PELANSTRATEGIK
2015-2019
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Profesional & Berhikmah Berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah
Prakata Dato’ Mufti 1Sejarah Penubuhan Jabatan Mufti Negeri Selangor 2-3Objektif 4Visi, Misi, Moto, Dasar Kualiti 4Nilai-Nilai Bersama 4Peranan Jabatan Mufti Negeri Selangor 5Stake Holder dan Pelanggan 6Latar Belakang 7Cabaran-Cabaran 8-11Penyediaan Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor 2015-2019
11
Teras Strategik 12 Teras Strategik 1 12-16 Teras Strategik 2 17-19 Teras Strategik 3 20-23 Teras Strategik 4 24-25 Teras Strategik 5 26-27 Elemen-elemen penentu kejayaan 28Kajian semula pelan strategik 28Penutup 29
ISI KANDUNGAN
Pelan Strategik 2015-2019 adalah magnum opus kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor yang akan diguna pakai sebagai garis panduan melaksanakan tindakan taktikal serta sasaran perlaksanaannya selama 5 tahun ke hadapan. Titik penting keberjayaan Pelan Strategik ini adalah pencapaian perlaksanaan melebihi 90 peratus. Ini kerana mihnah dan ujian menghadapi 5 tahun ke hadapan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka, dan berkemungkinan terdapat pelan taktikal yang telah dirangka sudah tidak menjadi relevan pada tahun-tahun akan datang. Oleh yang demikian, bagi mengatasi hal yang sedemikian adalah perlu diwujudkan satu Jawatankuasa untuk bertindak sebagai pemantau perlaksanaan Pelan Strategik sama ada ia sudah dilaksanakan, kerelevanan atau berkemungkinan terdapat penambahbaikan dalam menghadapi cabaran mendatang. Di samping pada tahun 2017, Jawatankuasa ini juga akan bertindak mengadakan sesi kajian bagi menilai semula perlaksanaan dan sasaran selama pelan ini berjalan. Di samping Jawatankuasa ini perlu melihat 5 tahun ke hadapan selepas 2019 bentuk dan corak Pelan Strategik pada ketika itu.
Dokumen ini mempunyai 5 teras strategik yang meliputi Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Fatwa, Bahagian Falak dan Bahagian Maktabah. Bagi teras pertama, lebih menumpu kepada melahirkan
modal insan yang kompetan dalam mentadbir dan menguruskan sesuatu program dan tanggungjawab yang diberikan. Modal insan yang mampu berhadapan dengan masyarakat luar. Teras kedua, adalah memprofesionalkan institusi kefatwaan yang dijana bagi memacu pengeluaran dan sumber rujukan fatwa serta masyarakat Islam yang lebih baik dan dinamik. Teras ketiga adalah penumpuan kepada pendidikan serta kajian ilmu falak dalam kalangan masyarakat dengan program turun padang yang berteraskan pendidikan. Manakala teras yang ke-4 dan ke-5 adalah tertumpu kepada jalinan kerjasama serantau dan pemerkasaan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja Jabatan Mufti Negeri Selangor yang memberikan sumbangan sehingga lahirnya Pelan Strategik 2015-2019 dan saya berdoa kepada Allah SWT semoga apa yang dirancangkan dalam Pelan Strategik ini mendapat keredhaan-Nya dan seterusnya boleh dilaksanakan dengan jayanya. Saya yang jujur,
(Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid)SSIS., DPMS., PPT.Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
PRAKATA DATO’ MUFTI
1
SEJARAH PENUBUHANJABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Jabatan Mufti Negeri Selangor pada peringkat awal kewujudannya merupakan salah satu bahagian dalam Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) iaitu Bahagian Fatwa. Ketika itu diketuai dengan gelaran Syeikhul Islam. Permulaan, Syeikhul Islam di Negeri Selangor disandang oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdul Rahman yang
berkhidmat pada tahun 1935 hingga tahun 1952. Adapun begitu, jawatan dengan gelaran Mufti mula diguna pakai pada tahun 1953
dan disandang oleh Tuan Haji Yusuf bin Sahabuddin yang berkhidmat sehingga tahun 1968. Pada pertengahan tahun 1968, diikuti Dato’ Hj.
Ghazali bin Hj. Abdullah sebagai Mufti Selangor yang kedua hingga tahun 1973.
Kemudian pada tahun 1974 hingga 1975, Dato’ Hj. Md Salleh bin Hassan Farid dilantik sebagai Mufti Selangor
yang ketiga. Dato’ Hj. Hassan bin Hj. Omar dilantik sebagai Mufti Selangor yang keempat pada tahun 1976 hingga 1985. Dato’
Hj. Ishak bin Hj. Baharom dilantik sebagai Mufti Selangor yang kelima pada Julai 1985 hingga November 1997. Mufti Selangor keenam dan
sehingga kini adalah Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid yang telah dilantik pada 16 Mac 1998.
Sebelum tahun 1985, hanya terdapat dua orang kakitangan sahaja yang berkhidmat di Bahagian Fatwa iaitu Mufti dan seorang pemandu. Segala urusan pentadbiran dan kewangan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jawatan Timbalan Mufti hanya diwujudkan pada tahun 1991. Jawatan ini diwujudkan bagi membantu Mufti dalam menjalankan tugas mengenai Hal Ehwal Islam sesuai dengan perkembangan semasa. Timbalan Mufti yang pertama dilantik ialah Tuan Hj. Jamaluddin bin Hj. Omar. Beliau berkhidmat selama 7 tahun sehingga Disember 1997. Seterusnya diganti oleh Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar yang dilantik pada 2 Januari 1998 dan masih berkhidmat hingga kini.
2
Pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pengasingan Bahagian Fatwa
daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Dari pengasingan ini, berlaku perkembangan struktur organisasi dan fungsi Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pada November 1996, jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam mula diisi, diikuti Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) pada 2 Mei 1997 serta dibantu oleh beberapa orang kakitangan
kontrak. Bermula pada akhir 1997, jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Opersi), Pembantu Tadbir Rendah, Penolong
Pegawai Tadbir, Pembantu Am Rendah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pembantu Hal Ehwal Islam mula diisi.
Walaupun pada zahirnya Jabatan Mufti telah berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor tetapi masih berhubung rapat dan
bekerjasama dengan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Selangor dalam menangani perkara-perkara yang
berkaitan dengan ajaran salah (menyeleweng).
Tanggal 22 Februari 1999 Jabatan Mufti telah berpindah ke ruang pejabat yang baru di Tingkat 4, Podium Selatan,
Bangunan ‘S.S.A.A.S’., Shah Alam. Maka tertubuhlah Jabatan Mufti Negeri Selangor yang kini diberi tanggungjawab untuk
mengeluarkan fatwa dan menangani lain-lain masalah yang berkaitan dengan Agama Islam.
3
ObjektifMemastikan pengurusan pelaksanaan sistem dan operasi jabatan melalui pengeluaran fatwa, kemusykilan agama, pengesahan arah kiblat, cerapan hilal, khidmat nasihat akidah dan pentadbiran berjalan lancar dan memenuhi keperluan pelanggan.
Nilai-Nilai BersamaWarga Jabatan Mufti Negeri Selangor berpegang kepada LIMA NILAI BERSAMA dalam melaksanakan misi ke arah pencapaian visi yang telah ditetapkan, iaitu:
VISIBeriltizam Menjadi Institusi Mufti Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariah Islam.
MOTOProfesional
Dan Berhikmah berlandaskan Al-Quran dan
As-SunnahDASAR KUALITI
Beriltizam Untuk Memberi Perkhidmatan Berkualiti
Melalui Pengurusan Fatwa, Falak, Maktabah Dan Khidmat Pengurusan Bagi Memenuhi
Kehendak Pelanggan.
1
3
4
MISIMemacu
Kecemerlangan Pengurusan Institusi
Mufti
Mas’uliyyah (Bertanggungjawab)
‘Ubudiyyah (Pengabdian)
Faqeeh (Kejituan Ilmu)
Tasamuh (Toleransi)
Itqan (Ketelitian)
2
M
U
F
T
I
4
Membantu dan menasihati D.Y.M.M. Sultan dan Kerajaan Negeri dalam perkara yang berkaitan hal ehwal hukum syarak.
Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak.
Menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal, takwim jadual waktu solat dan menjalankan penyelidikan dan pendidikan falak.
Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan Aqidah, Syari’ah dan Akhlak Islamiyyah.
Mengurus dan mentadbir semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pembangunan modal insan dan teknologi maklumat.
Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.
Pewartaan fatwa.
Menjelaskan dan menjalankan pendidikan fatwa kepada
masyarakat dengan berhikmah.
Menjalankan kajian dan penyelidikan
berkaitan pembangunan
Ilmu Falak.
Menjalankan khidmat nasihat
Hukum Syara’ dan Aqidah.
Membangun, mengurus dan memajukan
sumber maklumat dan hal ehwal hukum syara’.
Mengurus dan membangun sumber manusia.
PERANAN JABATAN
MUFTI NEGERI SELANGOR
12
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
5
JABATANMUFTI
PELANGGAN
D.Y.M.M SULTAN SELANGOR
STAKEHOLDERMAJLIS AGAMA ISLAM
SELANGOR
MENTERI BESAR
SERANTAU &ANTARABANGSA
AGENSI KERAJAAN
NGO’s
MASYARAKAT AWAM
PENTADBIRAN ISTANA
SEKTOR SWASTA MEDIA MASSA
SETIAUSAHA KERAJAANNEGERI
STAKEHOLDER DAN PELANGGAN
6
LATAR BELAKANG
JABATAN MUFTINEGERI SELANGOR
7
Jabatan Mufti Negeri Selangor pada peringkat awalnya merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia dikenali sebagai Bahagian
Fatwa. Pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah
mengarahkan kepada semua Kerajaan Negeri di Malaysia
mengenai pengasingan Bahagian Fatwa daripada JAIS.
Pada awal tahun 2001, Pejabat Mufti Negeri
Selangor telah ditukar nama kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor
yang diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan
Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan dalam Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor tahun 1995 untuk
menubuhkan Pejabat Mufti. Maka tertubuhlah Pejabat Mufti Negeri
Selangor yang ditempatkan di Tingkat 4, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Jabatan ini telah berpindah ke bangunan baru pada 1 Julai 2004 di Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor. Nombor telefon 03 - 55143738 dan faks
03 - 55197584. Laman Web www.muftiselangor.gov.my. Emel [email protected].
Pejabat Mufti Negeri Selangor telah diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan
lain-lain masalah berkaitan dengan
agama Islam.
Jabatan ini diketuai oleh Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
dan Timbalan Mufti. Sehingga kini Jabatan ini mempunyai
empat bahagian utama yang menggerakkan fungsi dan
keseluruhan aktiviti jabatan iaitu Bahagian Fatwa, Bahagian Falak,
Bahagian Maktabah dan Bahagian Khidmat Pengurusan dengan
kekuatan 54 orang kakitangan.
654
1 2 3
Penyeragaman Akta / Enakmen antara Negeri-negeri Tugas mewujudkan dan melaksanakan Undang-undang Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri yang diperuntukkan di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa ini menyebabkan wujud perbezaan dalam pengeluaran dan pengamalan undang-undang dalam negeri-negeri. Justeru bagi memasikan keseragaman dalam penguat kuasaan Undang-Undang Islam, usaha-usaha penyelarasan perlu dilaksanakan dengan kerjasama negeri-negeri. Usaha ini perlu dijalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi penyeragaman Akta /Enakmen Antara Negeri-negeri.
Tahap Kesedaran dan Penghayatan Islam Dalam Kalangan Masyarakat Belum MenyeluruhDasar Penerapan Nilai-nilai Islam telah pun dilaksanakan sejak tahun 1985 lagi. Pelaksanaan dasar ini telah banyak memberi impak kepada penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat. Ditambah dengan budaya, ajaran-ajaran menyeleweng dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam sedikit sebanyak memberi impak yang ketara dalam kesedaran dan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat. Gejala dan perubahan ini memberi tamparan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menghadapi cabaran bagi memantapkan visi dan misinya secara berkesan.
Perpaduan UmmahPerpaduan ummah berkait-rapat dengan keharmonian. Perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu kelihatan ada pasang surut, khususnya disebabkan perbezaan ideologi dan pegangan politik. Begitu juga dengan hubungan antara bangsa Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum dan yang beragama Islam masih belum begitu kukuh. Dalam hal ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor memainkan peranan penting bagi menyusun pelbagai program yang dapat menyatupadukan umat Islam tanpa mengira bangsa dan pemikiran dalam satu ikatan “ummah wahidah”. Hasil dari ini akan membibitkan keharmonian yang utuh antara ummah.
CABARAN-CABARAN
8
Persepsi Negatif Terhadap Pengurusan IslamAgensi pengurusan hal ehwal Islam adalah pentadbiran yang penting dalam menjadi entiti pembangunan dan kemajuan Islam khususnya di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, beberapa masalah yang timbul dalam masyarakat berkaitan persepsi dan stigma bahawa penyampaian perkhidmatan di institusi Pentabdiran Islam menggambarkan ia tidak sempurna dan tidak berperanan secara berkesan. Hakikatnya, setiap agensi pengurusan hal ehwal Islam di negara ini sedang berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan usaha pemantapan dari aspek struktur organisasi, kompetensi sumber manusia dan kewangan. Usaha-usaha memperkukuhkan aspek berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh. Kekuatan ini tentunya dapat menjana perancangan dan pelaksanaan program-program keIslaman secara lebih cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan sekaligus dapat meletakkan imej pengurusan hal ehwal islam yang selayaknya. Cabaran ini adalah kesepaduan seimbang dan harmoni antara dua bidang utama dalam Jabatan ini iaitu bidang pentadbiran dan bidang core bussines Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Gejala SosialSebahagian daripada cabaran utama Jabatan Mufti Negeri Selangor ialah menghadapi isu-isu sosial dalam masyarakat. Perkembangan gejala sosial yang akan menjadi keutamaan dan tumpuan ialah pengabaian tanggungjawab terhadap agama, gejala murtad, gejala penagihan dadah, pergaulan bebas, anak luar nikah, sumbang mahram, keruntuhan akhlak, kerapuhan institusi keluarga dan lain-lain. Gejala-gejala ini semakin hari semakin membimbangkan. Ini ditambah kepesatan era globalisasi dan budaya hendonisme yang mengancam masyarakat Islam sehingga natijahnya memberi kesan buruk sebagaimana yang dinyatakan. Walaupun pelbagai agensi kerajaan mempunyai agenda dan fungsi tersendiri bagi menangani cabaran ini mengikut bidang kuasa masing-masing, namun masyarakat masih meletakkan dan bergantung harapan yang tinggi kepada agensi agama khususnya Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menangani isu-isu sosial secara lebih efektif, holistik dan menyeluruh.
9
Propaganda Media dan Musuh IslamIslam diserang dari pelbagai sudut. Akibatnya perpaduan ummah menjadi semakin luntur dan bermusuhan sesama sendiri. Tambahan pula, laporan dari media yang berat sebelah antara faktor yang menyebabkan imej Islam dipandang buruk di peringkat nasional dan antarabangsa. Islam digambarkan sebagai agama yang mengajarkan terorisme dan ini mewujudakan perasaan dan tingkah laku Islamofobia dalam kalangan bukan Islam. Justeru, tanggungjawab bagi membersihkan persepsi buruk ini dan mengetengahkan imej agama Islam menjadi tugas besar yang seharusnya diberikan keutamaan dan disegerakan oleh pelbagai pihak. Tugas ini tidak sahaja ditanggung oleh agensi-agensi agama, bahkan seluruh masyarakat terlibat langsung dalam menghadapi cabaran dan ancaman ini.
Penghayatan dan Penguatkuasaan FatwaIsu agama berkaitan dengan persoalan hukum yang timbul dalam kalangan masyarakat perlu ditangani dengan segera. Ia merupakan antara agenda kritikal yang seharusnya diambil tindakan segera melalui keputusan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Seterusnya jawatankuasa ini perlu mengemukakan keputusan fatwa kepada Majlis Raja-Raja/D.Y.M.M Sultan Selangor untuk mendapatkan perkenan sebelum diwartakan. Oleh itu institusi fatwa perlu dimantapkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Di samping perlu penekanan kepada tahap pemahaman masyarakat terhadap keperluan fatwa secara menyeluruh. Realitinya pada hari ini sebahagian masyarakat belum memahami fatwa khususnya yang diwartakan dan kesan pelanggaran fatwa tersebut. Proses penyampaian maklumat atau kefahaman kepada masyarakat khususnya berkaitan fatwa perlu dilaksanakan secara holistik agar masyarakat menjadi celik fatwa, mematuhi dan memahami fatwa serta mengetahui kesan melanggar fatwa tersebut dari sudut pengabdian kepada Tuhan dan undang-undang.
10
PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR 2015-2019
Penyediaan Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor telah dimulakan dengan penganjuran Bengkel Penyediaan Pelan Startegik pada 10-13 November 2014 di Hotel Puteri, Kuala Terengganu yang telah dipengerusikan sendiri oleh S.S Dato’ Mufti Selangor. Turut hadir dalam bengkel ini adalah S.S Timbalan Mufti, para pegawai kanan dan pegawai-pegawai di Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bengkel ini menyediakan draf pertama yang diperbincangkan dan diperhalusi oleh semua yang terlibat dalam bengkel ini. Bagi memantapkan lagi draf pertama Pelan Strategik 2015-2019 pihak pengurusan
telah mengadakan Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor 2015-2019 yang telah diadakan pada 27 April 2015 di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bengkel ini dipantau dan dibimbing oleh En Roslan Abd Razak sebagai Pemudah Cara yang berpengalaman sebagai individu yang banyak terlibat dengan dasar-dasar agensi-agensi Islam di Selangor dan Malaysia. Pelan Tindakan Strategik 2015-2019 akan digunakan sebagai pelan induk Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memacu dan seterusnya kehadapan dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang bagi mencapai visi, misi bagi memartabatkan syariat Islam di Negeri Selangor serta menjadi contoh kepada Jabatan-jabatan Mufti seluruh Malaysia.
Ancaman Akidah, Pemikiran dan Diayah Agama-agama Lain Serta Perpecahan Ummah
Ancaman dan permasalahan akidah, pemikiran dan diayah sentiasa menyerang masuk ke dalam agama Islam. Pokok masalah adalah ancaman akidah yang mana agama Islam sudah semakin dicabar dengan pelbagai diayah dan provokatif melampau dari agama-agama lain yang menggugat keharmonian bersama. Di samping ancaman-ancaman akidah ini turut disumbang dari ajaran sesat seperti Syiah, Liberalisme dan Pluralisme melampau yang semakin diserap masuk khususnya di Negeri Selangor. Kumpulan-kumpulan pengancam ini sudah mula menggunakan pentas perundangan untuk mencabar kewibawaan fatwa yang dikeluarkan dan akhirnya ini boleh mencemarkan maruah umat Islam dalam nada yang provokatif dan di luar batas keharmonian.
11
TERAS STRATEGIKHala tuju strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam tempoh 2015-2019 memerlukan strategi dan inisiatif-inisiatif yang memberikan impak kepada stakeholders dan masyarakat awam melalui acuan yang telah dirangka. Strategi dan inisiatif-inisiatif ini perlu diwahanahkan melalui pembentukan teras-teras yang dizahirkan hasil analisis persekitaran dan hala tuju Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bagi membantu dan seterusnya mencapai visi dan misi Jabatan Mufti Negeri Selangor, terdapat lima (5) teras strategik telah dikenal pasti. Teras-teras strategik tersebut adalah seperti berikut :
Pemerkasaan Keupayaan dan Organisasi bagi Meningkatkan Kecekapan, Kepakaran dan Pelaksanaan Hal Ehwal Hukum Syarak
INISIATIF STRATEGIK
TERAS STRATEGIK 1
TERASSTRATEGIK
1
Menambah Baik PerancanganSumber Manusia yangKemprehensif dan
Dinamik
Memperkasa ProgramPembangunan SumberManusia,
PembangunanKerjaya dan PembangunanKepimpinan
Meningkatkan SemangatKerja Berpasukan sertaMewujudkan
PersekitaranKerja yang Kondusif
Memperkasa danMeningkatkanKeberkesanan Integriti
Menilai dan MenambahBaik Budaya Organisasiyang Cemerlang
12
TERAS 1 : PEMERKASAAN KEUPAYAAN KAPASITI DAN ORGANISASI BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN, KEPAKARAN DAN PELAKSANAAN HAL EHWAL HUKUM SYARAK
1. Merangka Keperluan Sumber Manusiaa. Melaksanakan pengukuhan semula organisasib. Menambah baik gred perkhidmatan yang sistematik dan profesion khas (ICT, Agama, Penyelidikan)c. Melaksanakan pusingan kerja.
Bahgian KhidmatPengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2016 • Melaksanakan cadanganpenstrukturan semula JMNSsetiap 5 tahun sekali.
• Unjuran kenaikan pangkat pegawai
• Tempoh berkhidmat di JMNS
• Setiap 3 tahun sekali
1. Kompetensi Bahagian Khidmat Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015 - 2019 • Mengenalpasti kompetensi setiap kakitangan.
• Bilangan pegawai menghadiri kursus mengikut bidang tugas.
• Pegawai Penyelia membuat penilaian keberkesanan kursus.
2. Kepimpinan Bahagian Khidmat Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015 - 2019 • Satu kali penyertaan dalam kursus kepimpinan bagi setiap pegawai dalam tempoh lima tahun
TER
AS
1TE
RA
S 1
TER
AS
1
Inisiatif Strategik 2 :
Inisiatif Strategik 1 :
Menambah baik Perancangan Sumber Manusia yang Komprehensif dan Dinamik
Memperkasakan Program Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Kerjaya dan Pembangunan Kepimpinan
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
13
3. Memperkukuhkan Pengurusan Perpustakaan
Bahagian Maktabah (K)Bahagian Khidmat PengurusanBahagian FatwaBahagian Falak
2015 , 2017, 2019
2016
2015–2019
2015–2019
2015–2019
• Kenal pasti kursus dan latihan dalam bidang perpustakaan dan dihadiri oleh pegawai
• Menambah baik sistem pengurusan perpustakaan
• Mendigitalkan sumber-sumber dalam Maktabah
• Bahan rujukan berkaitan bidang kefatwaan ditambah
• Bahan rujujan berkaitan ilmu falak ditambah
4. Membudayakan ilmu melalui program :a. Membudayakan aktiviti penulisan
artikel ringkasb. Perkongsian ilmu mengenai skop
kerja
Bahagian Khidmat Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015–20192015–2019
• Sekali sebulan• Sekali sebulan
5. Memantapkan kemahiran menjawab soalan kemusykilan agama
Bahagian Maktabah (K)Panel Jawatankuasa Menjawab SoalanBahagian FatwaBahagian Falak
Disember 2015
2015–2019
2015-2019
• Menyediakan SOP untuk menjawab soalan kemusykilan di Jabatan
• Menyediakan FAQ (frequently Ask Question) soal jawab agama
• Mengurus setiakan kursus dan latihan kepada panel-panel soal jawab kemusykilan agama (minimum 1 kali setahun)
TER
AS
1
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
14
Inisiatif Strategik 3 :
PELAN TINDAKAN TAKTIKAL TANGGUNGjAWAB SASARAN INDIKATOR1. Pengukuhan integriti Bahagian Khidmat
Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015–2019 • Kurang 5 kes tatatertib setahun
• Menerima kurang dari 10 aduan setahun
• Kehadiran peserta melebihi 80%
2. Mewujudkan Pelan Integriti Organisasi dan Kod Etika
Bahagian Khidmat Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015 • Pelan Integriti Organisasi dan Kod Etika dihasilkan
PELAN TINDAKAN TAKTIKAL TANGGUNGjAWAB SASARAN INDIKATOR1. Pengukuhan Pasukan Bahagian Khidmat
Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015, 2017, 2019
• Kursus Team Building di jalankan setiap dua tahun sekali
• kehadiran peserta melebihi 80 %
2. Meningkatkan kemahiran penggunaan Fasiliti ICT
Bahagian Khidmat Pengurusan (K)Bahagian FatwaBahagian FalakBahagian Maktabah
2015 - 2019 • Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dalam kerja seharian (e-mel/peralatan ICT).
• Kursus-kursus berkaitan ICT dilaksanakan sekurang- kurangnya sekali setahun
TER
AS
1
Inisiatif Strategik 4 :
Meningkatkan Semangat Kerja Berpasukan serta Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Kondusif
Memperkasa dan Meningkatkan Keberkesanan Integriti
15
PELAN TINDAKAN TAKTIKAL TANGGUNGjAWAB SASARAN INDIKATOR1. Menilai dan menambah baik Sistem
Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008
Jawatankuasa SistemPengurusan Kualiti
2015 - 2019 • Meminimumkan Ketakakuran
• Kekerapan Prosedur Kerja Dikemaskini
2. Mewujudkan dan mendapatklan persijilan :i. Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
9001 : 2015ii. Sistem Pengurusan Kualiti Dari
Perspektif Islam MS1900:2005
Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti
2017
2017
i.. Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015
ii.. Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Dari Perspektif Islam MS1900:2005
TER
AS
1
Menilai dan Menambah Baik Budaya Organisasi yang Cemerlang
Inisiatif Strategik 5 :
16
TERAS STRATEGIK 2
Pengukuhan Profesionalisme Institusi Mufti melalui Bidang Kefatwaan
INISIATIF STRATEGIK
TERASSTRATEGIK
2
Mempertingkat Pengetahuan dan Kefahaman Fatwa di Kalangan Umat Islam
Meningkatkan Keupayaan dan Profesionalisme Pengurusan Fatwa
Memartabat dan Mempertingkatkan Imej Institusi Mufti
TERAS 2 : PENGUKUHAN PROFESIONALISME INSTITUSI MUFTI MELALUI BIDANG KEFATWAAN
17
Inisiatif Strategik 1 :Meningkatkan Keupayaan dan Profesionalisme Pengurusan Fatwa
PELAN TINDAKAN TAKTIKAL TANGGUNGjAWAB SASARAN INDIKATOR1. Mengurus dana kajian dan
penyelidikan berkaitan pengetahuan dan kefahaman sesuatu fatwa yang diwartakan :i. Pematuhanii. Kesaniii. Statistik
2. Menjalankan kajian perpustakaan dalam negara berkaitan isu-isu semasa Akidah dan Syariah
Bahagian Fatwa (K) Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Fatwa (K)Bahagian Maktabah
2015 - 2019 • Satu kajian dan penyelidikan dihasilkan setiap tahun
3. Membangunkan Sistem Pangkalan Data Fatwa & Pengurusan Akidah
Bahagian Fatwa (K) Bahagian Khidmat Pengurusan
2015 - 2019 • Sistem Pangkalan Data Fatwa & Pengurusan Akidah diwujudkan
4. Melaksanakan Bengkel Pemantapan Ahli Jawatankuasa Fatwa bersama-sama dengan pegawai Fatwa
Bahagian Fatwa (K) 2015 - 2018 • Bengkel pemantapan sekurang-kurangnya sekali setahun pada setiap kali sesi lantikan
5. Mempelbagai kepakaran Ahli Jawatankuasa Fatwa:i... Syariahii.. Muamalatiii.. Sosiologiiv.. Sains
Bahagian Fatwa (K) 2015 - 2018 • Nisbah 7 : 4 (Syariah:Lain-lain) daripada 11 AJK pada setiap kali sesi lantikan
6. Mewujudkan kumpulan pemikir (Think Tank) bagi memenuhi piawaian Kajian Syariah / Akidah / Muamalat dan respon kepada isu yang ditimbulkan oleh pelanggan yang berkaitan;
i. Faktaii. Dataiii Pandangan Pakariv Analisis Syariahv. Analisis Saintifik
Bahagian Fatwa (K) 2016 - 2019 • Sekurang-kurangnya 5 orang pakar dilantik
TER
AS
2 TERAS 2 : PENGUKUHAN PROFESIONALISME INSTITUSI MUFTI MELALUI BIDANG KEFATWAAN
18
Inisiatif Strategik 2 :Mempertingkat Pengetahuan dan Kefahaman Fatwa di Kalangan Umat Islam
PELAN TINDAKAN TAKTIKAL TANGGUNGjAWAB SASARAN INDIKATOR1. Mengadakan kempen kesedaran
fatwaBahagian Fatwa 2015-2019 • Kempen
dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun
2. Mengadakan progam hebahan fatwa, melalui:i. Televisiyen / Radioii. Akhbar / Majalahiii. Media Sosial (Youtube/facebook)iv. SMS
Bahagian Fatwa 2015-2019 • Program hebahan dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun
3. Mengadakan program pendidikan fatwa, antaranya:i. Bicara fatwaii. Dialog fatwaiii. Ziarah fatwa
Bahagian Fatwa 2015-2019 • Program pendidikan fatwa dilaksanakan tiga kali setahun
4. Mengeluarkan bahan-bahan bacaan berbentuk pamplet, dan poster
Bahagian Fatwa 2015 -2019 • Dua fatwa setahun* bergantung kepada fatwa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor
5. Menerbitkan Buku Himpunan Soal Jawab Kemusykilan Agama
Bahagian Maktabah(K)
Panel Soal Jawab Agama:Bahagian Fatwa Bahagian Falak
2016
2017
• Buku Himpunan Soal Jawab Diterbitkan
• Penerbitan pocket book
TER
AS
3
Inisiatif Strategik 3 :
Memartabat dan Mempertingkatkan Imej Institusi Mufti
1. Menjadi rujukan utama dalam hukum-hakam di peringkat negeri, melalui:i Surat-menyuratii E - meliii Telefoniv Program turun padang
Bahagian Fatwa (K)Bahagian Maktabah
2015-2019 i. Sekurang-kurangnya 60 surat setahun
ii. Sekurang-kurangnya 600 e-mail setahun
iii. Sekurang-kurangnya 700 panggilan setahun
iv. Sekurang-kurangnya 12 kali setahun
19
TERAS STRATEGIK 3
Memartabatkan Ilmu Falak dalam kalangan Masyarakat
INISIATIF STRATEGIK
TERASSTRATEGIK
3
Memantapkan Pengurusan Falak di Selangor
Melahirkan Pelajar Celik Falak
Penyelidikan dan Pendidikan Berpusat
Memasyarakatkan Ilmu Falak
Memantapkan Pengurusan dan Pembangunan Balai Cerap Selangor
20
TERAS 3 : MEMARTABATKAN ILMU FALAK DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Inisiatif Strategik 1 :Penyelidikan dan Pendidikan Berpusat
1. Melaksanakan Kajian dan penyelidikan Ilmu Falak:i. Kajian data-data matahari dan
bulan ketika gerhana matahari dan gerhana bulan
ii. Kajian jam matahariiii. Kajian pengukuran bayangiv. Kajian pembiasan ufukv. Kajian kecerahan langitvi. Kajian analisis data hilalvii. Kajian penggunaan kamera
CCD dalam cerapan hilalviii. Kajian pengimejan objek
angkasa2. Menerbitkan hasil kajian
Bahagian Falak 2015-2019
2015-2019
2015
20162015 -2019
2015-20192015-20192015-2019
2019
• Minimum 2 kali setahun
• Minimum 30 kali setahun
• Minimum 30 kali setahun
• 10 kali setahun• Minimum 12 kali
setahun• 12 kali setahun• 12 kali setahun• Minimum 30 objek
angkasa• Hasil kajian
dibukukan
Inisiatif Strategik 2 :Memantapkan Pengurusan Falak di Selangor
1. Penetapan arah kiblat bagi:a. Semakan semula masjid dan
surau sedia ada.b. Pengesahan masjid dan surau
sebelum pembinaan dilakukan.c. Semakan arah kiblat di Tanah
Perkuburan Islam.d. Memasang repilka arah kiblat di
tanah Perkuburan Islam
Bahagian Falak 2015 -2019 a. 40 masjid setahunb. Dalam tempoh
12 hari bekerja berdasarkan permohonan yang diterima
c. 40 buah setahund. 20 replika
dipasang setahun.
2. Melaksanakan cerapan hilal:a. Cerapan rasmi hilal Ramadhan,
Syawwal dan Zulhijjahb. Cerapan tidak rasmi bagi
penetapan awal bulan hijrah
Bahagian Falak 2015 -2019 a. 3 kali cerapan hilal setahun.
b. 9 kali cerapan hilal setahun.
3. Menyediakan data-data statistik :i. Arah Kiblatii. Kenampakan Hilal
Bahagian Falak 2015 -2019
• Data statistik kiblat tahunan
• Laporan kenampakan hilal diserahkan kepada JAKIM
TER
AS
3
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
21
Memasyarakatkan Ilmu Falak
1. Memuatnaik setiap aktiviti berkaitan Ilmu Falak di Laman Web Jabatan
Bahagian Maktabah (K)Bahagian Falak
2015-2019 • Maklumat berkenaan falak sentiasa dikemaskini di laman web jabatan.
2. Menerbitkan i. Risalah falak.ii. Taqwim waktu solatiii. Buku berkaitan falakiv. Jadual waktu imsak dan buka
puasa
Bahagian Falak
2015-2019
i. 5 risalah setahunii. 1 kali setahuniii. 1 kali setahuniv. 1 kali setahun
Inisiatif Strategik 4 :
Melahirkan Pelajar Celik Falak
1. Melaksanakan program falak di sekolah
Bahagian Falak 2015-2019 • 5 kali setahun
2. Meningkatkan penyertaan sekolah- sekolah melalui
penubuhan Kelab Falak Sekolah di Selangor.
Bahagian Falak 2015-2019 • 5 kali setahun
3. Membangunkan modul pendidikan dan pembelajaran Kelab Falak Sekolah
Bahagian Falak 1 modul sebelum Mei 2015
• Bilangan modul yang diwujudkan
4. Melaksanakan program falak sekolah
Bahagian Falak 201 -2019 • Sekali setahunTE
RA
S 3
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
Inisiatif Strategik 3 :
22
1. Melaksanakan pembangunan bagi mewujudkan i. Bilik penyelidik ii. Bilik latihan iii. Bilik tayangan simulasi langit
Bahagian Falak 2017 • Bilik penyelidik, bilik latihan dan bilik tayangan simulasi langit siap dibina dan diguna pakai.
2. Mewujudkan tempat dan peralatan khas bagi kajian matahari.
Bahagian Falak 2015-2019 • Bilangan premis diwujudkan
• Bilangan peralatan diwujudkan.
TER
AS
3
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATORMemantapkan Pengurusan dan Pembangunan Balai Cerap Selangor
Inisiatif Strategik 5 :
23
TERAS STRATEGIK 4
Mengukuhkan Jalinan Lestari Yang Strategik Antara Institusi Mufti Di Peringkat Nasional
INISIATIF STRATEGIK
TERASSTRATEGIK
4
Memantapkan mekanisme kerjasama di peringkat negeri, nasional dan
antarabangsa
24
TER
AS
4
1. Mengadakan persidangan, mesyuarat, seminar dan bengkel ;i. Muzakarah / Diskusi Hukum
Peringkat Negeri/ Kebangsaanii. Multaqa Ulama / Umaraiii. Program Jalinan Ukhuwwah
tahunan
Bahagian Fatwa 2016–2018
2015-2019
2015-2019
i. Bilangan Program dua tahun sekali
ii. Bilangan mesyuarat sekali setahun
iii. Bilangan aktiviti sekali setahun
2. Mengadakan Muzakarah tahunan AJK Fatwa Selangor bersama AJK Fatwa Negeri-negeri
Bahagian Fatwa 2016-2018 • Muzakarah selesai dilaksanakan
3. Mengadakan lawatan strategik AJK Fatwa ke peringkat antarabangsa
Bahagian Fatwa 2015-2019 • Lawatan Strategik sekali setahun
4. Mengadakan kerjasama strategik bagi membangunkan kaedah untuk mengendalikan kes-kes berkaitan status agama :i. Persatuan Peguam Muslim
Malaysiaii. Unit khidmat Nasihat agensi-
agensi agama di Malaysia.
Bahagian Fatwa 2015-2019 • Sekali setahun
5. Mengadakan kerjasama strategik dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bagi memantapkan program falak di sekolah
Bahagian Falak 2015-2019 • Tiga kali setahun
6. Melestarikan hubungan dengan agensi-agensi luar berkenaan perpustakaan:i. Jabatan-jabatan Mufti Negeriii. Perpustakaan-perpustakaan
agensi kerajaan
Bahagian Maktabah • Sekurang-kurangnya sekali setahun
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
Memantapkan Mekanisme Kerjasama di Peringkat Negeri, Nasional dan Antarabangsa
Inisiatif Strategik 1 :
TERAS 4 : MENGUKUHKAN jALINAN LESTARI YANG STRATEGIK ANTARA INSTITUSI MUFTI DI PERINGKAT NASIONAL
2015-2019
25
TERAS STRATEGIK 5
Pemerkasaan Pegangan Akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan Penghayatan Islam bagi Melahirkan Khaira Ummah
INISIATIF STRATEGIK
TERASSTRATEGIK
5
Melahirkan Ummah yang menghayati Syariah Islam
Pemantapan aqidah ummah berteraskan pegangan ASWJ
26
TERAS 5 : PEMERKASAAN PEGANGAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL jAMAAH DAN PENGHAYATAN SYARIAH ISLAM BAGI MELAHIRKAN KHAIRA UMMAH
Inisiatif Strategik 1 :Pemantapan Aqidah Ummah Berteraskan Pegangan ASWJ
1. Menerbit dan menghebahkan fatwa-fatwa yang telah diputuskan berkaitan isu-isu akidah serta maklumat mengenai akidah ASWJ
Bahagian Fatwa 2015-2019 • Sekurang-kurangnya sekali setahun
Inisiatif Strategik 2 :Melahirkan Ummah Yang Menghayati Syariah Islam
1. Mewujudkan modul sesi penasihatan
Bahagian Fatwa 2017 • Satu Modul Istitabah diwujudkan
2. Melatih kumpulan panel pelapis penasihatan formal (asas dan lanjutan) & tidak formal
Bahagian Fatwa 2015-2019 • 20 orang pelapis panel setahun
3. Mewujudkan garis panduan berkaitan dengan hukum syarak dari segi pengamalan masyarakat
Bahagian Fatwa 2015-2019 • Dua garis panduan dikeluarkan setahun
4. Terjemahan/ Tahqiq kitab Bahagian Fatwa 2015-2019 • Satu buku yang diterjemah dalam setahun
TER
AS
5
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
SASARANTANGGUNGjAWABPELAN TINDAKAN TAKTIKAL INDIKATOR
27
1. Kerjasama ulama’ dan umara’2. Penghayatan dasar Islam oleh semua
pihak3. Pembangunan modal insan 4. Kerjasama dan penyelarasan dengan
agensi-agensi agama peringkat Persekutuan dan Negeri
5. Pengurusan ilmu (knowledge management)
6. Penghayatan fatwa melalui dakwah7. Kapasiti organisasi8. Penubuhan pasukan pemikir Jabatan Mufti
Negeri Selangor ( think tank )9. Dokongan pertubuhan dan Badan-badan
Bukan Kerajaan (NGO)10. Rangkaian strategik Jabatan-Jabatan Mufti
di dalam dan luar negara
Kajian semula Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor akan dijalankan
pada tahun 2017 yang mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor. Tujuan kajian semula ini adalah untuk:
1. Menentukan sejauh mana pencapaian sesuatu strategi memenuhi teras strategik JMNS. Setelah 2 tahun pelaksanaan Pelan Strategik JMNS, Kajian Semula Pelan Strategik ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan terhadap inisiatif strategik dengan menambil kira visi, misi dan objektif JMNS.
2. Menyelaraskan semula setiap pelaksanaan strategi yang ditetapkan bagi mencapai visi dan misi JMNS supaya berada pada landasan yang sepatutnya (on track)
3. Memastikan terdapat tindakan bersesuaian bagi menambah baik strategi, program dan aktiviti yang tidak memenuhi hasrat matlamat strategi berkenaan.
ELEMEN-ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
Kejayaan Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mencapai visi dan misinya bergantung kepada beberapa elemen berikut:
01
KAJIAN SEMULAPELAN STRATEGIK
02
28
Pelan ini bertindak sebagai blueprint JMNS, Pelan Strategik ini menyediakan rangka kerja dan mekanisme pemantauan kepada pihak yang bertanggungjawab merangkumi empat bahagian utama JMNS melalui penetapan sasaran pencapai dan petunjuk prestasi yang jelas dan boleh diukur. Dengan segala usaha ini, JMNS mampu untuk mencapai visi dan misinya untuk mewujudkan institusi mufti yang maju, kehadapan dan cemerlang. Dengan adanya Pelan Strategik dan inisiatif strategi yang sudah dirangka menjadikan JMNS sentiasa relevan dan peka kepada apa yang berlaku dalam alam persekitaran.
Sungguh pun demikian kejayaan Pelan Strategik ini amat bergantung kepada cara perlaksanaan dan pemantauan yang akan dijalankan pada tahun 2017 kelak. Pemantauan dan penilaian akan diadakan secara berkala bagi menjamin supaya setiap inisiatif strategidilaksanakan mengikut perancangan.
PENUTUP03
JABATAN MUFTI SELANGOR
STRATEGIK
2015
10
20
30
40
50
60
70
80
90
2011 2012 2013 2014 2015 2016
50%
90%
80%
29
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGORTingkat 7 & 8,Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.Telefon : 03-55143738
Fax : 03-55197584website : www.muftiselangor.gov.my
email : [email protected] : 3.085023, 101.522341
Top Related