JIHAD DAN PEPERANGAN
PENGERTIAN JIHAD• Dari segi bahasa,jihad bermaksud kesulitan atau beban atau
kesungguhan dan keupayaan terakhir• Perkataan Al-Jahdu dan Al-Jihad bererti pengerahan segenap
tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci
• Menurut istilah syarak pula,makna jihad ialah perang dan membantu sesama islam
• Dalam erti kata yang luas,jihad bermaksud sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya,,atau fi sabilillah
JENIS-JENIS JIHAD
JIHAD NYAWA DAN TENAGA
• Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama,iaitu melalui pegorbanan jiwa dan raga
• Jihad sebegini ialah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban diistilahkan sebagai mati syahid
• Contohny Saidina Hamzah yang telah syahid di medan Peang Uhud
Jihad harta
• Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillilah
• Bagi golongan kaya,mereka boleh menyumbang harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang
• Contohnya,Saidina AbuBakar al-Siddiq menyerahkan semua hartanya demi menegakkan syiar Islam
JIHAD AKAL FIKIRAN
• Idea yang bernas serta positif memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT
• Contohnya Salman al-Farisi yang telah menyumbang idea bagi pembinaan parit dalam Perang Khandak
JIHAD MELAWAN NAFSU• Berjihad melawan nafsu merupakan jihad yang
paling tiggi darjatnya di sisi Islam• Melaluinya,seluruh tenaga disalurkan supaya
menuruti jalan(manhaj)yang digarisi oleh Allah SWT• Mencari petunjuk agama yang sebenar atau
mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh ke[adaajaran islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar atas segala ujian dan cabaran yang diterima
JIHAD MENENTANG SYAITAN
• Syaitan merupakan musuh manusia yang nyata.buktinya banyak ayat al-quran yang menjelaskan prmusuhan di antara syaitan dengan manusia
• Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana setiap manusia islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan
• Hal ini keran kedua-duanya menjadi musuh yang nyata dalam diri setiap manusia
JIHAD MENENTANG GOLONGAN MUNAFIK
• Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam
Terdapat banyak ayat al-quran yang berbicara berkenaan golongan munafik contohnya dalam surah al-Munafiqun uang telah menjadi panduan umat Islam dalam menentang golongan ini
JIHAD MENENTANG KEMUNGKARAN DAN MEMPERTAHANKAN KEBENARAN
• Umat islam digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan
• Segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang melalui perbuatan,perkataan dan hati
JIHAD MENUNTUT ILMU
• Umat islam disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan.Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan
• Umat Islam digalakkan mempelajari setiap ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti tauhid dan fikah atau fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan
TUJUAN JIHAD
• Menjaga kesucian Islam Menjaga keselamatan negara Islam
Menjaga maruah umat Islam
Menghapuskan kezaliman
TATACARA BERJIHAD• Harus mengajak manusia kepada islam sebelum
memeranginya• Memerangi musuh seandainya mereka memerangi
terlebih dahulu• Tidak boleh memerangi golongan yang lemah• Tidak merosakkan harta benda• Tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang dibunuh• Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau
kafir dhimmi atau mereka yang terikat dengan perjanjian• Tidak noleh mencabul perjanjian damai yang telah
ditemeterai
PEPERANGAN
1. Nabi Muhammad S.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk untuk mempertahankan nrgara,maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy,Yahudi serta Rom dan Parsi.
2. Pada zaman Rasullah S.a.w ,peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua,iaitu Sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai oleh Nabi Muhammad S.a.w sndiri.
3. Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar,Perang Uhud,Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.
Etika Peperangan dalam Islam1. Etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi,iaitu: Etika sebelum peperangan. Etika semasa peperangan. Etika selepas peperangan.2. Antara etika tersebut adalah:a) Harus mengajak manusia kepada Islam memeranginya.b) Membayar cukai jizyah –Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi
sangggup berada di bawah naungan Kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah.
c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua - Bertujuan memastikan segala
perancangan memberikan impak yang poositif.e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya.f) Dilarang merosakkan harta benda,memotong pokok atau membakar rumah kecuali
darurat.g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah.h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh.i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati.j) Tawaran perang akan dilayan dengan baik.
Strategi Peperangan pada Zaman Nabi Muhammad S.a.w dan Khulafa’ al-Rasyidin• Menguasi Tempat Strategik
Perang Badar yang berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan
Quraisy Makkah.
Meskipun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, namun
mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000 orang.
Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas
dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca
air.Dengan demikian,pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa
mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan
peperangan.
• Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit
Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat, iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh Islam.
Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi hura-hara.Ribut taufan yang diturunkan Allah telah memecahbelahkan tentera musuh.
•Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit
Dalam Perang Uhud,Nabi Muhammad S.a.w telah merangka strategi perang.Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi,iaitu di atas Bukit Uhud.
Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh.Namun,dusebabkan kecuaian para pemanah,benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.
Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga nenyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing.
•Kaedah Penyamaran
Ketika Perang Ahzab ,seorang sahabat Nu’aim bin Mas’ud telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad S.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biaasa.
• Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh
i. Meskipun para sahabat mempertikaikan tinndakan Nabi Muhammad
S.a.w kerana menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah,baginda
tetap menerima perjanjian tersebut kerana menjangkakan bahawa
kemenangan pasti akan berpihak kepada islam kelak.
ii. Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah
mencabuli perjanjian tersebut.
iii. Akibat syarat perjanjian dicabuli oleh Quraisy Makkah,maka Nabi
Muhammad s.a.w dan tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah
bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang
pertumpahan darah.
• Tidak Mengejar Musuh yang Lari ke Sempadan Mereka
1. Tindakan Nabi yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu perang Mu’tah juga merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam.
2. Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dengan strategi musuh.Apatah lagi peperangan tersebut telah meragut ramai syuhada seperti Zaid bin Harithhah,Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
• Strategi Mengepung dan Menyerang Secara Bertubi-tubi
a) Ketika Perang Ta’if, tentera Islam telah menggunakan strategi
mengepung seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas
benteng pertahanan pihak musuh yang dipimpin oleh Malik bin Auf.
b) Sewaktu pengepungan itu berlaku,Nabi Muhammad s.a.w juga
memaklumkan kepada para penyokong Bani Thaqif bahawa kebun-
kebun mereka akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta
tunduk di bawah pemerintahan kerajan Islam.
• Perang Satu Lawan Satu
o Perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh
tentera Islam dan juga bahasa Arab lain amannya sebelum berlakunya
perang secara besar-besaran.
o Pertembungan sebegini dapat menyemarakkan semangat para pejuang
lain.Sebagai contoh,ketika Perang Badar, tiga orang sahabat Nabi
Muhammad s.a.w telah bertempur dengan tiga orang pahlawan Quraisy
sebelum tercetusnya perang yang sebenar.
•Merahsiakan Jumlah Musuh
A. Nabi Muhammad s.a.w juga merahsiakan jumlah musuh daripada pengetahuan tentera Islam untuk memastikan moral mereka tidak terjejas semasa berada di medan perang.
B. Kaedah ini juga sebenarnya dapat merangsang perjuangan para sahabat untuk berjuang bermati-matian demi agama ,diri dan negara.
•Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf
Mengikut strategi ini, barisan pertama biasanya didahului oleh tentera infantri dan diikuti oleh pasukan pemanah.
Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan untuk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng pertahanan.
Pada zaman kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Talib,tentera islam telah menyusun tentera mengikut kumpulan-kumpulan kecil (kurdus) bagi menangani ancaman pihak musuh
•Membina Bandar atau Pusat Tentera1. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-
Khattab,beliau telah membina beberapa bandar atau pusat tentera umpamanya di Iraq,Syria,Mesir dan kawasan-kawasan berhampiran dengan sempadan negara bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh.
2. Bandar ini dilengkapi dengan kubu atau benteng pertahanan di samping dapat memperluas dakwah islamiah dan mempergiat aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran.
3. Selain itu, anggota-anggota tentera pada zamannya dikehendaki menjalani latihan yang keras serta tidak dibenarkan mengerjakan atau melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi lain khasnya pertanian.
HIDUP MERUPAKAN SATU ANUGERAH ALLAH KEPADA UMAT-NYA SUPAYA UMAT-
NYA SENTIASA MENGINGATI-NYA
Sekian terima kasih
Top Related