BAHAGIAN A
1
a) ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL
PENTADBIRAN
Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan
mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, sekolah dan lain-lain lagi. Dengan
kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai
ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan.
Definisi Dari Segi Takrifan
Menurut Haji Wan Azmi Ramli di dalam bukunya ‘Pengurusan Terkini’ –
Pentadbiran adalah satu cara untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui
penyelarasan serta penyeliaan segala pekerjaan yang dibuat disamping tindakan
yang diambil.Haji Wan Azmi Ramli turut menyatakan bahawa ‘pentadbiran ialah
sesuatu yang ditadbirkan dan ini merangkumi bidang batasan yang amat luas seperti
menelah (meramal), merancang, mengelola, mengawal, menasihat, menyelaras,
menyelia, melatih dan kadangkala ,meniru dan menurut. Segala ini diuruskan, secara
sedar atau tidak sedar mengikut dasar tertentu agar matlamatnya tercapai dan kerja
berjalan lancar yang boleh dimanfaat oleh semua.’
Para sarjana Barat mempunyai takrifan yang tersendiri mengenai definisi
pentadbiran dari sudut takrifan. Sebagai contohnya Mayo (1954) – mendefinisikan
pentadbiran adalah satu fungsi untuk menetapkan, menentukan, dan
memperjelaskan sesuatu, menggubal dasar dan peraturan serta memberikan
kepercayaan kepada kakitangan untuk menyelesaikan penugasan terutama
penugasan yang berprestij tinggi..Selain daripada penekanan turut diberikan agar
pentadbir diberikan autonomi untuk membuat sebarang pilihan, penyediaan
dan pengelolaan ke atas segala kemudahan yang bersesuaian.
Bagi Newman (1963) pula, beliau mentakrifkan pentadbiran sebagai satu garis
panduan yang berpandukan gaya kepimpinan yang mampu menyelia dan mengawal
segala usaha yang dijalankan bersama oleh individu di dalam sesebuah organisasi
yang mempunyai matlamat yang sama. Menurut pendapatnya lagi kerja-kerja
pentadbiran mempunyai perkara-perkara asas seperti perancangan, pengelolaan,
mengatur, mengumpul, membuat penyeliaan dan membuat pengawalan.
2
Pengurusan
Menurut istilah kamus dewan (2001) adalah suatu perihal (kerja dan
sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat, badan,
perniagaan dan sebagainya). Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan
makmal dan guru KH.
Menurut Rashid (1995) mendifinisikan pengurusan sebagai mengurus
manusia, aset, organisasi dan Negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang
hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan.
Makmal Kemahiran Hidup
Makmal merupakan tempat melakukan ujikaji, percubaan atau penyelidikan
yang berkaitan dengan ilmu sains. Makmal yang dimaksudkan disini ialah makmal
atau bengkel untuk melakukan kerja-kerja amali bagi mata pelajaran Kemahiran
Hidup
Matapelajaran Kemahiran Hidup
Matapelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran pra voksional
yang diajarkan diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga 3.
Matlamat matapelajaran ini ialah untuk melahirkan insan yang berdikari,
berkemahiran menggunakan teknologi, faham berkenaan ekonomi dan mempunyai
sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif serta boleh berinteraksi dengan
baik (KPM). Matapelajaran Kemahiran hidup ini dirancang bagi mencapai hasrat
falsafah pendidikan negara iaitu mewujudkan insan yang harmonis dari segi JERI
(1989). Matapelajaran ini diperkenalkan bagi menggantikan matapelajaran elektif
iaitu Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan.
Sejak dilaksanakan mulai tahun 1991 matapelajaran ini dibahagikan kepada kepada
2 bahagian iaitu bahagian elektif dan bahagian teras. Elektif perdagangan telah
dimasukkan ke dalam bahagian teras manakala bahagian Sains pertanian dan
Ekonomi Rumahtangga dikekalkan dan seni perusahaan digantikan dengan
Kemahiran Manipulatif Tambahan. Setelah 10 tahun dilaksanakan pilihan
perdagangan telah diperkenalkan semula.
3
Peranan Guru di Makmal KH
Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah.
Pengajar adalah individu yang memberi panduan, bimbingan serta tunjuk ajar
kepada seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin 1994). Guru Kemahiran
Hidup bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi
bertanggungjawab mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya.
Peranan guru KH adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru yang
lain. Selain mengajar guru KH dikehendaki menyelenggara segala perkakasan dan
peralatan di dalam makmal selepas dan sebelum mengguna. Pengurus-pengurus
makmal juga dipertanggungjawabkan untuk mempastikan setiap makmal yang akan
digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin
keselamatannya.
Seorang pendidik itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah,
adil, berdedikasi, bertanggungjawab, berdisplin, berdaya usaha dan berperibadi
mulia. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan dan sentiasa
membimbing pelajar-pelajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Maka dengan itu, guru yang menguruskan makmal Kemahiran Hidup
supaya dapat membimbing pelajar serta guru-guru yang lain supaya sentiasa
mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa berkerja menggunakan makmal
Kemahiran Hidup
4
Pengurusan dan Organisasi
Dalam pengurusan sebuah makmal KH haruslah mempunyai satu organisasi
yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Kamaruddin (1994), organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang
menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada
kemajuan. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan
segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikehendaki.
Dalam organisasi makmal KH, Ketua Panatia adalah orang penting untuk
mencapai matlamat pengurusan. Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih
mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Sebagai Ketua Panatia,
guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus,
mentadbir dan mengendalikan mesyuarat. Menurut Ahmad Hussein (1993)
mengurus sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan
tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
Di sekolah yang saya telah menjalani praktikum fasa dua iaitu Sekolah
Kebangsaan Montfort juga mempunyai carta organisasi pengurusan bilik kemahiran
hidup. Di sekolah tersebut, carta organisasinya tidak berpecah kepada banyak
pecahan. Ini menyebabkan guru panatia kemahiran hidup sahaja yang menjalankan
kerja-kerja menyelenggara dan juga membersihkan bilik tersebut. Selain itu, di
sekolah ini juga tiada pembantu atau lebih dikenali sebagai formen. Formen amat
diperlukan untuk membantu guru menyediakan alatan dan juga bahan untuk
disediakan kepada murid. Guru panitia di sekolah ini amat berdedikasi kerana saya
telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran walaupun bahan dan juga alatan
terpaksa disediakan seorang diri. Dibawah ini ialah carta organisasi bilik kemahiran
hidup di Sekolah Kebangsaan Montfort.
5
Jadual 1.0: Carta Organisasi Panitia KHSK Montfort
6
PENASIHAT
GURU BESAR
MURID-MURID
AHLI JAWATANKUASA
SETIAUSAHA
PENGERUSI
Tujuan mewujudkan sesebuah organisasi ialah untuk menyelaraskan
peperiksaan, kursus dan juga latihan guru. Ini ialah untuk memahirkan lagi tenaga
pengajar dan dapat mencapai objektif dengan cepat. Selain itu organisasi yang
diwujudkan adalah untuk memastikan bilik kemahiran hidup sentiasa kondusif,
tersusun dan juga alatan tangannya sentiasa diselenggara.
Satu perubahan perlu dibuat pada carta organisasi ini supaya ianya tidak
membebankan guru panatia kemahiran hidup sahaja. Satu mesyuarat perlu diadakan
untuk melantik ahli jawatankuasa baru dan bukan dengan memilih denga sesuka hati
sahaja. Ini akan menyebabkan bilik kemahiran hidup lebih tersusun, kondusif dan
sentiasa terjaga. Selain itu, disekolah ini tiada jadual organisasi bengkel. Bilik
kemahiran hidup hanya dibersihkan oleh tukang sapu sekolah sahaja. Carta
organisasi bengkel juga perlu diwujudkan. Dibawah ini saya sertakan contoh
organisasi panitia dan juga organisasi bengkel yang sesuai dengan perkembangan
kurikulum pada masa kini.
7
Organisasi panitia KHSR
8
PENASIHAT: PENTADBIR
KETUA PANATIA KHSR
KETUA UNIT ERTKETUA UNIT KEM. TEKNIKAL
KETUA UNIT PERTANIAN KETUA UNIT PERNIAGAAN
PAR – N11
GURU KANAN KURIKULUM
SETIAUSAHA
GURU-GURU KHSR
Organisasi Bengkel
9
PENASIHAT: PENTADBIR
KETUA PANATIA KHSR
KUMPULAN I
PENOLONG FORMAN
FORMAN/ KETUA KUMPULAN
GURU-GURU KHSR
KUMPULAN III KUMPULAN II
Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan sistem pengurusan yang memerlukan
kerjasama di antara guru dan murid. Sistem ini menjamin keadaan bengkel yang teratur
dan selamat semasa bekerja. Murid mesti mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
dan jadual kerja yang telah disediakan oleh guru.
Organisasi bengkel dibentuk untuk:
a) Memastikan makmal sentiasa bersih dan kemas.
b) Memastikan alat dan kelengkapan makmal sentiasa dalam keadaan teratur.
c) Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan semasa bekerja.
Selain itu, tujuan penubuhan organisasi keselamatan bengkel adalah untuk:
1) Memastikan sistem pengurusan di bengkel lebih teratur dan bersistematik.
2) Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam
bengkel.
3) Memastikan bengkel dalam keadaan teratur dan kemas.
4) Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab.
5) Memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat
yang selamat.
6) Melatih murid bersifat bekerjasama dan bertanggungjawab.
Struktur Organisasi Bengkel
Formen dan penolong formen dilantik di kalangan murid. Tugas mereka ialah
a) Memastikan bahawa setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing
dengan sempurna.
b) Menolong guru untuk menguruskan bengkel.
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas masing-
masing secara bergilir-gilir.
10
Pengurusan yang berkesan boleh mengelakkan kemalangan berlaku semasa
pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan boleh dielak jika:
1) Pengetahuan dan pemahaman alat serta bahan yang diguna.
2) Menyusun langkah P&P dengan baik dan ikut prosedur.
3) Murid sentiasa mengikut arahan kerja yang ditetapkan.
4) Mematuhi keselamatan bengkel setiap masa.
5) Menggunakan alatan dengan cara yang betul.
6) Peka keadaan bengkel dan memakai alat perlindungan.
7) Guru peka dengan tahap kemahiran murid semasa bekerja.
11
Apabila Berlaku Kemalangan
Ketua
Formen
Guru BertugasRakan Sekelas
Rakan Kumpulan
Tindakan
b) ASPEK AMALAN KESELAMATAN BENGKEL.
AMALAN KESELAMATAN GURU DAN MURID
Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar
daripada bahaya, bencana atau gangguan. la merupakan perkara untuk mencegah
daripada berlakunya kemalangan. Banyak kemalangan dan kecederaan boleh berlaku
di bengkel Kemahiran Hidup kerana murid-murid terdedah kepada alatan tangan yang
tajam selain beberapa faktor lain yang boleh menjadi punca kemalangan dan
kecederaan.Di bawah aspek amalan keselamatan bengkel terdapat 3 isu utama iaitu
program keselamatan bengkel, tanggungjawab guru bengkel dan peraturan am
keselamatan. Bagi program keselamatan bengkel pihak yang bertanggungjawab
menjalankan program perlu merancang, menjalankan program secara pendekatan
sistem dan menghuraikan faedah amalan keselamatan. Tujuan program keselamatan
bengkel ialah untuk menyedarkan murid tentang bahaya semasa di bengkel,
menjadikan suasana kerja yang selamat dan mengawal tingkah laku murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlansung.
Selain itu amalan keselamatn juga menyentuh tentang tanggungjawab guru
bengkel. Antara tugas-tugas guru bengkel ialah membuat peraturan am bengkel,
menyelenggara semua alatan bengkel supaya berada dalam keadaan selamat dan
menjaga kebersihan bengkel daripada bahan-bahan yang boleh membawa kepada
kemalangan. Selain itu amalan keselamatan dapat dipratikkan apabila sesebuah
bengkel mempunyai peraturan-peraturan am. Sebagai contoh peraturan dari segi
pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut
bertutup, pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam
apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.Sebelum memasuki bengkel perlu
mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya buat di Sekolah Kebangsaan
Montfort, terdapat beberapa amalan keselamatan yang selalu diamalkan oleh guru dan
murid di sekolah ini. Amalan ini teramatlah perlu jika ingin melakukan sebarang kerja-
kerja yang melibatkan alatan tangan seperti tukul besi, pahat, gergaji dan lain-lain yang
12
berkemungkinan akan berlaku kemalangan. Guru di sini amat menitikberatkan tentang
keselamatan murid. Walau apapun yang berlaku, keselamatan murid adalah yang
paling dititikberatkan kerana ianya akan menjejaskan nama baik sekolah dan juga ibu
bapa memberi sepenuh kepercayaanya ketika murid berada di sekolah. Sebelum
masuk ke bengkel, murid dikehendaki beratur di luar bengkel dan tidak dibenarkan
membawa sebarang beg untuk masuk ke bengkel. Ini adalah langkah keselamatan
untuk mengelakkan sebarang kecurian berlaku di dalam bengkel ini. selepas mereka
beratur, guru membenarkan murid masuk ke bengkel satu per satu dengan memeriksa
kuku murid. Ini kerana kuku yang panjang tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja
amali. Amalan ini patut diteruskan dan diamalkan untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.
Selepas murid masuk ke bengkel, perkara utama yang diarahkan oleh guru di
sekolah ini ialah untuk membuka semua tingkap yang ada di bengkel. Ini adalah untuk
memberikan keselesaan kepada murid dengan memberi pencahayaan dan
pengudaraan yang baik kepada murid. Pencahayaan yang baik dan pengudaraan yang
baik dapat menghindarkan murid daripada mendapat kemalangan. Murid juga tidak
dibenarkan membawa sebarang makanan masuk ke dalam bengkel. Ini kerana
mengikut peraturan, makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bengkel.
Makanan akan menyebabkan murid tercekik dan ini akan mendatangkan kemalangan di
dalam bengkel.
Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru-guru di SK Montfort ini banyak
menekankan tentang nilai-nilai keselamatan. Sebagai contoh, guru mendemonstrasikan
cara untuk menggergaji sebatang kayu, murid diterapkan dengan nilai keselamatan.
Tambahan pula, di dalam bengkel itu terdapat slogan “utamakan keselamatan” yang
begitu jelas pada belakang bengkel. Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran,
guru telah mengarahkan murid untuk membersihkan ruang kerja dan juga alatan yang
telah digunakan. Membersihkan ruang kerja adalah untuk menjadikan bengkel lebih
kemas dan tersusun seperti sedia kala. Murid membersihkan alatan tangan yang
digunakan kerana untuk memanjangkan lagi hayat penggunaan alatan tangan tersebut.
13
Peruntukan yang diberikan kerajaan amatlah terhad dan oleh kerana itu lah guru begitu
prihatin tentang kerosakan alatan tangan di bengkel itu.
Murid-murid di sekolah tersebut juga banyak mengamalkan ciri-ciri keselamatan
yang diterapkan kepada mereka. Sebagai contoh beratur sebelum masuk ke bengkel.
Selain itu, ketika menggunakan alatan tangan, mereka mengikut arahan guru untuk
melakukan kerja amali dengan berhati-hati dan mengikut urutan. Sekolah ini begitu
bagus dalam menerapkan amalan keselamatan di bengkel dan saya amat bersyukur
kerana sepanjang saya menjalani praktikum disini, tiada sebarang kemalangan yang
berlaku.
14
c) ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
KESELAMATAN BENGKEL
Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang
perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti yang
dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang
kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan –
peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang
tidak diingini berlaku. Ibrahim Syed dan Raja Afindi Raja Adam (1998) menyatakan,
“keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk
kemalangan dan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang menjadi aset
syarikat”.
Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek-
projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan
tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan
teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya
menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar
seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga
keselamatan dirI dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu
ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di
amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah
memasuki ke alam pekerjaan.
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun
beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku
terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi
biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.
15
Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak
terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi
yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah
dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di
bengkel.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya
pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja,
terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan
keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk
mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam
bengkel.
Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai
menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa.
Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana
melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara
seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh
berlaku.
Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh
tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga
rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk
dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri.
Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan
selamat.
.
16
Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,
kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga
akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan.
Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos
perubatan
Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa
melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan
bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan
keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya
menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani
aktiviti di bengkel. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan
pelajar terhadap keselamatan bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama
dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
di bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara
yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.
17
Tujuan pengurusan keselamatan bengkel.
1. Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan, dan bahan.
Seperti mana yang diperjelaskan, sesebuah bengkel mempunyai pelbagai
peralatan, kelengkapan dan barangan yang bernilai tinggi. Sekiranya kemudahan
berkenaan tidak diuruskan dengan baik dan bersistematik, berkemungkinan
risiko berlakunya kemalangan secara tidak langsung meningkat.
Kita dapat lihat jika lebihan bahan kerja seperti habuk kayu, potongan kayu-kayu
kecil, batang besi dan sebagainya tidak di urus dengan betul dan bertaburan di
atas lantai bengkel. Ini menyebabkan pergerakan kita akan terganggu dengan
kehadiran bahan-bahan tersebut dan risiko terjatuh meningkat secara tidak
langsung. Ia juga menyebabkan hilang fokus semasa mengalihkan barang ke
tempat yang baru.
Peraturan yang ada hendaklah di patuhi dan pihak pengurusan sentiasa
memastikan bahawa pengguna bengkel mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan di dalam bengkel.
Penyelenggaraan alatan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan alatan
selamat digunakan. Menjadi tugas pengurusan untuk memastikan semua alatan
dalam keadaan baik untuk digunakan dan jika perlu, perbaiki alatan sebelum
digunakan.
18
2. Mengelakkan dari berlaku kemalangan.
Kemalangan akan mudah berlaku jika tiada system pengurusan di wujudkan
dalam sesebuah bengkel. Dengan adanya system pengurusan, ia memberi
tanggungjawab bengkel kepada seseorang. Ini memudahkan laporan, aduan
serta pengawasan di jalankan.
Melihat keadaan dimana seorang pengguna secara tidak sengaja mengambil
pahat yang telah patah matanya. Melalui pengurusan yang ada, pengguna
tersebut terus melaporkan kepada pengurusan agar diamabil tindakan
seterusnya dan sebaliknya, jika tiada system pengurusan, risiko kemalangan
meningkat jika pengguna terbabit terus menggunakan alatan tersebut yang
sepatutnya di selenggarakan terlebih dahulu.
19
TUJUAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL.
Mewujudkan keselamatan bengkel,
alatan, dan bahan.
Mengelakkan dari berlaku kemalangan.
Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan dengan efektif,
Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan
sebahagian daripada prosider dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka mencadangkan
proses ini mesti disepadukan dengan sistem pengurusan dan perancangan organisasi,
bukannya dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan
yang sedia ada.
Merujuk huraian yang telah saya kupas, saya membahagikan tajuk utama iaitu
pengurusan dan keselamatan bengkel kepada dua iaitu, dari segi aspek pengurusan
serta aspek keselamatan bengkel. Perkara yang paling saya tekankan disini ialah aspek
keselamatan bengkel. Di bengkel kemahiran hidup sekolah, mestilah mempunyai ciri-
ciri keselamatan yang tinggi supaya dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
Bilik kemahiran hidup SK monfort ini mempunyai banyak kelebihan walaupun sekolah
ini adalah sekolah bantuan modal, bengkel kemahiran hidup sekolah ini boleh dikatakan
cukup kondusif untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara kelebihan yang terdapat di bengkel sekolah ini ialah pengudaraan dan
pencahayaan yang baik. Ini merupakan faktor terpenting dalam keselamatan. Selain itu,
bengkel kemahiran hidup ini mempunyai susun atur meja yang selamat. Ini kerana
murid dibahagikan mengikut kumpulan meja sebanyak 6 kumpulan dan ia juga lebih
menyenangkan untuk pelajar keluar daripada bengkel jika berlakunya kebakaran.
Selain itu, bengkel di sekolah ini juga mempunyai kawalan keselamatan yang baik
dengn adanya gril besi di setiap tingkap dan juga pintu. Ini dapat mengelakkan daripada
berlaku sebarang kecurian di dalam bengkel ini.
20
Bengkel ini juga terdapat kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Yang pertama
ialah gril besi pada pintu belakang telah rosak. Ini akan menyukarkan pergerakan
pelajar jika berlaku sebarang kemalangan di dalam bengkel ini. guru perlu mengambil
sedikit peruntukan untuk menjalankan proses membaiki gril besi itu. Selain itu, bengkel
ini juga tidak terdapat LCD seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan sekarang.
Sekolah sepatutnya menyediakan satu LCD di dalam bengkel supaya proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan senang difahami oleh murid.
Apa yang telah saya lihat pada sekolah ini, pengurusan inventorinya tidak begitu
bagus kerana sumber kewangan yang sepatutnya digunakan untuk membeli bahan
untuk projek murid digunakan untuk membeli barang lain. Contohnya ialah membeli
almari pejabat. Ia sepatutnya tidak termasuk dalam inventori kemahiran hidup. Pihak
pengurusan perlu lebih telus dalam membeli barang dan juga tidak menggunakan
sumber kewangan sewenang-wenangnya. Sekolah ini juga kekurangan alatan tangan
untuk digunakan untuk menjalankan amali ataupun kerja projek. Pihak pengurusan
perlu membeli dan membaik pulih alatan yang telah ada di dalam bengkel tersebut.
Selain itu, saya mendapati di sekolah ini juga tidak mempunyai sebarang buku
rekod pinjaman alatan tangan dan juga buku rekod penggunaan bengkel ini. buku-buku
rekod itu amat penting sebagai rekod. Jika berlaku kehilangan alatan, guru-guru dapat
menyemak balik rekod penggunaan alatan tangan di sekolah. Ini akan melancarkan
proses pinjaman alatan tangan di bengkel.
21
Susun atur meja yang baik keselamatan diutamakan
Gril besi pada tingkap bengkel.
Pintu yang sentiasa dikunci. kotak pertolongan cemas.
22
BAHAGIAN B
23
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Pengajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan kaedah dalam bentuk projek sebagai cara murid
memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan
penerokaan murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan
atau siasatan yang teratur dan akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya
boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek ini dapat dilakukan secara individu
dan juga berkumpulan dibawah bimbingan yang minima oleh seorang guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook: project based learning
menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar
mempelopori ilmu keluar daripada bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai
pemberi ilmu sahaja. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian dan
kajian atau projek di dunia sebenar.
Untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek ini, saya
telah memilih satu tajuk yang sesuai untuk saya menjalankan pembelajaran ini. saya
telah memilih tajuk elektrik dan elektronik tahun 4 sebagai tajuk untuk tugasan ini. tajuk
ini amat sesuai untuk dijadikan pengajaran berasaskan projek kerana ia melibatkan
kemahiran proses sains dan juga untuk memudahkan lagi pemahaman murid kepada
mata pelajaran baru ini.
24
Pembelajaran berasaskan projek ini juga mempunyai beberapa prinsip yang
perlu dititik beratkan. Selain itu ia juga melibatkan pendekatan berfokuskan murid
meneroka sendiri, iaitu murid melihat sedikit demonstrasi oleh guru dan membuat
projek mereka mengikut kemahiran murid itu sendiri. Seorang pengkaji Nancy Craft
menyatakan beberapa ciri pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek ini
merangkumi:
Membolehkan cara pengajaran yang pelbagai
Berorientasikan dunia sebenar
Persekitaran yang bebas dalam membuat pemilihan berkaitan pengajaran
Menggalakkan murid menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Menggunakan kaedah pengalaman “hands-on”
Memberi pemahaman yang tinggi
Boleh dirujuk oleh semua pelajar.
Melibatkan pelbagai mod komunikasi
Pelajar bertanggungjawab keatas pembelajaran sendiri.
Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan
yang baru dengan yang lama.
Pembelajaran melibatkan data semasa
Pembelajaran merenasi kurikulum pembelajaran.
Guru sebagai fasilitator
Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.
Pengajaran dan pembelajan berasaskan projek ini adalah satu pengajaran yang
menambahbaikkan kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam
25
penyelesaian masalah. Kaedah ini juga dapat mendidik pelajar supaya menyelesaikan
masalahnya dengan sendiri contohnya dalam tajuk elektrik dan elektronik, seorang
pelajar memasang kit elektrik litar selari dan mentolnya tidak menyala. Pelajar tersebut
akan mencuba sedaya upaya supaya projek yang dihasilkannya itu berjaya.
Kemahiran ini juga adalah untuk murid menyesuaikan diri murid dalam aktiviti
berkumpulan dan juga kerja berkumpulan. Terdapat lima komponen penting yang
menggalakkan pengajaran iaitu:
1. Demonstrasi (tunjuk cara)
2. Aplikasi
3. Pengaktifan
4. Integrasi
5. Pemusatan tugasan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
26
Mata pelajaran : Kemahiran hidup
Hari : Isnin
Tarikh : 4 Ogos 2011
Masa : 12.20 tengahari – 1.20 tengahari (1jam)
Kelas : 4 Gemilang
Bilangan Murid : 33 orang.
Tajuk/ Subtajuk : 1.4 Elektrik dan Elektronik
b. penyambungan litar. (litar siri)
Pengetahuan sedia ada : murid pernah melihat penyambungan litar pada lampu
basikal, lampu rumah.
Objektif pembelajaran : pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1. Dapat membezakan litar skematik dan litar bergambar.
2. Membuat penyambungan 2 daripada 3 komponen litar
dengan cara yang betul.
Penerapan nilai murni : bekerjasama, rajin, tekun, berhati-hati, menjaga
keselamatan, focus.
Bahan Bantu Mengajar : carta urutan proses penyambungan dan carta lukisan litar,
contoh litar siri, alatan tangan.
KBKK : membuat gambaran mental, menjana idea, membanding
beza.
Strategi Pengajaran : penerangan, demonstrasi, berpusatkan murid.
27