ATUR CARA MAJLIS:
0630 - Pendaftaran peserta
0700 - Senamrobik
0800 - Minum pagi
0830 - Bacaan Doa
0835 - Taklimat Guru Muda
0900 - Taklimat / Pendaftaran YGMB
1030 - Sesi Dialog bersama barisan
Pengurusan Tertinggi:
Aspirasi dan Hala Tuju Pendidikan
1130 - Gimik Pelancaran
Jamuan / Bersurai
Penggemblengan tenaga muda GMM boleh memberi impak yang besar kepada guru amnya serta guru muda khususnya. Ruang dan peluang yang diberi kepada GMM diharap dapat memastikan kejayaan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
GURU MUDA MALAYSIA
GMM SARAWAK MANSANG!
Hakikatnya, kita semua sebagai anggota warga keluarga besar KPM ialah harapan
nusa. Anda semua ialah adiwira atau Superheroes rakyat yang sebenar. Adidaya kita bukannya pada kuasa sakti atau kuasa
dewata, malah bukan juga pada baju, senjata atau azimat tertentu. Ia terletak pada
kemurnian jiwa dan semangat tidak kenal lelah untuk mendidik anak bangsa dan
membangunkan masyarakat.
Sila scan kod QR ini untuk menyertai Sekretariat GMM Sarawak!
Pendidikan ialah untuk semua dan tanggungjawab semua.
Dengan pendidikanlah, kita perlu sama-sama
berganding bahu memugar masa hadapan anak bangsa
yang lebih cerah.
Dirasmikan oleh:
YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGENALAN GMM Guru Muda Malaysia merupakan kumpulan guru aktif yang kritis, kreatif dan inovatif serta boleh melaksanakan proses PPPM dengan berkesan.
Selain boleh memberikan sumbangan kepada Pencapaian Keberhasilan PPPM, GMM juga adalah Peneraju Masa Depan pendidikan negara.
Program ini bertujuan merapatkan barisan guru muda negeri Sarawak untuk bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah khususnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara amnya dalam bersama-sama memacu arus Transformasi Pendidikan Negara (TPN) seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
MENJULANGPENDIDIKANNEGERISARAWAK
FLYKENYALANGFLY,FLYHIGH!
KUMPULAN SASARAN
Guru-guru yang sedang bertugas di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berumur hingga 40 tahun.
FOKUS PELAKSANAAN PROGRAM & AKTIVITI GMM
Aktiviti Pendidikan
Aktiviti Khidmat Sosial
Aktiviti Kepimpinan
Aktiviti Meningkat Jati Diri
Aktiviti Publisiti Media
OBJEKTIF GMM
Merapatkan barisan guru muda bersama pengurusan tertinggi KPM, JPN dan PPD.
Mengenal pasti, mendaftar dan merekod ahli GMM di semua peringkat.
Mengenal pasti, melatih dan membimbing (grooming) GMM yang berpotensi sebagai pemimpin pendidikan masa depan di semua peringkat.
Mengenal pasti dan menggembleng potensi kepintaran (ilmu dan kemahiran) GMM di semua peringkat untuk dibawa ke arus perdana negara.
Menubuh sekretariat GMM sebagai perantara perhubungan dengan GMM di semua peringkat termasuk dengan badan luar/ NGO seperti YGMB dan seumpamanya.