1.0 Pengenalan
Sebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis
nilai moral adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan
pernyataan deskriptif ini dengan lebih mudah dan secara langsung. Etika dan
moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks Malaysia yang
bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan
Greek dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua
tempat dan masa perlu difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak
ada banyak fakta tentang agama dan kebanyakan agama belum lahir pada
masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran rasional, logikal
dan sebagainya.
Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi
oleh keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga
dipengaruhi oleh agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai
agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat bukan Islam sejak turun-
temurun lagi.
Etika (ethics): Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “ethos”
yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaaan dan budi pekerti.
Moral: Berasal daripada perkataan Latin “mores” yang membawa maksud
erti yang sama dengan etika.
Definisi “nilai”: Nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara
yang boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan
aritmetik dan keduanya dari segi kualiti yang intrinsik iaitu sesuatu yang
boleh dirasai secara “dalaman”atau dalam pemikiran kita.
1
Ashmore, R. B. (1987): Kemoralan (morality): Satu instrumen
masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan
kecil dalam kehidupan mereka. Kemoralan adalah sesuatu dari luaran
individu, diterapkan ke dalam diri sehingga menjadi tabiat sendiri. Proses
ini dipanggil “internalization”.
Proses Internalization/interiorized: Kemoralan ialah sesuatu dari luaran
individu dan dikenakan terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu
sehingga menjadi tabiat (habits). Matlamat dan peraturan ini akan menjadi
internalized.
Proses “internalized” ini mungkin agak kurang rasional, tetapi ia memang
biasa untuk kemoralan dipupuk ke dalam individu dengan sekurang-
kurangnya digunakan sebagai alasan semasa hendak memberikan
keterangan bagi perkara-perkara moral.
Kepentingan pendidikan moral: Memahami dan menghayati nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.
Implikasi pengajaran pendidikan moral: dapat melahirkan insan yang
mulia.
1.1 PERNYATAAN NORMATIF
Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang
berbeza. Oleh kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif
falsafah dan perspektif psikologi, pernyataan normatif akan diterangkan
dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar
tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih
kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.
2
Kita dapat membincangkan perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan,
tentang seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat (trait) kelakuan atau
peribadinya. Begitu juga kita boleh mengatakan bahawa mereka adalah
secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat, bertanggungjawab, boleh
dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya. Penilaian ini dipanggil
pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Rajah di bawah telah
meringkaskan penjelasan tentang kedua-dua pernyataan normatif ini.
1.1.1 PERNYATAAN NORMATIF : Pertimbangan Deontik dan
Pertimbangan Aretaik
Sebagai contoh, pernyataan “ Orang ramai tidak patut membeli dan menjual
saham dengan cara dan niat untuk berjudi” ialah pertimbanan deontik, kerana
“niat berjudi” ini adalah sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh
diterma di sisi undang-undang atau agama. Sebagai seorang insan yang
bermoral, orang ramai “dinasihati” supaya tidak membeli dan menjual saham
dengan cara dan niat untuk berjudi. Kita menggunakan perkataan “dinasihati”,
kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang dan
agama, tetapi caranya (umpamanya, dengan cara “contra”) dan niatnya
(semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya tidak
3
boleh diterima. Oleh yang demikian, menjadi kewajipan kita untuk tidak
melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini.
Satu contoh pernyataan normatif dengan pertimbangan aretaik ialah “Pelabur
yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham”. Pernyataan ini
sebenarnya menilai atau membicarakan tentang personality pelabur yang
bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di pasaran saham, iaitu tidak
berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan jual-beli saham. Kita boleh
membuat andaian bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-
kaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa
lebih selamat dan lebih beruntung sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan
ini dianggap sebagai “bijak” dan bukan berbentuk perjudian. Pernyataan
pertimbangan aretaik ini tidak menyentuh kewajipan seseorang sebaliknya
hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat “bijak” (tidak berjudi) yang ada
pada seorang pelabur.
Contoh-contoh Pernyataan Normatif
Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Moral
Khas Am
Pertimbangan
kewajipan moral
(Pertimbangan
deontic
atau obligasi)
(a) Saya tidak suka mencaci
orang.
(b) Anda perlu menjadi seorang
guru yang berdedikasi.
(c) Apa yang dilakukan oleh Alu
adalah salah.
(d) Awak tidak patut memaksa
anak awak berkerja sehingaa
larut malam.
(a) Kita perlu menunaikan
perjajian kita.
(b) Semua pemimpin
dictator pandai menipu
rakyat.
(c) Semua manusia
memerlukan hak
kebebasan.
(d) Rasuah adalah salah
di sisi undang-undang.
Pertimbangan
nilai moral
(a) Bapa saya penghulu
kampung yang baik hati.
(a) Orang yang baik tidak
menipu atau mencuri.
4
(Pertimbangan
aretaik)
(b) Dia sentiasa
bertanggungjawab terhadap
tugasnya.
(c) Anda patut didenda
(d) Motif Ali adalah baik.
(b) Benevolence adalah
sesuatu yang mulia.
(c) Jealousy is an ignoble
motive.
(d) Orang yang dapat
memaafkan kecuaian ini
adalah seorang wali.
Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Bukan Moral
Khas Am
Pertimbangan
kewajipan bukan
moral
(Pertimbangan
deontik atau obligasi
bukan moral)
(a) Anda perlu membeli kasut
baru.
(b) Anda hanya perlu membeli
tiket untuk konsert ini.
(c) Dia sepatutnya tidur lebih
awal.
(d) Lisa perlu makan di kantin
sekolah setiap hari.
(a) Untuk membuat
sebuah meja, kita
menggunakan paku,
bukannya pita scotch.
(b) Kaedah yan baik
adalah dengan
menghantar tentera ke
medan perang.
(c) Untuk menjawab
dengan betul, calon
perlu membaca soalan
dengan teliti.
(d) Semua penghuni
asrama perlu menjaga
keselamatan diri.
Pertimbangan nilai
bukan moral
(Pertimbangan
aretaik bukan moral)
(a) Kereta itu elok.
(b) Kehidupannya tidak bahagia.
(c) Saya tidak memberus gigi
dengan cara yang betul.
(d) Kamarul mencuba
(a) Keseronokan itu
adalah baik dalam
dirinya.
(b) Demokrasi adalah
bentuk kerajaan yang
5
mempertahankan hujahnya
dengan perdebatan itu.
terbaik.
1.1.2 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF MORAL DENGAN
PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORAL
Contoh:
Pernyataan Ayat
Pernyataan Normatif
Bukan Moral
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya.
Pernyataan
Normatif
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya yang bersopan santun dan
bertata susila.
1.2 PERNYATAAN DESKRIPTIF
Pernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan
dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Contohnya, “Di Malaysia, rombakan
cabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri,” ialah satu pernyataan
deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya menjelaskan satu fakta yang
6
logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan nilai.
Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang
pertimbangan nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif.
1.2.1 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF DENGAN
PERNYATAAN DESKRIPTIF
Contoh:
Pernyataan Ayat
Pernyataan
Deskriptif
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi
pelajar bukan beragama Islam.
Pernyataan
Normatif
Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang
membantu pelajar mengenali moral masyarakat
Malaysia dan mengamalkan moral tersebut dalam
kehidupan seharian
1.3 BAGAIMANA PERNYATAAN NORMATIF DAN PERNYATAAN
DESKRIPTIF DIAPLIKASIKAN DALAM PERGAULAN SOSIAL
Situasi ini merupakan pernyataan normatif. Pergaulan antara dua orang di
dalam gambar telah memaparkan nilai kesabaran. Watak A merupakan
7
seorang yang mempunyai EQ yang rendah, tidak dapat mengawal perasaan
sendiri, bertindak mengikut perasaannya.Sebaliknya, Watak B pula
mempunyai kesabaran yang tinggi, dia cuba untuk menasihati dan
menghalang Watak A supaya tidak bertindak secara terburu-buru. Watak B
mengatakan bahawa segala perbuatan yang salah di sisi undang-undang
akan diambil tindakan oleh undang-undang. Hal ini telah menunjukkan satu
teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.
1.4 PERBEZAAN PERNYATAAN NORMATIF MENGIKUT BUDAYA
MESYARAKAT
Pernyataan normatif menyuarakan penakulan sesuatu situasi sama ada
sesuai atau tidak. Contoh, bandaraya akan lebih aman sekiranya tidak ada
kes ragut. Tidak ada cara untuk menyatakan pernyataan ini tidak benar,
dalam keadaan di mana banyak berlaku kes ragut, seseorang tidak boleh
menafikan pernyataan di atas.
Situasi yang ditunjukkan juga merupakan satu pernyataan normatif. Kedua-
dua watak berbual-bual dan bersetuju bahawa Negara kita adalah kaya
dengan moral dan etika. Mereka berasa bangga kerana walaupun Negara kita
terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama dan kebudayaan yang
kepelbagaian, tetapi perpaduan masih dapat diwujudkan dengan adanya nilai
moral yang kukuh. Ia berkaitan dengan moral dan etika yang diamalkan oleh
8
setiap rakyat Malaysia telah berjaya mewujudkan masyarakat yang bersatu-
padu dan harmoni. Hal ini telah mencapai hasrat “Satu Malaysia”.
Pernyataan yang berikut merupakan contoh ulasan tentang perbezaan antara
pernyataan normatif dan deskriptif:
(1) Lukisan itu sangat cantik.
(pernyataan normatif yang melibatkan soal estetika)
(2) Manusia memerlukan tiga keperluan yang asas.
(pernyataan deskriptif yang melibatkan fakta atau empirikal)
(3) Mengikut agama, adalah berdosa jika kita berbohong.
(pernyataan normatif yang melibatkan soal agama)
(4) Menanggalkan kasut di luar sebelum masuk ke dalam rumah. adalah
amalan budaya Malaysia.
(pernyataan normatif yang melibatkan soal adat/tradisi yang
diamalkan dalam budaya Malaysia.
(5) Menurut undang-undang jalan raya, dia patut berhenti apabila lampu
isyarat bertanda merah
(pernyataan normatif yang melibatkan soal undang-undang)
9
(6) Dia patut berhenti apabila lampu isyarat bertanda merah kerana
kegagalan melakukannya akan membahayakan nyawa diri dan
pengguna jalan raya yang lain
(pernyataan normatif yang melibatkan soal moral)
1.5 Kesimpulan
Domain moral memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan
baik, benar betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan
seseorang individu dan hubungan antara individu (Frankena, 1973; Abdul
Rahman Md. Aroff, 1999). Domain moral melibatkan pertimbangan nilai dalam
bentuk pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan
deskriptif yang merujuk kepada penilaian fakta. Namun begitu, bukan semua
pernyataan normatif melibatkan soal moral. Ada juga pernyataan normatif
yang melibatkan domain nilai yang lain seperti estetika, agama, adat atau
tradisi dan undang-undang.
Dalam Pendidikan Moral, kita perlu berfokuskan kepada pernyataan normatif
yang melibatkan pertimbangan nilai dalam soal moral. lanya berbeza dengan
pernyataan normatif yang tidak melibatkan soal moral dan pernyataan
deskriptif yang tidak bersifat normatif. Namun begitu, terdapat pernyataan
normatif yang melibatkan soal bukan moral iaitu agama, undang-undang,
estetika dan adat/tradisi tetapi ada kaitan dengan moral. Contohnya
kepatuhan kepada undang-undang ada kaitan dengan moral juga kerana
ianya menjaminkan hak individu hidup secara selamat dan bebas.
10
Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang
konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan
boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi
agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan
dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan
panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam
keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu
akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya
sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini
bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak
akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang
dihayati.
Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction)
terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut
kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan
menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak
dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam
menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang
boleh membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai :
11
Jenis-Jenis Nilai Peranan
Nilai InstrumentalNilai Intrinsik
Nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.
Nilai SubjektifNilai Objektif
Nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai.
Nilai RelatifNilai Mutlak
Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai.
Jadual 1 : Jenis-jenis nilai dan peranannya
Definisi : Nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Fungsi Nilai Subjektif :Membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara.
Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu remaja :1.Maklumat yang diberikan dalam sesebuah blog kadang-kala kesahihan faktanya kurang tepat.
Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu remaja :2). Amirul dikenakan hukuman rotan oleh gurunya kerana sering kali tidak menyiapkan kerja Matematik supaya pada masa akan datang Amirul akan mengubah sikapnya yang pemalas itu.
Nilai Subjektif
12
Nilai Objektif
Definisi :Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Fungsi Nilai Objektif :Menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya.
Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu
remaja :1. Walaupun Amy dan Ah Seng berlainan agama, namun mereka sering menziarahi antara satu sama lain semasa tibanya perayaan masing-masing secara tidak langsung telah merapatkan hubungan perpaduan dan silaturahim. sesama mereka.
Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu
remaja :2. Ibu sering menasihati adik supaya tidak mendera haiwan terutamanya kucing kerana perbuatan itu tidak berperikemanusiaan dan sebagai manusia, kita haruslah memelihara haiwan tersebut dengan baik.
Nilai Objektif
13
Nilai Instrumental dan Nilai Instrinsik
Nila
i In
stru
men
tal
Definisi : Nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Fungsi Nilai Instrumental:Dijadikan sebagai satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membantu dalam menunjukkan arah dan menjadi penentu dalam membuat pilihan dan tindakan.
Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu remaja :1.Pengedar dadah haruslah dikenakan sebatan atau hukuman yang setimpal dengannya kerana perbuatan tersebut dapat mengancam keselamatan negara.2. Pelajar yang merokok di kawasan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas sebagai menjaga tatatertib para pelajar.
Nila
i In
stri
nsi
k
Definisi: Sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.
Fungsi Nilai Instrinsik:Menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.
Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu remaja :1.Juana amat menyayangi seluruh keluarganya dan amat metaati ibu bapanya.2. Walaupun Ali merupakan kawan baik Roy , namun Roy telah berlaku adil dalam menyemak markah semasa kumpulan Ali sedang bertanding kawad kaki.
14
Nilai Relatif
• Definisi:Nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrari, iaitu tidak menentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan.
• Fungsi Nilai Relatif : Membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia.
• Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu remaja:
1.Ibu sering menasihati kakak supaya jangan selalu pulang lewat malam kerana bimbang akan keselamatannya dan tidak manis apabila anak gadis selalu pulang lewat jauh malam.
2. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang belum berkahwin dilarang bersedudukan kerana perkara tersebut dapat menabur fitnah terhadap keluarga masing-masing.
NilaiRelatif
15
Nilai Mutlak
Definisi: Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.
Fungsi Nilai Mutlak : Aatu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.
• Contoh-contoh relevan dalam proses pembentukan moral individu remaja:
1. Tindakan membunuh adalah sesuatu perbuatan yang amat keji dan dilarang sama sekali dalam mana-mana tuntutan agama.
2. Hidup keluarga yang sihat menjamin hubungan sesame ahli keluarga . Dengan itu, amalan yang baik akan menjamin keharmonian keluarga dan juga menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara.
Nilai Mutlak
16
3.0 KONSEP NILAI ‘BAIK’, ‘BENAR’ DAN ‘PATUT’
Konsep Baik
Perkataan baik bermaksud memberi faedah atau bagus
apabila menggunakannya
Konsep Benar
Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar
dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia
bertentangan
Konsep Patut
Patut membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau
dilakukan
3.1 Konsep Baik
Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau
bagus apabila menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada
perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.
Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna yang berbeza mengikut
situasi atau konteks tertentu seperti :
a) baik dalam konteks pemilihan
b) baik dalam konteks nasihat
c) baik sebab memuji dan bersetuju
d) baik kerana menghargai
e) baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran
f) baik disifatkan kerana kecekapan
17
Kamus Pelajar Baru (1989), ‘baik’ bermaksud memberi faedah atau bagus
apabila menggunakannya. Idea ‘ baik’ memberi makna berbeza mengikut
situasi:
Secara fizikal: alat yang memberi lebih faedah atau kepuasan dari
segi penggunaan, melihat dsb jika dibandingkan dengan pengalaman
lama,;elok
Memuaskan hati dari segi rupa ( mutu, kegunaan )
Tidak jahat ( kelakuan )
Pulih, sembuh ( penyakit )
Sangat sesuai dan rapat ( hubungan, persahabatan )
Konsep baik ; penerimaan atau sikap psikologi individu
Hobbes; objek yang diingini adalah baik baginya sebaliknya yang dibenci
adalah buruk
C.I. Lewis; baik atau buruk merupakan pengalaman individu secara intrinsik
Confucious; baik bermaksud menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi dan ditunjukkan melalui tingkah laku
Aristotle ; baik dianggap sbagai unsur kebahagiaan yang ada dan dirasai
3.1.1 Kebaikan ekstrinsik:
1. Penilaian atau taksiran piawaian
digunakan untuk membuat
penilaian terhadap sesuatu kerja
atau objek ( standard / taraf ).
Contoh: Guru menulis
perkataan ‘baik’ dalam buku
kerja murid kerana hasil
kerja yang mencapai
standard.
2. Pandai mengurus masa yang
diperlukan
Contoh: Kemajuan
komputer – baik bagi
mereka yang tahu
menggunakannya
18
3.1.2 Kebaikan Intrinsik:
1. Sokongan atau nasihat
‘Pandangan / pendapat yang
baik’ menunjukkan unsur
menyokong atas hasil
pemikiran penutur.
Perasaan sokongan yang
dirasai oleh penerima dapat
memberi keyakinan untuk
membuat keputusan.
2. Menghargai dan memuji
Hasil kerja yang baik atau
pertolongan yang diberi
akan memberi kepuasan
dan keseronokan. Pujian
diberi apabila pencapaian
tahap tinggi atau baik.
19
3.2 Konsep Benar
Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar
dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi
G.E Moore (ahli falsafah Inggeris) sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar
atau salah adalah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan.
Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan
instrinsik.
Kamus Dewan ( 1989 ):
•Betul, tidak salah, tidak keliru
•Tepat ( tidak berbeza dengan keadaan sebenar)
•Amat, sangat, sekali ( ramai sekali )
‘Benar’ bermaksud betul dan mengandungi ciri penjelasan nilai. Mempunyai
fakta-fakta, sebab-sebab dan bukti yang sah dan diterima oleh majority.
G.E. Moore; tingkah laku benar atau salah bergantung kepada darjah
keseronokan yang dihasilkan ( dirasai secara intrinsik ) dan berbeza-beza
antara setiap individu
Dewey ; ‘Benar’ adalah perkara abstrak dan hanya wujud daripada
permintaan orang lain kepada kita. Autoriti ‘benar’ menjadi permintaan atau
pengakuan seseorang individu.
Confucious; benar atau salah hanya wujud dalam hati manusia.
3.2.1 Kebenaran yang mutlak:
Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama
Kewujudan dan isi ajaran dalam kitab agama tidak boleh dibahaskan
atau dikaitkan dengan perkembangan sains dan amalan-amalan sosial
20
pada bila-bila masa.
Kepercayaan kepada Tuhan telah wujud dalam otak manusia itu
sendiri.
3.2.2 Kebenaran secara saintifik:
Boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat yang dikumpul dan
dianalisis secara saintifik.
Penggunaan statistik dapat menunjukkan darjah kebenaran yang lebih
tepat dan terperinci.
Betul / salah tidak bergantung kepada kesedaran otak, kenyataan
yang sah & tepat, boleh diuji berulang kali pada masa, tempat yang
berbeza
Kebenaran wujud dalam teori atau hukum.
3.2.3 Kebenaran secara relatif:
Sentiasa berubah-ubah mengikut situasi. Hari ini benar, tepi akan
datang mungkin berubah (akibat perubahan masa).
Wujud secara relatif kerana ilmu pengetahuan, kajian, pertimbangan
dan kemahuan individu adalah hasil usaha generasi sebelumnya
Kemajuan sains dan perubahan cita rasa membuat perubahan pesat
3.3 Konsep Patut
Dalam etika, patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat
pada situasi-situasi berikut :
1. ‘Tindakan patut kita dilakukan’ bermakna seharusnya dipilih setelah
menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan
tersebut perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-
galanya.
21
2. Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga
digunakan untuk membawa maksud ‘jangan melakukan sesuatu yang
seseorang itu patut…’. Ini bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah,
iaitu apa yang dia patut ‘jangan lakukan’.
3. Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : ‘Tindakan yang
patut saya lakukan’. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya
walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.
Kamus Dewan ( 1989 );
• Baik atau elok ( perangai, perbuatan ), senonoh
• Layak, sesuai ( melakukan sesuatu)
• Tidak lebih atau berkurangan, padan sesuai
• Sepadan, sesuai benar, setuju
• Seimbang, setimpal
• Perlu, penting
• Sebenarnya, sesungguhnya
• Boleh jadi, mungkin
Moore ( 1903 ); maksud sama dengan ‘baik’ kerana ianya mempunyai unsur
bertindak secara waras dan bijaksana.
Konsep patut memerlukan penilaian secara intrinsik, iaitu:
memberi pertimbangan terhadap suatu standard yang diterima oleh
manusia
memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud.
Memberi pertimbangan nilai yang logik
Dari segi perkataan, patut bermaksud:
Memberi dorongan terhadap sesuatu aktiviti atau tindakan yang betul
(pujian, nasihat, cadangan atau arahan)
Memberi penjelasan atas sesuatu kelakuan (pengajaran, mengarah
membuat sesuatu atau memberi hukuman terhadap tindakan)
Memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat / sifat yang sama
22
Tidak setuju dengan sesuatu kelakuan
Secara umum, dalam semua situasi, ‘patut’ memberi maksud bahawa
sesuatu perlu dilakukan dan dipenuhi.
3.4 Analisa Kes
Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan
patut. Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar
Anda patut berkelakuan baik
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan
Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan
tugas dan tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan
konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah
yang berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang
berbeza.
Dalam konteks kematian pasangan Laleh dan Laden, kembar Iran yang
popular, telah mencetuskan soal pendebatan moral dalam etika dunia
perubatan. Moral ialah pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan atau
perlakuan itu salah atau sebaliknya. Etika pula sama ada sesuatu perbuatan
itu adil atau tidak. Secara ringkasnya kes itu menjurus kepada persoalan
patut atau tidak patut berdasarkan kepada moral dan etika. Pelbagai
tanggapan telah dibuat, Walaubagaimanapun kes ini boleh dilihat dari 4
petak. Petak pertama bermoral dan beretika. Petak kedua bermoral tetapi
tidak beretika. Petak ketiga tidak bermoral tetapi beretika. Petak keempat
ialah tidak bermoral dan tidak beretika.
23
1. Jenis Pemikiran Naturalis
Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)
manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus
hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara
tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh
berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk
berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia
juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-
kehendak mereka.
2. Jenis Pemikiran Emotivis
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja
keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.
24
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata,
tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Menurut golongan
emotivis, individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan
pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama dalam
kalangan orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata
lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral
tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya
merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif,
dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh
mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan
dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja
berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis
cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau perasaan
yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui” mengandaikan
terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini
mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori
emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep “emosi” yang lengkap.
3. Jenis Pemikiran Intuitionis
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan
perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah
mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah
mengikut emosi, sikap atau perasaan.
25
Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis
adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak
telah mengalami 1001 pengalaman hidup. Oleh itu apabila mereka
menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang
tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air
sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu
pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan
fikiran lantaran faktor usia.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang
lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran
pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.
Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran
terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati.
26
4. Jenis Pemikiran Rasionalis
Pebezaan antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang
waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat
keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang
boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan
keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran
rasional.
Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan.
Perkara-perkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang
abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik
pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara tentang Hari
Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan sebagainya.
Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’
atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik memerlukan asas pemikiran
rasional yang waras dan logik.
27
Contoh Tingkah Laku Jenis-Jenis Pemikiran Moral
1. Jenis Pemikiran Naturalis
Semasa menerima keputusan SPM, Albert berasa sangat kecewa kerana keputusannya tidaklah baik seperti yang diharapkan. Dia beranggapan bahawa usaha yang diberikan tidaklah seberapa dan juga bersikap acuh tak acuh dengan pelajarannya.
2. Jenis Pemikiran Emotivisa. Tanpa berfikir panjang, Faris melafazkan talak kepada isterinya kerana menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.b. Murid tingkatan 3 itu telah mencalarkan kereta gurunya kerana guru tersebut telah menghukumnya di kelas tadi.
3. Jenis Pemikiran Intuitionisa. Rosa kecewa kerana telah ditipu kekasihnya yang telahmelarikan duitnya dan amat menyesal kerana tidak mendengar cakap bapanya.b. Walaupun Jane baru bertemu dengan bakal mertuanya namun keluarga tersebut amat baik dengannya, tambahan pula Jane seorang gadis yang bersopan-santun.
4. Jenis Pemikiran RasionalisWalaupun Ah Meng telah berusaha sedaya upaya menghasilkan kerja kursusnya dengan baik, namun markah yang diberikan rendah dan dia berfikir kemungkinan ada perkara yang tidak menepati kriteria markah yang cemerlang.
Contoh tingkah laku Jenis-jenis Pemikiran Moral
28
5.0 Definisi dan ciri-ciri Teori Utilitarianisme, Teori Egoisme,
Teori Prinsip Kewajipan dan Teori Eksistentialisme.
5.1 Pengenalan Teori Etika Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme.
Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung
kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme
(consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan
atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah
penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan
atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya,
sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan
yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang
berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan
wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan
Egoisme.
29
5.1.1 Teori Utilitarianisme:
Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya
melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling
banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada
sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah
kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).
Jenis dan Ciri-ciri:
Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat
bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’.
Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu
tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum
sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan
kebaikan maka ia dianggap betul.
Act utilitarianism:
Ciri yang pertama adalah
merekodkan akibat sesuatu
perbuatan sama ada bermoral atau
sebaliknya berdasarkan kajian kes.
Ciri ini dipanggil act utilitarianism.
Misalnya aktiviti riadah dengan
menonton televisyen mungkin
dianggap tidak bermoral kerana
masa tersebut sepatutnya
digunakan untuk melakukan kerja-
kerja yang bermanfaat seperti kerja
kebajikan.
Hedonistic utilitarianism:
Ciri yang kedua pula ialah
mengambil kira kegembiraan,
kesan daripada suatu tindakan
dianggap bermoral. Ini kerana
Bentham berpendapat, untuk
menentukan benar atau salah
(moraliti) tingkah laku individu,
ianya perlu mengambil kira kesan
dan akibatnya. Misalnya tindakan
atau perbuatan yang boleh
meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga
mencetuskan ciri kegembiraan.
Memutuskan persahabatan tetapi
membahagiakan kedua-dua pihak
yang terlibat adalah suatu yang
dianggap bermoral.
30
Contoh yang berkaitan:
(a) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme
Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu,
seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang
mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya
membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan
penderitaan.
Contohnya : utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar
Hiroshima untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak
jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang
berleluasa.
(b) Pandangan tentang peraturan yang bermoral
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan
keseronokan bagi semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar
pendek di dalam kampus perguruan.
(c) Tindakan mencuri
Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang
yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap
baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada
seseorang kaya yang kena curi.
Kelemahan-kelemahan teori ini:
1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang
subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan
setiap individu adalah berbeza.
2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang
individu adalah tidak sama dengan orang lain.
31
5.1.2 Teori Egoisme:
Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900) yang
merupakan pengkritik kuat Utilitarianisme dan juga kuat menentang teori
Kemoralan Sosial.Teori etika yang memegang prinsip bahawa seseorang itu
mestilah melakukan sesuatu perbuatan yang bermatlamat memberikan
faedah kepada diri sendiri.Setiap perbuatan yang kesannya memberi
keuntungan dan faedah kepada diri sendiri adalah satu perbuatan yang baik
dan perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri.Teori ini mula
berkembang apabila wujudnya pertentangan antara golongan bangsawan dan
rakyat bawahan.
Situasi :
Pendapat pertama
Menurut teori egoisme , tindakan anak tersebut adalah dianggap wajar kerana
beliau menetang Teori Kemoralan Sosial . Menurut teori egoisme , sebarang
undang-undang dari mana-mana autoriti atau pertubuhan adalah sesuatu
tidak perlu. Ini kerana , manusia masih lagi berevolusi dengan persekitaran
untuk membina kehidupan. Jadi , setiap peraturan mestilah ditentukan oleh
diri sendiri. Peraturan mestilah bersifat individualistik dan sesiapa yang
membuat dan mematuhi peraturannya sendiri akan menjadi manusia yang
kuat dan maju. Bagi , menentang Teori Kemoralan Sosial kerana individu
akan terikat dengan peraturan masyarakat atau peraturan yang ditetapkan
oleh agama.
Contohnya , Ali bersifat seseorang anak yang tidak mematuhi nasihat
daripada ibu bapanya . Dia selalu membuat sesuatu hal yang tanpa
memikirkan perasaan ibu bapanya. Bagi Ali , hanya banyak tindakannya
mesti patuh kepadanya dan dia tidak memberikan perhatian perasaan ibu
bapanya .
Hanya disebabkan oleh sedikit perselisihan, seorang anak bertindak membiarkan ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber pendapatan sendiri.
32
Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak membiarkan ibubapanya
yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari
sumber pendapatan sendiri adalah dianggap WAJAR.
Kesimpulan:
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita
seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan.
Manakala pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh
itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada
dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.
5.2 Pengenalan Teori Deontologi: Prinsip Kewajipan dan
Eksistensialisme
Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang
diharuskan atau diwajibkan". Teori deontologi terdiri daripada pelbagai jenis
pandangan yang berbeza. Teori deontologi menafikan atau menolak apa
yang diperakui teori telelogi. Teori deontologi menegaskan bahawa ada
pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan
seseuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. Teori
deontologi mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri.
Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis teori deontologi iatu teori
deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan teori deontolofi-peraturan (prinsip
kewajiban).
5.2.1 Prinsip Kewajipan:
Definisi:
Menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
33
Ciri-ciri:
a) Konsep tekad baik (Goodwill)
Sesuatu tindakan yang datang
daripada kesedaran untuk
menunaikan tanggungjawab akan
melahirkan perbuatan yang benar
dari segi moral.Kant menyatakan
perkara-perkara yang baik ialah
membuat sesuatu bakat minda
seperti kebijaksanaan dan
kecerdasan pemikiran, keberanian
dan kesederhanaan pemikiran.
Dalam konteks ini, Kant tidak mahu
menganggap sesuatu tekad itu baik
atas sebab apa yang telah atau
ingin atau boleh dicapai dan
dihasilkan oleh tekad itu. Motif
tunggal tekad baik hanya berlaku
apabila menganggap ia sebagai
mengamalkan kewajipan. Ini
kerana untuk mengamalkan
kewajipan, sesuatu tekad itu baik
kerana batinnya atau semangat
dalamannya. Dengan kata lain,
yang baik dan patut diberi pujian
moral ialah mengamalkan
kewajipan itu semata-mata kerana
amalannya ialah suatu kewajipan.
Kant juga menjelaskan bahawa
mengamalkan kewajipan
sedemikian adalah serupa dengan
bertingkah laku wajar kerana
memuliakan atau menghormati
undang-undanng.
b) Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)
Apabila sesuatu peraturan
dibentuk, setiap orang mesti
mematuhinya setiap masa tanpa
sebarang pengecualian dan
persoalan. Kant menjelaskan
bahawa individu yang baik dari segi
moral dengan tekad baik yang
mutlak ialah individu yang sentiasa
berkelakuan atau bertindak atas
dasar kewajipan atau kerana
menghormati undang-undang.
Individu ini akan memilih
kewajipan dan kepatuhan kepada
undang-undang dan tidak akan
memilih kecenderungan tertentu
jika dia terpaksa membuat sesuatu
pilihan.
Kewajipan atau undang-
undang mutlak ini dikenali,
diperihalkan, diperaku dan
digambarkan oleh Kant sebagai
satu set prinsip moral (yang lebih
dikenali sebagai categorical
imperative atau perintah mutlak
atau tanpa syarat). Prinsip moral
yang ditetapkan oleh individu untuk
34
dirinya sendiri (seperti tidak cakap
bohong) mesti dipatuhi oleh orang
lain. Dengan kata lain, individu itu
mesti bertindak sebagaimana dia
inginkan orang lain bertindak.
Secara rumusnya, prinsip
moral individu itu sewajarnya
melambangkan undang-undang
yang objektif dan sejagat. Dengan
ini menjelaskan bahawa Kant
meletakkan konsep pematuhan
kepada prinsip sendiri sebagai
suatu undang-undang sejagat
adalah formula asas prinsip
kemoralan.
Contoh yang berkaitan:
a) GOOD WILL
Seseorang yang
menyambung pelajaran
selepas mendapat
keputusan SPM atas
kesedaran diri sendiri
kerana memikirkan ianya
satu tanggungjawab adalah
satu perbuatan yang
beretika, manakala belajar
kerana terpaksa boleh
dianggap tidak beretika.
Seseorang pelajar belajar
bersungguh-sungguh atau
tekun untuk mendapatkan
markah yang tinggi dalam
peperiksaaan atas
kesedaran diri sendiri
kerana dia memikirkannya
ialah satu tanggungjawab.
Dengan ini, ia merupakan
satu perbuatan yang
beretika.
b) CATEGORICAL IMPERATIVE
Menipu dalam peperiksaan
adalah satu kesalahan
kerana rasionalnya adalah
walaupun menipu boleh
membantu anda mendapat
markah yang tinggi dalam
peperiksaan, ia tetap dihina
orang kerana ia adalah satu
tindakan yang tidak adil.
Mencuri merupakan satu
kesalahan tidak kira bahan
yang dicuri itu besar atau
kecil, mahal atau murah dan
sebagainya. Walapun
mencuri boleh membantu
kita mendapatkan bahan
yang diinginkan atau wang,
tetapi kita akan dihina oleh
orang lain atau disalahkan di
sisi undang-undang.
35
Membohong merupakan
satu amalan atau tingkah
laku yang salah secara
rasionalnya. Ia adalah satu
kesalahan kerana ia
mungkin akan menimbulkan
masalah kepada orang yang
kita bohong dan kehilangan
kepercayaan orang lain
terhadap kita. Oleh itu, sejak
kecil lagi kita dididik supaya
tidak cakap bohong
Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan
Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul
keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang
perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam Prinsip Kewajipan.
Rajah 7
Dalam situasi di atas, pelajar tersebut mempunyai dua kewajipan iaitu
sebagai pelajar dia perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak, dia perlu
membantu ibu dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila
36
terdapat konflik di antara dua tanggungjawab, Prinsip Kewajipan kurang jelas
dan tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain.
5.2.2 Teori Eksistensialisme:
Eksistensialisme adalah suatu falsafah yang menegaskan kebebasan. Ia
mementingkan pada manusia yang bertanggungjawab ke atas hasrat
kehendaknya yang bebas tanpa memikirkan secara mendalami terhadap
mana yang benar dan mana yang tidak benar. Seseorang yang mengamalkan
eksistensialisme sedar bahawa nilai moral akan sentiasa berubah, subjektif,
tidak universal, tidak mutlak dan tidak kekal serta kebenaran bersifat relative
masing-masing. Individu bebas menentukan sesuatu yang mana dia berasa
benar.
Antara kalangan ahli-ahli falsafah eksistensialisme, Jean Paul Sartre ialah
tokoh yang paling terkenal. Beliau berpendapat bahawa kewujudan
(existence) mendahului zat (essence). Kepercayaan misteri ini dikatakan
hanya sesuai digunakan bagi kes manusia sahaja. Dan inilah perbezaan
antara ciri istimewa dan unik manusia dengan benda-benda lain yang wujud
di dunia.
37
Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak tersebut yang membiarkan
ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan
mencari sumber pendapatan sendiri adalah WAJAR.
Pendapat pertama
Menurut Jean Paul Sartre, tindakan anak tersebut adalah dianggap wajar kerana
beliau tidak mempercayai kepada Tuhan. Beliau menafikan tentang kewujudan
Tuhan yang mencipta manusia. Dengan itu, ketiadaan Tuhan mombolehkan
manusia bebas melakukan apa jua sahaja yang dianggap betul dan tiada hukum
Tuhan dan nilai kudus atau nilai objektif yang disediakan untuk dipatuhi atau
ditaati oleh manusia.
Contohnya, jika seseorang yang percayai kepada Tuhan, dia tidak akan
membiarkan ibu-bapanya yang berusia tua hidup diri-sendiri tanpa jagaan anak-
anak. Dia akan bertimbang rasa akan keadaan ibu-bapanya. Dengan percayai
kepada Tuhan, seseorang akan menjaga ibu-bapanya dengan baik walaupun
terdapat konflik antara ahli keluarga. Selain itu, seseorang percaya jika dia tidak
menjaga ibu-bapanya yang bersusah-payah membesarkan dia dengan sepenuh
hati, hukuman akan dijatuhkan ke atasnya oleh Tuhan.
Walaubagaimana pun, seseorang yang memegang falsafah
eksistensialisme pula tidak percaya kepada adanya kewujudan Tuhan dan
hukuman Tuhan. Seseorang bebas melakukan apa jua sahaja tanpa
mempertimbangkan akibat tindakan tersebut sekiranya dia berasa tindakannya
adalah betul. Apabila berlaku pergaduhan dengan ibu-bapa, seseorang akan
berasa ibu-bapanya adalah punca tekanan serta beban dalam mengejar
Hanya disebabkan oleh sedikit perselisihan, seorang anak bertindak membiarkan ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari
38
kemewahan dan kesenangan hidup. Secara langsung, dia akan membiarkan ibu-
bapanya yang tua tinggal kesendirian di kampung dan mencari sumber
pendapatan sendiri selagi dia pula menikmati kesenangan dalam Bandar.
Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak membiarkan
ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan
mencari sumber pendapatan sendiri adalah dianggap WAJAR.
5.3 Kesimpulan:
Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Manakala
Eksistensialisme menyatakan pilihan seseorang individu adalah penting dan
untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah baik atau buruk. Oleh itu, kita
haruslah bijaksana dalam membuat keputusan atau pilihan dalam kehidupan
seharian.
39
Prinsip-prinsip moral dapat dibahagikan kepada tiga iaitu :
1. Prinsip Autonomi
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih
untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Hal ini bertujuan
berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan. Dalam erti kata
lain, apakah jenis kemahuan yang ingin dibuat atau apakah jenis paksaan yang
perlu diketepikan? ( Hena et.al, 1992)
Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai
bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan
dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan
individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional
dan adil. Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya
mematuhi perintah daridapa kuasa luar. ( Koo, 1990)
Konsep ini boleh didefinisikan membenarkan seseorang individu tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik.
40
2. Prinsip Keadilan
Apabila membuat sesuatu keputusan dalam dilema moral, kita boleh
menggunakan prinsip moral yang paling asas, khususnya prinsip “keadilan” dan
prinsip “altruisme” yang merupakan nilai asas dan juga ibu kepada nilai-nilai
murni yang lain. Oleh itu, dua prinsip ini akan digunakan sebagai contoh dalam
penjelasan bentuk etika.
Dalam erti kata Iain, perbuatan dan tindakan ketidakadilan (injustice) tidak
membawa apa-apa manfaat kepada sesetengah orang kerana dalam tindakan
atau perbuatan ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan
akan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.
Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan prinsip
ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan
ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa
berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung akan
membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang
buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya.
Istilah “keadilan” (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud
law,right. Kini justice digunakan sebagai “the quality of being righteous; rectitude;
impartiality; fairness”. Menurut Kamus Dewan “keadilan” bererti sifat( orang,
perbuatan, tindakan, keputusan, undang¡-undang, hukuman) yang wajar atau
berpatutan, tidak memihak kepada mana¡-mana (apabila memutuskan sesuatu dan
sebagainya).
41
3. Prinsip Altruisme
Prinsip “altruisme” juga merupakan prinsip etika yang penting sebagai
rujukan semasa melakukan sesuatu tindakan moral. Oleh itu, altruis (altruist)
ialah orang yang pemurah, atau dermawan. Frankena, W.K.(I973) melaporkan
pandangan Butler tentang altruisme bahawa kadang-kadang seseorang individu
menuntut kepuasan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain, seperti
pengorbanan diri (self sacrifice). Mengikut Frankena, W. K., jawapan yang biasa
diberikan oleh ahli egois psikologikal tentang prinsip etika ini ialah "Ya, kita
melakukannya untuk orang lain, tetapi kita mendapat kepuasan daripada
perbuatan ini. Kepuasan inilah yang menjadi tujuan kita melakukannya.
Melakukannya adalah satu cara kita mencapai kepuasan. Ini ialah pandangan
ahli egois, tetapi untuk altruis, mereka masih menganggap bahawa ada sesuatu
altruism dalam sifat manusia, iaitu manusia hanya melakukan sesuatu yang baik
untuk orang lain.
Nagel, Thomas (I970) dalam buku The possibility of altruism menjelaskan perkataan altruisme sebagai “sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain”. Nagel, T. juga berpendapat bahawa untuk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu mesti juga bersifat empati, iaitu berkebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang Iain, bersifat terbuka dan percaya akan orang Iain, serta bertoleransi dan boleh menerima orang lain.
42
Contoh Tingkah Laku Prinsip-prinsip Moral
1.Prinsip Autonomi Johan memilih untuk tidak minum minuman alkohol kerana sedar perbuatan tersebut dapat memudaratkan kesihatan. Dia melakukan hal tersebut kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun.
2. Prinsip Keadilan
Walaupun di dalam kelas Cikgu Wan Balqis mempunyai ramai murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan berlainan bangsa, namun Cikgu Wan tidak pernah pilih kasih dan sentiasa memberikan perhatian kepada semua anak muridnya terutamanya semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
3. Prinsip Altruisme Seluh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Acheh dan India dengan tujuan dapat meringkan beban yang ditanggung mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang telah kehilangan ibu bapa.
43
7.0 PERSPEKTIF NILAI DAN ETIKA MENURUT AGAMA
7.1 NILAI-NILAI DALAM AGAMA ISLAM
Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu “salm” yang bererti ‘manusia
menyerah diri secara total kepada Tuhan (Allah) dan apabila manusia
menyerahkan diri kepada Tuhan, maka mereka akan dibalas dengan keamanan
(peace) dan kesejahteraan. Dengan itu, orang Islam mengucapkan
Assalamu’alaikum yang bererti sejahtera ke atas kamu (peace be upon you),
apabila bertemu sesama mereka.
Mengikut Abdul Qadir Djaelani, seorang pemikir Islam , dalam bukunya ‘Negara
Berdaulat Dalam Perspektif Islam’, Islam adalah agama yang sempurna, yang
mengatur setiap aspek kehidupan manusia. Kerana itu, Islam merupakan satu
sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna. ( SURAH AL-MAIDAH :5:3)
Menurutnya, Islam merangkumi lima bahagian seperti spiritual, moral, politik,
ekonomi dan sosial. Dengan itu, jelaslah bahawa Islam adalah satu cara hidup
atau ‘ad-Deen’ (complete way of life) berdasarkan beberapa prinsip dan nilai-nilai
mulia. Dewasa ini, hampir 1.2 billion penduduk dunia menganut agama Islam.
Dalam konteks amalan hidup pula, Islam menganjurkan nilai-nilai murni seperti
keselamatan (safety), keadilan sosial (social justice), keamanan (peace),
kesederhanaan (moderation), permuafakatan (cooperation) dan ketaqwaan
kepada Tuhan (submission to God) sebagai satu cara hidup.
Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira
sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan. “Islam literally
means commitment and obedience. As a religion, it stands for belief in one God
and in all the prophets of God, the last of whom was Muhammad (peace be upon
him), and for complete submission to the Divine will as revealed through His
prophets.
44
Kesimpulannya, Khurshid Ahmad, seorang sarjana Islam, dalam bukunya “Islam:
Its meaning and Message” menyatakan bahawa kepercayaan agama Islam
adalah berteraskan tiga perkara asas yang berikut:
1. Belief in Oneness of God.
2. Belief in the Prophethood of Muhammad (peace be upon him) and in the
guidance which he be queathed; an
3. Belief in the life-after-death and in Man’s accountability before God on the
day of judgement.
7.1.1 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM ISLAM
Berdasarkan tafsiran dan penjelasan mengenai konsep, tamadun dan nilai-nilai
Islam yang telah dibincangkan itu, tidak dapat dinafikan bahawa nilai-nilai yang
dianjurkan oleh agama Islam adalah nilai-nilai murni dan bersifat sejagat atau
universal.
Dalam hubungan ini, Dr.Mohamed Asin Dollah, seorang penyelidik Islam
tempatan, menyenaraikan beberapa nilai-nilai murni yang bersifat universal
dalam Islam seperti berikut.
1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Toleransi beragama.
3. Hidup bersama dan
bekerjasama di antara
masyarakat sesama agama
dan bukan seagama dalam
membina sebuah negara
yang bahagia, sejahtera dan
selamat (Pemuafakatan).
4. Menjamin dan menegakkan
keadilan bagi semua
golongan masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama dan
keturunan (Keadilan).
5. Berbuat baik kepada setiap
orang dan mengelak
kejahatan (Bermuamalah).
6. Mencari kekayaan /harta
dengan cara yang dibenarkan
(halal) oleh agama untuk
memastikan kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
45
7. Mentadbir dan menjaga
keindahan alam semulajadi
dengan hemat demi
kepentingan dan kebajikan
manusia
8. Persamaan
9. Pengiktirafan kedudukan
wanita dalam masyarakat.
10.Perseimbangan antara dua
kehidupan, dunia dan akhirat
(Tawazun).
11.Kesederhanaan dalam
kehidupan ( al-Wasatiyyah)
Secara amnya, dapat membuat kesimpulan bahawa Islam mencegah tabiat yang
membawa mudarat kepada manusia seperti ketidak adilan (injustice), ketamakan
(greed), kepentingan diri (selfishness) dan kejahilan (ignorance).
7.2 NILAI-NILAI AJARAN CONFUSIUS
Ajaran Confusius diasaskan oleh Kung Fu Tze. Pada umumnya ajaran ini banyak
menyentuh tentang hal-hal kehidupan duniawi manusia. Pada amnya, ajaran
Confusius menitikberatkan tingkahlaku dan tabiat yang baik dalam lima bentuk
perhubungan manusia seperti berikut:
· Perhubungan baik di antara rakyat dengan pemimpin negara
· Perhubungan mesra di antara suami dengan isteri
· Perhubungan baik di antara bapa dengan anak lelaki
· Perhubungan baik di antara abang dengan adik
· Perhubungan baik di antara rakan-rakan
Ajaran Confusius ini mengenengahkan beberapa konsep panduan hidup
termasuk lima sifat baik yang harus ada pada manusia yang sempurna (junzi)
seperti yang berikut:
46
Integriti ( integrity) (zhi)
Keadilan (Righteousness) (yi)
Kesetiaan (Loyalty) (zhong)
Bertolak ansur (Reciprocity (shu)
Penyayang (Graded love) (ren)
Konsep 'ren' atau perikemanusiaan yang menitikberatkan kebajikan terhadap
sesama manusia, tanpa mengira batas-batas bangsa, negara, warna kulit kerana
manusia bersaudara.
Konsep "Chun Tze" menjelaskan bahawa sifat-sifat keperibadian yang mulia
adalah seperti hati yang terbuka, tidak sombong, menjaga maruah, menguasai
gerak-geri, menghayati keadilan, berilmu (knowledge), kebijaksanaan (wisdom),
menjaga kebajikan terhadap anak-anak (filial piety), hormat-menghormati
(reverence), berbudi bahasa (courtesy), kesetiaan (loyalty), kemesraan (love)
penyayang (kindness), ikhlas (sincerety), boleh dipercayai (trustworthiness),
kebenaran (truthfulness) dan kesederhanaan (moderation). Sifat-sifat
keperibadian mulia tersebut akan melahirkan seorang manusia yang baik atau
sempurna.
"Li" atau keserasian adalah berkaitan ucapan dan perbuatan cendekiawan dan
tokoh yang berpengalaman dan mahir dalam sesuatu bidang yang dijadikan
sebagai teladan dan iktibar. Nilai kesederhanaan dalam hubungan masyarakat
diberi keutamaan.
Konsep "Ti" atau wibawa, menyentuh mengenai Kerajaan. Kerajaan yang
berwibawa adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.
Dalam hubungan fahaman confusius, Profesor Dr.Tu Weiming, seorang pakar
sejarah masyarakat Cina di Universiti Harvard, menjelaskan bahawa fahaman
Confusius mempunyai empat dimensi humanisma seperti berikut:
47
i. Integrasi di antara diri, jasad
dengan pemikiran (integration of the
self , the body and mind)
ii. Interaksi di antara diri dengan
masyarakat serta masyarakat dirujuk
pada keluarga hingga ummah
sejagat (interaction between humans
as self and community, family to
global community)
iii. Perhubungan yang harmonis di
antara manusia dengan alam sekitar
(human species and nature in a
sustainable harmonious relationship)
iv. Perhubungan di antara manusia
dengan Shurga atau Tuhan
(relationship between humans and
heaven)
Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan nilai moral dan etika seperti
kesetiaan kepada negara,ibu bapa, adik beradik, orang berpengetahuan dan
pengalaman,kemesraan antara manusia, ketelusan,pendidikan moral dan
pembangunan budaya. Ajaran Confucius juga mengajar penganutnya supaya
jangan bebankan orang lain dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh diri
sendiri. " Do not give to others what you yourself do not desire.". Apa yang
diutamakan dalam fahaman ini ialah kemanusiaan.“If a man is not humane, what
can he do with the rituals? If a man is not humane , what can he do with music?”
(Confucius, Analects 3.3).
7.3 NILAI-NILAI AGAMA BUDDHA
Agama Buddha diasaskan oleh seorang putera raja yang bernama Siddartha
yang lahir pada tahun 563 S.M. Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-
aspek etika dan moral yang dipercayai akan membantu rohani manusia menjauhi
diri daripada kesengsaraan (samsara). Fahaman ajaran agama ini disifatkan
sebagai Dhamma (wisdom/knowledge) Agama Buddha dibahagikan kepada dua
aliran iaitu Aliran Mahayana (kajian kehidupan Buddha) dan Hinayana (asal).
48
Sementara itu, Dhamma atau dokrin Agama Buddha adalah berasaskan kepada
Lapan Jalan Kebenaran dan Empat Kebenaran Agung seperti yang berikut :
1. Kepercayaan yang benar
(Right Understanding)
2. Berniat benar
(Right Intention)
3. Pengucapan yang benar
(Right Spee
4. Kelakuan yang benar
(Right Action)
5. Usaha yang benar
(Right Effort)
6. Berfikiran yang benar
(Right Thought)
7. Meditasi/Pemusatan fikiran yang
benar
(Right Mindfulness)
8. Hati dan niat yang benar
(Right Concentration)
Di samping itu, empat kebenaran agung yang disebut itu adalah seperti yang
berikut:-
1. Hidup manusia terikat kepada penderitaan - kelahiran manusia disifatkan
sebagai satu penderitaan.
2. Penderitaan manusia disebabkan keinginan manusia yang tidak dapat
dipenuhi (hawa nafsu, kemewahan hidup dan harta benda).
3. Kaedah penghapusan penderitaan adalah dengan cara menghapuskan
keinginan-keinginan hawa nafsu.
49
4. Cara melenyapkan penderitaan yang dihadapi oleh seseorang adalah melalui
Lapan Jalan atau Dharma. Apabila memenuhi Lapan Jalan Kebenaran tersebut,
maka tercapailah Nirwana (Perfection).
Agama Buddha juga menegaskan larangan-larangan yang berikut kepada
pengamalnya:
1. Tidak boleh membunuh.
(Abstain from killing living beings)
2. Tidak boleh mencuri.
(Abstain from taking what is not
given)
3. Tidak boleh melakukan perkara-
perkara yang tidak
senonoh.
(Abstain from sexual misconduct)
4. Tidak boleh minum minuman
keras.
(Abstain from taking intoxicants)
5. Tidak melakukan perbuatan
membohong.
(Abstain from lying & harsh frivolous
speech)
Kesimpulannya, agama Buddha juga, seperti agama Islam, menentang amalan
keganasan sebagai cara hidup. Buddha pernah mengatakan bahawa “ All beings
tremble at weapons, all beings fear death, comparing others with oneself, one
should not strike or cause to kill .One who loves himself, should not injure
another.” Ini bermakna , agama Buddha mengajar manusia menggelak keinginan
mementingkan kebendaan atau terlalu materialistik tetapi menganjurkan memiliki
nilai-nilai kemanusiaan untuk mencapai kesempurnaan hidup.
Secara umumnya, agama Buddha mengajar penganut elakkan kejahatan
termasuk pembunuhan, membersihkan minda dari pemikiran yang
membinasakan orang lain, sentiasa membuat baik kepada setiap orang dan
mencintai dan menghargai orang lain seperti mencintai dan menghargai diri.
50
7.4 NILAI-NILAI AJARAN TAOISME
Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze (604-524 S.M.) dan Zhuang Tze (369-
286 S.M). Lao Tze mengasaskan mazhab pemikiran Falsafah Taoisme (Dao
Jia). Mazhab ini menegaskan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
dimensi sosial seperti kebijaksanaan (wisdom) dan usia yang lebih tua
(seniority). Lao Tze merupakan seorang ahli falsafah kuno pada abad ke 5 S.M.
dan sezaman dengan Pengasas Ajaran Confucius.
Secara amnya, Taoisme berteraskan pencapaian kehidupan abadi di dunia dan
memuja beratus ‘makhluk abadi’ yang hidup secara ajaib di bahagian-bahagian
terpencil di dunia ini. Ajaran agama ini berpusat kepada nilai-nilai atau ajaran-
ajaran seperti yang berikut:37
1. Aspek Kerohanian-minta bantuan dewa-dewi.
2. Sifat hormat-menghormati (menyentuh kehidupan di akhirat).
3. Berhemah tinggi, hidup manusia bersifat sementara, sederhana, tidak
sombong dan berbudi bahasa.
7.5 NILAI-NILAI AGAMA KRISTIAN
Dalam usaha melihat nilai-nilai yang bersamaan dengan Islam khususnya,
tulisan ini percaya terdapat banyak elemen yang terkandung dalam kitab suci
Bible yang memimpim manusia ke arah yang bersih, baik dan beretika serta
mengelakkan atau menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik atau dosa
[sin]. Kebersamaan ini bukan secara kebetulan.
Elemen-elemen etika agama Kristian telah diterangkan dengan jelas dalam
“Perjanjian Lama” dan “Perjanjian Baru” (Old Testament dan New Testament).
7.5.1 PERJANJIAN LAMA (OLD TESTAMENT)
Dalam kaitan secara lansung kepada aspek etika dan nilai, Old Testament
51
menyampaikan undang-undang yang berupa “The Ten Commandments”
[Perintah Sepuluh] yang diperkenalkan oleh Tuhan melalui nabi-nabi.
Menurut “Ten Commandments” tersebut, manusia harus mengamalkan cara
hidup yang baik iaitu:
1. Jangan sembah tuhan yang lain
kecuali Aku.
[ Worship no god but Me.]
2. Jangan bagimu apa-apa patung
yang menyerupai apa-apa di langit,
bumi, di air atau bawah bumi ini.
[ Do not make yourselves images of
anything in heaven or on earth or in
water under the earth.]
3. Jangan guna nama Tuhan mu
dengan tujuan untuk kejahatan.
[ Do not use my name for evil
purposes.]
4. Tetaplah ingat dan perhatikan
kedudukan hari sabath [sabtu] dan
pastikan ia mulia.
[ Observe the Sabbath and keep it
holy.]
5. Hormatlah ayahmu dan ibumu.
[ Respect your father and your
mother.]
6. Jangan membunuh.
[ Do not commit murder.]
7. Jangan berzina.
[ Do not commit adultery.
8. Jangan mencuri.
[ Do not steal.]
9. Jangan buat tuduhan palsu.
[ Do not accuse anyone falsely.]
10. Jangan mengingini apa-apa yang
dipunyai oleh orang lain.
[ Do not desire another man’s house;
his wife, his slaves, his cattle, his
donkeys or anything else that he
own
52
7.5.2 PERJANJIAN BARU (NEW TESTAMENT)
Selain itu, Perjanjian Baru juga banyak menyentuh tentang aspek etika
manusia. Ajaran Jesus di dalamnya adalah senang atau simple [mudah] iaitu
Jesus sendiri datang memperkukuhkan pegangan dan undang-undang Father
God iaitu :
“do not think that I have come to do away with the laws of oses and the
teachings of prophets. I have not come to do away with them, but to make
their teaching come true”. (Matthew 5: 17)
Bagi mereka yang percaya kepada Jesus, maka “Holy Spirit” akan tinggal
dalam hati dan jiwa orang tersebut. “Holy Spirit” akan sentiasa mengingatkan
seorang Kristian supaya bertindak baik dan mengelakkan daripada membuat
kesalahan kerana;
“the spirit produces love, joy, peace, kindness, goodness, faithfulness,
humility and self-control”. (Galatians 5: 22-23)
Perintah Tuhan mengikut ajaran Kristian adalah jelas dan mudah iaitu
“to love God and one another”: Love the Lord your God with all your heart and
all your soul and with all your mind and with all your strength. The second is
this: Love your neighbour as yourself”. (Mark 12: 30-31).
Ini bermaksud seseorang harus mengasihi Tuhan dengan penuh hati dan jiwa
iaitu mengikut segala ajaran untuk berbuat baik dan mengelakkan daripada
membuat kejahatan.
Selain itu, seseorang itu harus mencintai jiran atau orang lain dan membuat
apa yang baik dan beretika kepada mereka. Ini amat penting untuk memupuk
semangat kejiranan dan kasih sayang di antara mereka.
Dalam Sermon On the Mount, Jesus telah menyampaikan konsep etika
53
seperti humility, charity and brotherly love. Jesus berkata:
• Blessed are the poor in spirit for theirs is the kingdom of heaven.
• Blessed are those who mourn: for they will be comforted.
• Blessed are the meek: for the will inherit the earth
• Blessed are those who hanger and thirst for righteousness: for they will be
filled.
• Blessed are the merciful: for the will be shown mercy.
• Blessed are the pure in heart: for they will see the Lord.
• Blessed are the peacemakers: for they will be called sons of God.
• Blessed are those who are persecuted because of righteousness for theirs
is in the Kingdom of heaven.
--- (Matthew 5: 3-10)
Terdapat juga ajaran-ajaran lain yang berhubung dengan etika manusia.
Sebagai contoh:
“Be always humble, gentle and patient. Show your love by being tolerant with
one another. Do your best to preserve the unity which the Spirit gives by
means of the peace that binds you together”. (Mark Ephesians 4: 2-3) “You
must love others as much as yourself” (Mark 12: 31)
Dengan kata lain, kita mesti membantu mereka yang dalam kesusahan. Bagi
mereka yang mengalami kesusahan, mereka amat menghargai pertolongan
yang diberi oleh orang lain.
Di sini Tuhan menginginkan manusia membuat penilaian dan seterusnya
membuat keputusan samada mengikut ajaranNya atau pun mengikut
kehendak dunia ini. Bagi mereka yang mengikut Tuhan akan memperolehi
kehidupan yang baru dan mereka yang mengikut keperluan dunia terpaksa
menerima hakikat yang sebaliknya.
54
7.6 NILAI-NILAI AGAMA HINDU
Agama Hindu adalah antara agama tertua di dunia juga dikenali sebagai
“Santhana Dharma” (kekal abadi). Agama Hindu tidak diasaskan oleh
seorang individu ataupun berasaskan wahyu. Agama ini berpusat di kawasan
Sungai Indus, satu kawasan luas di India Utara.40
Agama Hindu menganjurkan kepercayaan pada hukum karma iaitu perbuatan
baik dibalas baik; perbuatan jahat dibalas jahat. Dokrin dan falsafah agama
Hindu dijelaskan dalam kitab suci agama Hindu seperti Veda -veda dan
Bhagavath Gita dan sajak-sajak yang disampaikan oleh ulama -ulama
teragung (Great Saints) sejak 1500 tahun sebelum masehi.41
Agama Hindu mempratikkan kepercayan dan nilai-nilai seperti kepercayaan
kepada Tuhan, tolak ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan
dengki, ampun dan maaf, menimba ilmu, kemanusiaan, tidak fanatik terhadap
agama, memerangi hawa nafsu, mengawal kemarahan, mencegah
penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda.
Selain itu, agama Hindu juga menganjurkan nilai-nilai seperti kasih sayang,
larangan minum arak, mentaati ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan
dalam sistem pemerintahan.
55
Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori
perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi
perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini
bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral
secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral
kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat
berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral
yang sejagat.
Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral
sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di
mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan
nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini
boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi
kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam
kehidupan seseorang tersebut.
56
8.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Jean Piaget
Perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat:
1. Sensori motor: 0 - 2 tahun.
Boleh membuat greak balas refleks. Kanak-kanak menggunakan deria motor
dan deria yang lain untuk memahami dunia mereka.
2. Pra-operasi: 2 - 7 tahun.
Penggunaan simbol dan bahasa. Kanak-kanak pra sekolah menggunakan
keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi
tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh
pandangan yang berlainan.
3. Operasi konkrit: 7-11 tahun.
Zaman persekolahan, boleh membuat klasifikasi, reversibiliti, hukum
keabadian. Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh menyelesaikan masalah
secara cuba jaya.
Teori ini menekankan perkembangan kognitif
kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti
mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,
membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan
sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut
siri urutan yang berperingkat. Piaget
membahagikan perkembangan itu kepada empat
peringkat iaitu:
1. Sensori motor
2. Operasi
3. Operasi yang konkrit
4. Operasi formal
57
4. Operasi Formal: 12 tahun ke atas.
Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh
memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi. Boleh membuat penakulan
abstrak, mengawal pembolehubah ,menguji hipotesis, menyelesaikan
masalah. Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan
memberi hujah terhadap persoalan melibatkan moral.
Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran
moral:
(a) Umur 4 hingga 7 tahun.
Peringkat moral Heteronomus,
Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan
sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka
menilai sesuatu tindakan melalui akibat. Contoh: Mereka mengemaskan
barang mainan sebab takut dimarahi, Mereka sukar mengubah sesuatu
peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu
perbuatan.
(b) Umur 7 hingga 10 tahun.
Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula
beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.
(c) Umur 10 tahun ke atas.
Peringkat Moral Autonomus
Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan
bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat
dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan
aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.
58
8. 2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg
8. 2.1 Peringkat pertama: Pemikiran pra-konvensional.
Peringkat bawah iaitu setiap individu menunjukkan tidak wujudnya
‘internalisasi’ iaitu pemahaman dalaman pada nilai moral.
Tahap 1: Moraliti heteronomus
Pada tahap ini, pemikiran moral selalu dikaitkan dengan denda. Misalnya,
remaja patuh kepada arahan ibu bapa kerana ibu bapa menghendaki mereka
patuh.
Tahap 2: Keindividuan, tujuan instrumental dan pertukaran.
Pada peringkat ini, remaja dapat meneruskan kesukaan mereka dan rakan
mereka juga dapat membuat perkara yang sama. Apabila mereka baik pada
orang lain, orang lain juga baik pada mereka kelak.
8.2.2 Peringkat kedua: Pemikiran konvensional
Pada peringkat ini, internalisasi pemahaman adalah pada peringkat
pertengahan.
Tahap 3: Pengharapan bersama secara interpersonal, perhubungan dan
keakuran interpersonal.
Pada tahap ini, remaja menilai kepercayaan, penjagaan dan setia kepada
orang lain sebagai asas pengadilan. Remaja berkehendakkan ibu bapa
Kohlberg menyatakan bahawa asas utama
perkembangan moral adalah penaakulan moral
dan penghuraiannya secara berperingkat. Tiga
konsep utama perkembangan moral menurut
Kohlberg adalah seperti di bawah:
59
menganggap mereka sebagai anak yang baik dan sebagainya.
Tahap 4: Sistem moraliti sosial
Pada peringkat ini, keadilan moral berasas kefahaman individu pada
perundangan sosial, undang-undang, keadilan dan tanggungjawab. Misalnya,
sekiranya remaja bekerja, mereka perlu dilindungi oleh undang-undang.
8.2.3 Peringkat ketiga: Pemikiran pro-konvensional
Pada peringkat ini, moraliti didasarkan kepada piawaian dalaman dan tidak
berdasarkan piawai luar. Remaja mengetahui alternatif yang diperlukan dalam
membentuk moral, meneroka alternatif. Seterusnya, sendiri berupaya
membuat keputusan berkenaan moral
Tahap 5: Hubungan sosial dan hak individu,
Pada tahap ini remaja mengakui kewujudan undang-undang.
Tahap 6: Prinsip etika sejagat
Pada tahap ini, tertanam di dalam diri remaja, kepiawaian moral adalah
berdasarkan hak kemanusiaan sejagat.
60
9.0 LATAR BELAKANG
Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta
berkebangsaan Kanada. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori
belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang
sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak
meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.“Social
Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from
observing others and gradually acquire control over their own behaviour’
( Bandura 1986, 1997 )Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini
menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau
menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar
akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
4 unsur utama dalam peniruan
Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu
berkenaan berbuat demikian:
Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku modeluntuk
membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjekmemberi perhatian atau
tumpuan tertakluk kepada nilai,harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s.
seorang pemainmusik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku
pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnyayang
tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "SocialLearning &
Personality Development" menekankanbahawa hanya dengan memerhati
seorang lain pembelajaranboleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan
disebelah).
61
Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itudalam sistem
ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukanperistiwa itu kelak bila
diperlukan atau diingini.
Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku,subjek juga mesti
mempunyai kebolehan mewujudkan ataumenghasilkan apa yang disimpan
dalam bentuk tingkahlaku. Bagi sesetengahtingkahlaku kemahiran motor
diperlukan untuk mewujudkankomponen-komponen tingkahlaku yang telah
diperhatikan.
Motivasi
Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebabdan keinginan
untuk meniru.
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura
1. Unsur pembelajaran utama
ialah pemerhatian dan
peniruan.
2. Tingkah laku model boleh
dipelajari melalui bahasa,
misalan dan teladan.
3. Pelajar meniru sesuatu
kemahiran daripada
kecekapan demontrasi guru
sebagai model.
4. Pelajar memperoleh
kemahiran jika memperoleh
kepuasan dan peneguhan
yang berpatutan.
5. Proses pembelajaran
meliputi pemerhatian,
peringatan, peniruan dgn
tingkah laku atau gerak
balas yg sesuai, diakhiri
dengan peneguhan positif.
62
EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA
• KUMPULAN A = Disuruh
memerhati sekumpulan orang
dewasa memukul, menumbuk,
menendang dan menjerit ke arah
patung besar Bobo.
Hasil = Meniru apa yang dilakukan
orang dewasa malahan lebih
agresif.
• KUMPULAN B = Disuruh
memerhati sekumpulan orang
dewasa bermesra dengan patung
besar Bobo.
Hasil = Tidak menunjukkan
sebarang tingkah laku agresif
seperti kumpulan A.
Rumusan :Tingkah laku kanak-
kanak dipelajari melalui peniruan/
permodelan.
HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN :
Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B
dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif.
RUMUSAN :Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.
63
Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan
eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model
dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll)
plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu,
menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan
kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa
pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak
dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila
dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.
JENIS-JENIS PENIRUAN
1. Peniruan langsung- Meniru
tingkah laku yang ditunjukkan oleh
model melalui proses perhatian.
Contoh: meniru gaya penyanyi
yang disanjungi.
2. Peniruan tak langsung -
Melalui imaginasi atau pemerhatian
secara tidak langsung.
Contoh: meniru watak yang dibaca
dalam buku. Memerhati seorang
guru mengajar rakannya.
64
3. Peniruan gabungan -
menggabung tingkah laku yang
berlainan dan peniruan langsung
dan tidak langsung.
Contoh : pelajar meniru gaya
gurunya melukis dan cara
mewarna daripada buku yang
dibacanya.
4. Peniruan sekat laluan -
Tingkah laku yang ditiru hanya
sesuai untuk situasi tertentu
sahaja.
Contoh : Tiru fesyen pakaian di tv,
tapi tidak boleh pakai di sekolah.
5. Peniruan tak sekat laluan -
Tingkah laku yang ditiru boleh
ditonjolkan dalam apa-apa situasi.
Contoh: pelajar meniru gaya budi
bahasa gurunya.
65
66