a
b
ii
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN:
PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)
MURNI A/P AMBUT
Laporan Projek Sarjana Muda Ini
Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor
APRIL 2010
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ___________________
Nama Penulis : MURNI A/P AMBUT
Tarikh : ___________________
iv
Khas buat:
Ayah dan ibu yang amat disayangi
AMBUT A/L DATAN & SIAH A/P LONGLI
Insan teristimewa
NORDIN A/L JAN
Adik beradik yang dikasihi
WAK SIANG, GAUK DA, GAUK TINI, WAK LANUN, GAUK MAWA,
WAK BINCANG, DAYU, ENCU, TUKIK,
SAMUNG
Insan disayangi
INAK SAMUNG
v
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana atas kehendaknya, saya akhirnya telah
menyempurnakan laporan projek sarjana muda ini. Syukur di atas kurniaan kekuatan
yang diberikanNya sehingga saya mampu menyempurnakan laporan ini. Di kesempatan
ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas serta ucapan terima kasih
kepada penyelia projek iaitu Encik Jamaluddin Bin Yaakob dan juga panel-panel Projek
Sarjana Muda. Terima kasih di atas segala bimbingan, teguran, nasihat, dorongan dan
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan projek ini.
Terima kasih buat ayah, inak dan semua ahli keluarga yang memberi dorongan
dan semangat bagi menjayakan projek ini. Penghargaan tidak terhingga ditujukan buat
abang (Nordin Jan) yang telah banyak berkorban masa dan tenaga, memberi semangat,
nasihat dan dorongan sepanjang tempoh pengajian ini. Jasa dan pengorbanan kalian
tidak mungkin akan dilupakan buat selamanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
yang banyak membantu dalam menyiapkan projek ini iaitu Mahalatchumy, Jenny,
Mayura, Melati, Yusri serta rakan-rakan lain yang terlibat secara tidak langsung.
Akhir kata, semoga laporan ini dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang
serta menjadi panduan yang berguna.
vi
ABSTRAK
Kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan salah satu kaedah yang
terdapat dalam hierarki kawalan risiko. PPE merupakan apa-apa kelengkapan yang wajib
dipakai untuk melindungi seseorang yang sedang bekerja daripada hazard dan risiko.
Undang-undang juga menekankan penggunaan PPE adalah wajib dan diharuskan bagi
mereka yang sedang melaksanakan kerja. Walaupun pemakaian PPE adalah wajib,
namun masih terdapat kes kemalangan yang berlaku diakibatkan oleh tindakan tidak
memakai PPE semasa bekerja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti
faktor-faktor mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa bertugas.
Walaupun kontraktor Kelas A adalah kontraktor kelas atasan tetapi mereka juga tidak
lari dari masalah penggunaan PPE. Kaedah persampelan pemerhatian sistematik dan
borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan dari pekerja. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kekerapan dan min skor berbantukan
penggunaan perisian komputer iaitu SSPS 16.0 dan Microsoft Office Excel. Faktor utama
pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa bekerja adalah kerana PPE
membatas pergerakan kerja mereka. Faktor pihak pengurusan/ majikan tidak tegas
terhadap penggunaan PPE juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pemakaian PPE. Kesimpulannya, pihak pengurusan/ majikan perlu peka terhadap faktor-
faktor yang mempengaruhi penggunaan PPE pada masa melaksanakan tugas. Pekerja
juga perlu diberi motivasi berkenaan penggunaan PPE. Cadangan masa depan
menekankan bagaimana cara untuk meningkatkan kadar penggunaan PPE di kalangan
pekerja pembinaan.
vii
ABSTRACT
Personal protective equipment (PPE) is one of the methods listed in risk
management control. PPE is any equipment that workers must and should wear when
carrying out their works to prevent them from hazard and risk. The law requires that
construction workers must wear PPE when they are doing their works. Although the use
of PPE during working is compulsory, but there are still injury cases caused of by using
PPE. This research is conducted to identify the factors that cause construction workers
avoid using PPE when doing their work. Although Class A construction firms are high
class construction firms, they also face this problem. The methodologies used in this
research were by way of systematic observation sampling and questionnaire. The data
collected were analyzed using frequency analysis and min score. SSPS 16.0 and
Microsoft Office Excel were the tools used to calculate the data. The analysis showed
that the main factor that caused workers not using PPE was because the equipment
limited their movement when they are carrying out their works. Another factor was that
the management/ employer were not strict in ensuring their workers to wear PPE. In
summary, employers must be aware of the factors that are causing the workers not to
used PPE when doing their works. The workers also need to be given motivation to used
PPE. Lastly, it is suggested that there should be a research to identify the ways to
increase the use of PPE among construction workers.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PEKARA MUKA SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan masalah 4
1.3 Soalan kajian 6
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Skop kajian 7
1.6 Metodologi kajian 8
1.6.1 Peringkat pertama – Kajian awalan 8
ix
1.6.2 Peringkat kedua – Reka bentuk kajian 8
1.6.3 Peringkat ketiga – Pengumpulan dan penyusunan data 10
1.6.3.1 Pemerhatian di tapak bina 10
1.6.3.2 Soal selidik 11
1.6.4 Peringkat keempat – Analisis dan ulasan data 12
1.6.5 Peringkat kelima – Penulisan hasil kajian 12
1.7 Kepentingan kajian 12
1.8 Jangkaan hasil kajian 13
BAB 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Definisi istilah-istilah 16
2.2.1 Keselamatan dan kesihatan 16
2.2.2 Hazard 16
2.2.3 Bahaya 17
2.2.4 Risiko 17
2.2.5 Kemalangan 18
2.2.6 Pekerja pembinaan 18
2.3 Penyebab dan punca kemalangan 19
2.3.1 Teori Domino 19
2.3.2 Teori Pelbagai Sebab 20
2.3.3 Gabungan Teori 21
2.3.3.1 Majikan dan iltizam 21
2.3.3.2 Majikan dan pekerja 21
2.3.3.3 Bahan dan kelengkapan 22
2.3.3.4 Sekitaran 22
2.3.4 Pemasangan dan penyenggaraan 23
2.3.5 Prosedur kerja 23
2.3.6 Latihan 23
2.3.7 Teori pelepasan tenaga 24
2.3.8 Teori psikologi/sikap 24
x
2.3.8.1 “Goals Freedom Alertness Theory” 25
2.3.8.2 Teori faktor manusia 25
2.3.8.3 Model kepuasan ganjaran motivasi 26
2.4 Hirerki kawalan risiko 26
2.4.1 Menghapuskan hazard 27
2.4.2 Menggantikan hazard 27
2.4.3 Kawalan reka bentuk 27
2.4.4 Pengasingan dedahan kepada hazard 28
2.4.5 Latihan 29
2.4.6 Amalan kerja 29
2.4.7 Pemantauan dan pengauditan 29
2.4.8 Kelengkapan perlindungan diri (PPE) 30
2.5 Rumusan Bab 31
BAB 3 PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)
3.1 Pengenalan 32
3.2 Definisi kelengkapan perlindungan diri (PPE) 33
3.3 Kehendak perundangan berkaitan PPE 34
3.4 Jenis-jenis PPE 35
3.4.1 Perlindungan kepala 36
3.4.2 Perlindungan muka 36
3.4.3 Perlindungan mata 37
3.4.4 Perlindungan pendengaran 38
3.4.5 Perlindungan pernafasan 39
3.4.6 Perlindungan tubuh 40
3.4.7 Perlindungan tangan 41
3.4.8 Perlindungan kaki 42
3.4.9 Perlindungan jatuh 43
3.5 Faktor pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE 44
3.5.1 Faktor pengurusan/majikan 44
3.5.2 Faktor individu pekerja/psikologi dan sikap 46
xi
3.5.3 Faktor peralatan 48
3.5.4 Faktor sekitaran 49
3.5.5 Lain-lain faktor 50
3.6 Rumusan Bab 51
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Kajian awalan 53
4.3 Jenis data 55
4.3.1 Pengumpulan data sekunder 55
4.3.2 Pengumpulan data primer 56
4.3.2.1 Kajian lapangan/ Pemerhatian 56
4.3.2.2 Borang soal selidik 57
4.3.2.2.1 Merekabentuk borang soal selidik 58
4.3.2.2.2 Bahagian pengenalan 58
4.3.2.2.3 Soalan kajian 59
4.3.2.2.4 Susun atur soalan 60
4.3.2.2.5 Pengedaran borang soal selidik 61
4.4 Analisis data 61
4.4.1 Kaedah analisis 62
4.4.1.1 Analisis kekerapan (frequency analysis) 62
4.4.1.2 Skala likert 63
4.5 Rumusan Bab 64
BAB 5 ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Hasil kajian lapangan/ pemerhatian 66
5.2.1 Hasil persampelan pemerhatian sistematik
di tapak bina 66
5.2.2 Bukti bergambar hasil kajian lapangan/ pemerhatian 68
5.3 Hasil pengumpulan borang soal selidik 69
xii
5.3.1 Hasil analisis Bahagian A borang soal selidik 70
5.3.1.1 Jantina responden 70
5.3.1.2 Jawatan responden 71
5.3.2 Hasil analisis Bahagian B borang soal selidik 72
5.3.2.1 Kekerapan penggunaan PPE 72
5.3.2.2 Pengetahuan pekerja berkenaan
tanggungjawab 74
5.3.2.3 Cuaca persekitaran dan ruang kerja sempit 75
5.3.2.4 Kondisi kesihatan pekerja 76
5.3.3 Hasil analisis Bahagian C borang soal selidik 77
5.4 Rumusan Bab 80
BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 81
6.2 Penilaian objektif kajian 82
6.2.1 Senarai faktor-faktor yang dikenal pasti menjawab
objektif kajian 83
6.4 Cadangan 84
6.5 Kajian lanjutan 85
RUJUKAN 86
BIBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN 92
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
5.1 Kekerapan pemakaian PPE 68
5.2 Jantina responden 71
5.3 Jawatan responden 71
5.4 Penggunaan PPE oleh pekerja pembinaan
pada masa melaksanakan tugas 73
5.5 Sebab mengapa PPE tidak digunakan
sewaktu bertugas 74
5.6 Pengetahuan pekerja berkenaan tanggungjawab
memakai PPE pada masa bertugas 75
5.7 Pengaruh cuaca persekitaran dan ruang sempit 76
5.8 Pengaruh kondisi kesihatan pekerja terhadap
pemakaian PPE 76
5.9 Nilai kekerapan dan min keseluruhan analisis
Bahagian C borang soal selidik 78
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kemalangan pekerjaan mengikut sektor
dan kategori sehingga Jun 2009 (disiasat) 2
1.2 Carta alir metodologi kajian 9
3.1 Topi keselamatan industri 36
3.2 Topi lengkuk (Bump caps) 36
3.3 Penghadang muka (Face shields) 37
3.4 Cermin mata keselamatan 38
3.5 Gogel 38
3.6 Peralatan perlindungan pendengaran 39
3.7 Alat perlindungan pernafasan 40
3.8 Pakaian perlindungan tubuh 41
3.9 Alat perlindungan tangan 42
3.10 Kasut keselamatan 43
3.11 Kasut antistatik 43
3.12 Abah-abah 44
4.1 Carta alir metodologi kajian (Sorenson, 2002) 54
5.1 Pemandu jentolak yang tidak memakai
topi keselamatan 68
5.2 Buruh biasa yang tidak memakai kasut
keselamatan 69
5.3 Min skor mengikut faktor 79
xv
SENARAI SINGKATAN
PPE - Kelengkapan Perlindungan Diri (Personal Protective
Equipment)
JKKP - Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
DOSH - Department Of Occupational Safety And Health
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang pemerhatian penggunaan PPE oleh
pekerja pembinaan 92
Lampiran B Borang soal selidik 96
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sektor pembinaan adalah pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara. Pernyataan ini dibuktikan melalui Perlaksanaan Rancangan Malaysia
Ke-8 yang memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-91, tumpuan diberikan
kepada peningkatan liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara
lebih optimum bagi menyokong aktiviti ekonomi negara. Projek-projek pembangunan
ini memberi ruang kepada sektor pembinaan untuk terus maju dan terus menjadi teras
kepada pembangunan negara di samping membuka peluang pekerjaan kepada
masyarakat.
Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, walaupun industri pembinaan berkembang maju
didapati pemaju dan pengurusan tapak pembinaan tidak prihatin terhadap aspek
1 BNM. (2005). Rancangan Malaysia 9. www.bnm.gov.my/files/publication/sme/bm/2005/bab_8.pdf. (dicapai pada 29 Ogos 2009,
10.15pm )
2
keselamatan pekerjanya. Ulasnya lagi, kemalangan maut di tapak pembinaan di negara
ini bukan perkara baru dan akan berlaku selagi mereka yang terbabit dalam sektor ini
memandang mudah sistem keselamatan membabitkan pekerja binaan. Selain itu, industri
pembinaan juga merupakan sektor yang mempunyai kadar kemalangan maut yang
paling tinggi (METRO, 10 Mac 2009).
Statistik kemalangan maut yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP)2 seperti dalam Rajah 1.1 membuktikan pernyataan tersebut
Berdasarkan Rajah 1.1, jelas menunjukkan sektor pembinaan mempunyai kadar
kemalangan maut yang paling tinggi iaitu sebanyak 39%. Pengilangan merupakan sektor
kedua mempunyai peratus kemalangan maut yang tinggi iaitu sebanyak 28% diikuti
sektor pertanian, perhutanan dan perikanan sebanyak 24%. Sektor-sektor lain pula
menunjukkan peratus kadar kemalangan maut tidak melebihi sepuluh peratus.
Rajah 1.1: Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor dan Kategori Sehingga Jun 2009
(disiasat)
(Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP))
2 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2008). Statistik Kemalangan Pekerjaan.
http://www.dosh.gov.my/wps/portal/statistik. (Dicapai pada 3 September 2009, 8.50am )
28%
1%
33%
24%
6%7%0%
0% 1% 0%
Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Bagi Kategori Maut
Sehingga Jun 2009 (Disiasat)Pengilangan
Perlombongan dan kuari
Pembinaan
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Kemudahan
Pengangkutan, penyimpanan dan
komunikasiPerdagangan borong dan runcit
Hotel dan restoran
Kewangan, insurans, hartanah dan
perkhidmatan perniagaanPerkhidmatan awam dan pihak berkuasa
berkanun
3
Manurut Datuk N. Marimuthu, Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia,
beberapa faktor yang boleh mengundang kecelakaan kepada pekerja di kawasan
pembinaan termasuklah kecuaian, tiada pagar keselamatan, tidak menggunakan
kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan ciri-ciri lain yang boleh menyebabkan
kemalangan (BERNAMA, 15 April 2008).
Menurut YB Tan Sri Dato‟ Lee Lam Thye, penggunaan kelengkapan
perlindungan diri (PPE) merupakan salah satu kaedah untuk melindungi pekerja
daripada kemalangan di tapak bina. Menurutnya lagi, majikan perlu tegas dalam
memastikan kepatuhan pekerja dalam menggunakan PPE (Lee Lam Thye, 2008).
Kelengkapan perlindungan diri (PPE) adalah salah satu jenis kaedah kawalan
bahaya dan berada pada peringkat terakhir dalam hirarki kawalan bahaya dan risiko.3
Walaupun kawalan telah dilaksanakan tetapi masih ada saki baki risiko yang tidak dapat
dikurangkan ke tahap yang boleh diterima. Dalam hal ini, pilihan terakhir hendaklah
melibatkan kawalan ke atas individu pekerja yang terdedah kepada risiko dengan
penyediaan PPE.4
Kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan apa-apa kelengkapan yang
dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang
melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada keselamatan dan kesihatannya dan
apa-apa eksesori tambahan yang direka bentuk untuk memenuhi matlamat itu.5 PPE
merujuk kepada kelengkapan untuk melindungi mata, muka, kepala dan tangan serta
kaki, pakaian perlindungan, peralatan bantuan pernafasan dan perisai perlindungan.6
3 DOSH, Ministry of Human Resources Malaysia. (2008). Guideliness for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control
(HIRARC). 4 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Education. 5 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2008). Statistik Kemalangan Pekerjaan.
http://www.dosh.gov.my/wps/portal/statistik. (Dicapai pada 3 September 2009, 8.50am ) 6 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government
Institutes.373.
4
1.2 Pernyataan Masalah
Mengikut statistik kemalangan yang melibatkan pekerja tidak menggunakan PPE
dari PERKESO pada tahun 2005, lebih 2798 pekerja dilaporkan mendapat kecederaan
mata berbanding 3000 orang pada tahun 2003. Sebanyak 1342 orang cedera di kepala
berbanding 1338 orang pada tahun 2003 dan 7872 orang mendapat kecederaan di tangan
berbanding 8670 orang pekerja sebelumnya (Lee Lam Thye, 2008).
Penekanan penggunaan PPE terhadap pekerja sewaktu menjalankan tugas telah
diperuntukkan dalam undang-undang. Peraturan-peraturan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan, Kilang Dan Jentera 1970, di bawah peraturan 32, mewajibkan penggunaan
pakaian keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan dan alat perlindungan mata. Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 juga menekankan penggunaan PPE untuk
mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya, pendedahan bunyi bising dan
perlindungan daripada hazard seperti hazard fizikal, elektrik, biologikal, sinaran dan
lain-lain (Lee Lam Thye, 2008).
Menurut OSHA 1994, seksyen 24, tanggungjawab pekerja termasuklah memakai
atau menggunakan apa-apa PPE yang disediakan oleh majikan untuk tujuan
mengelakkan risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.7 OSHA 1994, seksyen 17,
menegaskan bahawa setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerjanya di tempat kerja selain menyediakan PPE.8
Kemalangan di tapak bina terjadi antaranya disebabkan tindakan tidak selamat
pekerja yang bekerja tanpa menggunakan PPE.9 Secara umumnya, dua keadaan yang
7 Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson – Prentice Hall. Muka surat 9 – 10. 8 Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson – Prentice Hall. Muka surat 25. 9 Maimunah Aminuddin. (2006). Safety and Health at Work. Lexis Nexis – Malayan Law Journal. Malaysia. Muka surat 27 – 28.
5
menyebabkan berlakunya kemalangan di tapak bina iaitu (1) keadaan tempat kerja yang
tidak selamat, dan (2) tindakan tidak selamat pekerja.10
Sikap para pekerja itu sendiri juga antara faktor yang menyebabkan mereka tidak
mementingkan pemakaian PPE semasa menjalankan tugas.11
Sikap termasuk perasaan,
pemikiran, keadaan mudah terpengaruh merupakan sesuatu yang sukar untuk diubah.
Menurut Williard (2007), kesedaran boleh didapati dalam budaya organisasi dan ciri-ciri
psikologi yang positif. Kekurangan tahap kesedaran individu, kebarangkalian
berlakunya kemalangan adalah tinggi. Ciri psikologi yang negatif menyumbang kepada
berlakunya kemalangan.12
Ketidakselesaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan salah satu
sebab mengapa pekerja tidak menggunakannya pada masa menjalankan tugas selain
terpaksa menyediakan PPE sendiri bagi syarikat-syarikat pembinaan yang kecil.13
Ekoran penyediaan sendiri PPE oleh pekerja menyebabkan mereka tidak menggunakan
kelengkapan tersebut kerana harganya yang mahal terutama peralatan yang diimport14
.
Menurut seksyen 26, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, majikan tidak
boleh mengenakan levi atau caj terhadap PPE yang diberikan kepada pekerjanya.15
Walaupun telah diperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang tentang
penggunaan PPE serta keperluannya, tetapi mengapa masih ada pekerja pembinaan yang
tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas? Oleh yang demikian, kajian
10 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes. 11 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government
Institutes.256. 12 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government
Institutes.89. 13Gibb, A., Hide, S., Haslam, R., Gyi, D. dan Duff, R. (2005). Construction Tools and Equipment: Their Influence on Accident
Causality.http://www.emeraldinsight.com/Insight/ViewContentServlet?contentType=Article&Filename=/published/emer
aldfulltextarticle/pdf/3430030102.pdf. (dicapai pada 4 September 2009, 3.58pm) 14 Cooper, D. (2006). Farmer Usage Survey of Using PPE. http://intljpubhealth.oxfordjournals.org/cgi/reprint/28/1/43. (dicapai pada
4 September 2009, 3.58pm) 15 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2008). Statistik Kemalangan Pekerjaan.
http://www.dosh.gov.my/wps/portal/statistik. (Dicapai pada 3 September 2009, 8.50am )
6
yang bakal dijalankan ini akan mengenal pasti faktor mengapa pekerja pembinaan tidak
menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.
1.3 Soalan Kajian
Berikut adalah persoalan utama kajian yang ingin diselidik:
i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan
PPE pada masa melaksanakan tugas?
Ia juga merangkumi soalan-soalan berikut:
a. Adakah pekerja tahu tentang kepentingan menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas?
b. Adakah pekerja tahu tentang kewujudan peraturan dan undang-undang
berkaitan penekanan penggunaan PPE semasa menjalankan tugas?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa melaksanakan tugas. Oleh yang
demikian, objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini ialah:
7
i. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak
menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) semasa melaksanakan tugas.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian yang ingin dijalankan merangkumi pekara-pekara berikut antaranya ialah:
i. Kajian akan dijalankan di sekitar UTM Skudai, Johor kerana terdapat banyak
projek pembinaan yang sedang beroperasi di kawasan ini.
ii. Kontraktor yang terlibat adalah kontraktor dari Kelas A. Hal ini kerana, daripada
pemantauan awal yang dilakukan, didapati masih terdapat pekerja yang tidak
menggunakan PPE sewaktu bertugas walaupun bekerja dengan kontraktor kelas
atasan.
iii. Melibatkan dua jenis peralatan asas iaitu topi keselamatan dan kasut keselamatan.
iv. Kajian seterusnya adalah mengenai faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan
tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.
v. Oleh itu, pihak yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada individu yang
bekerja di tapak pembinaan atau lebih dikenali sebagai pekerja pembinaan
antaranya buruh biasa, tukang-tukang, pengendali loji berat, jurutera mekanikal
dan elektrikal (M&E) dan sebagainya. Pihak-pihak ini dipilih kerana mereka
adalah individu yang terlibat secara langsung dengan penggunaan PPE.
vi. Skop kajian juga melibatkan aktiviti pembinaan bangunan.
8
1.6 Metodologi Kajian
Metodologi kajian merupakan bahagian terpenting dalam kajian bagi
memperolehi data dan maklumat dengan lebih terperinci agar objektif kajian dapat
dicapai. Terdapat lima peringkat penting bagi memperolehi data bermula dengan kajian
awalan, reka bentuk, pengumpulan dan penyusunan data, menganalisis data dan
peringkat terakhir ialah penulisan hasil kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
1.6.1 Peringkat Pertama – Kajian Awalan
Pada peringkat ini, pembacaan awal sangat penting dalam mencetuskan idea
berdasarkan isu semasa yang diketengahkan. Perbincangan dengan penyelia dan rakan-
rakan dapat membantu memperjelaskan lagi isu yang dikenal pasti dan tajuk serta
prosedur kajian yang ingin dipilih. Menentukan objektif dan skop kajian merupakan
langkah seterusnya setelah pemilihan tajuk selesai dibuat.
1.6.2 Peringkat Kedua – Reka Bentuk Kajian
Dalam peringkat ini, data sekunder adalah dirujuk terlebih dahulu sebelum
sesuatu kajian dijalankan. Data-data tersebut akan menjadi panduan dan memberi
gambaran secara teori tentang tajuk kajian. Sumber sekunder ini digunakan dengan
menjalankan kajian literatur yang lebih perperinci mengenai faktor yang menyebabkan
pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa menjalankan kerja.
9
METODOLOGI KAJIAN
Rajah 1.2: Carta Alir Metodologi Kajian
Peringkat
pertama: Kajian Awalan
Peringkat
Ketiga: Pengumpulan dan
Penyusunan Data
Membuat Kesimpulan dan
Cadangan
Peringkat
Kelima: Penulisan Hasil
Kajian
Peringkat
Keempat: Analisis dan Ulasan
Data
1. Teknik Analisis
Kekerapan
2. Skala likert
Menganalisis Data
1. Pemerhatian
2. Soal selidik Data Primer
Pengumpulan Data
Peringkat
Kedua: Reka bentuk Kajian Penentuan Metodologi
Kajian
Data Sekunder Kajian Literatur
Menentukan Objektif Dan
Skop Kajian
Mengenal Pasti Masalah dan
Isu
10
Kajian literatur melibatkan pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan
dengan hasil kajian terdahulu. Maklumat-maklumat tersebut dapat diperolehi melalui
laporan, artikel, kertas seminar, journal, tesis-tesis lepas, keratan akhbar dan media
elektronik (internet) selain buku-buku rujukan. Bahan-bahan ini diperlukan bagi
mengukuhkan asas kaedah yang dijalankan dalam kajian ini. Antara tumpuan kajian
literatur ialah faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE
semasa menjalankan tugas.
Perbincangan bersama penyelia merangkumi penentuan dalam menyediakan
methodologi penyelidikan secara lebih terperinci disamping merangka dan menyediakan
borang soal selidik. Kontraktor yang terlibat dalam kajian ini ialah kontraktor dari Kelas
A dan responden pula terdiri daripada pekerja pembinaan.
1.6.3 Peringkat Ketiga – Pengumpulan Dan Penyusunan Data
Dalam peringkat ini, pengumpulan data primer dijalankan. Ia diperolehi melalui
pemerhatian di tapak bina dan soal selidik dengan pihak yang berkaitan dengan projek-
projek berkenaan. Data primer sangat penting kerana ia merupakan data asal kajian yang
dijalankan.
1.6.3.1 Pemerhatian Di Tapak Bina
Pemerhatian akan dibuat terlebih dahulu di sesebuah tapak bina untuk
mendapatkan gambaran awal tentang pemakaian PPE oleh pekerja semasa menjalankan
11
kerja. Kaedah ini penting bagi pengumpulan data yang berkait dengan prosedur “non-
verbal”.
Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah persampelan kedah pemerhatian
sistematik. Dalam kaedah pemerhatian sistematik, pengkaji adalah pemerhati penuh
yang tidak menjadi sebahagian daripada peristiwa yang diperhatikan. Hal ini bermakna,
peserta-peserta di bawah pemerhatian mungkin tidak sedar tentang kewujudan pemerhati
atau tidak mengetahui bahawa mereka sedang diperhati.16
1.6.3.2 Soal Selidik
Selepas pemerhatian dibuat, untuk mengukuhkan lagi kesahihan pemantauan
maka borang soal selidik diedarkan. Kaedah ini melibatkan pengumpulan data sebenar
dan juga maklum balas secara bertulis daripada individu yang terlibat. Borang soal
selidik diedarkan kepada pekerja pembinaan. Untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan, soalan telah di rekabentuk khas untuk tujuan tersebut. Soalan dirangka
berdasarkan tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, B dan C. Segala maklumat yang
diperoleh dari soal selidik ini adalah pandangan peribadi setiap individu.
Data yang diperoleh akan dikumpul dan disusun untuk dijadikan rujukan dalam
membuat analisis, kesimpulan dan cadangan. Ia merupakan bahan-bahan bagi membuat
analisis kajian, cadangan serta kesimpulan akhir.
16 Chua, Yan Piaw (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Malaysia. Mc Graw Hill Education. Muka surat 145.
12
1.6.4 Peringkat Keempat – Analisis Dan Ulasan Data
Data yang diterima daripada responden hasil soal selidik akan dianalisa dengan
menggunakan kaedah tertentu bagi mendapatkan keputusan kaji selidik. Data dianalisis
menggunakan kaedah analisis kekerapan (Frequency Analysis) dan skala likert. Ulasan
data-data juga dilakukan pada peringkat ini selain membuat kesimpulan dan cadangan.
Data yang dianalisis akan dihasilkan dalam bentuk grafik dan ulasan bertulis. Hasil
analisis ini juga akan digunakan dalam penyediaan penulisan peringkat akhir.
1.6.5 Peringkat Kelima – Penulisan Hasil Kajian
Perbincangan bersama penyelia masih dilakukan pada peringkat ini bagi
mendapatkan nasihat dan pandangan berkenaan penulisan hasil kajian. Segala maklumat
dan data yang dikumpul akan dijadikan bahan untuk melaksanakan penulisan peringkat
akhir. Semakan dan pembetulan akan dilakukan setelah penulisan siap dilakukan. Akhir
sekali setelah semua selesai, penjilidan kertas projek dilakukan dan kemudiannya
penghantaran hasil projek kajian.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting bagi semua pihak sama ada majikan mahupun pekerja
pembinaan. Antara kepentingan kajian ini ialah:
13
i. Memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan PPE kepada setiap pekerja
yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan supaya mereka sedar akan risiko jika
tidak menggunakan PPE.
ii. Memberi peluang kepada pekerja-pekerja pembinaan untuk menyuarakan faktor
mengapa mereka tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.
iii. Memudahkan majikan untuk mengambil tindakan-tindakan susulan bagi
mengatasi masalah pekerja tidak menggunakan PPE semasa menjalankan kerja.
1.8 Jangkaan Hasil Kajian
Melalui kajian yang dilakukan ini, secara langsung pembaca akan didedahkan
tentang faktor-faktor mengapa terdapat segelintir pekerja pembinaan tidak menggunakan
kelengkapan perlindungan diri (PPE) pada masa melaksanakan tugas. Data yang
diperlukan ini dapat diperolehi melalui kajian literatur (hasil daripada pembacaan) dan
kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan apabila data yang diperlukan tidak
diperolehi dalam kajian literatur. Ia amat penting bagi mencapai objektif kajian.
Faktor-faktor yang diketengahkan dalam kajian ini akan membuka mata pihak-
pihak terbabit untuk lebih peka terhadap pekerjanya. Setiap faktor mempunyai
penyelesaiannya tersendiri. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mengetahui
faktor mengapa pekerja binaan tidak menggunakan PPE terlebih dahulu sebelum
mengambil sebarang tindakan menyelesai atau mencegah.
14
Apabila sesuatu pekara itu dikaji dengan teliti dan tindakan sewajarnya diambil,
maka banyak kemungkinan lain dapat dielakkan. Penelitian faktor mengapa pekerja
pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas memberi peluang
pihak pengurusan meningkatkan mutu keselamatan dari aspek penggunaannya. Jika
pekara sebegini tidak diberi perhatian, kemungkinan risiko kemalangan yang lebih teruk
terjadi adalah tinggi. Kemalangan perlu dipandang serius dari akar umbinya. Jika asas
itu dipraktik, maka kemungkinan untuk kemalangan berlaku adalah tipis.
15
BAB 2
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pendedahan kepada istilah-istilah keselamatan dan kesihatan
lebih dititikberatkan. Istilah-istilah ini adalah penting untuk difahami sebelum
membincangkan keselamatan dan kesihatan dengan lebih lanjut. Punca dan penyebab
berlakunya kemalangan serta kaedah-kaedah kawalan risiko dibincangkan dalam bab ini.
Ia penting untuk difahami sebelum mengulas lebih lanjut topik seterusnya. Selain itu,
bab ini juga memberi penerangan awal sebelum objektif serta tajuk kajian dibincangkan
lebih lanjut.
16
2.2 Definisi Istilah-Istilah
Terdapat banyak istilah-istilah yang perlu difahami berkenaan keselamatan dan
kesihatan. Pemahaman yang tepat mengenai istilah ini adalah sangat penting agar ia
tidak disalahgunakan. Namun begitu, beberapa istilah-istilah utama yang penting dan
perlu difahami iaitu:
2.2.1 Keselamatan Dan Kesihatan
Menurut kamus Webster, keselamatan bermaksud kualiti atau keadaan yang
tidak membawa risiko.17
Keselamatan juga bererti bebas daripada bahaya yang wujud di
persekitaran kerja. Manakala OHSAS 18002 pula mentakrifkan kesihatan sebagai
keadaan tubuh badan atau minda yang berada dalam keadaan baik atau tidak baik.
2.2.2 Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara bersendirian atau saling bertindak antara satu
dengan yang lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya dari yang mengakibatkan kematian hinggalah kepada kecederaan kecil.
OHSAS 18002, MS 1722:2003 dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrif hazard sebagai
17 Hawkins, J.M. (2001). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi ketiga. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
17
punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam
konteks kecederaan dan penyakit kapada manusia.18
2.2.3 Bahaya
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan
ini lebih bersifat untuk menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan risiko. Panduan
ISO/IEC 51:1990 (E) mencadangkan perkataan „BAHAYA‟ digunakan untuk menarik
perhatian kepada keadaan yang berisiko tinggi. Perkataan bahaya lebih menunjukkan
amaran bagi sesuatu hazard atau risiko.19
2.2.4 Risiko
OSHA 18002 mentakrifkan risiko sebagai gabungan kemungkinan
(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Secara ringkas, risiko
adalah gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya sesuatu peristiwa malang,
dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud
kebarangkalian kemalangan itu berlaku.20
18 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 19 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 20 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
18
2.2.5 Kemalangan
Dalam konteks pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kemalangan
ditakrifkan sebagai “ urutan peristiwa yang tidak dijangkakan dan tidak dirancang,
berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan atau
kemudaratan (kecederaan dan penyakit) kepada indisidu, kerosakan harta benda,
kemalangan nyaris, kehilangan atau gabungan kesan di atas.” Kamus Webster
mentakrifkan kemalangan sebagai peristiwa atau keadaan yang tidak dijangka dan
dirancang yang berpunca daripada kecuaian serta kejahilan atau peristiwa yang berlaku
secara tidak sengaja juga sebab yang tidak diketahui.21
2.2.6 Pekerja Pembinaan
Pekerja pembinaan merupakan individu yang bekerja dalam sektor pembinaan
dan lebih tertumpu kepada kerja-kerja di tapak bina. Buruh binaan merupakan individu
yang membuat serta menyempurnakan kehendak klien kepada realiti mengikut syarat-
syarat yang ditentukan. Pekerja pembinaan atau buruh binaan termasuklah buruh binaan
umum, tukang-tukang, juru-juru elektrik dan sebagainya sama ada mahir atau tidak
mahir (Khairani, 2005).22
21 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 22 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
19
2.3 Penyebab Dan Punca Kemalangan
Kemalangan boleh disiasat untuk mencari penyebabnya, tetapi pemahaman
terhadap teori berkaitan dengan punca dan penyebab berlakunya kemalangan perlu
difahami terlebih dahulu. Berikut adalah antara teori-teori yang boleh digunakan untuk
menerangkan penyebab dan punca berlakunya kemalangan.
2.3.1 Teori Domino
Heinrich (1931), menyarankan bahawa manusia juga menjadi sebab dan punca
berlakunya sesuatu kemalangan. Menurut Heinrich, kecederaan berlaku akibat satu
urutan tetap dan logikal faktor-faktor yang lengkap. Faktor-faktor ini seolah mewakili
lima domino:23
i. Warisan, pengaruh dan persekitaran sosial, yang membawa kepada
ii. Kesilapan seseorang, yang menjadi alasan
iii. Tindakan atau/dan keadaan tidak selamat, yang mengakibatkan
iv. Kemalangan, yang boleh membawa kepada
v. Kecederaan
23 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
20
Kecederaan dapat dicegah jika satu daripada domino ini dapat dipisahkan.
Kelemahan teori ini ialah, ia memberi gambaran yang mudah terhadap penyebab
kemalangan. Contohnya, sebab mengapa seseorang itu mengambil tindakan tidak
selamat tidak diterangkan. Ia hanya menyatakannya secara umum iaitu kemalangan
adalah akibat kesilapan manusia.
Bird dan Loftus (1976) dan Vincolli (1994), juga berpendapat kemalangan
adalah akibat kesan domino atau pertalian sebab-sebab. Kesan domino yang
dicadangkan oleh Bird dan Loftus, dan Vincolli adalah lebih menjurus kepada
kelemahan pihak majikan dan pengurusan.24
2.3.2 Teori Pelbagai Sebab
Kemalangan boleh diterangkan dengan teori pelbagai sebab yang bergabung
secara rawak untuk mengakibatkan kemalangan. Teori ini mengenal pasti sebanyak
mungkin penyebab berlakunya sesuatu kemalangan walaupun ia adalah sebab yang
sangat kecil.25
24 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 25 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
21
2.3.3 Gabungan Teori
Untuk kesempurnaan menjelaskan kemalangan, gabungan teori-teori penyebab
perlu digunakan. Gabungan kedua-dua teori ini akan menunjukkan bahawa kemalangan
disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku secara urutan dan ianya saling bertindak
balas antara satu sama lain. Menurut gabungan teori ini, kemalangan bukan hanya
diakibatkan oleh urutan peristiwa yang mempunyai pertalian sebab-kesan tetapi juga
saling tindak balas antara pelbagai elemen berikut:26
2.3.3.1 Majikan Dan Iltizam
Kemalangan di tempat kerja berlaku apabila majikan tidak menunjukkan iltizam
melalui perbuatan untuk mewujudkan suasana dan budaya kerja yang selamat dan sihat.
Apa yang menarik mengenai majikan dan peranannya ialah mereka bukanlah punca
yang mengakibatkan kemalangan secara langsung. Sebaliknya, majikan adalah punca
kesilapan pendam iaitu kesilapan yang tidak jelas tetapi sangat mempengaruhi keadaan
tempat kerja dan cara pekerja bekerja.27
2.3.3.2 Majikan Dan Pekerja
Majikan dan pekerja adalah ahli dalam sesebuah organisasi. Sikap, tingkah laku
dan cara mereka bekerja menentukan sekitaran selamat pekerjaan. Kemalangan yang
disebabkan oleh elemen manusia ini dipanggil kesilapan manusia. Menurut Vicolli
(1994), kesilapan manusia merupakan hasil akhir pelbagai faktor yang bertindak secara
berasingan atau bersama untuk mempengaruhi elemen manusia semasa melakukan
26 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 27 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
22
proses tertentu. Ia tidak boleh diambil sebagai punca tunggal untuk menerangkan
sesuatu kemalangan. Kesilapan manusia juga tidak dianggap punca tetapi simptom
kepada masalah yang lebih mendalam.28
2.3.3.3 Bahan Dan Kelengkapan
Saling tindak balas kedua-dua elemen ini memberi pertalian sebab-kesan dalam
kemalangan. Bahan yang tidak mengikut spesifikasi penggunaan, beracun atau mudah
terbakar boleh membahayakan pengguna. Kelengkapan yang rosak, disalah guna
(sengaja atau tidak) dan rekabentuk yang merbahaya boleh mengakibatkan
kemalangan.29
2.3.3.4 Sekitaran
Persekitaran boleh mempengaruhi saling tindak bahan dan kelengkapan serta
cara pekerja melakukan kerja mereka. Sekitaran yang terlalu terang atau gelap, sejuk
atau panas, bising atau senyap boleh mempengaruhi pekerja dan kelengkapan. Tempat
kerja yang tidak selesa boleh mengganggu kesihatan pekerja, perubahan tingkah laku
serta mood pekerja kepada bersifat negatif.30
28 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 29 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 30 Ismail Bahari.(2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
23
2.3.4 Pemasangan Dan Penyenggaraan
Keutuhan struktur besi dipengaruhi oleh keadaan cuaca, tapak dimana ia
didirikan, penyenggaraan yang dilakukan dan sebagainya. Operasi dan tempoh hayat
sesuatu pepasangan sangat bergantung kepada cara pemasangan dan penyenggaraannya.
Ia mungkin ada kaitannya dengan elemen majikan-pekerja.31
2.3.5 Prosedur Kerja
Prosedur kerja disediakan untuk membantu melakukan kerja dan menjalankan
mesin dengan selamat dan berkesan. Kelemahan prosedur kerja boleh berpunca daripada
prosedur yang salah, tidak difahami, kurang lengkap atau lebih teruk jika kerja tersebut
tidak mempunyai prosedur kerja. Oleh kerana prosedur kerja disediakan oleh pihak
pengurusan, maka kemalangan berpunca dari tahap-tahap tersebut perlu dilihat.32
2.3.6 Latihan
Semua pekerja perlu diberi latihan bagi memastikan dia mahir dan melakukan
kerja seperti yang diharapkan. Latihan boleh bersifat formal atau tidak formal
bergantung kepada sifat tugas yang dilakukan serta risiko yang terlibat. Latihan tidak
31 Ismail Bahari.(2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 32 Ismail Bahari.(2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
24
formal dihadkan kepada kemampuan pengajar yang mengajar manakala latihan formal
dimestikan jika persijilan dan kompetensi diperlukan.33
2.3.7 Teori Pelepasan Tenaga
Kemalangan berlaku apabila tenaga (di luar kawalan), memberi lebih tekanan
kepada seseorang atau harta benda tanpa menyebabkan kerosakan. Kawalan terhadap
pelepasan atau penerimaan tenaga dan pembinaan struktur tahan tenaga dapat
mengelakkan kemalangan. Haddon dan Johnson (2007), memfokuskan tenaga sebagai
sumber kepada hazard. Mengenal pasti sumber tenaga, mengelak serta mengurangkan
pendedahan terhadap tenaga dapat mengurangkan kemalangan.
2.3.8 Teori Psikologi/Sikap
Psikologi atau sikap seseorang menyumbang kepada sebab dan punca berlakunya
kemalangan. Ia melibatkan unsur dalaman manusia yang tidak mudah untuk dibendung.
33 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
25
2.3.8.1 “Goals Freedom Alertness Theory”
Teori penyebab kemalangan Williard (2007), menyatakan bahawa kemalangan
adalah disebabkan tabiat kerja yang berkualiti rendah. Peningkatan tahap kualiti dan
keselamatan juga melibatkan peningkatan tahap kesedaran pekerja. Menurut Kerr,
kesedaran boleh didapati dalam budaya organisasi dan ciri-ciri psikologi yang positif.
Kekurangan tahap kesedaran individu, kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah
tinggi.34
2.3.8.2 Teori Faktor Manusia
Teori faktor manusia berasaskan kepada konsep bahawa kemalangan adalah hasil
kesilapan manusia. Faktor yang menyumbang kepada kesilapan manusia adalah:35
i. Melebihi kemampuan
Ia terjadi apabila seseorang itu dibebani dengan tanggungjawab atau tugas yang
berlebihan. Contohnya, pekerja bukan sahaja perlu melakukan tugasnya tetapi
juga harus menguruskan bunyi bising, tekanan, masalah peribadi dan arahan
yang tidak jelas.
ii. Aktiviti yang tidak bersesuaian
Apabila seseorang individu mengambil alih sesuatu tugas tanpa mendapat latihan
yang betul, mereka adalah melakukan tindakan tidak bersesuaian.
iii. Tindak balas tidak bersesuaian
34 Mark A.F dan James P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes. 35 Mark A.F dan James P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.
26
Apabila sesuatu hazard sudah dikenal pasti, pihak-pihak yang terlibat mengambil
tindakan yang tidak bersesuaian ia adalah dikatogerikan sebagai tindak balas
yang tidak betul.
2.3.8.3 Model Kepuasan Ganjaran Motivasi
Menurut Petersen (1980), ganjaran sangat mempengaruhi tindakan seseorang
dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ganjaran berbentuk wang bukanlah pekara paling
utama dalam faktor motivasi. Jika pekerja melihat ganjaran sama rata dengan kerja yang
dilakukan, mereka akan berasa lebih bermotivasi sekaligus meningkatkan nilai
keselamatan kepada yang lebih positif.36
2.4 Hierarki Kawalan Risiko
Pemilihan kaedah-kaedah kawalan risiko hendaklah dibuat mengikut keutamaan
kawalan. Walaupun terdapat hirarki dalam pemilihan kaedah kawalan, ia tidak bermakna
hanya satu cara sahaja yang digunakan. Kaedah kawalan risiko yang paling berkesan dan
cekap, kecuali kaedah penghapusan hazard, melibatkan gabungan beberapa kaedah
kawalan. Tidak kira apa kaedah atau gabungan yang digunakan, pemantauan secara
berkala bagi setiap kaedah adalah penting untuk memastikan keberkesanannya selepas
perlaksanaan.37
36 Mark A.F dan James P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes. 37 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
27
2.4.1 Menghapuskan Hazard
Penghapusan hazard merupakan prinsip pertama dalam mengawal risiko. Apabila
hazard sudah dihapuskan maka tiada risiko kemalangan kepada manusia. Malangnya
tidak banyak keadaan atau aktiviti kerja yang membolehkan hazard dihapuskan. Kos
yang terlalu tinggi atau tiada teknologi alternatif menjadi penyebab mengapa sesuatu
hazard tidak boleh dihapuskankan.38
2.4.2 Menggantikan Hazard
Hazard yang berisiko tinggi boleh digantikan dengan sesuatu hazard yang
mempunyai risiko had terima atau boleh diterima. Dengan erti kata lain, menggantikan
sesuatu kerja yang berisiko besar kepada kerja yang berisiko kecil. Dalam kebanyakkan
keadaan, pilihan ini lebih praktikal berbanding dengan penghapusan.39
2.4.3 Kawalan Reka Bentuk
Kawalan reka bentuk adalah kaedah mengawal risiko hazard dengan
menggunakan reka bentuk yang selamat. Kawalan ini biasanya dilakukan pada peringkat
pelan dan lukisan. Produk yang dihasilkan mengintegrasikan ciri-ciri keselamatan.
38 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 39 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
28
Kaedah kawalan ini cuba mengurangkan sumbangan ralat manusia kepada kemalangan
kerana ia hazard adalah dikawal dari peringkat sumber lagi.
2.4.4 Pengasingan Dedahan Kepada Hazard
Menjauhkan/ mengasingkan hazard dari manusia atau sebaliknya merupakan
salah satu pendekatan kawalan yang boleh digunakan. Hal ini bermaksud, akses atau
dedahan kepada hazard dihadkan pada satu aras yang boleh diterima selamat dan yang
telah ditentukan oleh pihak berkuasa. Proses menghadkan dedahan kepada hazard boleh
dilakukan melalui kawalan kejuruteraan dan penradbiran.40
Kawalan kejuruteraan melibatkan pertukaran proses atau penyesuaian
kejuruteraan. Proses yang lebih berbahaya ditukar kepada proses yang kurang
berbahaya. Hazard boleh dihadang supaya pekerja tidak terdedah kepadanya secara
terus. Teknik ini menekankan pentingnya faktor jarak dan perisai untuk mengurangkan
atau menghalang dedahan kepada hazard.
Pengawalan dedahan hazard secara pentadbiran memerlukan jumlah dos dedahan
kepada hazard berkadaran dengan masa dedahan. Semakin lama masa dedahan maka
semakin tinggi dos yang terkumpul. Pengurusan masa yang baik boleh memastikan
pekerja tidak terdedah kepada dos yang melampaui had dos dibenarkan. Hazard
ergonomik dan tekanan juga boleh dikawal dengan pengurusan masa kerja yang sesuai.
40 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
29
2.4.5 Latihan
Cara lain mengawal risiko adalah dengan melatih pekerja cara-cara mengenal
pasti risiko dan menangani hazard di tempat kerja. Latihan yang berkesan hendaklah
bersifat memberi pengukuhan. Ini bermakna ia diberikan secara berterusan dan berulang
kali. Selain latihan mengenai prosedur kerja, latihan memantau keselamatan dan hazard
perlu ditekankan juga.41
2.4.6 Amalan Kerja
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan entiti berasingan daripada proses
kerja biasa dan ia mesti disepadukan serta dijadikan amalan kerja harian. Amalan kerja
hendaklah berlandaskan keyakinan pekerja dan majikan bahawa apa yang dilakukan
adalah untuk kebaikan diri dan orang lain di sekitarnya.
2.4.7 Pemantauan Dan Pengauditan
Pemantau diperlukan untuk memastikan sama ada keadaan spesifik wujud atau
sistem beroperasi seperti yang diharapkan. Pemantauan berkesan dapat mengenal pasti
hazard baru. Tindakan pembetulan dapat dilakukan melalui maklumat mengenai hazard
baru yang diperoleh hasil pemantauan ini. Pengauditan tempat kerja boleh mengesan
41 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
30
sisihan atau hazard sebelum ia berlaku. Cadangan dan tindakan pembaikan berikutan
laporan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh mengawal risiko yang dikenal
pasti. Perbezaan pengauditan dengan pemantauan ialah pengauditan dilakukan pada sela
masa tertentu manakala pemantauan dibuat secara berterusan dalam satu jarak masa
yang ditetapkan.42
2.4.8 Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)
Pilihan kawalan yang telah dilaksanakan biasanya masih tidak mencukupi atau
tidak berkesan dalam mengurangkan risiko ke tahap yang boleh diterima. Dalam hal ini,
pilihan terakhir mengelakkan pekerja daripada risiko adalah dengan pemberian
kelengkapan kelengkapan perlindungan diri (PPE). Penggunaan PPE memberikan
perasaan selamat yang palsu kepada pengguna. Perlu diingat, PPE tidak menghilangkan
hazard tetapi ia hanya mengurangkan risikonya sahaja. Pengurangan risiko juga
bergantung kepada jenis PPE yang digunakan.43
Kecekapan dan keberkesanan PPE memberikan perlindungan kepada
pemakainya adalah terhad dan bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ialah
ketepatan, keberkesanan dan keselesaan alat yang digunakan itu. Kecekapan sesebuah
alat PPE dalam memberikan perlindungan terhadap hazard juga bergantung kepada cara
penggunaan serta penyenggaraannya. Semua faktor ini menjadikan PPE sebagai kaedah
kawalan risiko yang tidak semudah dijangkakan malahan mengancam pemakainya jika
disalahgunakan.44
42 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 43 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction. 44 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
31
Majikan adalah bertanggungjawab menyediakan PPE dan ianya perlu ditambah
dengan mengadakan program latihan kelengkapan perlindungan diri (PPE). Penyediaan
sahaja tidak mencukupi jika pengguna tidak tahu prosedur penggunaan,
penyelenggaraan serta pemantauan peralatan-peralatan ini.
2.5 Rumusan Bab
Secara umumnya, bab ini memberikan gambaran serba sedikit tentang
keselamatan dan kesihatan. Punca dan penyebab sesuatu kemalangan perlu dikenal pasti
sebelum melakukan kawalan terhadapnya. Punca dan penyebab kemalangan dapat
dikenal pasti dengan penggunaan teori-teori penyebab seperti teori domino,teori
pelbagai sebab, teori gabungan, teori psikologi/sikap dan teori pelepasan tenaga. Hazard
ini boleh dikawal dengan menggunakan kaedah seperti mengeliminasi/menghapus,
menggantikan, kawalan rekabentuk, menghadkan risiko menggunakan pendekatan
kejuruteraan dan pengurusan, latihan, amalan kerja, pemantauan serta pengauditan dan
juga penggunaan PPE.
32
BAB 3
PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)
3.1 Pengenalan
Kelengkapan perlindungan diri (PPE), direka bentuk untuk melindungi pekerja
daripada kecederaan teruk atau penyakit pekerjaan lain akibat pendedahan terhadap
bahan-bahan berbahaya di tempat kerja.45
Selain direka bentuk bertujuan melindungi
pemakai, pengunaan PPE yang sesuai dan betul juga adalah mustahak. Di samping
penggunaannya yang betul, kita juga perlu tahu bagaimana untuk menyelenggara dan
memastikan PPE di dalam keadaan yang baik dan bersih. Pemilihan PPE yang tepat dan
sesuai dengan tugas dan pekerjaan juga adalah penting. Majikan dan pekerja haruslah
memahami tujuan, kegunaan dan had perlindungan PPE.46
45 U.S Department of Labor Occupational Safety and Health Administration. (2002). OSHA Fact Sheet: Personal Protective
Equipment. 46 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2008). Rendang Safety and Fire Training Centre.
33
Pemakaian PPE dapat membantu pekerja untuk mengelakkan sebarang
kecederaan semasa melaksanakan tugas tetapi pekerja kerap mengelak untuk
menggunakannya. Ia adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk
menetapkan polisi dan peraturan dalam pemakaian PPE di samping menggalakkan
mereka menggunakannya.47
3.2 Definisi Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)
Merujuk kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), PPE
bermaksud, “Apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh
seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko
kepada keselamatan atau kesihatannya dan apa-apa eksesori tambahan yang
direkabentuk untuk memenuhi matlamat itu”.48
(JKKP, 2009)
Menurut sumber lain, Rendang Safety and Fire Training Centre (2008), PPE
adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan/aksesori yang
direkacipta untuk memberi perlindungan daripada hazard atau bahaya di tempat kerja.
Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindungi pekerja dari bahaya atau bahaya-
bahaya pekerjaan yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.49
47 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards. 48 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan. (2008). Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE).
http://www.osha.gov/Publications/osha3151.html. (dicapai pada 3 September 2009, 2.45pm) 49 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2008). Rendang Safety and Fire Training Centre.
34
Jabatan Sumber Manusia pula mentakrifkan PPE sebagai, apa-apa peralatan yang
diingatkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang di tempat kerja dan yang mana
melindungi dirinya daripada satu atau lebih risiko kepada kesihatan dan keselamatan.50
3.3 Kehendak Perundangan Berkaitan PPE
Di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan 1994, Seksyen 24(1) menyatakan
adalah menjadi tanggungjawad pekerja untuk memakai dan menggunakan PPE yang
disediakan oleh majikan sepanjang masa bekerja berpandukan arahan-arahan
keselamatan. Di bawah Seksyen 26 pula, majikan dilarang untuk mengenakan apa-apa
caj atau levi terhadap pekerjanya ekoran penyediaan PPE. Seksyen 17, menegaskan
bahawa setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjanya di tempat kerja selain menyediakan PPE.51
Di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)
2000 (USECHH), Peraturan 15(1) menyatakan bahawa penyediaan PPE yang disahkan
adalah tersenarai dalam hirarki kawalan risiko.52
Di bawah Akta Kilang & Jentera 1967, kehendak-kehendak berhubung PPE
termaktub di bawah Seksyen 24 dan juga disyaratkan di bawah peraturan-peraturan
berikut:53
50 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards. 51Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson – Prentice Hall. Muka surat 25. 52 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards. 53 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.
35
i. Peraturan Kilang & Jentera 1970 (Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan)
- Peraturan 32(a), (c), (e) hingga (i)
ii. Peraturan Kilang & Jentera 1984 (Panduan)
- Peraturan 20 hingga 24, 46(2)
iii. Peraturan Kilang & Jentera 1986 (Operasi Bangunan & Kerja-kerja
Pembinaan) (Keselamatan)
- Peraturan 11 hingga 15
iv. Peraturan Kilang & Jentera 1986 (Proses Asbestos)
- Peraturan 9 dan 10
v. Peraturan Kilang & Jentera 1989 (Debu)
- Peraturan 4(2), 17 hingga 20
3.4 Jenis-jenis PPE
Terdapat pelbagai jenis PPE bergantung kepada keperluan penggunaannya. PPE
boleh dikatogerikan mengikut risiko dan juga bahagian badan yang ingin dilindung.
Terdapat sembilan jenis PPE iaitu:
36
3.4.1. Perlindungan Kepala
Terdapat beberapa jenis peralatan perlindungan kepala iaitu topi keledar, topi
keselamatan industri dan topi lengkuk (HSE, 1992). Pemilihan perlindungan kepala
haruslah bersesuaian dengan jenis risiko yang terlibat dan mestilah muat dipakai oleh
pemakai. Gunakan topi keselamatan berpandukan garis panduan pengilangnya kerana
tidak semuanya direkabentuk untuk menyediakan impak perlindungan jika disalah
gunakan. Jangan sesekali menebuk lubang pada cengkerang topi kerana ia akan
mengurangkan atau menghapuskan fungsi penebatannya.54
Rajah 3.1: Topi Keselamatan Industri Rajah 3.2: Topi Lengkuk (Bump Caps)
3.4.2. Perlindungan Muka
Penghadang muka, yang mana melindungi muka dari dahi hingga ke kawasan
leher daripada percikan bunga api atau bahan kimia. Jangan sesekali menggunakannya
54 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.
37
untuk melindungi diri daripada debu, kabus atau gas kerana ia tidak tertutup
sepenuhnya. Ia cuma menutupi di bahagian depan muka sahaja dengan keadaan
belakangnya adalah terbuka atau terdedah. Perisai perlu dijaga dari mengalami calar
serta kekotoran pada cermin penghadang kerana ia akan menyebabkan mata menjadi
letih akibat had penglihatan yang terganggu.55
Rajah 3.3: Penghadang Muka (Face-shields)
3.4.3. Perlindungan Mata
Perlindungan mata terdiri daripada cermin mata keselamatan dan juga gogel.
Cermin mata keselamatan bermaksud untuk melindungi mata dari debu dan bahan
terampai di udara tetapi ia kurang berkesan untuk bahan-bahan kimia kerana masih ada
ruang yang terbuka. Gogel pula mempunyai rangka di bahagian tepi dibuat daripada
55 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.
38
plastik boleh lentur serta tali kenyal untuk dipakaikan di kepala. Perlindungannya adalah
lebih baik berbanding cermin mata keselamatan kerana mampu melindungi mata
daripada radiasi bahan kimia.56
Rajah 3.4: Cermin Mata Keselamatan Rajah 3.5: Gogel
3.4.4. Perlindungan Pendengaran
Bising atau bunyi yang tak dikehendaki merupakan salah satu masalah kepada
kesihatan pekerjaan. Bunyi termasuk perubahan tekanan dalam medium udara yang
disebabkan oleh getaran atau pergolakkan. Perubahan tekanan ini menghasilkan
kemunculan gelombang yang merebak jauh dari punca bunyi. Pendedahan kepada bunyi
bising yang terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan pendengaran. Oleh yang
demikian, kebisingan yang melebihi 85dB memerlukan penggunaan peralatan
perlindungan pendengaran.57
56 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards. 57 OSHA.(2002). Hearing Conservation. http://www.osha.gov/Publications/osha3074.pdf. (dicapai pada 5 Okt 2009, 9.50pm)
39
Rajah 3.6: Peralatan Perlindungan Pendengaran
3.4.5. Perlindungan Pernafasan
Alat pernafasan ialah peralatan perlindungan yang menutupi hidung dan mulut atau
keseluruhan muka dan kepala untuk melindungi pemakai daripada keadaan atmosfera
yang berbahaya. Perlindungan pernafasan berfungsi menghalang kemasukan debu,
wasap, kabut, wap dan gas yang berbahaya ke dalam sistem pernafasan. Ia terdiri
daripada respirator penapis udara dan repirator pembekal udara/oksigen. Pemilihan
respirator yang bersesuaian dengan risiko dan aktiviti kerja adalah penting sebelum
menggunakan kelengkapan ini.58
58 OSHA. (2002). Respiratory Protection. http://www.osha.gov/Publications/osha3079.pdf. (dicapai pada 5 Okt 2009, 9.30pm)
40
Rajah 3.7: Alat Perlindungan Pernafasan
3.4.6. Perlindungan Tubuh
Peralatan perlindungan tubuh merupakan satu set perlindungan yang melindungi
keseluruhan tubuh badan daripada pelbagai risiko seperti haba, sejuk, percikan bahan
kimia dan lebur, penyemburan gas dan sebagainya. Jenis-jenis perlindungan badan
termasuklah sut perlindung, jaket keselamatan, sut kimia, sut untuk kerja panas dan
sebagainya mengikut situasi kerja yang bersesuaian. Pemilihan perlindungan tubuh
harus merangkumi antistatik, tidak mudah terbakar, ketahanan bahan yang tinggi, tidak
resap kimia dan keselesaan.59
59 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.
41
Rajah 3.8: Pakaian Perlindungan Tubuh
3.4.7. Perlindungan Tangan
Terdapat pelbagai jenis perlindungan tangan seperti sarung tangan, sarung tangan
besi dan losyen tangan bertujuan melindungi tangan daripada infeksi oleh bahan kimia
berbahaya. Sebelum memilih sarung tangan, terdapat beberapa faktor yang perlu
dipertimbangkan seperti ketoksikan kimia, keberkesanan proses pembersihan dan ciri-
ciri penyerapan sarung tangan. Jika berlaku keraguan terhadap keberkesanan proses
pembersihan sarung tangan, adalah disarankan untuk menggantikannya dengan yang
baru. Walaupun perlindungan tangan digunakan semasa menjalankan tugas,
pembersihan tangan selepas menggunakan peralatan adalah perlu.60
60 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.
42
Rajah 3.9: Alat Perlindungan Tangan
3.4.8. Perlindungan Kaki
Kasut keselamatan merupakan peralatan perlindungan kaki yang berfungsi
melindungi kaki dari mengalami kecederaan seperti melebur, terbakar, tergelincir,
terpijak dan terhempap bahan berbahaya. Pemilihan kasut keselamatan harus bergantung
kepada keutamaan kerja tetapi keselesaan, gaya dan ketahanan juga harus
dipertimbamngkan. Secara umumnya, kasut keselamatan sepatutnya fleksibel, kalis air
dan menyerap perpeluhan kaki. Terdapat pelbagai jenis perlindungan kaki seperti but
keselamatan, “foundry boots”, „wellington boots”, kasut antistatik dan kasut konduktif.61
61 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.
43
Rajah 3.10: Kasut Keselamatan Rajah 3.11: Kasut Antistatik
3.4.9. Perlindungan Jatuh
Bekerja di tempat tinggi memerlukan peralatan perlindungan jatuh seperti abah-
abah dan tali pinggang keselamatan. Namun begitu dalam kebanyakkan situasi, tali
pinggang keselamatan adalah tidak sesuai digunakan kerana kemampuan
perlindungannya yang terhad. Penggunaan abah-abah adalah lebih baik berbanding tali
pinggang keselamatan disebabkan reka bentuknya yang memegang pemakai secara
seimbang dan bukan hanya tertumpu pada satu bahagian badan sahaja.62
62 U.S Department of Labor Occupational Safety and Health Administration. (2005). Construction Workers Falls through Roof:
Fatal Versus Serious Injuries. http://www.sciencedirect.com/science. (dicapai pada 4 September 2009, 3.58pm)
44
Rajah 3.12: Abah-abah
3.5 Faktor-Faktor Pekerja Pembinaan Tidak Menggunakan PPE
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak
menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Terdapat lima kategori utama
klasifikasi faktor yang menyebabkan mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan
PPE iaitu:
3.5.1. Faktor Pengurusan/Majikan
Keperluan undang-undang telah meletakkan tanggungjawab utama terhadap
keadaan selamat di tempat kerja kerja di bawah tugas dan tanggungjawab majikan.
45
Peranan penentu yang dimainkan oleh pihak pengurusan dalam mencegah kemalangan
dan kerugian adalah nyata kerana merekalah yang mewujudkan tempat kerja dan
merekalah yang berkuasa mencorak cara kerja. Antara faktor yang terkandung di bawah
faktor pengurusan/majikan ini ialah:63
i. Majikan tidak menyediakan PPE untuk pekerja-pekerjanya. Terdapat majikan
yang tidak menitikberatkan keselamatan pekerjanya termasuklah tidak
meghiraukan tanggungjawabnya untuk menyediakan PPE.64
ii. Majikan tidak menekankan penggunaan PPE di kalangan pekerja bawahannya.
Penyediaan PPE dilakukan tetapi tiada tindakan yang diambil untuk memberi
penekanan penggunaan PPE. Majikan hanya bertindak untuk menyediakan
peralatan,selebihnya diserahkan kepada tindakan pekerja untuk menggunakannya
atau tidak.65
iii. Pihak pengurusan tidak memberikan latihan kelengkapan perlindungan diri
kepada pekerjanya. Latihan kelengkapan perlindungan diri adalah perlu bagi
mendedahkan pekerja tentang penggunaan peralatan tersebut.66
iv. Pihak pengurusan tidak tegas berkenaan pemakaian PPE di kalangan pekerjanya.
Mereka menekankan penggunaannya tetapi tidak tegas dalam memastikan
peralatan tersebut digunakan.67
v. Melakukan pendekatan mengatasi yang salah. Pekerja juga adalah manusia dan
berperasaan, oleh itu, melakukan tindakan menasihati yang salah seperti
63 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am) 64 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am) 65 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am) 66 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September 2009, 8.01am)
67 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September 2009, 8.01am)
46
menengking adalah tidak berkesan. Pekerja akan berasa lebih marah dengan
teguran sebegitu serta mengabaikannya berbanding menegur dan bercakap
dengan cara yang sepatutnya.68
vi. Pihak pengurusan mengenakan bayaran terhadap penyediaan peralatan
perlindungan diri. Memandangkan harga bagi peralatan ini agak mahal tambahan
pula bagi peralatan yang diimport, jalan penyelesaian mudah yang diambil oleh
pekerja adalah dengan tidak menggunakannya.
3.5.2. Faktor Individu Pekerja/Psikologi Dan Sikap
Tingkah laku, sikap dan cara mereka bekerja menentukan sekitaran selamat
pekerjaan. Faktor pekerja/psikologi dan sikap boleh dikategorikan sebagai tindakan
manusia itu sendiri. Menurut Vincolli (1994), sikap dan kesilapan manusia merupakan
hasil akhir pelbagai faktor yang bertindak secara berasingan atau bersama untuk
mempengaruhi elemen manusia dalam mengambil tindakan. Terdapat beberapa sub-
faktor yang tersenarai di bawah faktor utama ini iaitu:69
i. Mereka tidak tahu apa itu PPE. Kebanyakkan pekerja pembinaan tahu apa itu
PPE tetapi menurut hasil kajian Rizwan U. Farooqui, Syed M. Ahmed dan
Kamalesh Panthi, terdapat 8% pekerja pembinaan tidak tahu apa itu PPE.70
68 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September
2009, 8.01am) 69 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am) 70 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am)
47
ii. Mereka tidak tahu mengapa perlunya (kepentingan) kelengkapan tersebut
digunakan. Walaupun kebanyakkan pekerja tahu keperluan kelengkapan tersebut
tetapi masih ada sebahagian yang tidak tahu tentang keperluannya.
iii. Tiada disiplin diri juga faktor yang menggalakkan seseorang pekerja tidak
menggunakan PPE. Mereka yang berdisiplin rendah cenderung untuk tidak mahu
mendengar serta mengikut arahan yang diberikan.
iv. Tidak tahu tanggungjawab mereka seperti yang tertakluk di bawah Akta
Keselamatan & Kesihatan 1994, Seksyen 24(1). Adalah menjadi tanggungjawab
pekerja untuk memakai dan menggunakan PPE yang disediakan oleh majikan
sepanjang masa bekerja berpandukan arahan-arahan keselamatan.
v. Sesetengah pekerja akan berfikir bahawa cara pendekatan dengan penggunaan
PPE adalah tidak berkesan. Sekalipun penggunaannya dipraktikkan, risiko tetap
tidak dapat dikurangkan. Keadaan sebegini akan menyebabkan mereka berputus
asa dan mengambil mudah tentang pemakaian PPE. Sebahagian daripada pekerja
mengambil keputusan untuk tidak menggunakannya terus.71
vi. Memberi tekanan psikologi kepada pekerja. Memakai PPE dalam keadaan cuaca
panas, ruang terkurung dan ruang pengudaraan yang teruk memberi tekanan
kepada pekerja. Tekanan sebegini akan menimbulkan perasaan marah yang mana
menggalakkan mereka mencampakkan PPE ketepi.
71 Ferdinand, F.F. (2003). Why employees don’t do what they’re supposed to do and what to do about it.
http://www.amazon.com/Employees-Dont-Theyre-Supposed-About/dp/0071342559. (Dicapai pada 27 september 2009, 8.01am)
48
3.5.2 Faktor Peralatan
Bahan dan kelengkapan boleh secara sendirian atau saling bertindak antara satu
dengan yang lain mempengaruhi pemakai untuk memakainya. Peralatan walaupun
melindungi pemakainya tetapi ia juga boleh membahayakan pengguna berdasarkan
beberapa faktor seperti:72
i. Peralatan yang tidak padan dengan pekerja. Kebanyakkan peralatan direka
bentuk cenderung untuk lebih selesa dipakai oleh lelaki berbanding perempuan.
Selain itu, kepadanan peralatan juga termasuk kesesuaian saiz peralatan dengan
pemakainya. Pekerja tidak akan menggunakan peralatan tersebut jika saiznya
tidak padan kerana ia hanya akan membataskan pergerakan kerja mereka.73
ii. Bekalan peralatan yang tidak mencukupi memungkinkan pekerja tidak
menggunakan PPE sewaktu bertugas. Hal ini kerana, kebanyakkan pekerja tidak
mahu bergaduh sesama mereka hanya kerana berebut paralatan PPE.74
iii. Reka bentuk PPE yang tidak cantik dan menarik menyebabkan ramai pekerja
menolak untuk menggunakannya. Bentuk dan penampilan warna yang agak
melucukan mendorong pekerja untuk tidak menggunakannya kerana malu
dengan keadaan diri mereka sewaktu menggunakan PPE ini.
iv. Kombinasi peralatan yang melebihi had juga menyebabkan pekerja mengelak
untuk menggunakannya. Penggunaan topi keselamatan yang dikombinasikan
dengan pemakaian alat respirator pembekal oksigen adalah sangat menyulitkan
pekerja untuk memakainya.
72 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am) 73 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September 2009, 8.01am)
74 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September 2009, 8.01am)
49
v. Peralatan yang berat juga menyebabkan pemakaian PPE tidak diendahkan.
Peralatan yang berat membataskan pergerakan pekerja semasa menjalankan
tugas.
vi. Faktor keselesaan juga menyebabkan ramai pekerja meletak ke tepi peralatan
perlindungan ini. Bekerja selama 8-10 jam sehari dengan penggunaan PPE
merupakan sesuatu yang tidak selesa bagi pekerja dan memaksa mereka untuk
menanggalkannya.75
vii. Harga peralatan yang mahal mengelakkan pekerja untuk menggunakannya.
Terdapat majikan yang tidak menyediakan PPE dan pekerja mereka terpaksa
menyediakannya sendiri. Keadaan ini menggalakkan ramai pekerja mengambil
keputusan tidak mahu memakainya.
3.5.3. Faktor Sekitaran
Sekitaran boleh bersaling tindak dengan bahan atau kelengkapan serta
mempengaruhi cara pekerja melakukan kerja mereka. Kaitan antara faktor sekitaran
dengan PPE adalah kesesuaian pemakaiannya dengan sesuatu situasi sekitar seperti
panas, sejuk, bising dan sebagainya termasuk juga persekitaran sosio seperti pengaruh
rakan. Berikut merupakan faktor-faktor yang tersenarai di bawah faktor sekitaran
kerja.76
75 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September
2009, 8.01am) 76 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am)
50
i. Cuaca panas dengan kerja berat yang dilakukan oleh pekerja menyebabkan
mereka segera menanggalkan PPE bagi mendapat keselesaan yang dikehendaki.
Cuaca yang panas ditambah dengan pemakaian PPE adalah sesuatu yang sangat
tidak dikehendaki oleh pekerja. Pemakaiannya kadang kala hanya menambah
burukkan keadaan sahaja.77
ii. Pengaruh rakan sekerja lain yang tidak menggunakan PPE juga menggalakkan
pekerja yang menggunakannya untuk cenderung tidak memakainya. Pengaruh
rakan sekerja sering kita lihat memberikan impak yang berkesan dalam
penularan sesuatu budaya kerja.
iii. Ruang kerja yang sempit mendorong pekerja menanggalkan PPE dan tidak mahu
menggunaknnya. Adalah lebih mudah membawa serta menguruskan diri sendiri
tanpa menggunakan PPE sewaktu berada di tempat sempit. Penggunaannya
kadang kala hanya menambah kesulitan dan membataskan pergerakan di ruang
yang sempit tersebut kerana perlu menguruskan peralatan yang sangkut,
tertanggal dan sebagainya.
3.5.4. Faktor-Faktor Lain
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada faktor mengapa pekerja pembinaan
tidak menggunakan PPD pada masa melaksanakan tugas adalah:78
i. Faktor kondisi kesihatan pekerja seperti mengalami luka, bengkak-bengkak,
kudis dan sebagainya di bahagian badan membuatkan mereka mengelak untuk
77 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September
2009, 8.01am) 78 Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009,
10.15am)
51
menggunakan PPD. Penggunaannya hanya akan menambahkan kesakitan mereka
sahaja.79
ii. Mengurangkan produktiviti kerja akibat pemakaian PPD yang mana akan
membatas pergerakan serta kepantasan pekerja menjalankan tugas.
3.6 Rumusan Bab
Kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan kaedah melindungi
pemakainya dari hazard dan risiko. Penggunaan PPE jelas digariskan dalam peraturan
dan termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994. Terdapat sembilan jenis
PPE yang dikatogerikan mengikut bahagian badan. Setiap peralatan ini berbeza
kegunaannya bagi setiap kategori tubuh tetapi mempunyai fungsi yang sama iaitu
melindungi pemakainya dari hazard dan risiko.
Lima faktor utama yang digariskan sebagai penyebab mengapa pekerja
pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Antara faktor-
faktor tersebut ialah faktor majikan/ pengurusan, individu pekerja/ psikologi dan sikap,
peralatan, sekitaran dan lain-lain faktor. Faktor-faktor ini penting untuk diketahui bagi
membuat tindakan susulan dalam menangani masalah penggunaan PPD di kalangan
pekerja pembinaan. Tindakan mengatasi masalah pemakaian PPE yang berkesan
diperlukan bagi meningkatkan penggunaan peralatan perlindungan diri ke tahap yang
lebih baik di kalangan pekerja pembinaan.
79 Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of compliance with PPE on construction
worksites: workers perspective. http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (Dicapai pada 27 September 2009, 8.01am)
52
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, metodologi kajian akan diulas dengan lebih lanjut dan terperinci.
Metodologi merupakan cara, kaedah serta prosedur yang menjadi tulang belakang
kepada sesuatu kajian atau penyelidikan.80
Kaedah yang ingin diterangkan merupakan
prosedur serta cara untuk memperolehi, mengumpul dan menganalisis data. Ia
dijalankan secara berperingkat-peringkat dimulakan dengan pemilihan tajuk kajian
melalui pengenalpastian isu-isu dan berakhir dengan penganalisisan data (lihat Rajah
1.2, Bab 1). Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam mengumpul data-data
kajian iaitu melalui data sekunder, pemerhatian dan borang soal selidik.
Selain itu, bab ini juga akan menerangkan bagaimana kajian dilakukan dan setiap
soalan yang terdapat dalam borang soal selidik yang telah direkabentuk untuk mencapai
80 Joyce M. Hawkins. (2001). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Penerbit Fajar Bakti. Edisi ketiga. Malaysia. Muka surat 250.
53
objektif kajian ini. Jumlah soalan yang dikemukakan juga dipastikan mencukupi untuk
menjawab objektif selain reka bentuk soalan mengikut skop responden. Penggunaan data
kualitatif dan kuantitatif merupakan asas kajian yang ingin dijalankan. Kajian kualitatif
melibatkan penggunaan data kualitatif seperti wawancara , pemerhatian secara langsung,
tinjauan dan analisis terhadap sesuatu dokumen dan bahan.81
Kajian kuantitatif pula
melibatkan data asal yang diperolehi hasil borang soal selidik, temubual serta
pemerhatian.82
4.2 Kajian Awalan
Kajian awalan merupakan peringkat pertama yang perlu dilalui dalam setiap
kajian dan penyelidikan (Sorenson, 2002). Perbincangan awal terhadap permasalahan
penyelidikan dilakukan pada peringkat kajian awal (lihat Rajah 4.1). Seterusnya ia
diikuti oleh kajian literatur yang diperolehi daripada data sekunder. Melalui kajian
literatur ini, segala data dapat dikenal pasti dan seterusnya ia akan mempengaruhi
kaedah kajian yang akan dilakukan seperti penggunaan borang soal selidik.
Pengumpulan data dan maklumat dalam kajian literatur ini diperolehi daripada
pembacaan buku, internet dan jurnal. Ia adalah penentuan dalam pengumpulan data-data
yang masih belum mencukupi dan pengesahan kepada kesasihan kajian lepas yang telah
dilakukan.
81 Abdul Halim Abdul Raof. (2008). Academic Report Writing. Updated second edition. Malaysia. Pearson Prentice Hall. 47. 82 Abdul Halim Abdul Raof. (2008). Academic Report Writing. Updated second edition. Malaysia. Pearson Prentice Hall. 59.
54
Rajah 4.1: Carta Alir Metodologi Kajian (Sorenson, 2002)
Perbincangan Awal
Terhadap Permasalahan
Penyelidikan
Pembentukan Objektif
Penyelidikan
Penetapan Skop
Penyelidikan
Data Sekunder
REKA BENTUK KAJIAN
Pengumpulan Data
dan Maklumat
Kesimpulan dan cadangan
Objektif
1. Temu bual
2. Pemerhatian
3. Soal selidik
Penyusunan dan Penyemakan
Data Maklumat
Manual Komputer Menganalisis Data
Maklumat
Data Primer
Mengenal pasti
Masalah Bidang
Penyelidikan PERINGKAT 1:
Kajian awal
PERINGKAT 2:
Kenal Pasti Data
PERINGKAT 5:
Penulisan Hasil
Kajian
PERINGKAT 4:
Analisis dan
Rumusan
PERINGKAT 3:
Pengumpulan Data
55
4.3 Jenis Data
Dalam kajian ini,data dibahagikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data
sekunder yang saling berkaitan antara satu sama lain. Data primer adalah asas untuk
mendapatkan keputusan dan kesasihan bagi sesuatu kajian manakala data sekunder
adalah penting dalam memenuhi kehendak objektif kajian.
Walaupun sumber bagi kedua-dua data ini diperolehi secara berlainan, tetapi
maklumat yang ingin diperolehi adalah tetap sama bagi memenuhi objektif kajian. Data
sekunder haruslah berorintasikan kajian-kajian terdahulu dalam tajuk yang sama. Data
primer pula merupakan sumber asas kajian yang bakal dilakukan bagi mendapatkan
bukti dan kesahihan data sekunder yang diperoleh.
4.3.1 Pengumpulan Data Sekunder
Data sekunder merupakan data yang diperoleh hasil pembacaan seperti buku,
akbar, internet, seminar, jurnal dan artikel. Kebiasaannya data sekunder adalah dirujuk
terlebih dahulu sebelum sesuatu kajian dijalankan. Data-data yang diperoleh tersebut
akan menjadi panduan dan memberi gambaran secara teori tentang tajuk kajian bagi
mencapai sasaran objektif. Data sekunder diperoleh hasil kajian literatur melibatkan
pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian terdahulu. Bahan-bahan
ini adalah perlu bagi mengukuhkan asas kaedah yang dijalankan dalam kajian ini.
56
4.3.2 Pengumpulan Data Primer
Data primer adalah data yang diperoleh melalui penyiasatan menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian. Dalam kajian ini, pengumpulan data primer adalah
melalui dua kaedah iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah borang soal selidik. Kaedah
pemerhatian dilakukan bagi membuktikan kenyataan dan isu kajian. Manakala, kaedah
borang kaji selidik digunakan bagi menyokong pemerhatian serta mengkaji objektif
kajian dengan lebih terperinci.
4.3.2.1 Kajian Lapangan/ Pemerhatian
Terlebih dahulu pemerhatian di sesebuah tapak bina dilakukan bagi mendapatkan
gambaran awal tentang senario sebenar penggunaan PPE di kalangan pekerja.
Pemerhatian juga penting dalam membantu pemilihan skop sebenar kajian yang ingin
dibuat.
Kaedah ini penting bagi pengumpulan data yang berkaitan dengan kegiatan „non-
verbal‟. Tambahan pula, pemerhatian lebih mudah untuk dilaksanakan kerana tidak
melibatkan prosedur kerja yang rumit serta lebih santai. Selepas pemerhatian dibuat,
untuk mengukuhkan lagi segala hasil pemantauan maka borang soal selidik boleh
diedarkan.
57
4.3.2.2 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik ditafsirkan sebagai satu borang yang diisi oleh orang
kebanyakkan, digunakan untuk mendapatkan maklumat demografi dan pandangan serta
minat terhadap soalan terbabit (Brehob, 2001). Penggunaannya dalam kajian ini adalah
untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada responden. Borang soal
selidik merangkumi satu siri soalan bertujuan mengumpul maklumat daripada responden
dalam jumlah yang besar.
Salah satu kelebihan menggunakan kaedah borang soal selidik adalah ianya
murah dan tidak memerlukan banyak usaha daripada responden berbanding tinjauan
secara bersemuka. Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil untuk
merekabentuk sesuatu borang soal selidik:
i. Objektif tinjauan didefinisikan
ii. Menentukan kumpulan sampel
iii. Merekabentuk borang soal selidik degan mencipta soalan
iv. Mengendalikan borang soal selidik
v. Mentafsirkan hasil
Soalan direka untuk mengumpul sama ada data kualitatif atau kuantitatif. Soalan
kualitatif direka dengan lebih terperinci dan memerlukan pengurusan yang lebih baik.
Secara umum, ia memerlukan reponden untuk banyak berfikir semasa menjawab soalan.
Selain itu, soalan kuantitatif adalah lebih tepat berbanding soalan kualitatif. Kaedah
58
borang soal selidik juga digunakan untuk mempelajari pelbagai aspek seperti pendapat
pekerja, sikap dan pengetahuan mereka.
4.3.2.2.1 Merekabentuk Borang Soal Selidik
Borang soal selidik yang direka dengan baik adalah sangat penting, kejelasan dan
bahasa yang digunakan untuk membuat soalan soal selidik perlu dititikberatkan. Ini
kerana, tujuan soal selidik yang jelas, ringkas dan padat dapat membantu dalam
mendapatkan maklum balas yang baik daripada responden. Seksyen berikutnya akan
menjelaskan tentang borang soal selidik secara terperinci. Ianya akan bermula dengan
halaman pengenalan yang menyatakan tujuan dan objektif soal selidik diikuti oleh jenis
soalan yang ditanya, layout dan urutan soalan. Satu sampel borang soal selidik yang
direka bentuk boleh dijumpai pada halaman lampiran borang soal selidik.
4.3.2.2.2 Bahagian Pengenalan
Rangka borang soal selidik dimulai dengan halaman pengenalan yang
mendefinisikan objektif soal selidik yang dijalankan. Borang soal selidik ini bertujuan
mendapatkan maklumat daripada responden mengenai faktor yang menyebabkan pekerja
pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Bahagian ini juga
merupakan satu penerangan secara ringkas tentang latar belakang dan tujuan borang soal
selidik diedarkan. Ianya adalah penting bagi memastikan responden mengetahui bahawa
maklumat tersebut akan disimpan sebagai rahsia dan tidak akan digunakan dalam mana-
mana aktiviti yang mendatangkan untung atau digunakan untuk menentang responden.
59
4.3.2.2.3 Soalan Kajian
Merekabentuk soalan adalah penting dan perlu berhati-hati supaya soalan yang
diajukan tidak menyebabkan responden berasa ragu-ragu, keliru atau samar-samar serta
tidak lari dari objektif asal kajian. Penyusunan bahasa dan perkataan juga harus jelas,
kemas dan konsisten. Sebolehnya elakkan soalan yang memerlukan responden menulis
dengan panjang lebar. Adalah lebih baik menggunakan soalan yang hanya memerlukan
responden menanda di petak-petak yang disediakan. Hal ini kerana, tidak ramai
responden yang gemarkan soalan sebegini. Tambahan pula mereka tidak mahu
membuang masa hanya kerana perlu berfikir panjang untuk menjawab soalan tersebut.
Pastikan kesesuain reponden jika soalan jenis ini ingin dibentukkan juga.
Jenis soalan yang direka bentuk adalah gabungan soalan bentuk tertutup dan
soalan bentuk terbuka. Responden diminta untuk memilih sama ada salah satu atau lebih
jawapan diingini yang difikirkannya bersesuaian untuk soalan bentuk tertutup.
Responden adalah dialu-alukan untuk memberi komen atau cadangan untuk soalan
bentuk terbuka.
Borang soal selidik kajian ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagian A;
Maklumat Responden, Bahagian B; Pengenalan dan Bahagian C; Peralatan Perlindungan
Diri. Sebanyak tiga puluh (30) set borang soal selidik telah dibuat untuk dijawab oleh
responden (pekerja pembinaan).
Bahagian A adalah berkaitan latar belakang responden atau aspek demografi
yang berkaitan seperti jantina, umur, pengalaman bekerja dan sebagainya. Ia bertujuan
untuk mengetahui statistik dan senario terkini dalam komuniti industri pembinaan.
60
Bahagian B adalah mengenai pengetahuan berkaitan PPE di kalangan pekerja
pembinaan. Soalan dalam bahagian ini adalah jenis soalan terus yang ditanya berkenaan
PPE.
Bahagian C pula merupakan bahagian terakhir yang mana berkaitan dengan
faktor Peralatan Perlindungan Diri tidak digunakan pada masa melaksanakan tugas.
Pekara yang ditekankan dalam bahagian ini adalah mengenai faktor-faktor yang
menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan
tugas. Faktor-faktor dibuktikan kesasihannya dengan mengambil kira pandangan sebenar
pekerja pembinaan melalui borang soal selidik ini.
Jumlah soalan yang dibuat telah dipastikan bersesuaian dalam menjawab
objektif kajian ini. Sebanyak 17 soalan telah dimuatkan dalam borang soal selidik ini.
Selain itu, jumlah soalan ini juga dipastikan tidak terlalu banyak bagi mengelakkan
pembaziran masa dalam menjawab soalan serta mengelakkan responden dari kebosanan.
Namun begitu, jumlah soalan juga dipastikan tidak terlalu kurang kerana ia akan
memberi kesan kepada kesasihan kajian.
4.3.2.2.4 Susun Atur Soalan
Susun atur agak penting, soalan dan pilihan jawapan seharusnya disusun secara
menarik, kemas serta elakkan soalan terlalu panjang yang boleh menurunkan minat
responden untuk menjawabnya. Selain itu, urutan secara logikal juga adalah penting,
soalan yang berkaitan dengan pekara yang sama patut diletakkan. Saiz tulisan juga perlu
diambil perhatian. Pastikan tulisan tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga sukar
untuk dibaca oleh responden.
61
4.3.2.2.5 Pengedaran Borang Soal Selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk dilengkapkan secara
manual. Seramai 30 responden diperlukan untuk menjawab borang soal selidik tersebut.
Borang soal selidik ini diedarkan kepada pekerja pembinaan di tapak bina yang terdapat
di sekitar UTM.
Tidak semua borang soal selidik yang diedarkan kepada responden telah
dikembalikan dengan penyertaan yang penuh. Sesetengah daripada responden menolak
untuk menyertai kerana beralasan mereka tidak berminat terhadap topik tinjauan,
mempunyai masa yang terhad untuk tinjauan ini, mempunyai pengetahuan yang terhad
terhadap topik kajian dan tiada ganjaran diberikan sekiranya menyiapkan borang soal
selidik.
4.4 Analisis data
Proses penganalisisan data dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh
responden melalui borang soal selidik. Semasa proses menganalisis data, kesemua
soalan dipastikan sudah dijawab dengan sempurna oleh responden. Data-data yang
diperolehi akan dibahagikan mengikut kategori. Data yang diterima juga akan dianalisa
dengan menggunakan kaedah tertentu bagi mendapatkan keputusan dan kesimpulan.
Data-data tersebut seterusnya diproses menggunakan perisian komputer iaitu
Microsoft Office Excel 2007 dan SSPS 17.0 for Windows. Data yang telah diproses akan
62
dikeluarkan dalam bentuk carta dan graf. Setelah itu, carta serta graf-graf tersebut
dianalisis dan dibincangkan secara lebih lanjut dan terperinci. Data-data ini juga yang
akan menjadi bukti kepada kesahihan kajian dan merupakan bahan untuk membuat
keputusan.
4.4.1 Kaedah Analisis
Analisis data dilakukan bagi memperolehi hasil keputusan kajian. Dalam
pemprosessan data bagi kajian ini, dua kaedah yang digunakan iaitu kaedah analisis
kekerapan (frekuency analysis) dan skala likert. Jadual dan graf akan dihasilkan serta
digunakan untuk menunjukkan keputusan data yang telah diperolehi.
4.4.1.1 Analisis Kekerapan (Frequency Analysis)
Kaedah ini digunakan kerana ia amat sesuai dan mudah untuk difahami. Dalam
kaedah ini, data-data yang diperolehi akan dikira dalam bentuk peratusan. Peratusan-
peratusan tersebut diperolehi dengan menggunakan rumus di bawah:
Kekerapan Responden
Peratusan (%) = x 100
Jumlah Keseluruhan Responden
63
Hasil peratusan ini kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Kaedah ini akan menghasilkan bentuk data yang lebih jelas untuk dianalisis dam mudah.
4.4.1.2 Skala Likert
Penggunaan kaedah analisis skala likert diperlukan bagi soalan jenis tahap
persetujuan. kaedah ini akan digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi pada
Bahagian C dalam borang soal selidik kajian ini. Nilai min untuk setiap soalan dalam
Bahagian C diperolehi dengan menggunakan perisian SPSS 17.0. Soalan Bahagian C
adalah soalan berbentuk skala likert dan melibatkan penentuan jumlah skor.
Min skor yang diperolehi daripada hasil analisis akan digunakan untuk
menentukan tahap persetujuan responden terhadap factor-faktor yang dikemukakan.
Setiap nilai min yang diperolehi untuk setiap faktor yang disenaraikan akan
diklasifikasikan mengikut skala indeks yang telah dikira dengan kaedah seperti berikut:
Purata Perbezaan Skor = Min Tertinggi - Min Terendah
Jumlah Julat
Indeks = Min Terendah + Purata Perbezaan Skor
64
Hasil yang diperolehi kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
graf bar. Persembahan data dalam bentuk graf bar adalah lebih sesuai untuk melihat
tahap persetujuan responden bagi setiap faktor-faktor yang dikemukakan.
4.5 Rumusan Bab
Umumnya dalam bab ini, perbincangan mengenai metodologi atau kaedah
penyelidikan dikemukakan dengan lebih terperinci dan mendalam. Sebab pemilihan bagi
sesuatu skop tempat kajian, kaedah, responden, dan sebagainya dibincangkan dengan
teliti. Segala aspek utama dalam perlaksanaan kajian telah digariskan untuk memberi
satu gambaran secara am bagaimana ia dijalankan. Satu reka bentuk kaedah
penyelidikan yang baik adalah kajian yang telah diatur dan dirancang dengan teliti serta
berkesan. Selain itu, menentukan kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam
mendapatkan maklumat adalah penting bagi memastikan perbelanjaan tidak terlalu
tinggi.
65
BAB 5
ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN
5.1 Pengenalan
Setelah mengkaji faktor-faktor mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan
kelengkapan perlindungan diri (PPE) pada masa menjalankan tugas secara teori melalui
kajian literatur, langkah seterusnya adalah dengan membuktikan kesahihan maklumat
dengan cara yang lebih praktikal iaitu melalui kajian lapangan/ pemerhatian dan borang
soal selidik. Kedua-dua kaedah ini merupakan kaedah yang dikenal pasti bersesuaian
dan dapat membantu mencapai objektif kajian yang dijalankan dengan lebih berkesan.
Hasil kajian lapangan/ pemerhatian serta soal selidik dianalisis menggunakan
SSPS 17.0 for Windows dan Microsoft Office Excel 2007. Segala data yang telah
dianalisis dijadualkan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar. Data-data
ini kemudiannya dibincangkan dengan lebih lanjut berdasarkan ulasan kajian literatur
dalam Bab 2 dan Bab 3.
66
5.2 Hasil Kajian Lapangan/ Pemerhatian
Kajian lapangan/ pemerhatian dilakukan bagi mendapatkan gambaran awal
mengenai pemakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE) di kalangan pekerja
pembinaan melalui persampelan kedah pemerhatian sistematik. Dalam kaedah
pemerhatian sistematik, pengkaji adalah pemerhati penuh yang tidak menjadi sebahagian
daripada peristiwa yang diperhatikan. Hal ini bermakna, peserta-peserta di bawah
pemerhatian mungkin tidak sedar tentang kewujudan pemerhati atau tidak mengetahui
bahawa mereka sedang diperhati.83
Pemerhatian dilakukan ke atas lima buah tapak bina yang terdiri daripada
kontraktor Kelas A. Kontraktor Kelas A dipilih kerana dilihat masih terdapat segelintir
pekerja mereka yang tidak menggunakan PPE walaupun berada dalam pembinaan kelas
atasan. Sebanyak dua ratus pemerhatian telah berjaya dilaksanakan terhadap dua ratus
pekerja pembinaan. Dua jenis kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang asas digunakan
diperhati iaitu kasut keselamatan dan topi keselamatan. Setiap peserta yang diperhati
akan dinilai dari dua aspek ini sama ada mereka memakai kelengkapan tersebut atau
tidak. Contoh borang pemerhatian adalah seperti yang terdapat pada lampiran B.
5.2.1 Hasil Persampelan Pemerhatian Sistematik di Tapak Bina
Data yang diperoleh hasil kajian lapangan/ pemerhatian dipersembahkan seperti
yang terdapat dalam Jadual 5.1. Penjadualan dilakukan dengan menjumlahkan
keseluruhan pemerhatian mengikut jenis kelengkapan hasil gabungan lima buah tapak
83 Chua, Yan Piaw. (2006). Kaedah Dan Statistic Penyelidikan Buku 1. Malaysia. Mc Graw Hill Education. 145.
67
bina yang dipantau. Akhir sekali, hasil keseluruhan data kemudiannya diolah dengan
lebih terperinci.
Berdasarkan Jadual 5.1, secara keseluruhan, didapati kadar pemakaian
kelengkapan perlindungan diri (PPE) di kalangan pekerja pembinaan dari kontraktor
Kelas A adalah memberangsangkan. Secara keseluruhannya, 74% daripada pekerja
pembinaan memakai PPE pada masa melaksanakan tugas manakala sebanyak 26% pula
tidak memakai PPE pada masa melaksanakan tugas.
Walaupun peratus pemakaian PPE boleh dibanggakan tetapi amat menyedihkan
kerana masih terdapat lebih ¼ dari pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada
masa bertugas. Nilai ini adalah sesuatu yang menyedihkan kerana kontraktor Kelas A
seharusnya tidak melebihi kadar ¼ tersebut. Hal ini kerana, ramai yang beranggapan
bahawa kontraktor Kelas A mempunyai satu sistem kawalan keselamatan yang tinggi
dan ketat.
Pemerhatian dilaksanakan bertujuan menyokong isu yang menyatakan bahawa
masih terdapat segelintir pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas walaupun bekerja dengan kontraktor kelas atasan. Dari kajian
lapangan yang telah dijalankan didapati penyataan tersebut adalah benar. Berdasarkan
data yang diperoleh, maka kaedah borang soal selidik boleh dilaksanakan bagi
menyokong dan mengetahui dengan lebih terperinci faktor-faktor yang menyebabkan
segelintir pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.
68
Jadual 5.1: Kekerapan Pemakaian Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)
Bil.
Jenis peralatan
perlindungan
diri (PPD)
Bilangan responden
Jumlah Memakai Tidak memakai
Kekerapan % Kekerapan %
1 Topi keselamatan 134 67 66 33 200
2 Kasut keselamatan 162 81 38 19 200
Jumlah 296 74 104 26 400
5.2.2 Bukti Bergambar Hasil Kajian Lapangan/ Pemerhatian
Rajah 5.1 menunjukkan pemandu jentolak yang tidak memakai topi keselamatan
pada masa mengendalikan jentera tersebut. Walaupun dilihat seolah-olah risiko untuk
pemandu tersebut mengalami kecederaan kepala adalah kurang sekalipun dia tidak
menggunakan topi keselamatan tetapi dia seharusnya patuh pada peraturan dan
tanggungjawab memakai PPE pada masa melaksanakan tugas.
Rajah 5.1: Pemandu Jentolak Yang Tidak Memakai Topi Keselamatan
69
Rajah 5.2 menunjukkan buruh biasa yang tidak menggunakan kasut keselamatan
pada masa melaksanakan tugas. Buruh tersebut hanya menggunakan kasut biasa yang
sepatutnya tidak dibenarkan dipakai sewaktu berada di tapak pembinaan kerana risiko
untuk mengalami kecederaan kaki adalah tinggi seperti terkena paku, lebihan besi-besi,
tetulang dan sebagainya. Tindakannya tidak memakai kasut keselamatan boleh
menyebabkan berlaku kecederaan.
Rajah 5.2: Buruh Biasa Yang Tidak Memakai Kasut Keselamatan
5.3 Hasil Pengumpulan Borang Soal Selidik
Bagi memperkukuhkan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian lapangan/
pemerhatian, maka kaedah soal selidik dilaksanakan. Borang soal selidik diagih melalui
70
kaedah serahan tangan. Setiap borang soal selidik yang diedar diterima balik dalam
jumlah yang mencukupi dan masalah hanya timbul dari segi kelewatan tempoh
penerimaan semula borang.
Sebanyak 30 set borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan dan peratus
responden yang menjawab adalah 100%. Pemilihan responden sebanyak 30 orang adalah
menepati pendapat Sabitha Marican (2006) yang menyatakan bahawa kebanyakkan ahli
statistik bersetuju bahawa 30 responden adalah bilangan minimum yang diperlukan
untuk membuat satu penafsiran statistik yang bermakna.
5.3.1 Hasil Analisis Bahagian A Borang Soal Selidik
Hasil analisis bahagian A adalah mengenai demografi responden. Maklumat
yang telah diperolehi adalah jantina dan jawatan responden. Dalam bahagian ini, jumlah
soalan yang disoal adalah bergantung kepada kesesuaian kajian.
5.3.1.1 Jantina Responden
Berdasarkan Jadual 5.2, daripada 30 responden yang menjawab borang soal
selidik, didapati sebanyak 93.3% atau seramai 28 orang adalah lelaki. Selebihnya iaitu
sebanyak 6.7% atau seramai dua orang adalah perempuan.
71
Jadual 5.2: Jantina Responden
Jantina
Bilangan responden
Kekerapan %
1.Lelaki 28 93.3
2.Perempuan 2 6.7
Jumlah 30 100
5.3.1.2 Jawatan Responden
Merujuk kepada Jadual 5.3, sebanyak 36.7% atau seramai 11 orang responden
merupakan buruh biasa. Sebanyak 33.3% atau seramai 10 orang responden pula terdiri
daripada tukang-tukang. Manakala Jurutera mekanikal & elektrikal (M&E) dan
pemandu/ pengendali jentera berat pula masing-masing adalah sebanyak 16.7% dan
10%. Lain-lain jawatan merangkumi 3.3% daripada keseluruhan peratusan atau seorang
sahaja yang terlibat.
Jadual 5.3: Jawatan Responden
Bil. Jawatan Bilangan responden
Kekerapan %
1 Jurutera mekanikal & elektrikal (M&E) 5 16.7
2 Pemandu/ pengendali jentera berat 3 10
3 Tukang-tukang 10 33.3
4 Buruh biasa 11 36.7
5 Lain-lain 1 3.3
Jumlah 30 100
72
5.3.2 Hasil Analisis Bahagian B Borang Soal Selidik
Bahagian ini mencungkil sedikit sebanyak pengetahuan responden berkenaan
kelengkapan perlindungan diri (PPE). Terdapat empat soalan yang dikemukakan dalam
bahagian ini yang mana soalan 1 merupakan soalan berangkai.
5.3.2.1 Kekerapan Penggunaan PPE Pada Masa Melaksanakan Tugas
Hasil pemerhatian mendapati kadar penggunaan PPE pada masa melaksanakan
tugas adalah memberangsangkan. Namun begitu, setelah disoal selidik menggunakan
borang soal selidik nyata sekali keputusannya adalah berbeza. Daripada 30 responden,
sebanyak 25 orang kadangkala sahaja memakai PPE pada masa melaksanakan tugas atau
sebanyak 83.3%. Seramai lima orang responden pula didapati sentiasa memakai PPE
pada masa melaksanakan tugas atau sebanyak 16.7%. Tidak terdapat seorang pun
responden yang langsung tiada memakai PPE pada masa melaksanakan tugas.
Jadual berikutnya menunjukkan sebab mengapa pekerja pembinaan kadangkala
sahaja menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Sebab-sebab ini juga
merupakan faktor-faktor mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada
masa melaksanakan tugas.
73
Jadual 5.4: Penggunaan PPE Oleh Pekerja Pembinaan Pada Masa Melaksanakan Tugas
Bil. Penggunaan PPE Bilangan responden
Kekerapan %
1 Ada 5 16.7
2 Kadangkala 25 83.3
3 Tiada 0 0.00
Jumlah 30 100
Dalam Jadual 5.5, daripada 25 responden yang menyatakan mereka kadangkala
sahaja menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas didapati masing-masing
mempunyai sebab tersendiri yang boleh dijadikan faktor mengapa pekerja pembinaan
tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Sebanyak 52% atau 13
responden menyatakan bahawa mereka kadangkala sahaja menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas kerana beranggapan bahawa PPE tidak menjamin keselamatan diri
sepenuhnya. Sebanyak 36% atau 9 responden pula menyatakan mereka kadangkala
sahaja menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas kerana mereka tidak tahu
kepentingan penggunaan PPE. Selebihnya, sebanyak 12% atau tiga responden pula
menyatakan bahawa mereka tidak tahu apa itu PPE.
Dari sebab-sebab yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa pekerja
pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas kerana mereka
beranggapan PPE tidak menjamin keselamatan diri sepenuhnya. Oleh itu, memakai atau
tidak, risikonya adalah tetap sama pada pandangan mereka.
Oleh itu, faktor ini adalah sahih dan merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa
menjalankan tugas. Faktor ini telah membantu mencapai objektif kajian yang dijalankan.
74
Jadual 5.5: Sebab Mengapa PPE Tidak Digunakan Pada Masa Melaksanakan Tugas
Bil.
Sebab tidak memakai PPE pada masa
melaksanakan tugas
Bilangan responden
kekerapan %
1 Tidak tahu apa itu Kelengkapan Perlindungan Diri 3 12
2 Tidak tahu kepentingan penggunaan PPE 9 36
3 PPE tidak menjamin keselamatan diri sepenuhnya 13 52
Jumlah 25 100
5.3.2.2 Pengetahuan Berkenaan Tanggungjawab Yang Termaktub Di
Bawah Akta Kesekamatan dan Kesihatan 1994
Berdasarkan Jadual 5.6, sebanyak 19 responden atau 63.3% tidak tahu bahawa
tanggungjawab mereka untuk memakai PPE termaktub di bawah Akta Keselamatan dan
Kesihatan 1994. Namun begitu, sebanyak 11 responden atau 36.7% pula tahu tentang
tanggungjawab mereka untuk menggunakan PPE termaktub di bawah Akta Keselamatan
dan Kesihatan 1994.
Situasi ini juga merupakan faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak
menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Daripada analisis didapati,
kebanyakkan responden yang tidak tahu berkenaan tanggungjawab mereka seperti yang
termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 cenderung untuk tidak
menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.
75
Jadual 5.6: Pengetahuan Pekerja Pembinaan Berkenaan Tanggungjawab Memakai PPE
Seperti Yang Termaktub Di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994
Bil.
Pengetahuan berkenaan tanggungjawab
menggunakan PPE seperti yang termaktub di
bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan 1994
Bilangan Responden
Kekerapan %
1 Tahu 11 36.7
2 Tidak Tahu 19 63.3
Jumlah 30 100
5.3.2.3 Cuaca Persekitaran Dan Ruang Kerja Sempit
Berdasarkan Jadual 5.7, daripada 30 responden sebanyak 56.7% atau seramai 17
responden mengatakan “Ya”, bahawa mereka tidak menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas apabila cuaca persekitaran panas dan melakukan kerja di ruang
yang sempit. Sebanyak 43.3% atau seramai 13 responden menyatakan “Tidak”, bahawa
mereka tetap menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas walaupun cuaca
persekitaran panas dan bekerja di ruang yang sempit.
Walaupun julat nilai diantara dua jawapan ini tidak jauh berbeza tetapi ia telah
menunjukkan kesahihan data bagi faktor pengaruh cuaca dan ruang kerja sempit. Hasil
analisis yang diperolehi didapati faktor menyokong kebenaran data ini dan membantu
mencapai objektif kajian.
76
Jadual 5.7: Pengaruh Cuaca Persekitaran Dan Ruang Sempit
Bil.
Pengaruh cuaca persekitaran yang panas dan bekerja
di ruang sempit mendorong pekerja pembinaan
untuk tidak memakai PPE.
Bilangan
Responden
Kekerapan %
1 Ya 17 56.7
2 Tidak 13 43.3
Jumlah 30 100
5.3.2.4 Kondisi Kesihatan Pekerja Pembinaan
Berdasarkan Jadual 5.8, sebanyak 83.33% atau seramai 25 orang responden
tidak menggunakan PPE jika kondisi kesihatan mereka tidak baik pada masa
melaksanakan tugas. Manakala, sebanyak 16.7% atau seramai lima orang responden
tetap menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas walaupun kondisi kesihatan
mereka adalah tidak baik.
Hasil analisis yang diperolehi membuktikan kesahihan data yang menyatakan
bahawa faktor kondisi kesihatan yang tidak baik menyebabkan pekerja pembinaan tidak
menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Faktor ini didapati menyumbang
kepada pencapaian objektif kajian.
Jadual 5.8: Pengaruh Kondisi Kesihatan Pekerja Terhadap Kekerapan Penggunaan PPE
Bil.
Kondisi kesihatan yang tidak baik
mempengaruhi pemakaian PPE pada masa
melaksanakan tugas.
Bilangan Responden
Kekerapan %
1 Guna 5 16.7
2 Tidak guna 25 83.3
Jumlah 30 100
77
5.3.3 Hasil Analisis Bahagian C Borang Soal Selidik
Berdasarkan Jadual 5.9, faktor PPE membatas pergerakan kerja mempunyai min
skor tertinggi bagi keseluruhan faktor dengan nilai 3.77. Faktor pihak pengurusan tidak
tegas terhadap pemakaian serta penggunaan PPE pula mewakili faktor yang mempunyai
nilai min skor yang paling rendah iaitu 2.67. Faktor kedua yang mempunyai min skor
tertinggi adalah faktor tiada disiplin diri pekerja iaitu 3.67, diikuti faktor tidak selesa
iaitu 3.60, bilangan PPE tidak mencukupi iaitu 3.53, pengaruh rakan sekerja lain iaitu
3.37, harga PPE mahal iaitu 3.23 dan tiada latihan diberikan oleh pihak pengurusan
berkenaan penggunaan PPE iaitu 3.20. Manakala faktor saiz PPE tidak sesuai
mempunyai nilai min skor iaitu 3.13 diikuti faktor PPE tidak disediakan oleh pihak
majikan iaitu 3.10, PPE berat iaitu 3.07 dan faktor kedua terakhir adalah faktor
rekabentuk PPE tidak cantik dengan nilai min skor iaitu 2.87.
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa jumlah min kecukupan
adalah 3.27. Jika dibundarkan, hasil kajian mencadangkan bahawa faktor-faktor ini
adalah sahih dan membantu dalam mencapai objektif kajian. Hasil min skor secara
purata berdasarkan Rajah 5.9 juga menunjukkan, kebanyakkan responden bersetuju
dengan faktor yang dibincangkan.
Selain itu, hasil analisis secara keseluruhan Bahagian C juga mendapati bahawa faktor-
faktor ini adalah sahih dan mencapai objektif kajian yang dikehendaki. Hal ini kerana,
sebanyak 66.7% daripada dua belas faktor yang dikemukakan menunjukkan responden
bersetuju dengan faktor-faktor tersebut. Manakala selebihnya, iaitu sebanyak 33.3%
daripada dua belas faktor yang diutarakan menunjukkan responden hanya kurang pasti
dengan faktor tersebut.
78
Jadual 5.9: Nilai Kekerapan Dan Min Keseluruhan Analisis Bahagian C Borang Soal
Selidik
Bil. Faktor Kekerapan (n=30) Min
skor 1 2 3 4 5
1
Saiz kelengkapan
perlindungan diri (PPE)
tidak sesuai.
2
(6.7%)
5
(16.7%)
13
(43.3%)
7
(23.3%)
3
(10%) 3.13
2 Rekabentuk PPE tidak
cantik.
2
(6.7%)
9
(30%)
11
(36.7%)
7
(23.3%)
1
(3.3%) 2.87
3 PPE berat. 8
(26.7%)
1
(3.3%)
7
(23.3%)
9
(30%)
5
(16.7%) 3.07
4 Bilangan PPE tidak
mencukupi.
1
(3.3%)
2
(6.7%)
11
(36.7%)
12
(40%)
4
(13.3%) 3.53
5 Harga PPE mahal. 2
(6.7%)
5
(16.7%)
9
(30%)
12
(40%)
2
(6.7%) 3.23
6
Tidak selesa
(Menggunakan
PPE dalam jangka
masa yanglama)
0
4
(13.3%)
5
(16.7%)
20
(66.7%)
1
(3.3%) 3.60
7
PPE tidak disediakan
oleh pihak
majikan/pengurusan.
2
(6.7%)
9
(30%)
6
(20%)
10
(33.3%)
3
(10%) 3.10
8
Pihak pengurusan tidak
tegas terhadap
pemakaian serta
penggunaan PPE.
2
(6.7%)
6
(20%)
12
(40%)
10
(33.3%)
0
2.67
9
Tiada latihan diberikan
oleh pihak pengurusan
berkenaan cara
penggunaan PPE.
3
(10%)
2
(6.7%)
13
(43.3%)
10
(33.3%)
2
(6.7%) 3.20
10
Tiada disiplin diri
pekerja (Tidak patuh
pada arahan-arahan
yang diberikan oleh
pihak pengurusan
berkenaan pemakaian
PPE)
0
3
(10%)
9
(30%)
13
(43.3%)
5
(16.7%) 3.67
11
Pengaruh rakan sekerja
lain yang tidak
menggunakan PPE pada
masamelaksanakan
tugas.
2
(6.7%)
4
(13.3%)
7
(23.3%)
15
(50%)
2
(6.7%) 3.37
12
PPE membatas
pergerakan kerja (kerja
jadi lambat)
1
(3.3%)
3
(10%)
2
(6.7%)
20
(66.7%)
4
(13.3%) 3.77
Jumlah min
= Jumlah min skor / Bilangan soalan 3.27
79
Rajah 5.3 menunjukkan hasil min skor analisis Bahagian C dalam bentuk graf
bar. Berdasarkan rajah tersebut, empat faktor yang mempunyai min skor 3.50 dan ke
atas iaitu faktor bilangan PPE tidak mencukupi, tidak selesa, tiada disiplin diri pekerja
dan PPE membatas pergerakan kerja. Faktor-faktor yang mempunyai nilai min skor
yang terletak diantara 3.00 hingga 3.49 pula terdiri daripada enam faktor iaitu faktor saiz
PPE tidak sesuai, PPE berat, harga PPE mahal, PPE tidak disediakan oleh pihak
majikan/ pengurusan, tiada latihan diberikan oleh pihak pengurusan berkenaan cara
penggunaan PPE dan faktor pengaruh rakan sekerja lain. Hanya terdapat dua faktor
sahaja yang mempunyai nilai min skor kurang daripada 3.00 iaitu faktor rekabentuk PPE
tidak cantik dan faktor pihak pengurusan tidak tegas terhadap pemakaian serta
penggunaan PPE.
Kesimpulannya, hampir keseluruhan faktor-faktor yang dikemukakan adalah
dipersetujui kebenarannya. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor
tersebut adalah menjawab kepada objektif kajian berdasarkan kaedah borang soal selidik
yang telah dijalankan ini.
Rajah 5.3: Min skor mengikut faktor
00.5
11.5
22.5
33.5
4
Faktor
Min
Sk
or
Min skor mengikut faktor
Saiz PPE tidak sesuaiRekabentuk PPE tidak cantikPPE beratBilangan PPE tidak mencukupiHarga PPE mahalTidak selesaPPE tidak disediakan oleh pihak majikan/ pengurusanPihak pengurusan tidak tegas terhadap pemakaian PPETiada latihan diberikan berkenaan penggunaan PPETiada disiplin diri pekerjaPengaruh rakan sekerja
80
5.4 Rumusan Bab
Secara keseluruhan, objektif kajian ini telah mencapai matlamatnya berdasarkan
kaedah kajian yang dijalankan. Pada dasarnya, hasil maklum balas pekerja-pekerja telah
membantu usaha-usaha untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan mengapa
pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakn tugas. Berdasarkan
kekerapan serta persetujuan responden bagi setiap faktor yang dikemukakan dengan
jelas menunjukkan kesahihan bagi setiap data tersebut. Hanya terdapat beberapa faktor
yang mana responden tidak pasti dengan faktor-faktor tersebut. Walau bagaimanapun, ia
tidak begitu menjejaskan pencapaian objektif kajian. Bab seterusnya akan menerangkan
tentang kesimpulan keseluruhan kajian dengan lebih terperinci.
81
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
Bab terakhir ini akan membincangkan rumusan dan cadangan terhadap kajian
yang telah dijalankan. Rumusan terhadap hasil kajian yang telah dibuat perlu dinilai
semula dengan merujuk kepada objektif kajian. Ia penting untuk menilai semula sama
ada segala usaha yang telah dilaksanakan dalam kajian ini mencapai matlamat
penyelidikan yang telah ditetapkan. Pada bahagian terakhir dalam bab ini akan diselitkan
juga cadangan penyelidikan yang akan datang dalam bidang kajian yang berkaitan.
82
6.2 Penilaian Objektif Kajian
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pekerja
pembinaan tidak memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) pada masa
melaksanakan tugas. Hanya satu objektif ditetapkan dalam kajian ini. Objektif ini
penting sebagai panduan semasa kajian selain mengelakkan penelidikan dari terpesong
kepada tajuk lain yang tidak berkenaan.
Kaedah-kaedah kajian yang bersesuaian turut dikenal pasti dan dipraktikkan bagi
memenuhi keperluan objektif kajian. Umumnya, terdapat tiga kaedah utama yang
digunakan dalam pengumpulan data dan maklumat bagi kajian ini iaitu kaedah kajian
literatur, kaedah kajian lapangan/ pemerhatian serta kaedah soal selidik.
Setelah data kajian berja dikumpulkan, proses menganalisis data dengan
menggunakan kaedah statistik digunakan. Hasil analisis kajian secara terperinci terhadap
faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas telah dibentangkan dalam Bab 5 sama ada berbentuk jadual,graf
mahupun huraian.
83
6.2.1 Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pekerja Pembinaan
Tidak Menggunakan PPE Pada Masa Melaksanakan Tugas
Berdasarkan objektif kajian ini, antara faktor-faktor yang menyebabkan pekerja
pembinaan tidak menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) pada masa
melaksanakan tugas yang dikenal pasti adalah seperti:
i. Faktor PPE tidak menjamin keselamatan diri sepenuhnya.
ii. Faktor tidak tahu kepentingan penggunaan PPE.
iii. Faktor tidak tahu bahawa tanggungjawab mereka untuk memakai PPE termaktub
di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994.
iv. Faktor cuaca persekitaran yang panas dan bekerja di ruang sempit.
v. Faktor kondisi kesihatan pekerja.
vi. Faktor PPE berat.
vii. Faktor bilangan PPE yang tidak mencukupi.
viii. Faktor harga PPE mahal.
ix. Faktor keselesaan (Menggunakan PPE dalam jangka masa yang lama).
x. Faktor PPE tidak disediakan oleh majikan atau pihak pengurusan.
xi. Faktor tiada disiplin diri pekerja (Tidak patuh pada arahan-arahan yang
diberikan oleh pihak pengurusan berkenaan pemakaian PPE).
84
xii. Faktor pengaruh rakan sekerja lain yang tidak menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas.
xiii. Faktor PPE membatas pergerakan kerja (kerja jadi lambat).
6.3 Cadangan
Walaupun didapati kekerapan penggunaan peralatan perlindungan diri masih
kurang walhal bekerja dengan kontraktor kelas atasan namun ia bukanlah suatu angka
yang amat menggusarkan. Beberapa langkah boleh diambil untuk meningkatkan lagi
kekerapan pemakaian PPE di kalangan pekerja pembinaan. Antara langkah-langkah
tersebut ialah:
i. Memberikan ganjaran kepada pekerja yang selalu memakai PPE pada masa
melaksanakan tugas. Langkah sebegini akan menggalakkan minat pekerja untuk
memakai PPE di samping menggalaknya mematuhi arahan yang diberikan.
ii. Dedahkan tentang bahaya-bahaya yang akan terjadi jika tidak menggunakan PPE
pada masa melaksanakan tugas. Adalah lebih berkesan jika dipamerkan poster
kemalangan akibat tidak menggunakan PPE. Tindakan sebegini dapat
menimbulkan kesedaran diri tentang pentingnya mematuhi arahan-arahan
keselamatan.
85
6.4 Kajian lanjutan
Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan ekoran kajian ini ialah:
i. Mengenal pasti sistem pengurusan tapak bina dalam menggalakkan pemakaian
PPE di kalangan pekerjanya.
ii. Mengenal pasti langkah pihak pengurusan tapak bina dalam mengatasi masalah
pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.
86
RUJUKAN
Abdul Halim Abdul Raof. (2008). Academic Report Writing. Updated second edition.
Malaysia. Pearson Prentice Hall
Bell, J. (1993). Doing Your Research Project. 4th
Edition. New York: McGraw Hill
Education. 30-45.
Bird, F.E. dan Loftus, R.G. (1976). Loss Control Management. Institute Press.
Loganville, GA.
BNM. (2005). Rancangan Malaysia 9.
www.bnm.gov.my/files/publication/sme/bm/2005/bab_8.pdf. (dicapai pada 29
Ogos 2009, 10.15pm )
Charles, D.R. dan James, V.E. (1998). Handbook of OSHA Construction Safety and
Health. 2nd
Edition. London. Construction Press.
Charles, Y.J. (2007). Construction Safety and Health Factors at the Industry. Journal of
Construction in Developing Countries.
Chua, Yan Piaw (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan Buku
1. Malaysia. McGraw Hill Education.
87
DOSH, Ministry of Human Resources Malaysia. (2008). Guideliness for Hazard
Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC).
DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE
Against Chemical Hazards.
DOSH (2008). Kelengkapan Perlindungan Diri. http://www.dosh.gov.my/wps/portal.
(dicapai pada 12 September 2009, 3.45pm)
DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2008). Rendang Safety and Fire
Training Centre.
Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. dan Kamalesh, Panthi. (2005). Adressing the issue of
compliance with PPE on construction worksites: workers perspective.
http://ascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT176002009.pdf. (dicapai pada 27
September 2009, 8.01am)
Ferdinand, F.F.(2003). Why employees don’t do what they’re supposed to do and what
to do about it. http://www.amazon.com/Employees-Dont-Theyre-Supposed-
About/dp/0071342559. (dicapai pada 27 september 2009, 8.01am)
Gibb, A., Hide, S., Haslam, R., Gyi, D. dan Duff, R. (2005). Construction Tools and
Equipment: Their Influence on Accident Causality.
http://www.emeraldinsight.com/Insight/ViewContentServlet?contentType=Articl
e&Filename=/published/emeraldfulltextarticle/pdf/3430030102.pdf. (dicapai
pada 4 September 2009, 3.58pm)
Haddon, R.C. dan Johnson, A.T. (2007). Binding free energy calculation of peptides to
carbon nanotubes using molecular dynamics with a linear interaction energy
approach.
88
Heinrich, H.W. (1931). Industrial accident prevention: a scientific approach. McGraw-
Hill. quoted in Hollnagel, Erik (2009). Safer Complex Industrial Environments:
A Human Factors Approach. CRC Press. ISBN 1420092480
Hughes, P. dan Ferrett, E. (2003). Introduction to Health and Safety in Construction.
New York: Elsevier Butterworth-Heinemann.
Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua.
Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.
JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan. (2008). Kelengkapan
Perlindungan Diri (PPE). http://www.osha.gov/Publications/osha3151.html.
(dicapai pada 3 September 2009, 2.45pm)
Joyce, M.K. (2001). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Penerbit Fajar Bakti. Edisi
ketiga. Malaysia.
Laurel, D.K. (2002). PPE Usage survey. http://www.encyclopedia.com/doc/1P3-
77334143.htm. (dicapai pada 5 September 2009, 10.15am)
Lee, Lam Thye. (2008). Artikel ucapan perasmian Pencegahan Hazard dan Risiko:
Seminar Komprehensif Mengenai Penggunaan PPE Secara Efektif.
Lee, Lam Thye (2008). Seminar Amalan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja
yang Cemerlang. 19-20 November. Hotel Avilion Legacy, Melaka.
Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson –
Prentice Hall. Pp 9 – 10, 25.
Maimunah Aminuddin. (2006). Safety and Health at Work. Lexis Nexis – Malayan Law
Journal. Malaysia.
89
Mark, A.F. dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and
Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.
OSHA.(2002). Hearing Conservation. http://www.osha.gov/Publications/osha3074.pdf.
(Dicapai pada 5 Okt 2009, 9.50pm)
OSHA. (2002). Respiratory Protection.
http://www.osha.gov/Publications/osha3079.pdf. (dicapai pada 5 Okt 2009,
9.30pm)
PERKESO (2008). Statistik kemalangan tapak bina 2006-2009,
http://www.perkeso.gov.my. (dicapai pada 12 September 2009, 3.45pm)
Peterson, O.H. (1980). The Electrophysiology of Gland Cell. Monographs of the
Physiological Society, no. 36, London: Academic Press.
Sabitha, M. (2006). The Experience of Whistleblowers at Workplace: A Sexual
Harssment Perspective. Paper presented at the Fourth International Conference
on New Directions in the Humanites, 3rd July -6th July, Tunisia.
Sorensen, R. (2002). A Comparison of Software Development Methodologies.
Sorenson, R. (2002). Qualitative and Quantitative Research Methodology. London:
Hutchinson.
U.S Department of Labor Occupational Safety and Health Administration. (2002).
OSHA Fact Sheet: Personal Protective Equipment.
90
U.S Department of Labor Occupational Safety and Health Administration. (2005).
Construction Workers Falls through Roof: Fatal Versus Serious Injuries.
http://www.sciencedirect.com/science. (dicapai pada 4 September 2009,
3.58pm)
Vincolli, J.W. (1994). Basic Guide to Accident Investigation and Loss Control.
Wiley. New York.
Cooper, D. (2006). Farmer Usage Survey of Using PPE.
http://intljpubhealth.oxfordjournals.org/cgi/reprint/28/1/43. (dicapai pada 4
September 2009, 3.58pm)
91
BIBLIOGRAFI
Mohd Asrul bin Raffin @ Shafien. (2005). Keselamatan dan Kesihatan di Malaysia –
Kajian Pematuhan Peraturan di Syarikat Terpilih (tesis). Fakulti Kejuruteraan
Awam, UTM, Skudai.
MOHR. (2008). Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia. www.mohr.gov.my (dicapai
pada 27 Ogos 2009, 10.42am)
OSHA, U.S. Department of Labor. (2002). OSHA Fact Sheet: Personal Protective
Equipment. http://www.osha-slc/SLTC/construction ppe/index.html. (dicapai
pada 29 Ogos 2009, 3.20pm)
Speegle, M. (2005). Safety, Health and Environmental Concepts for the Process
Industry. Uhai Publishing, Inc.
92
LAMPIRAN A
Borang Pemerhatian Penggunaan PPE di kalangan pekerja pembinaan
93
Borang Pemerhatian Penggunaan PPE Oleh Pekerja Pembinaan Bagi Lima Buah
Projek Pembinaan Di Sekitar UTM, Skudai.
Keterangan pengkaji: _____________________________________________________
Tarikh:_________________ Masa:______________ Cuaca:__________________
Bilangan
pekerja
Tapak Bina/Projek
Stadium FKE FAB FKA FSK
Peralatan TK KK TK KK TK KK TK KK TK KK
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
94
36
37
38
39
40
Petunjuk: TK = Topi keselamatan KK = Kasut keselamatan
95
LAMPIRAN B
Borang Soal Selidik
96
BORANG SOAL SELIDIK
Tajuk kajian : KESELAMATAN PEKERJA PEMBINAAN:
KELENGKAPAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
(PPE)
Penyelia : EN. JAMALUDDIN YAAKOD
Pengkaji : MURNI AMBUT
No. Matrik : AB070135
Tahun/kursus : 3SBC (Sarjana Muda Sains Pembinaan)
No. Telefon : 017-704 2001
PERHATIAN: Borang soal selidik ini dikemukakan bagi memperolehi maklumat
dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor yang menyebabkan segelintir pekerja
pembinaan tidak menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) sewaktu bertugas.
Melibatkan dua jenis PPE iaitu kasut keselamatan dan topi keselamatan. Segala
maklumat yang diperolehi adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan
tiada sebarang unsur-unsur lain. Kerjasama anda dalam menyempurnakan borang
soal selidik ini amat dihargai. TERIMA KASIH.
BAHAGIAN A: Maklumat pekerja
Arahan: Tandakan / di petak yang disediakan.
Jantina: Lelaki Perempuan
Jawatan: Mekanikal & Elektrikal (M&E)
Pemandu/ pengendali jentera berat
Tukang-tukang/ Trade
Buruh biasa
Lain-lain. Nyatakan:___________________
__________________________________________________
Jabatan Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
97
BAHAGIAN B
1. Adakah anda memakai PPE pada masa menjalankan tugas?
Ada
Kadangkala [Sila jawab soalan berikutnya]
Tiada [Sila jawab soalan berikutnya]
1.1 Mengapa anda tidak menggunakannya?
Tidak tahu apa itu PPE
Tidak tahu kepentingan penggunaan PPE
PPE tidak menjamin keselamatan diri sepenuhnya
2. Adakah anda tahu bahawa tanggungjawab anda untuk menggunakan PPE termaktub
di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994?
Tahu
Tidak tahu
3. Adakah cuaca persekitaran yang panas dan bekerja di ruang yang sempit mendorong
anda untuk tidak menggunakan PPE?
Ya
Tidak
4. Jika kondisi kesihatan anda tidak baik (contohya terdapat bisul di kaki, bengkak di
kepala dll), adakah anda akan menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas?
Guna
Tidak
98
BAHAGIAN C
Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak
menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas. Adakah anda bersetuju dengan
faktor-faktor yang dikemukakan? Sila bulatkan jawapan anda berdasarkan skala berikut:
Nilai skala Penerangan
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
Contoh: 1 2 3 4 5
Saiz PPE tidak sesuai 1 2 3 4 5
Rekabentuk PPE tidak cantik/ menarik 1 2 3 4 5
PPE berat 1 2 3 4 5
Bilangan PPE tidak mencukupi 1 2 3 4 5
Harga PPE mahal 1 2 3 4 5
Tidak selesa (menggunakan PPE dalam
jangka masa yang lama) 1 2 3 4 5
PPE tidak disediakan oleh pihak
majikan/ pengurusan 1 2 3 4 5
Pihak pengurusan tidak tegas terhadap
pemakaian PPE 1 2 3 4 5
Tiada latihan diberikan berkenaan cara
penggunaan PPE 1 2 3 4 5
Tiada disiplin diri (tidak patuh pada
arahan-arahan diberikan berkenaan
pemakaian PPE)
1 2 3 4 5
Pengaruh rakan sekerja lain yang tidak
menggunakan PPE pada masa
melaksanakan tugas
1 2 3 4 5
PPE membatas pergerakan kerja (kerja
jadi lambat) 1 2 3 4 5
Top Related