menerangkan justifikasi dan objektif mengadakan kursus ini. Para peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu yang boleh dipraktikkan dalam meningkatkan profesionalisme pasukan seperti semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam satu pasukan.
15.27 Slot IV : Slot IV : Multi-tasking Situation & Solution Setiap kumpulan akan diberi dwi-tugasan iaitu menyiapkan satu kertas kerja lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh JPPel di samping menyenaraikan surat-surat yang perlu dikeluarkan bergantung kepada program yang diamanahkan. Mereka juga diminta membentangkannya kepada semua.
15.28 Slot V : A to Z Setiap kumpulan diberi tugasan yang memerlukan mereka meneliti dan menyenaraikan seberapa banyak butiran seperti perancangan gerak kerja, pelan publisiti dan penajaan dan sebagainya. Pemenang dinilai berdasarkan ketelitian setiap perincian kerja.
15.29 Slot VI : Voice of TommorowKeperluan seorang pemimpin yang berani menyuarakan beberapa isu berkaitan mahasiswa adalah amat penting dan diterapkan dalam bentuk pidato. Setiap kumpulan akan menghantar wakil menyampaikan pidato mereka.
15.30 Slot VII : Talent Time
Setiap kumpulan diberi tema yang sama untuk diterjemah dalam pelbagai bentuk penggunaan suara seperti nyanyian, pidato, deklamasi puisi dan sebagainya.
15.31 Slot VIII : Explorace Slot ini akan melibatkan aktiviti luar di mana para peserta akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dikehendaki menyelesaikan misi di setiap check point. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kumpulan yang terpantas menghabiskan setiap misi dan megumpul markah yang tertinggi.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C.
17.0 ULASAN PENASIHAT UTAMA PROGRAM
Rujuk Lampiran D
18.0 RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM
Rujuk Lampiran E
19.0 PAKEJ PENAJAAN PROGRAM
Rujuk Lampiran F
20.0 BORANG PERSETUJUAN SUMBANGAN
Rujuk Lampiran G
21.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Pejabat MEP,Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,Kolej Keris Mas,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi,Selangor Darul Ehsan.(u/p : Mohamad Haidar bin Zorkifli–0179857909)
Tel : 03-8921 4010 Faks : 03-8921 4009E-mel : [email protected]
18.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja Program Sukarelawan Siswa ke Sabah (3S) Kolej Keris Mas sesi 2012/2013 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada barisan kepimpinan Kolej Keris Mas yang akan sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran bagi kecemerlangan kolej. Program sebegini akan menjadi suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, kolej akan dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar Kolej Keris Mas agar terus cemerlang.
Disediakan oleh,
MOHAMAD HAIDAR BIN ZORKIFLIExco Hal Ehwal Luar, Alumni& AntarabangsaMajlis Eksekutif Pelajar (MEP)Sesi 2013/2014Merangkap Ketua PengarahProgram Sukarelawan Siswa ke SabahUniversiti Kebangsaan Malaysia
Disemak oleh,
MUHAMAD FARID BIN IBARAHIM@IBRAHIM Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia
Disokong oleh,
NORLISA BT MOHAMED AMINFelo PenasihatHal Ehwal Luar Alumni dan AntarabangsaKolej Keris MasUniversiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASIPROGRAM SUKARELAWAN SISWA KE SABAH (3S) KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
PengerusiY.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
PenyelarasTuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat UtamaDr. Ruslin bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas
PenasihatTuan Haji Ishak bin Abdul RahmanTimbalan Pengetua Kolej Keris Mas
En. Mat Yusof bin Achin Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Keris Mas
Norlisa bt Mohamed AminFelo Penasihat
Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa Kolej Keris Mas
PemantauMuhamad Farid bin Ibarahm @ Ibrahim
Ketua EksekutifMajlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Ketua PengarahMohamad Haidar bin Zorkifli
Fakulti Undang Undang/ 2/ A140811017-9857909
Timbalan Ketua Pengarah IMuhammad Nursyafiq b. Mohd Yunus
Fakulti Kejuruteraan Alam dan Bina/ 1/ A144127019-3818721
Timbalan Ketua Pengarah IIMohamad Amirul Rasyidin b. Mat IsaFakulti Undang Undang/ 2/ A140390
0175736090
SetiausahaNurul Hayati bt Mohamad Nor
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/ 1/ A145356017-6953061
BendahariErien bt Lahata
Fakulti Sains dan Teknologi/ 1/ A145986014-5591164
Pengarah Penginapan : Syahirah Hanim Bt RamlyFakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/ 1/
A144334
Pengarah Sijil & Cenderamata : Nur Intan Syakieraah binti ZakariaFakulti Undang- Undang/ 2/ A140143
Pengarah Jamuan : Syuhada Amirah Bt RozmanFakulti Teknologi dan Sains Maklumat/ 1/ A146257
Pengarah Tugas-tugas Khas : Mohd Syafiq Bin HamzahFakulti Pendidikan/ 1/ A143805
Pengarah Multimedia : Farah Adibah Binti IsmailFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/ 1/ A144335
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAMSUKARELAWAN SISWA KE SABAH (3S)KOLEJ KERIS MAS 2013/2014
ISNIN, 20 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
2.45 pagi Berkumpul dan persiapan terakhir sebelum bertolak di kafetaria
Kafetaria KKM
3.30 pagi Taklimat dari Pengurus HEP Kolej Keris Mas
4.15 pagi Bergerak ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Foyer KKM
5.30 pagi Tiba di KLIASarapan pagiSolat Subuh
Kuala Lumpur International Airport
(KLIA)
6.00 pagi Daftar masuk penerbangan
7.00 pagi (MAL)
7.30 pagi (MAS)
Penerbangan bermula
9.35 pagi (MAL)
10.05 pagi (MAS)
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu11.00 pagi Bergerak ke Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) Kota Kinabalu
11.30 pagi Tiba di MRSM Kota Kinabalu MRSM Kota Kinabalu
11.45 pagi Daftar penginapan asrama MRSM Rumah Tetamu MRSM
12.00 tengah hari
Makan tengah hariSolat Zuhur
Dewan Santapan MRSM
1.30 petangIce-breaking Dewan Menggaris
2.30 petang Sesi Ramah Mesra Fasilitator bersama peserta Sekitar MRSM
3.30 petang Solat AsarMinum petang
Surau MRSMDewan Santapan MRSM
4.00 petang Latihan Dalam Kumpulan 1Persiapan diri untuk MaghribMakan malam
Dewan MenggarisAsrama MRSMDewan Santapan
6.00 petang Solat Maghrib, Solat Hajat dan Bacaan Yassin
Surau MRSM
7.00 malam Ceramah I : Kenalkah Aku Akan PenciptakuPenceramah :
Muhammad Azamuddin Bin Mohd Ali,Eksekutif Kerohanian Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas
Solat Isyak
7.45 malam Latihan Dalam Kumpulan 2Design T- shirt & Kain RentangTema: Motivasi/ Pelajar Cemerlang
Dewan Menggaris
9.45 malam Minum malam Dewan Santapan MRSM
10.00 malam Tidur Asrama MRSM
SELASA, 21 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.15 pagi Bangun dan persiapan pagi Asrama MRSM
4.45 pagi Solat Subuh dan Kuliah Subuh Surau MRSM
5.30 pagi Senam Seni 1 Malaysia Padang MRSM
6.00 pagi Sarapan pagi Dewan Santapan MRSM
7.00 pagi Gotong Royong Melestarikan Sekolahi. Menyusun atur, mengemas stor dsb Sekitar Sekolah & Asrama
9.30 pagi Minum pagi Dewan Santapan MRSM
10.00 pagi Gotong Royong Melestarikan Sekolahii. Mural
Sekitar Sekolah & Asrama
12.00 tengah hari
Makan tengah hariSolat Zuhur
Dewan SantapanSurau MRSM
1.30 petang Gotong Royong Melestarikan Sekolahiii. Membina arca menggunakan barang-
barang terpakaiSekitar Sekolah & Asrama
3.30 petang Minum petangSolat Asar
Dewan SantapanSurau MRSM
4.00 petang Aktiviti RiadahPersiapan DiriMakan Malam
Padang MRSMAsrama MRSMDewan Santapan
6.00 petang Solat Maghrib, Solat Hajat & Bacaan Yasin
Surau MRSM7.00 malam Solat Isyak
7.45 malam Sesi Beramah Mesra bersama Fasilitator“ Jom Masuk U ”
Dewan Menggaris
9.45 malam Minum Malam Dewan Santapan
10.00 malam Tidur Asrama MRSM
RABU, 22 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.15 pagi Bangun dan persiapan pagi Asrama MRSM
4.45 pagi Solat Subuh dan Kuliah Subuh Surau MRSM
5.30 pagi Senam Seni 1 Malaysia Padang MRSM
6.00 pagi Sarapan pagi Dewan Santapan
7.00 pagi
9.00 pagi
Explorace.
Sekitar sekolah & Asrama
Refleksi Program Dewan Menggaris
9.45 pagi Minum Pagi Dewan Santapan
10.00 pagi Persiapan Majlis Perasmian Penutupan Dewan Menggaris
Dewan Menggaris10.30 pagi Majlis Perasmian Penutupan olehYB Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kerja Raya
12.00 tengah hari
Makan tengah hariSolat Zuhur
Dewan SantapanSurau MRSM
1.30 petang Sesi Mohon Restu
2.00 petang Persiapan ke Kampung Pengalat Besar, Papar Asrama MRSM
2.30 petang Bergerak ke Kampung Pengalat Besar, Papar Foyer MRSM
3.00 petang Tiba di Kampung Pengalat Besar
Dewan Kampung Pengalat Besar3.15 petang Majlis Penyerahan Anak Angkat
4.00 petang Solat AsarSesi ramah mesra bersama keluarga angkat masing-masing di rumah
Surau Kampung PengalatRumah angkat masing-
masing
6.00 petang Solat maghrib berjemaahKuliah maghribSolat Hajat, Bacaan Yasin dan TahlilMakan malamSolat Isyak berjemaah Surau Kampung Pengalat
Besar
8.00 malam Ceramah : Hubungan Manusia Sesama ManusiaOleh Ustaz Khairil Khuzairi Omar, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM
10.00 malam Tidur Rumah masing-masing
KHAMIS, 23 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.15 pagi Solat Subuh berjemaahKuliah SubuhSarapan pagiSenaman pagi
Surau Kampung Pengalat Besar
Padang Kampung Pengalat Besar
6.30 pagi Projek Komunitii) Gotong royong membersihkan
kawasan rumahii) Mengecat dan memperbaiki rumah
rumah terpilih
Sekitar Kampung Pengalat Besar
12.00 tengah hari
Makan Tengah Hari & Solat Zuhur
.
Rumah keluarga angkat masing- masing
1.00 petangAktiviti bersama keluarga angkat masing -masing
Rumah keluarga angkat masing- masing
3.30 petang Solat Asar dan minum petang
4.30 petang Pesta Sukan Persahabatani) Bola Sepakii) Bola Jaringiii) Tarik Tali
Padang Kampung Pengalat Besar
6.00 petang Solat maghrib berjemaahKuliah maghribMakan malamSolat Isyak berjemaah
Surau Kampung Pengalat Besar
8.00 malam Sesi ramah mesra dengan keluarga angkat masing-masing
Rumah masing-masing
JUMAAT, 24 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Solat Subuh berjemaahKuliah SubuhSenaman pagiSarapan pagi
Surau Kampung Pengalat Besar
Padang Kampung Pengalat Besar
7.00 pagi Gotong-royong Perdanai) Dewan Orang Ramaiii) Tanah Perkuburaniii) Gelanggang Permainaniv) Masjid
Sekitar Kampung Pengalat Besar
12.00 t/hari Makan Tengah Hari & Solat Jumaat
1.30 petang Dewan Orang Ramai
Majlis Penutup Program oleh
YB Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid
Shirlin
Timbalan Menteri Kerja Raya.
Kampung Pengalat Besar
3.00 petang Bergerak ke Kem BTN Kundasang
4.00 petang Tiba di Kem BTN KundasangDaftar penginapanSolat AsarMinum petangRehat
BTN Kundasang
6.00 petang Solat MaghribKuliah MaghribMakan malamSolat IsyakTaklimat dan minum malamTidur
Surau BTN Kundasang
SABTU, 25 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Solat SubuhKuliah SubuhSenaman pagiSarapan pagi
Surau BTN Kundasang
12.00 tengah hari
Makan tengah hariSolat Zohor
Dewan Santapan BTNMasjid Kundasang
2.00 petang Slot I : Ice-BreakingBilik Seminar
3.00 petang Slot II : Mencipta Identiti, Membentuk Entiti
4.00 petang Minum petangSolat Asar
Dewan Santapan BTNSurau BTN
5.00 petang Sukaneka Padang BTN
6.00 petang Solat MaghribMakan malamSolat Isyak
Surau BTNDewan Santapan BTN
8.00 malam Slot III : Pengenalan 3P oleh Pengetua KKM, Dr. Ruslin bin Amir
Bilik Seminar
10.30 malam Minum malam Dewan Santapan BTN
11.00 malam Tidur Dorm
AHAD, 26 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Solat SubuhPersiapan Pagi
Surau BTN
6.00 pagi Sarapan pagi Dewan Santapan BTN
7.00 pagi Bakti Siswa
10.00 pagi Minum pagi
Sekitar Kampung Ranau
10.30 pagi Sambungan aktiviti Bakti Siswa
12.00 tengah hari
Bertolak ke Lereng Gunung KinabaluMakan tengah hariSolat Zuhur
1.00 petang Tiba di Lereng Gunung Kinabalu Lereng Gunung Kinabalu
2.00 petang Bertolak ke Dairy Farm Dairy Farm
3.00 petang Tiba di Dairy Farm Dairy Farm
4.00 petang Bertolak ke Fish Spa Kampung Luanti Fish Spa Kampung Luanti
4.30 petang Tiba di Fish Spa Kampung Luanti Fish Spa Kampung Luanti
6.00 petangBertolak pulang ke BTNSolat MaghribMakan malamSolat Isyak
BTNSurau BTN
Dewan Santapan BTN
8.00 malam Majlis penutup Bilik Seminar
10.00 malam Minum malam Dewan Santapan BTN
11.00 malam Tidur Dorm
ISNIN, 27 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Persiapan pagiSolat Subuh
Surau BTN
6.00 pagi Senaman pagi Padang BTN
7.00 pagi Sarapan pagi Dewan Santapan BTN
8.00 pagi Lawatan ke Hot Spring Hot Spring
Hot Spring12.00 tengah hari
Makan tengah hari (bungkus)Solat Zuhur
2.00 petang Bersiar- siar di Poring (canopy walk)
5.00 petang Solat AsarBertolak ke MRSM Kota Kinabalu
Sekitar Ranau
8.00 malam Tiba di MRSM Kota KinabaluSolat IsyakMakan Malam
MRSM Kota Kinabalu
9.00 malam Aktiviti bebas
TidurMRSM Kota Kinabalu
SELASA, 28 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Solat SubuhPersiapan pagi
Surau MRSM Kota Kinabalu
6.00 pagi Sarapan pagi Padang MRSM
7.00 pagi Bertolak ke Jeti Jesselton Jeti Jesselton
8.00 pagi Tiba di Jeti Jesselton
Pulau Manukan Kota Kinabalu
Jesselton Point dan MRSM Kota Kinabalu
8.30 pagi Bertolak ke Pulau Manukan
9.30 pagi Tiba di Pulau Manukan
12.00 tengah hari
Makan tengah hariSolat Zuhur
2.00 petang Aktiviti Snorkelling
3.45 petang Bertolak pulang ke jeti
4.30 petang Tiba di jetiSolat AsarRiadah
6.00 petang Solat MaghribMakan malam
6.30 petang Bertolak pulang ke MRSM
MRSM Kota Kinabalu10.00 malam
Solat IsyaMinum malamTidur
RABU, 29 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Solat SubuhPersiapan Pagi
Surau MRSM Kota Kinabalu
6.00 pagi Senaman pagi Padang MRSM
7.00 pagi Sarapan pagi Dewan Santapan MRSM
8.00 pagi Lawatan sekitar bandar Kota Kinabalu
Bandar Kota Kinabalu12.00 tengah hari
Makan tengah hari (bungkus)Solat Zuhur
4.30 petang Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
6.00 petang Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota KinabaluSolat Asar
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu Terminal 16.30 petang Daftar masuk penerbangan
7.55 petang Penerbangan bermula
8.30 malam Tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang
Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang
9.30 malam Bergerak pulang ke Kolej Keris Mas
10.30 malam Tiba di Kolej Keris MasBersurai
Kolej Keris Mas
KHAMIS, 30 JANUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
4.00 pagi Solat SubuhPersiapan Pagi
Surau MRSM Kota Kinabalu
6.00 pagi Senaman pagi Padang MRSM
7.00 pagi Sarapan pagi Dewan Santapan MRSM
8.00 pagi Aktiviti Bebas
MRSM Kota Kinabalu12.00 tengah hari
Makan tengah hari (bungkus)Solat Zuhur
5.00 petang Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
6.00 petang Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota KinabaluSolat Asar
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu
Terminal 2
7.00 petang Daftar masuk penerbangan
8.15 malam Penerbangan Pertama (12 orang) bermula
9.25 malam Penerbangan Kedua (6 orang) bermula
11.55 malam Penerbangan Ketiga (20 orang) bermula Terminal 1
8.30 malam Tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang
Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang
9.30 malam Bergerak pulang ke Kolej Keris Mas
10.30 malam Tiba di Kolej Keris MasBersurai
Kolej Keris Mas
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL
PERKARA RM
1.
2.
3.
4.
Dana iM4U
Tabung Pengetua Kolej Keris Mas
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penajaan Luar
5 000
4 000
4 000
24 000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 37 000
Anggaran Perbelanjaan
BIL
PERKARA RM
1.
2.
3.
Pengangkutani) Tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (RM 300/ orang × 80 orang)
Makanan & Penginapaniii) Air minuman botol 1.5L (RM 12/ kotak × 40 kotak)
Keperluan pengurusan programi) Kertas A4 (RM 10/ reams × 10 reams)ii) Kertas mahjong (RM 0.50/ helai × 104 helai)iii) Alat tulis
24 000
480
100 52 200
4.
5.
6.
7.
8.
iv) Barangan aktiviti sukaneka & riadahv) Percetakan dan fotokopivi) Bateri loud hellervii) Ring-ring Card (RM 10/ keping × 15 keping)viii) Peralatan gotong royongix) Hiasan majlis penutupx) Projek komuniti
Publisitii) Printed banner (14’ × 7’ × 6 keping × RM 0.50/ kaki)ii) Printed banner backdrop (14’ × 8’ × 3 keping × RM 0.50/ kaki)iii) Printed bunting (2’ × 6’ × 100 keping × RM 0.50/ kaki)iv) Hebahan media cetak & elektronikv) Poster A2 (200 keping × RM 2/ keping)
Sijil, hadiah & cenderamatai) Hamper [(RM 30/ unit × 5 unit) + (RM 60/ unit × 5 unit) + (RM 100/ unit × 5 unit) + (RM 50/ unit × 10 unit)]ii) Sijil (RM 2/ keping × 105 keping)iii) Hadiah perasmi (RM 50/ unit × 3 orang)iv) Cenderamata penghargaan (RM 30/ unit × 5 unit)
Tugas-tugas khasi) Tag peserta & urusetia (RM 2/ unit × 120 orang)ii) T-shirt program 3 design (RM 12/ helai × 315 helai)
Protokoli) Percetakan booklet majlis penutup (RM 3/ buah × 110 buah)ii) Printed tag (RM 2/ keping × 120 keping)
Rencam & Kecemasan
370 346 100 150 300 400 700
294 168
600
290 400
1 450
210 150 150
240 3 780
330
240
1 500
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 37 000
Top Related