1
HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
BAGI SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
30 JULAI 2018
2
1.0 PENDAHULUAN
Buku Panduan ini dibangunkan sebagai rujukan dan menjelaskan
kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas,
tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Sistem Latihan
Program Bertauliah (SLaPB).
2.0 TAFSIRAN
Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Akta 652” ertinya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006;
“Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical Advisory Committee,
TAC)” ertinya jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil industri
bidang berkenaan, PPB dan PPD, bagi memastikan mutu latihan dan
penilaian yang dilaksanakan. Pengerusi hendaklah dilantik dikalangan
wakil industri dan PPB sebagai setiausaha;
“Ketua Pengarah” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik
sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen
17 Akta 652;
“kumpulan program bertauliah” ertinya program bertauliah yang
dilaksanakan secara kombinasi dalam laluan program latihan
kemahiran;
3
“kurikulum” ertinya kandungan anjuran suatu program penyelidikan
yang telah dibuat oleh suatu penyedia latihan kemahiran yang
menunjukkan aktiviti yang dijalankan, masa yang diuntukkan kepada
setiap aktiviti, dan turutannya;
“penilaian akhir” ertinya peperiksaan yang diadakan di akhir sesuatu
program merangkumi kedua-dua bahagian teori dan praktikal;
“pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai
dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran;
“penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan perbadanan,
organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang mengendalikan
program latihan kemahiran yang maksud utamanya adalah bagi
memenuhi kehendak Standard berkaitan;
“Pegawai Pengesah Luaran” ertinya seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan Penentusahan Luaran;
“Pegawai Pengesah Dalaman” ertinya seseorang yang memenuhi
kriteria yang ditetapkan, dan ditauliah oleh Ketua Pengarah untuk
melaksanakan pengesahan/ penentusahan dalaman hanya di pusat
bertauliah yang ditetapkan;
“Pegawai Penilai” ertinya seseorang yang memenuhi kriteria yang
ditetapkan dan ditauliah oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan
4
melaksanakan penilaian keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang
ditetapkan;
“Penentusahan Luaran” ertinya suatu aktiviti yang dilaksanakan oleh
PPL di Pusat Bertauliah di bawah SPKM bagi memantau,
mengesahkan pelaksanaan dan penilaian latihan serta membuat
keputusan keterampilan pelatih.
“Pengurus Pusat Bertauliah” ertinya seseorang yang diberikan kuasa
oleh pemilik pusat bertauliah dan berdaftar dengan Ketua Pengarah
untuk mentadbir pelaksanaan pentauliahan;
“Persijilan Tahap Tunggal” ertinya suatu kaedah persijilan yang
melibatkan pelaksanaan kombinasi dua atau lebih program bertauliah
sehingga tahap persijilan yang tertinggi dalam laluan program
tersebut;
“personel pentauliahan” ertinya seseorang yang dilantik oleh pusat
bertauliah dan diiktiraf oleh JABATAN sebagai Pengurus Pusat
Bertauliah (PPB), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai
Penilai (PP);
“program” ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap
yang ditetapkan dalam daftar Standard;
“program bertauliah” ertinya program latihan yang telah diluluskan
oleh Ketua Pengarah;
5
“pusat bertauliah” ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang
telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu
program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil;
“Sijil” ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada
seseorang oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 34 Akta 652;
“Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang
diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta 652;
“Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational
Skill Standard)” ertinya satu dokumen yang menggariskan
keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam
sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan
tersebut;
“tempoh latihan” ertinya jumlah jam minima yang mesti dilalui oleh
pelatih bagi mencapai suatu hasil pembelajaran lengkap yang
merangkumi aktiviti terpandu, pembelajaran kendiri dan penilaian;
“verifikasi dalaman” ertinya pengesahan oleh panel lantikan pusat
bertauliah yang terdiri daripada Jawatankuasa Penasihat Teknikal,
pegawai pengesahan dalaman atau mana-mana personel yang
berkaitan terhadap penilaian berterusan, penilaian akhir, projek akhir
serta latihan industri;
6
“laluan kerjaya” ertinya perjalanan bagi sesuatu bidang pekerjaan
dari tahap terendah hingga tahap tertinggi sepertimana yang
dinyatakan dalam Daftar SKPK.
3.0 SENARAI RINGKASAN
CU - Competency Unit
DKM - Diploma Kemahiran Malaysia
DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
JABATAN - Jabatan Pembangunan Kemahiran
KAPPK - Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran
KPPK - Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
KA - Penilaian Pengetahuan
LI - Latihan Industri
SKPK - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
PB - Pusat Bertauliah
PP - Pegawai Penilai
PPB - Pengurus Pusat Bertauliah
PPD - Pegawai Pengesah Dalaman
PPPPK - Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran
SKM 1 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
SKM 2 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
SKM 3 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
SPKM - Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
TAC - Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical
Advisory Committee)
7
4.0 PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
PPL adalah seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan penentusahan luaran. Penugasan PPL adalah berdasarkan bidang kemahiran tertentu.
5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PPL
5.1 PPL
5.1.1 Mengetuai pelaksanaan penentusahan luaran;
5.1.2 Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan
penilaian;
5.1.3 Menyemak dan mengesah:
a. Rekod Bukti Pencapaian (Portfolio) pelatih; b. Buku Log Latihan Industri (LI) (bagi program
tahap 4 & 5); c. Laporan Latihan Indiustri (LI).
5.1.4 Menilai pembentangan laporan projek akhir (bagi
program tahap 4 & 5);
5.1.5 Menyemak dan mengesahkan borang pendaftaran dan
Pengeluaran sijil;
5.1.6 Mengesahkan Sistem Jaminan Kualiti yang wujud di PB
memenuhi kehendak Jabatan;
5.1.7 Menyemak minit mesyuarat Panel Penilaian Pusat
Bertauliah (PPPB) dan minit mesyuarat Jawatankuasa
Penasihat Teknikal (TAC) serta melapor isu-isu yang
berkaitan kepada Jabatan;
5.1.8 Memeriksa kertas jawapan untuk teori dan menilai hasil
kerja praktikal;
8
5.1.9 Mengisi dan mengesahkan keputusan penilaian akhir
secara atas talian;
5.1.10 Menghantar laporan pelaksanaan penentusahan
luaran secara atas talian.
6.0 PROSES LAWATAN PENENTUSAHAN LUARAN OLEH
PPL
6.1 PERKARA AM
6.1.1 PB atau PPL tidak dibenarkan meminda mana-
mana tarikh lawatan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan.
6.1.2 Sekiranya PB membatalkan lawatan setelah PPL
hadir di premis latihan, PPL hendaklah memberi
keputusan Belum Terampil kepada pelatih. PPL
layak membuat tuntutan pada hari berkenaan
sahaja. PPL boleh menasihati PB untuk
mengemukakan permohonan ulang nilai bagi
pelatih tersebut.
6.1.3 Semasa sesi Penentusahan Luaran PPL
hendaklah:
i. berada di lokasi yang ditugaskan
sepanjang masa;
ii. memastikan Penentusahan Luaran
dijalankan di premis latihan yang
9
ditauliahkan atau yang dibenarkan oleh
Jabatan;
iii. memastikan semua personel
pentauliahan hadir; dan
iv. merujuk kepada jadual dilampiran 5
sekiranya berdepan dengan isu-isu
pelaksanaan.
v. walaubagaimanapun PPL perlu
menghubungi Jabatan bagi isu-isu
yang tidak tersenarai dalam jadual
dilampiran 5 tersebut.
6.2 SEBELUM LAWATAN PENENTUSAHAN LUARAN
6.2.1 Menerima surat penugasan dan jadual lawatan
dari Jabatan secara atas talian yang
mengandungi perkara seperti berikut:
i. maklumat Pusat Bertauliah;
ii. pegawai bertanggungjawab;
iii. maklumat program;
iv. maklumat PPL;
v. masa dan tarikh lawatan;
vi. jenis Penentusahan Luaran;
vii. senarai kumpulan dan nama pelatih
yang akan di dinilai.
10
6.2.2 Muat turun dokumen berikut melalui portal
Jabatan:
i. Borang tuntutan elaun perjalanan
dalam negeri;
ii. Borang tuntutan bayaran penilaian
verifikasi;
iii. Senarai semak tuntutan elaun
perjalanan dalam negeri dan bayaran
penilaian verifikasi;
6.2.3 Membuat persedian awal dengan memahami
keperluan NOSS dan peraturan yang
berkuatkuasa di bawah SPKM-SLaPB.
6.2.4 Urusan perjalanan dan penginapan sepanjang
tempoh penugasan hendaklah diuruskan sendiri
oleh PPL.
6.3 SEMASA LAWATAN PENENTUSAHAN LUARAN
6.3.1 Hadir di PB sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
masa yang telah ditetapkan.
6.3.2 Hendaklah sentiasa berada di lokasi yang
ditugaskan sepanjang masa.
6.3.3 Memantau dan merekodkan segala penemuan
terutama perkara-perkara yang bertentangan
dengan peraturan dalam SLaPB.
11
6.3.4 Melaksanakan mesyuarat pembukaan bersama
semua
personel pentauliahan selama 15 minit yang
diketuai oleh PPL.
6.3.5 Agenda Mesyuarat adalah:
i. Menerangkan tujuan Penentusahan Luaran
kepada PB;
ii. Mendapatkan jadual aktiviti bagi
keseluruhan tempoh Penentusahan Luaran
daripada PB;
iii. Menyemak penambahbaikkan yang telah
diambil oleh PB daripada hasil laporan PPL
yang lalu sekiranya ada;
iv. Menyemak minit mesyuarat Panel Penilaian
Pusat Bertauliah (PPPB) dan Jawatankuasa
Penasihat Teknikal (TAC);
v. Menyemak carta organisasi personel
pentauliahan terkini dan kelayakan
personel pentauliahan berdasarkan
Pengiktirafan Personel Kelayakan Sebagai
Personel Pentauliahan (PKSPP);
vi. Menyemak dan mengesahkan senarai
pelatih yang akan ditentusahkan.
12
6.3.6 PPL hendaklah:
i. Mendapatkan 2 set soalan penilaian daripada
PB.
ii. Menyemak bilangan soalan dan memastikan
soalan mencakupi tahap kesukaran serta
memenuhi keperluan NOSS.
iii. Memilih set soalan yang akan digunakan
untuk penilaian teori dan prestasi.
iv. Memastikan kemudahan dan peralatan latihan
berfungsi dan mencukupi mengikut nisbah
pelatih.
v. Semakan RBP (Portfolio)
a. Menemuduga pelatih semasa
pengesahan RBP (portfolio).
b. Menyemak RBP (portfolio) bagi setiap
pelatih untuk semua Unit Kompetensi
(CU) yang melibatkan bukti-bukti
keterampilan kerja kursus penilaian
pengetahuan dan prestasi.
c. Menyemak bukti-bukti keterampilan
Core Abilities.
d. Menyemak dan mengesahkan
pendaftaran pelatih, RBP (portfolio)
pelatih dan menandatangani setiap
helaian RPK.
13
vi. Penilaian Akhir
a. Memastikan hanya pelatih yang telah
lulus kerja kursus sahaja dibenarkan
menduduki penilaian akhir.
b. Memeriksa kad pengenalan
/pengenalan diri pelatih dan
mengesahkan kehadiran pelatih.
c. PPL memberi taklimat ringkas
mengenai perjalanan penilaian akhir
kepada semua pelatih.
d. Mengisi keputusan secara atas talian
setelah selesai penilaian akhir.
vii. Menyemak dan mengesahkan projek akhir
dan buku log latihan industri (bagi tahap 4
dan 5).
viii. Mengesahkan keterampilan pelatih secara
atas talian dalam tempoh penugasan yang
telah ditetapkan.
ix. Mengadakan mesyuarat penutup bersama
semua personel pentauliahan PB yang terlibat
serta memaklumkan penemuan, teguran dan
penambahbaikan yang dicadangkan seperti
mana yang dilaporkan kepada Jabatan.
6.3.7 Laporan Penentusahan Luaran
Adalah dokumen penting bagi Jabatan dalam
mendapatkan maklumat yang tepat mengenai
pelaksanaan latihan dan penilaian di PB.
14
Dokumen ini menjadi asas kepada tindakan-
tindakan susulan yang perlu dibuat oleh PB. PPL
hendaklah:
i. menyediakan laporan secara atas talian;
ii. menyediakan laporan yang tepat, jelas,
terperinci dan penuh tanggungjawab;dan
iii. menghantar laporan Penentusahan Luaran
secara atas talian dalam tempoh tiga (3)
hari dari tarikh akhir penugasan.
iv. Satu Salinan laporan perlulah diberikan
kepada PB.
7.0 CARTA ALIR LAWATAN PPL
** Sila rujuk lampiran 1, 2 dan 3
8.0 REKOD PENILAIAN KUMULATIF-RPK (CUMULATIVE
ASSESSMENT RECORD – CAR)
** Sila rujuk Lampiran 4
9.0 ETIKA KERJA PPL
Sepanjang tempoh lantikan dan melaksanakan tugasan, PPL
hendaklah mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan seperti
berikut:
9.1 Menepati masa;
9.2 Menjaga imej Jabatan dan tidak mengeluarkan
kenyataan umum bercanggah dengan polisi dan boleh
menjejaskan imej Jabatan dan Kerajaan;
15
9.3 Menyimpan kerahsiaan segala maklumat berkaitan PB,
penilaian, keputusan penilaian dan syor yang telah
dibuat seperti yang tertakluk di bawah Akta Rahsia
Rasmi 1972;
9.4 Memakai pakaian formal Memakai pakaian formal dan
Kemas bersesuaian. [Contoh: berkemeja, berseluar
panjang dan berkasut. Rambut pendek (bagi lelaki) dan
kemas];
9.5 Menjaga tingkah laku, kelakuan serta menggunakan
bahasa yang sopan semasa berkomunikasi;
9.6 Melaksanakan tugasan dengan telus, terbuka, adil dan
saksama tanpa melengah-lengahkan proses penilaian
tanpa sebab;
9.7 Mempunyai kepentingan peribadi atau mempengaruhi
bagi tujuan yang salah;
9.8 Memastikan memberi maklumat yang tepat berkaitan
Jabatan kepada mana-mana pihak;
9.9 Memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada
Jabatan sepanjang tempoh lantikan dan tugasan
dilaksanakan;
9.10 Tidak mempunyai kepentingan dan tidak mempunyai
sebarang kaitan dengan PB;
9.11 Tidak boleh mempromosikan bahan latihan (WIM dan
sebagainya) dan menawarkan perkhidmatan
professional yang berkaitan dengan SPKM semasa
melaksanakan tugas sebagai PPL;
16
9.12 Tidak meminta atau menerima sebarang bayaran atau
imbuhan dalam apa-apa bentuk daripada PB bagi tujuan
mempengaruhi keputusan yang dibuat;
9.13 Tidak mengambil sebarang dokumen atau kurikulum
latihan PLK/PB sama ada dalam bentuk hardcopy /
softcopy;
9.14 Tidak menghina pelatih atau menjatuhkan maruah
pelatih;
9.15 Membuat laporan palsu terhadap pelatih atau PB
kepada pihak JPK;
9.16 Tidak mengemukakan sebarang dokumen dan tuntutan
palsu kepada Jabatan;
9.17 Tidak menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan
tugasan yang diberikan;
9.18 Tidak boleh merokok semasa bertugas;
9.19 Menjaga keselamatan peribadi dan persekitaran
sepanjang peperiksaan.
10.0 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DAN BAYARAN
ELAUN PAKAR
PPL adalah layak untuk membuat Tuntutan Elaun Perjalanan
dan tuntutan Bayaran Panel Pakar bagi setiap penugasan.
Semua tuntutan perjalanan dalam bulan yang sama
hendaklah dituntut di dalam satu (1) borang sahaja dan
dikemukakan kepada Jabatan selewat-lewatnya sebelum 5hb
bulan berikutnya. Kegagalan mengemukakan tuntutan dalam
masa yang ditetapkan boleh menyebabkan tuntutan tidak
dibayar.
17
10.1 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
Elaun-elaun yang layak dituntut adalah seperti berikut:-
i. Elaun Perjalanan
Untuk semua perjalanan bagi tugas-tugas rasmi
PPL seperti lawatan penilaian PB atau menghadiri
mesyuarat serta urusan rasmi yang lain.
ii. Elaun Penginapan (Hotel/Lojing)
Untuk bayaran hotel atau lojing jika tugas yang
dilakukan memerlukan PPL bermalam di kawasan
yang ditugaskan.
iii. Elaun Makan atau Elaun Harian
10.2 BAYARAN ELAUN PAKAR
Bayaran yang layak dituntut adalah seperti berikut:
i. Maksimum RM200/hari; atau
ii. RM 25.00/jam
** Semua tuntutan adalah mengikut kadar yang diluluskan
PERBENDAHARAAN
**Sila rujuk garis panduan tuntutan perjalanan dan tuntutan verifikasi
Luaran 2014 (JABATAN/700/74(13))
11.0 DOKUMEN TUNTUTAN
Dokumen tuntutan elaun hendaklah dikemukakan beserta
maklumat berikut:
18
a. Tuntutan elaun perjalanan
i. Borang Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan
Dalam Negeri;
ii. Satu (1) salinan surat tugasan lawatan dari
Jabatan beserta jadual tugasan;
iii. Slip pengesahan penghantaran laporan
Penentusahan Luaran;
iv. Salinan Kad Pengenalan;
v. Salinan buku bank atau penyata bank;
vi. Salinan penyata touch n go;
vii. Salinan penyata gaji;
viii. Surat Akuan Pengesahan untuk pesara/bekerja
sendiri - borang pengesahan pendapatan;
ix. Resit atau dokumen sokongan tuntutan;
x. Borang tuntutan perlu lengkap dan
ditandatangani.
b. Tuntutan bayaran Panel Pakar Industri
i. Borang Tuntutan Pakar Indstri bagi;
ii. Satu (1) salinan surat tugasan lawatan
Penentusahan Luaran PPL dari Jabatan beserta
jadual tugasan;
iii. Salinan Kad Pengenalan;
iv. Slip pengesahan penghantaran laporan
Penentusahan Luaran;
v. Salinan buku bank atau penyata bank;
19
vi. Salinan penyata gaji; dan Surat Akuan
Pengesahan untuk pesara/bekerja sendiri-
borang pengesahan pendapatan.
c. Tuntutan perlu dihantar ke:
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA
ARAS 7-8, BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA
W.P PUTRAJAYA
(u/p: Bahagian MOSQ)
NO.TEL: 03-8886 5589
NO. FAX: 03-8889 2430
20
Lampiran 1
Carta Alir Proses Penentusahan Luaran Tahap 1
MULA
MESYUARAT PEMBUKAAN
SEMAK RBP (PORTFOLIO PELATIH)
ISI BORANG T1003 SECARA ATAS
TALIAN
SEDIAKAN LAPORAN PPL SECARA
ATAS TALIAN
TAMAT
1. Menemuduga pelatih.
2. semak RBP bagi semua CU yang
terlibat.
3. semak bukti keterampilan Core
Abilities .4. Semak dan sahkan pendaftaran
pelatih.
5. Tandatangan setiap helaian RPK.
21
Lampiran 2
Carta Alir Proses Penentusahan Luaran Tahap 2 dan Tahap 3
MULA
MESYUARAT PEMBUKAAN
SEMAK RBP
(PORTFOLIO PELATIH)
ISI BORANG T1003 SECARA
ATAS TALIAN
TAMAT
LULUS
PEPERIKSAAN AKHIR
SEDIAKAN LAPORAN PPL
SECARA ATAS TALIAN
GAGAL
1. Menemuduga pelatih.
2. semak RBP bagi semua CU yang
terlibat.
3. semak bukti keterampilan Core
Abilities.
4. Semak dan sahkan pendaftaran
pelatih.
5. Tandatangan setiap helaian RPK.
22
Lampiran 3
Carta Alir Proses Penentusahan Luaran Tahap 4 dan Tahap 5
MULA
MESYUARAT PEMBUKAAN
SEMAK RBP
(PORTFOLIO PELATIH)
PEPERIKSAAN AKHIR
ISI BORANG T1003 SECARA
ATAS TALIAN
TAMAT
GAGAL
GAGAL
GAGAL
LULUS
Verifikasi 1 dan verifikasi 2
adalah samaada semakan
projek akhir atau buku log
latihan industri.
VERIFIKASI 1
VERIFIKASI 2
SEDIAKAN LAPORAN PPL
SECARA ATAS TALIAN
LULUS
LULUS
LULUS
1. Menemuduga pelatih.
2. semak RBP bagi semua CU yang
terlibat.
3. semak bukti keterampilan Core
Abilities.
4. Semak dan sahkan pendaftaran
pelatih.
5. Tandatangan setiap helaian RPK.
GAGAL
23
Lampiran 4
Rekod Penilaian Kumulatif (RPK)
24
Lampiran 5: Isu Semasa Pelaksanaan Verifikasi PPL Dan Cadangan Tindakan
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
Beri Nasihat
Amaran
TeruskanSesi penilaian
Hentikan /tangguhsesi verifikasi
Laporkan (atastalian)
Tangguh Penilaian
Belum Terampil
1. Mesyuarat Pembukaan
Tiada Minit Mesyuarat TAC
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - perkara
6.1
X X X
Tiada Minit Mesyuarat PPPB
X X X
Tiada Laporan PPL terdahulu
X X X
2. Jadual aktiviti Sesi Verifikasi
tiada Amalan terbaik X X
3. 1.Surat lantikan personel
tiada Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan
X X
25
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
Kemahiran Malaysia 2012 - perkara
4.6
2.Surat perakuan PPKSPP atau Salinan bukti permohonan. Kelayakan (sijil-sijil yang berkaitan)
Tiada Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara
6.1 (xi)
X X
3.Surat lantikan bagi pengawas pemeriksa
tiada Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.7.8
X X
4 Senarai pelatih untuk verifikasi
Senarai pelatih untuk diverifikasi di PB tidak sama dengan senarai pelatih disurat penugasan JPK
Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.7.1 X*
X* Hanya menilai pelatih mengikut senarai dalam surat penugasan JPK
26
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
5. Soalan Tidak menyediakan 2 set soalan
Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.7.6 X X
i. Meneruskan penilaian dengan soalan sedia ada tanpa sebarang pindaan.
ii. PB perlu mengikuti klinik pembangunan soalan.
Set soalan tidak disahkan oleh TAC
Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.7.5 b
X X
Tidak mencakupi keperluan NOSS
Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.7.5 b.
X X X
Tidak menyediakan JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara 4.4.3 /4.7.3
X X X
6. Peralatan Tidak mencukupi Tidak berfungsi
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah
X X X
PB perlu mendapatkan kebenaran JPK untuk perlanjutan tempoh penilaian.
27
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012. - perkara
4.5
7. Portfolio Tidak lengkap.
Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.4.5
X X X
Tidak mencapai markah minimum.
Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.4.2
X X X
Pelaksanaan Sistem Penilaian - Perkara
4.4.5
X X X
Portfolio hilang.
X X X
28
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
8 RPK Tidak disahkan oleh PP & PPD.
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara
4.6.2.1
X X X X
RPK tidak dipisahkan daripada portfolio pelatih.
Tarikh penilaian berterusan terakhir bagi setiap CU samada KA atau PA hendaklah sama seperti di RPK
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara
4.6.2.1
X
PB hendaklah untuk memastikan tarikh pada RPK dilengkapkan
Borang RPK ditandatangani oleh beberapa
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat
X
i. Semak surat lantikan daripada
29
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
personel yang berbeza-beza.
Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara
6.1 (d)
PB. ii. Semak
kelayakan personel berkenaan.
iii. Semak bukti yang menunjukkan personel berkenaan bertugas di PB tersebut.
9 Personel Pentauliahan
Tidak hadir tanpa sebab
Pelaksanaan Sistem Penilaian - Perkara
4.7.1 Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara
10.4
X X X
10
Pelatih Tidak hadir semasa verifikasi tanpa sebab yang munasabah.
Pelaksanaan Sistem Penilaian – - Perkara
4.7.3
Panduan
X
Untuk pelatih yang berkenaan sahaja
30
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara
10.4
Kedatangan tidak mencukupi 80%.
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - perkara
5.2
X
Meniru, menipu, memberi tiru dan menyamar semasa penilaian.
Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.7.3
X X
Tidak membawa dokumen pengenalan diri.
X* X
X*Tidak dibenarkan menjalani penilaian bagi pelatih yang
31
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
Tidak mematuhi etika berpakaian.
X* X
berkenaan sahaja
Lewat hadir lebih 15 minit tanpa sebab.
X* X
11 Lokasi Penilaian Lokasi penilaian berbeza dengan surat penugasan
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - perkara
6.1 Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara
10.4
X X X
32
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
12 Core Abilities Tiada mapping Abilities vs CU/Modul program NOSS.
Panduan Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara
5.4.3
X X X
Pelatih tidak dibenarkan menduduki Penilaian akhir. Kerja kursus belum lulus
Tidak semua Abilities dinilai.
X X X
Tidak melaksanakan dari tahap terendah.
Panduan Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara
5.1.2
X X X
Tidak mencapai markah lulus teori 60% setiap CA
Panduan Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara
5.5.1.5
X X X
Tidak mencapai skala 3 bagi setiap CA
6.Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara
5.5.2.4
X X X
33
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
13 Projek akhir Tidakmenca
pai 25%
daripada
kandungan
NOSS.
Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara
7.1(i)
X X
Lebih
daripada 3
orang dalam
satu
kumpulan
tanpa
kebenaran.
Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara
4.5
X X
14 Latihan Industri (LI)
Kehadiran tidak mencukupi 80%
Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia
X X
LI bukan mengikut program
X X
34
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
2015. Manual Latihan Industri - perkara
12.2 (b)
Tiada tandatangan penyelia di buku log.
Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2015 - perkara
2.1 Manual Latihan Industri - perkara
5 & 7
X X
Tiada laporan LI
Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2015 Manual Latihan
X X
35
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
Industri - perkara
10.5
15 Tempoh latihan Tempoh latihan tidak mencukupi.
Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2015 - perkara
5.2 Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier – perkara
6.0
X X X
PB untuk memastikan tempoh latihan dipenuhi.
PB mengambil kira tempoh OJT termasuk dalam tempoh latihan.
X X X
36
Bil
Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan
Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian
Catatan
16.
Halangan dalam melaksanakanTugas
Tidak dibenarkan memasuki premis.
i. PPL hendaklah menghubungi JPK untuk melaporkan kepada JPK serta merta dan meninggalkan premis penilaian.
ii.PPL boleh mengemukakan tuntutan perjalanan pergi dan balik pada hari pertama sahaja
Top Related