INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
SEBUT HARGA BAGI
PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN
INDEKS BELIA MALAYISA 2020
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS, Blok 4G4, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 WP Putrajaya Malaysia
Tel: + 603-8871 3795 Laman Web: http://www.iyres.gov.my
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 1
SEBUT HARGA IPPBM : BIL. 25/2020
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI
PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020
1. PELAWAAN SEBUT HARGA
1.1 Sebut harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor tempatan yang
berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah
kod bidang 221801 atau 221802 bagi mengemukakan sebut harga bagi
Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi Pelaksanaan Kerja Lapangan
Kajian Indeks Belia Malayisa 2020.
2. SPESIFIKASI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
2.1 Spesifikasi Bekalan dan Perkhidmatan
2.1.1 Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi Pelaksanaan Kerja
Lapangan Kajian Indeks Belia Malayisa 2020. Spesifikasi adalah
seperti di Lampiran 1.
2.2 Pelaksanaan Perkhidmatan
2.2.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menyerahkan dan
menyempurnakan bekalan dalam tempoh dua (2) minggu dari
tarikh Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) dikeluarkan.
3. TAWARAN HARGA
3.1 Harga yang dinyatakan hendaklah dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM)
tawaran dalam mata wang selain Ringgit Malaysia akan ditolak.
3.2 Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga hendaklah termasuk semua
cukai dan duti Kerajaan.
3.3 Penyebut harga hendaklah menyatakan jumlah harga berdasarkan angka
harga yang tepat.
3.4 Penyebut harga dikehendaki mengisi satu jadual harga berdasarkan
format seperti di LAMPIRAN 2.
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 2
3.5 Segala yang tertakluk dan dicadangkan di dalam jadual harga merupakan
kos sebenar projek dan tidak melibatkan mana-mana kos tambahan.
3.6 Tempoh penyerahan tawaran sebut harga adalah tujuh (7) hari dari tarikh
iklan dikeluarkan.
4. ARAHAN LAIN
4.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan SATU cadangan
sahaja. Jika penyebutharga mengemukakan lebih dari satu cadangan,
cadangan pertama sahaja yang akan diterima.
4.2 Penyebut harga dikehendaki mengisi satu jadual harga berdasarkan
format seperti di LAMPIRAN 2.
4.3 Penyebut harga adalah diingatkan supaya TIDAK menggunakan nama,
alamat dan logo syarikat atau apa-apa tanda pengenalan pada setiap
muka surat dokumen tawaran sebut harga yang dikemukakan KECUALI
pada surat litup (covering letter) dokumen berkenaan sahaja.
4.4 Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan tawaran semasa
perjalanan penghantaran.
4.5 Penyebut harga adalah diwajibkan mematuhi segala syarat dan arahan
yang terkandung di dalam tawaran sebut harga dan jadual-jadual yang
berkaitan.
5. PENYERAHAN SEBUT HARGA
5.1 Tawaran sebut harga perlu dikemukakan melalui secara manual.
5.2 Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan
dokumen sebut harga ini adalah di atas tanggungan penyebut harga yang
menyertai pelawaan ini.
5.3 Setiap tawaran manual hendaklah dikemukakan dalam tiga (3) set
Cadangan Kewangan (1 Asal dan 2 Salinan) dan tiga (3) set Cadangan
Teknikal (1 Asal dan 2 Salinan) dalam dua (2) sampul surat berlakri
(sealed) berasingan iaitu:
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 3
a) Sampul surat PERTAMA yang mengandungi:
i. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dengan
kod bidang berkaitan yang masih tidak tamat tempoh;
iii. Salinan Sijil Kontraktor Bumiputera (jika berkenaan);
iv. Borang sebut harga untuk bekalan/ perkhidmatan
(LAMPIRAN Q) yang lengkap bertandatangan;
v. Jadual Harga (LAMPIRAN 2);
vi. Latar Belakang dan Pengakuan Penyebut harga
(LAMPIRAN 3 dan 4).
Pada sampul surat ini ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul
surat dengan perkataan “CADANGAN KEWANGAN”.
b) Sampul surat KEDUA yang mengandungi :
i. Jadual Spesifikasi yang ditawarkan dan Pematuhan
Teknikal (LAMPIRAN 1);
ii. Profil Kakitangan yang terlibat dalam projek (LAMPIRAN 5);
iii. Jadual Pelaksanaan (LAMPIRAN 6);
iv. Kertas Cadangan Perkhidmatan perlu dilampirkan.
Pada sampul ini ditandakan di sudut sebelah kiri sampul surat
dengan perkataan “CADANGAN TEKNIKAL”.
Kedua-dua sampul surat ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul
surat berlainan yang berlakri (sealed) dan ditandakan seperti berikut:
“PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI PELAKSANAAN
KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020” di
hujung sebelah kiri sampul surat.
Kegagalan mematuhi syarat ini, sebut harga tidak akan
dipertimbangkan.
5.4 Tawaran manual yang telah dilengkapkan hendaklah dimeterai dengan
rapi dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di :-
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 4
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS,
No.27, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya
sebelum jam 12.00 tengah hari pada atau sebelum 29 Oktober 2020
(Khamis).
5.5 Bagi tawaran manual IYRES tidak bertanggungjawab di atas kelewatan
penerimaan sebut harga serahan tangan dan tidak terikat untuk menerima
tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan.
5.6 Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan
dokumen sebut harga ini adalah di atas tanggungan penyebut harga yang
menyertai pelawaan ini.
6. KESALAHAN RASUAH
6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009.
6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke
pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
6.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja yang dibuat atau tiada
barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 5
7. PENUTUP
7.1 Penyebut harga yang berjaya akan dihubungi oleh pihak IYRES secepat
mungkin selepas proses pemilihan dijalankan. IYRES adalah tidak terikat
untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga
atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.
Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
8. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sebut harga ini bolehlah menghubungi:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Aras 10, Menara KBS
No.27, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya
Telefon : 03-8871 3795
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 6
Lampiran 1 (Sampul Teknikal)
SPESIFIKASI BAGI PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI
PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020
Bil. Spesifikasi Pematuhan **
Keterangan Ya Tidak
SYARAT-SYARAT AM
1. Brochure/ Maklumat Produk
Setiap penyebut harga yang menyertai sebut harga ini
mestilah mengemukakan dokumen rujukan seperti
brochure atau dokumen lain-lain sebagai rujukan bagi
Perkhidmatan Insurans Berkelompok yang ingin
dibekalkan.
2. Pelan dan Jadual Pelaksanaan
Penyebut harga dikehendaki menyempurnakan kerja-
kerja bagi Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi
Kajian Indeks Belia Malaysia 2020 kepada IYRES dalam
tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pelantikan tidak
termasuk hari Sabtu dan Ahad. Penyebut harga WAJIB
mengisi jadual pelaksanaan di Lampiran 6.
Nota : Maklumat ini perlu dilengkapkan di dalam
Lampiran 6 - Jadual Pelaksanaan yang perlu dikepilkan
bersama dokumen teknikal.
3. Pengurusan Perkhidmatan
i. Penyebut harga WAJIB mengemukakan senarai
kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam
kerja-kerja perkhidmatan ini. Berikut adalah maklumat
kakitangan syarikat yg diperlukan :
a) Nama;
b) No. Kad Pengenalan;
c) Kelulusan; dan
d) Pengalaman.
Nota : Maklumat ini perlu dilengkapkan di dalam
Lampiran 5 - Profil Kakitangan Yang Terlibat Dalam
Projek yang perlu dikepilkan bersama dokumen teknikal.
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 7
Bil. Spesifikasi Pematuhan **
Keterangan Ya Tidak
SKOP PROJEK
1. Penyebut harga mestilah mematuhi semua skop perkhidmatan yang diperlukan di bawah
item (A) seperti berikut:
(A) Perkhidmatan Insurans Berkelompok (Group Personnel Accident & Group Term
Life Assurance):
Manfaat Insurans Berkelompok (Group Personnel
Accident & Group Term Life Assurance):
i. Manfaat kematian akibat kemalangan / hilang
upaya kekal;
ii. Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (sebab
kemalangan);
iii. Manfaat Keilatan Separa Kekal (sebab
kemalangan);
iv. Manfaat Kos Pengebumian / Pemulangan;
v. Manfaat Pemulihan Denggi; dan
vi. Manfaat Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan
Khidmat Sokongan:
Menyediakan perkhidmatan sokongan bagi memudahkan
penyelesaian tuntutan atau untuk mendapatkan maklum
balas lanjut ketika berurusan.
Nota: Sila nyatakan platform khidmat sokongan yang
disediakan. Contohnya, no.telefon agen/ careline
yang berdaftar.
Jumlah perlindungan :
1015 orang
Had umur :
65 tahun
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 8
Bil. Spesifikasi Pematuhan **
Keterangan Ya Tidak
Tempoh kontrak/ perkhidmatan :
Tempoh kontrak selama 2 bulan
(26 Oktober 2020 – 26 Disember 2020)
Nota: Tempoh pengaktifan polisi ini bergantung
kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Kelebihan/ Keunikan :
Sila senaraikan kelebihan/keunikan perkhidmatan anda
berbanding yang lain.
Anugerah/ Pengiktirafan :
Sila senaraikan Anugerah dan Pengiktirafan yang telah
diterima.
Tempat Penghantaran Perkhidmatan:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
(IYRES), Aras 10, Menara KBS, No.27 Persiaran
Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62570 Putrajaya
Nota:** Tandakan (√) di tempat yang berkaitan
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 9
LAMPIRAN 2
(Sampul Kewangan)
JADUAL HARGA
BIL.
PERKARA
KUANTITI
HARGA SEUNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
CATATAN
1.
Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi Pelaksanaan Kerja Lapangan Kajian Indeks Belia Malayisa 2020
JUMLAH KESELURUHAN
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 10
LAMPIRAN 3
(Sampul Kewangan)
LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA
(ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA – Semua butir–butir di dalam borang ini
hendaklah diisikan oleh pihak penyebut harga dengan betul dan lengkap dan
dikembalikan bersama-sama dengan Dokumen Sebut Harga. Kegagalan berbuat
demikian boleh mengakibatkan sebut harga ditolak).
1. Nama Syarikat :__________________________________________________________
2. Alamat Syarikat :__________________________________________________________
__________________________________________________________
3. No. Telefon/ Fax:__________________________________________________________
4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ___________________________
5. No. Kod Bidang yang didaftarkan :______________________________________
6. Tarikh Didaftarkan :_______________________________________________________
7. Tempoh Sah Pendaftaran :_________________________________________________
8. Taraf Bumiputera, Nyatakan :
i. Ya (sila kemukakan sijil pendafataran bumiputera) / Tidak *
ii. Tarikh Berkuatkuasa : _______________________________________
iii. Tarikh Tamat :______________________________________________
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 11
9. Carta Organisasi Syarikat (sila lampirkan)
10. Senarai cawangan-cawangan syarikat (sekiranya ada)
11. Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir (Julai, Ogos dan September 2020) (sila lampirkan)
*Potong yang tidak berkenaan
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 12
LAMPIRAN 4
(Sampul Kewangan)
PENGAKUAN PENYEBUT HARGA
1. Nama Syarikat :_______________________________________________ 2. Alamat :_______________________________________________ 3. Tempoh Tamat
Sebut Harga :_________________ (hari) 4. Tempoh Penyerahan (Delivery Period) :_________________ (Bulan / Minggu*)
PENGAKUAN SYARIKAT:
Kami/ Saya dengan ini bersetuju menerima semua syarat–syarat spesifikasi
pelawanan sebut harga ini dengan harga yang disahkan seperti berikut:-
Jumlah Kos : RM _____________________________________________________
(Ringgit:_________________________________________________)
________________________ _______________________
(Tandatangan Syarikat) (Tandatangan Saksi)
Nama :…………………………. Nama :………………………
No.KP :……………………….... No. KP :………………………
Jawatan :……………………… Jawatan :……………………...
Tarikh : Tarikh :
Cop Syarikat:-
*Potong yang tidak berkenaan
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 13
LAMPIRAN 5 (Sampul Teknikal)
PROFIL KAKITANGAN YANG TERLIBAT DALAM PROJEK
BIL. NAMA DAN
NO. KAD PENGENALAN KELULUSAN DAN PENGALAMAN
SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 14
LAMPIRAN 6 (Sampul Teknikal)
JADUAL PELAKSANAAN
Nota: *Sila gunakan lampiran jika ruangan ini tidak mencukupi
Top Related