KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
SECARA KRITIS DAN KREATIF DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 5SPM
DAN 5SPT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK.
SALIZAWATI BINTI SAHAROM
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ii
iii
iv
Dedikasi
Untuk Ayahbonda Tercinta
Saharom b. Mat Taib dan Rohaidah bt. Jaafar
Terima kasih di atas doamu, doronganmu
Diharapkan semoga Allah S.W.T merahmati dunia dan akhiratmu....
Buat Yang Tersayang
Adik-adikku Sarahanim, Ahmad Zulhilmi dan Subhatina
Teruskan perjuangan semoga kejayaan kakak menjadi pendorong buat kalian....
Istimewa Buat Tunang Yang Dikasihi
Mohd Faizal b. Ahmad
Terima kasih di atas kesabaran, nasihat dan kasih sayangmu
Semoga Allah memberkati hubungan kita
Dibah....Wahid....Imah....Sha....Mazni
Thanks..kalian adalah satu anugerah istimewa buatku...
Semoga persahabatan kita kekal buat selamanya..
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur
alhamdullilah kerana dengan limpah dan kurnia dari-Nya kajian ini dapat disiapkam.
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke
seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Cik Hadijah Bt.
Jaffri yang telah banyak memberi tunjuk ajar , cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu
dalam proses menyiapkan projek kajian ini.
Tidak dilupakan, buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi sokongan
terutamanya dari segi kewangan, sesungguhnya ia banyak membantu sepanjang
pengajian di UTM serta melancarkan perjalanan Projek Sarjana Muda ini.
Ucapan terima kasih juga buat para pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah memberi kerjasama
sepanjang kajian dijalankan. Akhir kata, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan serta individu-individu yang terlibat.
vi
ABTSRAK
Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek
individu telah diberi penekanan utama bersama dengan perkembangan rohani, emosi dan
jasmani. Selaras dengan itu, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
merupakan satu matlamat utama pendidikan di Malaysia seperti yang ditekankan dalam
KBSM. Walaupun KBKK bukanlah satu mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu
disepadukan bagi semua mata pelajaran. Oleh itu, pengajaran guru yang berkesan perlu
disebatikan dengan kemahiran berfikir agar ianya dapat membantu dalam usaha
mempertingkatkan perkembangan intelek pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau
tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kreatif di kalangan pelajar 5 SPM dan 5
SPT dalam pengajaran matematik. Sejumlah 90 responden yang terdiri daripada pelajar-
pelajar 5 SPM dan 5 SPT yang pernah menjalani latihan mengajar telah dipilih.
Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A berkenaan dengan latar belakang responden dan bahagian B
yang melibatkan maklum balas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Data
maklum balas yang diterima, diproses menggunakan perisian SPSS versi 12.0. Hasil
kajian menunjukkan bahawa tahap pengaplikasian KBKK di kalangan pelajar 5 SPM dan
5 SPT telah wujud dan berada pada tahap yang tinggi di samping pengetahuan responden
tentang KBKK juga berada pada tahap yang baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi
panduan kepada pihak guru, bakal guru, pihak sekolah dan universiti dalam usaha untuk
memantapkan lagi pengaplikasian KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Akhir sekali, beberapa cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk
kajian akan datang.
vii
ABSTRACT
The National Education Philosophy has given great emphasis on the development
of physical, cognitive, emotional as well as spiritual aspects of individuals. With regards
to that, KBKK is being a major aim in Malaysia education system as emphasized through
KBSM. Even though KBKK is not a curriculum subject, its philosophy is integrated into
all subjects. The efficiency of teachers in teaching process should mutually combine with
creative thinking in order to enhance the pupil’s intellectual growth. This study was
carried out to identify the implementation of critical and creative thinking in mathematics
lesson by 5 SPM and 5 SPT students during their practicum. Total of 90 respondents
from 5 SPM and 5 SPT were chosen. The research instrument used in the study is a set of
demographic data of the respondents was divided into 2 parts. Part A is related to the
respondent, while part B involved the respondent’s feedback to the research question.
The data gained from the questionnaire were analyzed using SPSS 12.0 version for
Windows. It was found that the respondents’ critical and creative thinking skills as well
as their knowledge about KBKK are approximately high. It is hope that the findings
could provide ideas for teachers, school administrators as well as others who were in
education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly,
some suggestions have been forwarded as an alternative for the future research.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN JUDUL iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xiii
SINGKATAN xvii
BAHAGIAN SATU
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop dan Batasan Kajian 10
ix
1.9 Definisi Operasional 11
1.9.1 Pengaplikasian 11
1.9.2 Pengajaran 11
1.9.3 Berfikir 12
1.9.4 Pemikiran Kritis 13
1.9.5 Pemikiran Kreatif 13
1.9.6 Domain Kognitif 14
1.9.7 Pelajar 15
1.10 Rumusan 14
BAHAGIAN DUA
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kemahiran Berfikir Dari Perspektif Sejarah 17
2.3 Konsep Kemahiran Berfikir 19
2.4 Kepentingan Kemahiran Berfikir 20
2.4.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 21
dan Kreatif
2.4.1.1 Kemahiran Berfikir Secara 22
Kritis
2.4.1.2 Kemhiran Berfikir Secara 24
Kreatif
2.5 Kemahiran Berfikir Dalam Matematik 25
2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam 27
Pengajaran
2.7 Model Kemahiran Berfikir 28
2.7.1 Model CoRT 1, Model CoRT 4 29
2.7.1.1 Model CoRT I 29
x
2.7.1.2 Model CoRT IV 30
2.7.2 Model R.Swartz & Sandra Parks 31
2.8 Rumusan 33
BAHAGIAN TIGA
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Sampel Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 37
3.4.2 Bahagian B 38
3.5 Kajian Rintis 39
3.5.1 Kesahan 40
3.5.2 Kebolehpercayaan 41
3.6 Prosidur Kajian 41
3.6.1 Carta Alir Prosidur Kajian 42
3.7 Analisis Kajian 42
3.8 Rumusan 45
BAHAGIAN EMPAT
IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 46
4.2 Latar Belakang Responden 47
4.3 Analisis Bahagian A 47
xi
4.3.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut 47
Kursus
4.3.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut 48
Jantina
4.3.3 Taburan Bilangan Latihan Mengajar 49
Yang Telah Dijalani Responden
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan 50
Subjek Matematik (SPM)
4.3.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan 51
CPA/CGPA
4.4 Analisis Bahagian B 52
4.4.1 Persoalan Kajian 1 53
4.4.2 Persoalan Kajian 2 59
4.4.3 Persoalan Kajian 3 62
4.4.4 Persoalan Kajian 4 64
4.5 Rumusan 68
BAHAGIAN LIMA
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan Kajian 70
5.2.1 Tahap Pengaplikasian KBKK Dalam 71
Pengajaran Matematik Di Kalangan
Pelajar 5 SPM dan 5 SPT
5.2.2 Tahap Pengetahuan dan Kefahaman 73
Pelajar-PelajarTahun 5 SPM dan 5 SPT
Tentang Kemahiran Berfikir
xii
5.2.3 Tahap Pengaplikasian KBKK Dalam 74
Pengajaran Matematik Di Antara Pelajar
Lelaki dan Perempuan
5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan Pelajar 76
dan Pentadbiran Di Sekolah
5.3 Kesimpulan 77
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Cadangan Umum
5.4.1.1 Tenaga Pengajar (Pensyarah) 79
5.4.1.2 Pihak Pentadbir 80
5.4.1.3 Inisiatif Kendiri 81
5.4.1.4 Perubahan Tingkahlaku Guru 81
5.4.1.5 Pihak Sekolah 82
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.5 Rumusan 84
xiii
RUJUKAN 85
LAMPIRAN
LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 90
LAMPIRAN B Output Analisis Persoalan 1, 2 dan 4 96
LAMPIRAN C Output Analisis Persoalan 3 107
LAMPIRAN D Output Analisis Kajian Rintis 109
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Bilangan Responden Yang Terlibat 10
3.1 Jadual Taburan Populasi dan Sampel 36
3.2 Skor Bagi Item 38
3.3 Jadual Menunjukkan Pembahagian Item Soalan Mengikut 39
Aspek Yang Hendak Dikaji
3.4 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus 43
3.5 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 43
3.6 Jadual Skala Likert 3 Mata 44
4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Kursus 47
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 48
4.3 Taburan Bialangan Dab Peratusan Bilangan Latihan Mengajar 49
Yang Telah Dijalani Oleh Responden
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 50
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 50
Keputusan SPM Bagi Subjek Matematik
4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 51
Keputusan CPA/CGPA Terbaru
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min 53
Bagi Aspek Pengaplikasian Elemen-Elemen KBKK Dalam
Pengajaran Matematik
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min 59
Bagi Aspek Pengetahuan KBKK
4.9 Hipotesis Nul dan Hipotesis Alternatif 63
4.10 Output Ujian T 63
xv
4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min 63
Bagi Aspek Kesediaan Pelajar Dan Pentadbiran
Di Sekolah
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir Bagi Kajian Yang Dilakukan Oleh 42
Penyelidik
xvii
SINGKATAN
KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KBSR : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
SPM : Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik)
SPT : Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Matematik)
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
RRJP 2 : Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
SPSS : Statistical Package for Social Science
FPN : Falsafah Pendidikan Negara
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sesungguhnya manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian.
Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada manusia dengan satu sistem yang amat
kompleks iaitu akal fikiran di mana fungsinya dijanakan oleh otak. Melalui akal ini maka
terhasillah potensi yang amat menakjubkan. Ia juga sebagai alat pengukur yang dapat
membezakan manusia dengan kejadian Allah S.W.T yang lain. Namun demikian, tidak
ramai di antara kita yang memahami pengertian serta selok belok berfikir yang
sewajarnya.
Potensi akal yang kita miliki merupakan aset dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menggunakan potensi akal dengan berkesan akan membentuk kemahiran
berfikir yang amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
berfikir ini boleh meransangkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran ini ialah
kebolehan menggunakan minda memahami makna dan kefahaman terhadap sesuatu,
meneroka pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat
pertimbangan yang wajar serta merenung kembali proses pemikiran yang telah dialami.
2
Secara amnya, kemahiran berfikir terbahagi kepada dua bahagian, iaitu berfikir
secara kritis dan berfikir secara kreatif (KBKK). KBKK dapat menjadi alat yang
berkesan dalam usaha mencapai objektif kurikulum baru sekolah menengah (KBSM)
iaitu untuk mempertimbangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang
rasional, kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza
walaupun ia menggunakan kaedah berfikir yang sama. Ini kerana tahap atau darjah
pemikiran seseorang adalah tidak sama. Sesiapa yang cuba mengkaji darjah kemahiran
berfikir seseorang, ia adalah usaha yang sukar dan kompleks (Bartlett,1958). Contohnya,
seorang pelajar yang paling bijak dalam sesebuah kelas dan sentiasa mendapat 100
markah untuk subjek matematik, tidak dijadikan sebagai kayu pengukur kepada
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini menunjukkan bahawa tahap
kepintaran yang sebenar seseorang individu terhadap sesuatu mata pelajaran tidak dapat
memastikan bahawa dia telah menguasai KBKK.
Menururt Edward de Bono (1976), andaian yang dibuat selama ini adalah bahawa
kemahiran berfikir dapat dikuasai secara otomatis melalui pendidikan. Menurut beliau
lagi, dalam proses pendidikan proses mental yang ditekankan ialah kefahaman dan
analisis. Beliau menggambarkan pemikiran ini sebagai pemikiran bercorak deskriptif dan
pasif.
Manakala menurut Wan Zahid (1996), menyatakan penekanan kepada proses
berfikir kepada guru semata-mata adalah tidak memadai kerana pelajar juga perlu diberi
pendedahan kepada proses berfikir ini. Oleh yang demikian, seluruh proses pengajaran
dan pembelajaran seharusnya menggalakkan pelajar-pelajar berfikir. Pendekatan
interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya selaras dengan
3
penilaian yang dilaksanakan di peringkat nasional di mana 25% daripada soalan-soalan
yang diberikan memerlukan pelajar menggunakan KBKK.
Dalam konteks persekolahan di Malaysia pula, guru merupakan antara individu
yang diberi tanggungjawab melahirkan insan yang berbudaya ilmu, kreatif, inovatif dan
mampu untuk menjana idea yang original. Hasil yang dilakukan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) jelas menunjukkan pelajar tidak dilatih untuk
mengembangkan kemahiran saintifik dan KBKK mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Abu Hassan b. Kassim, 2001).
Abd. Rahim (1999), berpendapat bahawa agenda KBKK yang perlu dibangunkan
di sekolah-sekolah memerlukan reformasi kurikulum dan pedagogi. Kurikulum mata
pelajaran di sekolah perlu diransang dengan kemahiran berfikir dan membangunkan
intelektual pelajar. Belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan semata-mata tidak
mencukupi jika tidak dititik beratkan dengan kemahiran berfikir kerana melalui
kemahiran inilah kita boleh menimba lebih banyak pengetahuan di samping membina
kefahaman.
Pendidikan yang bermutu juga akan melahirkan generasi yang sedar dan insaf
terhadap erti hidup dan tanggungjawab. Generasi yang berkualiti amat diperlukan untuk
mencapai hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 seperti mana yang disarankan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu negara kita mesti maju dari aspek ekonomi, politik,
sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Untuk merealisasikan hasrat ini, bidang pendidikanlah yang menjadi nadi utama
dan pendidik perlu memainkan peranan penting. Pendidik bukan sahaja berfungsi untuk
mencurahkan ilmu dan memperkembangkan kemahiran pelajar malahan juga sebagai
4
pembentuk akhlak dan menjadi contoh serta teladan kepada pelar-pelajar dan masyarakat.
Sebagaimana kata Pythagoras ( dalam Samini 1986) pembersihan jiwa dalam membentuk
etika dan moral adalah syarat mutlak kepada kesempurnaan manusia. Oleh itu, pendidik
seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memberi pendidikan yang sewajarnya
kepada para pelajar. Pendidik juga perlu sedar bahawa mereka perlu menyediakan
pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif.
Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)(1991-2000) ada
menyatakan bahawa usaha-usaha dalam bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan
untuk melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan yang sesuai dengan
pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains dan teknologi, nilai-nilai
murni dan moral yang tinggi, rasa tanggungjawab, berdaya cipta, mudah lentur diri dan
berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni,
makmur dan bersatu.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat pelbagai usaha berterusan untuk
memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran. Penyusunan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) misalnya adalah bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan
kemahiran dan pengetahuan asas untuk membaca, menulis dan mengira. Dalam
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) aspek kemahiran berfikir telah mendapat
penekanan yang sewajarnya pada tahun 1995 di mana aspek ini akan menjadi lebih
penting kerana ianya ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5
Budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat dari guru seolah-olah telah
sebati dengan diri pelajar kerana mereka beranggapan cara ini lebih mudah dari berfikir
dan mencari maklumat sendiri. Situasi ini, bukan sahaja dapat dilihat di sekolah malah
termasuk pelajar-pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi. Malahan para pelajar
di institusi pengajian tinggi pun masih gagal dilatih untuk berfikir secara berkesan.
Sebagai implikasinya, maka lahirlah pelajar kita yang dikatakan tidak produktif, inovatif
dan tidak berfikiran kritis dan kreatif.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya
penekanan diberikan kepada teori konstruktivisme dengan memberi peluang kepada
pelajar supaya terlibat secara aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga
domain kognitif, afektif dan psikomotor perlu diseimbangkan secara harmonis dalam
setiap aktiviti yang dijalankan bagi mewujudkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif di kalangan pelajar. Dengan ini, usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang
kreatif, inovatif, kritis serta analitis di samping mempunyai akhlak yang mulia
sebagaimana disarankan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai. Iltizam
Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020, antara lain memajukan pemikiran
rakyatnya dengan jalan pendidikan. Abd.Rahim (1999), menyatakan :
“Pendidikan perlu membangunkan minda rakyat sebagai asas membentuk
masyarakat berfikir. Membina kemahiran berfikir sebagai asas membangunkan
minda perlu menjadi satu agenda kritikal pendidikan supaya tranformasi sosial
dapat dilakukan. Minda lemah yang terbentuk daripada perkembangan
pembangunan yang rendah akan menyebabkan masyarakat Malaysia ketinggalan
dan tidak mampu menyiapkan diri untuk menghadapi arus perubahan dan arus
kemajuan informasi maklumat, sains dan teknologi”.
6
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) merupakan satu elemen yang
penting dalam sistem pendidikan negara kita sekarang terutamanya di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Walaupun KBKK ini bukan satu mata pelajaran, namun unsur-
unsurnya perlu disepadukan, di mana semua mata pelajaran KBSR dan KBSM di sekolah
malahan di institut pengajian tinggi perlu diterapkan dengan KBKK tersebut. Dengan
cara ini pelajar akan dapat meningkatkan daya intelek mereka seiring dengan
perkembangan rohani, emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Namun ianya agak sukar untuk dilaksanakan kerana terdapat
pelbagai halangan dalam proses pelaksanaannya seperti masalah kesediaan guru atau
pensyarah dari aspek kemahiran dan pengetahuan.
Oleh itu, untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, seseorang
individu itu perlu memenuhi ciri-ciri berikut :
i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu
data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis
data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur,
mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.
ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang
banyak, pelbagai dan baru.
iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah
kemahiran secara kreatif.
7
Walau bagaimanapun, persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah adakah
KBKK yang dilaksanakan oleh pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
berkesan dan adakah pelajar menyedari tentang penerapan elemen-elemen KBKK dalam
pembelajaran seharian. Selain itu, wujud juga persoalan tentang sama ada pelajar-pelajar
dapat mengolah sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru menjadi sesuatu yang lebih
bermakna. Kegiatan pemikiran sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan
fakta kerana ia adalah satu cara pembelajaran. Jadi adalah menjadi tanggungjawab
pendidik serta kerjasama dari pelajar adalah perlu untuk memastikan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran itu lebih berkesan.
Apa yang lebih merumitkan lagi ialah apabila seseorang itu kurang berminat atau
hilang tumpuan terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan kepada mereka. Misalnya,
apabila seseorang pelajar terpaksa mengambil subjek matematik disebabkan oleh
pengaruh rakan-rakan dan sebagainya tetapi pada hakikatnya pelajar tersebut tidak
berminat dalam subjek yang diambil itu, maka pelajar ini sukar untuk menggunakan
pemikirannya secara kritis dan kreatif apabila melibatkan pemprosesan masalah
matematik. Ini dibuktikan lagi oleh Crow & Piper (1983) di mana pelajar yang
mempunyai sikap yang positif terhadap matematik mendapat markah yang tinggi di
dalam ujian mereka.
Justeru itu, berdasarkan permasalahan ini penyelidik ingin meninjau sejauh mana
pelajar matematik Fakulti Pendidikan telah dapat menguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Seterusnya, dapat mengaplikasikan KBKK dalam proses pengajaran
mereka sewaktu menjalani Latihan Mengajar di sekolah.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada perkara yang dibincangkan, kajian ini secara amnya
bertujuan melihat sejauh mana kefahaman dan penggunaan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) di kalangan pelajar- pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan para pelajar Matematik Fakulti Pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia dari aspek berikut :
i. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran oleh pelajar-
pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT sewaktu menjalani Latihan Mengajar.
ii. Mengenal pasti tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar–pelajar tahun
5 SPM dan 5 SPT Fakulti Pendidikan terhadap kemahiran berfikir.
iii. Mengenal pasti perbezaan di antara pelajar lelaki dengan perempuan dalam
mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran Matematik.
i. Melihat persepsi pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT terhadap pengaplikasian
KBKK dalam pengajaran Matematik dari aspek kesediaan pelajar serta
pentadbiran di sekolah tempat mereka menjalani Latihan Mengajar.
9
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti beberapa aspek yang perlu
dikaji. Antara persoalan kajian ialah :
i. Adakah pelajar- pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT dapat mengaplikasikan KBKK
dalam pengajaran mereka sewaktu menjalani Latihan Mengajar?
ii. Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar tahun 5 SPM dan 5
SPT tentang kemahiran berfikir?
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran
Matematik di antara pelajar lelaki dan perempuan?
iv. Apakah persepsi pelajar 5 SPM dan 5 SPT terhadap pengaplikasian KBKK dalam
pengajaran Matematik dari aspek kesediaan pelajar serta pentadbiran di sekolah
tempat mereka menjalani Latihan Mengajar?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang dibuat hanya melibatkan persoalan kajian yang ketiga iaitu untuk
melihat perbezaan tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran Matematik di antara
responden lelaki dan responden perempuan. Berikut adalah hipotesis bagi persoalan ini.
Hipotesis : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min
tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran Matematik di
antara pelajar lelaki dan perempuan
Top Related