HUBUNGAN DI ANTARA PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA DALAM
SEKTOR PERKHIDMATAN (INSURANS)
SITI ZAHRAH BINTI SUJAE
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA
HUBUNGAN DI ANTARA PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA DALAM
SEKTOR PERKHIDMATAN SYARIKAT INSURANS
SESI PENGAJIAN : 2017/2018
Saya SITI ZAHRAH BINTI SUJAE mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini
disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 5 BLOK Z KG MELAYU WIRA DAMAI,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh : ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN:
** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan
surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan
sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau
TERHAD.
HUBUNGAN DI ANTARA PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA DALAM
SEKTOR PERKHIDMATAN (INSURANS)
SITI ZAHRAH BINTI SUJAE
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAN SEBAGAI
MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA
JUN 2018
ii
Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Pelajar : ..............................................................................
SITI ZAHRAH BINTI SUJAE
Tarikh : ..............................................................................
Penyelia : ..............................................................................
DR. SHAZAITUL AZREEN BINTI RODZALAN
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat Ibu yang tersayang,
Naisah Binti Abdullah
Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,
Semangat dan nasihat yang telah dititipkan.....
Tidak dilupakan Adik-beradik yang dikasihi,
Masyarie, Mohd Effendi, Mohd Ibrahim, Mohd Azral
Siti Juriya, Siti Zamilah, Sayful Huda
Nor Aisah, Mohd Erfan
Terima Kasih kerana memberi inspirasi.....
Buat sahabat-sahabat,
Khasnya Bachelor of Technology Management with Honours (BPA )
Terima kasih kerana menjadi teman yang setia,
Memahami dan menceriakan hidup ini,
Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terabadi
Di dalam sanubariku buat selama-lamanya.....
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia dan izinNya dapat saya
menyiapkan kajian ini sebagaimana yang dirancangkan. Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada setiap individu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya bagi menyiapkan kajian yang saya jalankan ini.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada penyelia
saya iaitu Dr. Shazaitul Azreen Bt Rodzalan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
atas kesudian memberi pandangan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan juga bahan-
bahan rujukan bagi menyempurnakan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan.
Selain daripada itu, saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak
industri iaitu syarikat-syarikat insurans sekitar Kuala Lumpur yang terlibat di atas
kebenaran dan sokongan yang diberikan. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan
kepada semua kakitangan syarikat yang terlibat dalam kajian rintis serta kajian sebenar
yang saya jalankan.
Saya amat terhutang budi kepada semua pihak yang terlibat atas segala
sokongan dan juga bimbingan yang telah diberikan. Jutaan terima kasih dan
penghargaan saya kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan (FPTP) yang mengajar, memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran yang
konstruktif kepada saya sepanjang sesi kuliah dan perbincangan dalam menangani
permasalahan yang dihadapi. Kesabaran dan nasihat yang diberikan menguatkan
semangat saya untuk menghasilkan laporan yang bermutu.
Akhir sekali, buat rakan-rakan seperjuangan sekalian, yang sama-sama
menempuh susah payah dalam menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Terima
kasih di atas sokongan kalian.
v
ABSTRAK
Produktiviti merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi Malaysia seperti yang
dicerminkan dalam strategi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Bagi meningkatkan
pertumbuhan produktiviti di Malaysia, sektor perkhidmatan dilihat sebagai salah satu
tonggak utama yang memainkan peranan dalam mencapai sasaran global.
Walaubagaimanapun, tahap produktiviti pekerja bagi sektor perkhidmatan dilihat pada
kadar yang lebih rendah berbanding sektor-sektor lain. Justeru itu, lebih banyak usaha
perlu dilakukan bagi mendorong pertumbuhan produktiviti sekaligus meningkatkan
prestasi kerja pekerja. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara
Big Five Personality dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di syarikat insurans.
Kaedah kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dimana penyelidik
mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati
terdapat hubungan yang signifikan di antara trait personaliti openess to experience,
conscientiousness, extraversion dan agreeableness terhadap prestasi kerja. Hasil
dapatan kajian ini dapat membantu organisasi mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang
wujud di kalangan pekerja. Sekaligus membantu organisasi mengetahui tahap prestasi
kerja di kalangan pekerja. Hal ini bagi memudahkan organisasi mewujudkan program-
program pembangunan kerjaya dan modal insan dengan lebih berkesan. Selain itu, ia
juga dapat membantu pekerja memahami ciri-ciri personaliti yang dimiliki untuk
meningkatkan lagi tahap prestasi kerja dalam melaksanakan tugas.
vi
ABSTRACT
Productivity is the main driver of Malaysia’s economic development as reflected in
the Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11). In order to increase the productivity growth
in Malaysia, service sector is seen as one of the major milestones that plays an
important roles in achieving global targets. However, the level of employees
productivity for the service sector is seen at a much lower rate than other service sector.
Hence, more efforts are need to be made to drive the productivity growth while also
improving the workforce performance. This study was conducted to identify the
relationship between big five personality and job performance among employees in
insurance companies. The research method used in this study was quantitative method
in which the researcher distributed the questionnaire to respondents. The result of this
study shows there is a significant relationship between trait personality openness to
experience, conscientiousness, extraversion and agreeableness with the job
performance. The result of this study can assist the organization to identify the
characteristics of the personality among the employees. Perhaps, able to assist the
organization to know the level of job performance among employees. This will make
it easier for organization to facilitate more career development and human capital
development programs with more effectively. Other than that, this study could also
assist employees to understand more of their own personality in order to improve their
performance in carry out their job task.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Kesimpulan 10
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definisi Prestasi Kerja 12
2.3 Teori Prestasi Kerja 13
2.4 Dimensi Prestasi Kerja 15
2.4.1 Prestasi Tugas 15
2.4.2 Prestasi Kontekstual 16
2.5 Perbezaan antara prestasi tugas dan 16
prestasi kontekstual
2.6 Definisi Personaliti 17
2.7 Teori lima trait personaliti @ Big five Personality 18
2.8 Dimensi Big Five Personality 19
2.8.1 Berfikiran terbuka 19
(Openness to experience)
2.8.2 Sifat Berhati-hati (Conscientiousness) 20
2.8.3 Bersifat Sosial (Extraversion) 21
2.8.4 Sifat Kepersetujuan (Agreeableness) 22
2.8.5 Bersifat Neurotik (Neuroticism) 23
2.9 Kajian-Kajian Lepas 24
2.10 Hipotesis Kajian 28
2.11 Kerangka Konseptual 29
2.12 Kesimpulan 29
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Prosedur Kajian 32
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.4.1 Populasi 34
3.4.2 Saiz Sampel 34
3.4.3 Lokasi Kajian 35
3.4.4 Teknik Pensampelan 35
3.4.5 Unit Analisis 35
3.5 Instrumen Kajian 36
3.5.1 Borang soal selidik 36
3.5.2 Reka Bentuk Soal Selidik 37
3.6 Pengumpulan Data 38
3.6.1 Data Primer 38
3.6.2 Data Sekunder 38
3.7 Peratusan Kadar Respon 39
3.8 Analisis Data 39
3.8.1 Analisis Deskriptif 39
3.8.2 Pengukuran Skala- Ujian 40
Kebolehpercayaan
3.8.3 Kajian Rintis 40
x
3.8.4 Analisis Kajian sebenar 41
3.8.5 Analisis Skor Min 42
3.8.6 Analisis Inferensi 42
3.9 Kesimpulan 43
BAB 4 ANALISIS DATA 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Deskriptif 44
4.2.1 Latar Belakang Demografi Responden 45
4.2.2 Analisis Data Personaliti 46
4.2.2.1 Extraversion 47
4.2.2.2 Agreeableness 48
4.2.2.3 Conscientiousness 49
4.2.2.4 Neuroticism 50
4.2.2.5 Openness to experience 51
4.2.3 Analisis Data Prestasi Kerja 52
4.2.3.1 Prestasi Tugas 52
4.2.3.2 Prestasi Kontekstual 53
4.3 Analisis Statistik Inferensi 55
4.3.1 Ujian Normaliti 55
4.3.2 Objektif Kajian Pertama 56
4.3.3 Objektif Kajian Kedua 57
4.3.4 Objektif Kajian Ketiga 57
xi
4.4 Kesimpulan 60
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN 61
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Gambaran keseluruhan kajian 61
5.3 Perbincangan Objektik Kajian 62
5.3.1 Objektif kajian pertama-Tahap 63
prestasi kerja pekerja syarikat insurans
5.3.2 Objektif kajian kedua- Ciri personaliti 64
paling dominan yang wujud dalam
kalangan pekerja syarikat insurans
5.3.3 Objektif kajian ketiga- Hubungan 65
di antara personaliti dan prestasi kerja
pekerja di syarikat insurans
5.4 Cadangan 66
5.4.1 Cadangan kepada organisasi 66
5.4.2 Cadangan untuk kajian lanjutan 66
5.5 Batasan 67
5.6 Kesimpulan 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN A – C 78
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Coefficient Alpha Range 40
3.2 Keputusan Statistik Kebolehpercayaan 41
Kajian Rintis
3.3 Keputusan Statistik Ujian Kebolehpercayaan 42
3.4 Tahap Min Skor 42
3.5 Peraturan thumb mengenai Correlation 43
Coefficient Size
4.1 Analisis taburan kekerapan dan 45
peratusan latar belakang responden
4.2 Analisis taburan min dan sisihan piawai 47
(Extraversion)
4.3 Analisis taburan min dan sisihan piawai 48
(Agreeableness)
4.4 Analisis taburan min dan sisihan piawai 49
(Conscientiousness)
4.5 Analisis taburan min dan sisihan piawai 50
(Neuroticism)
4.6 Analisis taburan min dan sisihan piawai 51
(Openness to experience)
4.7 Analisis taburan min dan sisihan piawai 52
(Prestasi Tugas)
4.8 Analisis taburan min dan sisihan piawai 54
(Prestasi Kontekstual)
4.9 Skor min bagi keseluruhan prestasi kerja 56
4.10 Skor min bagi keseluruhan Big Five Personality 57
4.11 Keputusan ujian kolerasi Pearson 58
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kerangka Konseptual 29
3.1 Carta Aliran Proses Kajian 33
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
RMK 11 - Rancangan Malaysia ke-11
MPC - Malaysian Productivity Corporation
PIAM - Persatuan Insurans Am Malaysia
KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar
ASEAN - Association of Southeast Asian Nations
SPSS - Statistical Package for the Social Science
OCB - Organizational Citizenship Behavior
FFM - Five Factor Model
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
SBT - Sekolah Prestasi Tinggi
UTHM - Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
BFI - Big Five Inventory
m - Min
sp - Sisihan Piawai
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Ujian Normaliti Personaliti (keseluruhan) 78
B Ujian Normaliti Prestasi Kerja (keseluruhan) 79
C Borang Soal Selidik 80
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Produktiviti di Malaysia kekal sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi negara
seperti yang digariskan dalam strategi Rancangan Malaysia ke-11. Malaysia kini lebih
bersedia untuk merealisasikan matlamat utama dalam mencapai sasaran ekonomi
berpendapatan tinggi. Justeru itu, negara disasarkan untuk mencapai 3.7% kadar
pertumbuhan pada tahap produktiviti kepada RM92,300 menjelang tahun 2020
berbanding dengan persekitaran ekonomi global mengikut laporan Malaysian
Productivity Corporation (MPC 2016). Hal ini kerana, semakin meningkat
produktiviti sesebuah negara, semakin tinggi juga taraf hidup negara tersebut. Maka
lebih banyak pilihan yang boleh dipilih untuk mencapai kehidupan yang lebih
sejahtera. Tambahan pula, menurut Tan Sri Azman Hashim (Utusan Borneo Online)
strategi yang dinamik serta berhala tuju adalah perkara utama yang perlu dilakukan
bagi mempercepatkan dan mengekalkan produktiviti negara Malaysia. Strategi ini
mampu untuk memantau dan menilai kemajuan pelbagai inisiatif yang berkaitan
dengan produktiviti di seluruh kementerian, agensi dan juga penggiat industri.
Bagi meningkatkan pertumbuhan produktiviti negara, sektor perkhidmatan dilihat
sebagai salah satu tonggak utama yang memainkan peranan dalam mencapai sasaran
global. Menjelang tahun 2020, sektor perkhidmatan disasarkan untuk mencapai 58%
2
melepasi pertumbuhan yang disasarkan seperti yang digariskan dalam Rancangan
Malaysia ke-11 (MPC 2016). Produktiviti sektor perkhidmatan ini boleh
dipertingkatkan melalui peningkatan tahap prestasi kerja pekerja dalam organisasi.
Prestasi kerja didefinisikan sebagai satu proses dimana pengurus bertanggungjawab
memastikan aktiviti dan produktiviti pekerja selari dengan matlamat organisasi (West
& Noel, 2009). Menurut Seok & Ismail Maakip, Tan Cho Chiew, Ferlis Hj. Bahari,
(2013) prestasi kerja merupakan jumlah nilai yang dijangkakan oleh organisasi
mengenai penguasaan tugas yang berkaitan dengan seseorang pekerja. Selain itu,
peningkatan dalam prestasi kerja pekerja dapat membangunkan kemahiran serta
kebolehan peribadi, keselamatan pekerjaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik.
Prestasi kerja pekerja yang baik mampu melahirkan produktiviti yang baik.
Menurut laporan Malaysian Productivity Corporation (2016), peningkatan
produktiviti negara yang baik mampu memastikan taraf hidup yang lebih tinggi dengan
mengurangkan kesan inflasi. Dalam usaha untuk memperjuangkan peningkatan dalam
potensi produktiviti di Malaysia, memupuk tenaga kerja yang cekap, inovatif dan
berkemahiran merupakan strategi terbaik yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai
sasaran global. Pekerja merupakan aset terpenting berbanding bahan mentah atau pun
modal bagi sesebuah organisasi bagi merealisasikan misi dan visi masing-masing.
Menurut Hussin (2011) pekerja adalah faktor utama kejayaan organisasi untuk
mengekalkan kepimpinan dan pertumbuhan organisasi tersebut di pasaran. Malah,
organisasi yang mampu memberikan komitmen yang adil dan sering mengambil berat
perihal pekerjanya dianggap mempunyai sistem pengurusan yang baik. Persekitaran
yang sedemikian merangkumi keadaan yang baik, kualiti udara yang baik, masa
maklum balas pengurusan yang tepat serta wujud persefahaman matlamat dan
keutamaan kerja dalam menjalankan tugas (Azlinda, 2013).
Namun begitu, faktor personaliti dilihat mampu mempengaruhi prestasi kerja
pekerja dalam sesebuah organisasi. Kajian oleh Woods (2013) turut mendapati ciri-
ciri personaliti mempunyai kesan terhadap prestasi kerja seseorang pekerja. Di antara
ciri-ciri personaliti yang dapat diterima secara meluas dan selalu digunakan untuk
menilai personaliti seseorang adalah 5 trait personaliti atau lebih dikenali sebagai Big
Five Personality iaitu berfikiran terbuka (Openness to experience), sifat berhati-hati
(Conscientiousness), bersifat sosial (Extraversion), sifat kepersetujuan
(Agreeableness), dan bersifat neurotik (Neuroticism). Menurut Ziegler et al. (2014)
3
Big Five Personality ini boleh digunakan untuk mengenal pasti peranan perbezaan
personaliti seseorang individu yang telah dilakukan untuk menilai tahap prestasi kerja
seseorang pekerja di tempat kerja. Hal ini kerana, setiap jenis personaliti ini
mempunyai ciri dan pengaruh yang berbeza terhadap prestasi kerja.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sesebuah organisasi memerlukan pekerja dari segi tenaga kerja dan kemahiran untuk
membuat penambahbaikan dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru
itu, pekerja adalah aset penting yang bernilai bagi sesebuah organisasi selain daripada
bahan mentah dan keperluan. Walaubagaimanapun, pekerja adalah aset yang tidak
mudah ditukar ganti. Menurut William (2010), pekerja dianggap sebagai elemen yang
sangat penting bagi membantu organisasi dalam mencapai lebih banyak kejayaan
dalam perniagaan. Meletakkan pekerja di kedudukan yang betul menjadikan pekerja
tersebut lebih berkeupayaan untuk menjalankan tugas dengan baik. Sektor
perkhidmatan khususnya syarikat insurans, pekerja seharusnya berada pada suatu
tahap kecekapan dan prestasi kerja yang tertentu. Contohnya ejen yang menjual
premium insurans perlu mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dengan pelanggan
dan mampu memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan yang memerlukan
perkhidmatan. Masyarakat meletakkan harapan tinggi terhadap organisasi
perkhidmatan dan kegagalan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap
mewujudkan pandangan negatif terhadap organisasi tersebut (Najib & Halimah, 2009).
Di Malaysia, jenis syarikat insurans yang mempunyai peratus penguasaan yang
tertinggi adalah syarikat insurans am (Laporan Tahunan Insurans, 2009). Persatuan
Insurans Am Malaysia (PIAM) merupakan persatuan berkanun yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia untuk semua syarikat langsung dan reinsurans berlesen untuk
insurans am di Malaysia. Dalam pembangunan negara, bidang tugas utama syarikat-
syarikat insurans am di Malaysia seperti Allianz Malaysia, dan AIA Berhad
memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan ke atas kemalangan
umum seperti kenderaan bermotor, perkapalan, perubatan, kebakaran dan sebagainya.
Dalam laporan tahunan insurans (2009) peratusan premium bagi insurans bermotor
adalah tertinggi sekitar 50% setiap tahun, diikuti oleh perkapalan dan penerbangan
iaitu sebanyak 20% dan kebakaran sebanyak 20%. Peningkatan jumlah penduduk akan
4
meningkatkan potensi industri ini. Maka, jumlah pekerja seperti ejen insurans perlu
ditingkatkan. Namun kehadiran ejen insurans yang kurang cekap dan tidak
professional dalam melaksanakan tugas akan mendatangkan masalah dan memberikan
imej negatif kepada organisasi secara umum. Justeru itu, adalah penting bagi setiap
pekerja dalam industri ini untuk mempertingkatkan prestasi kerja masing-masing bagi
meningkatkan lagi pertumbuhan produktiviti dalam industri ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, sektor perkhidmatan dengan tahap berjumlah RM68,166 dan
pertumbuhan sebanyak 2.8% dilihat banyak menyumbang kepada pertumbuhan
produktiviti mengikut laporan Malaysian Productivity Corporation (2016). Bagi
mencapai sasaran global, sektor perkhidmatan kini dilihat memainkan peranan penting
sebagai sektor ekonomi utama dalam memacu pertumbuhan dan menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 54.2%. Hal ini bertepatan seperti
yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 untuk mencapai kadar pertumbuhan
produktivi sebanyak 58% menjelang tahun 2020. Produktiviti pekerja di Malaysia
walaubagaimanapun menunjukkan peningkatan sebanyak 3.5% pada tahun 2016
(RM78,218) berbanding tahun 2015 (RM75,548).
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran daripada faktor luaran seperti kelemahan
mata wang, namun ianya tidak menggugat negara Malaysia untuk mengekalkan
pertumbuhan produktiviti pekerja pada tahun 2016. Pengekalan prestasi yang baik ini
menunjukkan Malaysia kini semakin kukuh untuk mencapai matlamat sebanyak 3.7%
tahunan dalam sasaran pertumbuhan produktiviti dalam tempoh lima tahun akan
datang seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-11. Hal ini
menunjukkan bahawa Malaysia sedang giat melangkah kehadapan untuk beralih arah
daripada intensif buruh dan menuju ke arah faktor pendorong yang berbentuk digital
serta teknologi. Pelbagai inisiatif baru yang lebih maju dan moden dilakukan oleh
industri atau organisasi mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
berpendapatan tinggi. Hal ini sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan keluaran
dalam negara kasar yang tinggi kepada negara Malaysia.
Pertumbuhan produktiviti bagi negara-negara ASEAN yang lain seperti
Indonesia, Filipina, Thailand dan China berada di tahap yang lebih baik berbanding
5
negara Malaysia. Menurut laporan Malaysian Productivity Corporation (2016)
produktiviti negara kini berada di tahap yang rendah dengan 3.4% berbanding negara
Indonesia dan Filipina yang mana masing-masing mencatatkan 4.6% dan 4.4% bagi
pertumbuhan produktiviti walaupun mengalami kelembapan dalam eksport global.
Negara seperti Indonesia dan Filipina menunjukkan peningkatan dan pengukuhan
dalam sektor domestik negara tersebut serta mempunyai kesan yang positif terhadap
produktivi pekerja. Manakala bagi negara China pula dengan nilai produktiviti USD
14,030 telah menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan produktiviti sebanyak
6.6% berbanding Malaysia. Oleh yang demikian peningkatan dalam pertumbuhan
produktiviti negara perlu dititikberatkan sebagai penentu utama pertumbuhan ekonomi
yang berterusan.
Sejajar dengan matlamat utama negara untuk mencapai sasaran global, maka
Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan juga Australia. Mengikut laporan
Malaysian Productivity Corporation (2016) tahap produktiviti pekerja bagi setiap
orang yang bekerja adalah pada tahap USD 21, 564 sementara Amerika Syarikat pula
berada pada tahap USD 120,584. Hal ini menunjukkan bahawa tahap produktiviti
Malaysia masih ketinggalan jauh di belakang berbanding negara-negara maju yang
lain. Negara maju seperti Amerika Syarikat mencatatkan pertumbuhan produktiviti
kecil sebanyak 0.7% begitu juga Jepun yang mengalami pertumbuhan marginal
sebanyak 0.03% dalam produktiviti. Pertumbuhan dalam produktiviti ini mampu
mewujudkan lebih banyak sumber buruh, kemahiran, keupayaan pengurusan dan
modal kewangan. Peningkatan pengeluaran dan pendapatan yang lebih tinggi boleh
dicapai daripada setiap jam bekerja dengan pemilihan yang tepat.
Sektor perkhidmatan sebagai bidang utama dilihat dapat memberikan impak
kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan seterusnya memainkan peranan penting
dalam meningkatkan produktiviti negara. Menurut laporan Malaysian Productivity
Corporation (2016) tahap produktiviti sektor perkhidmatan kini pada kadar 2.8%
dilihat lebih rendah berbanding sektor lain seperti sektor pembinaan dan juga sektor
pertanian yang mana masing-masing mencatatkan kadar sebanyak 12.4% dan 3.4%.
Justeru itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi mendorong pertumbuhan
produktiviti bagi sektor perkhidmatan ke arah sasaran pertumbuhan tahunan sebanyak
3.7% di bawah RMK11.
6
Dari segi sumbangan output pula, sub-sektor perkhidmatan yang utama seperti
sektor pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans,
pengangkutan dan penyimpanan, utiliti serta sektor perdagangan borong dan runcit
masing-masing turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tahap produktiviti bagi sub-sektor kewangan dan insurans dilihat agak rendah dengan
kadar 13% jika dibandingkan dengan sub-sektor perdagangan borong dan runcit
dengan kadar 27% sekaligus merupakan penyumbang sub-sektor perkhidmatan yang
terbesar kepada KDNK. Justeru itu, pelbagai strategi perlu dirangka bagi
mempertingkatkan lagi produktiviti dan daya saing bagi sub-sektor kewangan dan
insurans.
Berita terkini menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) pada 23 Ogos
2017, industri insurans am kini turun 1.9% untuk separuh pertama tahun 2017
berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Pendapatan premium kasar berjumlah
RM9.17 bilion berlaku pengurangan daripada RM9.34 bilion untuk enam bulan
pertama tahun 2016. Prestasi produktiviti sesebuah organisasi atau industri boleh
diukur melalui produktiviti pekerjanya. Petunjuk yang paling biasa digunakan ialah
Nilai ditambah setiap pekerja. Menurut laporan Malaysian Productivity Corporation
(2016) nisbah ini mencerminkan jumlah kekayaan yang dihasilkan oleh syarikat,
dibandingkan dengan jumlah pekerja. Dimana ianya dipengaruhi oleh kecekapan
pengurusan dan sikap pekerja dalam organisasi tersebut. Dalam organisasi, prestasi
kerja dilihat dapat menyediakan pelbagai tujuan dan manfaat khususnya dari aspek
pengukuran pencapaian secara individu. Misalnya sumbangan personal dari segi
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam konteks organisasi atau pun sebagai
usaha gigih yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa berasaskan tanggungjawab
dalam melaksanakan tugas (Nurul Hudani et al., 2016). Realitinya, prestasi kerja yang
mantap dalam organisasi terutama di sektor perkhidmatan amat penting kerana ianya
menyumbang kepada peningkatan KDNK dalam negara.
Tambahan pula, organisasi kini menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran yang
mana sedikit sebanyak memberikan kesan kepada prestasi organisasi itu sendiri (Sattar
et al., 2011). Antara cabaran yang paling utama adalah untuk memastikan kepuasan
dan kehendak pelanggan yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama perlu
memenuhi sasaran yang digariskan. Hal ini memberikan gambaran sejauh mana
seseorang pekerja itu memahami dan menghayati matlamat strategi yang telah
7
ditetapkan oleh organisasi. Kemudiannya, kesediaan seseorang pekerja dalam
memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan telus dengan menunjukkan tahap
prestasi yang dikehendaki. Dalam usaha organisasi untuk mempertingkatkan prestasi
kerja seseorang pekerja, faktor personaliti dilihat mempengaruhi situasi ini. Sikap atau
tingkah laku pekerja yang berbeza mungkin memberi kesan terhadap prestasi kerja
seseorang pekerja. Sikap atau tingkah laku yang berbeza oleh pekerja mungkin
mempengaruhi prestasi kerja seseorang pekerja. Perbezaan sikap ini boleh dilihat
berdasarkan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang (Maccoby, 2009). Namun,
maklumat dan data yang kurang tepat menjadi penghalang dalam mengenal pasti
secara terperinci faktor penyebab utama dalam hal ini sama ada disebabkan oleh
pengaruh trait openness to experience, conscientiousness, extraversion, agreeableness
atau neuroticism.
Kajian lepas menunjukkan wujud perkaitan antara faktor personaliti dan prestasi
kerja. Menurut Abubakr, AbdelRahman dan Adeija (2010) mereka mendapati ciri-ciri
personaliti ini mempunyai hubungan positif yang mempengaruhi prestasi kerja.
Terutamanya ciri personaliti conscientiousness di mana pekerja bersikap teratur,
cekap, sistematik dan praktikal dalam melakukan tugas. Namun, kajian oleh Yang dan
Hwang, (2014) pula menunjukkan bahawa kesan trait personaliti penting dengan
agreeableness menjadi trait yang paling berpengaruh diikuti dengan extraversion. Hal
ini kerana agreeableness merupakan ciri personaliti yang bersesuaian dengan kualiti
dan sikap dalam perkhidmatan. Perbezaan personaliti ini memberikan kesan prestasi
kerja yang berbeza antara individu dengan individu yang lain. Berasaskan penelitian
Barbuto dan Burbach (2006) mendapati sikap atau tingkah laku dan faktor personaliti
membuktikan bahawa kesemua ciri personaliti mempengaruhi prestasi kerja secara
langsung. Hal ini juga disedari oleh Bass, Avolio, Jung dan Berson (2003) yang
mendapati tingkah laku kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh secara
langsung terhadap pencapaian yang seterusnya memberikan kesan positif kepada
prestasi kerja.
Senario ini menjelaskan personaliti yang dipamerkan oleh pekerja merupakan
aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah organisasi. Kajian oleh Shaffer
(2004) yang dilakukan terhadap responden dari pelbagai sektor mendapati peningkatan
prestasi kerja berlaku melalui pemilikan personaliti tertentu dimana hanya personaliti
agreeableness, extraversion dan neuroticism yang memberikan kesan kepada prestasi
8
kerja seseorang pekerja. Penyelidik bersetuju bahawa setiap faktor personaliti ini
dilihat dapat menghasilkan tingkah laku yang lebih proaktif. Selain itu, menurut Darr
& Kelloway, (2016) mengenali personaliti pekerja merupakan langkah permulaan
kepada sesebuah organisasi. Dimana ianya dapat membantu organisasi mengenal pasti
ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Peningkatan prestasi
kerja seseorang pekerja menunjukkan wujudnya persekitaran organisasi yang baik
tanpa sebarang masalah. Sehingga kini kurangnya penyelidikan terhadap personaliti
dan prestasi kerja pekerja dilakukan terutama di Malaysia. Justeru itu kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor personaliti dan prestasi kerja
dalam sektor perkhidmatan di Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan yang wujud di
antara 5 trait personaliti (Big Five Personality) iaitu Openness to experience,
Conscientiousness, Extraversion, Agreeeableness, Neuroticism dan prestasi kerja
seseorang pekerja dalam sektor perkhidmatan. Manakala objektif khusus bagi kajian
ini adalah seperti berikut :-
i. Mengenal pasti tahap prestasi kerja seseorang pekerja di syarikat insurans.
ii. Mengenal pasti ciri-ciri personaliti paling dominan yang wujud di kalangan
pekerja di syarikat insurans.
iii. Mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan prestasi kerja di kalangan
pekerja syarikat insurans.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dikemukakan bagi mencapai objektif kajian yang
dilakukan :-
i. Apakah tahap prestasi kerja seseorang pekerja di syarikat insurans?
ii. Apakah ciri-ciri personaliti paling dominan yang wujud di kalangan pekerja
syarikat insurans?
Top Related