MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ
(PELAKSANAAN 2015)
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2015
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan
di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
iii
SENARAI KANDUNGAN Pendahuluan 1 Punca Kuasa 1 Latar Belakang 1 Objektif 4 Kepentingan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 4 Penetapan Sekolah 6 Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Tahfiz 6 Jadual Waktu Persekolahan 7 Struktur Organisasi 7 Bantuan Geran Perkapita 7 Pentaksiran & Pelaporan 7 Guru 8 Buku Teks 8 Pengambilan Murid 9 Kokurikulum 9 Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran 9 Peruntukan Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran 10 Perincian Agihan Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran 12 Mata Pelajaran Hifz Al-Quran 13 Mata Pelajaran Maharat Al-Quran 16 Penutup 17
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
1
1. PENDAHULUAN
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan
kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama
Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan
sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan
generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan
ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar
dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di
peringkat sekolah menengah.
2. PUNCA KUASA Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah
diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti
berikut:
2.1. Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah menyelaraskan Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan
SABK. Dalam mesyuarat pada 15 Jun 2012, Jawatankuasa ini telah
bersetuju terhadap cadangan KPM untuk menjadikan Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna pakai
kurikulum yang telah diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz Kebangsaan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
2
2.2. Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012
pada 25 Jun 2012 telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum
Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2.3. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga
bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2.4. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia
(MKI) Kali Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012 telah bersetuju supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan
sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar
sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
2.5. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari
2013 telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini
setelah dibentangkan oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.
2.6. Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan
melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuan
ini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU
pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari
di sekolah-sekolah agama hendaklah diurus oleh kerajaan negeri
sehinggalah kurikulum-kurikulum tersebut diselaraskan dan dijadikan
sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
3. LATAR BELAKANG
3.1. Program Pendaftaran SAR dan SAN sebagai SABK merupakan satu
program yang telah membuka mata banyak pihak tentang kurikulum Dini/
Azhari di sekolah agama. Program yang tercetus daripada Laporan JK Tan
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
3
Sri Murad dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri ketika itu telah
membawa masuk sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri yang
menggunakan dwi-kurikulum ke arus perdana. Pelaksanaan dwi-kurikulum di
SABK setelah berlakunya pendaftaran menunjukkan bahawa terdapat ruang-
ruang yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin kecemerlangan murid
dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.
3.2. Resolusi Seminar Pemantapan Kurikulum SABK peringkat Kebangsaan
2008 Port Dickson telah menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu
diselaraskan dan diangkan menjadi kurikulum kebangsaan.
3.3. Persidangan Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali
ke-86, pada 25-27 Mei 2011 di Kangar Perlis telah bersetuju dengan
cadangan Kurikulum Dini di selaras dan diangkat menjadi kurikulum
kebangsaan.
3.4. Pihak LEPAI dan JAKIM telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan
kurikulum Dini Azhari yang dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha
tersebut kemudiannya di selaraskan dengan KPM dalam kerangka
memartabat dan mengangkat kurikulum Dini sebagai kurikulum Kebangsaan
sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan Kurikulum Dini/ Azhari akhirnya
diperkenalkan..
3.5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara
Mengukuhkan laluan pendidikan agama telah menyatakan bahawa ..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi
bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur
Islam yang kukuh. Kementerian akan memperkukuhkan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan mengangkat kurikulum Dini
dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan unsur-unsur
agama ke dalam kurikulum kebangsaan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
4
3.6. Oleh itu KPM mengeluarkan Dokumen Standard Kurikulum bagi KBD
sebagai rujukan untuk pelaksanaannya.
4. OBJEKTIF
Objektif KBT adalah seperti berikut:
4.1. melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu al-Quran; 4.2. melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah,
sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran
dan al-Sunnah;
4.3. melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan
profesional berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; dan
4.4. melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam
menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta
berfikiran kreatif dan inovatif.
5. KEPENTINGAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ
KBT diwujudkan dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025 (PPPM) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kepentingan KBT dalam arus perdana pendidikan
negara adalah seperti berikut:
5.1. Aspirasi Sistem
Pelaksanaan KBT di SABK dapat memberi peluang kepada warganegara
mendapat pendidikan tahfiz al-Quran dan mengukuhkan pendidikan
agama di dalam aliran perdana.
Murid yang dilahirkan berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang
mampu menyumbang dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai
sektor. Kesatuan dalam menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan
menjadi norma rujukan contoh, model sahsiah yang unggul
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
5
Ini akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam menentukan
laluan kerjaya mereka.
5.2. Aspirasi Murid
PPPM memastikan murid-murid dapat menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika,
kemantapan rohani, dan beridentiti nasional.
KBT yang menekankan elemen ulum al-Quran dan menggunakan bahasa
Arab sebagai bahasa pengantar akan mempertingkatkan kualiti
penghayatan terhadap al-Quran dan kemahiran berkomunikasi serta
mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.
KBT akan mengembangkan potensi dan keupayaan murid dengan
pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pembelajaran dan pengajaran
melalui penghayatan pelbagai kemahiran.
5.3. Kepentingan KBT Kepada Sekolah
SABK yang melaksanakan KBT layak menerima bantuan per kapita mata
pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,
sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang
berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat
diperkukuhkan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
6
5.4. Kepentingan KBT Kepada Masyarakat, Bangsa dan Agama
Kurikulum tahfiz digubal untuk menyediakan bakal ulama, cendikiawan
Islam yang menghafaz al-Quran yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk
itu kurikulum ini digubal berhasrat melahirkan agamawan yang menghafaz
al-Quran ke arah mencapai keredhaan Allah.
Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh
mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan
menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan
songsang yang sering muncul dalam masyarakat.
5.5. Kepentingan KBT Kepada Negara
Menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam
bertaraf dunia.
6. PENETAPAN SEKOLAH
6.1. KBT dilaksanakan di SABK yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa
Negeri.
6.2. Sekolah boleh melaksanakan sama ada salah satu aliran KBD atau KBT,
atau kedua-dua sekali bergantung kepada perbincangan bersama antara
KPM dan LPS.
6.3. Pertukaran, pertambahan dan penutupan sebarang aliran adalah
berdasarkan permohonan dan kelulusan oleh pihak KPM.
6.4. Sekolah mestilah melaksanakan secara keseluruhan mata pelajaran
mengikut pakej-pakej yang telah ditetapkan.
7. BAHASA PENGANTAR BAGI MATA PELAJARAN
Bahasa pengantar bagi mata pelajaran kurikulum tahfiz ialah bahasa Arab
manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
7
8. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN
Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan masa waktu
minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran dan juga termasuk waktu Tahdhir
bagi mata pelajaran Hifz al-Quran. (rujuk contoh jadual di lampiran 1)
9. STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi pengurusan KBT adalah seperti berikut:
10. BANTUAN GERAN PERKAPITA
Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT berhak menerima Geran Perkapita
Mata pelajaran mengikut kadar dan prosedur yang ditetapkan oleh KPM.
11. PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN
Pentaksiran KBT adalah dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) di peringkat menengah rendah seperti mana mata pelajaran lain
yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (PPPM) dan instrumen pentaksiran akan digunakan bagi
dua mata pelajaran berikut:
11.1. Hifz al-Quran.
11.2. Maharat al-Quran.
Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua Bidang / GKMP Bahasa
Ketua Bidang / GKMP Sains Matematik
Ketua Bidang / GKMP Teknik Vokasional
Ketua Bidang / GKMP Kemanusiaan
Ketua Bidang / GKMP Pend. Islam B. Arab
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ketua Panitia Bahasa Arab
Ketua Panitia Hifz al-Quran
Ketua Panitia Maharat al-Quran
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
8
Pelaporan akhir KBT di peringkat menengah rendah adalah seperti berikut :
11.3. Pelaporan Pentaksiran Pusat
11.4. Pelaporan Pentaksiran Sekolah
11.5. Pelaporan Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK)
11.6. Pelaporan Psikometrik.
Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah rendah.
Pada peringkat menengah atas pula, pentaksiran berdasarkan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan murid akan menerima Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Mata pelajaran Hifz al-Quran dan Maharat Al-quran akan
disenaraikan sebagai mata pelajaran dalam SPM
Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah atas.
12. GURU
Keperluan guru untuk pelaksanaan KBT adalah Guru Tahfiz. Guru ini bertanggungjawab menguruskan dua mata pelajaran peringkat menengah rendah iaitu Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Bekalan Guru Tahfiz adalah di bawah tanggungjawab KPM. Buat masa ini, norma sementara 3.0n telah diluluskan dan norma sebenar adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat. Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KBT, Guru Tahfiz mempunyai peranan khusus melibatkan perkara-perkara berikut:
12.1. Melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran mengikut jadual
yang ditetapkan bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang.
12.2. Melaksanakan tahriri hafazan dan hafazan baru (7.00 malam hingga
9.00 malam) mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.
12.3. Memastikan aktiviti qailulah dilaksanakan.
12.4. Peranan guru tahfiz adalah sama dengan guru akademik.
Masa rasmi Guru Tahfiz mempunyai dua sesi iaitu sesi pertama bermula jam 6.30 pagi hingga selesai Solat Zohor dan sesi kedua bermula pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
9
13. BUKU TEKS
Buku teks akan dibekalkan oleh KPM mengikut syarat dan agihan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sedia ada mengikut mata pelajaran. Murid-murid juga akan dibekalkan pakej buku teks tambahan seperti berikut :
Bil. Mata Pelajaran Judul Buku Jenis Buku
1 Maharat al-Quran Maharat al-Quran Buku Teks
2 Hifz al-Quran Mushaf al-Quran Buku Teks
Al-Quran Terjemahan Buku Teks
Rekod Hafazan Buku Aktiviti
14. PENGAMBILAN MURID
Pengambilan murid bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT adalah
berdasarkan prosedur pengambilan murid yang ditetapkan oleh pihak LPS.
15. KOKURIKULUM Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan mengikut dasar dan kaedah pelaksanaan
kokurikulum sedia ada KPM. Dua persatuan akademik baharu diwujudkan iaitu
Nadi Huffaz dan Nadi Qurra .
16. JAWATANKUASA KOKURIKULUM
Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Badan Beruniform Persatuan dan Kelab Nadi Huffaz Nadi Qurra
N
* Sukan dan Permainan
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
10
17. KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) KKQ tidak dilaksanakan di SABK yang melaksanakan KBT. Pelaksanaan KKQ
sedia ada akan ditamatkan secara berperingkat mengikut peningkatan kelas KBT
dari tahun ke tahun.
18. PERUNTUKAN WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 18.1. Menengah Rendah
Mata Pelajaran Jumlah Waktu
Jumlah Minit
Bahasa Melayu 6 240 Bahasa Inggeris 4 160 Matematik 4 160 Pendidikan Islam 4 160 Sains 3 120 Sejarah 2 80 Geografi 2 80 Kemahiran Hidup 2 80 Pendidikan Jasmani Kesihatan 1 40 Pendidikan Seni 1 40 Bahasa Arab 5 200 Bahasa Antarabangsa 0 0 Hifz al Quran 15 600 Maharat al Quran 3 120 Jumlah 52 2080
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
11
18.2. Menengah Atas
Mata Pelajaran Agama Sains
Waktu Minit Waktu Minit
Bahasa Melayu 5 200 5 200
Bahasa Inggeris 4 160 4 160
Matematik 4 160 4 160
Pendidikan Islam 4 160 4 160
Sejarah 2 80 2 80
PJK 1 40 1 40
Biologi 0 0 4
160 Fizik 0
Kimia 0 0 4 160
Matematik Tambahan 0 0 4 160
Bahasa Arab 4 160 4 160
Pendidikan al Quran dan al Sunnah
4 160 0 0
Pendidikan Syariah Islamiah
4 160 0 0
Bahasa Antarabangsa 0 0 0 0
Hifz al Quran 16 640 14 560
Maharat al Quran 4 160 2 80
Jumlah 52 2080 52 2080
18.3. Penambahan mata pelajaran lain di luar pakej yang ditawarkan adalah
berdasarkan permohonan LPS dan tertakluk kepada kelulusan KPM.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
12
19. PERINCIAN AGIHAN WAKTU MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN MAHARAT AL-QURAN MENENGAH RENDAH
Bil Mata Pelajaran Bidang Ting. 1 Ting. 2 Ting. 3
1 Hifz al-Quran Tasmik 15 15 15
2 Maharat al-
Quran
Tilawah 1 2 2
Tajwid 1 1 1
Adab al-Quran 1 - -
Jumlah 3 3 3
Jumlah Keseluruhan 18 18 18
20. PERINCIAN AGIHAN WAKTU MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN
MAHARAT AL-QURAN MENENGAH ATAS
Bil Mata
Pelajaran Bidang
Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5
Agama Sains
1 Hifz al-Quran Tasmik 16 16 14 14
2 Maharat al-
Quran
Tilawah 1 - 1
-
Tajwid 1 1 1
Manhaj Qiraat 1 1 1
Amali Qiraat 1 1 1
Rasm Uthmani - 1 -
Jumlah 4 4 2 2
Jumlah Keseluruhan 20 20 16 16
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
13
21. MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN
21.1. Agihan Juzuk Hafazan Mengikut Tingkatan
Tingkatan Juzuk Jumlah Juzuk
Satu 30, 1, 2,3,4,5 6
Dua 6,7,8,9,10,11,12 7
Tiga 13,14,15,16,17,18 6
Empat 19,20,21,22,23,24,25 7
Lima 26,27,28,29 4
21.2. Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang menghendaki murid menghafaz
30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun di bawah bimbingan guru
tahfiz. Mata pelajaran ini mengandungi aktiviti Tahriri Hafazan, Hafazan Baru, Tahdhir , Tasmik , Murajaah dan Fiqh al- Ayat.
21.3. Tahriri Hafazan dan Hafazan Baharu
Tahriri Hafazan ialah aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu
dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik. Hafazan Baharu
ialah aktiviti menghafaz ayat-ayat al-Quran yang akan ditasmik pada
keesokan hari.
21.3.1. Nisbah guru : murid adalah 1: 30
21.3.2. Waktu pelaksanaan adalah 7.00 malam 9.00 malam termasuk solat Maghrib dan Isyak
21.3.3. Aktiviti pelaksanaan:
a) Menulis Ayat-ayat Hafazan Baharu (Tahriri Hafazan) sebanyak 1 muka surat secara individu selama 30 minit antara jam 7.00 malam 7.30 malam.
b) Menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah selama 15 minit antara jam 7.30 malam 7.45 malam.
c) Menghafaz Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat secara individu selama 60 minit antara jam 7.45 malam 8.45 malam.
d) Menunaikan Solat Isyak secara berjemaah selama 15 minit antara jam 8.45 malam 9.00 malam.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
14
e) Guru Tahfiz yang bertugas bertanggungjawab memastikan setiap murid menulis dan menghafaz Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat. Mereka juga berperanan sebagai tempat rujukan murid semasa aktiviti Tahriri dan Hafazan Baru.
*** Bagi sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak penetapan waktu bagi aktiviti Tahriri dan Hafazan Baharu adalah mengikut kesesuaian waktu setempat.
21.4. Tahdhir
Tahdhir ialah aktiviti mengulang ayat-ayat hafazan baharu bagi persediaan tasmik. 21.4.1. Nisbah guru : murid adalah 1: 10
21.4.2. Waktu pelaksanaan adalah 6.30 pagi 7.10 pagi 21.4.3. Aktiviti pelaksanaan:
Menyemak dan memperkukuh Ayat-ayat Hafazan Baharu di hadapan guru secara individu sebagai persediaan sebelum aktiviti tasmik (4 minit : 1 murid).
21.5. Tasmik dan Murajaah
Tasmik ialah aktiviti memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di hadapan guru secara individu. Murajaah ialah aktiviti mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz di hadapan guru secara individu.
21.5.1. Nisbah guru : murid adalah 1: 10
21.5.2. Waktu pelaksanaan adalah 7.30 pagi 9.30 pagi 21.5.3. Aktiviti pelaksanaan:
a) Tasmik:
i. Mengemukakan tulisan Ayat-ayat Hafazan Baharu yang ingin ditasmik kepada guru. Ayat-ayat tersebut ditulis sendiri oleh murid dalam Buku Tahriri Hafazan yang disediakan.
ii. Memperdengarkan Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat sehari di hadapan guru secara individu antara jam 7.30 pagi 8.10 pagi (4 minit : 1 murid).
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
15
Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran.
b) Murajaah Hafazan Baharu:
Murajaah sebanyak 2 muka surat sebelum muka surat Tasmik di hadapan guru secara individu antara jam 8.10 pagi 8.50 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya muka surat Tasmik ialah muka surat 20 maka Murajaah Hafazan Baru ialah muka surat 18 dan 19.
c) Murajaah Hafazan Lama:
Aktiviti mengulang hafazan dua muka surat secara bergilir-gilir (kaedah tadarus) sebanyak 1 juzuk sebelum Juzuk Tasmik. Setiap murid melakukan murajaah di hadapan guru antara pukul 8.50 pagi 9.30 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya Juzuk Tasmik Semasa ialah juzuk 2 maka Murajaah Hafazan Lama ialah juzuk 1.
d) Murajaah Mingguan:
Aktiviti mengulang bacaan sebanyak empat muka surat meliputi semua muka surat yang telah dihafaz pada minggu tersebut di hadapan guru secara individu antara jam 7.30 pagi 8.30 pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5 minggu pembelajaran.
e) Fiqh al-Ayat:
Menerangkan intisari ayat-ayat hafazan (fiqh al-ayat) yang telah dihafaz pada minggu tersebut sebanyak 4 muka surat di hadapan guru secara individu antara jam 8.30 pagi 9.30 pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5 minggu pembelajaran.
*** Guru Tahfiz merekodkan aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama, Murajaah Mingguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang disediakan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
16
22. MATA PELAJARAN MAHARAT AL-QURAN
22.1. Tilawah
Tingkatan Juzuk Jumlah Juzuk
Satu 30, 1, 2, 3, 4 dan 5 6
Dua 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 9
Tiga 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 dan 23 9
Empat 24, 25, 26, 27, 28 dan 29 6
22.2. Adab Al-Quran Kandungan bagi komponen adab al-Quran ini ialah pengenalan al-Quran,
kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran, mentarjihkan qari al-
Quran, kemuliaan ahli al-Quran, adab guru dan pelajar, adab penghafaz
al-Quran, adab bersama al-Quran, adab terhadap al-Quran, ayat dan
surah yang disunatkan membaca pada waktu dan keadaan tertentu dan
hukum menulis dan memuliakan mushaf.
22.3. Tajwid
Pembahagian tajuk berdasarkan tingkatan adalah seperti jadual di bawah.
Tingkatan Tajuk
Satu
Mabadi Ilmu Tajwid, hukum belajar dan mengamalkan Ilmu Tajwid, hukum wajib membaca al Quran secara
bertajwid, kesalahan bacaan al Quran, jenis-jenis bacaan
al Quran, hukum Istiazah dan Basmalah, hukum Nun Sakinah dan Tanwin.
Dua Hukum Mim Mati, hukum Nun dan Mim Sabdu, bab Lam
Mati, bab Lam Lafz al Jalalah dan bab Ra
Tiga Bab al-Mad dan al Qasr
Empat Bab Makharij al Huruf dan Sifat al Huruf
Lima Bab al Waqf, al Ibtida dan asas-asas bacaan Riwayat Hafs
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
17
22.4. Manhaj Qiraat
Tingkatan Tajuk
Empat
Taarif Ilmu Qiraat, perbezaan al-Quran dan al-Qiraat,
perbezaan qiraat riwayat, wajah dan tariq, sejarah dan
pengumpulan ilmu qiraat, rukun-rukun qiraat sahihah,
perbincangan Ilmu Qiraat, pembahagian qiraat,
pengenalan imam-imam qiraat sabah, manhaj qiraat imam Nafi, manhaj qiraat imam Ibnu Kathir dan manhaj qiraat imam Abu Amru.
Lima
Manhaj qiraat imam Ibnu Amir, manhaj qiraat imam Asim, manhaj qiraat imam Hamzah dan manhaj qiraat imam al-
Kisaie
22.5. Amali Qiraat
Tingkatan Tajuk
Empat Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-74 yang dibaca
secara ifrad berdasarkan Riwayat Qalun, Warsy, al-Bazzi,
Qunbul, al-Duri dan al-Susi
Lima
Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-74 yang dibaca
secara ifrad berdasarkan Riwayat Hisyam, Ibnu Zakuan,
Syubah, Hafs, Khalaf, Khallad, Abu al-Harith dan Duri al-Kisaie
22.6. Rasm Uthmani
Agihan tajuk bagi mata pelajaran ini meliputi pengenalan ilmu rasm,
sejarah penulisan mushaf, pembahagian rasm dan kaedah rasm uthmani.
23. PENUTUP
Hasrat KPM untuk melahirkan golongan profesional hafiz yang berdaya
kepemimpinan mantap dan seimbang dapat memberi sumbangan besar kepada
transformasi pendidikan negara. Pengurus dan pentadbir sekolah diharapkan
dapat memahami objektif pelaksanaannya dan mematuhi garis panduan yang
ditetapkan. Kejayaan pelaksanaan KBT amat bergantung kepada komitmen yang
tinggi dan usaha gigih semua pihak demi kebaikan dan kemanfaatan agama,
bangsa dan negara.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
18
Lampiran 1
Contoh Jadual Waktu Pelaksanaan KBT (Menengah Rendah) Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat 06.30 - 07.10 Solat Subuh, Hifz al Quran (Tahdhir) 07.10 - 07.30 Sarapan 07.30 - 08.10 Perhimpunan Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran 08.10 - 08.50 Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran 08.50 - 09.30 Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran 09.30 - 10.10 Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran B. Melayu PJK 10.10 - 10.30 Rehat 10.30 - 11.10 B. Inggeris Matematik Sains Pend. Islam Matematik 11.10 - 11.50 B. Inggeris Matematik Sains Pend. Islam Matematik
11.50 - 12.30 Maharat al Quran
Maharat al Quran
Sains B. Arab Pend. Seni
12.30 - 13.40 Qailulah, Solat Zohor dan makan tengahari Solat Jumaat dan makan tengahari
13.40 - 14.20 B. Arab B. Melayu Pend. Islam B. Melayu 14.20 - 15.00 B. Arab B. Melayu Pend. Islam B. Arab
15.00 15.40 Sejarah Geografi B. Inggeris B. Melayu Kemahiran Hidup
15.40 - 16.20 Sejarah Geografi B. Inggeris B. Melayu Kemahiran Hidup
16.20 - 17.00 Solat Asar dan minum petang 17.00 18.30 Riadhah 18.30 19.00 Makan malam 19.00 21.00 Solat Maghrib, Hafazan Baru dan Murajaah 21.00 23.00 Kelas Persediaan dan Ulangkaji Pelajaran 23.00 Tidur
Mata pelajaran Hifz al-Quran mestilah diletakkan secara tetap seperti dalam
contoh jadual. Mata pelajaran Maharat al-Quran mesti diletakkan sebelum sesi Qailulah dan
Solat Zohor.
Top Related