FACULTY OF SOCIAL SCIENCES
Politik Demokrasi Penaungan Dalam Politik Kenyah Di Sarawak: Kajian Kes Di
Long San Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011
JEFFREY NGAU LENJAU
Sarjana Dalam Sains Sosial
2015
POLITIK DEMOKRASI PENAUNGAN DALAM POLITIK KENYAH DI
SARAWAK: KAJIAN KES DI LONG SAN SEMASA PILIHAN RAYA
NEGERI SARAWAK 2011
JEFFREY NGAU LENJAU
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains Sosial
Faculty of Social Sciences
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ……………..day of……………..2015.
Student’s Declaration:
I ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the
work entitled, ------------------------------------------------------------------------------------------------- is my original
work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due
reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by
another person.
____________________ ________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I-------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the
work entitled, --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *
partial/full fulfillment for the conferment of -------------------------------------------------------------------------
(PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is
the said student’s work
Received for examination by: _____________________ Date:____________________
(Name of the supervisor)
I declare this Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis
shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and
rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitise the content
to for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the
Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student’s signature ________________________ Supervisor’s signature: ________________
(Date) (Date)
Current Address:
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as
annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument was duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
i
Pengakuan
Saya mengaku bahawa kertas tesis yang bertajuk, ‘Politik Demokrasi Penaungan Dalam
Politik Kenyah Di Sarawak: Kajian Kes di Long San Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak
2011’adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
ii
Dedikasi
Khas buat keluarga tersayang Encik Lenjau Langgang, Puan Rosaline Selo Ukang
yang setia memberi sokongan dan dorongan yang tidak terhingga. Bagi kakak, abang dan adik
yang tercinta; Doris Suling Lenjau, Matthew Lian Lenjau, Leslie Lusat Lenjau, Sebastian Anau
Lenjau, Lester Lalo Lenjau, Louis Lah Lenjau dan Magareth Awing Lenjau. Tidak lupa juga
kepada keluarga sanak saudara yang dikasihi iaitu Puan Magdeline Bulan Lian (Uko Alu), Encik
Joahanes Luwat Ukang, Puan Anna Usun Ukang, Puan Valerie Puyang Ukang, Puan Marilyn
Bungan Ukang, Puan Betty Asong Ukang, Puan Juliana Uding Ukang, Encik Roland Ukang,
Encik Eliued Jaker, Encik Stanley Hollistini, Encik Stwerad Wong, Cikgu Peter Jau dan Gracie
Awing Julius dalam memberi sokongan moral bagi menjayakan tesis ini.
Terima kasih diatas sokongan anda semua. Saya sangat menyayangi anda semua
juga. Bagi penyelia utama saya yang dihormati dan sangat disayangi, Dr Lucy Sebli (Penyelia
Utama) dan Profesor Madya (AP) Dr Neilson Ilan Mersat (Penyelia Bersama), jutaan terima
kasih diatas bimbingan dan sokongan padu anda khasnya kritikan-kritikan yang membina dalam
menyiapkan tesis ini.
Terima kasih di atas segala pengertian, pengorbanan dan
kasih sayang kalian.
iii
Penghargaan
Pertama, saya ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr Lucy Sebli,
Profesor Madya Dr Neilson Ilan Mersat, Dr Arnold Puyok (pemeriksa dalaman), Dr Zaini
Othman (pemeriksa luar) dan para pensyarah di Fakulti Sains Sosial (FSS), UNIMAS. Saya juga
tidak melupakan bimbingan dan sokongan yang diberi oleh Dr Ahi Sarok, Encik Stanley, dan
semua staf sokongan di FSS, sepanjang saya menjalankan kajian ini. Saya juga tidak lupa kepada
jasa baik staf-staf yang sungguh budiman di Pusat Pengajian Siswzah UNIMAS di atas sokongan
yang diberikan sepanjang pengajian saya di UNIMAS.
Ucapan penghargaan juga khas untuk Ketua Kampung Long San, Encik Jimmy Gau
Juman di atas maklumat yang diterima melalui wawancara penyelidikan. Buat rakan-rakan
seperjuangan, Siti Khadijah, George Ding Anyie, Frazer Midot, Jerry Gerunsing, Zucresiana
Fenders Asing, Wei Jie Yan, Farid Kota, Alvin Miai Ak Spencer Empading, Fredrick Brinau,
Dayang Syahreneey, Miss Eza, Ameed Bader, Saleem Jayousi dan Ismail H. Alhwij. Terima
kasih diatas sokongan anda dalam bersama-sama menghadapi pahit manis dalam menyiapkan
tesis ini.Tuhan memberkati persahabatan kita buat selama-lamanya.
Terima kasih juga kepada kesemua individual yang telah membolehkan kajian dijalankan
di Long San. Tanpa bantuan mereka, kajian ini tidak akan dapat dilakukan dengan sejayanya.
Kepada ibubapa yang tercinta, Lenjau Langgang dan Rosaline Selo Ukang, kakak Doris Suling
Lenjau, abang-abang Matthew Lian Lenjau, Leslie Lusat Lenjau, Sebastian Anau Lenjau, Lester
Lalo Lenjau dan Louis Lah Lenjau serta Magareth Awing Lenjau. Terima kasih di atas sokongan
moral anda semua.
Terima Kasih dan Tuhan Memberkati Anda Semua
iv
Abstrak
Politik demokrasi penaungan bermaksud pengagihan sumber-sumber negara seperti balak,
konsesi balak, perlantikan jawatan ke peringkat tertentu dan sebagainya kepada para penyokong.
Sebagai balasannya, para penyokong harus memberi kesetiaan kepada pucuk kepimpinan
menerusi undian semasa pilihan raya. Keunikan kajian ini terletak pada tahap analisis yang
menggunakan kombinasi kajian antroplogi dan sains politik dalam menerokai masyarakat
berkelas khususnya masyarakat Kenyah di Sarawak. Pada masa yang sama, kajian ini akan
menganalisis politik demokrasi penaungan daripada perspektif kajian akar umbi (grass roots).
Lantaran itu, tesis ini membincangkan implikasi politik demokrasi penaungan ke atas masyarakat
Kenyah di Long San, Baram, Miri dari aspek politik. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk
mengutip maklumat daripada informan. Antara metod pengumpulan data yang digunakan ialah
temubual secara mendalam, temubual tidak berstruktur, pemerhatian turut serta, kajian kes,
analisis kandungan dan teknik susur galur menerusi sistem persanakan kelas sosial keta’u. Bagi
menjelaskan lagi kewujudan politik demokrasi penaungan dalam masyarakat yang mengamalkan
sistem stratifikasi sosial ini, kajian ini menggunakan pilihanraya negeri Sarawak 2011 sebagai
kajian kes. Tesis ini mempunyai dua objektif kajian iaitu; (1), untuk menentukan sama ada
sistem stratifikasi sosial masih mempengaruhi politik semasa masyarakat Kenyah ;(2), untuk
menilai implikasi penaungan demokrasi terhadap perpaduan masyarakat. Hasil kajian mendapati
bahawa jurang sosial di antara keta’u (aristokrat) dan panyen (kebanyakkan) semakin dalam
dalam konteks politik demokrasi penaungan. Selain itu, persekitaran masyarakat Kenyah pada
masa kini yang berpecah belah ini wujud di antara golongan keta’u dan panyen. Malah,
perbezaan kelas sosial ini telah diterjemahkan ke dalam konteks ideologi politik masing-masing.
v
Abstract
The politics of patronage democracy is referring to the allocation of state resources to his
staunch supporters such as timber concession, job vacancies in government and many more. In
return, his loyal supporters must vote for him in the elections. However, politics of patronage
democracy politics also brings great impact toward class societies practicing social
stratification systems. This research was unique because the level of analysis was used
combination between anthropology and political science approach. At the same time, this
research also analysis politics of patronage democracy from grass root perspective. The social
stratification system means the differences between two different groups of people based on their
social status towards their everyday social interactions. Kenyah community from Long San,
Baram, Miri, in Sarawak (Malaysia) provides a good example for this study by showing the
implication of patronage democracy politics on Kenyah society. To clarify the existence of
politics of patronage democracy politics in Kenyah politics, this study took the 2011 Sarawak
state election as a case study. Researcher used in depth interview, unstructured interview,
participant observation, case studies and genealogy system technique from aristocrat class
perpective as tool of colleting data. This thesis has two research objectives which include; (1),
to determine if social stratification influences contemporary Kenyah political structure; and (2),
to access the impact of politics of patronage democracy upon Kenyah solidarity. Moreover, the
gaps between the keta’u (aristocrat) and the panyen (commoner) become wider and obvious
from politic of patronage democracy contexts. Apart from that, this study found that the Kenyah
society today is divided into two main blocks of social classes which are the panyen and keta'u.
The fragmentation of Kenyah society is clearly shown in their different of political ideologies.
vi
Glosari
GLOSARI DALAM BAHASA KENYAH
(SEBUTAN ISTILAH MENGIKUT VERSI BAHASA KENYAH DARI SUKU KAUM
LEBO PU’ON/LEBO VO)
Dalam teks utama tesis ini, istilah dalam bahasa kenyah dari suku kaum lebo
pu’on atau lebo vo akan ‘ditebalkan’ (bold). Bagi istilah tumbuh-tumbuhan dan haiwan, nama
saintifik akan digunakan.
Glosari Maksud
a’det adat; Dalam istilah bahasa Melayu dan Iban, a’det dikenali sebagai adat.
Adat membawa maksud amalan tradisional yang diikuti oleh
sekelompok masyarakat. Lama kelamaan, amalan tradisional tersebut
menjadi panduan kehidupan yang wajib dipatuhi oleh kelompok
berkenaan.
a’men nasib; ramalan akan a’men ditentukan oleh pergerakan bintang.
Terdapat dua jenis pergerakan bintang yang utama iaitu (a) dari kiri ke
kanan dan (b) dari kanan ke kiri. Selain daripada pergerakan binatang,
a’men juga ditentukan oleh bunyi binatang.
a’men laya nasib baik; jenis pergerakan binatang dari kiri ke kanan.
a’men ja’et nasib kurang baik ; jenis pergerakan binatang dari kanan ke kiri. Bagi
a’men jenis ini, aktiviti pertanian (amalan harian kaum kenyah) perlu
diberhentikan sementara waktu.
a’det pepatu adat berkongsi (terutamanya hasil buruan)
a’det mabe amalan memberi kesetiaan kepada golongan aristokrat dengan
mengerjakan tanah-tanah pertanian mereka secara percuma.
a’det sengu’yon pertukaran tenaga kerja (aktiviti pertanian); di bawah sistem ini,
pertukaran tenaga kerja berdasarkan kerjasama/gotong royong.
ayau amalan memburu kepala manusia
aning sejenis ikan air tawar seakan-akan keli
bungan malan Tuhan (wanita) kaum Kenyah di semasa masih animinisme
vii
bu’wau berpindah
bela’u tanem kawasan buwau kenyah dari Long San di Baram
eking lungon kawasan buwau kenyah dari Long San di Baram
keta’u aristokrat;individu yang dilahirkan dari kelas aristokrat. Taraf golongan
aristokrat ini adalah aristokrat kelas pertengahan.
Keta’u lu’ong aristokrat kelas tertinggi; bukan sahaja dilahirkan dari kelas aristokrat,
malah, berkahwin dengan pasangannya dari kelas aristokrat yang
setaraf.
Keta’u pakau awang aristokrat kelas biasa; kebiasaanya, golongan aristokrat ini yang
mengamalkan perkahwinan campur iaitu di antara golongan aristokrat
dan golongan rakyat biasa
kelunan laya merujuk kepada semua jenis golongan keta’u iaitu keta’u bio,keta’u,
ketau pakau awang.
Kelunan keta’u kelompok aristokrat/bangsawan
kelunan ja’et merujuk kepada semua jenis golongan panyen iaitu panyen laya dan
panyen lamen.
Ti ume membuat huma
lebo kaum atau etnik
lebo tau merujuk kepada salah satu daripada suku kaum dalam kategori utama
kaum Kenyah.
Lebo pu’on penduduk asal yang terawal membina penempatan di sesuatu kawasan
lebo vo merujuk kepada rumpun Kenyah di Long San
long tikan nama asal kenyah Long San selepas berhijrah dari Usun Apau
long palai kawasan penempatan kenyah dari sub etnik la’ang.
Long lalo kawasan buwau kenyah dari long san di Baram
long sela’an rumpun kenyah dari sub kenyah yang sama dengan kenyah Long San
viii
luyan mugong kawasan buwau kenyah dari Long San di Baram
matai i. arwah
ii.meninggal dunia
payau rusa; curvus unicolor Kerr
panyen rakyat biasa; individu yang dilahirkan bukan dari kelas aristokrat.
panyen laya rakyat biasa kelas tinggi; golongan panyen jenis ini yang mengamalkan
perkahwinan sesama golongan panyen yang setaraf.
panyen ja’et rakyat biasa kelas rendah; golongan panyen yang berkahwin dengan
golongan hamba.
panyen lamen merujuk kepada kumpulan salot
pelaki burung helang
peselong luan Tuhan (lelaki)
pelepop a’men apabila a’men ja’et berlaku (pergerakan binatang dari kanan kekiri),
pengembara dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan. Jika diingkari,
pengembara akan bertembung dengan ayau (musuh).
Salot hamba; tawanan perang
telo ikan
ubot batang muda tumbuhan liar yang boleh di makan seperti ubot batang
pisang, ubot batang kelapa.
usun apau merujuk kepada kawasan penempatan terawal kenyah di Sarawak
setelah migrasi dari Kalimantan, Indonesia. Kawasan ini terletak di
tengah-tengah kawasan Baram dan Belaga di Sarawak.
ix
SINGKATAN NAMA
BN Barisan Nasional
DUN Dewan Undangan Negeri
DEB Dasar Ekonomi Baru
DAA Domestic Administration Academy
D.O.s Resident District Officers
FELDA Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan
FAMA Lembaga Pembangunan Industri Pekebun-Pekebun Kecil Getah Malaysia
JKKK Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung
JAOS Jaringan Asal Orang SeMalaysia
JTMEB Jawatankuasa Tindakan Membantah Empangan Baram
MARA Majlis Amanah Rakyat
MCA Malaysian Chinese Association
MIC Malaysian Indian Association
NGO Non Governmental
OUNA Orang Ulu National Association
OU Orang Ulu
PBB Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
PKR Parti KeAdilan Rakyat
PRNS Pilihan Raya Negeri Sarawak
PKKS Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak
PAJAR Sarawak Native People Party
PESAKA Parti Pesaka Anak Sarawak
PERNAS Perbadanan Nasional Berhad
PRS Parti Rakyat Sarawak
RISDA Lembaga Pembangunan Industri Pekebun-Pekebun Kecil Getah Malaysia
SAM Sahabat Alam Malaysia
SNAP Sarawak National Party
SCA Sarawak Chinese Association
SEDC State Economic Development Coorporation
SMI Sarawak Motor Industries
SCORE Sarawak Corridor Renewable Energy
SSR Save Sarawak Rivers
SUPP Sarawak United People’s Party
3M 3 (Media, Machinery, Money)
x
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
GLOSARI vi
SINGKATAN NAMA iv
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH vx
SENARAI PETA xvi
SENARAI FOTO xvii
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.1.1 Susur galur Sejarah Politik Demokrasi Penaungan Di Sarawak 8
1.1.2 Politik Tradisional Masyarakat Kenyah 18
1.2 Etnik Kenyah Dalam Rumpun ‘Orang Ulu’ 21
1.3 Kawasan-kawasan Penempatan Utama Masyarakat Kenyah 24
1.4 Sejarah Masyarakat Kenyah Di Baram 26
1.4.1 Sub Etnik Kaum Kenyah Di Sarawak 27
1.4.2 Persidangan Agung Kanowit 1863 29
1.4.3 Persidangan Agung Marudi 1898 30
1.5 Struktur Stratifikasi Sosial Masyarakat Kenyah Baram 32
1.5.1 Lapisan Keta’u (Lapisan Aristokrat) 33
1.5.2 Lapisan Panyen (Rakyat Jelata) 36
1.5.3 Lapisan Panyen Lamen/Salot (Golongan Hamba) 37
1.6 Permasalahan Kajian 38
1.7 Persoalan Kajian 41
xi
1.8 Objektif Kajian 41
1.9 Kepentingan Kajian 42
1.10 Limitasi Kajian 44
1.11 Skop Kajian 46
1.12 Organisasi Kajian 46
BAB 2 : SOROTAN KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 48
2.2 Takrifan Sistem Stratifikasi Sosial 48
2.3 Sistem stratifikasi Sosial Masyarakat Kenyah 52
2.4 Sistem Stratifikasi Sosial Dan Politik Demokrasi Penaungan 58
2.5 Konsep Politik Demokrasi Penaungan 69
2.5.1 Asal usul hubungan penaung-dinaungi 69
2.5.2 Politik Demokrasi Penaungan Dalam Masyarakat Kenyah 77
2.6 Politik Demokrasi Penaungan : Isu dan Konteks 80
2.6.1 Amalan Rasuah 81
2.6.2 Politik Pembangunan 83
2.6.3 Hubungan Simbiosis Di Antara Elit Politik Dan Elit Ekonomi 83
2.6.4 Amalan Politik Wang 84
2.6.5 Jentera Pentadbiran Pihak Kerajaan Dalam Memobilisasikan
Rakyat
85
2.7 Kesimpulan 89
xii
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 90
3.2 Reka Bentuk Kajian 91
3.3 Proses Dan Jangka Masa Kerja Lapangan 92
3.4 Populasi Kajian Dan Sampel Kajian (Responden Kajian) 93
3.4.1 Jenis Persampelan 93
3.5 Kategori Data 95
3.6 Metod Pengumpulan Data 96
3.7 Analisis Data 102
3.8 Etika Penyelidikan 102
3.9 Kesimpulan 104
BAB 4 : POLITIK DEMOKRASI PENAUNGAN DAN
PENGUKUHANSISTEM STRATIFIKASI SOSIAL DALAM
MEMPENGARUHI POLITIK SEMASA KAUM KENYAH
4.1 Pengenalan 105
4.2 Pengaruh Sistem Stratifikasi Sosial Dalam Mempengaruhi Pemilihan
Pemimpin Dalam Masyarakat Kenyah Di peringkat Akar Umbi
Dengan Menggunakan Kajian Kes Di Long San
106
4.2.1 Profil Kawasan Long San 106
4.2.2 Latar belakang Responden 109
4.2.3 Jantina Dan Status Sosial 109
4.2.4 Umur Responden 111
4.2.5 Jenis Pekerjaan 114
4.2.6 Bentuk Pemilihan Di Long San 118
4.3 Sistem Stratifikasi Sosial Di Long San Pada Tahun 2011 126
xiii
4.4 Pengukuhan Sistem Straifikasi Sosial Dalam Masyarakat Kenyah
Menerusi Politik Demokrasi Penaungan
132
4.4.1 Politik Demokrasi Penaungan Dalam Masyarakat Kenyah Di Long
San
140
4.6 Kesimpulan 146
BAB 5: IMPLIKASI POLITIK DEMOKRASI PENAUNGAN
TERHADAP PERPADUAN POLITIK KENYAH
5.1 Pengenalan 148
5.2 Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 Di Long San 149
5.3 Implikasi Politik Demokrasi Penaungan Terhadap Politik Masyarakat
Kenyah
177
5.4 Kesimpulan 185
BAB 6 : RUMUSAN DAN CADANGAN
6.1 Rumusan 188
6.2 Cadangan Kajian Masa Depan 193
6.3 Kesimpulan 195
Rujukan 196
Tesis 217
Surat Khabar 218
Dokumen Yang Tidak Diterbitkan 218
Temubual 219
Lampiran 220
xiv
Senarai Jadual
Jadual Perkara Halaman
1.1 Kepimpinan Dan Status Sosial Tahun 1868 Sehingga 2014 Di Long San 14
4.1 Jantina Dan Status Sosial Responden 109
4.2 Pembahagian Responden Berdasarkan Umur 112
4.3 Pembahagian Responden Berdasarkan Jenis Pekerjaan 115
4.4 Pembahagian Responden Bentuk Pemilihan Pemimpin 119
4.5 Pemilihan Pemimpin Di Long San 122
4.6 Jawatankuasa Ketua Kampung Di Long San Sejak Era British 1945
Sehingga 2014
133
4.7 Golongan Kelas Sosial Keta’u Dari Long San Bercalon Untuk Parlimen
Sejak tahun 1970-2008
135
4.8 Golongan Kelas Sosial Keta’u Dari Long San Bercalon Untuk Negeri
Sejak tahun 1970-2011
136
4.9 Organisasi Politik Dan Pengasas Politik Masyarakat Kenyah 136
xv
Senarai Rajah
Rajah Perkara Halaman
1.1 Sistem Stratifikasi Sosial Masyarakat Kenyah Baram Sebelum tahun
1947
33
4.1 Sistem Stratifikasi Sosial Masyarakat Kenyah Di Long San Pada Tahun
2011
128
4.2 Politik Demokrasi Penaungan Dalam Konteks Sistem Stratifikasi Sosial
Masyarakat Kenyah Long San Pada Tahun 2011
139
5.1 Politik Demokrasi Penaungan Di Long San Dari Perspektif Parti Politik
PKR Pada Tahun 2011
166
5.3 Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 : N.67 Telang Usan 170
5.4 Perpecahan Politik Masyarakat Kenyah Di Long San 179
xvi
Senarai Peta
Peta Perkara Halaman
1.1 Kawasan-Kawasan Penempatan Utama Kenyah Di Baram 25
5.1 Senarai Nama, Pemimpin, Etnik Dan Kampung Asal 160
xvii
Senarai Foto
Foto Perkara Halaman
5.1 Pemimpin yang bertanding pilihan raya negeri di Telang Usan pada
tahun 2011
157
5.2 Kain rentang kempen politik semasa pilihan raya negeri Sarawak 2011 di
Long San Baram
173
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kajian ini memfokuskan kepada hubungan interpersonal (dyadik) di antara dua pihak yang
berbeza status ekonomi, kekayaan, dan status sosial dalam konteks politik demokrasi penaungan
di Sarawak. Tambahan pula, hubungan yang bersifat timbal balik ini sering ditemui dalam
persekitaran masyarakat berkelas1 seperti masyarakat Kenyah di Long San, Baram sebagai
contohnya. Seiring dengan peredaran masa dan proses modenisasi yang rancak berlaku,
hubungan interpersonal yang bersifat tradisional ini tidak lenyap ditelan zaman. Malah,
hubungan interpersonal (politik demokrasi penaungan) ini semakin teguh sifatnya dan menjadi
batu asas kepada pengukuhan kepimpinan politik demokrasi penaungan pada masa kini
khususnya dalam konteks kajian ini. Lantaran itu, fenomena politik demokrasi penaungan
merupakan suatu warisan yang berlanjutan (continuation) daripada masyarakat tradisional
(masyarakat tani mahupun masyarakat berkelas) ke masyarakat moden (Cederroth, 2004:77-
108; Robinson & Verdier, 2010; Joshi & Mason, 2011; Blunt et al, 2012; Martin, 2013;
Zarazaga, 2014; Baturo & Elkink, 2015).
Rentetan daripada situasi yang bersifat interpersonal dan berlanjutan sehingga ke
hari ini, kajian ini direka dan dianalisis khusus menggunakan kombinasi di antara kajian
antropologi dan sains politik. Hal ini bertujuan untuk mengkaji aspek politik demokrasi
1 Selain daripada istilah ‘masyarakat berkelas’, istilah lain yang turut dirujuk dan digunakan ialah ‘sistem
stratifikasi sosial. Jadi, kedua-dua istilah ini diguna pakai dan bergantian (interchangeable) mengikut kesesuaian
konteks perbincangan.
2
penaungan yang mendasari kajian tesis ini. Bagi mengkaji aspek politik demokrasi penaungan
ini, kajian ini turut menyoroti masyarakat Kenyah di Sarawak yang mengamalkan sistem
stratifikasi sosial sehingga ke hari ini. Pada masa yang sama, pengkaji menggunakan kombinasi
kajian antropologi dan sains politik kerana; (1), untuk menerokai sejauhmanakah hubungan
interpersonal dan ketidaksamarataan dalam masyarakat Kenyah yang mengamalkan sistem
stratifikasi sosial daripada perspektif antropologi di peringkat akar umbi -- ini dilakukan
melalui kajian susurgalur; (2), untuk mengkaji bagaimana hubungan interpersonal dan
ketidaksamarataan ini dimanipulasikan oleh pihak kerajaan ke dalam struktur politik moden di
Sarawak mahupun Malaysia. Hal ini bertujuan untuk menarik sokongan politik menerusi pilihan
raya (Milne, 1973; Akhter, 2001: 5; Kamaruddin, 2004; Sebli, 2004 & Mersat, 2006; Zaini
Othman & Nidzam Sulaiman, 2009); dan; (3), pengkaji tema politik demokrasi penaungan di
Malaysia seperti Mersat (2006) hanya melihat hubungan interpersonal di antara pihak
pemerintah dan rakyat (etnik Iban) daripada perspektif nasional sahaja.
Tambahan pula, aspek kajian beliau hanya terhad iaitu menyoroti masyarakat
egalitarian seperti etnik Iban bukan masyarakat berkelas seperti etnik Kenyah. Hal ini
disebabkan amalan politik seharian masyarakat Kenyah ini turut dipengaruhi mahupun
ditentukan oleh status sosial dan kelas sosial masing-masing yang akan dibincangkan secara
terperinci dalam bab 4 dan bab 5. Selain itu, hal ini disebabkan konsep penaung-dinaungi yang
sering dibahaskan oleh pengkaji-pengkaji dari bidang antropologi berkenaan masih lagi
diamalkan sehingga ke hari ini. Jadi, kajian ini berusaha merungkaikan dan menerokai
perhubungan dyadik di antara pihak pemerintah di peringkat pusat dengan masyarakat berkelas
di Sarawak. Malah, hubungan penaung-dinaungi berkenaan masih lagi kuat diamalkan dalam
kehidupan seharian mereka.
3
Daripada perspektif kombinasi antropologi dan sains politik pula, hubungan
interpersonal bersifat traditional tidak dipinggirkan dalam konteks politik moden di Malaysia,
malah digunakan untuk kepentingan parti politik atau organisasi politik. Namun demikian,
dalam konteks kombinasi antropologi dan sains politik ini, pihak yang menjadi penaung ialah
individu yang dipilih menerusi pilihan raya dan menggunakan sumber-sumber untuk diagih-
agihkan kepada para penyokong untuk memperolehi sokongan rakyat yang terus berkekalan
(Hussain, 1993; Akhter, 2001; Kwong, 2007; Dininio, 2009; Chin & Puyok, 2010; Hierman,
2010; Dutta, 2012; Fukuoka, 2013; Mohmand, 2014; Aspinal, 2014; Gans-Morse, 2014 &
Afonso et al, 2015). Manakala, pihak yang dinaungi pula ialah pihak yang menerima
pertolongan sama ada dari segi kebendaan mahupun bukan kebendaan daripada penaung
masing-masing.
Manakala, sistem stratifikasi sosial bermaksud perbezaan-perbezaan yang
terdapat di antara anggota masyarakat sama ada dari segi kuasa, ekonomi, penilaian masyarakat,
kepuasan jiwa dan sebagainya. Stratifikasi sosial membawa kelompok-kelompok individu tadi
ke dalam strata tertentu sehingga ada kedudukan yang lebih rendah dan yang lebih tinggi (Yap
Beng Liang, 1989 & Ismail Yusoff, 2008:100). Malah, sistem stratifikasi sosial ini mempunyai
ciri yang sama dengan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada masa
dahulu. Sistem feudal di Eropah dibahagikan kepada golongan raja, bangsawan, askar, petani
dan hamba. Selain daripada itu, sistem stratifikasi sosial ini turut menyerupai sistem kasta di
India. Manakala di India pula, sistem kasta ini terbahagi kepada golongan Brahmin, golongan
Khastriya, golongan Vaisya dan golongan Sundra (Singer, 1964; Betteille, 1965; Ahmad, 1978
& Sharma, 1981).
Top Related