TAJUK KAJIAN
NAMA : AHMAD ZULHILMI BIN ROSLI
NO MAKTAB : 09062
KELAS : 3 CAMBRDIGE
Page 1
Tajuk Kajian
Senarai Kandungan
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Page 2
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini . Ribuan terima kasih , kepada
guru Sejarah saya , Puan Azura Bt Ishak dan Puan Shamsiah Bt Mat Jusoh yang telah banyak
membimbing dan mencurah ilmu kepada saya serta rakan-rakan saya untuk menyiapkan
tugasan ini . Tanpa budi baik beliau , sudah tentu proses menjalankan kajian ini adalah lebih
sukar .
Penghargaan saya juga dipanjangkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Rosli Bin
Ahmad dan Norhafishah Bt mohd Rosdi dan adik-beradik yang sentiasa memberi
bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya amat memerlukan .
Ibu bapa saya juga telah memberikan sokongan dalam bentuk kewangan dengan
membelikan saya bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kajian ini. Sekian terima
kasih.
Page 3
Pertama sekali, objektif saya untuk melakukan tugasan ini adalah untuk mengenali Institusi
Pentadbiran Tempatan dengan lebih teliti. Di sebalik itu, objektif kajian ini adalah untuk
mengetahui visi serta misi yang hendak dicapai oleh institusi pentadbiran tempatan yang
mentadbit tempat tinggal saya sekarang ini.
Seterusnya, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui latar belakang institusi
pentadbiran ini supaya saya dapat mengetahui sejarah-sejarah yang telah berlalu dan apakah
hasil kerja kuat oleh para pentadbir tanah air bagi memajukan Negara Malaysia. Ini dapat
memberikan jati diri kepada saya untuk mengambil iktibar terhadap pengajaran yang terdapat
di sebalik kajian ini.
Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan institusi pentandbiran
tenpatan ini. Kemudian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan yang
telah dicapai oleh institusi pentadbiran tempatan ini sepanjang pemerintahan.
Page 4
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini , seperti yang tercatat di
bawah :
a) Analisis dokumen
Analisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan
kerja kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang
berkaitan dengan Majlis Perbandaran Sungai Petani. Kami juga membuat penyelidikkan
perpustakaan bagi mendapatkan informasi yang lebih tepat.
b) Lawatan dan pemerhatian
Kaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani
dan juga di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk
dijadikan sumber kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam
bentuk majalah , artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sungai
Petani dan juga gambar bangunan institusi pentadbiran tersebut.
c) Internet
Saya memilih kaedah ini kerana informasinya mudah untuk diperoleh. Kaedah ini
dilakukan secara individu dan bukan secara berkumpulan. Laman web institusi pentadbiran
tempatan ini memberi saya pelbagai sumber untuk dihuraikan dalam tugasan ini.
Page 5
Page 6
1.0 INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
1.1 NAMA RASMI, NAMA RINGKAS ATAU NAMA LAIN
Majlis Perbandaran Sungai Petani merupakan nama rasmi institusi
pentadbiran tersebut . MPSP merupakan nama ringkas untuk institusi pentadbiran ini
. Penduduk bandar Sungai Petani sering memanggil institusi ini dengan nama
MPSP .
1.2 LOKASI
Majlis Perbandaran Sungai Petani terletak di tengah-tengah bandar Sungai
Petani di bawah alamat Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahin, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
1.3 MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI , VISI PERTUBUHAN
1.3.1 MATLAMAT
MPSPK mempunyai matlamat tersendiri di atas penubuhanya iaitu akan
mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, perlesenan,
perancangan, penyediaan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya bagi memastikan
Page 7
kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk Sungai Petani dan
Kuala Muda amnya.
1.3.2 OBJEKTIF
Objektif penubuhan MPSPK ini ialah untuk mengemaskini Undang-Undang
kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke semasa, iaitu dengan menggubal
dan embuat pindaan sekiranya perlu. Seterusnya, MPSPK juga akan memastikan
tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan
undang-undang yang ditetapkan disebalik meninggikan mutu perkhitmatan dan imej
jabatan.
1.3.3 MISI
Misi yang terdapat dalam majlis perbandaran ini seperti mewujudkan budaya
kerja yang berkualiti, berkemahiran, responsif dan komited dalam mecapai visi
MPSPK dan menjadikan MPSPK sebagai pemangkin kepada pembangunan dalam
mewujudkan perbandaran yang terancang dan sempurna serta merancang,
mengenalpasti dan melaksana projek-projek sosio ekonomi kepada orang ramai
selaras dengan pernan dan tanggungjawab MPSPK selaku pihak berkuasa tempatan.
1.3.4 VISI
Bagi visi pertubuhan MPSPK pulan ialah untuk melahirkan pengurusan
pentadbiran dan perkhidmatan Majlis yang cekap dan dinamik kearah mewujudkan
perbandaran yang selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi
yang mantap.
Page 8
1.4 CARTA ORGANISASI DAN SENARAI PENTADBIR
MPSPK telah mengatur carta organisasi yang tersendiri bagi mengukuhkan pentadbiran.
Selain itu, carta organisasi yang telah dirangka dapat membuat kan Bandar Sungai Petani ini
makmur dan maju. Terdapat beberapa Jabatan yang tubuhkan bagi mengukuhkan lagi
pentadbiran. Antaranya ialah Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraaan, Jabatan Kesihatan,
Jabatan Lanskap dan Rekresi dan banyak lagi. Dengan ini disertakan rajah carta organisasi
yang telah dirangka.
Page 9
Page 10
SENARAI PEDTADBIR
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
1. Encik Modh Puat Bin Mohd Ali, BCK 1994 - 1997
2. Encik Osman Bin Salleh, AMK, BCK 1997 - 1998
3. Haji Abdul Mukhti Bin Abdullah, SDK, AMK, BCK 1998 - 2001
4. Haji Abdul Wahab Bin Abdullah, SDK, AMK, BCK 2001 - 2003
5. YBHG, Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Ahmad, DSDK, SDK, AMK, BCK 2003 -
2005
6. Haji Abdullah Bin Haji Osman, SDK, AMK, BCK 2005 - 2006
7. Haji Adzmi Bin Din, SDK, AMK, BCK 2006 - 2008
8. Encik Abdul Aziz Bin Abd Ghani, SDK, AMK, BCK 2008 - 2009
9. Puan Rozaina Binti Dato’ Paduka Haji Radzi, AMK, BCK 2009 –
SENARAI PENTADBIR JABATAN
PENGURUSAN TERTINGGI
Rozaina bt. Dato' Paduka Haji Radzi, AMK, BCKYang Di PertuaPengurusan Tertinggi
Radzuan b. Osman, BCKSetiausahaPengurusan Tertinggi
Rozaimie b. Abdul RahimPenolong SetiausahaPengurusan Tertinggi
PEGAWAI UTAMA
Page 11
Adoni Suhaila bt. MustafaAkauntanJabatan Perbendaharaan
Haji Hamzah b. Mat AliPenolong Pegawai TadbirJabatan Sekretariat
Haji Mahadzir b. Haji KassimJuruteraJabatan Kejuruteraan
Mohd Fuad b. AhmadPenolong Pegawai PertanianJabatan Lanskap dan Rekreasi
Mohd Yusri b. Mohamad YusopPegawai Teknologi MaklumatJabatan Teknologi Maklumat
Pegawai Kesihatan PersekitaranJabatan Kesihatan
Noorlaila bt. BakirPegawai PenilaianJabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Rohani bt. Abu BakarPegawai Perancang Bandar dan DesaJabatan Perancangan Bandar
Pegawai Undang-UndangJabatan Undang-Undang
Suhairi b. MustaffaArkitekJabatan Bangunan
Tan Ling LingPenolong Pegawai PenilaianUnit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Thevanai a/p SinnappanPegawai Perancang Bandar dan DesaUnit Pusat Setempat (OSC)
Page 12
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah pebubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada
tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan di terima
pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani
Town Board) untuk penttadbiran Bandar Sungai Petani diwujudkan. Pada 1 Ogos
1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan
dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong
dan Gurun. Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda diwujudkan bagi
menggatikan MDKT.KM,
Majlis Daerah Kuala Muda dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan
kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan,
kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada
Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 dan perishtiharaan ini telah disempurnakan oleh
YAB Tan Seri Dato’ Seri Haji Osman bin Haji Aroff Menteri Besar Kedah pada masa
itu.
2.2 UNDANG – UNDANG
Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Sungai Petani (Kelakuan dan Tatatertib)
1995
Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1996
Page 13
Undang-Undang Kecil Kawalan dan Pengawasan Rumah-Rumah Tumpangan (Majlis
Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis
Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung (Majlis Daerah Kerajaan
Tempatan Kuala Muda) 1980
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran
Sungai Petani) 1995 (Akta 133)
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran
Sungai Petani) 1995 (Akta 171)
Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995
2.3 PERINCIAN PERANAN / TANGGUNGJAWAB BIDANG
TUGAS PENTADBIR
Selepas penubuhan ini, Majlis Daerah Sungai Petani adalah bertanggungjawab
untuk mentadbir seluruh Sungai Petani dari segi perancangan, kawalan bangunan,
kesihatan awam, perlesenan, pembangunan dan sebagainya. Maka majlis juga
menjalankan tanggungjawab wajib dan tanggungjawab tidak wajib. Seperti lain-lain
Pihak Berkuasa Tempatan antara bidang petugas adalah member perkhidmatan
Page 14
perbandaran, mengawal pembangunan, manjadi agen pembangunan, penguatkuasa
Undang-Undang dan automi kewangan.
2.4 CARA PERLANTIKAN PENTANDBIR TEMPATAN
Seperti yang sedia maklum, keanggotaan Majlis terdiri daripada Yang Di-
Pertua, anggota-anggota aljis yang lain. Kebiasaannya, anggota-anggota ini dilantik
oleh keraajan negeri yang mempunyai kuasa dan boleh diketagorikan sebagai bidang
tugas mereka. Manakal, pegawai-pegawai yang lain merupakan kakitanga keraajaan
Page 15
PERANAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI
PETANI
1 . Ekonomi
Dalam membangunkan ekonomi bandar Sungai Petani , pelbagai usaha telah diambil oleh
Majlis , dan kesemuanya amat efektif . Pertama , Majlis telah sentiasa berusaha untuk
memastikan kebersihan Bandar Sungai Petani . Dengan ini , Majlis dapat memastikan bandar
Sungai Petani sebagai destinasi pelancongan setanding tempat – tempat lain di Malaysia . Majlis
Perbandaran Sungai Petani juga telah menyediakan banyak lokasi untuk berniaga di tempat
tersebut . Para peniaga kecil tidak akan kehilangan peluang untuk memulakan perniagaan mereka
dengan adanya peluang perniagaan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani .
Jika dilihat dari segi infrastruktur pula , pihak Majlis telah banyak berusaha untuk
memastikan bandar Sungai Petani sentiasa berada di samping bandar – bandar lain di Malaysia
dengan membina pelbagai infrastruktur seperti bangunan dan wisma syarikat , kedai – kedai ,
pusat beli – belah dan juga taman tema air yang baru dibina . Semua ini , secara langsung dan
tidak langsung telah menambahkan sumber pendapatan atau ekonomi penduduk bandar tersebut .
2 . Pendidikan
Selain faktor ekonomi , Majlis Perbandaran Sungai Petani tidak pernah lupa akan
kepentingan sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama
ada sekolah rendah mahupun menengah . Terdapat sebanyak 15 buah sekolah kebangsaan , 5
buah sekolah jenis kebangsaan Cina , 4 buah sekolah kebangsaan jenis Tamil dan juga 12
Page 16
buah sekolah menengah kebangsaan . Semua ini telah membuktikan bahawa penduduk
bandar Sungai Petani sentiasa setanding dengan bandar – bandar ataupun daerah – daerah lain
dari segi pendidikan .
3 . Kemasyarakatan
Majlis sentiasa memastikan bahawa penduduk Sungai Petani hidup secara aman ,
selamat dan sejahtera . Balai Bomba dan Penyelamat , Ibu Pejabat Polis , Pejabat Kastam
Diraja Malaysia , Klinik Kesihatan Sungai Petani , dan juga Pejabat Penerangan Sungai
Petani telah ditubuhkan . Ini akan memastikan bahawa bandar Sungai Petani sentiasa akan
berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera .
Penduduk Sungai Petani juga berasa terjamin kerana berada di bawah penjagaan
Majlis Perbandaran Sungai Petani . Segalah masalah dari segi keselamatan mahupun
keselesaan penduduk di bandar ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh Majlis .
4. Kebudayaan
Bandar Sungai Petani yang terdiri daripada pelbagai kaum membuatkan rakyat di
daerah ini berada dalam keadaan aman dan sentosa. Perpaduan kaum dapat dipupuk dengan
berkesan kerana kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain saling bersatu padu dan bekerjasama
berlandaskan konsep ‘1 Malaysia’. Penduduk Sungai Petani saling mengecapi perayaan tidak
mengira bangsa, contohnya bangsa India ziarah-menziarahi jirannya yang berbangsa Melayu.
Ini membuktikan penduduk Sungai Petani mempunyai kosep kebudayaan yang ketara.
Page 17
PERKEMBANGAN MAJLIS PERBANDARAN
SUNGAI PETANI
1 . Pembangunan prasarana / Fizikal
Majlis Perbandaran Sungai Petani telah berusaha untuk membangunkan dan
memajukan prasarana di bandar ini . Pelbagai usaha seperti membina Taman Rekreasi ,
membangunkan lebih banyak hotel untuk pelancong , membina kedai – kedai untuk
penduduk bandar , menaik taraf sekolah , membaik-pulih jalan raya , memajukan kemudahan
awam , membina kompleks beli-belah dan juga pembinaan taman tema air yang baru . Ini
bermakna Majlis sangat mengambil berat akan keselesaan dan kesejahteraan penduduk di
bandar tersebut .
2. Cabaran yang hadapi
Pihak Majlis mempunyai banyak cabaran yang akan dating dan perlu ditandingi. Cabaran-
cabaran ini kenbiasaannhya datang daripada rakyat itu sendiri samada dari masalah
disiplinmisalnya perlanggaran undang-undang. Selain itu masalah ekonomi masyarakat juga
mendatangkan masalah kepada pihak majlis.
Cabaran-cabaran yang dimasukkanadalah seperti vandalisme yang kebanyakkannyadilakukan
oleh remaja-remaja yang tediri daripada pelajar sekolah. Vandalisme ini merupakan gejala
yang melibatkan dinding-dinding bangunan dan harta-harta awam. Hal ini mendatangkan
masalah kepada Majlis ketrana harus merperbaiki semula harta-harta yang telah rosak akibat
perbuatan yang tidak bermoral ini.
Page 18
3. Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
Keistimewaan Bandar Sungai Petani ini semestinya mempunyai beberapa pusat
perlancongan keluarga seperti taman tema air, taman rekreasi, dan taman haiwan. Salah satu
keistimewaan Bandar Sungai Petani ialah bangunannya yang tersergam indah. Kelebihan
Bandar Sungai Petani ini menyebabkan ramai migran berpindah serta menetap di Bandar ini.
Bandar Sungai Petani juga dapat ditonjol dengan bangunan-bangunan yang unik serta
melambangkan pembangunan berasaskan teknologi moden zaman sekarang.
4. Saranan dan Harapan
Majlis Perbandaran Sungai Petani telah menetapkan harapan dan saranan demi
kebaikan dan keamanan penduduk-penduduk Sungai Petani. MPSPK mengharapkan supaya
perpaduan kauam dapat diwujudkan dari segi semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau
tua. MPSPK juga mengharapkan Bandar Sungai Petani menjadi sebuah Bandar yang maju di
samping ekonomi dan perniagaan.MPSPK menyarankan supaya penduduk Bandar ini tidak
mengalami kesalahan faham di antara satu sama lain. Selain itu, saranan yang dikeluarkan
seperti penduduk perlu berhati-hati ketika melintas jalan. MPSPK berharap supaya
menjadikan Sungai Petani sebagai sebuah Bandar yang selamat dam sejahtera.
Page 19
Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam
membangunkan sesebuah kawasan yang mempunyai persekitran yang mantap. Tanpa
pentadbiran yang cekap, akan lemahlah sesebuah bandar tersebut.
Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai
sejarah pertubuhan dan juga cara pemerintahan institusi pentadbiran ini dan saya
sesungguhnya beruntung kerana saya dapat mengetahui tentang Majlis Bandaraya Sungai
Petani dengan lebih dekat.
Sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di bandaraya Sungai
Petani dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia umumnya. Saya juga berharap Majlis
Bandaraya Sungai Petani akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk
Sungai Petani serta membuka minda rakyat serta memajukannya.
Page 20
Page 21
PETA BANDAR SUNGAI PETANI
Page 22
MENARA JAM BESAR
BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN PEJABAT TANAH KUALA MUDA.
Page 23
Internet
Portal Rasmi MPSP,http://www.mpspk.gov.my/web/guest/home
Akhbar
Berita Harian, 28 Ogos 2003, halaman 27.
Warta Darul Aman, 15 Jun 2006, halaman 1.
Majalah
Majalah Keluaran MPSP Edisi Ketiga
Keluaran Perpustakaan Awam Sungai Petani.
Melawat tempat kajian
Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Kuala Muda
Tingkat 1, Bangunan MPSP, Jalan Ibrahim, 08000 Sg. Petani,
Kedah.
Buku Ilmiah
Pihak Pentadbiran Daerah Kuala Muda Yan, Sudin Bin Hasan, 1981.
Page 24
Page 25
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis
Perbandaran dan Majlis Daerah, memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam
menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-
elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat.
Untuk pentadbiran yang efektif, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan
pemimpin negara setiap masa. Mereka akan menjadi contoh pengajaran yang sihat kepada
orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini penting kerana kehormatan
ini menjadi teras integrasi nasional.
Tidak dilupakan juga, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal
ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana
rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan, maka rakyat
akan mencintai negara serta hidup bersatu padu.
Seterusnya, unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan
sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang
Page 26
masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa
mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan
nasional.
Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu
berlaku adil dan bertimbang rasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak
membebani penduduk tempatan. Misalnya, tindakan undang-undang tempatan hendaklah
munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggembleng tenaga dengan pihak
berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara.
Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting
dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi
pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi
masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini,
sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat.
Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak
intitusi pentadbiran tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan
sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud,
maka masyarakat akan hidup bersatu padu.
Page 27
Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu
diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini,
kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran
yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, sikap bersatu padu antara kaum dalam
dijalinkan dengan mudah dan efektif.
Page 28