i
PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI KOLEJ
KEDIAMAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
JUNAIDAH BINTI MD. SALLEH
Laporan projek
dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat Penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2009
iii
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Md. Salleh bin Hj. Samak Rokiah binti Selamat
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
Juga buat kakanda-kakanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Jurahim bin Md. Salleh serta sekeluarga Juhanizah binti Md. Salleh serta sekeluarga
Juhailihanim binti Md. Salleh serta sekeluarga Juhazia binti Md. Salleh serta sekeluarga
Mohd. Zaki bin Md. Salleh Jufa Eriana binti Md. Salleh Jufa Zyha binti Md. Salleh
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, kajian ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penyelia, Tn. Hj. Hassan bin Hushin
yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima
kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas
jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej 11, Kolej Tun
Razak, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Rahman Putra dan Kolej
Tun Fatimah. Tidak lupa juga kepada semua pelajar tahun satu yang bekerjasama
menyempurnakan kajian ini.
Akhir sekali untuk rakan-rakan yang banyak membantu untuk menjayakan lagi
kajian ini secara langsung mahupun tidak. Terima kasih di atas segala pengorbanan,
sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap
kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman. Begitu juga dengan
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam
aktiviti kolej kediaman. Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti tahap
penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Kajian yang dijalankan
adalah berbentuk deskriptif iaitu dengan menggunakan soal selidik bagi mengumpul
data. Responden kajian terdiri daripada 333 orang pelajar tahun satu dari enam buah
kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi Malaysia. Data maklumat yang
diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical
Packages For The Social Sciences” versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi,
peratus dan min. Hasil kajian yang didapati oleh pengkaji menunjukkan persepsi pelajar
terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman adalah tinggi. Pengkaji
juga mendapati faktor-faktor rakan sebaya, minat, ibu bapa dan kemudahan yang
disediakan mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam
aktiviti kolej kediaman berada pada tahap sederhana. Disamping itu beberapa cadangan
dikemukakan sebagai langkah membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar
tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the first year student’s perception
towards the benefits of involving in college’s activity. This study will also identify the
factors that influenced the involvement of the first year students in college activities.
The next objective is to identify the involvement level of the first year student in college
activities. This descriptive study used the questionnaire to collect the data. 333 first year
students from six colleges in Universiti Teknologi Malaysia were chosen as
respondents. Data collected was analyzed using “The Statistical Packages for the Social
Sciences” software version 14.0 and the explanation was based on frequency,
percentage and mean. The research results showed that the first year students’
perception on the benefits towards involvement in the college activities was high. The
research also found the factors that influenced the first year students’ involvement in the
college activities were peers, interest, parents and facilities provided. This study also
found that the level of involvement for the first year students in college activities was
moderate. A few suggestions improve the first year students in their respective college
activities were presented.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI SINGKATAN ix
SENARAI LAMPIRAN x
I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 10
viii
II SOROTAN PENULISAN 12
2.0 Pengenalan 12
2.1 Teori Penglibatan Astin 13
2.2 Kebaikan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kolej
Kediaman Pelajar Matapelajaran Pengajian 14
2.3 Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kolej Kediaman 19
2.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar
dalam Aktiviti Kolej Kediaman 23
2.4.1 Faktor Minat 25
2.4.2 Faktor Rakan Sebaya 26
2.4.3 Faktor Asuhan Ibu Bapa 27
2.4.4 Faktor Kemudahan yang Disediakan 29
2.5 Kajian Lepas Yang Berkaitan 30
2.5.1 Kajian Dalam Negara 30
2.5.2 Kajian Luar Negara 31
III METODOLOGI 33
3.0 Pengenalan 33
3.1 Rekabentuk Kajian 34
3.2 Tempat Kajian 34
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.4.1 Bahagian A 36
3.4.2 Bahagian B 37
3.4.3 Bahagian C 37
3.4.4 Bahagian D 38
3.4.5 Taburan Item Soal Selidik 38
3.5 Kajian Rintis 39
ix
3.6 Kesahan Kandungan Soal Selidik 40
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Analisis Data 41
3.9 Penutup 42
IV ANALISIS DATA 43
4.0 Pengenalan 43
4.1 Analisis Data Bahagian A 44
4.2 Analisis Data Bahagian B 47
4.3 Analisis Data Bahagian C 55
4.4 Analisis Data Bahagian D 66
4.5 Dapatan Keseluruhan Kajian 70
4.6 Penutup 72
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 73
5.0 Pengenalan 73
5.1 Rumusan 74
5.2 Perbincangan 75
5.2.1 Sejauh manakah persepsi Pelajar Tahun Satu
terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti
Kolej Kediaman Pelajar? 75
5.2.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
penglibatan Pelajar tahun Satu dalam aktiviti
Kolej Kediaman Pelajar? 77
5.2.3 Sejauh manakah tahap penglibatan Pelajar
Tahun Satu dalam aktiviti Kolej Kediaman Pelajar? 82
5.3 Cadangan 84
5.3.1 Pelajar 84
x
5.3.2 Pihak Kolej Kediaman 84
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.5 Penutup 86
BIBLIOGRAFI 87
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Bilangan Pelajar Tahun Satu 35
3.2 Taburan Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 38
3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 42
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 45
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 45
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Status 46
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Kolej
Kediaman 47
4.5 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan
Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Intelek 48
4.6 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan
Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Jasmani 49
4.7 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan
xii
Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Emosi 50
4.8 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan
Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Intelek 51
4.9 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan
Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Sosial 53
4.10 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Pertama 54
4.11 Analisis Faktor Minat dalam Mempengaruhi Penglibatan Pelajar
Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 55
4.12 Analisis Faktor Rakan Sebaya dalam Mempengaruhi Penglibatan
Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 57
4.13 Analisis Faktor Asuhan Ibu Bapa dalam Mempengaruhi Penglibatan
Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 60
4.14 Analisis Faktor Kemudahan Yang Disediakan dalam Mempengaruhi
Penglibatan Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 62
4.15 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Kedua 64
4.16 Analisis Tahap Penglibatan Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti
Kolej Kediaman Pelajar 64
4.17 Dapatan Keseluruhan Kajian 69
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
SPSS : Statistical Packages for Social Sciences
FPN : Falsafah Pendidikan Negara
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
IPT : Institut Pengajian Tinggi
FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HEP : Hal Ehwal Pelajar
SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan
MCKK : Malay College Kuala Kangsar
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Mengenai Persidangan
Pengetua-pengetua IPTA 2008
C Surat Permohonan Mendapatkan Bilangan Pelajar Tahun Satu
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan adalah satu proses berterusan yang lahiriah berlaku dalam
kehidupan setiap manusia yang tertakluk kepada interaksi individu tersebut dan
persekitarannya. Individu akan terus terlibat dalam proses pembelajaran sebagai satu
cara untuk meneruskan kehidupan. Menurut Robiah Sidin (1998), pendidikan ialah
satu istilah yang umum mengikut tujuan dan konteks penggunaannya. Sungguhpun
demikian, ertinya adalah kabur dan komplek. Kabur kerana ia mempunyai
pengertian yang berbagai-bagai, dan berbeza mengikut konteks atau keadaan ia
digunakan, dan kompleks kerana ia tidak hanya menghasilkan satu proses yang
tersendiri atau satu kenyataan tertentu yang tepat.
Ilmu bukan sahaja boleh diperolehi daripada pembelajaran formal, malah ia
juga berlaku secara tidak formal dan bukan formal. Pembelajaran formal ialah
pembelajaran bersistem seperti belajar di sekolah atau universiti. Pembelajaran tidak
formal ialah pembelajaran tidak bersistem seperti menghadiri kuliah fardhu ain,
mendengar ceramah, perbincangan, seminar mahupun bengkel yang dianjurkan oleh
2
persatuan. Manakala pendidikan bukan formal pula adalah terhasil daripada interaksi
antara individu dengan pihak luar serta alam sekitar (Kit Pelajar Cemerlang ,2008).
Ini membuktikan bahawa seorang pelajar bukan sahaja memperolehi ilmu
melalui program pembangunan formal semata-mata. Kecemerlangan kognitif atau
akademik tidak menjamin kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi
seseorang. Namun, ianya harus diseimbangkan dengan pendidikan tidak formal
seperti kegiatan kokurikulum. Di Universiti Teknologi Malaysia, Bahagian
Pembangunan dan Aktiviti Pelajar (P & A) telah ditubuhkan di bawah Pejabat Hal
Ehwal Pelajar. Ia merupakan unit yang memberi khidmat kepada semua persatuan,
kelab, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan juga sebagai penasihat kepada
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam menguruskan program dan aktiviti (Buku
Panduan Pelajar, 2008).
Menurut Mohd Yusof Hj Othman (1993), pembangunan insan harus lebih
diseimbangkan antara ruhani dan jasmani, antara intelek dan emosi dan bermotivasi
tinggi, yang bercita-cita tinggi, pandai merancang hidupnya, mempunyai
keterampilan yang mampan, tahu menilai prestasi diri dan beradab, berakhlak dan
beretika.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pelajar merupakan satu aset yang penting dalam sesebuah institusi
pendidikan. Kemampuan seseorang pelajar itu bertindak dengan cemerlang di dalam
sesebuah institusi pendidikan akan dapat memberi gambaran atau imej yang baik
kepada masyarakatnya di mana dia menuntut.
3
Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga berusaha untuk melahirkan
graduan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Usaha ini dijalankan bagi pelajar yang mula menjejakkan kaki ke menara gading
lagi sehinggalah tamat pengajian. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu untuk memperkembangkan potensi individu sebagai ahli
teknologi secara menyeluruh dan bersepadu yang berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara berasaskan kepatuhan kepada Tuhan. Ia
ditambah lagi dengan ucapan Naib Canselor UTM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli
bin Tan Sri Mohd. Ghazali melalui penulisan Buku Panduan Pendaftaran Minggu
Haluan Siswa Sesi 2008/2009, iaitu matlamat utama Universiti adalah untuk
menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan teknologi bertaraf dunia
menerusi kreativiti. Universiti sangat menggalakkan apa jua program pelajar bagi
menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta.
Oleh itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan
kemudahan yang mencukupi samada di kampus Skudai, Johor mahupun di Jalan
Semarak, Kuala Lumpur. Terdapat 12 buah fakulti di UTM Skudai yang merupakan
pusat pembelajaran dan segala kegiatan program pembangunan berunsurkan
akademik dijalankan (Buku Panduan Pelajar 2008). Selain dari pembangunan
akademik yang mana diberi penekanan di fakulti, pembangunan pelajar di kolej
kediaman merupakan salah satu aspek yang penting bagi pembangunan diri, atau
dengan kata lain sebagai pelengkap kepada visi dan misi institusi pendidikan tinggi
yang lebih meluas.
Pelbagai perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sama ada di
peringkat sekolah mahupun di universiti iaitu dalam tempoh sedekad ini. Perubahan-
perubahan yang dibuat ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran
pelajar dan memberi kejutan kepada pelajar-pelajar yang baru melangkahkan kaki ke
universiti. Aktiviti yang dijalankan di peringkat universiti seperti aktiviti kolej
kediaman juga berbeza jika dibandingkan dengan aktiviti yang dijalankan di
4
sekolah. Pelajar-pelajar baru ini perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran,
pembelajaran dan juga aktiviti yang dijalankan di universiti.
Seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar (2008), sehingga hari
ini, UTM kampus Skudai, Johor telah menyediakan 13 buah Kolej Kediaman Pelajar
dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan lingkaran dalam yang terdiri
daripada Kolej Rahman Putra, Kolej Tun Fatimah, Kolej Tun Razak, Kolej Tun
Hussein Onn, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Tuanku Canselor dan Kolej 11. Manakala
kawasan lingkaran luar pula terdiri daripada Kolej Perdana, Kolej 9, Kolej 10, Kolej
Datin Seri Endon, Kolej Tun Ghafar Baba, dan Kolej 16 & 17. Kapasiti bagi semua
kolej adalah seramai 17,494 orang. Antara kemudahan yang terdapat di setiap kolej
kediaman ialah kafeteria, dewan serbaguna, pasar mini, kedai dobi, surau,
gelanggang permainan, bilik rehat, ruang tamu, bilik komputer, stor barang dan lain-
lain kemudahan bagi membantu kecemerlangan akademik pelajar.
Dasar penginapan mewajibkan semua pelajar Ijazah Pertama tinggal di
asrama dalam kampus sepanjang sesi pengajian. walaubagaimanapun, kolej
kediaman pelajar lazimnya dilihat bukan sahaja menyediakan tempat kediaman yang
selesa dan selamat kepada pelajar tetapi juga sebagai pusat perkembangan atau
pembangunan pelajar secara amnya. Menurut Cheng Zonh Fong (2000), secara
purata mahasiswa menghabiskan masa selama 48 jam seminggu untuk menghadiri
kuliah di fakulti berbanding dengan 120 jam seminggu dihabiskan di kolej
kediaman.
Justeru itu, nyatalah bahawa kolej kediaman merupakan tempat yang subur
untuk membentuk perkembangan dan pembangunan pelajar. Bagi melaksanakan
polisi Universiti di kolej kediaman dengan lebih terancang, maka universiti telah
menempatkan pengetua dan felo yang dilantik atau dipilih dikalangan kakitangan
akademik dan pentadbir yang berkelayakan.
5
Penempatan pengetua dan felo bagi setiap kolej kediaman yang merupakan
tunjang sesebuah struktur organisasi berperanan dalam aspek pentadbiran dan
pembangunan sahsiah pelajar. Untuk menyelaraskan lagi program pembangunan
pelajar pihak pengurusan kolej telah melantik beberapa biro yang bertanggungjawab
untuk melaksanakan semua program dan aktiviti kolej kediaman berbentuk
kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian, dan sebagainya seperti yang
dinyatakan di dalam Buku Panduan Pelajar UTM (2008). Misalnya Biro Sukan dan
Rekreasi, Biro Komunikasi dan Dokumentasi, Biro Kebudayaan dan Sosial, biro
Keusahawanan, Biro Kaunseling, Biro Kerohanian, Biro Penyelidikan dan
Pembangunan Mahasiswa dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah
seperti kursus, seminar, lawatan, khidmat masyarakat, pembangunan diri, sukan dan
rekreasi, kebudayaan, ekspo keusahawanan, majlis tahlil dan banyak lagi.
Aktiviti kolej kediaman pelajar berfungsi sebagai penjanaan kepimpinan dan
keintelektualan pelajar sekaligus dapat membentuk sahsiah pelajar yang seimbang
antara akademik dan bukan akademik. Di samping itu, penglibatan pelajar dalam
aktiviti kolej kediaman pelajar dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam
pengurusan organisasi, semangat patriotik, berkomunikasi, keintelektualan dan
kepimpinan. Manakala aktiviti kolej kediaman yang berbentuk kerohanian pula
adalah untuk menyusun strategi-stategi pengukuhan akidah, ibadah, akhlak dan
tatasusila pelajar seperti aktiviti ceramah keagamaan, tazkirah, majlis bacaan Yasin
dan tahlil seiring dengan matlamat UTM untuk melahirkan para graduan yang
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan memiliki kesopanan yang tinggi (Buku
Panduan Pelajar 2008).
Persatuan dan kelab yang ditubuhkan pada peringkat kolej kediaman pelajar
adalah untuk melatih pelajar menjadi seorang pemimpin, mengeratkan perpaduan
berbilang kaum, membentuk sahsiah pelajar dan menumpukan nilai-nilai akademik
dalam kegiatan pelajar. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan dan kelab boleh membentuk pelajar menjadi seorang mahasiswa yang
berdisiplin, mengamalkan sikap bekerjasama dan memberi manfaat kepada pelajar
sepanjang berada di Universiti ini.
6
Kelab sukan dan rekreasi yang ditubuhkan di kolej kediaman pelajar
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sukan dan rekreasi
melalui pelaksanaan program sukan. Ia bertujuan untuk menggalakkan
perkembangan nilai-nilai hidup sihat di dalam diri pelajar. Penekanan dan
penglibatan aktiviti bercorak kecergasan fizikal dan mental ini adalah bertujuan
supaya pelajar dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup dan
seterusnya mendapat keseronokan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang
diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Fiesta Sukan, jungle trecking dan
mendaki gunung.
Aktiviti kolej kediaman merupakan pelengkap kepada latihan ilmiah yang
diperolehi pelajar di fakulti. Ia berperanan untuk melahirkan graduan yang baik dan
berkualiti, disamping didedahkan dengan latihan ilmiah secara intensif di fakulti dan
mewujudkan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan diri pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu.
Setiap biro yang diterajui oleh pihak Jawatankuasa Kolej Mahasiswa telah
bertungkus lumus merancang, menyusun, mengolah, dan melaksanakan setiap
aktiviti kolej kediaman. Sebagai pelajar yang baru melangkah ke alam universiti, ini
merupakan peluang baik untuk mereka menonjolkan bakat dengan melibatkan diri
dalam aktiviti kolej kediaman. Walaubagaimanapun, sambutan yang diberikan pada
aktiviti kolej kediaman masih dingin dan dipandang sebelah mata oleh sebilangan
pelajar yang memikirkan penglibatan dalam aktiviti kolej kediaman tidak penting
sama sekali. Boleh dikatakan majoriti aktiviti yang dilaksanakan melibatkan
individu yang sama manakala sesetengah pelajar yang lain hanya ambil tidak endah
sahaja
7
1.2 Pernyataan Masalah
Kecemerlangan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial amat dititikberatkan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu,
untuk pembangunan pelajar secara pendidikan tidak formal, setiap kolej kediaman
telah mengatur sebuah organisasi terancang dengan biro masing-masing untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti kolej kediaman yang berbentuk ilmiah dan bermanfaat
kepada setiap penghuni kolej terutamanya pelajar baru yang masih mentah dan perlu
diberi panduan. Namun, sambutan daripada pelajar adalah tidak menggalakkan.
Kadangkala penglibatan dalam setiap aktiviti lazimnya datang dari individu yang
sama sementara yang lain tidak ingin mengambil tahu langsung.
Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap
aktiviti kolej kediaman. Kajian ini juga untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Selain
itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penglibatan pelajar tahun satu
dalam aktiviti kolej.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji:
1.3.1 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap kebaikan
melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman.
1.3.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar
tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.
8
1.3.3 Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti
kolej kediaman.
1.4 Persoalan Kajian
Daripada latar belakang masalah yang dikemukakan dalam perbincangan
bahagian beberapa persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
1.4.1 Sejauh manakah persepsi pelajar tahun satu terhadap kebaikan
melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman?
1.4.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahun
satu dalam aktiviti kolej kediaman?
1.4.3 Sejauh manakah tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti
kolej kediaman?
Top Related