1. Pengenalan
CONTOH GRAFIK
Grafik- perkara berkenaan dengan lukisan atau ukiran (Dewan Bahasa &
Pustaka).
Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yg sukar diterangkan oleh
teks.
Sumber penyampaian maklumat yang lebih berkesan & mudah diterima
oleh manusia.
Grafik berkomputer- sebarang imej yang dihasilkan dengan menggunakan
komputer.
Imej yang mudah seperti bulatan hingga kepada bentuk yang kompleks
seperti fraktal.
Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk
perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop.
Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan
kamera digital.
Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi
yang digunakan, grafik boleh disimpan dalam fail yang mempunyai
pelbagai format dan saiz.
Kualiti projek multimedia bergantung kepada gambar grafik. Di dalam
grafik terdapat beberapa format fail seperti bmp, gif, jpg, mac, png dan
sebagainya.
Contoh-contoh grafik berkomputer
Bentuk asas
Icosahedron
Fractal
Logo
2. Kepentingan G rafik
Penyampaian maklumat lebih menarik jelas, tepat, konsisten dan
berkesan berbanding dgn teks.
Grafik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap suatu
maklumat.
Contoh penggunaan seperti pengiklanan, pembentangan kertas kerja,
dan laporan syarikat.
Peningkatan prestasi dan memudahkan pengurusan serta penjimatan
masa dan kos yang efektif.
Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza dari segi:
Latarbelakang (3D/2D)
Kombinasi Warna yang digunakan
Susunan Teks pada halaman grafik yang dibina
Jumlah Objek yang terdapat pada satu halaman
Sudut pandangan terhadap objek atau teks yang disusun
“A picture is worth than a thousand words”
Kategori grafik
Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu bitmap dan
vektor.
• Vektor – imej berasaskan objek yang diwakili dalam bentuk geometrik.
• Bitmap- imej diwakili oleh piksel-piksel yang disusun dalam bentuk
matrik.
Imej vektor• Merupakan imej jenis lukisan (draw-type images) / imej berasaskan
objek (object oriented images).• Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina
daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dll.• Contohnya sebuah segiempat tepat boleh diwakili dengan arahan
berikut– Line startcoord=“x.0 y.0”– Endcoord=“x.20 y.20” thikness=“3”
• Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan dilaksanakan bagi menerangkan kedudukan, saiz, dan bentuk imej tersebut.
Contoh:
Kelebihan imej vektor
• Keupayaan untuk mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik
tanpa mengganggu kualiti imej.(cth)
• Saiz storan yang lebih kecil diperlukan kerana hanya arahan lakaran
komputer disimpan contohnya line (x1,y1, x2,y2).
• Mudah untuk dilakukan pindaan terhadap imej.
Kelemahan imej vektor
• Dihasilkan oleh komputer maka kurang realistik.
• Semakin kompleks objek semakin lambat untuk arahan imej untuk
diproses.
• Kepakaran yang tinggi diperlukan untuk melukis sebuah imej vektor
yang berkualiti tinggi.
Kegunaan imej vektor
• Menyimpan fail komputer dalam bentuk clip art untuk tujuan
pemasaran.
• Bidang teknikal seperti CAD/CAM, permodelan saintifik, senibina,
senireka, dll.
• Senireka grafik dan multimedia dengan sokongan perisian-perisian
berasaskan grafik vektor seperti Macromedia Freehand, Adobe
Illustrator & Autocad.
Imej Bitmap• Dikenali juga sebagai imej raster.
• Mewakili imej dalam bentuk satu susunan titik-titik yang dikenali sebagai piksel atau bit.
• Bitmap mewakili sesebuah imej dengan maklumat disusun dalam matrik mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud.
• Monitor monokrom memerlukan matrik satu dimensi untuk membuat paparan.
• Kedalaman(depth) yang lebih diperlukan untuk memaparkan imej warna seperti 4,8,16,24 bit.
Kaedah utama bagi menghasilkan imej jenis bitmap• Terdapat tiga kaedah utama untuk menghasilkan imej jenis bitmap
– Menggunakan program lukisan berasaskan komputer (cth: Microsoft paint).
– Menangkap imej skirn komputer (Screen capture).– Pengimbas komputer, kamera digital atau kad video.• Antara perisian grafik yang boleh digunakan untuk meminda atau
mengubah imej bitmap ialah Adobe Photoshop, Painter, PrintShop Artist.
Resolusi dan warna di dalam bitmap• Resolusi bagi imej bitmap ditentukan oleh dimensi imej tersebut secara
menegak dan melintang (640x480).• Semakin tinggi nilai piksel semakin baik jelas sesebuah imej.• Kedalaman warna imej bitmap ditentukan oleh jumlah ingatan setiap piksel
(VRAM).• 4 bit =24 bersamaan 16 warna, 24 bit=224 16 juta warna hampir kepada
warna kehidupan sebenar.
Kelebihan & kelemahan Bitmap• Tahap pengubahsuaian yang tinggi bergantung kepada
kedalaman suatu imej.• Paparan imej sebenar dapat dilakukan.• Saiz fail yang agak besar.• Proses menukar saiz atau skala imej menghasilkan imej kabur
dan bergerigi “jaggies”.(kesan aliasing).• Ingatan komputer yang tinggi.• Anti-aliasing memperbaiki imej jagged dengan menambah
bahagian yang bergerigi.
3. Kategori G rafik :
1) Bitmap
Gambar yang disimpan sebagai satu set gabungan piksel yang
disusun dalam titik grid pada skrin komputer.
Digunakan untuk gambar yang realistik dan lukisan yang kompleks.
Setiap piksel mempunyai ciri-ciri mendatar, menegak, warna dan
kecerahan.
Setiap piksel ini disimpan sebagai bit.
Bitmaps boleh dicipta dengan kaedah seperti melakarkan imej
menggunakan perisian lukisan, mengimbas gambar bitmap dan
muat-turun imej melalui web, imej dalam program lain.
Kualiti imej bergantung kepada peleraian imej, bit dan monitor.
Perubahan pada saiz imej akan menyebabkan perubahan pada kualiti
imej.
2) Vektor
Merupakan imej jenis lukisan (draw-type images) / imej berasaskan
objek (object oriented images).
Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang
dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dll.
Contohnya sebuah segiempat tepat boleh diwakili dengan arahan
berikut
o Line startcoord=“x.0 y.0”
o Endcoord=“x.20 y.20” thikness=“3”
Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan dilaksanakan bagi
menerangkan kedudukan, saiz, dan bentuk imej tersebut.
Boleh mencipta grafik 3 Dimensi.
Apabila membesar atau mengecilkan imej tidak akan mengubah
kualiti imej.
Saiz failnya kecil dan mudah muat-turun daripada internet.
3) Klip Art
Merupakan ilustrasi elektronik yang boleh dimasukkan pada
dokumen.
Menjimatkan masa dan sesuai digunakan untuk projek multimedia
4) Gambar Digital
Gambar foto, gambar daripada buku boleh didigitalkan seluruhnya
dan dipautkan ke dalam projek multimedia
5) Gambar Hiper
Imej yang dijadikan sebagai pemancu untuk dipautkan kepada teks,
grafik, sound, atau video pada komputer atau alamat
web.Mempunyai konsep hiperteks.
Pemacu boleh mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.
Terdapat beberapa perisian grafik iaitu :
1) Paint Program
Membenarkan penciptaan imej bebas, imej di simpan dalam bentuk bitmap
dan mudah untuk di edit.
2) Program Ilustrasi / Rekabentuk
Paint program yang lebih baik dengan ciri-ciri tambahan diwujudkan. Imej
dismpan dalam bentuk vektor.
3) Perisian Grafik Persembahan
Membenarkan penciptaan carta bar, carta paid an imej untuk tujuan
persembahan.
4) Perisian Animasi
Membenarkan proses penyusunan imej secara bersiri untuk menunujukan
pergerakan.
5) Perisian CAD
Keperluan kepada arkitek dan jurutera untuk mereka bentuk bangunan dan
sebagainya.
6) Penerbitan Atas Meja
Menyediakan ciri-ciri pemprosesan perkataan yang lengkap dengan
kemudahan teksserta grafik untuk penghasilan dokumen, kulit buku,
pengiklanan dan sebagainya.
4. Bahagian G rafik
1. Grafik rekabentuk (graphics design)
2. Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
3. Grafik pengiklanan.(graphics advertising)
A) Grafik rekabentuk
Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan
dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea.
Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu
cabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan
hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk
menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna.
Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan
penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan
projek untuk membangunkan strategi komunikasi yang berkesan.
B) Grafik ilustrasi
Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang
dapat menyampaikan mesej atau idea tertentu.
Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa
paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti
menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator.
Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan
dengan lebih efektif dalam masa yang singkat.
Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan
yang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Fungsi Ilustrasi dalam bidang kehidupan harian.
1. Ia akan muncul bersama-sama artikel dalam majalah atau di laman web
pada iklan-iklan, poster, label-label barangan dan sebagainya.
2. Ia juga terdapat pada kad-kad ucapan elektronik, kalendar, kulit buku
yang dipromosikan oleh syarikat e-dagang di Internet.
3. Untuk menjelaskan isi kandungan buku yang dijual secara atas talian,
terutamanya buku-buku cerita untuk kanak-kanak.
Jenis-jenis ilustrasi.
1. Ringkas, lucu dan menyenangkan hati pembaca.
2. Berbentuk fantasi atau khayalan.
3. Berbentuk sindiran (hampir sama dengan ciptaan komik dan kartun)
4. Jenis representasi dengan memberi gambaran bernyawa kepada benda-
benda bukan hidup atau bukan manusia.
5. Bertujuan untuk hiasan (biasanya digunakan pada tajuk artikel di laman
web)
6. Memperjelaskan isi kandungan sesuatu konsep pengajaran atau konteks
buku elektronik.
Proses menghasilkan grafik ilustrasi
1. Tentukan tema dan tajuk yang sesuai bagi grafik yang dibina.
2. Lakukan kajian dan pemerhatian berkait dengan tema dan tajuk.
3. Menentukan kesesuaian ilustrasi dengan tema yang dibangunkan.
4. Jika perlu, pilih typeface yang sesuai.
5. Buat lakaran kecil, dan pilih lakaran yang sesuai serta susun mengikut
ukuran sebenar.
6. Tentukan warna yang sesuai.
C) Grafik pengiklanan
Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan
perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan.
Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti,
televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagai
media lagi.
Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidang
sains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budaya
dan kemahiran dalam bidang seni reka.
Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut,
garisan dan tekstur.
Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau
perkhidmatan.
Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya ia
mempunyai daya tarikan.
Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak
boleh diketepikan.
Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkan
nilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk.
Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu daya
kretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudah
kepada kumpulan sasaran.
Dalam pembanggunan grafik pengiklanan, terdapat beberapa perkara penting
perlu diberi perhatian, di antaranya:
Tajuk mesti menarik dan ringkas supaya dapat memikat
perhatian orang yang membaca teks iklan. Biasanya mesti
typeface yang besar dan jelas.
Cogankata amat penting dan mesti dapat menonjolkan kualiti serta
keistimewaan barangan yang diiklankan.
Ilustrasi menunjukkan imej sebenar barangan yang diiklankan,
ketepatan lukisan dan gambar foto biasanya dalam warna
yang menarik.
Rangka
reka
(Border)
merupakan sempadan bagi isi sebenar iklan, fungsinya
untuk mengawal penglihatan pembaca supaya tumpuan
ditarik ke tengah. Rangka reka biasanya menggunakan
garisan mudah diolahkan untuk menjadi corak yang
cantik.
Logo amat penting kerana ia melambangkan syarikat atau
pembuat barang.
Nama dan
Alamat
sebagai pemberitahuan untuk berhubung atau pembuat
produk.
Warna amat diperlukan, warna yang berkesan akan menjadikan
iklan lebih dinamik dan menarik. Pilihan warna mesti
bersesuaian dengan fungsi iklan, jika iklan perlu disiarkan
dalam warna hitam putih sahaja atau monokrom,
perhatian haruslah diberi kepada pengurusan dan
pengolahan unsur seni supaya dapat menghasilkan iklan
yang berkesan.
5) Piawai / F ormat G rafik
Menentukan kualiti, saiz, serta tujuan penggunaannya.
1. BMP (bitmap) Format imej paling lama, imej tidak dipadatkan,
saiz yg besar, mudah diterima.
2. TIFF (Tagged
Image File
Format)
Aldus Corp (1986), penggunaan untuk imej yg
dihasilkan oleh peranti spt pengimbas, frame
grabber.
3. PICT Format imej untuk komputer Macintosh, sesuai utk
kerja2 persembahan, video, paparan skrin.
4. TGA (Targa) Format pertama yg mampu menampung 24-bit
warna.
5. EPS
(Encapsulated
PostScript)
Imej bagi format ilustrasi PostScript. GIF (Grafics
Interchange Format)- Piawai untuk imej
pemindahan secara “on-line”, pemadatan imej 8 bit
digunakan dan saiz imej yg kecil.
6. WMF (Windows
Metafile Format)
Digunakan untuk OS windows sering digunakan
untuk menyimpan imej vektor clipart.
7. JPEG (Joint
Photographic
Expert Group)
Merupakan kaedah yang digunakan untuk
memadatkan imej, sesuai untuk gambar foto tetapi
kurang sesuai utk huruf atau aksara
6) Reka Bentuk Visual
Visual ialah alat yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih
baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis
Fungsi utama visual ialah untuk meningkatkan komunikasi dalam
pengajaran.
(1) Konsep dan Fungsi Visual
Visual dibahagi kepada tiga bentuk
a. Fotografik
b. Elektronik
c. Grafik : menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik
(i) Visual analogik :
Menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol
yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut
(ii)Visual organisasi :
Merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya
(2) Ciri-ciri Visual
i. Mudah dan jelas dibaca / difahami
ii. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi
perhatian pada visual
iii. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud
yang terdapat dalam visual
iv. Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat
dalam visual
v. Contohnya:
Rokok membahaya kesihatan
(3) Elemen Reka Bentuk Visual
Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk
membentuk sesuatu komposisi visual.,iaitu
Ruang (Space)
Permukaan/jalinan (Surface)
Elemen Grafik
Bentuk tiga dimensi (Form)
Garis (Line)
Rupa dua dimensi (Shape)
(a) Ruang
Keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual
Ruang perlu untuk menjadikan sesuatu reka bentuk menarik
Ruang terbahagi kepada dua:
i. Ruang Positif : Ruang yang digunakan
ii. Ruang Negatif : Ruang yang kosong
Ruang
Positif
Ruang
Negatif
(b) Garis (Line)
Garis boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi
Dua dimensi seperti lakaran pensil
Garis tiga dimensi adalah seperti tali, kulit siput dan sebagainya
Fungsi garis ialah:
i. Menunjukkan pergerakan
ii. Menunjukkan suasana
iii. Menunjukkan kemegahan/kekuatan
iv. Menunjukkan kekusutan
v. Melukis objek/ benda
vi. Menghubung antara satu elemen dengan elemen lain
Contoh penggunaan garisan
Garisan tegak Garisan melintang Garisan condong
(c ) Permukaan
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur
Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan tertentu kepada
permukaan seperti kasar dan licin.
(d) Bentuk dua dimensi
Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi
a. Bentuk Geometri
b. Bentuk abstrak
c. Bentuk gambaran
Bentuk Geometri Bentuk abstrak Bentuk gambaran
(e) Bentuk Tiga Dimensi (Form)
3D sebenar/konkrit
Bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar, tinggi seperti
kerusi dan meja.
3D tiruan/ilusi
Bentuk dua dimensi yang kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi
panjang, lebar dan tinggi atau tebal seperti gambar foto dan lukisan
yang diberi baying.
(4) Prinsip Reka Bentuk Visual
Berkaitan dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual
menjadi menarik. Terdapat enam prinsip reka bentuk visual.
1. Simplisiti Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu
idea.
Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
Contoh:
2. Dominan Pusat penumpuan atau minat.
Simplisiti
Dominan
Pola
Harmoni
Variasi
Seimbang
PRINSIP GRAFIK
Contoh: Peraturan sepertiga
3. Pola Susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan
mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan
sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung
dalam visual.
Contoh: Anak panah dan warna digunakan untuk
menyusun maklumat
4. Seimbang Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya
penarik dan keselesaan mata memandang
Terdapat dua jenis seimbang
1. Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di
41% 20%
25% 14%
antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan
bawah.
2. Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang
tidak sama rata.
Contoh:
5. Variasi Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan
terhadap visual
Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi
dapat menjadikan visual seolah-olah hidup
6. Harmoni Mententeramkan hati dan perasaan.
Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/
pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik,
aliran persembahan dan kesatuan mesej.
Contoh:
Imbangan tak formal
Imbangan formal
Harmoni dihasilkan melalui warna.
Warna
Kumpulan warna
(a) Kromatik. Hiu warna yang khusus seperti
merah, biru, dsb.
Valiu sejauh mana gelap atau cerahnya
sesuatu warna.
Kroma kekuatan atau intensiti sesuatu
warna
(b) Akromatik. Valiu sejauh mana gelap atau cerahnya
sesuatu warna
Kroma kekuatan atau intensiti sesuatu
warna
Perbezaan antara Kromatik & Akromatik
Perbezaan
Kromatik Akromatik
o ada Hiu, Valiu & Kroma. o ada Valiu & Kroma
o bersifat(warna) yang menekankan
kepada ton, keharmonian
o ada penekanan pada warna
khusus yang tidak berton seperti
warna asas iaitu
merah&biru(warna yang bukan
hasil campuran daripada apa-apa
warna)
Pigmen :
Terbahagi kepada empat jenis :
1. Warna utama Warna asas yang tidak boleh didapati
melalui campuran warna.Merah, biru dan
kuning
2. Warna sekunder Diperolehi daripada campuran dua warna
utama
3. Warna pertengahan Campuran warna sekunder dengan warna
utama yang terletak disebelahnya
4. Warna tertier Campuran dua warna sekunder
4 Fungsi Warna;
(a) Membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan.
Boleh dihasilkan dengan menggunakan warna yang berbeza dengan
latar.
Contoh:
(b)Memudahkan sesuatu item dilihat.
Boleh dihasilkan dengan menggunakan warna yang kuat dan
bertindak positif
Contoh:
(c) Mewujudkan perasaan harmoni.
Boleh dihasilkan dengan menggunakan warna analogus
(bersebelahan dalam roda warna)
Contoh:
(d)Melahirkan kesan tertentu.
Contoh; panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya
Contoh: Warna PANAS
Contoh: Warna SEJUK
MAKNA BAGI WARNA
1. MERAH kasih, benci, marah, bahaya
2. KUNING kemesraan, cahaya, masak
3. BIRU dingin, sedih, kurang bersemangat
4. HITAM kuat, rasmi, kemas, kaya
5. HIJAU muda, segar, membesar
6. PUTIH kesucian, bersih, kemas
7. JINGGA pesta, riang, tenaga
8. UNGU kaya, royalti/diraja, maharaja
HURUF
1. Gaya dan sumber penghurufan:
Stensil
Unistensil
Huruf tampal (Mesin Kroy)
Huruf potong (Majalah)
Huruf pindah
Huruf komputer (digital)
2. Penggunaan huruf:
Stail huruf.
Bilangan stail huruf.
Huruf besar atau huruf kecil.
Warna huruf.
Saiz huruf.
Jarak antara huruf.
Jarak antara baris.
(a) Stail huruf
Ada tiga jenis: Sans serif, serif dan pelbagai
Harus Konsisten
Harmoni dengan elemen lain
Pilih fon sans serif untuk instruksi seperti ariel atau helvetika
Biasanya fon sans serif digunakan untuk bahan tayang dan fon serif
untuk bahan cetak seperti Times Roman
Gunakan satu atau dua jenis fon untuk satu persembahan PowerPoint
3. CADANGAN PEMILIHAN HURUF
Pilih jenis huruf yang senang dibaca.
Guna huruf besar hanya untuk tajuk yang pendek tetapi untuk tajuk
yang panjang gunakan huruf kecil dengan huruf besarnya yang
tertentu.
Jarak di antara dua perkataan ialah 1 atau 1 ½ lebar huruf.
* Jarakkan huruf dengan penglihatan. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan
sama walaupun jaraknya berbeza.
WARNA HURUFAN
1. Hurufan yang terang di atas latarbelakang gelap di dapati lebih jelas
daripada sebaliknya.
2. Hurufan yang gelap di atas latarbelakang yang cerah memerlukan lebar
yang lebih besar untuk garisan.
3. Cara pemilihan warna huruf:
Pilih warna yang ada kontras antara latar dengan imej atau teks
Pilih warna yang lembut dan selesa dipandang
Gunakan empat warna dalam satu skrin/slaid
Warna dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan
Warna tidak semestinya boleh meningkatkan pencapaian pelajar
Penutup
Teknologi grafik berkomputer merupakan satu teknologi yang
membolehkan fantasi menjadi realiti.
Sekiranya teknologi ini disalahguna ianya juga boleh merosakkan
kehidupan manusia.
Top Related