GARIS PANDUAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (PITA)
i
BUKU PANDUAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (PITA) EDISI PERTAMA 2017
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BUKU PANDUAN PITA PPKK
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
Universiti Malaysia Terenganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu
© Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, UMT, 2017
Cetakan Pertama –2017
HAK CIPTA TERPELIHARA
Hak Cipta Terpelihara UMT. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian
buku ini dalam apa jua bentuk atau dengan apa cara sekalipun, sebelum mendapat izin
bertulis daripada Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
BUKU PANDUAN PITA PPKK
i
JAWATANKUASA
BUKU PANDUAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
Penaung
Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh
Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
Pengerusi
Prof. Madya Dr. Mohamad bin Awang
Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar)
Nama Ahli Jawatankuasa
Dr. Suriani binti Mat Jusoh
Penyelaras PITA Program Sarjana Muda Sains Gunaan
(Teknologi Maritim)
Dr. Mohammad bin Ismail
Penyelaras PITA Program Sarjana Muda Sains Gunaan
(Fizik Elektronik dan Instrumentasi)
Dr. Wan Rafizah binti Wan Abdullah
Penyelaras PITA Program Sarjana Muda Teknologi
(Alam Sekitar)
En. Mohd Hafizi bin Said
Penyelaras PITA Program Sarjana Muda Sains
(Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
Prof. Dr. Wan Mohd Norsani bin Wan Nik
Pensyarah Program Sarjana Muda Sains Gunaan
(Teknologi Maritim)
Capt. Mohd Naim bin Fadzil
Pengajar Khas
Puan Engku Nurul Aima binti Tengku Amri
Penolong Pendaftar
BUKU PANDUAN PITA PPKK
ii
PRAKATA
PENGERUSI JAWATANKUASA
BUKU PANDUAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Buku Panduan
Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) edisi pertama keluaran Pusat Pengajian
Kejuruteraan Kelautan (PPKK) ini berjaya diterbitkan.
Buku ini khususnya memperincikan tatacara penulisan PITA yang dipersetujui untuk
diguna pakai oleh pelajar pra-siswazah di PPKK. Selain itu, ia juga boleh menjadi
panduan dan rujukan yang seragam untuk semua bentuk penulisan saintifik di pusat
pengajian.
Bagi pihak pengurusan PPKK, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua ahli Jawatankuasa Buku Panduan PITA di atas kerjasama yang tinggi
dalam menyediakan buku garis panduan ini. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan
sebaik-baiknya oleh semua dan dapat memudahkan proses pelaksanaan projek ilmiah
mahasiswa.
Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar)
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
Universiti Malaysia Terengganu
2017
BUKU PANDUAN PITA PPKK
iii
KANDUNGAN
JAWATANKUASA i PRAKATA ii
PENGENALAN vi SENARAI JADUAL vii SENARAI RAJAH viii
SENARAI LAMPIRAN ix
BAB 1 PROSEDUR PELAKSANAAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
(PITA) 1
1.1 Pemilihan Tajuk dan Penyelia PITA 1
1.2 Pendaftaran PITA 2 1.3 Pelaksanaan PITA 2
1.3.1 Pelaksanaan PITA I 3 1.3.2 Pelaksanaan PITA II 4 1.3.3 Pengesahan Tesis 6
1.3.4 Laporan Teknikal 6
1.4 Penilaian Pemarkahan PITA 6 1.4.1 Penilaian PITA 7 1.4.2 Penilaian Kemahiran Insaniah (KI) 7
1.5 Larangan Terhadap Plagiarisme 7 1.6 Carta Alir Prosedur Pelaksanaan PITA 7
BAB 2 PANDUAN UMUM PENYEDIAAN PITA I 9 2.1 Garis Panduan Umum dan Format Penulisan 9
BAB 3 GARIS PANDUAN UMUM PENYEDIAAN TESIS 11 3.1 Bahasa 11 3.2 Kertas 11
3.2.1 Saiz 11 3.2.2 Jenis 11 3.2.3 Warna 12
3.3 Penaipan 12
3.3.1 Jenis Huruf dan Saiz 12 3.3.2 Tajuk Bab 12 3.3.3 Subtajuk 12 3.3.4 Santak Teks 12
BUKU PANDUAN PITA PPKK
iv
3.3.5 Selang Baris 13 3.3.6 Perenggan 14
3.4 Keterangan pada Kulit 14 3.4.1 Kulit Depan 14
3.4.2 Tulang Belakang 15 3.5 Cetakan dan Penduaan 16 3.6 Naskah Untuk Pemeriksaan (Draf Tesis) 16 3.7 Naskah Akhir 16
3.7.1 Naskah Akhir dan Cakera Padat (CD-ROM) 16
3.7.2 Warna Kulit Naskah Akhir 16
BAB 4 FORMAT PENULISAN TESIS 17
4.1 Jidar 17 4.2 Penomboran 18 4.3 Penomboran Halaman 18
BAB 5 SUSUNAN DAN KANDUNGAN TESIS 119
5.1 Tertib 19 5.2 Halaman Judul 20
5.2.1 Judul Tesis 20 5.2.2 Nama Penuh Calon 20
5.2.3 Tujuan Tesis Dikemukakan 20 5.2.4 Nama Pusat Pengajian 20
5.2.5 Nama Universiti 20
5.2.6 Tahun Penyerahan Naskah Tesis kepada Universiti 21
5.3 Pengesahan dan Kelulusan Tesis 21 5.4 Pengakuan 21
5.5 Penghargaan 21 5.6 Abstrak dan Terjemahannya 22 5.7 Kandungan 22
5.8 Senarai Jadual 22 5.9 Senarai Rajah 23
5.10 Senarai Singkatan (Tatanama/Istilah/Simbol) 23 5.11 Senarai Lampiran 23
5.12 Teks 24 5.12.1 Kandungan Teks 24
5.12.2 Penaipan Bab 25 5.12.3 Jadual, Rajah dan Petikan 26
5.13 Rujukan 27 5.14 Lampiran 28 5.15 Biodata Penulis 28
BAB 6 PANDUAN PENULISAN RUJUKAN 19 6.1 Rujukan dalam Teks 29
6.1.1 Pengarang Tunggal 31 6.1.2 Pengarang Bersama 32
6.1.3 Pengarang Sama Nama 32 6.1.4 Institusi/Organisasi/Jawatankuasa sebagai Pengarang 33 6.1.5 Multi-Rujukan 33
BUKU PANDUAN PITA PPKK
v
6.1.6 Contoh Manual Perisian 34 6.1.7 Contoh Perisian 34 6.1.8 Temu bual 34
6.2 Senarai Rujukan 34
6.2.1 Penulisan Nama Pengarang 35 6.2.2 Penulisan Judul Bahan Rujukan 36 6.2.3 Tertib Rujukan 36 6.2.4 Cara Menulis Rujukan yang Lengkap untuk Buku 37 6.2.5 Makalah/Artikel dalam Jurnal 39
6.2.6 Makalah/Artikel dalam Prosiding/Pascasidang 40 6.2.7 Makalah/Artikel dalam Majalah/Buletin 41 6.2.8 Makalah/Artikel, Berita dalam Akhbar/Surat kepada
Pengarang 41
6.2.9 Filem, Video dan Slaid 41 6.2.10 Bahan Tidak Terbit 42 6.2.11 Bahan Rujukan Elektronik 43 6.2.12 Bahan Rujukan Temu Bual 44
LAMPIRAN 45
BUKU PANDUAN PITA PPKK
vi
PENGENALAN
Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) merupakan salah satu kursus dalam komponen Teras
Program di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Kursus yang wajib diambil
oleh semua pelajar tahun akhir setiap program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
PITA I dan PITA II yang dijalankan dalam dua semester. Menjadi syarat untuk
bergraduat, kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengendalian
penyelidikan saintifik secara sistematik, penulisan Tesis yang baik dan pembentangan
yang berkesan.
Bagi memudahkan pelaksanaan PITA, buku panduan ini telah dihasilkan untuk rujukan
semua khususnya pelajar dan penyelia dengan enam bab yang berbeza. Prosedur
pelaksanaan PITA secara terperinci dijelaskan dalam Bab 1 iaitu bermula daripada
pemilihan tajuk sehinggalah kepada penilaian PITA. Penekanan terhadap plagiarisme
juga dinyatakan dalam bab yang sama. Seterusnya Bab 2 membincangkan panduan
umum tentang penyediaan PITA I secara berasingan bagi kategori penyelidikan dan
pembangunan perisian. Bab 3, 4, 5 dan 6 pula masing-masing dikhususkan kepada
panduan umum penyediaan Tesis, format penulisan, susunan dan kandungan Tesis serta
tatacara penulisan rujukan. Lampiran yang mengandungi contoh semua borang yang
berkenaan dengan PITA dan contoh penulisan Tesis mengakhiri buku panduan ini.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
vii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
3.1 Singkatan Nama Program pada Tulang Belakang 15
5.1 Perincian Kandungan Bab Mengikut Kategori Kajian 25
BUKU PANDUAN PITA PPKK
viii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Halaman
1.1 Carta Alir Prosedur Pelaksanaan PITA. 8
BUKU PANDUAN PITA PPKK
ix
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Halaman
1 Contoh Borang Pendaftaran PITA 45
2 Contoh Buku Log PITA 46
3 Contoh Borang Prestasi Pelajar PITA 47
4 Contoh Kulit Depan Tesis 48
5 Example of Dissertation Front Cover 49
6 Contoh Halaman Judul 50
7 Example of Title Page 51
8 Contoh Pengesahan dan Kelulusan Tesis 52
9 Example of Dissertation Confirmation and Approval 53
10 Contoh Pengakuan 54
11 Example of Declaration 55
12 Contoh Penghargaan 56
13 Example of Acknowledgements 57
14 Contoh Abstrak 58
15 Example of Abstract 59
16 Contoh Kandungan 60
17 Contoh Senarai Jadual 61
18 Contoh Senarai Rajah 62
19 Contoh Senarai Singkatan 63
20 Contoh Senarai Lampiran 64
21 Contoh Kandungan Bab Halaman Pertama 65
22 Contoh Kandungan Bab Halaman Seterusnya 66
23 Contoh Jadual Bentuk Menegak 67
24 Contoh Jadual Bentuk Melintang 68
25 Contoh Rajah Menegak 69
26 Contoh Rajah Melintang 70
27 Contoh Petikan yang Disisip 71
28 Contoh Petikan yang Melebihi 40 Patah Perkataan 72
29 Contoh Rujukan 73
30 Format Biodata Penulis 74
BUKU PANDUAN PITA PPKK
1
BAB 1
PROSEDUR PELAKSANAAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (PITA)
1.1 Pemilihan Tajuk dan Penyelia PITA
Pemilihan tajuk merupakan elemen utama yang perlu diberikan keutamaan oleh pelajar.
Tajuk kajian boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan penyelia berkenaan.
Tajuk PITA mestilah di dalam bidang/skop penyelia berkenaan dan juga program
pengajian pelajar. Tajuk PITA hendaklah ringkas dan mudah difahami tetapi padat.
Pelajar juga digalakkan untuk mengemukakan sendiri tajuk yang sesuai dengan bidang
yang dipilih dan merancang projek tersebut secara terperinci bersama penyelia. Tajuk
akhir PITA boleh berubah/berbeza daripada tajuk saranan mengikut kesesuaian
hasil/keputusan. Namun begitu, bidang kajian PITA mestilah dalam bidang yang sama.
Pelajar digalakkan berjumpa dan berbincang dengan pensyarah program masing-
masing sebelum memilih penyelia dalam bidang yang berkaitan dengan tajuk PITA
yang dipilih. Pemilihan penyelia utama mestilah dari kalangan pensyarah program
berkenaan, manakala penyelia bersama boleh dilantik dari mana-mana pusat
pengajian/institut di UMT, tertakluk kepada persetujuan Penyelaras PITA. Bilangan
pelajar di bawah seliaan setiap penyelia adalah terhad mengikut ketetapan program
supaya proses penyeliaan berlaku dengan lebih efektif. Pelajar tidak dibenarkan untuk
menukar penyelia kecuali untuk kes-kes tertentu, tertakluk kepada kelulusan Penyelaras
PITA.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
2
1.2 Pendaftaran PITA
Pelajar dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran PITA (Lampiran 1) Borang boleh
didapati daripada Penyelaras PITA program masing-masing. Tajuk projek mestilah
seperti yang telah dipersetujui oleh penyelia. Borang yang telah diisi hendaklah
dikembalikan kepada Penyelaras PITA pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila rujuk
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan PITA yang dikeluarkan oleh setiap program
masing-masing untuk tarikh sebenar.
1.3 Pelaksanaan PITA
Komitmen, inisiatif dan dedikasi diperlukan daripada semua pelajar. Pelajar mestilah
berdikari dalam menjalankan kajian projek. Tugas penyelia adalah memberi panduan
dan pimpinan kepada pelajar. Pelajar mestilah berunding dengan penyelia masing-
masing berhubung dengan kemudahan dan peruntukan yang diperlukan. Tatacara
projek hendaklah diatur supaya boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah
sedia ada di pusat pengajian.
Pelajar diberikan masa selama dua (2) semester bagi melaksanakan kajian masing-
masing iaitu PITA I untuk semester I dan PITA II untuk semester II. Dalam tempoh ini
pelajar dikehendaki mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan dan menganalisis
data kajian. Dalam tempoh pelaksanaan kajian, pelajar dikehendaki berjumpa dengan
penyelia masing-masing untuk berbincang mengenai masalah dan keputusan semasa
sekurang-kurangnya setiap 2-3 minggu sekali atau sekurang-kurangnya lima (5)
kali. Perjumpaan penyelia-pelajar perlu direkodkan dengan menggunakan Buku Log
PITA mengikut format seperti yang disertakan dalam Lampiran 2. Pelajar yang gagal
memenuhi syarat minimum bilangan perjumpaan seperti ketetapan program pengajian
masing-masing boleh dihalang daripada pembentangan. Kemajuan prestasi pelajar akan
dipantau secara berkala melalui Borang Penilaian Prestasi Pelajar PITA (Lampiran
3).
BUKU PANDUAN PITA PPKK
3
1.3.1 Pelaksanaan PITA I
Pelaksanaan PITA I dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti berikut.
i. Penyediaan PITA I
Pelajar dikehendaki menyiapkan PITA I mengikut format yang telah ditetapkan (Bab
2). Tempoh penyediaan PITA I akan ditetapkan mengikut program pengajian. Pelajar
hendaklah berbincang dengan penyelia utama dan penyelia bersama (jika ada) bagi
menentukan skop kajian yang akan dijalankan.
ii. Pembentangan PITA I
PITA I yang telah siap hendaklah diperakui oleh penyelia utama dan penyelia bersama
(jika ada) dengan menandatangani Borang Kelulusan Membentang PITA I
(Lampiran 4).
PITA I yang tidak disahkan oleh penyelia utama dan penyelia bersama (jika ada)
melalui Borang Kelulusan Membentang PITA I adalah tidak layak untuk
membentang.
Pelajar yang tidak membuat pembentangan dikira gagal PITA I.
Pelajar diwajibkan membentang PITA I secara lisan atau poster di hadapan panel
pemeriksa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang pensyarah dalam
bidang berkenaan yang akan ditentukan oleh program masing-masing. Penyelia
dikehendaki hadir pada masa pembentangan untuk menilai pembentangan pelajar.
Tarikh pembentangan PITA I adalah mengikut ketetapan program pengajian masing-
masing.
Tujuan pembentangan PITA I dan perbincangan adalah untuk memastikan tatacara,
prinsip dan alasan kajian yang akan dijalankan adalah munasabah, sesuai, betul dan
tepat dari segi saintifik. Setiap pelajar akan diperuntukkan masa sekurang-kurangnya
BUKU PANDUAN PITA PPKK
4
15 minit (termasuk penyampaian dan sesi perbincangan dengan panel pemeriksa).
Pelajar dinasihatkan membuat persediaan awal untuk pembentangan dalam masa yang
ditetapkan dan menggunakan alat pandang dengar yang bersesuaian semasa sesi
pembentangan.
Segala penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel pemeriksa secara lisan hendaklah
diambilkira sebelum kajian dilaksanakan. Penyelia dikehendaki memastikan pelajar di
bawah seliaannya mengambil tindakan terhadap komen dan cadangan panel pemeriksa.
iii. Penyerahan Laporan PITA I (Sekiranya ada)
PITA I hendaklah disemak dan diperbetulkan oleh penyelia utama dan penyelia bersama
(jika ada) dan diperbaiki oleh pelajar sebelum diserahkan kepada penyelia untuk
penilaian. Setiap pelajar dikehendaki mengemukakan laporan PITA I. Tarikh akhir
penghantaran PITA I tertakluk kepada program masing-masing. Rujuk Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan PITA I bagi program pengajian masing-masing untuk
menentukan tarikh sebenar.
1.3.2 Pelaksanaan PITA II
Pelaksanaan PITA II dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti berikut.
i. Penyediaan PITA II
PITA II merupakan kesinambungan kajian daripada PITA I yang telah diperakukan oleh
penyelia dan panel pemeriksa. Pelajar mestilah berbincang dengan penyelia masing-
masing sepanjang tempoh penyediaan PITA II dan menghantar draf PITA II kepada
penyelia utama dan penyelia bersama (jika ada) untuk disemak dan diperakukan dari
semasa ke semasa.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
5
ii. Penyerahan PITA II
Draf akhir PITA II untuk penilaian perlu dijilid dan dihantar kepada penyelia, penyelia
bersama (Jika ada) dan penilai tesis melalui penyelaras PITA. Bilangan draf yang perlu
disediakan tertakluk kepada ketetapan program Tarikh akhir penghantaran PITA II
tertakluk kepada program masing-masing. Rujuk Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan PITA II bagi program pengajian masing-masing untuk menentukan
tarikh sebenar.
iii. Pembentangan PITA II
PITA II yang telah siap hendaklah diperakui oleh penyelia utama dan penyelia bersama
(jika ada). PITA II yang tidak disahkan oleh penyelia utama dan penyelia bersama (jika
ada) adalah tidak layak untuk membentang.
Pelajar yang tidak membuat pembentangan dikira gagal PITA II.
Pelajar dimestikan membentang PITA II secara lisan atau poster (bergantung kepada
ketetapan program masing-masing) di hadapan panel pemeriksa yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua (2) orang pensyarah dalam bidang berkenaan yang akan
ditentukan oleh program masing-masing. Keputusan dan perbincangan mengenai
dapatan penyelidikan hendaklah dibentangkan secara ilmiah. Penyelia dikehendaki
hadir pada masa pembentangan untuk menilai pembentangan pelajar. Tarikh
pembentangan PITA II adalah mengikut ketetapan program pengajian masing-masing.
Setiap pelajar diperuntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit (termasuk
penyampaian dan sesi perbincangan dengan panel pemeriksa). Pelajar dinasihatkan
membuat persediaan awal untuk pembentangan dalam masa yang ditetapkan dan
menggunakan alat pandang dengar yang bersesuaian semasa sesi pembentangan.
Segala penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel pemeriksa secara lisan hendaklah
diambilkira. Penyelia dikehendaki memastikan pelajar di bawah seliaannya mengambil
tindakan terhadap komen dan cadangan panel pemeriksa.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
6
iv. Penyerahan Tesis dan Cakera Padat (CD-ROM)
Pelajar dikehendaki untuk menyerahkan Tesis yang telah siap dijilid bersama dengan
salinan lembut dalam bentuk cakera padat kepada penyelaras mengikut ketetapan
program. Rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan PITA II bagi program
pengajian masing-masing untuk tarikh akhir penyerahan Tesis PITA.
1.3.3 Pengesahan Tesis
Laporan PITA yang telah dibaiki hendaklah disemak dan disahkan oleh penyelia utama,
penyelia bersama (jika ada) dan Pengerusi Program sebelum dibuat salinan. Contoh
Pengesahan dan Kelulusan Tesis ditunjukkan dalam Lampiran 8. Pengesahan dan
kelulusan Tesis hendaklah disertakan di dalam Tesis PITA pelajar.
1.3.4 Laporan Teknikal (Jika ada)
Pelajar dikehendaki menghantar laporan teknikal kepada penyelaras PITA.
1.3.5 Penjilidan
Pelajar dikehendaki menyerahkan sekurang-kurangnya dua (2) salinan Tesis berjilid
kepada penyelaras untuk tujuan simpanan penyelia dan universiti. Namun begitu,
bilangan salinan tambahan tertakluk kepada ketetapan program pengajian masing-
masing.
1.4 Penilaian Pemarkahan PITA
Dalam kursus ini dua (2) bentuk penilaian akan dilaksanakan iaitu penilaian PITA dan
kemahiran insaniah. Gred markah akan diberikan pada setiap penghujung semester.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
7
1.4.1 Penilaian PITA
Komponen penilaian untuk PITA I dan PITA II adalah laporan/Tesis, dan
pembentangan. Pecahan markah terperinci tertakluk kepada program masing-masing.
1.4.2 Penilaian Kemahiran Insaniah (KI)
Semua elemen KI iaitu Kemahiran Berkomunikasi (CS), Pemikiran Kritis dan
Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CTPS), Kemahiran Kerja Berpasukan (TS),
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (LL), Kemahiran Keusahawan
(ES), Etika dan Moral Profesional (EM) dan Kemahiran Kepimpinan (LS) akan dinilai
secara berterusan sepanjang proses pelaksanaan PITA I dan PITA II.
1.5 Larangan Terhadap Plagiarisme
Sebarang unsur plagiarism dalam pelaksanaan projek dan penulisan laporan PITA
adalah dilarang dan pelajar adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej 1971,
Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar-Pelajar).
1.6 Carta Alir Prosedur Pelaksanaan PITA
Rajah 1.1 menunjukkan carta alir prosedur pelaksanaan PITA.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
8
Tidak
Ya
Mula
Taklimat kepada pelajar
tahun akhir
Penetapan penyelia dan cadangan tajuk PITA
Pendaftaran tajuk PITA dan penyelia
Perbincangan dengan penyelia mengenai PITA I
Pembentangan PITA I
Status
Tamat
Gagal
Lulus
Perbincangan dengan
penyelia mengenai PITA II
Sediakan dan serahkan Tesis untuk penggredan
Carta Alir
Tidak
Ya Perlu
Tambahbaik?
Pembentangan PITA II
Status
Lulus
Perlu Tambahbaik?
Gagal
Keterangan/Tanggungjawab
1. Penyelaras PITA memberi taklimat kepada
pelajar tahun akhir.
2. Pelajar mencadangkan penyelia dan tajuk PITA.
3. Pelajar perlu mendaftar tajuk PITA dan penyelia
kepada penyelaras.
4. Pelajar berbincang dengan penyelia mengenai
PITA I dan membuat penambahbaikan sekiranya
perlu.
5. Pelajar membuat pembentangan PITA I untuk
penggredan bagi semester I.
6. Pelajar yang gagal perlu mengulang PITA I.
7. Pelajar menjalankan PITA II dan membuat
penambahbaikan dari semasa ke semasa
dengan bimbingan penyelia.
8. Pelajar membuat pembentangan PITA II untuk
penggredan bagi semester II.
9. Pelajar yang gagal perlu mengulang PITA II.
10. Pelajar menyedia dan menyerahkan Tesis
kepada penyelaras untuk penggredan bagi
semester II.
Rajah 1.1 Carta Alir Prosedur Pelaksanaan PITA.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
9
BAB 2
GARIS PANDUAN UMUM PENYEDIAAN PITA I
1.7 Garis Panduan Umum dan Format Penulisan
Garis panduan umum dan format penulisan untuk penyediaan PITA I adalah sama
dengan garis panduan umum serta format penulisan bagi penyediaan Tesis (BAB 3:
GARIS PANDUAN UMUM PENYEDIAAN TESIS, BAB 4: FORMAT PENULISAN
TESIS dan BAB 5: SUSUNAN DAN KANDUNGAN TESIS).
Secara amnya, kandungan teks PITA I terdiri daripada beberapa bab merangkumi BAB
1 iaitu PENDAHULUAN, BAB 2 iaitu SOROTAN KAJIAN, BAB 3 iaitu
METODOLOGI, RUJUKAN dan LAMPIRAN.
i. BAB I: PENDAHULUAN
Bab ini terdiri daripada pengenalan, pernyataan masalah/persoalan kajian, objektif,
batasan kajian dan menggariskan perancangan tindakan atau protokol penyelidikan
berdasarkan kepada status masalah yang telah dikemukakan serta batasan kajian.
ii. BAB 2: SOROTAN KAJIAN
Bab ini memaparkan kupasan atau sorotan kepada bahan bacaan berkaitan dengan
permasalahan/persoalan kajian. Bahan yang dipetik mestilah berkaitan dengan tajuk
kajian, objektif dan kaedah penyelidikan, asas teori dan pendekatan yang diguna pakai
BUKU PANDUAN PITA PPKK
10
dalam kajian. Sorotan kajian perlu memasukkan hasil penyelidikan terkini serta sumber
catatan yang merangkumi buku, jurnal, majalah dan Tesis/laporan penyelidikan terkini.
iii. BAB 3: METODOLOGI
Bab ini menghuraikan secara terperinci tentang model/reka bentuk sistem serta kaedah
penyelidikan yang digunakan.
iv. RUJUKAN
Ianya merupakan senarai penerbitan yang dirujuk atau dibincangkan di dalam teks.
Semasa membuat senarai rujukan, kesemua maklumat berkaitan artikel yang dirujuk
mestilah ditulis dengan tepat dan betul seperti yang asalnya. Sistem piawai penulisan
rujukan yang konsisten perlu diamalkan. Sila rujuk BAB 6: PANDUAN PENULISAN
RUJUKAN untuk tujuan penulisan rujukan. Pelajar tidak dibenarkan memasukkan
rujukan yang tidak dinyatakan di dalam teks dan begitu juga sebaliknya.
v. LAMPIRAN
Bahagian ini memuatkan bahan-bahan tambahan yang dirujuk dalam PITA I. Ianya
mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, carta Gantt, borang soal-selidik, kod sumber
(sekiranya perlu) dan sebagainya yang dirujuk di dalam teks PITA I.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
11
BAB 2
GARIS PANDUAN UMUM PENYEDIAAN TESIS
2.1 Bahasa
Tesis boleh ditulis samada dalam Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris. Adalah
diingatkan bahawa penyemakan kesilapan tatabahasa merupakan tanggungjawab
pelajar sendiri. Sebarang kesilapan ejaan dan tatabahasa akan diambil kira dalam
penilaian Tesis. Bagi pelajar yang menulis dalam Bahasa Inggeris, dikehendaki untuk
membaca-pruf (proof-read).
2.2 Kertas
Perincian kertas yang digunakan untuk penjilidan Tesis adalah seperti berikut.
2.2.1 Saiz
A4 (210 mm x 297 mm)
2.2.2 Jenis
Salinan pertama hendaklah menggunakan kertas jenis simili dengan berat sekurang-
kurangnya 80 gsm. Bagi salinan berikutnya, kertas fotostat yang baik mutunya sahaja
yang dibenarkan.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
12
2.2.3 Warna
Kertas berwarna putih sahaja yang dibenarkan.
2.3 Penaipan
Penaipan teks adalah mengikut ketetapan berikut.
2.3.1 Jenis Huruf dan Saiz
Pelajar hendaklah menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12 poin pada
keseluruhan Tesis kecuali kulit depan. Walau bagaimana pun, huruf Arial bersaiz 9 poin
sehingga 11 poin boleh digunakan dalam rajah dan jadual. Saiz huruf untuk nota kaki
adalah menggunakan huruf Arial bersaiz 9 poin. Teks pada kulit depan hendaklah
menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 18 poin.
2.3.2 Tajuk Bab
Semua tajuk bab (kecuali subtajuk) hendaklah ditaip dengan huruf besar dan tebal
(bold) di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Selain itu, pelajar
hendaklah mematuhi arahan menaip tajuk-tajuk tersebut mengikut jarak dari jidar atas.
2.3.3 Subtajuk
Semua subtajuk hendaklah ditaip dengan huruf kecil dan huruf besar hanya pada setiap
permulaan perkataan (capitilize each word) dan tebal (bold) dengan menggunakan
santak kiri dan kanan (justify).
2.3.4 Santak Teks
Teks hendaklah ditaip santak kiri dan kanan (justify).
BUKU PANDUAN PITA PPKK
13
2.3.5 Selang Baris
Perincian ketetapan bagi selang baris adalah seperti berikut.
i. Tajuk Bab dan Subtajuk
Tajuk Bab dan subtajuk hendaklah ditaip selang satu setengah baris (1.5 lines spacing)
dengan Sebelum 0 pt (Before 0 pt) dan Selepas 0 pt (After 0 pt).
ii. Teks Am
Teks am manuskrip hendaklah ditaip selang satu setengah baris (1.5 lines spacing)
dengan Sebelum 0 pt (Before 0 pt) dan Selepas 0 pt (After 0 pt). Bagi memulakan
perenggan baru, baris pertama hendaklah ditaip pada kedudukan selepas dua kali selang
satu setengah baris (2 x 1.5 lines spacing) di bawah ayat terakhir perenggan
sebelumnya.
Walau bagaimanapun, teks berikut hendaklah ditaip selang satu baris (1.0 line spacing)
dengan Sebelum 0 pt (Before 0 pt) dan Selepas 0 pt (After 0 pt):
Kulit Depan
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Nota Kaki
Rujukan
BUKU PANDUAN PITA PPKK
14
2.3.6 Perenggan
Setiap perenggan hendaklah dimulakan dari jidar kiri (tanpa sebarang engsotan).
2.4 Keterangan pada Kulit
Perincian keterangan pada kulit depan dan tulang belakang adalah seperti berikut.
2.4.1 Kulit Depan
Maklumat pada kulit depan hendaklah dicetak dengan huruf besar berwarna emas
mengikut susunan seperti berikut:
i. Tajuk Tesis
Tajuk hendaklah disusun dalam bentuk piramid terbalik (50 mm dari birai atas) dan
ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
ii. Nama Penuh Pelajar
Hendaklah sama seperti di dalam kad pengenalan/pasport dan ditaip di tengah-tengah
antara jidar kiri dengan jidar kanan. Nama hendaklah disusun di antara tajuk Tesis dan
nama universiti dalam jarak yang sama.
iii. Nama Universiti
Nama universiti UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
iv. Tahun Tesis Diserahkan
Ditaip 30 mm dari birai bawah.
Contoh kulit depan disertakan dalam Lampiran 4 dan Lampiran 5.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
15
2.4.2 Tulang Belakang
Maklumat pada tulang buku hendaklah dicetak dengan warna emas, Times New Roman
berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut:
i. Nama Penulis
Ditaip 30 mm dari birai atas dengan huruf besar.
ii. Ijazah
Singkatan Ijazah dalam Bahasa Melayu dengan huruf kecil dan huruf besar hanya pada
setiap permulaan perkataan (capitilize each word).
Singkatan Nama Program untuk tulang belakang jilid berkulit keras adalah seperti
dalam Jadual 3.1
Jadual 3.1 Singkatan Nama Program pada Tulang Belakang
Singkatan Nama Program
SM Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
SM Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)
SM Teknologi (Alam Sekitar)
SM Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
iii. Tahun Tesis Diserahkan
Ditaip 30 mm dari birai bawah.
Contoh dalam Lampiran 4 dan 5.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
16
2.5 Cetakan dan Penduaan
Cetakan hanya dibenarkan pada sebelah halaman sahaja. Naskah Tesis berkulit keras
yang diserahkan wajib dicetak menggunakan kualiti pencetak laser atau setara
dengannya, kecuali rajah atau plat berwarna. Hasil penduaan yang baik mutunya sahaja
yang akan diterima.
2.6 Naskah Untuk Pemeriksaan (Draf Tesis)
Pelajar hendaklah menyerahkan draf Tesis yang berjilid sementara (comb atau tape
binding) mengikut bilangan yang ditetapkan oleh Penyelaras PITA mengikut program
pengajian masing-masing.
2.7 Naskah Akhir
Perincian naskah akhir Tesis adalah seperti berikut.
2.7.1 Naskah Akhir dan Cakera Padat (CD-ROM)
Pelajar hendaklah menyerahkan Tesis yang telah diluluskan dan berjilid kemas (kulit
keras) kepada Penyelaras PITA mengikut bilangan yang ditetapkan bagi program
pengajian masing-masing.
2.7.2 Warna Kulit Naskah Akhir
Penjilidan naskah akhir Tesis adalah diwajibkan berkulit tebal dengan menggunakan
rexine yang berwarna seperti berikut;
SM Sains Gunaan (Teknologi Maritim) – Navy Blue
SM Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)- Maroon
SM Teknologi (Alam Sekitar) – Blue Black
SM Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) - Black
BUKU PANDUAN PITA PPKK
17
BAB 3
FORMAT PENULISAN TESIS
3.1 Jidar
Ukuran jidar adalah seperti berikut:
Jidar atas : 25 mm dari birai atas
Jidar kanan : 25 mm dari birai kanan
Jidar kiri : 38 mm dari birai kiri
Jidar bawah : 25 mm dari birai bawah
Semua permulaan tajuk bab hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas.
Ruang letak jadual dan rajah termasuk keterangan, mestilah mengikut keperluan ukuran
jidar.
Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya dua baris bercetak. Jika kurang dari dua baris, teks tersebut hendaklah
dipindahkan ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.
Perkataan terakhir pada baris terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang. Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu
baris teks.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
18
3.2 Penomboran
Hanya tiga tahap penomboran (numbering) digunakan untuk menomborkan tajuk dan
subtajuk. Penomboran pada tahap keempat (jika ada) hendaklah menggunakan angka
kecil Roman secara berturut-turut i, ii, iii dan seterusnya. Manakala, penomboran pada
tahap kelima (jika ada) hendaklah menggunakan abjad a, b, c, dan seterusnya.
3.3 Penomboran Halaman
Nombor halaman hendaklah berada 10 mm dari sebelah bawah muka surat di tengah-
tengah baris teks. Gunakan jenis huruf yang sama seperti huruf teks iaitu Times New
Roman bersaiz 12 poin tanpa hiasan.
Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan
angka kecil Roman secara berturut-turut iaitu i, ii, iii dan seterusnya. Muka surat judul
pada muka surat hadapan dianggap sebagai halaman i, tetapi nombornya tidak dicetak.
Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka 1, 2, 3, dan seterusnya. Halaman
pertama setiap permulaan bahagian atau bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi
diambil kira bagi menomborkan halaman berikutnya.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
19
BAB 4
SUSUNAN DAN KANDUNGAN TESIS
4.1 Tertib
Susunan dan kandungan tesis secara umumnya disediakan mengikut tertib sepertimana
berikut.
HALAMAN JUDUL
PENGESAHAN DAN KELULUSAN TESIS
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN (TATANAMA/ISTILAH/SIMBOL)
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1 PENDAHULUAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
BIODATA PENULIS
BUKU PANDUAN PITA PPKK
20
4.2 Halaman Judul
Halaman judul hendaklah mengandungi maklumat yang ditaip selang satu baris
menggunakan huruf besar tanpa tebal (bold), santak tengah dan mengikut susunan
seperti berikut:
4.2.1 Judul Tesis
Judul tesis hendaklah ditaip dalam bentuk piramid terbalik, berjarak 50 mm dari birai
atas.
4.2.2 Nama Penuh Pelajar
Nama penuh pelajar perlu ditaip sepertimana yang tertera dalam kad
pengenalan/passport.
4.2.3 Tujuan Tesis Dikemukakan
Pelajar hendaklah menaip ungkapan seperti berikut, mana-mana yang berkaitan dengan
menyatakan nama ijazah berkenaan.
Tesis ini diserahkan sebagai sebahagian daripada keperluan untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda ..........................................
4.2.4 Nama Pusat Pengajian
Nama pusat pengajian yang mengurniakan ijazah, PUSAT PENGAJIAN
KEJURUTERAAN KELAUTAN.
4.2.5 Nama Universiti
Nama universiti UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU hendaklah ditaip selang
sebaris selepas nama pusat pengajian.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
21
4.2.6 Tahun Penyerahan Naskah Tesis kepada Universiti
Tahun penyerahan hendaklah ditaip selang dua baris selepas nama universiti dan 25 mm
dari birai bawah.
Contoh adalah seperti Lampiran 6 dan Lampiran 7.
4.3 Pengesahan dan Kelulusan Tesis
Borang pengesahan dan kelulusan tesis hendaklah diletakkan pada halaman baru
selepas halaman judul. Perkataan PENGESAHAN DAN KELULUSAN TESIS ditaip
santak tengah dan 50 mm dari birai atas.
Contoh adalah seperti Lampiran 8.
4.4 Pengakuan
Pengakuan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas pengesahan dan kelulusan
tesis, dan ditaip di tengah-tengah halaman tersebut.
Contoh adalah seperti Lampiran 10 dan Lampiran 11.
4.5 Penghargaan
Perkataan PENGHARGAAN dan teksnya hendaklah ditaip santak tengah dan 50 mm
dari birai atas. Ruangan ini digunakan untuk merakamkan penghargaan kepada
sebarang bantuan yang telah diterima daripada orang perseorangan atau pertubuhan
semasa dalam penyediaan tesis. Dedikasi ini tidak dibenarkan melebihi satu halaman.
Contoh adalah seperti Lampiran 12 dan Lampiran 13.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
22
4.6 Abstrak dan Terjemahannya
Abstrak dan terjemahannya hendaklah ditaip selang satu baris pada halaman berasingan
dan dimulakan pada halaman baru selepas halaman penghargaan. Perkataan ABSTRAK
hendaklah ditaip santak tengah dan 50 mm dari birai atas. Panjang abstrak hendaklah
tidak melebihi 1 mukasurat.
Abstrak hendaklah merangkumi maklumat berikut:
i. Permasalahan/Persoalan kajian
ii. Tujuan Kajian
iii. Kaedah kajian
iv. Dapatan kajian (penemuan baru seperti teori, istilah, teknologi, tafsiran, produk
atau penilaian yang dinyatakan).
v. Sumbangan terhadap bidang ilmu
vi. Implikasi kepada dasar (jika berkaitan)
Tesis yang disediakan dalam bahasa Melayu, tajuk dan abstraknya dalam bahasa
Melayu dan diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris dan sebaliknya.
Contoh seperti Lampiran 14 dan Lampiran 15.
4.7 Kandungan
Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan
KANDUNGAN ditaip santak tengah 50 mm dari birai atas.
Contoh seperti Lampiran 16.
4.8 Senarai Jadual
Senarai jadual hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI
JADUAL ditaip santak tengah dan 50 mm dari birai atas. Senarai ini hendaklah
BUKU PANDUAN PITA PPKK
23
mengandungi tajuk jadual seperti di dalam tesis. Jadual hendaklah dinomborkan
mengikut tertib susunannya dalam bab.
Contoh seperti Lampiran 17.
4.9 Senarai Rajah
Senarai rajah hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI
RAJAH ditaip santak tengah dan 50 mm dari birai atas dan hendaklah mengandungi
senarai tajuk rajah (peta, graf, carta, gambar rajah, algoritma, dan gambar (foto, slaid,
mikrograf, grafik, animasi, lukisan). Tajuk rajah berkenaan hendaklah seperti yang
terdapat di dalam tesis. Senarai rajah hendaklah dinomborkan mengikut bab.
Contoh dalam Lampiran 18.
4.10 Senarai Singkatan (Tatanama/Istilah/Simbol)
Singkatan ialah suatu ringkasan sistematik yang mewakili sesuatu
nilai/hubungan/kesatuan/persetujuan. Ia selalunya digunakan dalam penulisan
berkaitan sesuatu bidang untuk menunjukkan sesuatu operasi, unsur atau kuantiti.
Singkatan termasuklah simbol matematik/statistik, tatanama, unit dan ikon teknologi
maklumat.
Senarai singkatan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas halaman senarai
rajah. Susunannya hendaklah mengikut urutan abjad. SENARAI SINGKATAN ditaip
santak tengah dan 50 mm dari birai atas.
Contoh dalam Lampiran 19.
4.11 Senarai Lampiran
Bahagian ini memuatkan bahan-bahan tambahan yang dirujuk dalam tesis. Ia
mengandungi bahagian rajah tambahan, temu bual dengan responden, bahan-bahan
BUKU PANDUAN PITA PPKK
24
perundangan yang diambil, kajian kes dari mahkamah, data asal dan petikan yang
terlalu panjang sehingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks ataupun petikan yang
tidak berapa perlu untuk memahami tajuk.
Sebagai contoh, huraian yang panjang tentang kajian boleh dimuatkan dalam bahagian
ini. SENARAI LAMPIRAN hendaklah ditaip santak tengah dan 50 mm dari birai atas.
Contoh seperti Lampiran 20.
4.12 Teks
Panjang teks tesis Sarjana Muda adalah sekurang- kurangnya 40 halaman dan tidak
melebihi 100 halaman. Jumlah halaman tidak termasuk lampiran.
4.12.1 Kandungan Teks
Secara amnya, kandungan teks dimulakan dengan BAB 1, iaitu PENDAHULUAN. Bab
ini terdiri daripada pengenalan, pernyataan masalah/persoalan kajian, objektif, batasan
kajian dan menggariskan perancangan tindakan atau protokol penyelidikan berdasarkan
kepada status masalah yang telah dikemukakan dan batasan kajian.
Kemudian diikuti dengan BAB 2, iaitu SOROTAN KAJIAN. Bab ini memaparkan
kupasan atau sorotan kepada bahan bacaan berkaitan dengan permasalahan atau
persoalan kajian. Bahan yang dipetik mestilah relevan dengan tajuk kajian, objektif dan
kaedah penyelidikan, asas teori dan pendekatan yang diguna pakai dalam kajian. Ulasan
bahan rujukan perlu memasukkan hasil penyelidikan terkini serta sumber catatan yang
merangkumi buku, jurnal, majalah atau tesis/laporan penyelidikan terkini.
Seterusnya adalah BAB 3 iaitu METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan secara
terperinci tentang algoritma/model/reka bentuk sistem serta kaedah penyelidikan yang
digunakan.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
25
Bab seterusnya adalah BAB 4, iaitu KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini
ditulis di dalam satu bab atau dua bab yang berasingan adalah tertakluk kepada
persetujuan program pengajian masing-masing. Keputusan dan analisis data boleh
dibentangkan dalam bentuk siri rajah, jadual dan lain-lain dengan teks yang deskriptif
tanpa perlu dibincangkan. Perbincangan perlu ditulis dan digarap dengan terperinci,
bersandarkan kepada bukti-bukti yang diperolehi daripada kajian dan dikaitkan dengan
teori-teori yang telah dilaporkan.
BAB 5, iaitu KESIMPULAN DAN CADANGAN merupakan bab yang terakhir. Bab
ini merumuskan dapatan kajian secara keseluruhan, serta memaparkan unjuran atau
saranan kajian pada masa akan datang.
Ringkasan perincian bab dalam tesis dinyatakan di dalam Jadual 5.1 seperti berikut.
Jadual 5.1 Perincian kandungan bab dalam tesis
Penyelidikan
BAB 1: PENDAHULUAN
BAB 2: SOROTAN KAJIAN
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
BAB 4: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
4.12.2 Penaipan Bab
Permulaan bab iaitu BAB 1, BAB 2 dan seterusnya hendaklah ditaip 50 mm dari birai
atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Tajuk bab hendaklah
dimulakan selang tiga baris di bawah perkataan BAB 1, dan terletak di tengah-tengah
antara jidar kiri dan jidar kanan.
Subtajuk atau kandungan bab dimulakan selang satu baris di bawah tajuk bab dan
hendaklah memenuhi keperluan jidar yang telah ditetapkan.
Penomboran subtajuk sehingga dua (2) tempat perpuluhan sahaja (sehingga tahap ketiga
sahaja). Penomboran bagi subtajuk selanjutnya hendaklah dimulakan dengan i, ii, iii,...
bagi tahap keempat, a, b, c,... bagi tahap kelima dan tiada penomboran bagi tahap
BUKU PANDUAN PITA PPKK
26
selanjutnya. Penomboran subtajuk yang dimuatkan di dalam kandungan adalah
sehingga tahap ketiga sahaja.
Contoh seperti Lampiran 21 dan Lampiran 22.
4.12.3 Jadual, Rajah dan Petikan
Sekiranya sesebuah tesis memerlukan jadual, rajah dan petikan, panduan berikut
hendaklah dipatuhi:
i. Jadual
Tajuk jadual hendaklah ditaip di atas jadual pada santak tengah, menggunakan huruf
Times New Roman bersaiz 12 poin. Pastikan jadual disetkan kepada Autofit Set To
Window. Sekiranya kedudukan jadual itu melintang, bahagian atasnya hendaklah
terletak di sebelah tulang buku tesis. Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab.
Penjelasan jadual dalam teks hendaklah mendahului jadual tersebut.
“Jadual 4.7 menunjukkan bilangan…”
Contoh seperti Lampiran 23 dan Lampiran 24.
ii. Rajah
Tajuk rajah hendaklah ditaip di bawah rajah. Pastikan setiap rajah diletakkan di dalam
sempadan (border). Sekiranya kedudukan sesuatu rajah itu melintang, bahagian atasnya
hendaklah terletak di sebelah tulang buku tesis. Rajah hendaklah dinomborkan
mengikut bab.
Penjelasan Rajah dalam teks hendaklah mendahului Rajah tersebut.
“carta alir proses adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.”
BUKU PANDUAN PITA PPKK
27
Contoh seperti Lampiran 25 dan Lampiran 26.
iii. Petikan
Petikan yang disisip di dalam ayat hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan dan
mesti dimulai dan diakhiri dengan tanda petik “…..”. Petikan bahasa asing (selain
bahasa teks) hendaklah ditaip dengan huruf italic.
Contoh seperi Lampiran 27 dan Lampiran 28.
4.13 Rujukan
Rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN
ditaip santak tengah 50 mm dari birai atas. Pada halaman seterusnya, senarai rujukan
hendaklah ditaip pada santak 25 mm dari birai atas. Bahagian ini hendaklah
mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks sahaja.
Penaipan senarai rujukan hendaklah dibuat selang satu baris dengan mengikut Sistem
Pengarang-Tarikh. Senarai rujukan juga hendaklah disusun mengikut susunan abjad.
Rujukan merupakan senarai penerbitan yang dirujuk atau dibincangkan di dalam teks.
Semua rujukan yang dibuat serta dimasukkan sebagai bahagian kepada sesebuah tesis
perlu disebut dan disenaraikan di dalam RUJUKAN untuk mengelakkan plagiarisme.
Semasa membuat senarai rujukan, ke semua maklumat berkaitan artikel yang dirujuk
mestilah ditulis dengan tepat dan betul seperti yang asalnya. Sistem piawai penulisan
rujukan yang konsisten perlu diamalkan.
Sila rujuk BAB 6: PANDUAN PENULISAN RUJUKAN untuk tujuan penulisan
rujukan. Contoh seperti Lampiran 29.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
28
4.14 Lampiran
Lampiran hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN 1, LAMPIRAN 2 dan seterusnya.
Perkataan LAMPIRAN 1 hendaklah ditaip santak tengah dan 25 mm dari birai atas.
Lampiran hendaklah diberi tajuk dan ditanda nombor halaman.
Bahagian ini memuatkan bahan-bahan tambahan yang dirujuk di dalam tesis. Ianya
mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, temu bual dengan responden, bahan-bahan
bertulis perundangan yang diambil, kajian kes daripada mahkamah, data asal dan
petikan yang terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks atau mana-
mana dokumen sokongan kepada huraian di dalam tesis. Semua lampiran yang
dimasukkan perlu dirujuk di dalam teks tesis. Tiap-tiap lampiran perlu disertakan
tajuknya dan nombor halaman.
4.15 Biodata Penulis
Perkataan BIODATA PENULIS hendaklah ditaip santak tengah dan 25 mm dari birai
atas. Lampiran hendaklah diberi tajuk dan ditanda nombor halaman.
Bahagian ini memuatkan biodata pelajar yang mengandungi maklumat peribadi pelajar
(nama, warganegara, serta nombor telefon/e-mail), latarbelakang pendidikan,
anugerah/pencapaian berkaitan penyelidikan dan akademik, penerbitan dan lain-lain
yang berkaitan.
Contoh seperti Lampiran 30.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
29
BAB 5
PANDUAN PENULISAN RUJUKAN
5.1 Rujukan dalam Teks
Penulisan rujukan yang tepat dan benar memberi kemudahan kepada penulis dan
pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan sumber maklumat mengenainya
pada bahagian akhir Tesis. Menamakan sumber rujukan dengan betul dapat mengelakkan
plagiat, iaitu kesalahan besar dalam suatu penulisan.
Amalan yang digunakan dalam penulisan rujukan dalam teks adalah sistem pengarang-
tarikh yang mana digunakan secara berterusan dalam keseluruhan penulisan. Bentuk asas
rujukan dalam teks yang menggunakan sistem pengarang-tarikh mengandungi nama
pengarang dan tarikh dengan ketetapan seperti berikut.
i. Nama pengarang yang menggunakan nama keluarga (surname), hendaklah
diringkaskan kepada nama keluarga sahaja tanpa parap (initials).
ii. Nama pengarang Melayu boleh juga menggunakan nama diri pengarang atau
nama bapa. Adalah diingatkan penulis hendaklah memilih salah satu cara
penulisan rujukan dalam teks bagi pengarang melayu dan mengekalkan
konsistensi dalam keseluruhan penulisan.
iii. Nama pengarang-pengarang bangsa lain hendaklah menggunakan nama keluarga.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
30
Contoh penulisan teks dalam rujukan adalah seperti berikut.
a. Nama Pengarang Melayu
Makalah Mohamad Nor Ali diterbitkan pada tahun 2007 hendaklah dirujuk
sebagai: Mohamad Nor (2007) atau Ali (2007).
b. Nama Pengarang Cina
Makalah Chua Boon Yong yang diterbitkan pada 2006 hendaklah dirujuk
sebagai: Chua (2006)
c. Nama Pengarang India
Makalah Ramasingam, M. yang diterbitkan pada 2013 hendaklah dirujuk sebagai:
Ramsingam (2013)
d. Nama Pengarang Inggeris
Makalah Andy Murray yang diterbitkan pada 2014 hendaklah dirujuk sebagai:
Murray (2014)
e. Nama Pengarang Eropah
Makalah Dominique de Werra yang diterbitkan pada 2010 hendaklah dirujuk
sebagai: de Werra (2010)
Peringatan: Arahan format rujukan seterusnya bagi pengarang Melayu dalam panduan
ini adalah berdasarkan contoh penggunaan nama diri pengarang. Maka, jika penulis
memilih untuk menggunakan nama keluarga pengarang, penulis hendaklah
menyesuaikan format seterusnya dengan pilihan ini.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
31
5.1.1 Pengarang Tunggal
Nama keluarga pengarang diikuti dengan tahun penerbitan ditulis dalam teks pada tempat
yang berkenaan.
i. Nama Pengarang Sebahagian daripada Pemerihalan
Jika nama pengarang merupakan sebahagian daripada pemerihalan, nyatakan tahun
penerbitan dalam kurungan. Contohnya seperti berikut.
Brown (2004) membuktikan…
... seperti yang dikaji oleh Raman (2003).
ii. Nama Pengarang Bukan Sebahagian daripada Pemerihalan
Jika nama pengarang bukan merupakan sebahagian daripada pemerihalan, tuliskan nama
pengarang, tanda koma dan tahun penerbitan dalam kurungan. Contohnya seperti berikut.
Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik (Shahrir,
1984)…
iii. Nama Pengarang dan Tahun Sebahagian daripada Pemerihalan
Jika nama pengarang dan tahun adalah sebahagian daripada bahan perbincangan, tanda
kurung tidak diperlukan. Contohnya seperti berikut.
Dalam tahun 2006, Norehan mengkaji...
iv. Nama Pengarang yang Diperihal Lebih daripada Sekali
Dalam satu perenggan, tahun tidak perlu dinyatakan dalam rujukan seterusnya, selagi
kajian itu tidak diselangi dengan kajian lain. Contohnya seperti berikut.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
32
Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik, Shahrir (2013)
menyatakan bahawa… Shahrir turut membuktikan…
5.1.2 Pengarang Bersama
Penulisan rujukan dalam teks yang melibatkan pengarang bersama adalah seperti berikut.
i. Dua Pengarang
Bagi rujukan yang pengarangnya dua orang, nyatakan kedua-dua nama pengarang itu
setiap kali dirujuk di dalam teks. Contohnya seperti berikut.
Hassilah dan Hanum (2014) telah membuktikan…
…seperti yang telah dibuktikan (Rosmayati & Zuriana, 2013).
Noor Maizura dan Warren (2004) telah memperolehi…
ii. Lebih Dua Pengarang
Bagi rujukan yang pengarangnya lebih daripada dua orang, nama pengarang utama sahaja
ditulis, diikuti dengan et al., dan tahun. Contohnya seperti berikut.
Arifah et al., (2007) telah mengenalpasti….
…..telah menurunkan paras hormon sebanyak 15% (Noor Azliza et al., 2007).
5.1.3 Pengarang Sama Nama
Jika senarai rujukan merangkumi penerbitan oleh dua orang atau lebih yang namanya
sama, masukkan nama penuh dan parap (initials) pengarang-pengarang tersebut dalam
setiap rujukan teks untuk mengelakkan kekeliruan. Contohnya seperti berikut.
Richard Jones (2000) dan Richard Gere (2000)...
BUKU PANDUAN PITA PPKK
33
Jika satu rujukan mempunyai dua orang pengarang dengan nama yang sama, kekalkan
nama tanpa parap (initials) dan tahun. Contohnya seperti berikut.
Choong Chee Wei dan Choong Yeun Liong yang diterbitkan pada tahun 2000
ditulis sebagai Choong dan Choong (2000)...
5.1.4 Institusi/Organisasi/Jawatankuasa sebagai Pengarang
Rujukan daripada Institusi/Organisasi/Jawatankuasa hendaklah ditulis seperti contoh
berikut.
Jabatan Kerja Raya 2009 atau Jabatan Kerja Raya (2009).
Menurut Institute of Applied Mathematics (2013)…
Nama pengarang institusi (seperti persatuan, agensi kerajaan) boleh disingkatkan seperti
contoh berikut.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2006)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2005 (JKKPN, 2005)
5.1.5 Multi-Rujukan
Dua rujukan atau lebih yang ditulis bersama dipisahkan dengan tanda koma bertitik dan
susunan rujukan itu hendaklah ditulis mengikut urutan tahun. Contohnya seperti berikut.
(Koros, 1999; Azahan, 2000; Matsuura, 2004; Chong, 2006)
Untuk lebih daripada satu rujukan oleh pengarang yang sama, tahunnya dipisahkan
dengan tanda koma. Contohnya seperti berikut.
(Ahmad et al., 1998; 1999; 2003)
BUKU PANDUAN PITA PPKK
34
Rujukan pengarang yang sama dalam tahun penerbitan yang sama disusun mengikut
urutan. Contohnya seperti berikut.
(Bradford, 2000a; 2000b)
5.1.6 Contoh Manual Perisian
(ADAMS/Flex 2002)
(MSC. Nastran 2003)
5.1.7 Contoh Perisian
(ABAQUS/EXPLICIT 2005)
(MATLAB 2005)
5.1.8 Temu bual
Jika terdapat rujukan daripada sumber temu bual seperti temu bual peribadi, temu bual
melalui telefon/email dan sebagainya, rujukan hendaklah ditulis di dalam teks seperti
berikut.
(Smith, temu bual peribadi, May 17, 2008)
(Smith, temu bual telefon, May 17, 2008)
(Smith, temu bual emel, May 17, 2008)
5.2 Senarai Rujukan
Sistem pengarang-tarikh yang digunakan dalam teks, hendaklah diberikan sumber
rujukan yang lengkap. Senarai ini diberi nama RUJUKAN dan ditaip dalam bahagian
akhir Tesis, sebelum bahagian Lampiran. Senarai rujukan hendaklah mengikut susunan
abjad.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
35
5.2.1 Penulisan Nama Pengarang
Penulisan nama pengarang dalam senarai rujukan adalah mengikut ketetapan berikut.
i. Nama Pengarang Barat
Nama pengarang barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah
diringkaskan dahulu kepada nama keluarga sahaja; nama selainnya hendaklah
menggunakan parap (initials). Parap hendaklah ditaip selepas nama keluarga dan
didahului dengan koma. Contohnya seperti berikut.
Richard John Kimberely atau R.J.Kimberely hendaklah ditaip sebagai Kimberely,
R.J. John Fitzgerald Kennedy atau J.F.Kennedy hendaklah ditaip sebagai
Kennedy, J.F.
ii. Nama Pengarang Melayu
Makalah Mohamad Nor Ali diterbitkan pada tahun 2007 hendaklah ditaip seperti
berikut dalam senarai rujukan.
Jika rujukan dalam teks adalah Mohamad Nor (2007), hendaklah ditaip sebagai
Mohamad Nor, A.
Jika rujukan dalam teks adalah Ali (2007), hendaklah ditaip sebagai Ali, M.N.
iii. Nama Pengarang India
M. Ramasingam hendaklah ditaip sebagai Ramasingam, M.
Shanta Nair-Venugopal ditaip sebagai Nair-Venugopal, S.
iv. Nama Pengarang Cina
Choong Yeun Liong hendaklah ditaip sebagai Choong, Y.L.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
36
v. Nama Pengarang Eropah
Dominique de Werra hendaklah ditaip sebagai de Werra, D.
5.2.2 Penulisan Judul Bahan Rujukan
Judul bahan rujukan hendaklah ditaip condong menggunakan huruf besar pada huruf
pertama dan nama khas. Perkataan lainnya hendaklah menggunakan huruf kecil, kecuali
singkatan yang menggunakan huruf besar. Contohnya seperti berikut.
i. Judul Buku.
…1989. Environmental management issues in Malaysia.
ii. Judul Jurnal.
...Malaysian Journal of Environmental Management 6: 3-21.
5.2.3 Tertib Rujukan
Rujukan seorang pengarang mendahului rujukan lebih daripada seorang pengarang jika
pengarang pertamanya sama. Contohnya seperti berikut.
Sham, S. 1990.
Sham, S. dan Jamaluddin, M. J. 1993.
Rujukan yang pengarang pertamanya sama tetapi pengarang kedua atau ketiga berbeza,
disusun mengikut abjad nama pengarang kedua, dan seterusnya. Contohnya seperti
berikut.
Matsuura, T., Ahmad, F. dan Chan, K.M. 2004.
Matsuura, T., Ahmad, F. dan Yong, B.L. 2004.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
37
Rujukan pengarang yang sama disusun mengikut tahun penerbitan. Contohnya seperti
berikut.
Jamaluddin, M. J. 1999.
Jamaluddin, M. J. 2001.
Rujukan pengarang yang sama dengan tahun penerbitan yang sama, disusun mengikut
urutan yang disebut dalam teks. Contohnya seperti berikut.
Sham, S. 1993a. Environment and development….
Sham, S. 1993b. Economic development….
Rujukan dua orang pengarang yang mempunyai nama yang sama disusun mengikut abjad
nama bapa atau parap (initials) pertamanya. Contohnya seperti berikut.
Ibrahim, A. 2014.
Ibrahim, B. 2013.
Eliot, A.L. 1983.
Eliot, G.E. 1981.
5.2.4 Cara Menulis Rujukan yang Lengkap untuk Buku
Penulisan rujukan yang lengkap adalah mengikut turutan seperti berikut.
Nama Pengarang diikuti noktah. Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
Tahun Penerbitan diikuti noktah
Judul buku (tulisan condong) diikuti noktah
Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah
Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah
Bilangan jilid diikuti titik bertindih
Tempat terbit (Bandar) diikuti titik bertindih. Jika terdapat lebih daripada satu tempat
terbit gunakan yang pertama. Contohnya London, Paris hendaklah ditaip London.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
38
Penerbit diikuti noktah.
Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan
ensotan 12.5 mm. Contohnya seperti berikut.
i. Pengarang Tunggal
Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types
and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.
ii. Pengarang Bersama
Ariffin, A. K. & Abdullah, S. 2000. Pengiraan berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing
organizational behaviour. London: MacMillan.
iii. Edisi Baru dan Ulang Cetak
Cohen, J. 1997. Statistical power analysis for the behavioral sciences. Ed. Semak. New
York: Academic Press.
Mohamad Zain, S. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan
perubatan. Ed. Ke-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing
organizational behaviour. London: MacMillan.
iv. Berbilang Jilid [Jld. = Jilid yang dirujuk]
Md Tap, A. O. 1987. Matematik pertama. Jld. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Md Tap, A. O. 1988. Matematik pertama. Jld. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
v. Terjemahan [Terj. = Terjemahan]
BUKU PANDUAN PITA PPKK
39
Barnes, R. S. K & Hughes, R. N. 1988. Pengenalan kepada ekologi marin, Terj. Abdul
Razak, S. 2nd edition. London: Blackwell Science Ltd.
Fraleigh, J. B. 1988. Kursus pertama aljabar niskala. Terj. Md Tap, A. O. & Salleh, A.
R. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
vi. Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]
Mohamad, A. L. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas kepelbagaian biologi
khususnya spesies tumbuhan endemic di Malaysia. Dlm. Md Jahi, J. Pengurusan
persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 72-103.
Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm. Fleishman, I.A.,
& Hunt, J.G. Current development in the study of leadership: selected readings,
Carbondale: Southern Illinois University Press. hlm. 1-37.
5.2.5 Makalah/Artikel dalam Jurnal
Penulisan rujukan yang lengkap bagi makalah/artikel dalam jurnal adalah mengikut
turutan berikut.
Nama Pengarang diikuti noktah dan semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
Tahun Penerbitan diikuti noktah
Tajuk Makalah diikuti noktah
Judul Jurnal hendaklah ditaip condong dan dalam ejaan penuh (huruf pertama bagi
setiap perkataan dalam judul, kecuali kata sendi, hendaklah menggunakan huruf besar)
Maklumat keluaran (samada jilid, nombor keluaran, bulan atau musim)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung) diikuti titik bertindih
Halaman seluruh makalah diikuti noktah
i. Pengarang Tunggal
Muchtar, A. 2000. Gabungan pelekukan dan pelenturan dalam penjanaan nilai keliatan
patah seramik alumina. Journal Institute of Materials Malaysia 1(2): 51-66.
Samad, S.A. 2004. Digital domain design of cascaded wave digital filters with tunable
parameters. Iranian Journal of Electrical and Computer Engineering 3(2): 1-5.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
40
ii. Pengarang Bersama
Bowen, W.R., Mohammad, A.W. & Hilal, N. 1997. Characterization of nanofiltration
membranes for predictive purposes – use of salts, uncharged solutes and atomic
force microscopy. Journal of Membrane Science 126(1): 91-105.
Hamzah, N., Mohamed, A. & Hussain, A. 2004. A new apporoach to locate the voltage
sag source using real current component. Journal of Electric Power System
Research 72(5): 113-123.
5.2.6 Makalah/Artikel dalam Prosiding/Pascasidang
Penulisan rujukan yang lengkap bagi makalah/artikel dalam prosiding/pascasidang
adalah mengikut turutan berikut.
Nama Pengarang diikuti noktah dan semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
Tahun Penerbitan diikuti noktah
Tajuk Makalah diikuti noktah
Judul Prosiding hendaklah ditaip condong dan dalam ejaan penuh (huruf pertama bagi
setiap perkataan dalam judul, kecuali kata sendi, hendaklah menggunakan huruf besar)
dan diikuti noktah
Halaman seluruh makalah diikuti noktah
Contohnya seperti berikut.
Ali, N., A.Rahim, N. Ali, S., W.Nik, W.S. & Lam, S. S.
2005. Effect of ethanol composition in the coagulation bath on membrane
performance, Proceedings of International Conference of Chemical Engineering
and Bioprocess. 654-659.
Rahmat, R.A., Jumari, K., Hassan, A. & Basri, H. 2002. Intelligent traffic control with
image processing sensor. Proceedings of the 2nd World Engineering Congress. 339-
344.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
41
5.2.7 Makalah/Artikel dalam Majalah/Buletin
Contohnya seperti berikut.
Ismail, N. M. N. 1991. Punca ketidaksuburan lelaki. Sihat Julai: 24-25.
Junus, L. 2006. RazakSAT dilancar ke angkasa lepas tahun ini. Estidotmy Februari:
10-11.
5.2.8 Makalah/Artikel, Berita dalam Akhbar/Surat kepada Pengarang
i. Makalah dengan Nama Pengarang/Penulis
Mohamed Idris, S. M. 2006. Commercial vehicle drivers: procedures need review. New
Straits Times, 16 February: 18.
Ujang, Z. 2007. Punca pencemaran sungai-sungai di Johor. Utusan Malaysia, 13 Mac:
17.
ii. Makalah/Artikel Tanpa Pengarang/Penulis
Anon. 1992. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30
Oktober: 10.
Anon. 2006. Pembuangan air bilasan batik tanpa rawat. Utusan Malaysia, 21 Julai: 15.
Anon. 2006. Siapa angkasawan pertama Malaysia?. Estidotmy, 22 Februari: 10-11.
5.2.9 Filem, Video dan Slaid
Nama pengarah filem hendaklah ditaip sekiranya pengarah sesebuah filem diketahui.
i. Filem
Ali Baba Bujang Lapok. 1960. Filem cereka. Singapura Shaw Brothers.
Caves: the dark wilderness. T.th. Filem. Chicago: Encyclopedia Britannica Educational
Corporation.
ii. Video
BUKU PANDUAN PITA PPKK
42
Geophysical techniques. t.th. Video. Milton Keynes: Open University.
iii. Slaid
Deacon, J.E. 1975. The Galapagos Island : birds. Slaid. New York: Harper & Row.
Energy generation and storage. t.th. Slaid: Toppan Company.
5.2.10 Bahan Tidak Terbit
Penulisan rujukan yang lengkap bagi bahan tidak terbit adalah mengikut susunan berikut.
Nama Pengarang diikuti noktah. Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
Tahun Penerbitan diikuti noktah
Tajuk Makalah diikuti noktah
Judul diikuti noktah
Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana tanda
pengenalan yang lain diikuti koma
Nama Koleksi diikuti noktah
Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut dihasilkan/disimpan diikuti
koma
Tarikh diikuti noktah
i. Tesis atau Latihan Ilmiah
Arifin, K. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem pengurusan
persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya di
Malaysia. Tesis Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mann, A. E. 1968. The palaeodemography of Australopithecus. Tesis PhD. University of
California, Berkeley.
ii. Kertas kerja, Abstrak Persidangan dan Sebagainya
Arifin, K., Md Jahi, J., Bahari, I. & Md. Nor., A. R. 2004. Sistem pengurusan bersepadu:
ke arah kesedaran alam sekitar organisasi di Malaysia. Kertas kerja Seminar
BUKU PANDUAN PITA PPKK
43
Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004. Anjuran Program Geografi, Fakulti
Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, 3-4
Julai.
iii. Laporan Teknik
Azhari, C. H. & Wan Yusoff, W. M. 1990. Penghidrogenan selanjar minyak olein sawi
mangkin emas dan platinum. Laporan akhir projek penyelidikan UKM 69/85.
iv. Mesyuarat : Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat
Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains Teknologi. 2004. Cadangan pelaksanaan
bengkel Occupational Safety and Health. Kertas kerja Mesyuarat Pengurusan
Fakulti Sains Teknologi Kali Kedua. Kuala Terengganu, Terengganu, 4 Ogos.
5.2.11 Bahan Rujukan Elektronik
Bahan rujukan elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang,
jurnal-elektronik dan mel-elektronik hendaklah mempunyai maklumat berikut:
Nama Pengarang diikuti noktah. Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
Tahun diikuti noktah
Tajuk Makalah diikuti noktah
Nama jurnal/buku (condong)
Nombor jilid (tebal)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung)
Halaman seluruh makalah diikuti noktah
Jenis media (dalam tanda kurung)
Tapak/jejak/fail/alamat sesawang (tanpa garis bawah)
Tarikh capaian [dalam tanda kurung] diikuti noktah
Contohnya seperti berikut.
Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13
http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].
BUKU PANDUAN PITA PPKK
44
Medical Information Group. 1998. Arsenic contamination of drinking water.
http://www.angelfire.com/ak/medinet/arsenic.htm.[4 Julai 2000].
5.2.12 Bahan Rujukan Temu bual
i. Temu bual melalui telefon
Smith, J. (2008, May 17). Temu bual telefon.
ii. Temu bual melalui email
Smith, J. (2008, May 17). Temu bual email.
iii. Temu bual peribadi
Smith, J. (2008, May 17). Temu bual peribadi.
iv. Temu bual peribadi melalui pihak ketiga
Smith, J. (2008, May 17). Temu bual peribadi bersama Walter, K. & Soriano, A.
Perhatian: Rujukan dalam panduan ini direka untuk tujuan demonstrasi sahaja.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
45
LAMPIRAN 1
CONTOH BORANG PENDAFTARAN PITA
Borang PITA-01
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BORANG PENDAFTARAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR I
KOD KURSUS (____________) SEMESTER __ SESI ____/____
Nama Pelajar : ...................................................................................................... Program
Pengajian : ......................................................................................................
No. Matrik : ...................................................................................................... Alamat Semasa : ...................................................................................................... No Telefon : ................................................. Email : ...................................... Tajuk Projek : ......................................................................................................
Bahagian A: Pelajar
Dengan ini saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek
penyelidikan ini secara berdikari dengan pengawasan minimum daripada penyelia. Saya juga
berjanji akan mematuhi segala peraturan, suruhan, saranan dan nasihat penyelia di sepanjang
penyeliaannya. Saya mengakui memahami segala peraturan yang ditetapkan. Jika saya melanggar
peraturan dan akujanji dalam borang pendaftaran yang ditandatangani ini, saya rela dan bersedia
menerima tindakan yang akan diputuskan oleh pihak pusat pengajian.
Tandatangan : ........................................... Tarikh : ...........................................
Bahagian B: Pengesahan Penyelia/Penyelia Bersama (Jika ada)
Saya dengan ini bersetuju menjadi penyelia projek penyelidikan bagi pelajar tersebut di atas.
Tandatangan
Penyelia : ........................................... Cop Rasmi :
Tarikh : ...........................................
Tandatangan
Penyelia Bersama : ........................................... Cop Rasmi :
Tarikh : ...........................................
Bahagian C: Pengesahan Penyelaras
Tandatangan
Penyelaras : ........................................... Cop Rasmi :
Tarikh : ........................................... ** Diisi dalam 3 salinan: 1 salinan Penyelia, 1 salinan Penyelaras PITA, 1 salinan Pelajar
BUKU PANDUAN PITA PPKK
46
Borang PITA-02
LAMPIRAN 2
CONTOH BUKU LOG
BUKU LOG PITA/PITA LOG BOOK
KOD KURSUS (____________) SEMESTER __ SESI ____/____
Student’s Name:
Nama Pelajar:
Matric Number:
No Matrik:
Title:
Tajuk:
Supervisor(s):
Penyelia:
MONTH/BULAN:
Week
Minggu
Activities/ identified achievement
Aktiviti/ pencapaian yang dikenalpasti
Supervisors comment &
Signature
Komen & Tandatangan
Penyelia
Week 1
Minggu
1
Week 2
Minggu
2
Week 3
Minggu
3
Week 4
Minggu
4
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BUKU PANDUAN PITA PPKK
47
Borang PITA-03
LAMPIRAN 3
CONTOH BORANG KAWALAN PRESTASI PELAJAR PITA
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BORANG KAWALAN PRESTASI PELAJAR PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
KOD KURSUS (____________) SEMESTER __ SESI ____/____
Kriteria penilaian
Markah
JUM
LAH
1. Keupayaan menyelesai masalah/ Kreatif dan inovatif
2 4 6 8 10
2. Kekerapan berbincang dengan penyelia (merujuk kepada buku log)
2 4 6 8 10
3. Kebolehan merancang kerja (bajet/masa) 2 4 6 8 10
4. Kemahiran komunikasi dan interpersonal 2 4 6 8 10
5. Penglibatan pelajar dalam penyumbangan idea 2 4 6 8 10
6. Sikap, komitmen dan disiplin 2 4 6 8 10
JUMLAH
/60
Tandatangan pemeriksa & cop:
Tarikh:
Nota penting: Penilai mesti mengembalikan borang Penilaian yang telah diisi dan ditandatangani kepada Penyelaras PITA.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
48
LAMPIRAN 4
CONTOH KULIT DEPAN TESIS
NU
R IZ
WA
NI B
INT
I ISM
AIL
S
M S
ains G
un
aan (T
eknolo
gi M
aritim)
201
7
30 mm
50 mm 30 mm
SIFAT KAKISAN DAN PARAMETER RINTANGAN
NANOKOMPOSIT SILIKA KARBID ATAS
BERLAINAN LOGAM
NUR IZWANI BINTI ISMAIL
X
X
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
2017
30 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
49
LAMPIRAN 5
EXAMPLE OF THESIS FRONT COVER
NU
R IZ
WA
NI B
INT
I ISM
AIL
S
M S
ains G
un
aan (T
eknolo
gi M
aritim)
20
17
30 mm
50 mm 30 mm
CORROSION BEHAVIOR AND RESISTANCE
PARAMETERS OF SILICON CARBIDE
NANOCOMPOSITE ON DIFFERENT
METALS
NUR IZWANI BINTI ISMAIL
X
X
SCHOOL OF OCEAN ENGINEERING
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
2017
30 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
50
LAMPIRAN 6
CONTOH HALAMAN JUDUL
SIFAT KAKISAN DAN PARAMETER RINTANGAN
NANOKOMPOSIT SILIKA KARBID ATAS
BERLAINAN LOGAM
Oleh
NUR IZWANI BINTI ISMAIL
Tesis ini diserahkan sebagai sebahagian daripada
keperluan untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
2017
50 mm
25 mm
38 mm
X
X
X
i
10 mm
25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
51
LAMPIRAN 7
EXAMPLE OF TITLE PAGE
CORROSION BEHAVIOR AND RESISTANCE PARAMETERS OF
SILICON CARBIDE NANOCOMPOSITE ON DIFFERENT
METALS
By
NUR IZWANI BINTI ISMAIL
Thesis submitted in partial fulfillment of the
requirements for the degree of
Bachelor of Applied Science (Maritime Technology)
SCHOOL OF OCEAN ENGINEERING
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
2017
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
X
X
X
i
10 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
52
LAMPIRAN 8
CONTOH PENGESAHAN DAN KELULUSAN TESIS
PENGESAHAN DAN KELULUSAN TESIS
Adalah ini diakui dan disahkan bahawa tesis bertajuk
………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….
oleh ……………………………….., No. Matrik: ………………….
telah diperiksa dan semua pembetulan yang disarankan telah
dilakukan. Tesis ini dikemukakan kepada Pusat Pengajian
Kejuruteraan Kelautan, Universiti Malaysia Terengganu sebagai
memenuhi sebahagian daripada keperluan memperoleh Ijazah
Sarjana ...............................................
Disahkan oleh:
……………………………..
Penyelia Utama
Nama: Tarikh: …………...
Cop Rasmi:
……………………………..
Penyelia Bersama (Jika ada)
Nama: Tarikh: …………...
Cop Rasmi:
……………………………..
Pengerusi Program
...………………….
Nama: Tarikh: …………...
Cop Rasmi:
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
2 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
ii
10 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
53
LAMPIRAN 9
EXAMPLE OF THESIS CONFIRMATION AND APPROVAL
THESIS CONFIRMATION AND APPROVAL
This is acknowledged and confirmed that thesis entitled:
………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….
by ……………………………….. Matric No.: ………………….
have been checked and all the suggested corrections have been done.
The thesis is submitted to School of Ocean Engineering in partial
fulfillment of the requirements for the degree of Bachelor
……………………………………………
Authorized by:
……………………………..
Main Supervisor
Name: Date: …………...
Official Stamp:
……………………………..
Co-Supervisor (If any)
Name: Date: …………...
Official Stamp:
……………………………..
Programme Chairman
................. …………...……
Name: Date: …………...
Official Stamp:
50 mm
25 mm
38 mm
2 x 1.0 line spacing
2 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
ii
10 mm
25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
54
LAMPIRAN 10
CONTOH PENGAKUAN
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan : ……………………………………
Nama : NUR IZWANI BINTI ISMAIL
No. Matrik : UK28391
Tarikh : 28 JANUARI 2017
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
iii
10 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
55
LAMPIRAN 11
EXAMPLE OF DECLARATION
DECLARATION
I hereby declare that this thesis is the result of my own research
except as cited in the references.
Signature : ……………………………………
Name : NUR IZWANI BINTI ISMAIL
Student No. : UK28391
Date : 28 JANUARY 2017
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
4 x 1.0 line spacing
iii
10 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
56
LAMPIRAN 12
CONTOH PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya
kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk
menyiapkan tesis ini. Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas
kepada penyelia, Dr. Suriani Binti Mat Jusoh atas bimbingan dan
dorongan yang diberi sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini
..............................................................................................................
Kerjasama daripada pihak Jabatan Kerja Raya Terengganu melalui
cawangan Daerah Kuala Terengganu di atas .......................................
......................................................................................................
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek
penyelidikan ini.
Akhir kata ............................................................................................
......................................................................................................
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
iv
10 mm
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
BUKU PANDUAN PITA PPKK
57
LAMPIRAN 13
EXAMPLE OF ACKNOWLEDGEMENTS
ACKNOWLEDGEMENTS
At the end of my thesis I would like to thank all those people who
made this thesis possible and an enjoyable experience for me
……………………………………………………………..................
First of all I wish to express my sincere gratitude to ………………...
……………………………………………………………………….
I am grateful to my friends for their encouragement and help
especially to ………………………………………………………….
………………………………………………………………………..
Finally, I would like also to express my deepest gratitude for a
constant support, emotional understanding and love that I received
from my family ....................................................................................
......................................................................................................
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
iv
10 mm
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
BUKU PANDUAN PITA PPKK
58
LAMPIRAN 14
CONTOH ABSTRAK
TAJUK KAJIAN
ABSTRAK
Satu kualiti utama bahan yang perlu mempunyai rintangan
kakisan yang tinggi selepas pengubahan sejuk. Kajian ini
berkaitan dengan pemerhatian sifat tahan kakisan bopeng
terhadap pengubahan sejuk (lentur) tiub daripada 316 jenis dan
6Mo keluli tahan karat. ASTM G48 dan ujian G61 ASTM
kaedah yang diikuti sebagai prosedur eksperimen untuk
menyiapkan projek ini. Mikroskop Imbasan Elektron (SEM)
digunakan untuk pemeriksaan bopeng kakisan selepas ujian
kakisan G48. Graf kitaran juga digunakan untuk mengukur
bopeng dan potensi repassivity selepas ujian kakisan G61.
Kecacatan sejuk dan bahagian-bahagian yang lurus kedua-dua
316SS dan 6Mo telah dilihat untuk menunjukkan sifat anti karat
yang sama. Kehilangan berat per unit didapati sama selepas
ujian G48 dan bopeng dan nilai repassivation berpotensi berada
dalam lingkungan yang sama. Kekerasan bahagian lentur untuk
kedua-dua 316SS dan 6Mo diukur lebih tinggi daripada
bahagian-bahagian yang lurus.
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
v
10 mm
2 x 1.0 line spacing
BUKU PANDUAN PITA PPKK
59
LAMPIRAN 15
EXAMPLE OF ABSTRACT
THESIS TITLE
ABSTRACT
One major quality the material should possess is high corrosion
resistance after cold deformation. The study deals with the
observation of pitting corrosion resistant property of cold
deformed (bended) tubes of 316 type and 6Mo stainless steel.
ASTM G48 and ASTM G61 test methods are followed as
experimental procedure for the completion of this project. The
Scanning Electron Microscope (SEM) is used for the
examination of pitting corrosion after G48 Test. Similarly, the
cyclic polarization graph is used for measuring the pitting and
repassivation potential after G61 Test. The cold deformed and
the straight parts of both 316SS and 6Mo were seen to be
holding a similar corrosion resistant property. The weight loss
per unit area was found to be similar after G48 test and the
pitting and repassivation potential values were in a similar
range. The hardness of bended parts for both 316SS and 6Mo
are measured higher than the straight parts.
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
vi
10 mm
2 x 1.0 line spacing
BUKU PANDUAN PITA PPKK
60
LAMPIRAN 16
CONTOH KANDUNGAN
KANDUNGAN
Halaman
HALAMAN JUDUL i PENGESAHAN DAN KELULUSAN TESIS ii PENGAKUAN iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL viii SENARAI RAJAH ix SENARAI SINGKATAN x SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Susun atur Tesis
1 1 3 5 5 6 7
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 2.2 Pengurusan Tender
2.2.1 Sistem Pengurusan Tender
Elektronik 2.2.2 Kerangka Pengurusan Tender
2.3 Sistem Sokongan Keputusan
8 8 9 9
11 13
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Model Air Terjun
18 18 19
BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 25 BAB 5 KESIMPULAN 30
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
vii
10 mm
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
1 x 1.0 line spacing
BUKU PANDUAN PITA PPKK
61
LAMPIRAN 17
CONTOH SENARAI JADUAL
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman 2.1 Aplikasi pengurusan tender elektronik 13 2.2 Perbandingan kerangka kerja tender 18
50 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
10 mm
viii 25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
62
LAMPIRAN 18
CONTOH SENARAI RAJAH
SENARAI RAJAH
No. Rajah Halaman 3.1 Model air terjun 19 4.2 Seni bina sistem sokongan keputusan
pengurusan tender 25
50 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
10 mm
ix 25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
63
LAMPIRAN 19
CONTOH SENARAI SINGKATAN
SENARAI SINGKATAN
Singkatan AHP Analytical Hierarchical Process BMO Business Management Ontology GTP Government Transformation Programme ICT Information Communication Technology LAN Local Area Network NeTI National e-Tendering Initiatives NKRA National Key Result Area NLP Natural Language Processing
50 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
10 mm
x 25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
64
LAMPIRAN 20
CONTOH SENARAI LAMPIRAN
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Halaman 1 Analisis Kriteria dan Subkriteria Tender bagi
Pengurusan Tender 45
2 Soalan Temu Bual Pakar Tender 50 3 Borang Soal Selidik 53
50 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
10 mm
ix 25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
65
LAMPIRAN 21
CONTOH KANDUNGAN BAB HALAMAN PERTAMA
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan secara kritis tentang penyelidikan
terdahulu lapangan utama yang menjadi teori asas...
2.2 Sistem Sokongan Keputusan
Sebelum teknologi komputer berkembang dengan pesatnya,
teori sokongan keputusan berfungsi sebagai tatacara...
2.2.1 Seni Bina Sistem Sokongan Keputusan
Seni bina Sistem Sokongan Keputusan terbahagi kepada
komponen-komponen berikut:
i. Antara Muka Pengguna
Pembuat keputusan merupakan pengguna yang berhubung
secara langsung dengan Sistem Sokongan Keputusan.
50 mm
25 mm
25 mm 38 mm
3 x 1.5 lines spacing
3 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
1 x 1.5 lines spacing
BUKU PANDUAN PITA PPKK
66
LAMPIRAN 22
CONTOH KANDUNGAN BAB HALAMAN SETERUSNYA
Sistem Sokongan Keputusan diklasifikasikan kepada lima
kategori utama iaitu Sistem Sokongan Keputusan berasaskan
komunikasi, Sistem Sokongan Keputusan berasaskan data,
Sistem Sokongan Keputusan berasaskan model, Sistem
Sokongan Keputusan berasaskan dokumen, dan Sistem
Sokongan Keputusan berasaskan pengetahuan (Power 2001;
Power 2004; Bhargava et al. 2007; Power 2008).
25 mm
25 mm
25 mm 38 mm
10 mm
18
BUKU PANDUAN PITA PPKK
67
LAMPIRAN 23
CONTOH JADUAL BENTUK MENEGAK
Jadual 4.1 Skor kecekapan relatif antara dana-dana saham amanah
jenis dana pendapatan bagi tahun berakhir 2003 dan 2004
Bil. Dana-dana Skor Kecekapan Peratus
2003 2004 2003 2004
1. AS Nasional 3 1.00 0.93 100 93
2. ASW 2020 1.00 0.93 100 93
3. AUTB Bond Fund 0.99 0.87 99 87
4. Maybank Ethical Trust Fund 1.00 0.91 100 91
5. Maybank Income Trust Fund 1.00 0.93 100 93
6. Maybank Unit Trust Fund 1.00 0.93 100 93
7. OSK-UOB Kidsave Trust 1.00 0.94 100 94
8. Pacific Millennium Fund 1.00 0.94 100 94
9. PB Fixed Income Fund 1.00 0.93 100 93
10. Phillip Master Money Market 1.00 0.93 100 93
11. Public Saving Fund 1.00 0.94 100 94
12. RHB Dynamic Fund 1.00 0.93 100 93
Sumber: Paparan Output Model Battese dan Coelli (1992)
25 mm
25 mm
25 mm 38 mm
10 mm
35
BUKU PANDUAN PITA PPKK
68
LAMPIRAN 24
CONTOH JADUAL BENTUK MELINTANG
Jadual 4.2 Sampel kajicuaca bagi bulan Jun 2006 di Malaysia
Negeri Waktu
Pagi Petang Malam
Terengganu Cuaca baik Ribut petir Cuaca baik
Selangor Ribut petir Mendung Hujan
Johor Cuaca baik Mendung Cuaca Baik
Melaka Hujan Mendung Mendung
N. Sembilan Hujan Hujan Hujan
Pahang Mendung Cuaca baik Hujan
Perak Mendung Cuaca baik Mendung
P. Pinang Ribut petir Hujan Hujan
Kedah Hujan Ribut petir Cuaca Baik
Kelantan Hujan Hujan Ribut petir
Putrajaya Mendung Mendung Cuaca baik
Kuala Lumpur Cuaca baik Cuaca baik Hujan
25 mm 25 mm
38 mm
25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
69
LAMPIRAN 25
CONTOH RAJAH MENEGAK
Rajah 4.7 Kitar hayat kakisan
(Source: Suriani et al., 2007)
25 mm
25 mm
25 mm 38 mm
10 mm
45
BUKU PANDUAN PITA PPKK
70
LAMPIRAN 26
CONTOH RAJAH MELINTANG
Rajah 3.5 Seni bina komputer
25 mm 25 mm
38 mm
25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
71
LAMPIRAN 27
CONTOH PETIKAN YANG DISISIP
Kajian Ahmad dan Rahim mendapati kaedah tapak pelupusan sebagai “…cara utama
pengurusan sisa pepejal di Malaysia” (1995) merupakan salah satu ideologi penting
dalam strategi perubahan pengurusan sisa pepejal di Malaysia.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
72
LAMPIRAN 28
CONTOH PETIKAN YANG MELEBIHI 40 PATAH PERKATAAN
Law (2007) menyatakan:
Pelan strategi penting bagi ahli-ahli korporat yang mahu belajar mengenai cara
terbaik mengendalikan perniagaan pada kadar pelepasan karbon yang rendah
serta bagi penggubal-penggubal undang-undang dalam menentukan polisi
terbaik baik bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sekali gus dapat
mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dengan itu dapat mengurangkan
pelepasan karbon di atmosfera.
BUKU PANDUAN PITA PPKK
73
LAMPIRAN 29
CONTOH RUJUKAN
RUJUKAN
Abdelkader, A. 2006. A cooperative intelligent decision support
system for contingency management. Journal of Computer
Science 2(10): 758-764.
Law, A.T., Poh, Y.T. & Ang, K.J. 1993. Least-cost feed formulation
for juvenile Macrobrachium rosenbergii (De Man) by using the
enlinear programming techniques. Pertanika Journal of Tropical
Agriculture Science 16(2): 119-127.
50 mm
25 mm 38 mm
2 x 1.0 line spacing
10 mm
65 25 mm
BUKU PANDUAN PITA PPKK
74
LAMPIRAN 30
FORMAT BIODATA PENULIS
BIODATA PENULIS
Nama :
No Kad Pengenalan :
Alamat Tetap :
Nombor Telefon :
Emel :
Kewarganegaraan :
Jantina :
Pendidikan :
Anugerah/Pencapaian :
25 mm
25 mm
25 mm 38 mm
10 mm
66
2 x 1.0 line spacing
Gambar / Foto
bersaiz
passport
Top Related