ii
KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI
DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, UTHM
NOR ASLASIAH BINTI GHANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
DISEMBER 2014
ABSTRAK
Permintaan ke atas graduan yang mempunyai kemahiran employability dan penghargaan
kendiri lebih di utamakan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Justeru,
kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan di antara kemahiran employability dengan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir di Universiti
Tun Hussein Onn, Malaysia. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat tahap
kemahiran employability dan juga penghargaan kendiri pelajar. Selain itu juga, kajian ini
adalah untuk melihat perbezaan tahap kemahiran employability antara jantina pelajar dan
bidang pengkhususan pelajar. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 293 orang pelajar
kejuruteraan semester akhir. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik
yang mengandungi tiga bahagian iaitu: a) demografi, b) penghargaan kendiri, dan c)
kemahiran employability. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan
kekerapan, peratusan, min, ujian-t, anova sehala, dan kolerasi pearson. Dapatan kajian
menunjukkan kemahiran pengurusan yang paling tinggi dalam kemahiran employability
Manakala, keputusan inferensi menunjukkan bahawa tiada perbezaan tahap employability
pelajar berdasarkan jantina dan bidang perkhususan. Selain itu, kajian ini juga mendapati
terdapat hubungan diantara kemahiran employability dengan penghargaan kendiri.
Justeru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran
employability pelajar dan sekaligus dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia dalam
memasuki bidang pekerjaan.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara
dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif
(Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015). Justeru itu, pembangunan dan
pelaburan yang tinggi dalam modal insan terutamanya di peringkat tertiari sering
menjadi keutamaan Kerajaan dalam setiap pelan Rancangan Pembangunan Lima
Tahun mahupun pelan jangka sederhana dan jangka pendek. Di samping itu, bagi
mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai
hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, Kerajaan menerusi Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan
meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran,
memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian tinggi,
mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan
mengukuhkan sistem penyampaian KPM.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang lalu (RMKe-9, 2006-2010),
sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan bagi membiayai program-prgram dan
projek berkaitan pembangunan modal insan di peringkat tinggi. Peruntukan yang
besar ini adalah untuk membina lebih banyak kemudahan baru seperti dewan kuliah,
2
makmal dan asrama serta menaik taraf kemudahan sedia di semua institusi pengajian
tinggi awam di seluruh negara. Usaha ini akan menyediakan lebih banyak peluang
pendidikan di peringkat tertiari bagi mencapai sasaran 40 peratus kadar penyertaan
peringkat tertiari di kalangan mereka yang berumur 17 hingga 23 tahun pada tahun
2010. Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN, 2010), terdapat lima faktor yang menyebabkan graduan sukar untuk
mendapatkan pekerjaan iaitu kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja,
ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan,
kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa
Inggeris, sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan kurangnya
kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan.
Faktor-faktor yang disenaraikan adalah sebahagian daripada masalah
kemahiran employability yang dihadapi oleh pelajar. Kemahiran employability
merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan
berkesan dalam mencari halatuju dan peluang kerjaya. Menurut Lukman, M. (2009),
IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja
dalam bidang akademik, tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk
kepimpinan, kemahiran komunikasi, nilai murni dan sebagainya. Jabatan Pendidikan
Tinggi (KPT, 2006) pula meletakkan piawai bagi semua kurikulum dalam
pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai reka bentuk yang menerapkan
kemahiran employability yang meliputi, iaitu (i) kemahiran berfikir, bertindak,
mengadaptasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, (ii) kemahiran
interpersonal dan komunikasi, (iii) kemahiran teknologi maklumat, multimedia dan
kemahiran pengurusan matlumat, (iv) kemahiran kepimpinan dan (v) kemahiran
keusahawanan.
1.2 Latar Belakang Kajian
K-ekonomi dan globalisasi telah menghasilkan ledakan keperluan modal manusia
profesional dan semi-profesional serta buruh yang berpengetahuan dan
berkemahiran. Pekerja yang berpengetahuan (K-workers) menjadi pilihan majikan
untuk menggerakkan industri mereka seiring dengan pertumbuhan ekonomi.
3
Berdasarkan Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2007 yang
dijalankan oleh JPPKK (2008), kadar bekerja graduan amat dipengaruhi oleh pola
penawaran pekerjaan yang terbit daripada anjakan ekonomi berasaskan pertanian
kepada ekonomi perindustrian dan seterusnya ekonomi yang didominasikan oleh
sektor perkhidmatan. Anjakan ekonomi tersebut telah mempertingkatkan penawaran
pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang memerlukan tenaga kerja professional
dan separa professional yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga yang
memiliki kemahiran employability, kemahiran isaniah dan ketrampilan diri yang
mantap terutamanya dalam bidang kejuruteraan.
Graduan kejuruteraan yang mempunyai tahap kemahiran employability yang
tinggi dikatakan mempunyai peluang yang cerah bagi mendapatkan peluang
pekerjaan (Rosleh, I., 2009). Penduduk malaysia yang menganggur meningkat
daripada 385, 600 ribu orang pada tahun 2012 kepada 425, 000 ribu orang pada
tahun 2013 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013). Dalam bilangan ini, seramai 422,
248 graduan telah berdaftar sebagai pencari kerja aktif di Jabatan Tenaga Kerja
sepanjang tahun 2013. Seramai 233, 065 ribu orang pencari kerja aktif adalah
siswazah dan 189, 183 ribu orang bukan siswazah. Jumlah tersebut menunjukkan
graduan yang tidak bekerja masih lagi tinggi. Sedangkan pelbagai bentuk kemahiran
employability diri seperti kemahiran asas, kemahiran interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran teknologi telah
diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka belajar di universiti.
Ini sejajar dengan pendapat pengkaji McConnell, E.A., (2010) yang
menyenaraikan kemahiran yang penting dan perlu ada pada individu yang ingin
bekerja ialah mempunyai kebolehan membaca dan menulis, kemahiran teknikal,
kemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu kumpulan, kemahiran interpersonal,
menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kemahiran perniagaan bagi yang
ingin bekerja sendiri dan membuka perniagaan sendiri. Kemahiran-kemahiran yang
disenaraikan tersebut adalah sebahagian daripada elemen-elemen kemahiran
employability. Ini menunjukkan kemahiran employability adalah penting dan
merupakan salah satu elemen yang dinilai dalam proses mendapatkan pekerjaan.
Kelemahan dalam penguasaan kemahiran employability ini mungkin akan
merendahkan peluang seseorang itu mendapatkan pekerjaan. Tonette, K. A. (2008)
menyatakan kemahiran employability penting dalam membuka ruang kepada
pekerjaan dan kenyataan mereka disokong oleh para majikan. Perkara ini
4
menggambarkan peningkatan permintaan tenaga kerja bukan sahaja yang memiliki
kelayakan akademik dan teknikal malahan juga yang memiliki kemahiran
employability (Ahmad Nordin, A. F., 2011).
Bagi memastikan graduan ini boleh menempatkan diri mereka ke pasaran
kerja, penguasaan kemahiran-kemahiran employability adalah amat terpenting di
samping pengetahuan mereka dalam bidang yang diceburi. Dalam konteks
kemahiran employability ini juga, para pelajar juga perlu didedahkan dengan strategi
mencari kerja, pendidikan mengenai peluang pekerjaan dan lebih maklumat
mengenai kerjaya yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka
(Reichardt, C., 2008). Selain daripada itu, Stern (2005) berkata kunci kejayaan bagi
mendapatkan pekerjaan tidak terhad kepada penguasaan pengetahuan akademik
sahaja. Bagi setiap aktiviti yang ingin dilakukan, persediaan yang rapi haruslah ada.
Begitu juga dalam proses mencari pekerjaan. Persediaan kebolehsesuaian diri dan
penghargaan kendiri ke arah kerjaya adalah perlu dilakukan bagi memastikan
kesenangan dalam mencari pekerjaan. Persediaan ini seharusnya bermula semasa di
peringkat pengajian lagi.
Di samping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, individu
yang ingin melangkah ke alam pekerjaan juga perlu memantapkan diri dengan unsur-
unsur psikologi terutamanya penghargaan kendiri. Bagi pelajar untuk memiliki
kemahiran employability yang baik, mereka perlu memiliki semangat dan keyakinan
atau disebut juga sebagai penghargaan kendiri yang tinggi serta percaya pada diri
akan kebolehan dan keupayaan diri. Selain itu, pelajar juga harus mempunyai
personaliti proaktif. Pelajar yang memiliki personaliti ini dapat menyesuaikan diri
dengan keperluan pekerjaan. Ini bermakna, dengan menguasai kemahiran
penghargaan kendiri, seseorang individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan
sebarang perubahan yang berlaku. Pekerja ini bersifat fleksibel, dinamik, dan
berketerampilan dalam menjalankan tugas.Tengku Arif. T. M. (2008) berpendapat
untuk penempatan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para
graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen penghargaan kendiri di samping
cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen-elemen kemahiran
ini akan membolehkan seseorang pekerja menyesuaikan diri dengan keperluan
pekerjaan dan yakin menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam
sebarang bidang pekerjaan.
5
Walau bagaimanapun, kajian Mohd Salleh. K. at al. (2008) menunjukkan
bahawa penguasaan pelajar terhadap kemahiran employability dan penghargaan
kendiri ini masih di tahap sederhana walaupun penerapan telah dilakukan oleh
pensyarah. Menurut beliau lagi, apabila penguasaan pelajar dalam kemahiran
employability terutama dari aspek penghargaan kendiri berada pada tahap sederhana
akan meyebabkan seseorang pelajar susah untuk mengetahui hala tuju dalam mencari
pekerjaan. Berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan kemahiran employability dan
penghargaan kendiri, satu kajian untuk merungkaikan isu-isu tersebut perlu
dijalankan. Kurangnya kemahiran empoyability dalam diri pelajar dan hala tuju
kerjaya yang sebenar meyebabkan pelajar masih tidak mampu melihat potensi diri
dalam mengurus kerjaya mereka. Dengan adanya pendedahan dan penguasaan dalam
kemahiran employability ini, peluang bagi pelajar ini untuk memperoleh pekerjaan
selepas belajar adalah lebih terbuka luas.
1.3 Pernyataan Masalah
Statistik kebolehkerjaan graduan UTHM mendapati jumlah graduan yang bekerja
adalah sederhana iaitu hanya 750 orang pelajar kejuruteraan sahaja yang mendapat
pekerjaan daripada 1336 pelajar kejuruteraan di UTHM yang bergraduan (CARE
UTHM, 2013). Pada masa kini kebolehkerjaan graduan bukan sahaja mempunyai
kemahiran teknikal tetapi juga memiliki kemahiran employability dan penghargaan
kendiri bagi meningkatkan produktiviti syarikat atau sesuatu organisasi dan berdaya
saing (Roni, N. S., 2013). Ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran
employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar universiti kurang
menunjukkan keberkesanan terutama graduan kejuruteraan. Sedangkan pelbagai
bentuk kemahiran employability seperti kemahiran asas, kemahiran interpersonal,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir
dan kemahiran teknologi telah diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka belajar
di universiti (Esa, A., 2010). Bagi menangani masalah ini, para graduan harus
mempunyai elemen-elemen kemahiran employability dan penghargaan kendiri di
samping cemerlang dalam bidang akademik (Tengku Arif, T. A., 2009). Oleh yang
6
demikian, kajian ini direkabentuk bagi meninjau tahap kemahiran employability dan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir di UTHM.
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti tahap kemahiran employability dalam kalangan pelajar
kejuruteraan semester akhir.
ii. Mengenal pasti tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
kejuruteraan semester akhir
iii. Mengenal pasti perbezaan kemahiran employability pelajar berdasarkan
jantina dan bidang pengkhususan.
iv. Mengenal pasti hubungan penghargaan kendiri terhadap kemahiran
employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap kemahiran employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan
semester akhir.
ii. Apakah tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun
akhir?
iii. Apakah perbezaan kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan
bidang pengkhususan.
iv. Adakah terdapat hubungan penghargaan kendiri dengan kemahiran
employability?
1.6 Hipotesis Kajian
Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability pelajar
berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.
7
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability
pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.
1.7 Kerangka konsep Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada dua pemboleh ubah utama. Pemboleh ubah
bersandar dalam kajian ini adalah kemahiran employability. Kajian ini juga melihat
kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu penghargaan kendiri. Pemboleh ubah ini
dianggap memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kemahiran
employability pelajar. Oleh itu, pengkaji membentuk satu kerangka konsep kajian
sebagaimana yang terdapat pada Rajah 1.1.
8
Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai pelbagai kepentingan yang diharapkan dapat memberikan
maklumat yang berharga kepada pelajar kejuruteraan dan pihak-pihak
berkepentingan dalam menjaga kebajikan pelajar seperti pihak pensyarah, fakulti dan
juga pihak universiti khususnya. Bagi pelajar kejuruteraan, mereka dapat mengenal
pasti tahap kemahiran employability dalam diri sendiri. Seterusnya, dengan
mengetahui penghargaan kendiri yang ada pada diri mereka akan dapat menolong
pelajar untuk memperbaiki diri dan mengetahui hala tuju dalam mencari pekerjaan.
Kemahiran Employability
(MyGSI)
Penghargaan Kendiri
Pelajar
- Jantina
-Bidang
Pengkhususan
9
Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan matlumat yang berharga
kepada pihak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan para pelajar untuk
mengatur strategi agar pencarian kerjaya lebih terarah berasaskan kepada kemahiran
yang diterapkan, tingkah laku dan personaliti diri pelajar itu sendiri. Selain itu,
kemahiran yang diterapkan berpadanan dengan kehendak majikan. Sokongan dan
pemantauan berterusan kepada pelajar diperlukan dalam mencari peluang kerjaya
sendiri.
Kesimpulannya, dari segi sumbangan ilmu, kajian ini diharapkan dapat
menghasilkan satu solusi yang diperlukan kepada pelajar dalam membentuk
kompetensi mengurus kerjaya yang tinggi. Segala penemuan penyelidik dalam kajian
ini diharap dapat menjadi satu cadangan yang boleh diberikan kepada pihak-pihak
berkenanan dalam membentuk dan membangunkan kemahiran employability dan
penghargaan kendiri dalam merancang hala tuju kerjaya.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini adalah kepada pelajar-pelajar semester akhir Universiti Tun Hussein Onn,
Malaysia. Antara pelajar jurusan yang di kenal pasti sebagai responden ialah :
i. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
ii. Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
iii. Kejuruteraan Awam (FKAS)
Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kepada tahap pengganguran yang
sederhana iaitu hanya 750 orang pelajar kejuruteraan sahaja yang mendapat
pekerjaan daripada 1336 pelajar kejuruteraan di UTHM (CARE UTHM, 2013).
Dapatan kajian akan diperolehi melalui soal selidik yang diberikan kepada responden
kajian. Seterusnya, ketepatan kajian adalah bergantung kepada kejujuran dan
keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang di berikan.
Walaubagaimanapun, pengkaji membuat andaian bahawa semua jawapan responden
adalah benar, jujur dan ikhlas
10
1.10 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran employability dan tahap
penghargaan kendiri pelajar tahun akhir kejuruteraan di UTHM yang mana
melibatkan pelajar kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal
dan Pembuatan dan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.
1.11 Definisi Istilah Kajian
Definisi istilah yang digunakan adalah seperti berikut :
i. Kemahiran employability
Dalam konteks kajian ini, kemahiran employability adalah kemahiran yang
diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan
cemerlang sebagai pengamal di dalam bidang akademik, pekerjaan dan
kehidupan (Siti Rahayah et al., 2010). Kemahiran empoyability yang tinggi
akan mejadi nilai tambah dalam diri pelajar untuk memperolehi pekerjaan.
iii. Penghargaan Kendiri
Dalam konteks kajian ini, penghargaan kendiri adalah merujuk kepada nilai,
kepercayaan, sikap yang pelajar percayai tentang dirinya sendiri dan
keupayaan diri yang berorientasikan konsep kerjaya iaitu pelajar dapat
menguruskan kerjaya yang diceburi secara berdikari untuk mencari pekerjaan
(Fugate et al., 2004). Seseorang pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri
yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya dan mempunyai keyakinan yang
tinggi untuk cemerlang dalam hidup.
11
1.12 Rumusan
Secaran ringkasnya, bab ini menghuraikan tentang latar belakang masalah kajian
yang merujuk kepada permasalahan-pemasalahan yang wujud dalam konteks
kemahiran employability. Berdasarkan kepada penyataan masalah yang
dikemukakan, empat persoalan kajian dan dua hipotesis telah dibina bagi menjawab
objektif.
12
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai ulasan kajian yang digunakan sebagai asas bagi
menjalankan kajian ini. Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah utama dikaji iaitu
pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar terdiri
daripada faktor penghargaan kendiri. Manakala pembolehubah tidak bersandar terdiri
daripada kemahiran employability. Bab ini mengulas kajian lepas yang berkaitan
kemahiran employability, dan penghargaan kendiri. Bab ini juga mengemukakan
teori yang digunakan dalam kajian ini.
2.2 Kemahiran Employability
Kemahiran employability diri dalam menguruskan kerjaya diri menuntut setiap
individu untuk berkebolehan berubah dengan pantas mengikut keperluan semasa,
fokus terhadap kualiti diri, kreatif dan sentiasa bertanggunjawab terhadap tugasnya.
Individu yang pandai menguruskan kerjayanya akan lebih berkeyakinan dalam
suasana kerja yang baru (Redekopp et al., 2009). Ini adalah kerana dunia pekerjaan
sekarang telah menjadi kompleks terutama sekali kesan perubahan teknologi dan
13
ekonomi. Pekerjaan sekarang memerlukan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan
yang pelbagai. Ini secara tidak langsung memberi implikasi pada individu seperti
pelajar lepasan universiti. Individu ini akan berhadapan dengan kurang pengalaman
dalam menguasai teknologi terkini dalam pasaran semasa (Mc Dermott, J., 2007).
Kajian yang dijalankan oleh Noh, M. N. (2010) menyatakan bahawa penerapan yang
dilakukan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pempelajaran adalah
tinggi. Penerapan yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran akademik, kemahiran
mengurus diri dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Walaubagaimanapun,
menurut Mohd Salleh et al. (2010) pula menyatakan bahawa graduan tempatan
kurang menguasai kemahiran employability berbanding pelajar diluar negara. Ini
kerana pensyarah tempatan menerapkan kemahiran komunikasi kepada pelajar
manakala pihak industri lebih mementingkan sifat bertanggunjawab.
Faktor-faktor luaran yang menghalang penglibatan graduan dalam bidang
pekerjaan menuntut mereka perlu membuat persediaan. Kesediaan graduan bukan
sahaja melibatkan mental sahaja tetapi melibatkan juga tindakan dan rancangan, bagi
mereka yang sudah merancang hala tuju kerjaya sebelum habis belajar tidak terlalu
gusar menghadapi dunia mencari pekerjaan. Ini berbeza dengan mereka yang tidak
mempunyai sebarang pengurusan kerjaya yang betul dalam mecari pekerjaan.
Persediaan dari segi emosi dan fizikal akan mempengaruhi peralihan kerjaya mereka
selepas tamat belajar. Dapatan kajian oleh Hazrul, G. (2012) terhadap 534 sampel
yang menggunakan kaedah tinjauan menunjukkan bahawa kemahiran employability
masih rendah di kalangan para graduan. Para graduan masih lagi mempunyai jurang
antara prestasi diri dengan jangkaan prestasi yang diharapkan oleh majikan. Jurang
perbezaan yang paling ketara adalah dalam membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal.
Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan kajian lepas, terdapat kekurangan terhadap
kemahiran employability dalam diri pelajar. Satu kajian harus dijalankan untuk
melihat bagaimana kemahiran employability membolehkan seseorang individu
mendapat peluang kerjaya.
Selain itu, Baruch, Y. (2006) berpendapat bahawa faktor lain seperti minat,
kebolehan, keupayaan dan kemampuan merupakan pendorong kepada individu
dalam membuat pemilihan sesuatu perkara. Keadaan ini menyebabkan ianya sering
berubah-ubah atau tidak tetap kerana kadang kala dipengaruhi oleh faktor luaran
seperti keadaan atau permintaan persekitaran. Ini bertepatan dengan kajian oleh
14
Hamzah, M. Y. (2002) pula menyatakan bahawa faktor diri seperti bidang
pengkhususan yang di pilih adalah peramal kepada kompetensi pelajar untuk
menguruskan kerjaya mereka. Demikian juga dengan kajian yang dijalankan
berkaitan dengan kerjaya sama ada seorang individu bekerja atau tidak
berkompetensi mengurus kerjaya sendiri sebagaimana kajian oleh Sturges, J. (2008)
mendapati bahawa menguruskan kerjaya adalah berbeza antara mereka yang bekerja
dengan yang tidak bekerja semula. Dalam mengurus pilihan kerjaya yang akan
diceburi pula, sokongan sosial daripada keluarga, rakan-rakan, institusi, organisasi
dan persekitaran komuniti adalah penting (Ibarra, H., 2005). Melalui sokongan sosial
adalah merupakan satu rangkaian sosial yang dapat memberikan satu elemen
interpersonal ke arah kebolehperkerjaan, informasi dan pengaruh yang kuat dalam
pembangunan kerjaya (Adler, K., 2010). Dalam konteks pekerjaan, informasi dan
pengaruh yang diperolehi daripada rangkaian kenalan dapat membekalkan seseorang
individu peluang kerjaya seterusnya memudahkan individu tersebut menguruskan
kerjayanya (Fugate et al., 2004).
Di peringkat universiti sedang rancak membangunkan program-program yang
membangunkan kemahiran. Oleh kerana kemahiran employability merupakan
kemahiran yang diperoleh seiring dengan masa, universiti dilihat sebagai tempat
paling ideal untuk menyediakan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran ini.
Pelajar bukan sahaja perlu diperkenalkan dengan konsep penguasaan kemahiran
employability, malah ia juga mengenai menyediakan pelajar dengan persekitaran
pembelajaran kondusif yang akan membantu mereka membesar menjadi rakyat yang
baik (Wincy, J. I., 2010). Kemahiran employability bukan sahaja membantu
meningkatkan tambah nilai graduan, malah boleh membantu dalam pencapaian
akademik mereka (Ariffin, S. R. et al., 2010). Kesedaran siswazah untuk menyedari
akan hal ini akan memudahkan penerapan nilai employability dalam diri mereka.
Menurut Barnett, J. E. (2008) menyatakan bahawa menyedari bagaimana kita
berfikir, merasa dan bertindak adalah cara untuk membantu memahami bagaimana
kita nerinteraksi dengan masa depan yang tidak menentu. Kamal, H. (2009)
menyatakan bahawa graduan perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
kemahiran serta membangunkan personaliti yang baik dalam usaha untuk
kecemerlangan diri.
Dari segi penilaian kemahiran employability pula, timbul persoalan bahawa
terdapat kesukaran dalam menilai kemahiran employability dalam kalangan pelajar
15
universiti. Di Malaysia usaha sedang giat dijalankan untuk membangunkan satu
penilaian tahap kemahiran employability pelajar-pelajar universiti. Instrumen
penilaian yang terkini dan digunakan dalam kajian ini adalah Malaysian Generic
Skills Inventory MyGSI (Ariffin, S. R. et al., 2010). Menyedari kepentingan
kemahiran employability, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) telah
menggariskan tujuh kemahiran employability yang perlu dimiliki oleh para graduan
iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikiran kritikal dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran
berterusan dan pengurusan matlumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran moral
dan etika professional dan kemahiran kepimpinan.
Di peringkat Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), penerapan
kemahiran employability dapat dilihat apabila setiap program yang dijalankan perlu
patuh syarat Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh pihak universiti. Pihak UTHM
turut menggunakan garis panduan yang disediakan oleh Kememterian Pengajian
Tinggi Malaysia. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Universiti iaitu :
Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui
program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi
pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan
sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan
negara yang mampan (UTHM, 2008).
Sebagai pengeluar graduan teknikal di Malaysia, UTHM pastinya
menitikberatkan kualiti graduan mereka. Ini kerana masalah penganguran turut
dipengaruhi oleh kelayakan akademik dan kelayakan bukan teknikal. Ahmad, M. S.
et al. (2009) meyatakan bahawa lulusan banyak bergantung kepada kelayakan
akademik untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru berdasarkan tinjauan literatur yang
telah dijalankan kepentingan menerapkan kemahiran employability memang tidak
dapat disangkalkan lagi, walau bagaimanapun Badcock et al. (2010) menyatakan
bahawa kepentingan menilaikan pengetahuan disiplin yang khusus dan kemahiran
profesional tetap tidak dapat dilupakan. Dalam konteks penilaian kemahiran
employability pelajar universiti, beberapa pihak yang telah membangunkan
instrumen penilaian kemahiran employability untuk kajian mereka dan pengkaji masa
hadapan. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan MyGSI iaitu instrumen yang telah
dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Kebangsaan
Malaysia.Terdapat tiga belas konstruk kemahiran employability dalam MyGSI iaitu :
16
Jadual 2.1 Konstruk Kemahiran Employabulity Dalam MyGSI
Bil Konstruk Kemahiran Employability
1 Tanggungjawab Sosial
2 Menghargai Alam Sekitar
3 Etika, Moral dan Profesionalisma
4 Kerohanian
5 Komunikasi
6 Kepimpinan
7 Kerja Berpasukan
8 Berfikir Kritikal dan Menyelesaikan Masalah
9 Teknologi Matlumat dan Komunikasi
10 Pembelajaran Sepanjang Hayat
11 Globalisasi
12 Keusahawanan
13 Pengurusan
(Sumber dari Ariffin, S. R. et al., 2010)
2.3 Kemahiran Employability Dalam MyGSI
Dalam kajian ini, tiga belas konstruk kemahiran employability yang di kaji dalam
MyGSI. Kemahiran tersebut ialah tanggungjawab sosial, menghargai alam sekitar,
etika, moral dan profesionalisma, kerohanian, komunikasi, kepimpinan, kerja
berpasukan, berfikir kritikal dan menyelesaikan masalah, teknologi matlumat dan
komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, globalisasi, keusahawanan dan
pengurusan.
2.3.1 Kemahiran Tanggungjawab Sosial
Tanggunjawab sosial ialah komitmen sesebuah perniagaan untuk menyumbang
kearah kemampanan pembangunan ekonomi, mensasarkan penambahbaikan gaya
17
hidup sementara mengekalkan badan korporat tersebut (Malim, S. et al., 2011).
Tanggungjawab sosial ini dilihat dikuasai oleh para mahasiswa teknikal khususnya
sebagai potensi tenaga kerja di syarikat-syarikat. Malim, S. et al, (2011) telah
menyenaraikan kepentingan tanggunjawab sosial ialah :
i. Memberi kesan limpahan kepada masyarakat dan Negara.
ii. Berlaku secara menang-menang di mana syarikat atau organisasi turut
memperolehi faedah.
Pelajar teknikal perlu menguasai kemahiran ini sebagai nilai tambah bagi
mendapatkan pekerjaan. Ini kerana tanggunjawab sosial ini dapat membawa pekerja
dan syarikat itu sendiri ke satu tahap yang lebih baik di mata masyarakat. Secara
keseluruhan konstruk ini dilihat penting untuk dikaji sebagai salah satu konstruk
dalam kajian yang melibatkan pihak mahasiswa teknikal UTHM.
2.3.2 Kemahiran Menghargai Alam Sekitar
Memasuki abad ke-21, perubahan permintaan dalam pekerjaan turut dipengaruhi
oleh perubahan alam dan persekitaran. Justeru kesedaran untuk menghargai alam
sekitar adalah penting diterapkan ke dalam diri pelajar. Pekerja di bidang teknikal
khususnya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan alam sekitar
bagi mengekalkan keseimbangan dan memastikan kelangsungan pembangunan
(Selvan, J., 2011). Ini dilihat penting diamalkan terutama terhadap masyarakat yang
terlibat dengan alam sekitar terutamanya tenaga kerja teknikal. Di dalam MyGSI
kemahiran ini ditafsirkan sebagai menyokong aktiviti alam sekitar (Ariffin, S. R. et
al., 2010). Alam sekitar merupakan faktor penting kelangsungan hidup manusia.
Justeru tahap kemahiran menghargai alam sekitar perlulah tinggi terutama sekali bagi
pihak yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar seperti bidang teknikal.
18
2.3.3 Kemahiran Etika, Moral Dan Profesionalisme
Kemahiran ini merangkumi kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan
sosiobudaya dalam amalan professional, kebolehan menganalisis dan membuat
keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika dan kebolehan
mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
masyarakat. Kemahiran ini juga sering dikaitkan dengan kemahiran lain seperti
kepimpinan (Fadli, S., 2011). Dalm MyGSI, kemahiran ini ditafsir sebagai
tingkahlaku professional serta integriti dan amanah (Ariffin, S. R. et al., 2010).
2.3.4 Kemahiran Kerohanian
Di Malaysia, rukun Negara yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan dan
agama. Justeru aspek kerohanian dalam konteks kajian ini tidak diabaikan. Menurut
Hamid, L. (2012) menggariskan empat elemen penting yang terlibat apabila
membincangkan tentang kejayaan kerohanian dari sudut pendidikan iaitu sains, guru,
pelajar dan alam sekitar. Kemahiran kerohanian banyak bermula di tempat belajar
seseorang. Menurut beliau lagi, universiti dilihat sebagai tempat terbaik untuk
mengadaptasikan kerohanian. Di dalam MyGSI kerohanian ditafsirkan sebagai
mampu mengikut aktiviti kerohanian, kebolehan bersikap tulus dalam apa jua
keadaan dan memberi maklum balas terhadap program kerohanian (Ariffin, S. R. et
al., 2010).
2.3.5 Kemahiran Komunikasi
Komunikasi merupakan proses interaksi yang dialami setiap manusia. Proses
komunikasi pada asasnya melibatkan empat elemen iaitu penyampaian, penerimaan,
medium penghantaran dan maklum balas (Jamal, Z. et al.,2011). Kemahiran
komunikasi ini penting kepada semua pihak terutamanya pelajar universiti yang
19
bakal keluar mencari pekerjaan kelak. Di dalam MyGSI komunikasi ditafsirkan
sebagai kebolehan berunding, membuat rumusan dan merancang dan mengurus
(Ariffin, S. R. et al, 2010).
2.3.6 Kemahiran Kepimpinan
MyGSI mentafsirkan kepimpinan sebagai kebolehan mengagihkan tugas dengan
baik, kebolehan memimpin, merunding, keupayaan menyelesaikan masalah dan
menghormati prinsip orang lain (Ariffin, S. R et al., 2010).
2.3.7 Kemahiran Kerja Berpasukan
Diperingkat pengajian tinggi, UTHM (2011) menggariskan kemahiran kerja
berpasukan sebagai kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada
pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama, kebolehan
membina hubungan yang baik dan bekerja secara efektif. Di dalam MyGSI, indikator
pengukuran kerja berpasukan ditafsirkan sebagai kepelbagaian ahli kumpulan,
keputusan kumpulan, membantu secara proaktif dan mengenal pasti masalah
(Ariffin, S. R. et al., 2010).
2.3.8 Kemahiran Berfikiran Kritikal dan Menyelesaikan Masalah
Menurut Ariffin, S. R. et al (2010) dalam MyGSI indikator pengukuran berfikiran
kritikal dan meyelesaikan masalah ialah kebolehan mereflesi keputusan secara
objektif. Kemahiran ini penting kerana seseorang yang mempunyai pemikiran
kritikal ini dikatakan pandai mengemukakan kritikan dan membuat penilaian.
20
2.3.9 Kemahiran Teknologi Matlumat dan Komunikasi (ICT)
Perubahan besar dapat dilihat dalam dekad ini dimana kebanyakkan persekitaran
kerja mula digantikan dengan teknologi secara berperingkat atau keseluruhan.
Penyediaan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran, berpendidikan tinggi dan
berpengetahuan dan boleh menggunkan ICT telah diberi perhatian serius
memandangkan Malaysia sedang membangun setanding negara maju (Mohd Safarin
et al., 2012). Dalam MyGSI kemahiran ini ditafsirkan sebagai mengurus fail
elektronik, penyelidikan elektronik dan sumber berkualiti secara kendiri (Ariffin, S.
R. et al., 2010). Keperluan untuk menguasai kemahiran ini adalah penting
terutamanya kepada pekerjaan yang membabitkan proses sistematik yang melibatkan
bantuan komputer.
2.3.10 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pembelajaran sepanjang hayat sebagai
elemen dalam falsafahnya. Kepentingan pembelajaran sebagai usaha berterusan
untuk memperkembangkan potensi individu seharusnya didukung oleh setiap rakyat.
Di dalam MyGSI pembelajaran sepanjang hayat menilai elemen membina struktur
koheren berfokus, menggabungkan maklumat dan membina struktur ayatb bahasa
inggeris (Ariffin, S. R. et al., 2010). Pembelajaran sepanjang hayat penting kerana
pembelajaran itu sendiri merupakan proses yang berkesinambungan kepada
pengetahuan yang diperolehi.
2.3.11 Kemahiran Globalisasi
MyGSI telah mentafsir kemahiran globalisasi ialah adaptasi persekitaran global,
jangkaan masa depan dan kreatif dalam pemilihan (Ariffin, S. R. et al., 2010).
Keupayaan mahasiswa terutamanya dalam bidang teknikal melengkapkan diri
21
dengan kemahiran ini dilihat kritikal untuk membolehkan mereka bersaing bukan
sahaja dalam pasaran pekerjaan malah di peringkat global.
2.3.12 Kemahiran Keusahawanan
Keusahawanan kini turut diberi perhatian dalam pembangunan profil generik untuk
pelajar universiti. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) menggariskan
kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang, inovasi,
kreativiti dan kesedaran tentang risiko dalam aktiviti yang berkaitan dengan
perniagaan dan pekerjaan. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Yusof et al., (2013)
menunjukkan kemahiran keusahawanan di lihat sebagai kemahiran yang paling
kurang dimiliki oelh pelajar. Di dalam MyGSI ini konstruk keusahawanan diukur
melalui cadangan berasaskan fakta dan hujah, berdikari dan pengurusan sistematik
(Ariffin, S. R. et al., 2010).
2.3.13 Kemahiran Pengurusan
Menerusi MyGSI ini konstruk kemahiran pengurusan ditaksirkan kepada
pelaksanaan berasakan objektif dan mengkordinasikan tugasan (Ariffin, S. R. et al.,
2010). Seseorang pelajar perlulah menyiapkan diri dengan kemahiran pengurusan
untuk berhadapan dengan organisasi kerajaan kelak.
2.4 Penghargaan Kendiri
Penghargaan kendiri dalam kemahiran employability ialah ''siapakah saya''
termasuk matlamat, harapan, sifat keperibadian, nilai, kepercayaan , dan norma
dimana seseorang individu dapat menguruskan kerjaya yang diceburi secara
berdikari ketika menghadapi peluang kerjaya (Fugate at elc, 2004). Penghargaan
22
kendiri menunjukkan kecekapan knowing why ynag merangkumi sifat seperti
motivasi kendiri, keperibadian individu dan nilai-nilai (Defillippi, R. J., 1994).
Seseorang individu haruslah melihat kelemahan diri sendiri apabila individu tersebut
mendapati dirinya tidak dapat mengenal pasti hala tuju dalam mencari pekerjaan
(McGreevy, F. J., 2003). Hall, A. et al. (1997) mencadangkan bahawa dalam
persekitaran kerjaya yang mencabar sekarang, penghargaan kendiri perlu diasingkan
dari sesuatu tugas tertentu atau organisasi sebaliknya mewakilli nilai-nilai peribadi
seseorang individu, motivasi dan minat-minat kerjaya yang lebih luas.
Secara keseluruhannya, penghargaan kendiri merujuk kepada sejauhmana
individu merasakan dirinya baik dan buruk atau sejauhmana mereka merasakan diri
mereka mempunyai nilai (Richmond, K. A., 1987). Penilaian individu terhadap
dirinya menurut DeVito, D. (2000) akan memberi reflek kepada nilai yang diletakkan
kepada diri seseorang tersebut. Oleh itu, meningkatkan penghargaan kendiri
bermakna akan membantu seseorang berfungsi secara lebih efektif khususnya dalam
hubungan interpersonal kerana individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi akan membantu seseorang berfungsi dengan lebih berkesan dalam persekitaran
organisasi, hubungan interpersonal dan juga kerjaya.
Che Noh, C. H. (2011) menyatakan bahawa individu yang mempunyai
penghargaan kendiri yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya, merasa mempunyai
peluang yang cemerlang, dan berupaya untuk hidup dengan rasa dihormati, jujur,
bertenaga, kasih sayang dan realiti. Sebaliknya pula bagi seseorang yang rendah
penghargaan kendiri akan merasakan dirinya tidak bernilai, merasa terancam, dan
tidak berupaya untuk melihat ke dalam diri sendiri. Secara lebih mudah, seseorang
yang menyayangi dan menilai diri mereka berupaya untuk menyayangi dan menilai
orang lain dan bertindak secara realiti. Sementara itu menurut Beebe dan Redmond
(2002), penghargaan kendiri merupakan pelapis kepada interaksi dengan individu
lain di mana ia mempengaruhi keupayaan untuk sensitif kepada orang lain, dan gaya
komunikasi. Justeru itu, sebagai seorang pelajar, mempunyai penghargaan kendiri
yang tinggi amatlah penting khususnya dalam mencari peluang kerjaya.
Dapatan kajian oleh Anakwe, K. L. (2010) terhadap 446 pelajar di Amerika
Syarikat (AS) yang menggunakan kaedah tinjauan menunjukkan bahawa nilai-nilai
berkaitan kerjaya mereka, keperluan dan motivasi (membantu pembentukan
penghargaan kendiri) memudahkan matlamat di capai dan membuat keputusan.
Dalam masalah kerjaya seperti penggangguran, keupayaan untuk mempunyai
23
penghargaan kendiri seseorang individu sebagai satu panduan dalam menetapkan
matlamat dan membuat keputusan adalah penting bagi mengenal pasti peluang-
peluang kerjaya. Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan kajian lepas, terdapat
hubungan yang signifikan penghargaan kendiri terhadap kemahiran employability.
Satu kajian harus dijalankan untuk melihat bagaimana penghargaan kendiri
membolehkan seseorang individu mendapat peluang kerjaya. Dalam konteks
penilaian penghargaan kendiri, kajian ini menggunkana instrumen yang telah
dibangunkan Rosenberg self-esteem scale (RSES) yang dihasilkan oleh Rosenberg
(1990) dan diubahsuai mengikut objektif kajian. Instrumen ini terdiri daripada 10
item bagi mengukur penghargaan kendiri yang ada dala diri pelajar kejuruteraan di
UTHM.
2.5 Jantina dalam Penguasaan Kemahiran Employability
Isu yang berkaitan dengan perbezaan jantina dalam penguasaan kemahiran
employability ini telah banyak dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Maniam & Liong
(2009) mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai persepsi yang
berbeza secara signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki
mempunyai beberapa kemahiran yang khusus berbanding pelajar perempuan.
Kemahiran yang telah dikenalpasti termasuklah kemahiran kepimpinan, pemikiran
strategik, kemahiran kewangan, pemahaman global dan kemahiran untuk bertindak
secara kreatif apabila berlaku sebarang masalah.
Kajian yang dilakukan oleh Sikor, A. at el. (2010), mendapati terdapat
perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran employability.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berketrampilan
berbanding pelajar perempuan. Maka tidak dinafikan bahawa faktor ini akan
menyebabkan kea rah lambakan graduan apabila mereka tamat pengajian kelak.
Menurut Mat Rasyid. A. (2011) juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan
terhadap penguasaan kemahiran employability antara pelajar lelaki dan perempuan
ini. Dalam kajian beliau, daripada lima elemen yang dikaji, mendapati pelajar lelaki
lebih menguasai kesemua elemen tersebut berbanding pelajar perempuan.
24
Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi oleh Wickramasinghe & Perera
(2010) pula mendapati pelajar perempuan lebih menguasai kemahiran employability
berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian ini berbeza dari dapatan kajian pengkaji
lain. Terdapat juga kajian lain yang menyatakan bahawa tiada perbezaan yang wujud
terhadap tahap penguasaan kemahiran employability antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan. Kemahiran employability ini boleh dan mampu dikuasai tidak
mengambil kira faktor jantina asalkan mereka berkeyakinan dan bersungguh-
sungguh.
2.6 Bidang Pengkhususan dalam Penguasaan Kemahiran Employability
Bidang khusus merupakan gambaran awal seseorang untuk melihat hala tuju kerjaya.
Wujud pelbagai masalah untuk menyesuaikan kerja yang mana ianya boleh dikaji
dan dilihat melalui penilaian beberapa perkara. Terdapat lima faktor yang
mempengaruhi seseorang menceburi alam pekerjaan (Hamzah, M. Y., 2002). Faktor-
faktor itu dalah terdiri daripada keupayaan, minat dan sifat peribadi, mengenal pasti
bidang pekerjaan yang ada dan syarat-syarat yang dikehendaki, mempunyai
kebolehan dan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan dan penyusunan dan rancangan
kerjaya untuk diceburi. Oleh itu, pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar adalah
merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pembelajaran sepanjang
hayat ini seorang individu dapat memperolehi kemahiran, informasi yang diperlukan
untuk pekerjaan yang diceburi, bagaimana mengimbangi antara kerjaya dan
kehidupan, bagaimana untuk membangunkan kerjaya secara efektif dan
menguruskan kerjaya sendiri berdasarkan kepada latihan yang diberikan (Kennedy,
M. L., 2008). Hall (2002) juga menyatakan bahawa melalui pembelajaran yang
berterusan yang diperolehi boleh membawa perubahan kepada diri dan kemahiran
seseorang.
Antara kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan mencari hala tuju kerjaya,
iaitu kajian yang dijalankan oleh Uzoamaka, P. A. (2008) kepada 446 graduan yang
di Amerika Syarikat yang mana mengkaji pemilihan bidang pengkhususan dengan
mencari hala tuju kerjaya. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa
pemilihan bidang pengkhususan mempunyai hubungan dan regrasi yang kuat
75
RUJUKAN
Abdullah Mat Rashid. (2011). Pendidikan dan latihan vokasional sebagai enjin
menjana perkembangan ekonomi. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
1, 1-5.
Adler & Kwon. (2010). Social capital : Pospect of new concept. Academy of
Management Review, 27(1), 1-6.
Ahmad Farid Ahmad Nordin. (2011). Cabaran dalam pendidikan teknikal dan latihan
vokasional bagi menyokong kerjaya belia dalam membuat keputusan.
Prosiding seminar kebangsaan pendidikan teknik dan vokasional kali ke-4.
Ahmad Esa (2010). Tahap penguasaan generik dalam dalam kalangan pelajar tahun
akhir diploma kejuruteraan Elektrik serta pendidikn, PenerbitUTHM.
Ahmad Muhaimin, M., Jamalluddin, H., & Baharuddin, A. (2008). Kelemahan
penguasaan kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai
pendekatan penyelesaian. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008.
Skudai: Penerbit UTM.
Ahmad Rizal Madar. (2008). Kamahiran Employability Bagi Memenuhi Keperluan
Industri. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Bridgstock, R. (2009). The graduate attiributes we‟ve overlooked: Enhancing
graduate employability through career management skills. Journal of Higher
Education Research & Development, 28, 31-44.
Barlett, J.E. (2008). Organizational research: Determine appropriate sample saiz in
survey research. Information Techonology, Learning and Performance
Journal, 19(1),43-50.
Baruch, Y. (2006). Career development in organization and beyond : Balancing
traditional and contemporary viewpoint. Humans Resourse Management
Review, 16 (2), 125-138.
76
Badcock et al.. (2010). The graduate attributes we‟re overlooked: Career transition.
In S. Brown & R.W. Lent.
Chiaburu, D. (2006). Beyond being proactive: What (else) matters for self-
management behaviors? Career Development International, 11(7), 619-632.
Che Hasniza Che Noh (2011). Hubungan empati dan penghargaan kendiri ibubapa
dengan gaya keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan.
Cochran, W. (1977). Sampling techniques. New York: John Wiley & Sons.
Cohen, W. (2009). The transition from organizational employement to portpolio
working: perception of „boundary lessness‟. Work, Employmenr and society.
Dawis, R.V. (2005). The Minnesota theory of work adjustment. In S.D. Brown, &
R.W. Lent (Eds.), Carrer Development and counseling.
DeFillipi, R.J., & Arthur, M.B. (1994). The boundaryless career: A competency
based perspective. Jurnal of Organizational Behavior. 15, 307-324.
DeHart, T., Murray, S. L., Pelham, B. W., dan Rose, P. 2003. The regulation of
dependency in parent-child relationships. Journal of Experimental Social
Psychology 39(1): 59-68.
Fugate, M., Kinicki, A.J., & Asforth, B.E. (2004). Employability: A psycho-social
construct, its dimensions and application. Jurnal of Vocational Behavior. 65,
14-38.
Hanim Bin Kamal, Muhammad Haron and Ahmad, Khairul Anuar. (2009).
Kemahiran
keusahawanan: satu kajian analisis kandungan buku-buku teks. dalam: Seminar
Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-
19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka. (Unpublished).
(http://eprints.uthm.edu.my/129/1/muhammad_haron_husaini.pdf.
Heinz, W. R. (2002). Transition discontinuities and yhe biographical shaping of early
works. Journal of Vocational Behavior.
Ibarra, H. (2005). What‟s your story? Harvard business Review, 83(1), 64-71.
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Zainal Ariffin Ahmad & Yusrrie Zainuddin. (2008).
Competency based career development and performance management practice
and service quality in malaysia public organization. International Review of
Bisness Research Paper. 4(4), 174-189.
77
Ingrid Patgieter. (2011). The relationship between self-esteem and employability
attributes of postgraduate business management students. Deparment Of
Human Resource Management Journal.
Irwan Rosleh. (2009). Kesan globalisasi dalam pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional, 3,23-34.
Lnage, F. & Topel, R. (2006). The Social Value of Education and Human Capital In
The Handbook of Econimic of Education, Vol 1, eds.
Johannes, G., Beatrice, I., & Tonette, S. (2008). Toward the employability–link
model: Current employment transition to future employment perspectives.
Human Resource Development Review, 165-183. JPPKK. (2008). Laporan
Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik 2007. Selangor: Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Kennedy, M. L. (2008). Course expectation and career management skills.
Kahirol Mohd. Salleh, Wan Nur Hidayah Ibrahim, Nor Lisa Sulaiman,Badaruddin
Ibrahim & Mohamad Zaid Mustafa. (2008). Kemahiran Employability Dalam
Kalangan Mahasiswa Dan Pensyarah: Perbandingan Dengan Industri.
Khairul Faizah (2007), ”Tahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).” UTHM: Tesis Sarjana.
Mc.Dermott. J. (2007). Old Soldier never die: they adapt their military skills and
become successful civilians.
McConnell, E.A. (2010). Employability during unemployment: Adaptibility, cereer
identity and human and social capital.
McMillan, J.H., & Schumacer, S. (2010). Research in Education: Evidence-based
inquiry. New Jersey.
McCroskey, J. C., and Richmond, V. P. (1987). Willingness to communicate. Dlm. J.
C.
McCroskey & J. A. Daly (pnyt.). Personality and interpersonal communication.
Newbury Park: Sage Publications.
Mihail, D.M. (2008). Proactivity and work experience as predictor of career
enhancing strategies. Human Development International.
Mohd Salleh Abu, Meor Ibrahim Kamaruddin, Zainudin Abu bakar, Mohd Ali
Ibrahim,
Mohd Nor Bin Noh & Abd. Shukur Bin Ali. (2010). Kepentingan Penguasaan
Kemahiran Generik dalam Kalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana)
78
Fakulti Pendidikan, UTM Sebagai Persediaan Bakal Guru Di Sekolah. Projek
Sarjana Muda ITM.
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Muhammad Abu Hadi Bunyamin. (2010).
Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti
Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Fakulti Pendidikan, UTM.
Mohd Safarin Nordin dan Kamaruddin Mohd Tahir. “ Kemahiran Generik –
Kepentingan dalam memenuhi keperluan majikan masa kini.” Universiti
Teknologi Malaysia Kertas kerja.
Mohamad Sattar Bin Ahmad et al.. (2009). Bimbingan dan KERJAYA. Konsep dan
amalan kerjaya.
Mohd Sattar, R., Md Yusof, I., Napisah, I., Rashid, R., & Roseamnah, A. R. (2009).
Aspek kemahiran employability yang dikehendaki majikan industri pembuatan
masa kini. Jurnal Pendidikan Malaysia , 67-69.
Mohd Yahya Hamzah & Roseliza Ahmad. (2002). Melangkah ke dunia pekerjaan.
Kuala Lumpur. Utusan Production & Distribution Sdn. Bhd, 12-13.
Mohd. Yahya Nordin. (2003). Isu Dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja
Dalam Era Perubahan Teknologi Dan Globalisasi. Kertas Utama Dalam
Persidangan Kebangsaan. Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional.
Maniam, U.M. dan Liong C.Y. (2009). Persepsi pelajar terhadap atribut pekerjaan
dan implikasinya ke atas universiti.
Morreale, S. P., Spitzberg, B. H., and Barge, J. K. (2001). Human communication:
Motivation, knowledge, skills. United States: Wadsworth Thomson Learning.
Nadia Farhana Salleh. (2009). Hala tuju pendidikan teknik dan vokasioanal ke arah
pekerjaan. Prosiding Seminar Kebangsaan pendidikan teknik dan vokasional
kali ke-3.
National Association of Manufacturers (NAM), Andersen & Center for Workforce
Success (2001). The Skills Gap, 2001. National Association of Manufacturers.
Noor Syazwani Roni (2013) Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan
pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Normah Zakaria, Abdullah Mat Rashid & Ruselan Baki. (2010). Persediaan bakal
pesara tentera dalam menghadapi peralihan kerjaya selepas bersara. Jurnal
Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1,29 – 43.
79
Bagley D.(1999). “ Graduates perception of transferable personal skills and future
career preparation. Emerald Group, 41(10), 184-193.
Rahmah Ismail. (1995). Modal manusia dan perolehan buruh. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Redekopp, D., Hache, L. & Jarvis, P. (2009). Blueprint for life/work design. National
Life/Work Centre, Canada Career Information Partnership & Human
Resources Development Canada.
Reichardt, C. (2008). Unseen barriers keep person with disabilities from seeking,
acquiring and maintaining meaningful employment. Tesis sarjana tida
diterbitkan, State University of New York.
Rohana Abdul Karim. (2010). Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya,
kemahiran employability dan pilihan kerjaya pelajar vokasional pertanian di
Semenanjung Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Ros Hasni Abd Ghani. (2006). Effectiveness of military knowledge and skill after
retirement. Universiti Malaya, Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Siti Rahayah Ariffin, and Jamil Ahmad, and Nur' Ashiqin Najmuddin. (2010)
Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian
pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai
faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 43-50. ISSN 0126-6020 / 2180-
0782.
Siti Rahayah Ariffin, and Rodiah idris, and Noriah Mohd Ishak. (2010). Differential
item functioning in Malaysian Generic Skills Instrument (MyGSI). Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35 (1). pp. 1-10. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.
Siti Rahayah, A., Jamil, A., & Nur 'Ashiqin, N. (2010). Pembangunan instrumen
kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan
menggunakan model pengukuran rasch pelbagai facet. Jurnal pendidikan
Malaysia, 35(2) , 43-50.
Seo, Andy K.H. (2003). Smart – “Partnership Between Vocational And Technical
Tranning Institution In Creating Skill Workes”, Persidangan Kebangsaan
Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 2003.
Suraiya Bin Malim dan Ahmad Raflis. (2011). Paradigma baru dalam pelaksanaan
tanggungjawab sosial syarikat milik kerajaan.Akademik 81(3) 2011: 75-81.
80
Stern.H.L. (2005). Career devepment and counseling (pp. 506-521). Hoboken,
NJ:Wiley.
Sturges, J. (2008). The evalution of the boundryless career concept: Exa.
Sikor, A., Mohd Ariff, S.Z.., Zainal Abidin. (2010). Komunikasi interpersonal dalam
pengajaran dalam pengajaran dalam kalangan guru-guru Sekolah Menengah
Teknik di negeri Melaka.
Azlan Soleh, Mohd Rizan Abdul, Ishak Hasan, Mohd Yusof Husain. (2013).
Kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif pensyarah.
Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2008). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan
Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan
Awam.
Uzoamaka, P. A., Hall, J.C., & Schor, S.M. (2008). Knoeledge-related skills and
effective career management. International Journal of Manpower, 21(7), 556-
557.
Yahya Buntat (2004). Integrasi Kemahiran “Employability” Dalam Program
Pendidikan Vokasional Pertanian Dan Industri Di Malaysia.” UTM Skudai.
Tesis Phd.
Wincy, J.I. (2010). A practical guide to competencies: How to enhance individual
and organization performance. London.
Wickramasinghe & Perera. (2010). Graduates, university lecterer and employers
perception towards employability skill.
Zanaton Jamal et al. (2011). Comunication skills among university students. Social
and behavioral sciences 59 (2012) 71-76.
Van der Heijde, C.M. (2010). A compence-based and multi-dimensional
operationalization and measurement of employability. Human Resourse
Management, 45, 449-476.
Top Related