KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ
KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR
PRISCILLA ANAK TALAM @ TALAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL:KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN
DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
SESI PENGAJIAN::: 2008/2009
Saya PRISCILLA ANAK TALAM @ TALAB
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 59. LOT 2361, TAMAN JUTARIA, DR. HAMDAN BIN SAID JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK Tarikh: Tarikh:
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia : Dr. Hamdan Bin Said
Tarikh : ………………………..
KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ
KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR
PRISCILLA ANAK TALAM @ TALAB
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : Priscilla Anak Talam @ Talab
Tarikh : ……………………………....
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat Ayah Dan Emakku,
EN.JOHN TALAM AK MANYON & PN. LANJING AK KASA, Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buatku,
Pengorbananmu akan ku kenang sehingga akhir hayat.
Buat Saudara Kandungku Yang Dikasihi,
ROSEYTA, THOMAS, REBECCA, KATHLINA, HELEN & DOMINIC Terima kasih ku ucapkan di atas tunjuk ajar dan pengorbanan kalian.
Buat Sahabat-Sahabat Semua,
AIMI, DIYANA, HASMA, LYNDA, MELISSA, SHAFINA, ZAWANI Budi dan jasa kalian akan ku kenang selagi hayat dikandung badan,
Kenangan bersama kalian sentiasa segar dalam ingatan.
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian sepanjang
pengajianku,
Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih buat Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang
telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang
membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH (Perdana) dan tidak lupa juga kepada
semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan
projek penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk ahli keluarga, ibu dan ayah, pengorbanan serta
dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik
kalian mendapat keberkatan Tuhan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap
kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Kepuasan mahasiswi terhadap
kualiti kehidupan ini ditinjau dari enam aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan
perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswi kolej kediaman,
pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, dan program dan aktiviti
pembangunan yang dijalankan. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik
daripada kajian terdahulu (Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali, 2008) sebagai instrumen
kajian dan seramai 310 orang responden Kolej Tun Fatimah yang dipilih secara
rawak terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa dengan menggunakan perisian
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
mahasiswi berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Fatimah dalam
semua enam aspek yang dikaji. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk
menambahbaik tahap kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di kolej
kediaman dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan.
vi
ABSTRACT
This study intends to identify students’ satisfaction towards the quality of life
Kolej Tun Fatimah. The quality of life was surveyed through six aspects that are
college environment, facilities and services, staff’ and Student Committee Members
for College Development, office’s administration, safety and monitoring, and
developmental programs and activities conducted. The instrument used in this study
was adopted from (Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali, 2008). This descriptive study
used the previous study questionnaire as the research instrument. There were 310
respondents of Kolej Tun Fatimah participated in this study. The data were analyzed
using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software and the findings
were presented in the form of frequencies, percentages, and mean. The findings
indicated that the students were satisfied towards the quality of life at the Kolej Tun
Fatimah UTM in all aspects surveyed. This study also proposed suggestions to
improve the quality of life at the residential college, and further studies that can be
carried out.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN ` vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
viii
1.8.1 Persekitaran Kolej Kediaman 7
1.8.2 Kepuasan Pelanggan 8
1.8.3 Kemudahan dan Perkhidmatan 8
1.8.4 AJK Mahasiswa dan Kakitangan 9
1.8.5 Kualiti kehidupan 10
1.8.6 Pengawasan dan Keselamatan Kolej Kediaman 10
1.9 Penutup 11
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Kediaman 12
2.2.1 Kolej Kediaman di UTM 14
2.2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Tun Fatimah 15
2.3 Kualiti Kehidupan 16
2.4 Kepuasan Pelanggan 17
2.4.1 Definisi 17
2.5 Persekitaran Tempat Tinggal 20
2.5.1 Rakan-Rakan Di Kolej Kediaman 21
2.6 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 23
2.6.1 Persamaan dengan Universiti Luar Negara 25
2.7 Layanan Staf Dan AJK Mahasiswa Kolej Kediaman 25
2.8 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 27
2.9 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 30
2.10 Model Kepuasan Pelanggan 32
2.10.1 Model Kano 32
2.10.2 Model Servqual 34
2.10.3 Model Kualiti Perkhidmatan 36
2.11 Elemen Kepuasan Pelanggan 38
2.12 Penutup 40
ix
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Lokasi Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.5.1 Bahagian B dan C 45
3.5.2 Bahagian D dan E 45
3.5.3 Bahagian F dan G 46
3.6 Kajian Rintis 46
3.7 Prosedur Kajian 47
3.8 Analisis Data 48
3.8.1 Bahagian B dan C 48
3.8.2 Bahagian D dan E 49
3.8.3 Bahagian B, C, D dan E 50
3.8.4 Bahagian B, C, D, E, F dan G 50
3.9 Penutup 51
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Bahagian A - Profil Latar Belakang Responden 53
4.2.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 53
4.2.2 Jumlah Semester Menetap di Kolej Tun Fatimah 54
4.2.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 54
4.2.4 Aras Bilik di Kolej Tun Fatimah 55
4.3 Bahagian B, C, D, E, F dan G- Pernyataan Maklumbalas
Responden 55
4.3.1 Bahagian B-Persekitaran di KTF 55
4.3.2 Bahagian C- Kemudahan dan Perkhidmatan 59
4.3.3 Bahagian D- Layanan Staf dan AJK mahasiswa 62
4.3.4 Bahagian E-Pentadbiran Pejabat Pengurusan 65
x
4.3.5 Bahagian F- Pengawasan Dan Keselamatan 66
4.3.6Bahagian G- Program Dan Aktiviti Pembangunan 69
4.4 Analisis Tahap Penerimaan 67
4.5 Rumusan 72
4.6 Kesimpulan 73
4.7 Penutup 74
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan kajian 75
5.3 Bahagian A - Latar belakang responden 76
5.4 Bahagian B, C, D, E, F dan G - Perbincangan Dapatan
Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 76
5.4.1 Persekitaran Kolej Tun Fatimah 77
5.4.2 Kemudahan dan perkhidmatan 78
5.4.3 Layanan Oleh Staf dan AJK Mahasiswa 79
5.4.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan 80
5.4.5 Pengawasan Dan Keselamatan 81
5.4.6 Program Dan Aktiviti Pembangunan 82
5.5 Rumusan 83
5.6 Kesimpulan 84
5.7 Cadangan 85
5.7.1 Cadangan Kepada Kolej Tun Fatimah 85
5.7.2 Cadangan Lanjutan 87
RUJUKAN 88
LAMPIRAN A-D 92-95
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
Jadual penentuan saiz sampel Krejcie And Morgan(1970)
Senarai item mengikut aspek
Jadual skala likert
Jadual skala likert
Jadual skala binari
Analisis kebolehpercayaan kajian rintis
Jadual pengkategorian tahap kepuasan
Jadual pengkategorian tahap kepuasan
Pemeringkatan min tahap kepuasan mahasiswi
Pemeringkatan peratusan tahap kepuasan mahasiswi
Klasifikasi pengajian akademik
Jumlah semester menetap di Kolej Tun Fatimah
Perancangan penginapan tahun hadapan
Aras bilik di kolej Tun Fatimah
Analisis persekitaran Kolej Tun Fatimah
Analisis kemudahan dan perkhidmatan
Analisis layanan staf dan AJK Mahasiswa
Analisis pentadbiran pejabat pengurusan
Analisis pengawasan dan keselamatan
Analisis program dan aktiviti pembangunan
Analisis tahap penerimaan responden terhadap
keseluruhan kajian bahagian B dan C
43
44
45
45
46
47
49
47
50
50
53
54
54
55
58
61
64
66
67
68
xii
4.12
4.13
Analisis tahap penerimaan responden terhadap
keseluruhan kajian bahagian D dan E
Analisis tahap penerimaan responden terhadap
keseluruhan kajian bahagian F dan G
69
70
71
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK MUKASURAT
2.1 Model Kano 34
2.2 Model kepuasan pelanggan 35
2.3 Model kualiti perkhidmatan 37
2.4 Elemen kepuasan pelanggan 38
2.5 Faktor mempengaruhi jualan 39
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universti Teknologi Malaysia
KTF - Kolej Tun Fatimah
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
HEP - Hal Ehwal Pelajar
C - Cemerlang
B - Bagus
SD - Seperti Dijangka
SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan
L - Lemah
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 92
B Surat Kebenaran dari TNC (HEP) 93
C Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan 94
D Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej Tun Fatimah
95
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Setiap individu mempunyai tahap kepuasan yang berbeza-beza terhadap
sesuatu perkhidmatan atau produk. Kotler dan Clarke (1987) menyifatkan kepuasan
sebagai pernyataan yang berkaitan dengan perasaan yang dirasai oleh individu yang
menggunakan perkhidmatan atau produk. Kepuasan merupakan salah satu fungsi
yang berkaitan dengan tahap jangkaan dan juga pelaksanaannya. Jangkaan dibina
berdasarkan pengalaman yang pernah dialami dengan keadaan yang sama atau
hampir sama dengan pernyataan yang dilakukan oleh rakan-rakan, persatuan atau
organisasi lain. Dalam usaha mencari kepuasan diri, individu ini akan berusaha
memenuhi keperluan dirinya.
Chickering (1969) berpendapat bahawa pembangunan diri individu yang
mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh
persekitaran institusi tersebut. Persekitaran ini termasuklah objektif dan saiz
universiti, kurikulum di amalkan, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan, susun
atur kolej kediaman yang terdapat dalam kampus, fakulti dan corak pentadbiran
universiti, dan budaya yang cuba diterapkan dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-
2
siswi yang terdedah dengan budaya berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan
berketerampilan menjadi idaman ramai.
Pembudayaan sebegini kerap dilakukan melalui program-program
peningkatan diri seperti ceramah keagamaan, kursus motivasi, dan bengkel
pembangunan diri. Kehadiran ceramah, kursus, dan bengkel yang relevan sudah
tentu dapat meningkatkan kepuasan siswa-siswi untuk tinggal di kolej kediaman.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan di sediakan untuk kegunaan siswa-
siswi di Kolej kediaman. Semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini
bertujuan untuk membantu siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat
tinggi. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah
blok-blok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan.
Mahasiswa memerlukan persekitaran kolej kediaman yang kondusif untuk
membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang
seimbang. Ini selari dengan Shafie Jusoh (1994) yang berpendapat bahawa
pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi bertujuan untuk mengumpul
siswa-siswi bagi mencapai kecemerlangan akademik.
Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar bukan sahaja kepada
penghuninya tetapi juga orang yang rapat dengan penghuni kolej kediaman tersebut.
Keadaan ini pada kebiasaannya disebabkan oleh persekitaran kolej kediaman yang
lebih mendorong penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti dalam
kampus. Persekitaran yang baik ini membolehkan siswa-siswi memberikan perhatian
yang lebih terhadap pencapaian akademik mereka. Pengalaman hidup yang
memuaskan hati penghuninya sudah tentu dapat membina persepsi positif mereka
terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana
3
persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan menyokong terhadap aktiviti
pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara sesama mereka sudah tentu
dapat mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan serta
pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999).
Menyedari akan kepentingan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan
siswa-siswi dan akhirnya memberikan kepuasan kepada penghuninya pihak
pengurusan kolej kediaman dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti
telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan. Tindakan ini
dilakukan dengan harapan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej
kediaman. Pihak kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi,
televisyen dan permainan video, padang permainan, dan kemudahan permohonan
pembaikan mengenai sesuatu kerosakan atas talian.
Di sebalik usaha yang giat dilakukan ini masih kedapatan siswa-siswi UTM
misalnya yang keluar kampus hampir saban minggu. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan adanya siswa-siswi yang keluar kampus bahkan saban hari. Keadaan ini
menimbulkan banyak persoalan kepada pihak pentadbiran universiti. Misalnya
adakah kejadian ini berlaku disebabkan oleh persekitaran kampus yang masih tidak
kondusif? Atau adakah kejadian ini disebabkan oleh masih ada kekurangan
kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kampus? Apakah kejadian ini berlaku
disebabkan siswa-siswi tidak berpuas hati dengan persekitaran, kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan? Adakah mahasiswa-mahasiswi keluar meninggalkan
kampus kerana mencari tempat yang lebih baik dan lebih selamat untuk
mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman
tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih
kondusif? Tindak-tanduk dan kejadian-kejadian yang berlaku ini seolah-olah
menunjukkan bahawa kedapatan aspek-aspek tertentu yang tidak menepati kehendak
pelanggan.
Temubual dengan siswa-siswi yang menghuni kolej kediaman
memperlihatkan masih terdapat lagi rungutan-rungutan yang berkaitan dengan
4
kehidupan di kolej kediaman. Misalnya rungutan berkaitan dengan persekitaran kolej
kediaman yang tidak menarik. Pokok-pokok hiasan terbiar tanpa penjagaan yang
baik. Terdapat juga siswa-siswi yang merasakan kawalan yang terlalu longgar
sehinggakan terlalu bebas untuk lelaki keluar dan masuk kekawasan kediaman pada
bila-bila masa. Terdapat juga yang merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik
dalam kalangan siswa-siswi dalam menjaga kebersihan dan kemudahan yang
disediakan oleh pihak kolej kediaman. Senario ini dan kejadian-kejadian lain yang
telah dinyatakan di atas menjadikan kajian ini perlu dilakukan.
1.3 Pernyataan Masalah
Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan
staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat
pengurusan yang cekap, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program
dan aktiviti pembangunan yang menarik serta mampu memberikan cabaran kepada
siswa-siswi, sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada penghuni kolej.
Berasaskan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh siswa-siswi, pihak
pengurusan Universiti Teknologi Malaysia amnya dan pihak Hal Ehwal Pelajar
khususnya ingin mengetahui kepuasan siswa-siswi terhadap kualiti kehidupan di
kolej kediaman. Tahap kualiti kehidupan yang tinggi sedikit sebanyak membawa
kesan positif terhadap kecemerlangan akademik dan bukan akademik. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di
Kolej Tun Fatimah, UTM, Skudai, Johor.
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap persekitaran Kolej Tun
Fatimah.
ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kemudahan dan perkhidmatan
di Kolej Tun Fatimah.
iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap layanan staf dan Ahli
Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej Tun Fatimah .
iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap pentadbiran pejabat
pengurusan di Kolej Tun Fatimah.
v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap pengawasan dan keselamatan
di Kolej Tun Fatimah.
vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap program dan aktiviti
pembangunan yang dijalankan di Kolej Tun Fatimah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan menjawab persoalan kajian berikut:
i) Apakah mahasiswi berpuashati dengan persekitaran Kolej Tun Fatimah?
ii) Apakah mahasiswi berpuashati dengan kemudahan dan perkhidmatan Kolej
Tun Fatimah?
iii) Apakah mahasiswi berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh staf dan
Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Fatimah?
iv) Apakah mahasiswi berpuashati dengan pentadbiran pejabat pengurusan di
Kolej Tun Fatimah?
6
v) Adakah mahasiswi berpuashati dengan pengawasan dan keselamatan di
Kolej Tun Fatimah?
vi) Adakah mahasiswi berpuashati dengan program dan aktiviti pembangunan
yang dijalankan di Kolej Tun Fatimah?
Top Related