GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
Kelolaan”Subunit bahasa melayuUnit koakademikSektor pengurusan aktiviti muridKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengisi agenda generasi muda pada era yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
1.2 Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah menengah mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan matlamat yang dihasratkan.
2.0 RASIONAL
Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini, Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti aktiviti puisi, penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
3.0 MATLAMAT
Melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu. 4.2 Menggunakan bahasa Melayu dengan gramatis.4.3 Menyemai perasaan cinta akan sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang berkualiti
dan memiliki jati diri yang tinggi.4.4 Mewujudkan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif sepanjang tahun untuk melatih
murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.
4.5 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang.4.6 Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.4.7 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya
Melayu.4.8 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai
pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.4.9 Melahirkan modal insan yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.4.10 Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang unggul dan peka akan nilai-nilai
kemasyarakatan dalam kalangan murid.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
5.0 GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
(TINGKATAN 1, 2 & 3)
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
1 Pendaftaran ahli baharu dan mesyuarat
Pendaftran ahli-ahli baharu Taklimat persatuan (fungsi
persatuan, tanggungjawab ahli dan sebagainya
Memperkenalkan guru penasihat dan AJK
Majlis suai kenal antara ahli Membentangkan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang tahun
Pembahagian kumpulan
I. Guru menyediakan borang pendaftaran dan bahan edaran
2 Syarahan/Pidato
1. Penerangan tentang syarahan dan pidato – aspek:
a) isi pemikiranb) gaya penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi pidato yang baik
3. Latihan gaya penyampaian syarahan dan pidato yang baik, berkesan dan memukau.
mengadakan tayangan CD pidato
berbincang tentang pidato yang telah ditonton
murid menyediakan kerangka isi pidato berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru
ahli-ahli menyampaikan pidato berdasarkan kerangka isi yang telah disediakan
guru memberi panduan cara menyampaikan pidato yang
Ahli diminta menyediakan kerangka isi pidato seminggu sebelum perjumpaan
Tayangan CD Pidato
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
4. Menyertai Pertandingan Syarah dan Pidato .
berkesan dan memukau Permainan bahasa elok
diselitkan bagi menceriakan suasana perjumpaan
3 Sajak
1. Penerangan tentang sajak – aspek:
a. Tema dan mesejb. Aspek penciptaan / struktur
sajakc. Cara gaya mendeklamasi
sajak
2. Latihan mendeklamasi sajak 3. Mencipta sajak4. Pertandingan/sayembara
mendeklamasi sajak5. Menyertai pertandingan di
peringkat yang lebih tinggi
ahli-ahli menyatakan tajuk-tajuk sajak yang diketahui
ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak
guru menerangkan teknik mudah menghasilkan sajak yang baik
ahli-ahli dalam kumpulanmencipta sajak mudah berdasarkan pangkal huruf nama masing-masing (mnemonik)
setiap kumpulan mendeklamasikan sajak dengan gaya yang berkesan dan penuh penghayatan
-contoh AMINAHA – AkulahM – Manusia YangI – Ingin berjayaN – NamunA – Aku H – Hampa
4 Pantun
1. Penerangan tentang pantun – aspek:
a. Pantun 4 kerat2. Aspek penciptaan /
ahli memberi pelbagai contoh pantun 4 kerat
guru dan murid berbincang tentang pantun tersebut dari segi diksi dan rima
Contoh pantun soalan:
Pikat kenyalang di senja tenang,Mesra menyapa si cenderawasih;
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
a. struktur pantun (isi dan bahasa)
Cara/gaya melafaz
murid mencipta pantun 4 kerat berdasarkan tema yang diberi dalam kumpulan masing-masing
wakil kumpulan
Masyarakat penyayang
b. pantun yang berkesan – nada dan jeda
3. Latihan melafazkan pantun dengan baik dan berkesan
4. Mencipta pantun soalan dan pantun jawapan
5. Pertandingan berbalas pantun6. Menyertai pertandingan di
peringkat yang lebih tinggi
mempersembahkan pantun kumpulan masing-masing
persembahan berbalas pantun oleh setiap kumpulan
dilaung dicanang,Mengapa ibunda jauh tersisih?
Contoh pantun jawapan:
Seroja bercanda di sisi selasih, Jelingan mesra di pagi hari;Ibunda berjasa kian tersisih, Lantaran anakanda lupakan diri.
5 Syair
1. Penerangan tentang syair – aspek:
a. Struktur syairb. Cara gaya bersyair –
lagu, nada, jeda,
ahli membezakan antara pantun dengan syair
guru menerangkan ciri-ciri dan cara mencipta syair yang baik
ahli-ahli mencipta syair berdasarkan tema nilai-nilai murni
guru memperdengarkan syair
Bersyair secara langsung/Pita rakaman
Contoh : Syair Siti Zubaidah, Syair Dandan Setia
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
2. latihan bersyair yang baik 3. mencipta syair4. pertandingan bersyair5. menyertai pertandingan syair.
ahli-ahli melagukan syair dengan betul.
guru merakamkan penyampaian syair yang betul
6 Kad Ucapan
1. Penerangan tentang kad Ucapan – aspek:
a. Pemilihan katab. Rekabentuk kad c. Bentuk tulisan
2. Mencipta ayat yang menarik 3. Mereka bentuk kad yang
kreatif4. Menghasilkan kad ucapan
yang menarik seperti Kad Ucapan Hari Lahir, Hari Guru, Hari Raya dan sebagainya
murid menunjukkan beberapa contoh kad ucapan yang dikumpu
guru dan murid berbincang tentang keistimewaan kad-kad ucapan tersebut
setiap kumpulan menghasilkan kad ucapan berdasarkan kreativiti masing-masing
guru mengulas dan mempamerkan kad ucapan yang dihasilkan oleh ahli
Kad ucapan yang diterima atau dibeli oleh murid
setiap kumpulan telah diberi tugas mengumpul bahan dua minggu sebelum perjumpaan
7 Pengucapan Awam
1. Penerangan tentang pengucapan awam - aspek
a) isi pemikiranb) gaya penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi
guru menerangkan cara pengucapan awam yang menarik
ahli menyediakan kerangka isi pengucapan awam berdasarkan tajuk yang diberi
ahli mencari bahan yang berkaitan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
3. pengucapan awam yang baik4. Latihan gaya penyampaian
pengucapan awam yang baik, berkesan dan memukau.
Mempersembahkan pengucapan awam semasa perhimpunan sekolah
menyampaikan pengucapan umum dengan cara yang berkesan, menarik dan memukau.
mengulas persembahan pengucapan awam ahli
*Permainan bahasa elok diselitkan bagi menceriakan suasana perjumpaan
9 Seni Lakon/Teater Komsas
1. Penerangan tentang seni Lakon/Teater Komsas – aspek
c) isi pemikirand) gaya penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi Seni Lakon/Teater Komsas yang baik
3. Latihan gaya penyampaian pengucapan awam yang baik, berkesan dan memukau.
4. Mempersembahkan pengucapan awam semasa perhimpunan sekolah
ahli berhimpun dalam kumpulan masing-masing
setiap kumpulan bersedia untuk mempersembahkan lakonan mereka
persembahan kumpulan guru mengulas persembahan
setiap kumpulan.
setiap kumpulan telah bersedia sekurang-kurangnya dua minggu dengan skrip masing-masing sebelum perjumpaan diadakan
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
10 Bahas Ala Parlimen
1. Penerangan tentang Bahas Ala Parlimen – aspek:
a) usulb) isi/hujah
2. Menyediakan kerangka isi Bahas Ala Parlimen yang baik
3. Latihan gaya penyampaian Bahas Ala Parlimen yang baik, berkesan dan memukau.
4. Menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen
Guru menerangkan konsep pertandingan Bahas Ala Parlimen
Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa mengambil tempat masing-masing
pasukan kerajaan dan pembangkang mengambil tempat
kedua-dua kumpulan berbahas berdasarkan usul yang telah ditetapkan
ahli lain mencatat maklumat yang didengar
**Murid telah didedahkan dan dilatih memainkan perananmasing-masing seperti Yang Dipertua Dewan, kerajaan, pembangkang dan penjaga masa
usul dan peranan telah diberikan terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum perjumpaan berlangsung
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
11 Kuiz KOMSAS
1. Penerangan tentang Kuiz Komsas – aspek:
a. Bentuk soalanb. Bentuk jawapan
2. Latihan menjawab soalan kuiz dengan tepat dan cepat
3. Menyertai Pertandingan Kuiz Komsas
guru menerangkan kuiz yang akan dijalankan
petugas mengambil tempat masing-masing (contohnya: jurukuiz dan penjaga masa)
ahli-ahli duduk dalam kumpulan yang telah disediakan
setiap kumpulan menjawab soalan dengan betul dalam masa yang ditetapkan.
Murid telah didedahkan dan dilatih memainkan peranan sebagai jurukuiz dan penjaga masa
soalan kuiz yang telah disediakan oleh guru berdasarkan teks novel dan antologi Tingkatan 1, 2 dan 3
12 Forum/Wawancara1. Penerangan tentang forum dan
wawancara – aspek: a. isi pemikiranb. gaya penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi forum / wawancara yang baik
3. Latihan gaya penyampaian forum / wawancara yang baik, berkesan dan memukau.
4. Menyertai Pertandingan Forum / wawancara
guru menetapkan tajuk wawancara
guru menerangkan ciri-ciri wawancara yang baik
aktiviti simulasi dijalankan (wartawan mengajukan pelbagai soalan kepada ahli panel)
ahli dibahagikan kepada tiga kumpulan
i. panelii. wartawaniii. penonton
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
13 Penulisan Kreatif
1. Penerangan tentang penulisan cerita dan cerpen – aspek:a. Isi b. plotc. bahasa / gaya penulisan
2. Penyediaan isi3. Perbincangan dan
menyediakan cerpen4. Menulis cerpen5. Menyertai pertandingan
menulis cerpen hari guru
guru menerangkan ciri-ciri cerpen dan penulisan cerpen
ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan
setiap kumpulan diberikan tema
setiap kumpulan berbincang bagi menghasilkan cerpen yang menarik
*Permainan bahasa elok diselitkan bagi menceriakan suasana perjumpaan
guru mengedarkan beberapa cerpen contoh sebagai rujukan
14 Multimedia Bahasa dan Sastera
1. Penerangan tentang kepentingan multimedia dalam bahasa dan sastera – aspek:
a. Penghasilan karyab. Reka bentuk c. Persembahan
2 Menyediakan bahan 3 Mempersembahkan hasil reka
cipta 4 Menyertai Pertandingan yang
berkaitan
murid menyatakan kemudahan yang diperoleh daripada kecanggihan teknologi maklumat dalam membantu mereka menghasilkan sesuatu tugasan seperti menyediakan folio, mengarang cerpen dan seumpamanya
murid didedahkan dengan penggunaan pelbagai multimedia seperti penggunaan Microsoft Power Point untuk merekabentuk animasi
guru dan beberapa orang ahli yang mahir dalam 10omputer membuat persembahan tugasan dalam bentuk Microsoft Power Point
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
15 Mesyuarat Agung ucapan pengerusi membentangkan dan
mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
membentangkan laporan tahunan
membentangkan dan menerima laporan kewangan
pembubaran jawantan kuasa lama dan melantik pengerusi sementara
melantik AJK baharu pembentangan usul
Menyediakan peralatan untuk mencatat minit mesyuarat
16 Kembara Bahasa
1. Penerangan tentang program Kembara Bahasa – aspek:
a. Tugasan semasa lawatan
b. Laporan
2. Latihan menulis laporan yang baik, menarik dan berkesan
guru memberi taklimat dan tugasan yang perlu dilakukan
melawat tempat-tempat yang menarik dan berkaitan
(luar negeri)- Kajian Jejak Penggunaan bahasa Melayu ahli menyiapkan tugasan yang
ditetapkan ahli-ahli menghantar laporan
Contoh tugasan:
menyenaraikan keistimewaan tempat yang dilawati menyediakan
cacatan lawatan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
17 Jamuan Akhir Tahun(majlis penghargaan)
mengedarkan kad undangan menyediakan menu dan atur
cara menyediakan tempat jamuan menceriakan tempat jamuan ucapan, jamuan dan
penyampaian hadiah / sijil penghargaan
mesyuarat tentang jamuan tersebut telah diadakan 2 minggu sebelum jamuan berlangsung
Cadangan aktiviti perjumpaan di atas boleh disusun semula mengikut kesesuaian dan guru boleh menambah nilai aktiviti yang dicadangkan.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
(TINGKATAN 4, 5 & 6)
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
1 Pendaftaran ahli baharu dan mesyuarat
pendaftaran ahli-ahli baharu taklimat persatuan (fungsi persatuan,
tanggungjawab ahli dan sebagainya) memperkenalkan guru penasihat dan AJK membentangkan aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang tahun
Guru menyediakan borang pendaftaran dan bahan edaran
2 Kuiz KOMSAS
1. Penerangan tentang Kuiz Komsas – aspek: a. bentuk soalanb. bentuk jawapan
2. Latihan menjawab soalan kuiz dengan tepat dan cepat
3. Menyertai Pertandingan Kuiz Komsas
guru menerangkan kuiz yang akan dijalankan petugas mengambil tempat masing-masing
(contohnya: jurukuiz dan penjaga masa) ahli-ahli duduk dalam kumpulan yang telah
disediakan setiap kumpulan menjawab soalan dengan
betul dalam masa yang ditetapkan.
**Murid telah didedahkan dan dilatih memainkan peranan sebagai jurukuiz dan penjaga masa.
soalan kuiz yang telah disediakan oleh guru berdasarkan teks novel dan antologi Tingkatan 4, 5 & 6
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
3 Pidato
1. Penerangan tentang syarahan dan pidato – aspek: a) isi pemikiranb) gaya
penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi pidato yang baik
3. Latihan gaya penyampaian syarahan dan pidato yang baik, berkesan dan memukau.
4. Menyertai Pertandingan Pidato.
mengadakan tayangan pidato berbincang tentang pidato yang telah ditonton ahli-ahli menyampaikan pidato berdasarkan
bahan yang telah disediakan oleh mereka beberapa orang ahli persatuan menyampaikan
pidato dengan cara yang betul dan menarik
*Permainan bahasa elok diselitkan bagi menceriakan suasana perjumpaan
Ahli diminta menyediakan bahan seminggu sebelum perjumpaan
tayangan CD Pidato
4 Menghasilkan buku skrap berdasarkan novel Tingkatan 4, 5 dan 6
guru menunjukkan beberapa contoh buku skrap yang telah dihasilkan
ahli-ahli mengumpulkan bahan masing-masing setiap kumpulan menghasilkan buku skrap
berdasarkan kreativiti masing-masing guru mengulas dan mempamerkan buku skrap
yang dihasilkan oleh ahli
Buku skrap yang telah dihasilkan pada tahun sebelumnya
setiap kumpulan telah diberi tugas mengumpul bahan dua
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
1. Penerangan tentang penyediaan buku skrap -aspek:a. isi b. reka bentuk
buletin2. Penyediaan bahan3. Pengumpulan bahan 4. Penyediakan buku skrap yang lengkap
minggu sebelum perjumpaan
5 Berbalas Pantun
1. Penerangan tentang pantun – aspek:b. Pantun 4 keratc. Aspek
penciptaan / struktur pantun (isi dan bahasa)
d. Cara/gaya melafaz pantun yang berkesan – nada dan jeda
2. Latihan melafazkan pantun dengan baik dan berkesan
tayangan CD Pesta Pantun Jurupantun dan penjaga masa mengambil
tempat para peserta mengambil tempat masing-masing acara berbalas pantun dilaksanakan penonton
menjual pantun kepada para peserta pengumuman pemenang guru mengulas pertandingan yang telah
dijalankan
* Murid telah didedahkan dan dilatih memainkan peranan masing-masing seperti Jurupantun dan penjaga masa
-CD Pantun
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
3. Mencipta pantun soalan dan pantun jawapan
4. Pertandingan berbalas pantun
5. Menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
6 Sayembara Puisi dan Lagu Puisi/Mestamu
1. Penerangan tentang puisi dan lagu puisi – aspek:a. tema dan mesejb. diksi/gaya bahasac. cara dan gaya
mendeklamasi puisi
d. penciptaan melodi e. nyanyian lagu
puisi
2. Mencipta puisi3. Latihan
mendeklamasi puisi4. Mencipta melodi 5. Latihan nyanyian
puisi
guru menerangkan perbezaan antara lagu-lagu puisi dengan mestamu
guru menjelaskan puisi yang bermutu ahli-ahli mengemukakan puisi masing-masing ahli-ahli mendeklamasikan puisi dengan penuh
penghayatan ahli-ahli melagukan puisi tanpa alat muzik
(Mestamu) ahli-ahli melagukan puisi dengan alat muzik
alat muzik yang berkaitan contohnya : gitar
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
6. Menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi
7 Bahas Ala Parlimen
1 Penerangan tentang Bahas Ala Parlimen – aspek: a) Usulb) isi/hujahc) gaya
penyampaian
2 Menyediakan kerangka isi Bahas Ala Parlimen yang baik
3. Latihan gaya penyampaian Bahas Ala Parlimen yang baik, berkesan dan memukau.
4. Menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen
guru menayangkan CD Bahas Ala Parlimen Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa
mengambil tempat masing-masing pasukan kerajaan dan pembangkang
mengambil tempat kedua-dua kumpulan berbahas berdasarkan
usul yang telah ditetapkan ahli lain mencatat maklumat yang didengar
* Murid telah didedahkan dan dilatih memainkan peranan masing-masing seperti Yang Dipertua Dewan, kerajaan, pembangkang dan penjaga masa
usul dan peranan telah diberikan terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum perjumpaan berlangsung
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
8 Forum Remaja
1. Penerangan tentang forum dan wawancara – aspek: a. isi pemikiranb. gaya
penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi forum/wawancara yang baik
3. Latihan gaya penyampaian forum/wawancara yang baik, berkesan dan memukau.
4. Menyertai pertandingan forum/wawancara .
guru menayangkan CD Forum Remaja Pengerusi Majlis mempersilakan kumpulan
yang berkenaan mengambil tempat persembahan forum oleh setiap kumpulan guru mengulas setiap persembahan kumpulan
CD Forum Remaja sama ada peringkat kebangsaan,negeri dan sebagainya
tajuk forum dan kumpulan telah ditetapkan pada minggu sebelumnya
9 Puisi Tradisional (Gurindam)
1. Penerangan tentang gurindam – aspek:a. struktur
gurindam
guru menayangkan CD gurindam ahli membezakan antara gurindam dengan
syair guru menerangkan ciri-ciri dan cara mencipta
gurindam yang baik ahli-ahli mencipta gurindam dua baris
serangkap
CD Gurindam
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
b. cara gaya bergurindam – lagu, nada, jeda,
2. Latihan bergurindam yang baik
3. Mencipta gurindam4. Pertandingan
bergurindam5. Menyertai
pertandingan gurindam
guru memperdengarkan gurindam ahli-ahli melagukan gurindam dengan betul. guru merakamkan penyampaian gurindam yang
betul dan menarik
10 Penulisan Deskriptif
1. Penerangan tentangesei dari aspek:
a. Isib. Bahasac. Penyediaan isi
(koleksi / artikel / bahan)
2. Perbincangan danmenyediakan teks
3. Menulis teks esei4. Menyertai
pertandingan menulis esei
murid bersedia dengan buku skrap dan bahan berita yang disediakan lebih awal (tiga minggu)
guru menerangkan buku skrap yang ingin dihasilkan
mempersembahkan hasil buku skrap berdasarkan kreativiti masing-masing
mendapatkan maklumat untuk menulis esei deskriptif/rencana
murid menyelesaikan esei tersebut dalam tempoh seminggu sebelum dinilai oleh guru (dihantar untuk pertandingan di sekolah/ daerah/negeri/kebangsaan
**Menghasilkan koleksi berita daripada akhbar berkaitan dengan sesuatu tajuk (contoh kepentingan Teknologi Maklumat dan
Bahan-bahan surat khabar
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
Komunikasi) untuk digunakan sebagai bahan menulis pertandingan esei.
11 Penulisan Kreatif
1. Penerangan tentang penulisan cerita dan 1. cerpen –
aspek:a. tema dan
persoalan b. plotc. bahasa / gaya
penulisan2. Penyediaan isi
2. 3. Perbincangan dan 3. menyediakan cerpen
4. Menulis cerpen5. Menyertai sayembara menulis cerpen sempena Hari Guru
guru menerangkan ciri-ciri cerpen dan penulisan cerpen
ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan setiap kumpulan diberikan tema setiap kumpulan berbincang bagi menghasilkan
cerpen yang menarik
**Permainan bahasa elok diselitkan bagi menceriakan suasana perjumpaan
guru mengedarkan beberapa cerpen contoh sebagai rujukan
12 Bengkel Penulisan Skrip (Drama)
1. Penerangan tentang penulisan skrip drama – aspek:
mesyuarat/pembentukan jawatankuasa/menetapkan tarikh
mengundang penceramah luar ahli-ahli mencatat maklumat yang disampaikan
oleh penceramah pelaksanaan bengkel penulisanpersembahan
oleh ahli-ahli
mengundang Tokoh Sastera Tempatan/Negeri
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
a. Pemikiran dan persoalan
b. plotc. bahasa / gaya
penulisan
2. Penyediaan isi3. Perbincangan dan Menyediakan kerangka skrip drama4. Menulis skrip drama5. Menyertai pertandingan menulis drama
13 Pertandingan Drama Sebabak/Menonton Teater
1. Penerangan tentang seni Lakon/Teater Komsas – aspek a. Isi pemikiran b. Menyediakan kerangka Skrip Seni Lakon/Teater Komsas yang baik
mesyuarat/pembentukan jawatankuasa/menetapkan tarikh dan drama yang ingin dipentaskan
penyediaan skrip drama latihan drama pementasan drama
(ahli menonton drama/teater yang dianjurkan oleh pihak lain)
-Drama berdasarkan teks KOMSAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
2. Mempersembahkan pengucapan awam semasa perhimpunan sekolah
14 Menerbitkan Buletin Bahasa
1. Penerangan tentang penulisan bahan bulletin bahasa seperti cerpen, puisi, laporan, esei, berita bergambar dan seumpamanya -aspek:
c. Isi d. Reka bentuk
buletin2. Penyediaan bahan3. Pengumpulan bahan dan penyuntingan bahan4. Penerbitan buletin
ahli-ahli mengumpulkan bahan ahli-ahli menyusun bahan ahli-ahli menyunting bahan menerbitkan buletin bahasa pemasaran Buletin Bahasa
bahan-bahan diperoleh daripada penghasilan karya/aktiviti sepanjang tahun
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
15 Mesyuarat Agung ucapan pengerusi membentangkan dan mengesahkan minit
mesyuarat yang lepas membentangkan laporan tahunan membentangkan dan menerima laporan
kewangan pembubaran jawatan kuasa lama dan melantik
pengerusi sementara melantik AJK baharu pembentangan usul
Menyediakan peralatan untuk mencatat minit mesyuarat
16 Kembara Bahasa ke IPT/Syarikat Penerbitan/Stesen Penyiaran
1. Penerangan tentang program Kembara Bahasa – aspek: a. Tugasan semasa
lawatanb. Laporan
2. Latihan menulis laporan yang baik, menarik dan berkesan
guru memberi taklimat dan tugasan yang perlu dilakukan
ahli-ahli mencatat taklimat yang disampaikan aktiviti lawatan ke tempat yang ditetapkan ahli-ahli melaksanakan tugasan yang diberikan setiap kumpulan menghantar laporan
tugasan yang sesuai dengan tempat yang dilawati
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH
PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN
17 Jamuan Akhir Tahun(majlis penghargaan)
mengedarkan kad undangan menyediakan tempat jamuan menceriakan tempat jamuan menyediakan menu dan atur cara ucapan,jamuan dan penyampaian hadiah/sijil
penghargaan persembahan ahli
mesyuarat tentang jamuan tersebut telah diadakan 2 minggu sebelum jamuan berlangsung
Cadangan aktiviti perjumpaan di atas boleh disusun semula mengikut kesesuaian dan guru boleh menambah nilai aktiviti yang dicadangkan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Top Related