KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
NABIL FIKRI BIN AHMAD KHARI
PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN PERADABAN
SHAD 113 : FIQH 1 ( IBADAH )
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Definisi Ibadah
Bahasa : Iaitu segala ketaatan dan kepatuhan yang dilakukan adalah
berasaskan kepada ketundukkan, kehinaan dan merendah diri kepada Allah.
Istilah : Ibadah ialah segala ketundukan dan kepatuhan yang diiringi
dengan kecintaan yang mutlak kepada Allah s.w.t.
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Menurut Al-Maududi : Ibadah ialah kepatuhan dan ketundukkan seseorang kepada ketinggian dan kekuasaan seseorang yang lain secara mutlak tanpa apa-apa bantahan.
Daripada definisi yang telah dinyatakan di atas maka kita dapati bagi memenuhi klasifikasi ibadah hendaklah mengandungi 2 ciri utama berikut :
Beriltizam/komitmen terhadap segala apa yang disyarakkan Allah dan apa yang telah dinyatakan rasul sama ada ianya perintah atau larangan, halal atau haram dan sebagainya.
Kecintaan yang betul-betul lahir daripada hati yang ikhlas akan mewujudkan keiltizaman/komitmen yang mutlak.
Persepsi Ibadah
Untuk menjadikan ibadah sebagai suatu pengabdian yang menjadi tunggak kepada kecemerlangan kehidupan duniawi dan ukhrawi umat manusia maka ia mesti merangkumkan 2 unsur (kefahaman) berikut :
Syumul
Ibadah menjadi risalah utama kepada perutusan para nabi dan rasul
mestilah dinyatakan dalam bentuknya yang syumul
Kesan terhadap kefahaman kesyumulan ibadah kepada manusia.
Mengarahkan kehidupan individu Muslim serta pengamalan kehidupan seharian mereka adalah cara hidup Rabbani.
Membentuk individu Muslim kepada satu hala tuju dan arah tujuan.
Pengabdian.
Ibadah memerlukan kepada ketundukan dan kepatuhan kepada
manhaj yang digariskan Allah dengan penuh kecintaan. (tanpa jemu pada setiap ketika dan tempat).
Tujuan menyembah/mengabdikan diri kepada Allah.
1. Ibadah sebahagian daripada keperluan Roh.manusia bukan sahaja dijadikan daripada unsur tanah/fizikal tetapi ia wujud hasil daripada kesinambungan antara Roh dan fizikal. Roh memerlukan makanannya yang tersendiri — lapar dan menyimpang.
2. Ibadah memberi kebebasan dan kesahteraan.Ini adalah kerana manusia akan hanya menyembah, tunduk, patuh dan sujud kepada Allah satu-satunya.
3. Ibadah adalah ujian.Ibadah adalah ujian Allah keatas manusia untuk melihat sejauhmana kepatuhan dan keyakinan manusia kepada Allah. Maka dengan itu Allah akan memberikan ganjaran dan balasan setimpal dengan apa yang dilakukan manusia.
4. Ibadah adalah hak Allah ke atas manusia.
Asas penerimaan ibadah dalam Islam.
Sesuatu yang dilakukan dalam proses pengabdian diri kepada Allah mestilah berasaskan kepada 3 ciri asasi berikut untuk diterimapakai Allah :
1. Menyembah/mengabdikan diri kepada Allah.2. Ikhlas amal.3. Mematuhi syariat Allah.
Pembahagian Ibadah.Ibadah dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu :
Ibadah UmumIalah segala perkara yang dilakukan bertujuan untuk mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t Ibadah Khusus
Ialah tatacara/adab-adab tertentu yang telah digariskan khusus oleh Allah kepada hambanya untuk menghampirkan diri mereka
kepadaNya.
KONSEP TAHARAH DI DALAM ISLAM
Definisi
Bahasa : Bersih dan bebas daripada segala kotoran sama ada di dalam bentuk nyata (حسي) atau bentuk maknawi (معنوي)
Istilah : Mengangkat hadas atau menghilangkan najis atau seumpamanya.
Perkara yang boleh digunakan untuk bersuci :AirKayuBatuKertasTanahDaun dll
Air dan pembahagiannya
Air terbahagi kepada 4 bahagian :*Air Mutlak*Air mustakmal*Air Musyammas*Air Mutanajis
Najis Definisi
Bahasa : Najis ialah segala sesuatu yang kotor. Oleh yang demikian kita dapati sesuatu dianggap kotor oleh manusia maka ia tergolong dalam kategori najis, sekalipun menurut
pandangan syarak ia adalah bersih seperti hingus dan kahak
Istilah : Najis ialah setiap barangan/ain yang diharamkan untuk kita mengambilnya/makan secara mutlak pada masa pilihan di samping mudah untuk membezakannya dan sekiranya ia memungkinkan untuk diambil/dimakan maka ia bukanlah kerana keharamannya atau kekotorannya dan juga kemudaratannya pada badan atau akal.
1. Arak dan semua cecair yang memabukkan. 2. Anjing dan babi 3. Bangkai 4.Darah yang cair 5.Kencing dan najis manusia dan binatang 6.Bahagian yang terpisah daripada binatang semasa hidup 7.Susu binatang yang dagingnya tidak halal diminum
Benda-benda Najis
Umum :
1. Najis ‘aini 2. Najis hukmi
Khusus :1. Najis Mughallazah : anjing dan babi
2. Najis Mukhaffafah : kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun
dan hanya minum susu ibunya sahaja
3. Najis Mutawassithoh : selain anjing,babi dan kencing kanak-kanak lelaki yang belum berusia 2tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Bahagian Najis :
1. Najis Mughallazah : Dibasuh dengan air sebanyak 7 kali dan 1 darpadanya dengan air tanah sama ada najis hukmi atau najis najis ‘aini.
2. Najis Mukhaffafah : Merenjiskan air sehingga rata ke tempat najis tersebut sama ada najis hukmi atau najis ‘aini dan sama ada terkena pada badan ,pakaian atau tempat.
3. Najis Mutawassithoh : Mengalirkan air ke atasnya dan menghilangkan kesan-kesannya hingga ‘ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya sama ada warna,bau dan rasa , sama ada najis hukmi atau najis ‘aini dan sama ada terkena pada badan ,pakaian atau tempat.Namun demikian tidak mengapa jika warna tetap kekal seperti warna darah.
Cara Bersuci Daripada Najis :
1. Percikan kencing yang sedikit yang tidak dapat dilihat sama ada pada pakaian atau badan.
2. Sedikit darah,nanah,darah kutu anjing dan najis lalat.
3. Darah luka atau nanah dengan syarat terjadi pada dirinya sendiri buakan dariapada perbuatannya dan tidak disengajakan serta tidak terkena pada tempat lain.
4.Najis binatang yang mengenai biji-bijian.
5.Najis ikan dalam air selagi air tersebut tidak berubah.
6.Darah yang mengenai baju penyembelih sekiranya tidak banyak.
7.Darah yang ada pada daging.
8.Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah.
9.Debu jalan yang mengenai seseorang.
10.Bangkai binatang yang tidak berdarah.
Sebahagian Najis Yang Dimaafkan :
Definisi Istinja’
Bahasa : ialah menghilangkan najis atau mengurangkannya daripada tempat
keluar air kecil dan besar
Hukum : hukumnya adalah wajib
Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinja’ : 1.Air mutlak2.Batu dan seumpamanya. -batu hendaklah kering -digunakan sebelum najis menjadi kering atau tidak mengalir keluar daripada dubur atau qubulain. -dengan 3 biji atau benda-benda lain yang boleh beristinja’. -sunat dengan bilangan yang ganjil.
Istinja’
Pertamanya : Hendaklah menjauhi tempat-tempat berikut :
1. Laluan orang ramai atau tempat duduk awam. 2. Di lubang tanah.tembok atau seumpamanya.
3. Di bawah pokok yang sedang berbuah.4. Di dalam air yang tenang dan tidak mengalir.
Keduanya : Cara masuk dan keluar dari tempat buang air :
1. Melangkah masuk dengan kaki kiri.2. Keluar dengan kaki kanan.3. Jangan membawa tulisan tertera nama Allah.4. Sunat membaca doa-doa yang thabit.
Ketiganya : Berkaitan dengan arah :
1. Haram menghadap kiblat.2. Haram buang di tempat yang bukan disediakan untuk buang air
Adab buang air dan beristinja’
Keempatnya : Adab membuang air :
1. Beratkan duduk di atas kaki kiri2. Menegakkan lutut kanan3. Jangan melihat ke langit4. Jangan melihat kemaluan atau najis
Kelimanya : beristinja’ dengan tangan kiri :
1. Membersihkan menggunakan tangan kiri.2. Makruh beristinja’ dengan tangan kanan.
Adab Buang Air Dan Beristinja’
Definisi
Bahasa : Suatu kejadian
Syara’ : Kejadian yang dianggap wujud (اعتباري) pada anggota manusia yang menghalang sah solat dan ibadat yang lain yang bersamaan hukumnyaselagi tidak diberikan keringanan.
Pembahagian Hadas
Hadas terbahagi kepada dua :
Hadas Kecil : Kejadian yang dianggap wujud empat anggota manusia iaitu muka,dua tangan,kepala dan dua kaki yang menghalang dari sah solat dan seumpamanya.Hadas ini akan terluput dengan berwudhu’.
Hadas Besar : Kejadian yang dianggap wujud pada seluruh anggota badan yangn menghalang sah solat dan ibadat-ibadat seumpamanya.Hadas ini akan terluput dengan mandi.
Hadas
Definisi
Bahasa : Elok dan berseri
Syara’ : Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu berserta dengan niat.
Rukun wudhu’
Rukun wudhu’ mempunyai enam perkara : 1. Niat 2. Membasuh muka kesemuanya 3. Membasuh dua belah tangan hingga
kesiku 4. Menyapu sebahagian daripada kepala
walaupun sehelai rambut selama ia berada di dalam kawasan kepala.
5. Membasuh dua belah kaki hingga buku lali
6. Tertib
Wudhu’
Antara sunat wudhu’ yang penting ialah : 1. Menyebut nama Allah2. Membasuh dua belah tapak tangan sebanyak tiga kali
sebelum memasukkan ke dalam bekas air3. Bersugi4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung
dengan tangan kanan dan keluar dengan tangan kiri5. Menyelati janggut yang tebal6. Menyapu seluruh kepala 7. Menyelati celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan
kaki8. Menyapu dua telinga luar dan dalam dengan air yang lain
selain daripada air buat menyapu kepala9. Melakukan semua perbuatan fardhu dan sunat wudhu’
sebanyak tiga kali10. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri11. Berturut-turut12. Melebihkan basuhan muka ke bahagian kepala dan
membasuh bahagian atas dua siku dan buku lali.
13. Bersederhana menggunakan air14. Menghadap kiblat15. Tasyahhud dan berdoa
Sunat Wudhu’
Perkara-perkara yang makruh ketika berwudhu’ ialah :
1. Menggunakan air secara berlebih-lebihan atau membazir air2. Mendahulukan basuhan tangan dan kaki kiri daripada kanan3. Mengelap anggota wudhu’ dengan tuala kecuali keuzuran kerana sangat sejuk atau panas yang
menyakitkan sekiranya air masih ada pada anggota atau dikhuatiri terkena najis atau debu 4. Menyimbah air ke muka
5. Membasuh atau menyapu anggota wudhu’ lebih atau kurang daripada 3 kali dengan yakin
6. Meminta bantuan orang lain membasuh anggota wudhu’ tanpa uzur
7. Melampau berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung bagi orang berpuasa
Perkara Makruh Ketika Berwudhu’
Wudhu’ terbatal dengan lima perkara :
1. Semua yang keluar daripada qubul dan dubur seperti kencing , tahi , kentut dan lain-lain
2. Tidur yang tidak tetap3. Hilang akal disebabkan mabuk ,
pitam , sakit atau gila4. Seseorang lelaki menyentuh
isterinya atau perempuan lain tanpa berlapik5. Menyentuh kemaluan manusia
Perkara-perkara Yang Disyaratkan Berwudhu’ 1. Solat
2. Tawaf keliling kaabah3. Menyentuh al-quran dan
membawanya
Perkara-perkara Yang Membatalkan Wudhu’
Cara Wudhu’ Yang Sempurna
VIDEO 1 VIDEO 2
Thaharah
Air & bahagian
Najis & bahagian
Perkara yang mengangkat hadas
Air mutlakAir mustakmalAir musyammasAir mutanajis
MukhaffafahMutawasitahMughallazah
• wuduk• mandi • istinjak
tayamum
Perkara yang membatalkan wuduk
Perkara yang mewajibkan mandi
Definisi
Bahasa : Doa iaitu memohon kebaikan .
Firman Allah Ta’ala : لهم سكن صلوتك إن عليهم وصل
Maksudnya : Dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka
Syara’ : Perkataan dan perbuatan tertentu dan ia bermula dengan takbir dan disudahi dengan salam.
Solat
Dalil al-Quran :
Maksudnya : (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
Maksudnya : Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur
Dalil Dan Hujah
Dalil al-Sunnah :
الله رسول محمدا وأن الله ال إال أن شهادة إلى ادعهمإله
عليهم افترض قد الله أن فأعلمهم أطاعوا هم فإنلذالك
وليلة يوم كل فى صلوات خمس
Maksudnya : Serulah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah sebenar- sebenarnya selain Allah dan Aku Muhammad ialah utusan Allah . Jika mereka patuh beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan mereka lima kali solat sehari semalam.
Rukun adalah bahagian asas bagi sesuatu perkara. Rukun solat terbahagi kepada 13 perkara :
Pertama : Niat Kedua : Berdiri sekiranya mampu ketika solat fardhu Ketiga : Takbiratul ihram Keempat : Membaca fatihah Kelima : Ruku’ Keenam : I’tidal selepas ruku’
Ketujuh : Sujud sebanyak dua kali pada setiap rakaat Kelapan : Duduk di antara dua sujud Kesembilan : Duduk yang akhir Kesepuluh : Membaca tasyahhud ketika duduk yang
penghabisan Kesebelas : Berselawat ke atas Nabi SAW selepas
tasyahhud akhir Kedua belas : Salam yang pertama Ketiga belas : Tertib
Rukun Solat
Solat Cara Nabi
Pengertian syarat :
Perkara yang wujud sesuatu itu bergantung kepadanya sedangkan perkara itu bukanlah sebahagiannya.
Syarat-syarat sah solat terbahagi kepada empat perkara :
Pertama : Bersuci
Kedua : Mengetahui masuk waktu
Ketiga : Menutup aurat
Keempat : Menghadap kiblat
Syarat Sah Solat
Solat seseorang akan batal jika melakukan salah satu daripada perkara berikut :
Pertama : Berkata-kata dengan sengaja Kedua : Melakukan perbuatan yang banyak Ketiga : Terkena najis pada pakaian atau badan Keempat : Terbuka aurat walaupun sedikit Kelima : Makan atau minum Keenam : Berhadas sebelum salam yang pertama Ketujuh : Berdehem,tertawa,menangis dan
mengerang jika terkeluar dengan jelas bunyi dua huruf daripada setiap perkataan tersebut
Kelapan : Berubah niat Kesembilan : Membelakangi kiblat
Perkara Yang Membatalkan Solat
Makruh dalam solat perkara yang diberi pahala kepada orang yang bersolat kerana patuh meninggalkannya,dan tidak pula berdosa melakukannya.
Antara perkara-perkara makruh di dalam solat :
1. Menolehkan kepala ketika bersolat kecuali dengan sebab yang diperlukan
2. Memandang ke atas3. Mengusap rambut atau melipat-lipat hujung pakaian
ketika bersolat4. Bersolat berhampiran hidangan yang menyelerakan5. Bersolat sambil menahan buang air kecil atau besar6. Bersolat ketika sangat mengantuk7. Solat di tempat buangan sampah,tempat sembelihan,kawasan perkuburan,di jalan-jalan,di dalam
bilik air,kandang unta, dan di atas ka’abah
Perkara Yang Makruh
• Pengertian sunat ialah perbuatan yang dituntut melakukannya tanpa kemestian.• Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada tiga bahagian :
• 1. Sunat sebelum solat• 2. Sunat semasa solat• 3. Sunat selepas solat
• Sunat sebelum solat :• 1.Azan• 2.Iqamah• 3.Menjadikan sesuatu sebagai sekatan di hadapannya
• Sunat semasa solat :• Terbahagi kepada 2bahagian :• 1.Sunat Ab’adh• 2.Sunat Hai’ah
Perkara Sunat Di Dalam Solat
• Sunat Ab’adh :• 1. Tasyahhud awal• 2. Berselawat ke atas Nabi selepas tasyahhud awal• 3. Duduk bagi tasyahhud awal• 4. Berselawat ke atas keluarga Nabi SAW selepas tasyahhud akhir• 5. Membaca qunut
• Sunat Hai’ah :• 1. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram,ruku’ dan ketika bangun
daripada ruku’• 2. Meletak telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri• 3. Memandang ke tempat sujud• 4. Membaca doa iftitah• 5. Membaca isti’azah selepas doa iftitah• 6. Menyaring bacaan dan memperlahankan pada tempat-tempatnya• 7. Mengucapkan amin selesai bacaan fatihah• 8. Membaca Al-quran selepas fatihah• 9. Bertakbir ketika perpindahan rukun• 10. Bertasbih ketika ruku’ dan sujud• 11. Meletakkan kedua-dua belah tangan di atas dua peha pada kedua-dua duduk tasyahhud• 12. Duduk tawarruk pada duduk akhir dan duduk iftirasy pada duduk yang lainnya• 13. Membaca selawat Ibrahimiah dan berdoa selepas tasyahhud akhir• 14. Menyucap salam yang kedua• 15. Sentiasa khusyu’ pada semenanjung solat
• Sunat selepas solat :
• Selesai bersolat disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
• 1. Memohon keampuan berzikir dan berdoa• 2. Beralih tempat bersolat fardhu untuk
melakukan solat sunat supaya banyak tempat sujud yang akan menjadi saksi
• 3. Mendahulukan jemaah perempuan bersurai selepas solat
WIRID_SELEPAS_SOLAT_medium.mp4
Amalan-amalan Selepas Solat
Sejarah permulaannya :Nabi SAW mula mendirikan solat berjemaah selepas
peristiwa hijrah.Selama 13tahun berada di Makkah, Baginda menunaikan solat tanpa berjemaah kerana para sahabat terpaksa menunaikan solat di rumah masing-masing.Setelah berpindah ke Madinah barulah Baginda memulakan solat berjemaah secara tekun.
Hukum solat berjemaah :1. Sunat Muaakkad.Inilah pendapat imam Rafie
serta beberapa tokoh lain dalam Mazhab Al-Syafie.
2.Fardhu Kifayah.Inilah pendapat pendapat Imam Nawawi serta beberapa tokoh lain dalam Mazhab Al-Syafie.Mereka menegaskan bahawa solat berjemaah hukumnya fardhu kifayah iaitu wajib ke atas lelaki yang merdeka lagi bermukim dan mempunyai pakaian yang menutup aurat.
Solat Berjemaah
Terdapat dua halangan :
Pertama : Halangan Umum : Halangan ini adalah seperti hujan, angin ribut
pada waktu malam dan jalan yang berlumpur.
Kedua : Halangan Khusus : Halangan ini adalah seperti sakit, tersangat lapar
dan dahaga, takut kepada orang yang menzalimi diri atau hartanya, terdesak untuk buang air kecil atau besar.
Halangan yang dibolehkan meninggalkan solat berjemaah
Ia dirumuskan pada perkara-perkara berikut :
Pertama : Makmum tidak mengetahui atau meyakini bahawa solat imamnya batal
Kedua : Imam jangan seorang yang ummi sedangkan makmumnya seorang qari
Ketiga : Imam jangan seorang perempuan sedangkan makmumnya seorang lelaki
sifat yang sangat digalakkan bagi seorang imam 1. Lebih alim 2. Lebih fasih 3. Lebih soleh 4. Lebih tua
Syarat sah mengikut imam
Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang makmum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada makmum muwafiq menjadi ma’mum masbuq pada rakaat berikutnya. Setiap makmum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan makmum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan tidak terbatal.
Masbuq : Seorang makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telah pun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian makmum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.
Muwafiq : Seorang makmum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam)imamnya, di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan bacaan yang sederhana.
Masbuq dan muwafiq
Hukum bagi orang muwafiq :
Dimaafkan ke atasnya jika tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukunyang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahhud awal dan duduk antara dua sujud.
Hukum bagi orang masbuq :
Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh makmum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.
Hadis : Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (makmum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”. (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
Hukum Orang Muwafiq Dan Masbuq
Contoh 1 : Seorang makmum yang muwafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam
berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.Maka makmum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.
Contoh 2 : Seorang makmum yang muwafiq sedang berjemaah sebelum imam
duduk tasyahhud akhir makmum berkenaan sudah rukuk,hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.
Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa makum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya,belum lagi masuk ke rukun keempat.Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara makmum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada :
1. Rukuk2. Sujud yang pertama3. Sujud yang kedua
Contoh Dan Gambaran Muwafiq
Makmum itu pada mulanya dia adalah muwafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk, hukum makmum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan dimaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah
Contoh 1 : Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila makmum
berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas makmum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.
Contoh 2 : Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam
sebab ia membaca Al-Fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.
Contoh Dan Gambaran Masbuq
Solat jumaat : Diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali
dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal, cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin.
Keadaan 1 : Bagi seorang makmum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia
hendaklah sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai thomakninah kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam.
Keadaan 2 : Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat
kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.
Masbuq Solat Jumaat
Pensyariatan solat jumaat :
Solat jumaat telah disyariatkan oleh Allah SWT dan ia adalah antara kurniaan yang diberikan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut.
Sebenarnya solat Jumaat telah difardhukan di Makkah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana orang Islam masih lemah dan tidak mampu untuk mendirikan solat Jumaat.
Orang pertama yang mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan solat Jumaat di Madinah sebelum Nabi SAW berhijrah ialah As’ad bin Zurarah RA.
Solat Jumaat
Dalil al-Quran :
� ع� ي� ع� ي� ٱ ا ر و ع� عو ه� �� ع ٱ� ه� ي� ه� ى� ع� ه� ا ي� ع� ي� ع�ٱ �ه ع� ر� ر ي� ٱ ه! ي� ع" ه$ن ه% ى� ع� ع�& ه�� ع' ه) ر(� ع� ه� ا و� ر+ ع$ ع, عن ه-" �� ع ٱ ع/ا ر�" ع0ا ى1 و ع"ع2 ر�� ع� ي� ع3 ي4 ر5 ر�+ 2ه� ي4 ر6 �� ع �7 ر ي� ع9 ي4 ر6 ه� (9)ع�ٲ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
(bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang (jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Dalil Pensyariatan Solat Jumaat
Dalil al-Sunnah :
مسلم كل على واجب حق الجمعة Maksudnya :
“ Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki muslim ”
Riwayat Abu Daud ( 1067 )
Dalil Pensyariatan Solat Jumaat
Solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang memenuhi 7 syarat berikut :
Pertama : Beragama Islam
Kedua : Baligh
Ketiga : Berakal
Keempat : Bebas sepenuhnya
Kelima : Lelaki
Keenam : Sihat tubuh badan
Ketujuh : Bermukim di tempat solat Jumaat didirikan
Syarat Wajib Solat Jumaat
Solat jumaat tidak sah melainkan dengan empat syarat berikut :
Pertama : Solat jumaat hendaklah didirikan di dalam kawasan binaan sama ada di bandar atau di qaryah yang mempunyai penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat- syarat wajib mendirikan jumaat .
Kedua : Bilangan bagi solat Jumaat ialah sekurang-sekurangnya 40 0rang lelaki yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat iaitu lelaki,baligh dan bermustautin.
Ketiga : Solat Jumaat hendaklah didirikan di dalam waktu zuhur.
Keempat : Jangan didirikan lebih daripada satu solat Jumaat pada satu tempat selagi ia boleh dilakukan demikian.
Syarat Sah Solat Jumaat
Rukun Jumaat daripada dua :
Pertama : Dua khutbah.Kedua-dua mempunyai beberapa syarat seperti berikut :
i. Ketika membaca khutbah khatib hendaklah berdiri jika mampu.Di antara kedua-dua khutbah tersebut hendaklah diselangi dengan duduk
ii. Khutbah tidak dikemudiankan daripada solat Jumaatiii. Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar serta najis yang tidak
dimaafkan pada pakaian,badan dan tempatnya.Khatib juga hendaklah menutup aurat
iv. Rukun-rukun khutbah hendaklah di baca dalam Bahasa Arabv. Berturut-turut antara rukun-rukun yang pertama dan kedua,dan antara
khutbah kedua dengan solat Jumaatvi. Rukun dua khutbah hendaklah didengar 40 jemaat yang memenuhi syarat-
syarat wajib solat Jumaat
Kedua : Solat dua rakaat secara berjemaah
Rukun-rukun Jumaat
Adab-adab Jumaat adalah seperti berikut :
i. Mandiii. Membersihkan tubuh daripada kekotoran,bau busuk dan memakai
minyak dan wangi-wangian.iii. Memakai pakaian yang terbaikiv. Memotong kuku dan mengemas rambutv. Bersegera ke masjidvi. Solat dua rakaat ketika memasuki masjidvii. Diam ketika dua khutbah
Adab Jumaat dan Caranya
• Antara adab-adab tersebut ialah :
i. Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya
ii. Memperbanyak doa pada malam dan siangnya
iii. Sunat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dengan banyak pada malam dan siangnya
Adab-adab Umum Pada Hari Jumaat
Pendahuluan
Firman Allah SWT :
حرج من الدين في عليكم جعل وما Maksudnya : Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
keberatan dan susah payah dalam perkara agama
( Surah al-Hajj 78 )
Allah SWT tidak mensyariatkan hukum-hakam agama yang menyebabkan kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan.Sebaliknya di mana sahaja orang Islam mengalami kesempitan, Allah SWT akan melonggarkan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu ditanggung.
Solat musafirSolat musafir
Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang musafir ketika bersolat :
Pertama : Mengurangkan bilangan rakaat dan ia dinamakan Qasar
Kedua : Menghimpunkan dua solat ketika menunaikannya supaya orang yang musafir mendapat masa lapang sebanyak yang mungkin dan ini dinamakan Jama’
Cara Solat Musafir
Qasar ialah melakukan solat yang 4 rakaat iaitu Zuhur ,Asar ,Isya’ dengan 2 rakaat sahaja sepertimana firman Allah SWT :
ه% ى� ع� ع�& ٱ� عن ه$ ا ر�و ر& ي; ع3 2ع0 <7 ع+ا ر= ي4 ر6 ي� ع� ع< ع? ي� ع� �ع ه@ ي A0ع Bي ٱ ��ه ي4 ر5 Cي ع� Dع ع� ه� عوMaksudnya : Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah
berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang( Surah al-Nisa’ 101 )
Solat Qasar sah mestilah mematuhi syarat-syarat berikut : Solat fardhu berkenaan wajib atas seseorang ketika bermusafir dan dia
melakukannya ketika bermusafir. Perjalanannya telah melepasi pagar sempadan qaryahnya atau kawasan
bangunannya jika qaryah tersebut tidak berpagar. Tidak berniat menetap selama 4 hari di tempat yang dituju selain pada hari
mula sampai dan pada hari akan keluar. Tidak imam yang bermuqim.
Qasar
Pengertian jama’ telah diketahui sebelum ini, dan ia adalah berdasarkan hadith daripada Ibnu ‘Abbas R.anhuma :
: عليه الله صلى الله رسول كان قال ، عنهما الله رضي عباس ابن عنوالعصر ] [ الظهر صالة بين يجمع وسلم
. البخاري رواه والعشاء المغرب بين ويجمع ، سير ظهر على كان . إذاMaksudnya : “Rasulullah SAW menjama’kan solat zohor dengan asar
ketika bermusafir dan menjama’kan solat maghrib dan isya’ ” . Riwayat al-Bukhori (1056)
Jenis jama’ Terbahagi kepada dua :
Pertama : Jama’ Taqdim Kedua : Jama’ Ta’khir
Jama’
Pertama : Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutannya. Kedua : Berniat menjama’kan solat kedua dengan yang pertama
sebelum selesai solat yang pertama . Ketiga : Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan. Keempat : Masih dalam musafir shingga memulakan solat yang kedua
Syarat Jama’ Ta’khir
Pertama : Berniat menjama’kan solat yang pertama dalam waktunya yang asal kepada solat yang kedua.
Kedua : Masih dalam musafir hingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.
Ketiga : Dalam hal ini tertib antar kedua-dua solat tidak disyaratkan .
Syarat Jama’ Taqdim
Pensyariatan solat jenazh berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah R.A :
المصلى إلى فخرج فيه مات الذي اليوم فى النجاشى نعى وسلم عليه الله صلى الله رسول أنأربعا وكبر بهم فصف
Maksudnya : Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi lalu baginda keluar ke tempat solat berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali takbir
Riwayat al-Bukhori (1188) dan Muslim (951)
Cara solat jenazah adalah seperti berikut :
1. Bertakbiratul ihram sambil berniat solat jenazah.
2. Setelah bertakbir,letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa kemudian bacalah fatihah.
3. Takbir kali kedua dengan membaca selawat.
4. Takbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat.
5. Bertakbir kali keempat dengan berdoa untuk muslimin dan muslimat.
6. Mengucap salam sebanyak dua kali iaitu kek kanan dan ke kiri.
Solat Jenazah
Pengertian Nafal : dari segi bahasa bererti : tambahan dari segi istilah bererti : solat selain solat fardhu Solat ini juga dinamakan sunat,mandub atau mustahab. Solat sunat terbahagi kepada dua bahagian :
1. Solat sunat secara tidak berjemaah 2. Solat sunat secara berjemaah
Solat sunat secara tidak berjamaah : 1. Solat Sunat Mengiringi Fardhu.solat ini terbahagi kepada dua bahagian :
1. Sunat Muakkad
2. Sunat Tidak Muakkad
Solat Nafal
Sunat Muakkad : Solat sunat dua rakaat sebelum fardhu subuh,dua rakaat sebelum dan selepas
fardhu zuhur,empaat rakaat selepas asar,dua rakaat selepas fardhu maghrib dan dua rakaat selepas fardhu isyak.
2. Solat Yang Tidak Mengiringi Solat Solat Fardhu : solat ini juga terbahagi kepada dua bahagian :
1. Solat sunat yang ditentukan namanya serta mempunyai waktu tertentu.
2. Solat sunat mutlak yang tidak ditentukan nama dan waktunya.
Solat sunat yang ditentukan namanya serta mempunyai waktu tertentu :
1. Tahiyyatul Masjid
2. Solat Witir
3. Qiyamullail
4.Solat Dhuha
5.Solat Istikharah
Solat sunat mutlak yang tidak ditentukan nama dan waktunya : Solat sunat ini boleh dilakukan sebanyak mana yang dikehendaki dan pada bila-bila masa yang tidak
makruh bersolat . Hal ini berdasarkan hadith :
أقل أو استكثر موضوع خير الصالةMaksudnya : Solat adalah sebaik-baik amalan. Justeru lakukanlah sebanyak-banyaknya atau
sekurang-kurangnya.
Riwayat Ibn Majah (901)
Solat sunat secara berjemaah :
Semua solat sunat yang disebutkan tidak disunatkan berjemaah .Manakala solat sunat yang sunat berjemaah ialah Solat Sunat Dua Hari Raya, Solat Tarawih, Solat Gerhana Matahari Dan Bulan Serta Solat Minta Hujan.
Cara Solat Hari Raya : Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan takbiratul ihram diikuti dengan doa
iftitah.Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram.Hendaklah diselangi dengan dua takbir sekadar masa satu ayat dan sunat membaca tasbih.
Seterusnya membaca isti’azah ,fatihah dan satu surah atau beberapa ayat daripada al-Quran.Selepas takbir ketika bangun pada rakaat yang kedua,hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Semua takbir tambahan ini sunat sahaja,jika terlupa melakukannya dan telah memulai bacaan fatihah suratnya terluput namun solatnya tetap sah.
Selepas selesai solat hari raya ,sunat melakukan dua khutbah.Khutbah dibaca secara ringkas adalah seperti berikut :
1. Khutbah hendaklah dibacakan selepas solat hari raya. 2. Semua rukun dan sunat khutbah Jumaat adalah digunakan di dalam khutbah
hari raya 3. Khutbah yang pertama sunat dimulakan dengan takbir sebanyak sembilan
kali dan khutbah yang kedua dengan takbir dengan takbir sebanyak tujuh kali.
Solat Dua Hari Raya
Top Related