FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER / TAHUN
LIMA / 2012
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NO. MATRIK: 730820065120001NO. KAD PENGENALAN: 730820065120NO. TELEFON: 0199205174E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: PAHANG LEARNING CENTRE
1No Matrik730820065120001
ISI KANDUNGAN
1.Pendahuluan
i. Pengenalan32.Penghasilan bunyi bahasa dan alat artikulasi43.Penghasilan bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu
i.Vokal5-6
ii.Cara penghasilan vokal7-13
iii.Diftong13-14
iv.Konsonan14
v.Cara penghasilan konsonan15-304.Perbezaa di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi
Bahasa Malayu.31-325.Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu336.Kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan34-357.Kesimpulan368.Bibliografi37
2No Matrik730820065120001
PENDAHULUAN
Pengenalan
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik.
Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang iaitu fonologi dan fonetik.
Fonologi
Fonologi adalah bidang untuk mengkaji sistem bunyi yang dituturkan atau diucapkan oleh manusia. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1986:61), bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61) pula menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah Hassan (1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Parker (1974:112) menjelaskan ilmu fonologi ialah
....sesuatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.
Fonetik
Bagi fonetik pula ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dalam saluran suara dikenali sebagai Fonetik Artikulasi, juga sifat gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara iaitu Fonetik Akustik, dan ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses yang tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa dikenali sebagai Fonetik Auditori. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diujar. Kamus Dewan (2005:354) menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Marsono (1986:1) menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (1993:40) pula menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.
3No Matrik730820065120001
Penghasilan bunyi bahasa dan alat artikulasi
Udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara yang disedut ke dalam paru-paru dan dihembuskan keluar bersama-sama sewaktu kita bernafas. Udara yang di hembuskan itu kemudian mendapat halangan di berbagai-bagai tempat alat artikulasi dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa. Aliran udara juga di gunakan untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Alat-alat artikulasi
Alat-alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada sepertimana rajah di bawah :
1.Bibir atas11. Tengah lidah2.Bibir bawah12.Belakang lidah3.Gigi atas13.Akar lidah4.Gigi bawah14.Epiglotis5.Gusi15.Pita suara6.Lelangit keras16.Rongga tekak7.Lelangit lembut17.Rongga hidung8.Anak Tekak18. Rongga mulut9.Hujung lidah19.Rahang10. Hadapan lidah20.Tenggorok
4No Matrik730820065120001
PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU
Terdapat tiga golongan bunyi dalam bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang di hasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya di pengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi ini dikenali sebagai vokal.
Konsonan pula terhasil apabila bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara di sekat atau di halang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung.
Terdapat pula bunyi geluncuran iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Vokal
Bunyi vokal mempunyai mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan. Vokal terdiri daripada a, e, i, o, u dan . Dalam Bahasa Melayu vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
Vokal Hadapan
Vokal Tengah
Vokal Belakang
Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah ynag berperanan maka bunyi vokal yang di hasilkan ialah vokal depan. Bunyi vokal tengah pula dihasilkan sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan dan jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu maka bunyi vokal tersebut ialah bunyi vokal belakang.
Rajah menunjukkan kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu.
5No Matrik730820065120001
Rajah kedudukan vokal diatas menunjukkan rajah kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garisan melintang pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang di naikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal i dan u, contohnya, lidah di naikkan tinggi sekali. Bagi membunyikan vokal a, kedudukan lidah letakknya rendah sekali. Berdasarkan rajah di atas dapatlah dirumuskan:
Vokal hadapan : i) [ i ] vokal hadapan sempit.
[e ] vokal hadapan separuh sempit.
[ ] vokal hadapan separuh luas. Contoh: ( dalam dialek Kelantan dan pinjaman daripada bahasa Inggeris.
[a ] vokal hadapan luas.
2. Vokal tengah:i) [ ] vokal tengah pendek.
[ ] vokal tengah panjang.
Vokal belakang: i) [ u ] vokal belakang sempit.
[ o ] vokal belakang separuh sempit.
[ ] vokal belakang separuh luas. Contoh: (terdapat dalam dialek
Kelantan)
Vokal [ , , ] wujud dalam dialek ( bahasa daerah). Dalam sistem tulisan biasa, lambang ini tidak digunakan.
Terdapat satu lagi vokal iaitu vokal yang dinasalkan atau sengauan. Ia terjadi melalui proses nasalisasi yang ditandakan dengan atas lambang vokal. Sebagai contoh, nyanyi [ ai ], udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut semasa kita menuturkannya, tetapi apabila [ ] disebutkan ada aliran udara melalui rongga hidung dan terjadilah sengauan. Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis. Vokal nasal dalam dialek Kelantan dan bahasa Acheh misalnya, [a, i, e, u ] ( Sulaiman, 1970: 5 ).
6No Matrik730820065120001
Cara Penghasilan Vokal
Semua vokal dalam bahasa Melayu bersuara, bermaksud pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Berikut dihuraikan bagaimana atau cara bunyi vokal kardinal i, e, a,u,o dan dihasilkan oleh alat artikulasi.
Vokal Hadapan
Vokal Hadapan Sempit ( Tinggi) [ i ]
Bibir dihamparkan.
Hadapan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin ) ke arah gusi.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Di awal perkataan:ibu, ikan, iparDi tengah perkataan :sila, kita, biruDi akhir perkataan:tali, beli, besi
Gambar rajah penghasilan vokal hadapan sempit [ i ]
7No Matrik730820065120001
Vokal Hadapan Separuh Sempit ( Separuh Tinggi ) [ e ]
Bibir dihamparkan separuh sempit.
Hadapan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Di awal perkataan: elok, ela,ekor
Di tengah perkataan: sepet, berang, leper
Di akhir perkataan: sate
Gambar rajah penghasilan vokal hadapan separuh sempit [ e ]
Vokal Hadapan Separuh Luas ( Separuh Rendah ) [ ]
Bibir dihampar separuh luas.
Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Contoh kehadiran bunyi , bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan :
Di awal perkataan: esok,ejek, edoh
Di tengah perkataan : getek, pelek,beso
Di akhir perkataan: ude, tule, gode
8No Matrik730820065120001
Gambar rajah penghasilan vokal hadapan separuh luas
Vokal Hadapan Luas ( Rendah ) [ a ]
Bibir dalam keadaan hampar.
Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Di awal perkataan: adik, ajar, asuh,
Di tengah perkataan: paku, satu, baju,
Di akhir perkataan: bila, kita, rasa,
Gambar rajah penghasilan vokal hadapan luas [ a ]
9No Matrik730820065120001
Vokal Tengah
Vokal Tengah ( Pendek )
Keadaan bibir hampar
Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Di awal perkataan: emak, enam, emas,
Di tengah perkataan: kemas, penat, berat,
Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah perkataan sahaja.
Vokal Belakang
Vokal Belakang Sempit ( Tinggi ) [ u ]
Bibir dibundarkan.
Belakang lidah dinaikkan tinggi( setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Di awal perkataan: ubi, unta, untuk,
Di tengah perkataan: buka, kabur, gandum
Di akhir perkataan: paku, bayu, labu,
10No Matrik730820065120001
Gambar rajah penghasilan vokal belakang sempit [ u ]
Vokal Belakang Separuh Sempit ( Separuh Tinggi) [ o ]
Bibir dibundarkan
Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Di awal perkataan: obor, oren,oleh,
Di tengah perkataan: boleh, tolong,
Di akhir perkataan: solo
Gambar rajah penghasilan vokal belakang separuh sempit [ o ]
11No Matrik730820065120001
3. Vokal Belakang Separuh Luas ( Separuh Rendah)
Bibir dibundarkan
Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Contoh ( dalam dialek Kelantan ) :
Di awal perkataan: oloh, otok, ore,
Di tengah perkataan : sudoh, pokok, boroh,
Di akhir perkataan: bilo, kito, guwano,
Vokal Sengau
Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh
daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyabut bunyi vokal dalam perkataan tersebut.
Biasanya vokal-vokal sengauan ini hadir dalam keadaan berikut :1.Sebelumnya terdapat konsonan sengauan. Contohnya :
[ mama ][ minum ]2.Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK. Dalam struktur ini,
konsonan yang pertamanya adalah separuh vokal atau geseran glotis [ h ]. Contoh :
[ awa ][ m hu ]3.Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan KVVK. Contoh :
[ m al ][ m ak ]
Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV. Contoh :
[ duniya ][ m n ua i ]
12No Matrik730820065120001
5. Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menuruti geseran
rongga tekak [ ] dalam tulisan jawi dilambangkan oleh [ E ]. Contoh :
[ saat ][ m n fa t ]
Diftong
Gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen dan bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.
Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ].
Gambar rajah pergerakan lidah untuk membunyikan diftong
Diftong yang pertama iaitu ai, berlaku apabila bahagian hadapan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [ i ] tetapi tidak setinggi membunyikan vokal [ i ]. Contohnya, cuai, gulai, salai.
Diftong yang kedua ialah au, hadapan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal [ u ], bibir yang dihamparkan kemudian dibundarkan. Contohnya, garau, surau, silau.
13No Matrik730820065120001
Yang ketiga ialah diftong oi. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan vokal [ o ] dan kemudian bergerak kepada vokal [ i ]. Bibir yang mula-mula dibundarkan tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contohnya, amboi, sepoi, dodoi.
Konsonan
Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan (hambatan) oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.
Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru dan konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara . Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Menurut Yunus Maris, terdapat sebanyak 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara, dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara, satu konsonan hentian glotis, dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara, dua konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara dan geseran glotis bersuara, satu konsonan getaran bersuara, satu konsonan sisian bersuara, empat konsonan sengau bersuara, dua konsonan separuh vokal bersuara iaitu satu separuh vokal dua bibir bersuara dan satu separuh vokal lelangit keras bersuara dan terdapat lapan konsonan pinjaman.
14No Matrik730820065120001
Carta konsonan Bahasa Melayu
Cara Penghasilan Konsonan
Konsonan Letupan
Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]
Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir kemudian dilepaskan serta-merta.
Di awal perkataan: pokok, pukul, panjat,
Di tengah perkataan: lepas, dapur, sepak,
Di akhir perkataan: atap, dakap, sedap,
15No Matrik730820065120001
Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]
Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut kemudian udara dilepaskan dengan serta merta.
Di awal perkataan: buku, batu, budak,
Di tengah perkataan: tiba, tubuh, tabur,
Di akhir perkataan: sebab, kitab, adab
Konsonan letupan [ p ] dan [ b ]
Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
16No Matrik730820065120001
Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gisi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.
Di awal perkataan: tahu, tarik, tolong,
Di tengah perkataan: satu, datuk, putus,
Di akhir perkataan: sebut, lembut, patut,
Letupan Gusi Bersuara[ d ]
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan mengetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta merta.
Di awal perkataan: duka, dapur, dalam
Di tengah perkataan: duduk, sidang, padang
Di akhir perkataan: tekad, maksud, abad
Konsonan letupan [ t ] dan [ d ]
17No Matrik730820065120001
Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ]
Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta.
Di awal perkataan: kita, kami, kucing
Di tengah perkataan : sukan, syukur, sakat
Di akhir perkataan: badak, pekak, dekak
Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ]
Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapay keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya di lepaskan dengan serta merta.
Di awal perkataan: gila, gayung, gambir
Di tengah perkataan : syurga, agar, agih
Di akhir perkataan: epilog, dialog, blog
Konsonan letupan [ k ] dan [ g ]
18No Matrik730820065120001
Letupan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ ]
Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan(bukan dengan cepat atau dengan serta merta).
Di awal perkataan: cuti, curi, cili
Di tengah perkataan : banci, benci, kuaci
Di akhir perkataan: mac, koc
Letupan Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ]
Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta ).
Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan
juga, jambu, jampi
bujang, hujan, tajam
kolaj, kolej, imej
19No Matrik730820065120001
Konsonan letupan [ ]
Hentian Glotis
Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dan tersekat serta terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.
Di awal perkataan: ibu, ikan, ada
Di tengah perkataan : saat, jumaat
Di akhir perkataan : ana, golo, tida
Konsonan letupan
20No Matrik730820065120001
Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]
Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.
Di awal perkataan: sama, sapu, samar
Di tengah perkataan: dasar, pasar, kasar
Di akhir perkataan: beras, bilis, hiris
Konsonan geseran [ s ]
Geseran Glotis Bersuara [ h ]
Pita suara direnggangkan untuk membuat sempitan pada glotis.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.
Di awal perkataan: harap, hangus, hampir
Di tengah perkataan: pihak, sihat, tahap
Di akhir perkataan: letih, lebih, kasih
21No Matrik730820065120001
Konsonan geseran [ h ]
Konsonan Getaran
Getaran Gusi Bersuara [ r ]
Hujung lidah dikenakan pada gusi.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.
Di awal perkataan: rata, ralat, ramai
Di tengah perkataan: keras, garas, karut
Di akhir perkataan: lebar, edar, dadar
22No Matrik730820065120001
Konsonan getaran [ r ]
Konsonan Sisian
Sisian Gusi Bersuara [ l ]
Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian.
Di awal perkataan: laba, lama, lampu
Di tengah perkataan: bulat, pelat, kilat
Di akhir perkataan: pukal, bekal, basikal
23No Matrik730820065120001
Konsonan sisian [ l ]
Konsonan Sengauan ( Nasal )
Sengauan Dua Bibir Bersuara [ m ]
Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung.
Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka dan pita suara digetarkan.
Di awal perkataan: masam, malam, mula
Di tengah perkataan: lima, nama, timun
Di akhir perkataan: geram, salam, tilam
24No Matrik730820065120001
Konsonan sengauan [ m ]
Sengauan Gusi Bersuara [ n ]
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
Di awal perkataan: naga, nama, nombor
Di tengah perkataan: kenanga, kenal, lunak
Di akhir perkataan: simpan, sampan, lapan
Konsonan sengauan [ n ]
25No Matrik730820065120001
Sengauan Lelangit Keras [ ]
Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit mulut dan anak tekak diturunkan dengan membuka rongga hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar dari rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contohnya :
Di awal perkataan: nyamuk, nyaman, nyakat
Di tengah perkataan: minyak, banyak, lanyak
Konsonan sengauan [ ]
Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ]
Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan sehingga membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar dari paru-paru ke rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Contoh penghasilan bunyinya adalah seperti berikut :
Di awal perkataan: ngarut, ngaji, nganga
Di tengah perkataan: bangga, bangkai, bingkai
Di akhir perkataan: petang, tuang, tunang
26No Matrik730820065120001
Konsonan sengauan [ ]
Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]
Belakang lidah di angkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u] ).
Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [e]. Contohnya :
Di awal perkataan: wang, wangi,wanita
Di tengah perkataan: awan, lawan, lawak
Di akhir perkataan: sepak takraw
Konsonan separuh vokal [ w ]
27No Matrik730820065120001
Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]
Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [ i ], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ e ].
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.
Di awal perkataan: yatim, yakin, yuran
Di tengah perkataan :dayang, bayang, sayang
Separuh vokal [ j ]
Konsonan Pinjaman
Konsonan pinjaman bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Inggeris, Sanskrit dan sebagainya. Ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.
1. Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara [ f ]
Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.
28No Matrik730820065120001
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
Di awal perkataan: faham, fikir, fitnah
Di tengah perkataan: sifir, sifar, sifat
Di akhir perkataan: alif, huruf, maaf
Geseran Bibir-gigi Tidak Bersuara [v]
Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.
Di awal perkataan: vokal, varnis, variasi
Di tengah perkataan: universiti, novel
Konsonan Pinjaman [f] dan [v]
29No Matrik730820065120001
Geseran Gusi Bersuara [z]
Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara digetarkan.
Di awal perkataan: zink, zaman, zakat
Di tengah perkataan: muzium, muzik
Di akhir perkataan: lafaz, kuiz
Konsonan Pinjaman [z]
Geseran gusi lelangit keras [s]
Lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.
Pita suara tidak bergetar.
Di awal perkataan: syukur, syamil, syahadah
Di tengah perkataan: misal, mesyuarat
30No Matrik730820065120001
Konsonan pinjaman [s]
PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Bidang fonemik ialah bidang linguistik yang membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Dalam bidang ini, bunyi-bunyi bahasa akan di analisis dan menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif. Jika buny itu bertaraf distingtif iaitu membezakan makna, maka bunyi itu bertaraf fonem. Jika bunyi itu tidak distingtif dan tidak membezakan makna maka bunyi itu dianggap alofon.
Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi dan dapat membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Misalnya, pasangan minimal pedang dengan sedang. Dalam pasangan minimal perkataan pedang dengan sedang itu terdapat bunyi yang berbeza (distingtif) iaitu bunyi / p / dan / s /. Oleh sebab perkataan pedang berbeza makna dengan perkataan sedang (walaupun dari segi bunyinya hampir sama), maka dikatakan bahawa bunyi / p / dan / s / adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu, bunyi / p / dan / s / adalah bertaraf fonem yang berbeza. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.
31No Matrik730820065120001
Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut:
kaya dan paya. / k / dan / p / adalah fonem yang berbeza.
barat dan karat. / b / dan / k / adalah fonem yang berbeza.
sayang dan wayang. / s / dan / w / adalah fonem yang berbeza.
sakat dan zakat . / s / dan / z / adalah fonem yang berbeza.
Alofon
Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya.
Dalam perkataan kuda contohnya, bunyi k terjadi kerana diikuti oleh vokal belakang u. Dalam perkataan kiri pula, bunyi k terjadi kerana diikuti oleh vokal depan i dan bunyi ? terjadi kerana kehadirannya di akhir kata dalam suku kata tertutup seperti perkataan kaka?
Ketiga-tiga bunyi ini mempunyai kesamaan fonetik. Bunyi-bunyi alofon ini hampir sama dari segi pengucapan dan juga penghasilannya dan saling melengkapi ( menduduki posisi tertentu dalam bahasa Melayu.
Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi bebas membawa maksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu tetapi perbezaan bunyi tidak membawa maksud yang berbeza. Contohnya, faham dengan paham. Contoh yang lain ialah, agama dan ugama.
32No Matrik730820065120001
CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA
DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Suprasegmental juga dikenali sebagai suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menumpangi atau menindihi sesuatu fonem. Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Suprasegmental terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, nada dan intonasi.
Tekanan
Tekanan menunjukkan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Tekanan ditanda dengan tanda //
Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
Kepanjangan
Kepanjangan atau disebut juga panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Ia ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora. Lambang bagi fonem ini ialah [ : ]. Lambang [ : ] menunjukkan satu mora, lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [ . ] menunjukkan setengah mora.
Ciri kepanjangan ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa yang tertentu seperti bahasa Inggeris dan Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.
Jeda
Dikenali juga sebagai persendian, iaitu unsur hentian ( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda dilambangkan dengan tanda #. Unsur ini boleh membezakan makna.
Sebagai contoh : saya membeli baju adik
# Saya membeli baju adik # ( membawa maksud membeli baju untuk adik )
# Saya membeli baju # adik. ( membawa maksud memberitahu adik bahawa saya membeli baju ).
33No Matrik730820065120001
Tona / Nada
Tona atau nada merupakan naik atau turunnya suara dalam pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditanda dengan nombor-nombor 1 ( rendah ), 2 ( biasa ), 3 ( tinggi ) dan 4 ( tinggi sekali ). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1. Dalam bahasa Melayu juga dinyatakan nada tidak fonemik iaitu nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Intonasi
Intonasi ialah turun naiknya nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Ia juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai-bagai intonasi yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat dan ayat tanya pula mempunyai intonasi meninggi pada akhir ayat. Ayat-ayat yang kita tuturkan menggunakan intonasi yang berbeza-beza. Semua unsur suprasegmental iaitu tekanan, kepanjangan jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.
Kepentingan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan
Ciri suprasegmental merupakan istilah yang digunakan dalam penandaan kemahiran lisan. Jika dalam kemahiran tulisan penandaan disebut sebagai tanda baca yang memainkan peranan penting dalam berbahasa.
Klausa seperti saya akan pergi ke kedai merupakan satu pernyataan jika diakhiri tanda noktah (. ), namun klausa akan berubah menjadi pertanyaan apabila diakhiri tanda tanya. Sebagai contoh :
Saya akan pergi ke kedai. Saya akan pergi ke kedai ?
Dalam kemahiran lisan tidak didapati tanda baca, oleh itu pengucapan kata atau ayat sangatlah penting. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat yang diucapkan dengan intonasi menurun memberi erti pernyataan, sedangkan dengan intonasi menaik mengubah menjadi
pertanyaan.
Intonasi mempunyai hubungan yang erat dengan struktur ayat kerana ia menjelaskan sejauh mana kemahiran penutur. Penutur yang mahir berbahasa dapat mengenal hubungan antara intonasi dan ayat.
34No Matrik730820065120001
Melalui ciri-ciri suprasegmental juga dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai bentuk. Bentuk-bentuk yang terkandung seperti ayat-ayat, rangkai kata dan perkataan berimbuhan. Dengan ini dapat diterangkan kepada pelajar tentang sifat-sifat bahasa Melayu mempunyai kelainan dengan bahasa lain.
Di samping itu, ciri-ciri suprasegmental juga dapat menerangkan bahawa bahasa Melayu mempunyai imej atau laras yang tersendiri. Sebagai contoh, laras berita, sukan dan hiburan. Ini kerana bahasa Melayu mempunyai persaingan dengan bahasa-bahasa yang lain.
Ciri-ciri suprasegmental juga dapat menyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai makna. Bahasa digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan manusia lain dan ia mempunyai bunyi-bunyi yang tersusun menurut hukum-hukum. Ia digunakan untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu. Kepentingannya dalam pengajaran lisan ialah pelajar boleh bertutur dengan jelas dan bermakna.
Selain itu, ciri-ciri suprasegmental juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai sistem iaitu susunan tertentu dalam bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu dan sintaksis. Melalui sistem ini, pertuturan dapat dilakukan dengan tepat dan bernas. Pengajaran kemahiran lisan dapat dilakukan mengikut sistem-sistem bahasa yang betul bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dalam berbahasa.
Ciri-ciri suprasegmental juga dapat menyatakan bahasa mempunyai bunyi. Tanpa bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi, bahasa tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kepentingannya dalam pengajaran lisan ialah pengajaran bahasa ditekankan kepada cara penyebutan yang betul.
35No Matrik730820065120001
KESIMPULAN
Dalam bahasa Melayu, fonologi dan fonetik berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana melaluinya kita dapat mengetahui secara terperinci tentang penghasilan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong.
Dapatlah dirumuskan kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ialah bahagian lidah yang berperanan sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang. Ketinggian lidah yangdinaikkan sama ada tinggi atau rendah. Keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan dan pembukaan rahang sama ada luas atau sempit.
Konsonan pula ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat halangan oleh alat artikulasi. Ia terdiri daripada konsonan bersuara dan tidak bersuara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan asli dan pinjaman.
Diftong pula menyatakan bahawa dua vokal hadir dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua.
Sementara itu, fonem dan alofon pula membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Bunyi-bunyi ini akan menentukan sama ada ia bunyi distingtif atau tidak distingtif.
Kepentingan suprasegmental juga dibincangkan dalam kertas kerja ini. Dengan ciri-cirinya dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu mempunyai sistemnya yang tersendiri dan berdaya saing untuk menjadi bahasa yang utama di negara ini.
( 5,598 patah perkataan )
36No Matrik730820065120001
BIBLIOGRAFI
Abd. Hamid Mahmood. ( 2000 ). BBM 3202 Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Abd. Hamid Mahmood. ( 1993 ). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur : City Reprograpic Services.
Abdullah Hassan. ( 1980 ). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd. Wahid, Seman Saleh, Adenan Ayob, Mohd. Rain Shaari. ( 2012 ). HBML 1203 Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Arbak Othman. ( 1986 ). Permulaan ilmu linguistik. Ipoh : Chee Leong Press.
Harimurti Kridalaksana. ( 1984 ). Kamus Linguistik ( Edisi Kedua ). Jakarta : P. T. Pramedia.
Kamarudin Hj. Hussin. ( 1988 ). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Marsono. ( 1986 ). Fonetik. Yogyakarta : Gadjah Mada University Press.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. ( 1985 ). Kajian bahasa untuk pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
37No Matrik730820065120001