DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
BAHASA MALAYSIA
TAHUN ENAM
DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
BAHASA MALAYSIA
TAHUN ENAM
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN
i. Matlamat
ii. Objektif
iii. Pelaksanaan Subjek Modul
5
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 15
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
TAFSIRAN UMUM
TAFSIRAN MATA PELAJARAN
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
16
16
17
18
21
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan
(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan
murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru
boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas”.
KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang
diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti
secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap
kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih
bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
DRAF
2
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan
diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan
menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
DRAF
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
STANDARD KANDUNGAN
Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
STANDARD PEMBELAJARAN
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan
pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
DRAF
4
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi
Mencipta menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan
aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
DRAF
5
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang
diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam
menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu
dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai
matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan
elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan
sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan
kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan
kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
DRAF
6
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam
KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
Matlamat
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran
digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan
boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, berdikari,
memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan
maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan
bermakna.
Fokus
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan
dapat:
i) Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan menyebut
bunyi bahasa perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
ii) Mendengar, memahami dan memberi respons berdasarkan
arahan, pesanan dan pertanyaa dengan betul;
iii) Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang
sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan
betul dan bertatasusila;
iv) Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis
dengan sebutan dan intonasi yang betul;
v) Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada
pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;
vi) Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan kosa
kata dan maklumatuntuk memupuk minat membaca;
vii) Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
viii)Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;
ix) Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
x) Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan
dan penulisan; dan
xi) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,
semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti
berbahasa.
DRAF
7
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran
bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
i. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid mendengar
dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara
yang didengar dalam situasi bercerita dan mendiskriminasikan
perkataan serta memberi respons
ii. Kemahiran Bertutur
Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk
menjalinkan hubungan dan menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif
dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga
diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul
i. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
yang betul. Penekanan perlu diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Di samping itu
murid dapat menghayati teks yang dibaca.
ii. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui.
Penekanan perlu diberikan kepada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan
dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa
ini diperoleh melalui situasi dan konteks
dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,
DRAF
8
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid
memperolehi bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik
bercerita dan berpuisi. Seni bahasa ini menampakkan keindahan
bahasa dari aspek pembentukan ayat yang menggunakan
personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea
ini dapat dilahirkan dalam bentuk lisan dan penulisan.
Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan
tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan
secara terancang
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata,
sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan
murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.
Penjelasan bagi perkara tersebut di nyatakan di bawah.
Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis
i. Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan )
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal.
Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan
anggota yang lain dalam golongan yang sama;
a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:
i) kata asli bahasa Melayu
b) Bentuk kata terdiri daripada:
i) kata tunggal
c) Golongan kata terdiri daripada:
i) kata nama
ii) kata kerja
iii) kata adjektif
DRAF
9
ii) Sintaksis
Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan ayat.
Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
menjadi dasar kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat.
Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:
a) Unsur utama yang terdiri daripada kata,
frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek
dan predikat.
b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat
tanya
c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal
dan ayat majmuk
iii) Tanda Baca
Tanda baca perlu dikuasai dalam komunikasi
tulisan untuk memastikan keselarasan dan
juga makna yang tepat. Contohnya, koma dan
tanda noktah mewakili hentian di dalam
pertuturan. Penggunaan tanda baca yang
yang betul dapat mewakili intonasi dalam
bacaan dan tulisan.
iv) Sistem Ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah:
a) Pola keselarasan huruf vokal
b) Ejaan kata pinjaman
c) Ejaan kata dasar
v) Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid
dapat menyebut perkataan dan ayat yang betul
serta memahami intonasi dan jeda.
Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan
mengenal pasti dan membezakan pelbagai
aspek dalam sebutan dan intonasi supaya
DRAF
10
murid dapat menyampaikan maksud dengan
tepat.
a) Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat
menyebut sesuatu kata dengan betul.
Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di
Sekolah hendaklah menggunakan bahasa
Melayu baku.
a) Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul
hendaklah diajarkan mengikut pola ayat
yang berikut:
i) ayat penyata
ii) ayat tanya
iii) ayat perintah
iv) ayat aktif
v) ayat pasif
b) Kosa kata
Kosa kata daripada kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan agar
murid dapat mengungkapkan maklumat dan
buah fikiran selaras dengan penambahan
ilmu dalam mana-mana mata pelajaran
yang dipelajari di peringkat ini.
Pelaksanaan Modul
Modul Pengajaran
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard
Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu
guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru
boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid
yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Modul Pembelajaran
Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga
disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan
murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
DRAF
11
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penekanan 5P
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P
iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan
pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep
bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi
pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;
i. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,
beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat
dalam standard kandungan.
ii. Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,
unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan
disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.
iii. Penilaian
Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam
prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti
dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap
seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau
pengayaan.
iv. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid
menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai
DRAF
12
dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini
terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan,
dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-
peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
v. Pengayaan
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan
kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan
secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan
bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh
diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran
dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal
daripada jangka masa yang ditentukan.
Pendekatan berpusatkan murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan
mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan
berbahasa.
Pendekatan Tematik
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia
diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran
bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan
pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di
samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih
mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan
tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian
dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya
kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.
Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:
i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi
elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya.
Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni
budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas
pembentukan jati diri warga Malaysia.
DRAF
13
ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan merujuk
kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan
yang seimbang dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani
serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban
demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk
melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat
kekitaan dan setia kepada negara.
iii) Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu
pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji,
dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu
yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar
dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk
menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan
murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk
kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan
bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema
ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta
bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan
teknologi hijau.
v) Pertanian dan Penternakan
Tema pertanian dan perternakan memberi murid
pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan
secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan
untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang
bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.
vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan
Kewangan
Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang
perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan
dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan
untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang
ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam
kehidupan.
DRAF
14
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas
3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi
mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Antaranya adalah:
i) Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran
dan pembelajaran dalam kumpulan murid belajar
bersama-sama, saling belajar dan membantu antara
satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea,
bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat
sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan interaksi dan
kerjasama serta semangat berpasukan di dalam
kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.
ii) Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah
pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan
persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid
berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu
secara bermakna dan menghayati proses
pembelajaran dalam kehidupan mereka.
iii) Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui
pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis
dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama
ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan
masalah atau membuat keputusan adalah penting
dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
masa hadapan.
iv) Didik Hibur
Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara santai dan
berhibur yang terancang dan bersistematik dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap dua elemen
komponen sastera iaitu nyanyian dan puisi.
v) Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu
DRAF
15
menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang
telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah
yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid
berfikir secara kritis dan kreatif.
vi) Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan Projek memastikan
murid menggunakan maklumat lama dan baharu
untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini
melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu,
menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini
dapat membantu guru menilai perkembangan murid
dan kualiti pembelajaran murid. Murid lebih
bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu
projek.
vii) Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan
dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk
membina pemahaman dan pengetahuan baru
mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada.
Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin,
faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.
viii) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik
belajar yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini
membolehkan murid meningkatkan pengetahuan
dan cekap bertindak untuk menghadapi situasi yang
sentiasa berubah-ubah untuk pembelajaran
sepanjang hayat.
ix) Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan
pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang lampau,
masa kini dan akan datang. Perkara seperti ini
memberikan murid untuk menjangka, meramal serta
menangani perubahan semasa supaya mereka
mendapat memanfaat sepenuhnya.
x) Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang
murid belajar secara kendiri dengan menggunakan
bahan pembelajaran. Murid diberi peluang untuk
memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau
kemajuan mereka sendiri. Ini memberi peluang
mereka bertanggungjawab terhadap hasil
pembelajaran mereka.
DRAF
16
xi) Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang terancang,
berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini
mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep
yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi
pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang
sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial
dan kerja berpasukan.
xii) Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri adalah memastikan murid
menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum
berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini
dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk
mudah dikuasai murid.
Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah
digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan
yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akses internet
dapat memberi peluang kepada murid di dalam mendapatkan
sumber pengajaran dan pembelajaran.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut
dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada
kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid
itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat
DRAF
17
negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan
lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, dan meningkatkan pengajaran
guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang
telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.
PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen
pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan
dan pelaporan.
PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak
sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang
memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas
daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan
potensi setiap murid ke tahap maksimum.
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan
tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta
pengamalan nilai murni.
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP.
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
DRAF
18
- Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
denganproses PdP.
- Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan
prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk
kepada pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam
masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran
dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Pihak
sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.
Standard Prestasi
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan
pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan atau
kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar
(konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap Penguasaan).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier
menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah
baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran
Rujukan Standard.
DRAF
19
Kerangka Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan
1 Sangat Terhad
2 Terhad
3 Memuaskan
4 Baik
5 Sangat Baik
6 Cemerlang
Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda
aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok
standard. Standard ialah satu pernyataan tentang
sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan
bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang
individu.
Tafsiran Umum Keseluruhan
TAHAP PENGUASAAN
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
DRAF
20
Beradab Mithali untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
Tafsiran Umum Keseluruhan Tahap Penguasaan Untuk
Bahasa Malaysia
Tahap ini menandakan pencapaian murid berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa
Malaysia KSSR dalam kemahiran bahasa.
Tahap
Penguasaan Tafsiran
1
Murid mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang sangat lemah, sangat
terhad dan memerlukan banyak
bimbingan, panduan, dan latihan dalam
kemahiran bahasa.
2
Murid mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan,
panduan, dan latihan dalam kemahiran
bahasa.
3
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta
menguasai kemahiran berfikir yang
asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa.
4
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang baik, dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa
dengan berkesan, berupaya
DRAF
21
mengungkapkan idea, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis, dan
mengamalkan pembelajaran kendiri
secara minimum dalam kemahiran
bahasa.
5
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan
terperinci, berkomunikasi secara efektif,
mengaplikasikan pengetahuan bahasa
yang lebih kompleks, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis dan
kreatif, serta mengamalkan
pembelajaran secara kendiri dalam
kemahiran bahasa.
6
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang cemerlang dan
konsisten, berupaya mengungkapkan
idea dengan jelas, terperinci dan
tersusun, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis, kreatif dan inovatif,
berkomunikasi secara efektif dan penuh
keyakinan, mengamalkan pembelajaran
secara kendiri serta menjadi model
teladan kepada murid yang lain dalam
kemahiran bahasa.
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah
dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang
dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada
waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap
keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah
disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard
pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap
muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik
dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
DRAF
22
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti
yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah
dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.
Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif
atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
1
KEMAHIRAN MENDENGAR
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.1 Mendengar dan memahami pesanan
1.1.1 Mendengar dan
menyampaikan pesanan
1 Mengajuk pesanan yang didengar
2 Memberi respons terhadap pesanan yang didengar secara lisan atau gerak laku
3 Menyampaikan pesanan yang didengar secara lisan atau bertulis
4 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan beradab
5 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan yakin, tekal dan beradab
6 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan yakin, tekal dan boleh dicontohi
DRAF
2
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.2 Mendengar dan
memahami cerita
1.2.1 Mendengar dan
menyambung cerita
berpandukan gambar
i. bersiri
ii. tunggal
1.2.2 Memahami dan
menyambung cerita
dengan menggunakan
ayat sendiri
berdasarkan cerita yang
diperdengarkan
1 Memberi respons terhadap cerita yang didengar secara lisan atau gerak laku
2 Menyatakan maklumat berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan
3 Bercerita berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan
4 Menyambung cerita berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan dengan perkataan sendiri secara beradab
5 Bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan secara yakin dan beradab terpuji
6 Bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan dengan yakin, kreatif dan boleh mempengaruhi khalayak
DRAF
3
KEMAHIRAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.1 Berbual dan
membincangkan isi
penting
2.2 Bercerita berpandukan
isi penting
2.1.1 Berbual berpandukan
gambar tentang;
i. tanah runtuh
ii. banjir
iii. kebakaran
iv. kemalangan
2.2.1 Menyatakan kebaikan
atau keburukan tentang;
i. menonton televisyen
ii. makanan seimbang
iii. menjaga alam sekitar
2.2.2 Bercerita dengan
menggunakan perkataan
sendiri tentang;
i. melancong
ii. sambutan hari
kemerdekaan
iii. perayaan di Malaysia
iv. masyarakat Malaysia
1 Memberi respons terhadap bahan atau isi penting secara lisan atau gerak laku
2 Menyatakan maklumat berpandukan gambar atau isi penting secara lisan atau bertulis
3 Berbual berpandukan gambar atau isi penting
4 Bercerita berpandukan gambar atau isi penting menggunakan perkataan sendiri secara beradab
5 Bercerita berpandukan bahan menggunakan perkataan sendiri dengan yakin dan beradab
6 Bercerita berpandukan bahan dengan perkataan sendiri secara yakin, kreatif dan mempengaruhi khalayak
DRAF
4
KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.1 Mengeja dan
membatang perkataan
3.2 Membaca mekanis
3.1.1 Mengeja dan membatang perkataan KVKKVKV
3.1.2 Mengeja dan membatang perkataan KVKKVKVK
3.1.3 Mengeja dan
membatang perkataan
KVKVKKVK
3.1.4 Mengeja dan menyebut perkataan digraf
3.2.1 Membaca ayat tunggal berdasarkan gambar
3.2.2 Membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas
3.2.3 Membaca bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
1 Mengajuk perkataan
2 Mengeja perkataan
3 Menyebut perkataan
4 Membaca kuat perkataan atau frasa atau ayat
5 Membaca kuat bahan bacaan secara tekal dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
6 Membaca kuat bahan bacaan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai secara yakin serta boleh dicontohi
DRAF
5
KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.1 Menulis secara mekanis
4.1.1 Menulis perkataan KVKKVKV
4.1.2 Menulis perkataan KVKKVKVK
4.1.3 Menulis perkataan KVKVKKVK
4.1.4 Menulis perkataan digraf
4.1.5 Menulis frasa berpandukan;
i. gambar ii. perkataan
4.1.6 Menulis ayat tunggal
berdasarkan gambar
4.1.7 Menulis ayat majmuk berdasarkan gambar
1 Menyalin perkataan
2 Menulis perkataan berpandukan gambar
3 Menulis frasa atau ayat berpandukan gambar atau perkataan
4 Menulis ayat tunggal atau ayat majmuk berpandukan gambar
5 Menulis ayat berpandukan gambar dengan yakin dan beradab
6 Menulis ayat berpandukan gambar secara gramatis dan boleh dicontohi
DRAF
6
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.2 Menghasilkan penulisan mentalis
4.2.1 Melengkapkan karangan berpandukan gambar secara imaginatif
4.2.2 Menghasilkan penulisan secara imaginatif berdasarkan situasi
1 Menyalin karangan
2 Melengkapkan karangan berpandukan gambar atau perkataan
3 Melengkapkan karangan berpandukan isi penting
4 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan situasi
5 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan situasi secara yakin, tekal dan beradab
6 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan situasi dengan kreatif, gramatis dan boleh dicontohi
DRAF
7
SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.1 Menyanyi dan memahami seni kata lagu
5.1.1 Mengalunkan rentak lagu
5.1.2 Menyanyikan lagu mengikut rentak
5.1.3 Menyanyikan lagu sambil membuat gerak laku
1 Mengalunkan rentak lagu
2 Menyebut seni kata lagu
3 Menyanyikan lagu mengikut rentak
4 Menyanyikan lagu mengikut rentak sambil membuat gerak laku
5 Menyanyikan lagu mengikut rentak secara kreatif, yakin dan beradab
6 Menyanyikan lagu mengikut rentak secara kreatif , yakin dan mempengaruhi khalayak
5.2 Melafazkan dan memahami sajak menggunakan bahasa yang indah
5.2.1 Melafazkan sajak dengan sebutan yang sesuai
5.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan gaya yang sesuai
1 Membaca bait-bait sajak
2 Bersajak dengan sebutan yang sesuai
3 Bersajak dengan sebutan dan gaya yang sesuai
4 Mendeklamasikan sajak dengan sebutan, gaya dan intonasi yang sesuai
5 Mendeklamasikan sajak secara kreatif
6 Mendeklamasi sajak secara kreatif dan mempengaruhi khalayak
DRAF
8
TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
6.1 Mengenal dan menggunakan kata hubung dan kata sendi
6.1.1 Mengenal dan menyatakan kata hubung gabungan i. dan ii. atau iii. tetapi
6.1.2 Menggunakan kata hubung gabungan dan, atau, tetapi dalam ayat dengan betul
6.1.3 Mengenal dan menyatakan kata hubung pancangan i. kerana ii. apabila iii. walaupun
6.1.4 Menggunakan kata
hubung pancangan kerana, apabila, walaupun dalam ayat dengan betul
1 Menyatakan kata hubung atau kata sendi
2 Menyenaraikan kata hubung atau kata sendi
3 Menggunakan kata hubung atau kata sendi secara lisan atau bertulis
4 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara lisan atau bertulis dan beradab
5 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara tekal dengan yakin, tekal dan beradab.
6 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara tekal,yakin dan boleh dicontohi
DRAF
9
6.1.5 Mengenal dan
menyatakan kata sendi i. di ii. ke iii. dari iv. daripada
6.1.6 Menggunakan kata
sendi di, ke, dari, daripada dalam ayat dengan betul
DRAF
10
GLOSARI KATA BAHASA MALAYSIA
BIL PERKATAAN MAKSUD DALAM KONTEKS DOKUMEN STANDARD
1 Ayat tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
2 Ayat majmuk Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih menggunakan kata hubung
3 Berbual Bercakap-cakap tentang pelbagai perkara
4 Bercerita Menuturkan sesuatu cerita
5 Digraf Dua huruf yang mewakili satu bunyi, contoh ng( nganga), sy (syair) ny (nyanyuk), kh (Khamis), 10gh
(ghaib) dikenali juga sebagai konsonan rangkap
6 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi dua perkataan ataupun
satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih
7 Gerak laku Tingkah laku atau gerak geri, perbuatan atau kelakuan
DRAF
11
8 Imaginatif Sebuah karangan bebas yang menceritakan tentang pengalaman
9 Kata hubung Kata yang fungsinya adalah untuk menghubungkan dua kalimat, perkataan dan rangkai kata
10 Kata sendi Kata yang menghubungkan dua kata atau ayat
11 Konteks (Lin) Sesuatu yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan
12 Membaca mekanis Bacaan kuat secara cekap, pantas dengan penggunaan tanda bacaan serta intonasi yang betul
13 Menceritakan semula Mengulang cerita yang telah didengar, dibaca dan lain-lain
14 Menulis secara mekanis Penekanan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca.
15 Penulisan Mentalis Penglahiran idea dan perasaan untuk memberi maklumat dan ia melibatkan proses kognitif
16 Sajak Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, suku kata sebaris,
rangkap dan sebagainya
Rujukan : Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka
DRAF
12
Cadangan tema;
1. Kebudayan, Kesenian dan Estetika
2. Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan
3. Sains, Teknologi dan Inovasi
4. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
5. Pertanian dan Penternakan
6. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Cadangan lagu kanak-kanak:
1. Bangau Oh bangau
2. Di Tanjong Katong
3. Rama-rama
DRAF
13
DAFTAR KATA TAHUN ENAM
POLA KATA PERKATAAN
KVK+KV+KV
kenduri bencana cempaka lencana misteri mentega jendela bestari kembara soldadu
penjuru senjata bendera kemboja menteri
KVK+KV+KVK
tempurung matlamat cendawan sembilan tempayan maksimum cengkerik martabat mahkamah martabak
pencetak hamparan hampagas landasan banjaran gencatan komputer lembaran pembaris
KV+KVK+KVK
kelongsong belimbing gelanggang selumbar telanjang kumandang gelombang pelantar belangkas kelompok
kalendar pelanduk pelampung sepanduk serunding kelenjar perintah telunjuk
DIGRAF
nganga nyonya tarikh Khamis syair syampu stokin khemah syiling khabar
nyiru syarat ghaib nyanyi khidmat
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk
Top Related