8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
1/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
1
Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Konsep
Objektif
Proses dan Bentuk
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
konsep
objektif
proses dan bentuk
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,
Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan
bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa.
Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik
membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat.
Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik
membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih
berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana
keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam
proses membaca dan menulis.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
2/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
2
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiranmendengar dan bertutur;
3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur;
4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan
bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan
5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktivitipengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pen ajaran
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
3/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
3
Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
4/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
4
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau
beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-
apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat
akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon
tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar
dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik
dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)
menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu
bertujuan:
(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa
yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
5/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
5
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan
bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi
yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah
datangnya bunyi berkenaan.
(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa,
antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan
pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan
permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain;
(c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan
ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi
tujuan memperoleh maklumat tertentu;
(e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya
kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau
tidak;
(f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan
melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri
dengan ringkas dan padat;
(g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan
ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin
menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara
berkesan;
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
6/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
6
(h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid
mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi
(pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada
yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan
penuh perasaan; dan
(i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea
dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan,
menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan
menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan
para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau
bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:
memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akanmengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi
dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
7/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
7
Konsep Pertuturan
(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang
dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan
menghasilkan bunyi [batu];
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman
kecerdasan otaknya;
(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian
kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi
yang lain.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
8/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
8
Aspek-Aspek Pertuturan
(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan
membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku katadan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan
dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan
yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna
yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
/smak/ dan seumpamanya;
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur
menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan
atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau
lembutnya sesuatu pengucapan;
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar
(dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna
dalam bahasa Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian
memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atauayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan
tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara
menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik,menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat
tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
9/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
9
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau
menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya
terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada
mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih
jelas.
(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah
dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang
fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan
kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau
bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang
mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid
bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini
banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh
bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas,
betul dan betul;
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan
kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi,
keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan
murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
10/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
10
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan alasan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengardan situasi.
Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c) Membina soalan berdasarkan bahan;
(d) Memberi arahan kepada rakan;
(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;(f) Berbual melalui telefon;
(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan
menjawab soalan yang diajukan;
(i) Permainan komunikatif;
(j) Mengadakan perbahasan;
(k) Perbincangan forum;
(l) Memberi taklimat dan ceramah;
(m) Main peranan;
(n) Simulasi;
(o) Teater bercerita; dan
(p) Drama
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
11/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
11
Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang
serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan
pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan
perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau
bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau
bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi
bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi
dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari,
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada
orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba
dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya
yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting
pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-
kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar
yang baik mengikut standard tertentu.
Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan
memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid
perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam
perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses
pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);
untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat
(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan
apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
12/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
12
Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara
proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa
dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian
oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat
peringkat proses mendengar:
(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian
pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan
mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi
bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan
sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
13/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
13
Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang
pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya
secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran
bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses
yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya
dapat dilakukan.
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h)mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau
propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama
orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.
Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,
dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir
apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
14/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
14
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih
berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini
tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal
pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara
lain proses mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
15/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
15
Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat,
didengar dan dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan
bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik,
aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis
secara kritis terhadap bentuk dan isi.
Kesimpulannya:
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid,
pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-
bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi
bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat,
bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.
Latihan
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran
bahasa lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak
formalbeserta dengan contohnya.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
16/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
16
Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Peringkat Penguasaan
Unsur dan Faktor Keberkesanan
Prinsip Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur,
Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek
kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid
terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan
bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis.
Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai
prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar
dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-
unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan
teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
17/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
17
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar danbertutur
(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi
kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-
murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan.
Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan
penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan
murid-murid berkenaan.
(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas
secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti
intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa,gaya dan isi penyampaian.
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujianMembentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
18/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
18
Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan
dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan
pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid
boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut
peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan
peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
19/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
19
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasaisecara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang bolehmempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalamkalangan murid-murid.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
20/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
20
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
(a) Kecerdasan:
Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan
keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan
memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan bahasa;
(b) Kesihatan:
Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap
dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak
sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses
pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara
berkesan;
(c) Fizikal:
Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat
artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses
penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat
yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi
masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan
mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi
masalah kosa kata dalam proses pertuturan;
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
21/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
21
(d) Persekitaran:
Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan
ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi
petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan statussosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-
kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan
masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding
dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan
masyarakat di bandar-bandar;
(e) Jantina:
Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-
kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian
kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan
berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan
(f) Dwibahasa:
Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh
lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam
proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami
gangguan daripada bahasa ibundanya.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
22/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
22
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa
bertutur, membaca dan menulis;
(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga
bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang
berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;
(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang
dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid
boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai
diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara
maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap
kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti
yang berkaitan;
(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara
yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.
(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar
sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa
melaksanakan proses berkenaan;
(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan
kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk
berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan
oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
23/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
23
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan:
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya
secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung
dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan
dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi
oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Tajuk 3Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kaedah
Teknik Pengajaran
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktivitipengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
24/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
24
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek
pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik
darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan
(kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan
menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai
kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah merancang dan memilih
aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali
meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja,
pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis
pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
(a) Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan
unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
25/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
25
Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur
infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang
betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori
struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk
membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur),
terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih
dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,
membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini
demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara
lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan
situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:
(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid
yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;
(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa
yang digunakan oleh masyarakat;
(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia
dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat
pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa
dengan betul;
(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran
bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika
pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu
setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur
dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa
yang salah;
(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-
murid dalam latihan bertutur;
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
26/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
26
(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid
mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka
menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.
Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui
aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi
menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;
(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa
pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang
baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat
menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan
pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada
penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya
begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya,
guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam
situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan
kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor
luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk
menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid
tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi
pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi
penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
27/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
27
(b) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang
terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan
kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untukmenanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan
unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran
bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi
dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran
bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan
berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran
bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan
bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua
kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;
Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan
mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur
perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah;
Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.
Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada
pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan
demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan
menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
28/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
28
dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
lebih berkesan;
Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam
kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaranpembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan
lebih selesa, yakin dan berkesan; dan
Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika
murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara
yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan
murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu
mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahanrakaman menjadi semakin perlu.
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa
dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi
supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul.
Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.
Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos : Pak cik?
Wanita : (terdiam)
Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil
Pak cik?
Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
baru berumur 30 tahun. Diapak ciksaya.
Kakitangan pos : Lain kali panggil sayaabangatauencik. Saya berkahwin
pun belum.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
29/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
29
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam
pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-
murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu
sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran
bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai
kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat
diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan
penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);
manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu
ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam
interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.
Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa
dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan
kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku
sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara
mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
30/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
30
Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antara lain:
(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut;
(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru
akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang
sesuai;
(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif, dan
(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar
sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah
ditetapkan seperti berikut:
(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yangmengandungi ayat-ayat yang sempurna.
(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang
diberi.
(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat
menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
31/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
31
Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan
baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap
berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa
yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan
pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang
boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan
seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim
digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan
penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-
rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan
dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-
unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid
sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang
dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan
disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-
hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:
coffee - kopi
school - sekolah
radio - radio
bicycle - basikal
biscuit - biskut
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
32/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
32
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama
juga.
Subjek Kata kerja Objek
Saya
I
pergi
go
ke sekolah.
to school.
Dia
He
minum
drinks
susu.
milk.
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran
dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti berikut:
(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;
(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa;
dan
(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh
guru.
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan
memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur
secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang
pengetahuan bahasa;
(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
(e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
33/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
33
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.
Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengandemikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama
ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang
dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur
bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa
berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan
murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru
boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:
(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan
(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi
rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.
Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka
meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
34/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
34
Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori
interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi
bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran
kecekapan bahasa dan komunikatif.
(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah
mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam
aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah,
perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supayamereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan
wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk
berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara
pencilan tetapi dalam suatu wacana.
(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang
bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata
lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti
latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu
memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah
dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan
bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka
melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap
bahasa yang mereka gunakan.
Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini
bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan
menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks
penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
35/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
35
Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang
prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik
darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah
pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu
mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan
teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh
menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran
kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan
tepat. Antara lain ialah teknik:
(a) Latih tubi; (b) Bercerita;
(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara
(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat
(g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran
(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita
(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi
(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara
Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur diatas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buatrujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dankelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota danpeta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
36/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
36
Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang
sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang
akan ditiru dan dihafaz oleh murid.
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan
minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.
Bola.
Ali menendang bola.
Ali menendang bola di padang.
daki - laki tari - lari malu - balu
Murid-murid, ikutcikgu sebut.
Bola. Ali menendangbola. Ali .
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
37/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
37
Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu
bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi
bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan
menyebut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-
murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak dan nada yang tertentu.
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.Makan kuih di pinggan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
38/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
38
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk
menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam tekslatihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran danpembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasaMelayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.
i. Pak Abu seorang petani.
ii. Dia bekerja di sawah.
iii. Dia menggunakan kerbauuntuk membajak tanah.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
39/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
39
Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan
rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi
tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.
Latihan bersoal jawab
Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun
senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Latihan Penghasilan
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.
Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan
bertulis.
Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-
murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana
timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam
kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
40/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
40
Contoh:
Senarai barang yang diberi oleh
guru.
Khemah
Lampu picit
Makanan kering
Makanan basah
Alat memasak
Pakaian Baldi
Alat menjahit
Pisau
Kapak
Bantal
Selimut
Air
Susu tin
Cangkul
Surat khabar Radio
Murid diminta berimaginasi bahawa merekaakan pergi berkhemah di bukit selama tigahari. Tiap-tiap seorang hanya bolehmembawa barangan seberat tidak melebihi20 kilogram. Kumpulan mesti mengambilkeputusan apa yang paling perlu merekabawa dari senarai yang diberi oleh guru.
Mereka juga dikehendaki memberi alasanmengapa mereka membuat keputusanbegitu.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
41/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
41
Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks
sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dariperingkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.
Contoh: Lakonan Terkawal
Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa
penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik
kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa
malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda bolehmeletakkan kereta anda.
Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal
dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik
kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.
Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik
dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi
pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
42/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
42
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:(a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;(b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku(c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog
yang terdapat dalam gambar ini.
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah
bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan
menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pembelajaran yang berkesan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
43/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
43
Sinopsis
Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set
pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan
Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan
mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas
mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru
dapat dipertahankan.
Hasil Pembelajaran
1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;
Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengardan Bertutur
Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa danSelepas Aktiviti
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajarandan Pembelajaran
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
44/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
44
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujianMembentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
45/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
45
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur:
Komponan Persediaan Mengajar
Persediaan Penyampaian Penutup
Maklumat Am Set Induksi KesimpulanPengetahuan Sedia Ada Perkembangan PenilaianObjektif Pengajaran i. Kemahiran
PeneguhanTugasan
Isi Pelajaran ii. KemahiranmenerangkanIlustrasi
Ulasan Kendiri
iii. Kemahiran
Menggunakan PapanTulisiv. Kemahiran Variasi
Rangsanganv. Kemahiran Menyoal
Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar
kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran
membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas
kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam
usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti
pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek
pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan danmenyelesaikan), psikomotor
(menyampaikandan melaksanakan) dan afektif (memilih).
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
46/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
46
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:
(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga
perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang
akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru
menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan
stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahanyang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh
digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan
memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan
secara individu sekiranya perlu.
(c) Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan
susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini
guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai
atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @
kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam
perkara (i iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
47/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
47
Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid
melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk
murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid
yang berpotensi cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran danPembelajaran
(a) Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan
berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan
kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian denganperkara
Penjelasan
Objektif dan matlamatpengajran
(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dandapat membantunya mencapai objektif danmatlamat pengajaran;
(b) Selaras dan menepati hasrat KementerianPelajaran Malaysia , Falsafah PendidikanKebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan amalan dalam kalanganmasyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah danteknik pengajaran
(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas danpemilihannya ditentu lebih terdahulu.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
48/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
48
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengankeadaan murid-murid yang belajar bahasaMelayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan,
status sosioekonomi dan tahap pencapaianpelajar;
Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasanapembelajaran akan meninggalkan kesan yangbaik kepada murid-murid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaranialah murid-murid, guru, isi pelajaran danbahan; dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakanmotivasi tinggi, mendorong, menggerak,
merangsang, mengarah dan menentukanreaksi murid-murid terhadapnya
Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,selari dan dengan minat dan kecenderunganmurid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi
perhatian kepada perkara-perkara berikut:
(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses
pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam
hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.
Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu
memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada
yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan
yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada
bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa
kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat
duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
49/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
49
(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang
hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai
potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P &
P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.
Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan
itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu
teratur mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii)
mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv)
kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk
buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi)
bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan
ulangkaji.
(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka
letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan
bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;
(e) Bahan yang jimat dan murah perkara penting perlu diberi
pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);
(f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan
secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata
pelajaran lainnya;
(g) Bahan yang bersifat luwes- bahan yang boleh ubah cenderung untuk
diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan
antara sekolah dan wilayah.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
50/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
50
Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu
mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:
Aktiviti latih tubi untuk pertuturan
Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik
menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-
kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.
Aktiviti peniruan dan hafazan
Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh
guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya
adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
Aktiviti kemahiran komunikatif
Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana
melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contohcontoh sebutan, nada,
intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,
murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak
tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu
maksud. Misalnya:
(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara
kepada kelas;
(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;
(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang
diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang
telah dipersetujui bersama;
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
51/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
51
(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;
(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid
boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;
dan
(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk
penulisan.
Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.
Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti
perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat
tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasanmelombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga
membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.
Aktiviti pengumuman lisan
Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan
terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.
Perhatian kepada semuapenumpang MalaysianAirlines dari Kuala Lumpur keKota Kinabalu, Sabah.Pesawat akan berlepas padapukul 3.00 petang. Semuapenumpang diminta masukmelalui pintu B3.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
52/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
52
Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur
mestilah terdiri daripada bahanbahan yang authentic ataupun bahan-bahan
yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita
pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil
daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada
sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut
mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh
murid-murid.
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan
beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat
bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.
Boneka
(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.
(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog
Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan
boneka.
(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan
boneka.
(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.
(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada
cerita tadi.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
53/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
53
Bahan Kartun
(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan
dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.
Video dan Bahan Sastera
(a) Muridmenonton rakaman drama.
(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.
(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada
bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang
Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.
(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan
dengan membuat tindakan sendiri.
Gambar Foto (potret)
(a) Murid diminta menerangkan keadaan
emosi seorang kanak-kanak yang terdapat
dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama
ada sedih, gembira, takut, marah dan
sebagainya.(b) Murid kemudian meramalkan peristiwa
yang mencetuskan perasaan demikian.
(c) Murid diminta menyenaraikan beberapa
perkara yang menarik tentang pemuda itu
(d) Murid membuat karangan pendek tentang
kanak-kanak tersebut.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
54/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
54
Kesimpulannya
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai
mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang
penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yangdilaksnakan itu menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan
untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,
keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria
seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan
pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu
adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan
bermakna.
Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantumengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancanganpengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantumengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yangterkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
55/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
55
Sinopsis
Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian
dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian
terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai
mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-
murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa
prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu
sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan
murid.
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan
bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur; dan
2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur.
Tajuk 5Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen PenilaianKemahiran Mendengar dan Bertutur.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
56/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
56
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pengenalan
Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh,
membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat:
bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan
berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna
keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya denganmenggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit
makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal
dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek
kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata,
tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan
perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan
menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan
makna sesuatu ujaran yang diucapkan.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai
perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan
konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat.
MenetapkanMatlamat
MenulisObjektif
Membentukujian
Membentukaktiviti
pengajaran
Memilih MediaPengajaran
MelaksanakanPengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
57/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
57
Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat
dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu
perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza
berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan
berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa
Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke
rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.
Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang
khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan
itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.
Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan
betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya
dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan
pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua
aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.
Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur
Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:
Pertama: penilaian kemahiran menyebut
Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid
pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh
bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-
murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda
yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu
mengalami gangguan.
8/2/2019 kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
58/110
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
58
Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek
daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan
murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada
bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.
Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem,
suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur
tekanan, hentian dan intonasi.
Penilaian kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan
dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,
kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan
menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang
hendak disampaikan.
Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam
kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus
kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu
diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut
bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan
konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan
ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin
petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan
itu, dia juga memerlukan pen
Top Related