1.0 PENGENALAN
Pelajar-pelajar PISMP RBT ambilan Januari 2010 menerima tugasan
Projek Inovasi bagi mata pelajaran Proses dan Reka Bentuk (RBT3116). Pelajar
dikehendaki membuat projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Pelajar
diminta menghasilkan projek, menyedia dan melakukan prosedur amali dan
berbincang dengan pensyarah Reka Bentuk Teknologi dan rakan-rakan serta
membuat persembahan, dan penilaian terhadap projek.
Kerja kursus ini mendedahkan para pelajar tentang proses pembuatan
bahan bantu mengajar daripada bahan seperti kayu, besi dan lain-lain. Pelajar
berpeluang memperoleh pengetahuan tentang pemilihan bahan untuk projek,
proses penyambungan seperti skru dan paku, kekemasan dan bahan hiasan.
Selain itu, para pelajar mendapat pengetahuan sampingan seperti
perkembangan industri pembuatan tempatan dan penggunaan bahan kitar
semula. Dalam kerja kursus ini juga, pelajar perlu menghasilkan satu projek
untuk bahan bantu mengajar. Projek tersebut perlu disiapkan dalam bentuk
kumpulan.
Kami telah memilih satu projek yang dinamakan sebagai “Teacher Kit
Box’. Bahan asas projek kami ialah daripada kayu. “Teacher Kit Box” bertujuan
memudahkan guru membawa peralatan yang perlu digunakan semasa
pembelajaran ICT dalam satu bekas atau kotak.
1
2.0 OBJEKTIF
Projek Teacher Kit Box yang dihasilkan mempunyai pelbagai kegunaan.
Antara kegunaannya ialah boleh dijadikan tempat penyimpanan barang-barang
keperluan guru. Jika penggunaannya di bengkel, peralatan ICT guru dihindari
dari sebarang kerosakan kerana bahagian atasnya diletakkan board MDF yang
berfungsi sebagai penutup Teacher Kit Box. Projek Teacher Kit Box ini juga
bertindak sebagai alat memudah cara bagi penggunaan ICT di bilik darjah.
2
2.1 RASIONAL PROJEK
Kelebihan projek ini adalah ianya boleh digunakan untuk meletakkan
pelbagai barangan seperti penyejuk laptop, extension plug, speaker dan
sebagainya. Projek ini juga boleh digunakan sebagai kotak menyimpan barang
peribadi guru seperti jam tangan, diari, dompet kerana kotak tersebut boleh
dikunci dan dibawa kemana-mana.
Rasional diadakan “Teacher Kit Box” ini ialah bagi mengatasi masalah troli
ICT yang besar, berat dan sukar di bawa kema-mana. Kebanyakan guru-guru di
sekolah tidak menggunakan troli ICT tersebut kerana saiznya yang terlalu besar
dan berat menyukarkan mereka membawanya ke kelas.
Selain itu, “Teacher Kit Box” ini dicipta dengan bahan yang mampu
menahan barang-barang yang berada di dalamnya daripada rosak. Kami telah
memilih Medium Desity Fibreboard (MDF) sebagai bahan asas untuk
mengurangkan berat kotak tersebut.
3
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Antara faktor-faktor yang merumitkan pmbuatan “Teacher Kit Box” ialah:
i. nilai-nilai estetika yang perlu ada
ii. pemilihan bahan binaan yang sesuai
iii. kemasan
iv. keteguhan dan kestabilan
v. kegunaan KIT BOX
vi. keselamatan penggunaanya
Masalah yang biasanya terdapat pada tempat menyimpan peralatan ICT
ialah:
i. reka bentuknya yang tidak menarik
ii. berat
iii. saiz yang terlalu besar
iv. keadaan beg bimbit yang tidak stabil
v. sukar dialihkan dan dibawa ke mana-mana
vi. keselamatan yang kurang
4
4.0 PENYELESAIAN MASALAH
Masalah di atas dapat diatasi dengan membuat rujukan yang dapat
memenuhi kehendak pengguna. Antaranya ialah:
i. reka bentuk yang menarik, ringkas dan mempunyai konsep yang
tersendiri serta penggunaan warna yang menarik
ii. tahan lasak dan bermutu tinggi
iii. saiz yang kecil mengikut permintaan semasa
iv. mempunyai permukaan yang stabil dan kukuh
v. ringan dan mudah dipindahkan pada bila-bila masa
4.1 MANFAAT
Antara kebaikan pembuatan “Teacher Kit Box” ialah:
i. mudah dibawa ke mana-mana
ii. mudah digunakan
iii. tidak memerlukan ruang yang besar
iv. medium untuk meletakkan keperluan ICT
v. boleh dikunci bagi mengelakkan kecurian
4.2 POTENSI
Antara potensi pembuatan “Teacher Kit Box” ialah:
i. menjadi kemudahan kepada guru
ii. senang digunakan
iii. menjimatkan ruang
iv. kos penghasilan yang rendah
v. berpotensi untuk dipasarkan di institusi pendidikan
vi. boleh dipatenkan untuk tujuan komersial
vii. reka bentuk sofistikated yang mudah dibawa
5
5.0 PENCETUSAN IDEA
Setelah mengenalpasti masalah yang timbul hasil daripada
perbincangan kumpulan, kami telah memulakan aktiviti mengumpulkan
maklumat menggunakan sumber rujukan seperti internet dan buku-buku
ilimiah.
Antara sumber-sumber yang digunakan untuk pengumpulan maklumat
dan data seperti:
i. membuat pemerhatian
ii. membuat rujukan daripada buku-buku yang berkaitan
iii. menggunakan enjin pencarian internet
iv. mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada para pensyarah
v. risalah-risalah yang dikeluarkan oleh peniaga seperti risalah
daripada Court Mammoth, Carrefour, Ikea dan sebagainya.
Idea awal untuk mencipta sebuah tempat menyimpan peralatan
ICT yang kecil dan mudah alih tercetus apabila melihat troli peralatan ICT
di sekolah kurang efisyen dari segi penggunaannya kerana sering kali
tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan apabila ditinggalkan di bilik
darjah, bengkel, dan makmal sains.Tambahan lagi dengan kesukaran
membawannya dari satu tempat ke satu tempat, ia akan menyebabkan
penggunaannya kurang mendapat sambutan.
Oleh yang demikian, melalui masalah ini, terlintas diminda untuk
menghasilkan “Teacher Kit Box” bagi menjimatkan ruang dan masa
menyimpan peralatan ICT. Jadi, bagaimanakah untuk menghasilkan satu
tempat simpanan peralatan ICT yang boleh memuatkan peralatan ICT
yang penting sahaja serta mudah disimpan jika tidak digunakan lagi?
Berdasarkan beberapa pemerhatian dan kajian yang dijalankan pada
beberapa bentuk dan saiz tempat menyimpan peralatan ICT, kami
6
memilih bentuk seperti beg bimbit yang mempunyai pelbagai ruang
menyimpan dan berukuran saiz 40 cm lebar dan 40 cm panjang serta
mempunyai pembahagi bagi memaksimumkan peyimpanan peralatan
ICT. Dengan haya satu “Teacher Kit Box” telah memadai untuk satu bilik
darjah dan seorang guru yang menggunakannya.
7
6.0 DISKRIPSI PROJEK
“Teacher Kit Box” dihasilan bertujuan bagi memudahkan peralatan ICT
disimpan, dialihkan dan dibawa ke mana-mana. Projek ini sesuai bagi bilik
darjah yang mempunyai ruang yang terhad dan bilangan murid dalam bilik
darjah tersebut di antara 30 hingga 40 orang murid. Saiz projek ini adalah
40 cm lebar, 40 cm panjang dan 10 cm tinggi. Saiz ini amat sesuai
dengan tema projek berdasarkan beberapa pemerhatian dan tinjauan
yang dibuat memalui internet, buku dan majalah inovasi. Kelebihan projek
ini adalah ianya bukan sahaja mudah dibawa ke mana-mana malah
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik apabila boleh dikunci dan
disimpan di ruang yang lebih selamat di mana sahaja. Malahan lagi,
setiap peralatan yang disimpan lebih mudah diambil apabila hendak
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat
menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran bersama murid. Namun
begitu terdapat sedikit kelemahan di mana projek ini juga boleh
mendatangkan bahaya kepada murid-murid jika tidak digunakan dengan
betul.
8
7.0 JADUAL PELASANAAN TUGAS
Bil Aktiviti/Perkara Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3H1
H2
H3
H4
H1
H2
H3
H4 H1 H2 H3 H4
1 Perbincangan tentang tugasan
√
2 Lakaran dan pencetusan idea
√
3 Pemilihan idea dan berbincang dengan pensyarah
√
4 Pemilihan kayu dan bahan
√
5 Menanda dan mengukur kayu
√
6 Proses pemotongan √ √ √7 Proses pembinaan (kerja-
kerja pennyambungan)√ √
8 Proses pemasangan bahagian-bahagian projek
√
9 Meletakkan tepung penyumbat
√
10 Melicinkan kayu dengan kertas las
√ √
11 Proses memasang bingkai (kumai)
√ √
12 Membuat kemasan √13 Kemasan akhir √14 Melekatkan stiker alas
permukaan projek√
15 Memasang aksesori √
16 Menyiapkan dokumentasi dan autocad
√ √
9
8.0 PROSES KERJA
8.1 Pemilihan Idea
Proses kerja bermula dengan perbincangan bersama rakan dan
pensyarah bagi mendapatkan idea awal mengenai projek yang
ingin dihasilkan. Proses kedua ialah dengan menghasilkan
beberapa konsep kotak simpanan peralatan bagi mendapatkan
konsep terakhir yang ingin diaplikasikan dalam projek. Setelah
konsep dipilih kami membuat beberapa lakaran awal mengenai
projek yang ingin kami hasilkan.
a. Pemilihan lakaran terbaik untuk projek “Teacher Kit Box” yang ingin
dihasilkan
b. Inovasi yang ingin dibuat pada kotak simpanan dan diubah ke
bentuk “Teacher Kit Box” yang akan dihasilkan.
c. Lukisan kerja ialah perancangan bergambar sesuatu projek yang
akan dibuat atau dilaksanakan.
d. Lukisan kerja dilukis dalam tiga bentuk iaitu lukisan ortografik,
lukisan isometri dan lukisan ceraian.
e. Lukisan ortografik dibuat bagi memudahkan memahami binaan
sesuatu objek daripada 3 sudut pandangan iaitu pandangan depan,
sisi dan atas.
f. Kemahiran menterjemahkan lukisan kerja memudahkan sesuatu
projek dihasilkan.
10
8.2 Penyediaan Bahan
Pembinaan projek bermula dengan pemilihan bahan yang ingin
digunakan
Bahan yang digunakan ialah bahan kayu 4x1 untuk dinding dan
pembahagi dalam “Teacher Kit Box”, papan MDF bagi hiasan
penutup dan lantai “Teacher Kit Box”, engsel kayu bagi
menghasilkan lipatan pada “Teacher Kit Box” dan kayu 2 x 1 bagi
papan “Teacher Kit Box”. Skru dan juga paku turut digunakan.
a. Memilih
i. memilih kayu dan bahan yang sesuai.
ii. Memastikan kayu yang dipilih tidak mengalami kecacatan
atau rosak.
8.3 Mengukur dan menanda
i. Menggunakan alat-alat mengukur seperti pensil tukang,
pembaris keluli dan sesiku L.
ii. Menandakan tempat yang akan dipotong dengan ukuran
yang betul.
11
8.4 Memotong
i. Menggunakan alat memotong untuk memotong kayu
selepas membuat tandaan.
ii. Proses pemotongan dilakukan dengan teliti agar ukurannya
tidak kurang atau lebih.
Seterusnya kami memotong kayu untuk dijadikan dinding
“Teacher Kit Box”, melekatkan engsel pada kayu dinding “Teacher
Kit Box” untuk dijadikan pemegang penutup “Teacher Kit Box”
tersebut.Sebelum melekatkan engsel kami terlebih dahulu
membuat beberapa prototaip menggunakan skala lebih kecil.
Memotong kayu dengan mesin rencong
Mesin lengan digunakan untuk memotong papan lebar.
(Gambar rajah proses pemotongan)
12
8.5 Pembinaan
Setelah itu,kami membina penutup bagi “Teacher Kit Box” kami.
Kemasan bagi penutup “Teacher Kit Box” ini dihasilkan dengan
kayu kumai dan juga papan MDF. Papan MDF digunakan sebagai
penutup “Teacher Kit Box” tersebut.
8.6 Membuat kemasan
Setelah itu, kami menggosok kayu menggunakan kertas pasir
untuk membuat kemasan pada kayu. Kami mengambil langkah
proaktif dengan melekatkan stiker alas pada permukaan dinding
dan bawah Kit Box sebagai penambahan aksesori selain
pemegang dan selak pengunci.
Setelah kayu digosok ,setiap kayu di “sealer” dan digosok semula.
Setelah permukaan kayu licin dan tertutup,kami membuat kemasan
menggunakan syelek dan dibiarkan kering.
13
9.0 REFLEKSI
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus
projek Proses dan Reka Bentuk (RBT3116) saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman
sangat berbesar hati kerana tugasan projek yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan
ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya dan dua rakan saya telah melakukannya dengan baik.
Saya dan dua orang lagi rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang
telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa
masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya
ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai reka bentuk untuk Alat Bantu
Mengajar. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai contoh-
contoh reka bentuk yang menarik untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu
bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk
membina sebuah projek yang mempunyai unsur inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi setelah di terangkan oleh En Abdul Sukur Bin Kamsir, saya
akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menghasilkan satu set
projek reka bentuk yang mempunyai inovasi bagi sekolah rendah.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari idea yang menarik untuk
diisi dalam kerja kursus projek saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam kerja kursus projek kami. Idea-idea yang telah diberikan
oleh En Abdul Sukur Bin Kamsir telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam
lakaran idea kerja kursus projek saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya
perolehi semasa melaksanakan kerja kursus projek ini. Di samping itu saya juga
mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran saya dalam memotong,
14
menanda dan mencantumkan projek daripada kayu untuk menghasilkan projek
saya iaitu Teacher Kit Box. Selepas itu saya telah memasang elemen yang perlu
ada di dalam Teacher Kit Box iaitu plug penyambungan, cooler fan dan
pembesar suara. Perkara ini tidak mudah kerana ukuran peralatan yang
dimasukkan haruslah tepat dan kemasan yang kami gunakan semasa mereka
bentuk ialah kumai dan pelekat kulit kayu.
Untuk pelaksanaan langkah kerja projek tersebut, saya telah memberikan
tugas kepada beberapa orang rakan. Saya juga telah menyediakan beberapa
tugasan seperti melukis lakaran idea projek, membeli barang projek dan
membuat dokumentasi kerja projek. Masa yang saya dan rakan saya ambil untuk
menyiapkan projek Teacher Kit Box ini ialah 7 hari. Penyediaan dokumnetasi
folio pula kami telah lakukan secara bersama-sama agar segala kerja dapat
disiapkan dengan cepat. Namun begitu refleksi adalah secara individu
berdasarkan kehendak pensyarah saya. Bahan-bahan untuk membuat projek ini
telah kami perolehi di kedai hardware dan di bengkel Kemahiran Hidup. Syukur
kepada tuhan kerana segalanya berjalan dengan lancar walaupun banyak kerja
yang belum diselesaikan semasa membuat projek dan banyak halangan
halangan yang mencabar untuk menyiapkannya sehingga terpaksa berada di
bengkel sehingga lewat malam.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat
doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan
yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya
tugasan kerja kursus projek Proses dan Reka Bentuk (RBT3116) saya yang
diberikan telah berjaya saya siapkan dan dihantar pada 23 Oktober 2013. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En Abdul
Sukur Bin Kamsir.
15
10.0 BIBLIOGRAFI
Asnul Dahar Minghat (2005). Teknologi Kayu - Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM.
Watton, John (1971). Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Kemahiran Hidup Tingkatan 1, 2 dan 3.
Kedai-Kedai Perabot Sekitar Batu Pahat Dan Changlun
16
11.0 Lampiran
17
Top Related