HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
MUNDAU ANAK DUNDANG
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2006
HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
MUNDAU ANAK DUNDANG
LATIHAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2006
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
05.10.2006 ....................................................
MUNDAU ANAK DUNDANG
D20031014157
PENGHARGAAN
Sekalung Kasih, Seuntai Budi, Sejambak Kasih
Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan
limpah, kurnia dan berkatnya, saya dapat menyiapkan latihan ilmiah ini pada waktu
yang ditetapkan.
Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Penyelia yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta teguran tanpa mengira masa dalam
usaha melaksanakan dan menyiapkan tugas kertas cadangan ini.
Terlipat kemas dalam ingatan, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga
saya yang tanpa jemu-jemu memberikan semangat dan juga inspirasi kepada saya
dalam perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu dalam menyiapkan kertas cadangan ini. Termasuklah pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Mundau Anak Dundang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian
(Bimbingan Dan Kaunseling)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Malaysia 2006
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan personaliti introvert ekstrovert terhadap
pencapaian akademik pelajar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 124 orang responden
menggunakan Junior Ensyenk Personality Inventory (JEPI). Data yang telah diperoleh
telah dianalisis menggunakan kaedah statistik iaitu Korelasi Pearson dan ujian-t.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti introvert ekstrovert pelajar dengan pencapaian akademik. Dapatan juga
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap perbezaan dalam dimensi
personaliti berdasarkan jantina. Implikasi kajian ke atas kaunselor, guru-guru dan juga
ibu bapa turut dibincangkan.
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL vii
SENARAI SINGKATAN ix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pendekatan Teori dan Model 3
1.4 Penyataan Masalah 3
1.5 Tujuan Kajian 5
1.6 Signifikan Kajian 5
1.7 Definisi Operasional 6
1.7.1 Konsop Personaliti 6 1.7.2 Pencapaian Akademik 9 1.8 Soalan Kajian 10
1.9 Hipotesis Kajian 10
1.10 Rumusan 11
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian Literatur Kajian Luar Negara 12
2.3 Kajian Literatur Dalam Negara 15
2.4 Rumusan 17
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Tempat Kajian 19
3.4 Subjek Kajian 19
3.5 Alatan Kajian 19
3.6 Penganalisisan Data Statistik 23
3.6.1 Kaedah Pemarkatan 23 3.6.2 Pengujian Hipotesis 24 3.7 Prosedur Kajian 24
3.8 Batasan Kajian 25
3.9 Rumusan 26
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 27
4.2 Keputusan Kajian 28
4.3 Hipotesis Kajian 29
4.3.1 Hipotesis Pertama 29
4.3.2 Hipotesis Kedua 30
4.4 Rumusan Keputusan Kajian 31
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 33
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 33
5.3 Cadangan Kajian 37
5.4 Saranan Kajian 39
RUJUKAN 41
LAMPIRAN
Lampiran A Surat Kebenaran Manjalankan Kajian Daripada Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia.
45
Lampiran B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah-sekolah
Negeri Di Sarawak Daripada Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak.
47
Lampiran C Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
48
Lampiran D Surat Pengenalan Diri Pelajar Untuk Menjalankan Kajian
Di Sekolah.
49
Lampiran E Surat Pengesahan Sebagai Pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris
50
Lampiran F Alatan Kajian
F-1 Latar Belakang Responden
F-2 Junior Ensyenk Personality Inventory (JEPI)
51
Lampiran G Analisis Alat Kajian 60
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
3.1 Kaedah Pemarkatan 21
3.2 Kaedah Pemarkatan Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) 23
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Etnik 28
4.2.2 Analisis Min Bagi Melihat Hubungan Ciri Personaliti Yang 29
Dominan Di Kalangan Pelajar.
4.3.1 Keputusan Ujian Pekali Korelasi Pearson Bagi Melihat Hubungan 30
Antara Personaliti Introvert Ekstrovert Dengan Pencapaian Akademik
4.3.2 Keputusan Ujian T bagi Melihat Hubungan Yang Signifikan Terhadap 30
Perbezaan Dalam Dimensi Personaliti Berdasarkan Jantina.
SENARAI SINGKATAN
r Pekali Korelasi Pearson
t Ujian-t
p Kesignifikanan
N Sampel Kajian
SPSS Statistical Package for Social Sciences
JEPI Junior Ensyenk Personality Inventory
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah
mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar.
Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki
potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka
telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit
sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan
fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang
dikenali sebagai pelajar. Pelajar pintar dan berbakat merupakan individu yang
memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.
Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan
berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kita terlalu sukar
untuk merealisasikan diri kita untuk menjadi manusia serba sempurna. Kita hanya
boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya. Ini tidak
bermakna kita tidak mengalami cacat cela kerana manusia itu dibekalkan naluri dan
sifat leka dan lalai. (Sidik Baba, 1992) dalam Kamal Abd Manaf (1996). Dengan ini,
kajian terhadap personaliti introvert dan ekstrovert mempengaruhi pelajar dalam
akademik akan diutarakan berdasarkan kepada beberapa persoalan yang akan
ditimbulkan dalam persoalan kajian.
Umumnya, personaliti merupakan aspek yang penting yang melambangkan
dalaman seseorang individu. Personaliti ini merujuk kepada segala keperibadian yang
ada pada diri seseorang yang mana untuk mengetahui personaliti, kita perlu menyuluh
kepada diri individu itu sendiri. Hal ini kerana, personaliti yang ada pada manusia
adalah baik, positif dan konstruktif iaitu lebih cenderung kepada penyempurnaan
kendiri yang dianggap sebagai motif utama bagi semua individu.
Menekankan aspek personaliti ini, boleh kita anggap bahawa individu akan
mengawal diri sendiri jika disediakan suasana yang sesuai. Manusia akan
memperkembangkan potensi yang maksimum secara mudah dan akan tersisih
daripada perasaan bimbang dan dapat menyesuaikan diri sejajar dengan tuntutan
masyarakat.
1.3 Pendekatan Teori dan Model
Teori yang menjadi panduan dalam kajian ini adalah “Teori Personaliti Trait Introvert
dan Ekstrovert yang dikemukakan oleh Carl Jung dan Han Jurga Eysenk. (Anysenk,
1998).
1.4 Pernyataan Masalah
Pelajar atau seseorang individu di sekolah merupakan satu aset yang bernilai bagi
sesebuah negara. Dengan itu, seharusnyalah mereka diberi perhatian, terutama
terhadap aspek potensi dan bakat yang dimiliki oleh individu tersebut. Kegagalan
membantu seseorang individu untuk mencapai potensi diri merupakan satu kerugian
besar bagi negara dan masyarakat.
Realiti yang berlaku pada hari ini, seseorang individu yang merujuk kepada
pelajar yang mempunyai personaliti introvert atau ekstrovert semakin menjadi isu di
sekolah khasnya sekolah yang mempunyai pelbagai kaum. Kesulitan pada pihak
sekolah sememangnya ada dan perkara ini seharusnya disedari dan diberi perhatian
yang secukupnya bagi membawa kepada personaliti dan komunikasi yang baik di
kalangan pelajar yang pelbagai di sekolah. Hal ini kerana, pelajar tersebut memang
akan bercampur dengan dunia masyarakat setelah tamat di sekolah nanti. Ketiadaan
strategi penjagaan yang kreatif berkemungkinan berpunca kurangnya pengetahuan
dan kemahiran di kalangan guru tentang pelbagai aspek komunikasi interpersonal di
sekolah.
Menurut Chiam (1992), pelajar-pelajar akan mengalami kekecewaan
disebabkan tidak mendapat galakan dan rangsangan yang mencabar dalam bilik darjah
khususnya daripada aspek komunikasi kerana adanya sekatan daripada guru atau sifat
autokratik guru. Perkara ini amat berkait rapat dengan personaliti seseorang pelajar
itu. Keadaan ini menimbulkan perasaan bosan yang turut menjurus kepada personaliti
introvert di kalangan pelajar.
Chiam (1992) juga menjelaskan lagi bahawa perhatian yang kurang dan tidak
sempurna terhadap perkembangan pelajar ini akan memberi kesan negatif kepada
konsep kendiri dan mereka terus terperangkap dalam kumpulan yang kurang baik
sifatnya.
Sementara itu, Khadijah M.Shahid (1992) yang membuat kajian ke atas
beberapa personaliti pelajar mendapati bahawa mereka berasa bosan dan kecewa
dengan suasana di sekolah kerana kebanyakan guru yang mengajar menggunakan
kaedah tradisional, kurang memahami kehendak dan cita rasa mereka yang mana lebih
kepada komunikasi sehala sahaja iaitu tidak di antara pelajar dengan guru.
Sehubungan itu, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya
pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengajaran
yang sesuai. Pelbagai aspek psikologi pelajar hendaklah diberi keutamaan dalam
menyusun strategi pengajaran.
Oleh yang demikian, tentunya kajian mengenai personaliti di kalangan pelajar
pintar cerdas ini harus dilaksanakan bagi membantu guru memahami aspek personaliti
pelajar tersebut, dan seterusnya mampu merancang strategi pengajaran yang sesuai
dan berkesan.
1.5 Tujuan Kajian
Kajian yang dijalankan ke atas “Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar” dapat diklasifikasikan kepada beberapa seperti
yang dinyatakan di bawah :
1. Mengenal pasti hubungan di antara personaliti introvert ekstrovert
dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang dikaji.
2. Mengenalpasti ciri personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar
di sekolah menengah yang dikaji.
3. Mengenal pasti perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan
jantina.
1.6 Signifikan Kajian
Sememangnya, personaliti introvert dan ekstrovert seseorang individu adalah sangat
penting dalam pengaruhnya terhadap interpersonal dengan orang lain khususnya di
kalangan pelajar dari aspek akademik. Melalui kajian ini, dapat memberi kesedaran
kepada pihak yang bertanggungjawab di sekolah tentang masalah kebimbangan yang
dihadapi oleh pelajar bagi membolehkan tindakan diambil. Ini penting kepada sekolah
yang akan melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti yang dapat menyesuaikan
diri dengan semua lapisan masyarakat sekitar sama ada di sekolah atau luar sekolah.
Apabila wujud kesedaran, pihak sekolah boleh menjalankan program-program yang
bersesuaian bagi meningkatkan personaliti pelajar ke arah yang positif dan mencari
inisiatif untuk melahirkan pelajar yang berkualiti.
Kajian ini juga penting terutama kepada kaunselor sekolah supaya mereka
prihatin terhadap pelajar tanpa mengira etnik atau agama. Hal ini kerana, personaliti
introvert dan ekstrovert amat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang
seterusnya merujuk kepada prestasi sosial dan pembelajaran pelajar serta secara tidak
langsung mempengaruhi personaliti pelajar berkenaan.
Selain itu, kajian ini juga berguna dan penting kepada bakal-bakal guru yang
akan mengajar di sekolah nanti. Melalui kajian ini, bakal-bakal guru hendaklah boleh
menilai kekuatan atau kelemahan diri mereka sama ada mereka cukup mahir atau
tidak dalam proses berinteraksi dengan orang lain berdasarkan sikap introvert atau
ekstrovert mereka. Bagi yang masih mengalami masalah dalam penyesuaian diri ini,
hendaklah mencari alternatif dari sekarang untuk memantapkan diri untuk menjadi
guru yang benar-benar berkesan di mata pelajar.
1.7 Definisi Operasional
1.7.1 Personaliti
Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau
pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut
ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport
(196I), dalam Mischel, (1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai
organisasi dinamik sistem psiko-fizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku
dan pemikiran.
Sementara definisi oleh Pervin (1996), dalam Mitschel (1999:4) adalah;
“Personality is the complex organization of cognition, affects, and behaviors that
gives direction and pattern (coherence) to the person’s life. Like the body, personality
consists of both structures and processes and reflects both nature (genes) and nurture
(experience). In addition, personality includes the effects of the past, including
memories of the past, as well as constructions of the present and future”.
Seterusnya menurut Menninger (1930) menyatakan personaliti ialah apa-apa
yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini mengandaikan
tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu
ringkas .satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh
Waren & Carmichael (1930). Menurut mereka personaliti ialah organisasi dinamik
dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang
menentukan penyesuaian nya kepada persekitarannya.
Selain daripada definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi
lain tentang personaliti. Misalnya Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang
lima puluh definisi yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini
menggambarkan beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli
psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua,setiap
satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.
Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi
yang mempengaruhi tingkah laku .beberapa definisi personaliti boleh merangkumi
daripada proses dalaman bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
dalam konteks hubungan antara individu. Setiap definisi tersebut merujuk kepada
jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang
berlainan. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku
dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.
Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti Allport (1961) telah
membahagikan personaliti kepada tiga bahagian : kesan, luaran, struktur dalaman dan
pandangan positif. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama
maksudnya dengan topeng, ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada
seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu seseorang kepada
orang lain. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng
semata-mata tetapi merangkumi struktur psikologi atau psiko-fizikal..Pendekatan ini
melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri pendekatan ini dikritik kerana ciri
dalaman tidak boleh diperhatikan dan oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.
Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar
seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti sebagai satu konstrak
dan sistem yang kompleks. Setiap satu komponen personaliti dianalisis daripada
pemerhatian tentang tingkah laku dan setiap satu daripadanya merupakan satu
konstruk.
1.7.2 Pencapaian Akademik
Menurut Kamus Dewan (2002), pencapaian adalah apa yang telah dicapai (dihasilkan
atau diperoleh). Menurut Kamus Dewan (2002) juga, akademik pula merujuk kepada
sesuatu yang berkaitan dengan akademik (pusat pengajian tinggi). Bersifat atau
mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam).
Pencapaian ditakrifkan sebagai tingkat kecekapan seseorang dalam bidang
akademik atau pendidikan formal. Pencapaian yang cemerlang dapat kita lihat dari
pencapaian seseorang dalam peperiksaan sama ada di sekolah atau pusat pengajian
tinggi. Skor-skor yang diperoleh dalam peperiksaan tersebut menentukan kejayaan
pelajar. Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar dilihat berdasarkan gred
pencapaian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Urdang (1976), menyatakan pencapaian akademik adalah prestasi pelajar
untuk mendapatkan gred-gred atau skor bagi satu-satu mata pelajaran dalam sesuatu
ujian atau peperiksaan. Perkataan pencapaian ini bermakna tingkat pencapaian atau
prestasi pembelajaran yang dicapai dalam akademik yang adalah berkaitan dengan
hal-hal pendidikan formal. Begitu juga, Urdung (1976) mentakrifkan pencapaian
akademik sebagai kemampuan pelajar-pelajar sekolah untuk mencapai gred-gred yang
baik bagi satu-satu pelajaran yang diambil.
Menurut Kerlinger (1973) pula, definisi pencapaian akademik secara
operasional merujuk kepada skor yang dicapai oleh pelajar dalam sesuatu ujian atau
peperiksaan yang standard. Pencapaian iniboleh dinyatakan berdasarkan penilaian
guru terhadap prestasi pelajar-pelajar di dalam kelas.
Tuntasnya, jelaslah bahawa pencapaian akademik membawa maksud prestasi
atau tingkat kecekapan yang dicapai oleh seseorang individu dalam bidang pendidikan
formal atau persekolahan melalui pelbagai bentuk ujian atau peperiksaan.
1.8 Persoalan Kajian
1. Adakah terdapat hubungan di antara personaliti introvert ekstrovert
dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang dikaji.
2. Apakah ciri personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar di
sekolah menengah yang dikaji.
3. Adakah terdapat perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan
jantina.
1.9 Hipotesis Kajian
Oleh sebab kajian ini ingin melihat dan menentukan sama ada personaliti introvert dan
ekstrovert mempengaruhi pelajar dalam akademik di samping beberapa tujuan yang
lain, maka beberapa hipotesis telah dibentuk. Antaranya ialah :
1. Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti introvert
ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah
yang dikaji.
2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi personaliti
berdasarkan jantina.
1.10 Rumusan
Bab ini telah menghuraikan secara menyeluruh latar belakang kajian yang ingin
dijalankan, pendekatan teori yang digunakan, penyataan masalah, tujuan kajian
dijalankan, signifikan kajian, definisi konsep dan operasional pemboleh ubah kajian,
persoalan kajian dan hipotesis kajian. Hipotesis kajian akan menjadi garis panduan
kepada pengkaji dan setiap persoalan kajian akan dapat dijawab secara tepat dan
menyeluruh.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam menyiapkan kajian ini, pengkaji telah melihat beberapa kajian lepas untuk
memantapkan lagi kajian ini. Kajian-kajian ini ada yang terdapat dari luar negara dan
juga dalam negara. Di sini pengkaji dapat juga melihat perbezaan kajian di antara
kajian luar negara dan kajian yang terdapat dalam negara. Terdapat beberapa kajian
lepas yang mengkaji tentang personaliti di kalangan pelajar pelbagai kaum. Oleh
kerana kajian ini kurang dijalankan, banyak kajian sebelumnya yang diambil banyak
mengkaji tentang personaliti dan kerjaya masa depan. Ini bermakna kajian tentang
personaliti dan di kalangan pelajar masih kurang terutama dalam kajian tempatan.
2.2 Kajian Luar Negara
Walau pun terdapat banyak pendapat menyatakan bahawa personaliti seorang pelajar
berkait dengan faktor etnik atau agama, namun peranan faktor lain seperti faktor
personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan.
Beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi menunjukkan bahawa
faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang pelajar. (Lynn, 1959; Eysenck & Cookson, 1969; Finlayson, 1970; Elliot,
1972; Jensen, 1973; Orpen, 1976; Behren & Vernon, 1978).
Pelajar sekolah didapati lebih ekstrovert serta mampu berkomunikasi dengan
orang lain khususnya orang di persekitaran yang mana ini akan mempengaruhi juga
pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972; Anthony, 1977 dan Riding 1979).
Dalam kajian lain pula, Johnson (1997) dalam Che Mah Yusof dan Dr.
Mariani Md.Nor juga mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara
faktor personaliti dengan komunikasi interpersonal pelajar.
Terman dan rakan-rakan (1930) dalam Che Mah Yusof dan Dr. Mariani
Md.Nor, telah mengkaji perkembangan kanak-kanak pintar cerdas dengan
menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Tests) yang telah
diubah suai. Kajian Awal oleh Terman ini mendapati bahawa pelajar pintar cerdas
lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul dengan rakan sebaya. Sifat ini
boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering
dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan
pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka.
Eysenck dan Cookson (1961), telah membuat kajian di kalangan pelajar
sekolah di Staffordshire, dan beliau mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert.
Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Rita Dunn et al, (1989)
menunjukkan bahawa pelajar yang introvert, di mana mereka lebih cenderung belajar
bersendiri daripada belajar berkumpulan. Cara gaya personaliti sebegini
mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka. Terdapat beberapa kajian lain
yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert-introvert dengan gender dalam
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat
lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan.
Terdapat beberapa kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert-
introvert dengan gender. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif
berbanding dengan pelajar perempuan. Kajian awal Eysenck (1965) ke atas kanak-
kanak berumur 7-16 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert
daripada pelajar perempuan.
Kajian lain turut dinyatakan oleh Mehryer & Hosseini (1973) telah membuat
kajian terhadap 707 pelajar lelaki dan 171 pelajar perempuan di Iran, mendapati
bahawa pelajar ekstrovert yang memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada
pelajar lelaki.
2.3 Kajian Literatur Dalam Negara
Meskipun begitu terdapat kajian menunjukkan dapatan yang berbeza antara dapatan
luar negara berbanding dalam negara. Sebagai contoh, kajian oleh Noran Fauziah
(1988) menunjukkan perbezaan yang jelas di mana guru pelatih perempuan lebih
ekstrovert berbanding dengan pelatih lelaki yang mana perkara ini sangat berkait rapat
dengan tahap personaliti seseorang itu.
Manakala hasil kajian Abd. Rahim (1991) terhadap murid-murid di sekolah
rendah, mendapati tiada perbezaan yang besar antara pelajar lelaki dan perempuan
dari aspek personaliti ekstrovert-introvert dalam pengaruhnya terhadap pencapaian
akademik pelajar.
Sementara itu, untuk menilai diri bagi seorang pelajar terdapat dua unsur yang
perlu dikenal pasti mengenai kencenderungan diri iaitu ekstrovert dan introvert. Nilai-
nilai diri ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sikap ekstrovert ialah
seorang pelajar itu berminat terhadap hal yang berlaku sekitarnya, berfikiran terbuka,
dan suka bergaul. Dia menunjukkan sikap ramah, lancar dalam pergaulan,
berkeyakinan, mudah mesra, gembira, dan tidak pentingkan diri sendiri. Pelajar yang
tergolong dalam sifat ini memiliki kualiti hidup yang baik dengan sentiasa
mengutamakan nilai yang baik dan menghargai diri sendiri.
http://www.freewebs.com/ferragammo
Selain itu juga, pelajar yang ekstrovert semangat ingin melakukan kebaikan
tanpa perlu diingatkan berulang kali oleh individu lain. Pelajar yang bersikap
ekstrovert ini mempunyai pemikiran dan daya imaginasi yang baik yang mana
meletakan matlamat hidup pada kedudukan yang tinggi sebagai satu motivasi untuk
berusaha mencapainya. Cabaran yang dihadapi dianggap sebagai rutin hidup yang
menggembirakan. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai sifat berdikari. Dia
yakin membawa diri untuk meletakkan dirinya lebih dewasa, dan mampu untuk
melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab dalam masyarakat. Sikap pelajar
yang ekstrovert ini sangat berkemungkinan dalam mempengaruhi pencapaian
akademik mereka. (http://www.freewebs.com/ferragammo)
Manakala sikap pelajar yang introvert adalah sebaliknya iaitu mereka tidak ada
perancangan hidup. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk hari ini. Sebab itu
golongan ini mudah terpengaruh dengan aktiviti bersuka-suka, memuaskan keinginan,
membazirkan masa, serta bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir kesannya.
Kadang-kadang golongan pelajar sebegini sedar kesalahan yang dilakukan, tetapi
tidak berusaha untuk berubah. Mereka sentiasa merasa rendah diri dan tidak
berkemampuan berbanding orang lain. Biasanya mereka menganggap kejayaan hanya
menjadi milik orang lain. Sekiranya diberitahu mereka juga dapat berjaya sepertimana
orang lain, hal itu dikatakan satu perkara yang mustahil, sedangkan mereka belum
berusaha melakukan apa-apa lagi. (http://www.freewebs.com/ferragammo)
Tuntasnya, setiap pelajar atau remaja perlu menilai diri sendiri dan
menentukan sama ada berada dalam golongan eksrovert atau introvert. Hal ini kerana,
sikap sama ekstrovert atau introvert sangat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
akademik.
2.4 Rumusan
Daripada kajian-kajian literatur di atas, penyelidik dapat merumuskan bahawa masih
terdapat kekurangan penyelidik yang mengkaji tentang hubungan personaliti dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar kerana banyak kajian sebelum ini dibuat di
luar negeri. Walau bagaimanapun, hasil kajian-kajian ini amat penting kepada
penyelidik sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan dalam menyiapkan
kajian ini. Terdapat beberapa bahagian, antaranya meliputi aspek reka bentuk kajian,
tempat kajian, subjek kajian, alat kajian, penganalisisan data statistik dan rumusan
bab.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Dalam menjalankan kajian terhadap “Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar” reka bentuk kajian yang sesuai digunakan
ialah kajian tinjauan. Dalam kajian ini ia berbentuk deskritif yang menggunakan soal
selidik. Dalam kajian ini, pemboleh ubah bebas ialah jantina iaitu lelaki perempuan,
etnik, umur dan tingkatan. Manakala pemboleh ubah terikat pula ialah personaliti
pelajar.
3.3 Tempat Kajian
Kajian terhadap “Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar” telah dibuat di satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Pakan, 96510 Pakan, Sarawak. Sekolah menengah yang dikaji juga dikategorikan
sebagai sekolah luar bandar dan mempunyai jarak kira-kira 50 kilometer daripada
bandar utama iaitu Bandar Bahagian Sarikei, Sarawak. Begitu juga, sekolah yang
dikaji mempunyai jarak kira-kira sejauh 120 kilometer daripada Bandar Bahagian
Sibu, Sarawak.
3.4 Subjek Kajian
Populasi kajian ialah 132 orang pelajar merupakan pelajar di antara tingkatan 4 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan, Sarawak. Sampel kajian pula terdiri daripada
124 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak
berlapis dengan mengambil kira pemboleh ubah gender. Mereka terdiri daripada 121
orang pelajar Iban dan 3 orang pelajar Lain-lain. Daripada ini pelajar lelaki seramai 62
orang dan pelajar perempuan 62 orang juga.
3.5 Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah satu set soal
selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian-bahagian dalam set soal selidik tersebut adalah seperti berikut :
1. Bahagian A : Soal selidik mengenai biodata responden secara umum.
2. Bahagian B : Soal selidik bagi melihat personaliti responden iaitu soal
selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).
Bahagian A : Biodata Diri
Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Ia
dibentuk sendiri oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat latar belakang subjek
kajian atau responden. Antara item yang dimuatkan dalam Bahagian A ini ialah data
peribadi responden seperti jantina, etnik, umur dan tingkatan responden.
Bahagian B : Alat Ujian Bagi Melihat Personaliti Subjek Kajian Iaitu Soal
selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI)
Bahagian ini mengandungi soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).
Namun begitu terdapat pengubahsuaian berdasarkan kajian yang dijalankan. Hal ini,
soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) yang direka bentuk oleh
Eysenck J.H terdiri daripada tiga skala penilaian iaitu skala E, N dan L.
Skala E merujuk kepada personaliti introvert dan ekstrovert yang
mengandungi 24 item soalan manakala skala N mewakili neurotik dan stabil dalam
diri seseorang yang mengandungi 24 item soalan dan skala L berkaitan dengan skala
penipuan yang mengandungi 12 item soalan. Kesemua soal selidik JEPI mengandungi
60 item soalan. Namun untuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ini hanya
menggunakan item soalan yang berkaitan dengan kajian iaitu melihat personaliti
responden sama ada introvert atau ekstrovert.
Oleh yang demikian, pengkaji membuat pengubahsuaian dengan hanya
menggunakan item soalan yang berkaitan dengan skala E yang berkaitan dengan
personaliti introvert dan ekstrovert. Manakala skala L hanya sebagai penentu kesahan
jawapan responden sama ada mereka mempunyai unsur penipuan atau tidak semasa
menjawab soalan.
Jadual 3.1 : Kaedah Pemarkatan
Skala Singkatan No. Item (Jawapan
YA)* No. Item (Jwpn TIDAK)**
Ekstrovert E 1, 3, 9, 22, 24, 27, 29, 22,
25, 27, 30, 35, 38, 41, 43,
46, 49, 51, 53
6, 33, 55, 57, 59
Neurotisme N 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21,
23, 26, 29, 31, 34, 37, 39,
42, 45, 47, 50, 52, 54, 56,
58, 60
Penipuan L 8, 16, 24, 32, 36, 48 4, 12, 20, 28, 40, 44
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada persoalan adakah data, markah atau maklumat
yang diperolehi daripada sesuatu kajian boleh dipercayai mengukur sesuatu pemboleh
ubah atau tret tingkahlaku manakala kesahan adalah sejauh mana alat ukuran itu dapat
mengukur apa yang sepatutnya diukur. Tuckman (1990) dalam Sidek Mohd Noah
(2002) menyatakan kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten. Manakala,
Mohd Majid Konting (1998) menyatakan bahawa ketekalan sesuatu alat ukur dalam
mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep
kebolehpercayaan alat ujian.
Selain itu, Eysenck (1942) telah mengukur personaliti berasaskan dua dimensi
sifat asas manusia iaitu faktor Ekstrovert-Introvert dan Neurotisme-Stabiliti. Kedua-
dua faktor ini mempunyai hubungan dengan skim 4 temperament Galen-Kant_Wundt
yang asal. Eysenck kemudiannya membentuk alat ukuran Eysenck Personality
Inventory (EPI) untuk mengukur personaliti manusia dengan berasaskan kepada dua
dimensi tret tersebut.
Alat ukuran ini telah diperkembangkan daripada Maudsley Personality
Inventory (MPI), (Eysenck, 1962a). Kedua-dua alat ukuran ini telah dikaji semula
oleh Jensen (1965b) dan didapati mempunyai persamaan. Walau bagaimanapun EPI
adalah lebih praktikal kerana pengubahsuaian ayat telah dibuat untuk menampung
responden daripada semua tahap kecerdasan dan pendidikan. Di samping itu, EPI
mempunyai dua borang yang selari bagi membolahkan alat ukur ini diuji semula
kesahannya dan juga mempunyai skala penipuan. Alat ukuran ini telah direka untuk
kegunaan pelajar-pelajar dan orang dewasa. Ia mempunyai 60 item dengan faktor
Ekstroversi (E) sebanyak 24 item, faktor Neurotisme (N) sebanyak 24 item dan skala
penipuan (L) sebanyak 12 item. Kolerasi antara skli-skil eksrtoversi dan neurotisme
ialah +.10 bagi pelajar-pelajar dan -.11 bagi orang dewasa. Alat ukuran ini juga
mempunyai pekali realibiliti yang tinggi iaitu .80 dan .97 (1956). Sidek Mohd Noah,
2005).
3.6 Penganalisisan Data Statistik
Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis berdasarkan tujuan dan
hipotesis kajian. Analisis akan dilakukan untuk melihat “Hubungan Personaliti
Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar”. Di dalam kajian ini,
pengkaji akan menggunakan pekali korelasi.
3.6.1 Kaedah Pemarkatan
Kaedah pemarkatan soal selidik yang digunakan adalah soal selidik Junior Eysenck
Personality Inventory (JEPI) yang terdapat seperti di jadual 3.
Pemarkatan soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) dikira
berdasarkan jawapan “Ya” akan diberi dua markah dan jawapan “Tidak” akan
diberikan satu markah. Cara interpretasi adalah seperti dala, jadual 3.2 :
Jadual 3.2
Kaedah Pemarkatan Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI)
_____________________________________________________
Respon Jawapan Skor
_____________________________________________________
Ya 1
Tidak 2
___________________________________________________
3.6.2 Pengujian Hipotesis
Data-data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisis berdasarkan tujuan dan
hipotesis kajian. Dengan ini, data-data daripada soal selidik akan diproses dengan
menggunakan perisian “Statistical Packages For The Social Science” (SPSS). Hal ini
kerana, analisis terhadap data berstatistik adalah menggunakan perisian
pengaturcaraan SPSS yang akan menghasilkan pengiraan yang tepat dan ia juga bebas
daripada ralat. (Mohd. Majid bin Konting, 1998).
3.7 Prosedur Kajian
Langkah pertama yang dilakukan oleh penyelidik ialah menentukan apa yang hendak
dikaji melalui pembacaan kajian-kajian lepas serta rujukan daripada pelbagai sumber
seperti perpustakaan, pusat sumber dan juga internet. Dalam kajian ini, terdapat dua
jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada subjek
kajian melalui borang soal selidik yang diedarkan. Manakala, data sekunder diperoleh
daripada pusat sumber dan perpustakaan. Bagi menjalankan kajian ini, terdapat
beberapa langkah yang dikenal pasti antaranya ialah:
1. Menyediakan kertas cadangan
2. Memohon surat kebenaran membuat penyelidikan dan surat
pengesahan pelajar daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia.
3. Menyediakan set soal selidik yang mengandungi 3 bahagian iaitu
bahagian biodata diri, dan Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI)
4. Mengedarkan soal selidik kepada responden dengan ditadbir sendiri
oleh penyelidik.
5. Memasukkan data dan membuat penganalisisan data menggunakan
bantuan komputer iaitu program Statistical Package for the Social
sciences (SPSS).
6. Menulis laporan akhir kajian.
Berkaitan dengan soal selidik, penerangan yang teliti telah diberikan secara
bertulis kepada setiap responden untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan
kesulitan. Sekiranya responden perlu penjelasan selanjutnya, mereka boleh bertanya
kepada penyelidik sendiri. Responden juga diberitahu supaya menjawab soal selidik
yang diberikan mengikut pendapat sendiri dan bukannya meminta pandangan daripada
rakan atau pegawai mereka. Ini kerana, segala maklumat yang diberikan oleh
responden akan dirahsiakan dan telah ditekankan kepada mereka bahawa ia bertujuan
untuk kajian semata-mata. Mereka seharusnya menjawab secara terbuka, jujur dan
ikhlas.
3.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan seramai
100 orang responden sahaja yang dipilih daripada tingkatan 4 secara rawak. Secara
umumnya, kami tidak dapat melihat secara keseluruhan kerana kajian ini hanya
tertumpu pada sebuah tempat sahaja bukannya secara menyeluruh. Oleh yang
demikian, dapatan kajian yang akan diperoleh nanti adalah terbatas di sekolah tersebut
sahaja.
Ketepatan kajian juga bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para
responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka. Walau
bagaimanapun penyelidik mengandaikan segala jawapan yang diberikan oleh
responden adalah benar, jujur dan ikhlas.
3.9 Rumusan
Keseluruhannya, dalam bab ini ia lebih membincangkan aspek reka bentuk kajian
yang menggunakan satu kajian tinjauan berbentuk deskritif iaitu melalui borang soal
selidik. Turut dibincangkan juga tempat kajian terhadap “Hubungan Personaliti
Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar” telah dilakukan di
sebuah sekolah Bahagian Sarikei, Sarawak. Seterusnya kajian meliputi populasi dan
sampel kajian yang hanya melibatkan pelajar daripada etnik Iban dan lain-lain yang
berfokus kepada pelajar 4 yang mana mereka telah dipilih berdasarkan presampelan
rawak berlapis. Turut dinyatakan juga, alat kajian yang digunakan ialah ujian
personaliti iaitu Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan keputusan-keputusan yang diperolehi
hasil daripada penganalisaan data yang dikumpulkan. Pengkaji telah menggunakan
kaedah statistik Pekali Korelasi Pearson untuk menguji hubugan di antara hubungan
personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar. Selain itu,
pengkaji menggunakan kaedah Analisa Min untuk melihat ciri personaliti yang lebih
menyerlah di kalangan pelajar di sekolah menengah yang dikaji. Begitu juga, Ujian-t
turut digunakan untuk menguji hipotesis iaitu aspek perbezaan dalam dimensi
personaliti berdasarkan jantina.
Selain itu, bab ini menghuraikan mengenai dapatan kajian berkaitan dengan
faktor demografi dan profil respondon. Perbincangan dalam bab ini tidak terpisah
daripada perbincangan dalam bab selanjutnya kerana kedua-dua bab ini cuba
menerangkan permasalahan kajian yang memberi fokus kepada hubungan personaliti
ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar.
4.2 Keputusan Kajian
Jadual 4.2.1: Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Etnik
Jadual 4.2.1
Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Etnik
Pemboleh ubah Kekerapan (F) Peratusan (%)
Jantina
Lelaki
Perempuan
Etnik
Melayu
Cina
Iban
62
62
1
2
121
50.0
50.0
0.8
1.6
97.6
Berdasarkan jadual 4.2.1,didapati bahawa bilangan responden mengikut jantina adalah
sama iaitu 62 orang responden. Pemilihan responden perlu seimbang kerana ia akan
menjawab hipotesis kajian yang melihat perbezaan dalam dimensi personaliti
berdasarkan jantina. Jika responden yang dipilih tidak seimbang, ini akan menjejaskan
dapatan kajian. Ini menunjukkan 50% responden lelaki dan 50% responden
perempuan.
Berdasarkan demografi jika diperhatikan mengikut etnik pula, etnik iban
merupakan responden yang paling tinggi iaitu seramai 121 orang atau 96.8%. Cina
pula seramai 2 orang iaitu sebanyak 1.6% dan diikuti oleh Melayu iaitu seorang sahaja
dengan 0.8%. Responden iban paling ramai kerana sekolah tersebut terletak di
kawasan yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk iban.
Analisis Min Bagi Melihat Ciri Personaliti Yang Dominan Di Kalangan Pelajar
Di Sekolah Menengah Yang Dikaji.
Jadual 4.2.2
Analisis Min Bagi Melihat Hubungan Ciri Personaliti Yang Dominan Di Kalangan
Pelajar.
Pemboleh ubah N Min
Introvert Ekstrovert
Stabil/ Neurotik
124
124
1.3374
1.4831
p < .05
Berdasarkan kepada jadual 4.2.2, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
dalam dimensi personaliti introvert ekstrovert dan stabil atau neurotik di antara pelajar
iaitu. min stabil atau neurotik pelajar lebih tinggi iaitu 1.48318 berbanding introvert
ekstrovert 1.3200. Oleh itu, terdapat hubungan yang signifikan terhadap ciri
personaliti yang lebih dominan di kalangan pelajar yang dikaji.
4.3 Hipotesis Kajian
Statistik inferensi akan menjelaskan keputusan kajian ke atas sampel berdasarkan
hipotesis yang dibina.
Hipotesis 1 Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Introvert
Ekstrovert Dengan Pencapaian Akademik.
Jadual 4.3.1
Keputusan Ujian Pekali Korelasi Pearson Bagi Melihat Hubungan Antara Personaliti
Introvert Ekstrovert Dengan Pencapaian Akademik
Pemboleh ubah Pencapaian Akademik
Introvert Ekstrovert r = .008
p>.05
Berdasarkan kepada jadual 4.3.1, didapati keputusan ujian pekali korelasi Pearson
menunjukkan bahawa r = .008 dan p = .931 > α = 0.05. Ini bermakna tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert pelajar dengan
pencapaian akademik. Dengan perkataan lain, personaliti introvert ekstrovert tidak
mempengaruhi pencapaian akademik. Ini bermakna hipotesis pertama ini ditolak.
Hipotesis 2 Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Dalam Dimensi Personaliti
Berdasarkan Jantina.
Jadual 4.3.2
Keputusan Ujian T bagi melihat Perbezaan Dalam Dimensi Personaliti Berdasarkan
Jantina.
Dimensi Jantina N Min T Sig.
Intovert Ekstrovert
Stabil/Neurotik
Akademik
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
62
62
62
62
62
62
1.3200
1.3548
1.4976
1.4685
3.3185
3.3387
-1.903
.950
-.131
.059
.344
.896
p>.05
Berdasarkan jadual 4.3.3 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
dimensi introvert ekstrovert di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu (t(124) = -
1.903, p > .05) (nilai kritikal α adalah = .059, > .05). Namun begitu tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam dimensi stabil atau neurotik di antara pelajar lelaki
dan perempuan iaitu (t(124) = .950, p > .05) (nilai kritikal α adalah = .344, > .05). Ini
menandakan nilai kebarangkalian alpha pengiraan melebihi aras kesignifikan 95
peratuas (p > .05). Begitu juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
dimensi akademik di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu (t(124) = -.131, p > .05)
dengan nilai kritikal α adalah = .896, > .05 iaitu nilai kebarangkalian alpha pengiraan
melebihi aras kesignifikan 95 peratuas (p > .05). Oleh itu, hipotesis terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina
diterima.
4.4 Rumusan Keputusan Ujian
Berdasarkan statistik yang dijalankan, keputusan ujian bagi hubungan personaliti
introvert ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang
dikaji telah diperoleh. Dapatan kajian hipotesis satu hingga tiga dapat dirumuskan
seperti berikut:-
(a) Hipotesis pertama tidak diterima yang menunjukkan tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian
akademik.
(b) Hipotesis kedua diterima menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
terhadap perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.
Dengan ini, dapatan kajian yang diperoleh dapat menggambarkan hubungan
personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar ini
mengambarkan responden yang dikaji menjawab semua persoalan kajian yang
dikemukakan di awal kajian.
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Setelah dapatan kajian dianalisis dan diberi keputusannya, maka bahagian seterusnya
akan membuat perbincangan kajian berkenaan hubungan personaliti ekstrovert dan
introvert terhadap pencapaian akademik pelajar di kalangan pelajar tingkatan 4 di
sebuah sekolah menengah di Sarawak. Perbincangan dalam bab ini adalah
berdasarkan hasil keputusan yang telah diperoleh dan juga sokongan kajian lepas.
Setiap perbincangan yang dilaksanakan adalah berdasarkan hipotesis yang telah
dibina.
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Keseluruhan perbincangan akan mengupas dapatan kajian, kesimpulan dan implikasi
dan cadangan yang dibuat oleh pengkaji. Semua perbincangan berdasarkan keputusan
3 hipotesis.
Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara
personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar. Ini disebabkan
oleh beberapa faktor iaitu keadaan bilik darjah yang sesak sehingga mencacah 40
lebih orang pelajar dalam satu kelas. Dalam bilik darjah juga, memang pelajar aktif
tetapi akademik mereka agak lemah kerana pelajar kurang selesa untuk belajar. Hal ini
dapat dikukuhkan lagi dengan pendapat sekumpulan 16 orang guru Amerika yang
menyatakan bilik darjah di Malaysia terlalu sesak bagi pengajaran dan pembelajaran
efektif (http://www.agendadaily.com/).
Hasil kajian juga mendapati jenis personaliti yang dominan di kalangan pelajar
sekolah menengah yang dikaji ialah personaliti yang stabil neurotik. Hal ini mungkin
disebabkan oleh keadaan demografi pelajar mempengaruhi personaliti pelajar yang
mana keadaan persekitaran keluarga serta masyarakat. Kestabilan personaliti wujud
disebabkan keadaan dalam keluarga misalnya masalah keluarga menyebabkan pelajar
lebih matang untuk berfikir. Jika sesebuah masyarakat itu terdiri daripada individu
yang mempunyai mental yang bersih dan waras, maka masalah sosial tidak akan
berlaku. Ini membawa kepada kestabilan personaliti di kalangan pelajar.
Kestabilan personaliti di kalangan pelajar juga wujud sekiranya guru
mengasaskan kebergantungan positif, maka guru perlu memaksimumkan peluang
pelajar untuk menggalakkan kejayaan setiap pelajar dengan pertolongan, dorongan,
galakan dan pujian terhadap usaha setiap pelajar untuk belajar. Aktiviti kognitif dan
dinamika sesama peribadi akan berlaku apabila pelajar terlibat dalam menggalakkan
pembelajaran masing-masing. Ini termasuk penerangan secara oral bagaimana
menyelesaikan masalah, berbincang tentang konsep yang dipelajari, mengajar
pengetahuan yang diketahui kepada kelas dan menghubungkan pelajaran lepas dengan
yang baru. Ee Ah Meng (1997)
Mok Soon Sang (1991) turut menyatakan, kemahiran sosial penting dalam
membentuk perasaan saling kerjasama antara ahli kumpulan. Kemahiran sosial yang
baik adalah penting bukan sahaja kerana pelajar belajar lebih apabila dilakukan secara
berkumpulan, kemahiran ini juga berguna untuk kejayaan di luar sekolah, dengan
rakan-rakan atau keluarga mereka dan kemudiannya dengan kerjaya mereka. Daripada
ini, personaliti yang stabil di kalangan pelajar akan wujud.
Begitu juga, Kamarudin Hj Husin (1990) menyatakan sifat kebergantungan
positif ialah perasaan di kalangan satu kumpulan pelajar bahawa apa yang membantu
seorang ahli dalam kumpulan akan membantu ahli-ahli lain dalam kumpulannya dan
apa yang menyakitkan mana-mana ahli akan menyakitkan semua ahli dalam kumpulan
tersebut. Dalam kata lain, pelajar percaya bahawa mereka tenggelam dan berenang
bersama. Seseorang tidak akan berjaya melainkan jika semuanya berjaya. Mereka
sedar, usaha setiap ahli bukan sahaja memberi keuntungan kepada diri sendiri tetapi
kepada semua. Mereka bantu-membantu usaha antara satu sama lain untuk belajar,
saling memberikan dorongan dan merayakan kejayaan pergabungan mereka.
Kebergantungan positif merupakan teras kepada pembelajaran koperatif. Hasil
daripada kebergantungan positif ini, ia dapat menunjukkan personaliti stabil adalah
personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar.
Hasil dapatan juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis
personaliti berdasarkan jantina. Buktinya ialah pelajar perempuan lebih introvert
ekstrovert berbanding pelajar lelaki manakala pelajar lelaki lebih stabil atau neurotik
berbanding pelajar perempuan. Pelajar lelaki kurang introvert ekstrovert mungkin
disebabkan oleh mereka mempunyai tahap pemikiran yang lebih lemah berbanding
pelajar perempuan. Ini dibuktikan melalui pendapat Prof. Madya Dr. Aminah Ahmad
dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Universiti Putra Malaysia
(UPM) yang menyatakan pelajar lelaki banyak yang gagal untuk mencapai keputusan
yang cemerlang kerana di sekolah kajian menunjukkan ramai pelajar lelaki gagal
meneruskan pelajaran ke peringkat menengah atas berikutan keputusan yang tidak
baik di peringkat menengah rendah seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
dalam www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html
Begitu juga, pelajar perempuan lebih introvert ekstrovert mungkin disebabkan
oleh pelajar lelaki berusia 11 tahun didapati 12 bulan lebih lewat dari segi kecerdasan
membaca berbanding pelajar perempuan. Mereka juga didapati 12 bulan lewat dari
segi ketepatan mencongak dan lewat enam bulan dari segi kepantasan mengira
berbanding pelajar perempuan. Ini dibuktikan melalui kajian pakar pendidikan di
Britain pada 2000 itu, yang menyatakan pelajar perempuan di negara itu lebih bijak
dan menunjukkan pencapaian lebih baik berbanding lelaki. Fenomena itu turut
menjelaskan mengapa pelajar perempuan lebih ramai memasuki institusi pengajian
tinggi di Britain. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html
Pakar Pendidikan Geoff Hannan dari Britain dalam kajiannya berkata, corak
pencapaian itu menunjukkan kelebihan pelajar perempuan berbanding lelaki pada
peringkat purata dalam usia mereka sebelum mencapai akil baligh. Katanya, pada
waktu itu iaitu ketika usia 11 tahun ke atas, wujud jurang perbezaan dalam pencapaian
antara kedua-dua jantina. Pelajar perempuan sentiasa mencatat markah lebih tinggi
berbanding lelaki dalam mata pelajaran bahasa.
www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html
Pengkaji lain, Robert Oxburgh juga dari Britain pula berkata, pada peringkat
asas, penilaian menunjukkan markah diperoleh pelajar lelaki kurang berbanding
perempuan dalam hampir semua mata pelajaran peringkat sekolah menengah.
Katanya, 85 peratus daripada pelajar perempuan mencatatkan tahap pendidikan
peringkat kedua dan 30 peratus lagi melebihi peringkat ketiga. Ini berbanding lelaki
yang masing-masing hanya mencapai 72 peratus peringkat kedua dan 20 peratus
peringkat ketiga. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.47html
Daripada ini, ternyatalah pelajar perempuan lebih introvert ekstrovert
berbanding pelajar lelaki. Namun demikian, satu lagi kajian yang dibuat di Sekolah
Tinggi Notley di Braintree, Essex, Britain selama tiga tahun telah menunjukkan
pelajar lelaki dapat belajar dengan lebih pantas jika duduk bersebelahan pelajar
perempuan di sekolah. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html
5.3 Cadangan
Hasil daripada dapatan kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan
sebagai rujukan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah,
Unit Bimbingan dan Kaunseling, ibu bapa dan seterusnya para pelajar.
Ibu bapa merupakan individu yang dominan dalam kehidupan seorang pelajar.
Justeru, mereka perlu dilatih dan diterapkan ilmu keibubapaan supaya dapat
membentuk pelajar menjadi individu yang berketrampilan. Ibu bapa perlu mendekati
anak-anak mereka dengan menganggap mereka sebagai kawan dan jangan terlalu
menjarakan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ibu bapa perlulah
berhubung dengan pihak sekolah daripada semasa ke semasa untuk mengetahui
perkembangan terkini anak-anak mereka.
Kepada pihak sekolah juga, pentadbir perlu peka dalam merealisasikan konsep
keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras Aspirasi Falsafah Pendidikan
Nasional. Justeru, pelbagai program perlu dirangka untuk membentuk jati diri individu
pelajar yang positif.
Kewujudan Unit bimbingan dan Kaunseling di sekolah juga dimaksimumkan
fungsinya khususnya aktiviti yang pelbagai seperti menjawab inventori dan soal
selidik berkaitan dengan masalah pelajar dari semasa ke semasa. Kaunselor sekolah
perlulah sentiasa mengikuti perkembangan pelajar agar mereka dapat menyedari
permasalahan pelajar berkaitan dengan pengaruh personaliti terhadap pencapaian
akademik dan seterusnya membantu serta membimbing pelajar dalam menyelesaikan
masalah.
Merujuk pula kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mesti diaktifkan dan
dapat memainkan peranan dengan lebih baik bagi membantu berhubung dengan
personaliti mereka yang mempengaruhi pencapaian akademik. Bagi pelajar juga,
dengan PRS ini, mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan pelajaran,
penyelesaian masalah, perkembangan sahsiah diri dan sebagainya. Menjalankan
pelbagai aktiviti yang bersesuaian seperti kem motivasi, kem jati diri, perkhemahan
untuk merapatkan lagi hubungan di antara PRS dengan rakan pelajar di samping
mempengaruhi perubahan personaliti pelajar serba sedikit kerana ia melibatkan
pergaulan di kalangan pelajar.
5.4 Saranan Kajian
Pengkaji ingin menyarankan kepada pengkaji yang berminat untuk menjalankan
kajian pada masa akan datang agar menjalankan berkenaan hubungan personaliti
ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar perlu diperluaskan lagi.
Ini kerana kajian sebelum ini lebih tertumpu di pusat pengajian tinggi dan kolej-kolej
tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa kajian ini terdapat beberapa kelemahan,
justeru pengkaji mengharapkan agar saranan yang dikemukakan ini dapat memberi
panduan kepada pengkaji lain serta boleh meningkatkan mutu penghasilan hasil kajian
suatu hari nanti.
Hakikatnya, kerjasama dan persefahaman semua pihak amatlah diharapkan
khususnya pelajar sendiri, ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah penting dalam
mempengaruhi hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian
akademik pelajar. Pengkaji juga menyarankan agar skop kajian ini diperluas iaitu
dengan menjalankan dengan cara terbaik untuk mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian dengan menjalankan kajian dalam bentuk eksperimental. Ini
kerana, pengkaji dapat menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok serta
menjalankan temu bual bersama responden dan dapatan kajian pastinya yang benar.
Kajian juga turut dijalankan terhadap kaunselor, guru-guru dan pentadbir sekolah bagi
mengukuhkan lagi hasil dapatan kajian terhadap hubungan personaliti ekstrovert dan
introvert terhadap pencapaian akademik pelajar.
Merujuk pula kepada bilangan subjek, pengkaji menyarankan agar
ditambahkan bilangannya. Selain itu, populasi kajian perlu diperluas untuk
menjalankan kajian serta kajian tidak hanya tertumpu pada satu tingkatan sahaja iaitu
harus melibatkan semua tingkatan. Dengan ini, dapatan dapat membantu pihak
sekolah mengetahui hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian
akademik pelajar bagi setiap tingkatan.
RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2002). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. PTS
Publictions & Distrubutors Sdn Bhd : Pahang Darul Makmur.
Abdul Rahim M.Ali, (1991), Personaliti dan Hubungannya dengan Pencapaian
Akademik Murid-murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Laporan Penyelidikan
M.Ed. Universiti Malaya.
Abraham J. Tannenbaum,(1983). Gifted Chidren, New York, Mc..Millan Publishing
Co.Inc.
Cattell, R.B. (1950). Personality: A Systematic Theoritical and Factual Study. New
York: Mc.Graw.Hill.
Chiam Heng Keng, (1989). Education For The Gifted: Future Perspective For
Malaysia, 2nd National Symposium On Gifted Children: Education For The
Gifted, 29 July,1989, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Child Development
Centre.
Devito, Joseph A. (2004). The Interpersonal Communication Book. Tenth Edition.
Boston : Allyn & Bacon.
Dunn R, (1979). Can Students Identify Their Own Learning Styles?, Educational
Leadership, January 60-63.
Dunn R, et.al (1989) Survey of Research On Learning Styles, Educational Leadership,
March, Vol1989, 50-58.
Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Eysenck H.J, & Cookson,D. (1961), Personality in Primary School Children, Ability
and Achievement, British Journal of Educational Psychology, 39, hal: 109-122.
Eysenck, H.J.(1952).The Scientific study of Personality. London: Routledge and
KeganPaul ltd.
Hjelle, L.A, & Ziegler, D.J (1981) Personality Theories: Basic Assumption, Research
and Application (2nd.edition), New York: Mc Graw Hill Book Co.
Johnson, Carol Bradley. (1997), Personality Traits and Learning Styles: Factors
Affecting the Academic Achievement of Underachievement Gifted Students,
Dissertation Abstracts International Section A ,University Microfilms
International, ISSN: 0419-4209.
Kamal Abd Manaf (1996). Manusia dan Personaliti : Membentuk Insan Yang
Sempurna. Utusan Publictions & Distrubutors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj Husin (1990). Pedagogi 2. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.
Bhd.
Kirk, S. & Gallagher, J.J. (1989) Educating Exceptional Children, 6th Edition,
Boston, Houghton Mifflin .Co.
Khadijah Md. Shahid, (1992) Penyesuaian Peribadi dan Sosial Pelajar Bergeliga:
Empat Kajian Kes, Laporan Penyelidikan M.Ed.,Universiti Malaya.
Mehryer, A.H.Khajavi, F. Razaviech,A., & Hosseini, A (1972). Some Personality
Correlates of Intelligence and Educational Attainment in Iran: British Journal
ofEducation Psychology, 42, 8-16.
Mok Soon Sang (1991), Strategi Pengajaran-Pembelajaran dan Pengajaran Mikro.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sabariah Siron (2003). Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Menolong. Pearson
Printice Hall : Selangor.
Sidek Mohd Noah (2005). Pengujian & Penilaian Dalam Kaunseling : Teori dan
Aplikasi. Universiti Putra Malaysia : Serdang.
Abdul Aziz Hussein Sazally (________). Individu Dalam Komunikasi.
www.geocities.com.psmintura/artikal/individu_dalam_organisasi.htm?200630
Norzilah Mazahar (_________). Komunikasi Berkesan Bilik Darjah :
www.geocities.com/smjelai/norzila1.html?200630
______________. Maklumat Komunikasi : komunikasi Yang Berkesan Melalui
Pertuturan :
www.geocities.com/komunikasi_106/maklumatkomunikasi.html?200630
______________. Pengetua dan Hubungan Manusia :
http://mswikipedia.org/wiki/Pengetua_dan_Hubungan_Manusia
______________. Kajian Konsep Budaya Popular Kaum-kaum di Sabah, Malaysia
Ke Arah Pemupukan Budaya Popular sepunya Malaysia Menerusi Penganjuran Siri
Dialog Antara Budaya dan Pembinaan Negara Bangsa :
www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdevelopm
_____________. Kesukubangsaan dalam Masyarakat :
www.scripps.ogiou.edu/news/cmdd/artikel_ps2.htm
Jurnal : Grey area Antara Yang Psiko-Sosial dan Teknik :
http://tkom.multipiy.com/journal
Berita Harian, __________ (Bil.47/2001). Pelajar sekolah : Pelajar Lelaki Gagal
Cemerlang. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.47html
Berita Harian, 11/07/2001 (Bil.107/2002). Pelajar Lelaki Lambat Cemerlang
Berbanding Wanita . www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html
LAMPIRAN A
SURAT KEBENARAN MANJALANKAN KAJIAN DARIPADA BAHAGIAN
PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
LAMPIRAN B
SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI DI SARAWAK DARIPADA JABATAN PELAJARAN NEGERI
SARAWAK.
LAMPIRAN C
SURAT MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN DARIPADA
JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK.
Mundau Anak Dundang No. 10, Taman Loke Yew Jalan Penghulu Daud 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel : +60133237397 ______________________________________________________________________________ Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching Sarawak (u.p Unit Latihan) 25 Septhember 2006 Tuan MEMOHIN KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEK. MEN. KEB. PAKAN, SARAWAK Dengan sukacitanya saya ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung perkara di atas. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya merupakan pelajar Tahun Akhir yang kini sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan satu kajian dalam memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunselinag. 3. Tajuk kajian yang saya akan jalankan ialah “Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar”. Bersama-sama ini, saya lampirkan surat kebenaran dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Dasar Penyelidikan (Ruj. Kami: KP(BPPDP)603/5/JLD.09(176) untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. 4. Kajian ini mungkin mengambil masa selama lebih kurang satu minggu. Oleh tu, besarlah harapan saya jika pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolah berkenaan. Segala pertimbangan dan jasa baik dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Terima Kasih. Yang benar, ...................................................... (MUNDAU ANAK DUNDANG) No. Matrik : D20031014157 (UPSI Student Card) No. KP : 830328-13-5957
LAMPIRAN D
SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR UNTUK MENJALANKAN KAJIAN
DI SEKOLAH
LAMPIRAN E
SURAT PENGESAHAN SEBAGAI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
LAMPIRAN F
ALATAN KAJIAN
Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian sahaja. Anda dikehendaki menjawab
SEMUA soalan. Bahagian A adalah maklumat diri anda manakala Bahagian B
merupakan soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI). Semua soalan
hendaklah dijawab dengan JUJUR.
BAHAGIAN A
MAKLUMAT DIRI
Anda dikehendaki menandakan (X) untuk maklumat diri anda pada ruang yang
telah disediakan.
1. Jantina
Lelaki ( )
Perempuan ( )
2. Etnik:
Melayu ( )
Cina ( )
Iban ( )
60
LAMPIRAN G
ANALISIS ALAT KAJIAN Frequencies
Statistics
JANTINA124
11.50001.5000.50203
1.002.00
ValidMissing
N
MeanMedianStd. DeviationMinimumMaximum
JANTINA
62 49.6 50.0 50.062 49.6 50.0 100.0
124 99.2 100.01 .8
125 100.0
LelakiPerempuanTotal
Valid
SystemMissingTotal
Frequency Percent Valid PercentCumulative
Percent
61
Frequencies
Statistics
ETNIK124
12.96773.0000.21848
1.003.00
ValidMissing
N
MeanMedianStd. DeviationMinimumMaximum
ETNIK
1 .8 .8 .82 1.6 1.6 2.4
121 96.8 97.6 100.0124 99.2 100.0
1 .8125 100.0
MelayuCinaIbanTotal
Valid
SystemMissingTotal
Frequency Percent Valid PercentCumulative
Percent
62
Descriptives Descriptive Statistics
124 1.11 1.63 1.3374 .10289124 1.00 1.90 1.4831 .17011124
Introvert ExtrovertStabil/NeurotikValid N (listwise)
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
Correlations
Descriptive Statistics
1.3374 .10289 1243.3286 .85040 124
Introvert Extrovertakademik
Mean Std. Deviation N
Correlations
1 .008. .931
124 124.008 1.931 .124 124
Pearson CorrelationSig. (2-tailed)NPearson CorrelationSig. (2-tailed)N
Introvert Extrovert
akademik
IntrovertExtrovert akademik
63
T-Test Group Statistics
62 3.3185 .88292 .1121362 3.3387 .82370 .10461
JANTINALelakiPerempuan
akademikN Mean Std. Deviation
Std. ErrorMean
Independent Samples Test
.902 .344 -.131 122 .896 -.0202 .15335 -.32373 .28341
-.131 121.417 .896 -.0202 .15335 -.32375 .28343
Equal variancesassumedEqual variancesnot assumed
akademikF Sig.
Levene's Test forEquality of Variances
t df Sig. (2-tailed)Mean
DifferenceStd. ErrorDifference Lower Upper
95% ConfidenceInterval of the
Difference
t-test for Equality of Means
64
T-Test One-Sample Statistics
124 1.3374 .10289 .00924124 1.4831 .17011 .01528
Introvert ExtrovertStabil/Neurotik
N Mean Std. DeviationStd. Error
Mean
One-Sample Test
144.754 123 .000 1.3374 1.3191 1.355797.081 123 .000 1.4831 1.4528 1.5133
Introvert ExtrovertStabil/Neurotik
t df Sig. (2-tailed)Mean
Difference Lower Upper
95% ConfidenceInterval of the
Difference
Test Value = 0
T-Test
One-Sample Statistics
124 1.3374 .10289 .00924124 1.4831 .17011 .01528124 1.5000 .50203 .04508
Introvert ExtrovertStabil/NeurotikJANTINA
N Mean Std. DeviationStd. Error
Mean
65
One-Sample Test
144.754 123 .000 1.3374 1.3191 1.355797.081 123 .000 1.4831 1.4528 1.513333.272 123 .000 1.5000 1.4108 1.5892
Introvert ExtrovertStabil/NeurotikJANTINA
t df Sig. (2-tailed)Mean
Difference Lower Upper
95% ConfidenceInterval of the
Difference
Test Value = 0
Independent Samples Test
.902 .344 -.131 122 .896 -.0202 .15335 -.32373 .28341
-.131 121.417 .896 -.0202 .15335 -.32375 .28343
4.324 .040 -1.903 122 .059 -.0348 .01828 -.07100 .00139
-1.903 116.907 .059 -.0348 .01828 -.07102 .00141
1.923 .168 .950 122 .344 .0290 .03057 -.03147 .08954
.950 119.404 .344 .0290 .03057 -.03149 .08955
Equal variancesassumedEqual variancesnot assumedEqual variancesassumedEqual variancesnot assumedEqual variancesassumedEqual variancesnot assumed
akademik
Introvert Extrovert
Stabil/Neurotik
F Sig.
Levene's Test forEquality of Variances
t df Sig. (2-tailed)Mean
DifferenceStd. ErrorDifference Lower Upper
95% ConfidenceInterval of the
Difference
t-test for Equality of Means
Top Related