ii
iii
TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN
MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR,
BAHRU
NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iv
v
DEDIKASI
Istimewa untuk ……… Ayahanda dan Bondaku tercinta ……….
JAZZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA untuk semua,
Terutama sekali buat Ayahandaku
(Abu Bakar Bin Mohd) dan Bondaku
(Asmariah Binti Senik)
di atas pengorbanan kalian yang tidak jemu-jemu mendidik dan membesarkan ku
selama ini.
Pesanan untuk kekanda dan adindaku yang dikasihi Noraini
Norizan Sayuti
Sanusi
Mohd Ali Norsuhaida
Wahai kekanda dan adindaku !
“Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka ilmu itulah hartamu,
dan apabila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.”
“sentiasa ingat pada pesanan ayahanda dan bonda mu kerana mereka mahu kamu menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.”
Juga buat rakan-rakan seperjuangan ….
Terutama saudara Rafidah, Dianna, Rose, Raja, Ainshah, Ain, ina, ino, Azwah,
Faiz, Fatma.
Jasa dan budi kalian tidak akan ku persiakan
semoga mendapat keredhaan ALLAH SWT
Sekian Terima Kasih
vi
Penghargaan
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan
ikhlas buat penyelia projek Professor Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin yang
telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat,
memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan
ini dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat pengusaha-pengusaha
IKS yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam
memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan Nurul Rofishah, Lim Kai Lee, Mohamad Zhurad,
Basharuddin, Khoo Tong Ein, Tan Tsuey Wen dan Noor Hazwan yang turut
membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Industri kecil dan sederhana (IKS) semakin banyak wujud di Malaysia
terutamanya di kampung-kampung yang kebanyakan melibatkan diri dalam bidang
makanan. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi oleh
firma IKS. Seramai 24 orang responden yang terdiri daripada pengusaha makanan
IKS yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC) bagi daerah Johor Bahru telah dipilih untuk menjawab borang set soal-
selidik untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk
frekuensi dan peratus dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS 11.5). Ia mengandungi 32 item yang diukur dengan
menggunakan skala likert. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .89. Hasil
kajian menunjukkan tahap penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan
organisasi dan pemprosesan bahan dalam indusri pemprosesan makanan berada pada
tahap tinggi. Namun begitu tahap penggunaan teknologi dalam pembungkusan dan
pemasaran produk masih lagi berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya
hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan teknologi dalam industri
pemprosesan makanan berada pada tahap tinggi. Di akhir kajian ini, beberapa
cadangan telah diberikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang menghalang
penggunaan teknologi dalam IKS pemprosesan makanan.
viii
ABSTRACT
The number of Small and Medium Industries (SMIs) in Malaysia has
increased tremendously especially in rural areas whereby most of the SMIs are
involved in the food business. This research studied the level of usage of technology
at SMIs. Twenty four entrepreneurs who involved in the food industry were chosen
to participate in the research have registered with Small and Medium Industries
development corporation (SMIDEC) in the Johor Bahru were the respondents to the
questionnaire given. The data was analyzed descriptively in a form of frequency and
percent using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 11.5) software. It
consist 32 item which have been measured using Likert scale. The reliability value of
this instrument is α = .89. Research finding shows that the level of technology usage
in organization management system and material processing in food processing
industry are high. While the level of technology usage in packaging and marketing
product was still in the medium level. Overall the research finding shows that level
of technology usage in food processing industry was high. Several suggestions were
made to overcome the weaknesses that hinder technology usage in SMIs food
processing.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop kajian 12
x
1.8 Definisi / Istilah 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Definisi Teknologi 16
2.3 Penggunaan Teknologi Dalam Industri
Pemprosesan Makanan 18
2.3.1 Penggunaan Teknologi Dalam
Pemprosesan Bahan 18
2.3.2 Penggunaan Teknologi Dalam
Pembungkusan Produk 20
2.3.3 Penggunaan Teknologi Dalam
Pemasaran Produk 20
2.3.4 Penggunaan Teknologi Dalam
Sistem Pengurusan Organisasi 27
2.4 Kesimpulan 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Kerangka Operasi 33
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Kajian Rintis 39
3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 40
3.7 Analisis Data 41
3.8 Andaian Kajian 43
xi
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Data Bahagian A 45
4.2.1 Latar Belakang Responden 45
4.2.2 Latar Belakang Industri 47
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 50
1.3.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah Tahap
Penggunaan Teknologi Dalam
Pemprosesan Bahan Dalam
Industri Pemprosesan Makanan
Di IKS? 51
1.3.2 Persoalan Kajian 2 : Apakah Tahap
Penggunaan Teknologi Dalam
Pembungkusan Produk Dalam
Industri Pemprosesan Makanan
Di IKS? 54
1.3.3 Persoalan Kajian 3 : Apakah Tahap
Penggunaan Teknologi Dalam
Pemasaran Produk Dalam Industri
Pemprosesan Makanan Di IKS? 56
1.3.4 Persoalan Kajian 4 : Apakah Tahap
Penggunaan Teknologi Dalam Sistem
Pengurusan Organisasi Dalam Industri
Pemprosesan Makanan Di IKS? 59
1.3.5 Persoalan Kajian 5 : Apakah Tahap
Penggunaan Teknologi Dalam Industri
Pemprosesan Makanan Di IKS Mengikut
Tempoh Industri Beroperasi? 61
4.4 Kesimpulan 63
xii
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Kajian 65
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 68
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 68
5.3.2 Rumusan Latar Belakang Industri 69
5.3.3 Rumusan Persoalan Kajian 70
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 71
5.4.1 Persoalan Kajian 1:
Tahap Penggunaan Teknologi Dalam
Pemprosesan Bahan Dalam Industri
Pemprosesan Makanan Di IKS
Daerah Johor Bahru, Johor. 71
5.4.2 Persoalan kajian 2 :
Tahap Penggunaan Teknologi Dalam
Pembungkusan Produk Dalam
Industri Pemprosesan Makanan Di
IKS Daerah Johor Bahru, Johor. 73
5.4.3 Persoalan Kajian 3 :
Tahap Penggunaan Teknologi Dalam
Pemasaran Produk Dalam Industri
Pemprosesan Makanan Di IKS
Daerah Johor Bahru, Johor. 74
5.4.4 Persoalan Kajian 4 :
Tahap Penggunaan Teknologi Dalam
Sistem Pengurusan Organisasi Dalam
Industri Pemprosesan Makanan Di IKS
Daerah Johor Bahru, Johor. 76
5.4.5 Persoalan Kajian 5 :
Tahap Penggunaan Teknologi Dalam
Industri Pemprosesan Makanan
Di IKS Di Daerah Johor Bahru,
xiii
Johor Mengikut Tempoh
Industri Beroperasi. 78
5.5 Cadangan 79
5.5.1 Cadangan Kepada Pengusaha IKS 80
5.5.2 Cadangan Kepada Pekerja 84
5.5.3 Cadangan Kepada Agensi Terlibat 85
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86
5.7 Penutup 87
VI BIBLIOGRAFI 89
VII LAMPIRAN 97
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1. Nama Industri Yang Berdaftar Dengan SMIDEC 36
3.2. Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 38
3.3. Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan
Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan
Kajian.
39
3.4. Skala Peringkatan 5 Mata Kepada 3 Mata 41
3.5. Kriteria Menganalisis Data 42
3.6. Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 42
4.1. Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.2. Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.3. Taburan Responden Mengikut Umur 46
4.4. Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik
46
4.5. Taburan Responden Mengikut Faktor-Faktor Yang
Mendorong Pengusaha Menceburu Bidang
Perniagaan
47
4.6. Taburan Industri Mengikut Tempoh Industri
Beroperasi.
47
4.7. Taburan Industri Mengikut Modal Berbayar 48
4.8. Taburan Industri Mengikut Bilangan Pekerja
Sepenuh Masa.
49
4.9. Taburan Industri Mengikut Jenis Produk Keluaran. 49
xv
NO JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.10. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan
Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam
Pemprosesan Bahan.
51
4.11. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan
Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam
Pembungkusan Produk.
54
4.12. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan
Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam
Pemasaran Produk.
56
4.13. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan
Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam Sistem
Pengurusan Organisasi.
59
4.14. Taburan Peratus Bagi Penggunaan Teknologi
Dalam Industri Pemprosesan Makanan Di IKS
Mengikut Tempoh Industri Beroperasi.
61
4.15 Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi
Persoalan Kajian Dalam Industri Pemprosesan
Makanan Di IKS
63
xvi
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 35
xvii
SENARAI SINGKATAN
CEO : Ketua Pegawai Ekskutif
FAMA : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
MARA : Majlis Amanah Rakyat
MARDI : Institut Kemajuan Dan Penyelidikan Pertanian Malaysia
MEDEC : Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
MIMOS : Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia
MITI : Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
NIC : Negara-negara Industri Baru
NPC : Perbadanan Daya Pengeluaran Negara
SMIDEC : Perbadanan Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana
SPSS : Statistical Package for the Social Sciences
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Jadual Determining Sample Size For
Research
98
B Nama Dan Alamat Industri 100
C Borang Kaji Soal Selidik 105
D Kebolehpercayaan Kajian Rintis 112
E Pengesahan Borang Kaji Set Soal Selidik 114
F Surat Perakuan UTM 116
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mungkin ramai daripada kalangan masyarakat Malaysia masih tertanya-tanya
mengapa, sejak akhir-akhir ini, kerajaan begitu serius dalam membangunkan industri
kecil dan sederhana (IKS). Mereka juga mungkin tertanya-tanya bila dan di mana
perubahan ini berlaku? Adakah Malaysia sahaja yang berbuat demikian ataupun
negara-negara lain turut mengalami “demam” yang sama? Siapa pula yang
memulakannya? ( Mohd Rosli, 2000)
Sebelum menjawab persoalan-persoalan tersebut, adalah perlu bagi kita untuk meneliti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia. Dua petikan berikut diambil supaya setiap daripada kita mendapat gambaran secara sepintas lalu tentang perubahan tersebut.
Titik permulaannya ialah di Amerika Syarikat. Ia mempunyai kaitan dengan penciptaan peluang pekerjaan di mana sejak kebelakangan ini kemunculan firma kecil mula dirasai. (Acs dan Audretsch, 1990:2) Tempoh masa berikutan krisis minyak 1974 telah menyaksikan
penyemarakan semula minat kerajaan dan ahli akademik terhadap industri kecil dan sederhana dan sumbangannya kepada ekonomi dalaman. Kebanyakkan industri besar gagal menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan dan kos relatif. Inflasi,
2
pengangguran dan kelembapan pelaburan adalah antara beberapa isu kritikal yang dihadapi kerajaaan (United Nations, 1993:10)
Komitmen terhadap pembangunan IKS turut ditunjukkan oleh sebahagian besar negara membangun. Negara-negara Industri Baru (NICs) seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura memang bergantung tinggi kepada keupayaan IKS mereka bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sumbangan dan kepentingan IKS di Malaysia secara keseluruhannya dapat
dilihat dalam beberapa aspek. Antara lain, termasuklah membuka peluang pekerjaan,
sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran
wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk,
membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja
terlibat baik di peringkat pekerja mahupun di peringkat pengurusan, membantu
dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing dan membantu dalam
meningkatkan hubung jalin dengan firma besar serta memperkukuhkan struktur asas
industri negara (Mohd Asri, 1997)
Dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda negara kita pada masa kini, golongan pengusaha IKS adalah sebagai agen yang menyumbang kepada sebahagian kemajuan negara. Beberapa usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan agar lebih ramai golongan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan ini. Di antaranya ialah mengadakan tabung pinjaman untuk IKS dengan melonggarkan beberapa kriteria dan syarat di dalam tabungan itu. Mengikut Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan IKS, Kalsom (Tabung IKS Mendapat Sambutan, 1998) berkata,
berikutan pelonggaran itu, ia menggalakan IKS memohon pinjaman dengan lebih mudah dan sekaligus membolehkan pengeluran pinjaman dibuat lebih cepat dengan sebelumnya.
Kenyataan ini selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz Datuk Seri (Industri Kecil
Dan Sederhana Disyorkan Guna Proses Keluaran Terkini, 1993) yang menyatakan
bahawa,
3
buat permulaan, permohonan pinjaman daripada IKS memang lembab kerana kriteria ketat yang dikenakan tetapi selepas pelonggaran keatasnya, barulah ia berjaya menarik perhatian syarikat. Antara kriteria baru yang diperkenal dan mendapat pelonggaran ialah fungsi memperluaskan pinjaman tabung IKS sehingga meliputi semua bidang, bukan sahaja untuk tujuan eksport malah menjana kapasiti pengeluaran sedia ada termasuk modal kerja. Sebanyak 116 permohonan bernilai RM173.133 juta sudah diluluskan dalam tabung IKS sejak ia dilancarkan Disember 1997.
Kerajaan menyedari kepentingan mempunyai IKS yang kukuh kerana kira-
kira 80 peratus daripada pengeluaran barangan di negara ini datang daripada sektor
berkenaan. Dengan kesedaran ini sebanyak RM100 juta diperuntukkan dalam
Rancangan Malaysia Ke-Tujuh bagi program pembangunan teknologi dan bentuk
geran untuk diberi kepada IKS membiayai projek pembangunan dan penyelidikan.
(Majalah Usahawan,1999).
Bagi mencapai matlamat kerajaan untuk mempunyai IKS yang kukuh,
mantap dan berpotensi ke arah menyumbangkan kepada ekonomi negara, pengusaha
IKS perlu mengetahui dan memahami serta mempratikkan pengurusan yang cekap
dan berkualiti. Dengan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi dapat
menyempurnakan rancangan-rancangan yang disusunkan dan seterusnya mencapai
matlamat pertubuhannya.
Di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas, kita telah menyaksikan
pertumbuhan industri makanan yang memberi sokongan besar pada harapan kita
untuk menggalakkan pertumbuhan IKS. Kita boleh memetik berbagai-bagai contoh,
umpamanya keropok dan kerepek pisang serta beberapa banyak jenis barang
makanan lagi yang sudah diterima baik oleh orang tempatan tetapi tidak pernah
dihasilkan oleh industri yang lebih besar. Kini hasil makanan tempatan ini bersaing
dengan beberapa jenis biskut yang telah diperkenalkan, atau sudah kita ketahui benar
sebagai barang import dari negara perindustrian. Pada hari ini, orang asing pun sudah
menikmati kerepek pisang, chip ubi kentang ala Malaysia, keropok dan lain-lain lagi.
Oleh itu, bidang makananlah yang berpotensi bagi IKS di negara ini. ( Ibrahim Abu
Shah, 1995).
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Peningkatan persaingan perdagangan di peringkat antarabangsa dan masalah
kekangan buruh di peringkat sejak akhir-akhir ini telah menekan Malaysia supaya
berubah daripada industri berintensif buruh kepada berintensif modal yang
berorientasi teknologi dan automasi.
Industri makanan di Malaysia semakin berkembang dan mengalami
perubahan. Hampir setiap hari produk-produk baru dihasilkan. Teknologi moden
turut sama berkembang secara dramatiknya mengubah proses yang standard dengan
mencipta formula baru dan persaingan dalam bidang memproses dan pembungkusan
khususnya.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-Empat, pihak kerajaan telah menetapkan
untuk menjadikan industri kecil, termasuk industri kecil makanan sebagai salah satu
daripada alat untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Industri kecil dan
makanan dengan ciri-cirinya yang tertentu berupaya memainkan peranan yang
penting dalam konteks pembangunan ekonomi sesebuah negara membangun kerana
ianya dapat menimbulkan banyak peluang pekerjaan dengan kos modal yang agak
rendah. Ini disebabkan ia berkaitan rapat dengan penggunaan tenaga buruh secara
intensif. Sektor ini juga boleh dijadikan pengerak ke arah memesatkan penggunaan
sumber-sumber tempatan seperti modal tabungan keluarga, kemahiran dan sumber
bahan mentah.
Di Malaysia terdapat 320 buah kilang pemprosesan makanan dan minuman
yang bergiat dalam sektor industri makanan dan minuman. Industri ini boleh
menyumbangkan permintaan tenaga sumber manusia di sekitar 100,000,000 orang
pekerja. Kadar pengambilan pekerja juga semakin meningkat kerana wujudnya
kilang baru dan didorong oleh keadaan ekonomi negara dan antarabangsa yang
bertambah baik, ini dapat dibuktikan dengan peningkatan eksport keluaran makanan
dari 2,574 juta pada tahun 1993 kepada 3,126 juta pada tahun 1998. Ia merupakan
5
eksport yang kesembilan terbesar dalam sektor perindustrian Malaysia (FMM
Directory, 1999)
Seterusnya, mengikut Laporan Ekonomi dan Sosial 2000/2001 (2000), permintaan terhadap barangan makanan dan minuman di negeri Johor secara khususnya telah meningkat 5% - 6% berbanding kejatuhan sebanyak 2% pada tahun 1998. Kenaikan ini berikutan keadaan pendapatan dan pasaran tempatan yang mulai meningkat. Dengan itu, dapat dilihat bahawa sektor industri dalam memenuhi permintaan pasaran domestik selain daripada berperanan dalam pasaran eksport di luar negara.
Malangnya, IKS di negara ini sering ditonjolkan sebagai sektor yang
menggunakan teknologi paling minimum. Mengikut bancian MITI pada awal tahun
1995, 8.0 % sahaja daripada keseluruhan IKS yang berdaftar di Malaysia
menggunakan teknologi tinggi dalam sektor perindustrian. (Rahim, 1995)
Laporan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan bahawa
IKS menguasai diantara 90% hingga 93% sektor pembuatan negara, dengan
menyumbang sebanyak RM 23.2 billion pendapatan negara. Bagaimanapun mutu
pengeluaran masih lagi di tahap yang rendah. Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datin Seri Rafidah Aziz menyarankan syarikat IKS memperbaiki mutu
pengeluaran barangan dengan cara meningkatkan tahap penguasaan teknologi atau
membaiki sistem pemprosesan supaya barangan yang dikeluarkan boleh dijualkan
dengan harga yang murah. (Industri Kecil Dan Sederhana Disyorkan Guna Proses
Keluaran Terkini, 7 Julai 1993).
Fokus utama adalah bagaimana industri ini perlu diperkembangkan atau
sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukannya dalam persaingan pasaran hari ini.
Menurut laporan majalah usahawan, tingkat teknologi dalam IKS rata-ratanya masih
pada tahap yang rendah dan kebanyakkannya masih menggunakan kaedah tradisional
dalam proses pembuatan produk terutamanya dalam industri kecil. Pelbagai usaha
telah dijalankan bagi mengatasi masalah ini, namun hanya beberapa kerat sahaja
yang benar-benar berani membuat perubahan. Begitu juga dengan strategi mereka
memperkenalkan hasil keluaran di pasaran. (Saiful Amri Mohd Hussain, 1996).
6
Kedatangan era berteknologi dan penggunaan teknologi moden secara meluas
membolehkan sebuah negara menjadi maju. Ini kerana penguasaan teknologi moden
akan menambah dan meningkatkan daya saing dalam pasaran antarabangsa
seterusnya membaiki taraf hidup rakyat. Untuk menjadi sebuah negara maju,
Malaysia perlu beralih daripada ekonomi berfokus pengeluaran dan intensif buruh
kepada ekonomi berfokus teknologi dan perkhidmatan dan ia mesti dilakukan
secepat mungkin. Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad turut
menegaskan di dalam ucapan beliau yang berbunyi :
New and emerging technologies had the potential to bring tremendous reward
to investors and the country. While it is true that investors have to exercise prudence before they put in a single ringgit into their ventures it is advisable that they understand emerging and technologies and their impact on the future. If investors do not make the effort to understand the technology, it is unlikely that they will invest and if they do not invest, not only will they eventually lose out but the country will also miss an opportunity to increase its wealth, raise gainful employment, educate to people and peruse profitable follow-up technologies and corresponding products (New Straits Time, March 1998, m.s 1)
Kajian Hamidin Md. Nor (1999), yang bertajuk “Faktor-faktor kejayaan
pengusaha IKS bumiputera dalam pemprosesan makanan di Johor Bahru. Pengguna
kini semakin berpendidikan dan mereka mementingkan kualiti makanan. Makanan
yang berkualiti bermaksud mempunyai rasa dan tekstur yang baik, selamat untuk
dimakan serta berkhasiat, mempunyai tempoh tarikh luput yang lama dan kos yang
berpatutan. Pengusaha yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan boleh maju
kehadapan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, pengusaha perlu
mengekalkan standard teknologi yang digunakan, bukan sekadar luaran sahaja tetapi
merangkumi sistem dan prosedur.
Malangnya, kini kebanyakkan pengusaha makanan tidak memberikan
perhatian kepada sains dan teknologi. IKS merasakan mereka tidak mampu untuk
membeli peralatan dan mesin yang canggih tetapi mampu mengambil pekerja dan
membayar upah kepada mereka. Bagaimanapun ini tidak bermakna mereka
menafikan kemudahan ada dengan baik. Dengan bantuan dan keprihatinan yang
diberikan oleh kerajaan dan persatuan-persatuan peniaga serta badan-badan yang
7
terlibat dan tindak balas yang positif daripada pihak pengusaha teknologi di kalangan
usahawan akan meluas.
Kajian yang dijalankan oleh Nurul Emiliza Binti Md Tahir (1998) adalah
bertajuk “kesan penggunaan teknologi dan strategi pemasaran di dalam industri kecil
dan sederhana (kajian kes : projek pisang salai di batu pahat, johor). Kajian ini dibuat
untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi moden dalam penghasilan pisang salai
dan strategi pemasaran yang digunakan oleh industri pisang salai agar dapat
dikomersialkan.
Hasil kajian didapati bahawa tahap penggunaan teknologi moden telah mula
digunakan tetapi bilangannya adalah terhad dan pemasaran pisang salai perlu
diperluaskan lagi pada masa akan datang. Selain itu, strategi pemasaran juga perlu
diperbagaikan agar produk yang dipasarkan diketahui oleh orang ramai seterusnya
peluang pasaran yang lebih luas dapat diwujudkan.
Dengan yang demikian, penyelidik turut merasakan adalah penting untuk
mengenal pasti agar industri ini terus dapat membantu negara dalam memperbaiki
tahap imbangan pembayaran luaran dengan cara mengeksport keluaran tersebut ke
luar negara. Maka, keperluan kehadiran teknologi dalam membantu industri
pembuatan makanan di negeri Johor supaya dapat meningkatkan keupayaan,
kecekapan serta keberkesanan dalam pengeluaran amat diperlukan. Namum kejayaan
dalam peningkatan tahap pemilikan teknologi pula amat bergantung kepada
keupayaan sektor itu sendiri untuk menerima teknologi daripada luar. Dengan tahap
pemilikan teknologi yang tinggi maka ini akan dapat membantu Malaysia secara am
dan negeri Johor sendiri secara khususnya untuk menjadikan sebagai negeri
pengeluar utama barangan makanan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa pada
masa akan datang.
8
1.3 Penyataan Masalah
Sektor perindustrian tempatan yang berintensif teknologi dapat membantu
usaha ke arah merealisasikan matlamat negara yang terkandung dalam wawasan
2020. Ini dapat dilihat melalui kemajuan penuh sesebuah negara yang maju
menjelang tahun 2020 termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
psikologi dan kebudayaan. Wawasan ini bermakna, Malaysia perlu mempunyai
keupayaan untuk memajukan dan menyelaraskan sumber asing dan teknologi
tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia tidak dapat
mengelakkan diri daripada menerima teknologi negara maju sehingga menjadikan
proses pemindahan teknologi asing itu semakin penting. Teknologi asing memainkan
peranan penting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara.
Penggunaan teknologi dengan optimum membolehkan firma IKS diletakkan
sebaris dengan firma-firma besar yang lain seterusnya dapat memberi persaingan
yang sewajarnya. Namun, apakah tahap penggunaan teknologi dalam industri
pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru Johor?
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian
yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat
dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :
i. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam pemprosesan
bahan dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor
Bahru, Johor.
ii. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam pembungkusan
produk dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor
Bahru, Johor.
9
iii. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam pemasaran produk
dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru,
Johor.
iv. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan
organisasi dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah
Johor Bahru, Johor.
v. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam industri
pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru, Johor mengikut
tempoh industri beroperasi.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa
persoalan telah diajukan iaitu:
i. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam pemprosesan bahan dalam
industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru?
ii. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam pembungkusan produk
dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru?
iii. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam pemasaran produk dalam
industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru?
iv. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan
organisasi dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah
Johor Bahru?
10
v. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam industri pemprosesan
makanan di IKS di daerah Johor Bahru, Johor mengikut tempoh
industri beroperasi ?
Top Related