8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
1/46
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITARTAHUN LIMA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
PENDIDIKAN KHAS(MASALAH PEMBELAJARAN)
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
2/46
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
3/46
DRAF
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR
TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
4/46
DRAF
Cetakan Pertama 2014© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak CiptaTerpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku inidalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainsebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian PendidikanMalaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
5/46
DRAF
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
6/46
DRAF
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
7/46
DRAF
KANDUNGAN
MUKA SURAT
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KANDUNGAN
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 5
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH 7
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 11
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
8/46
DRAF
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
9/46
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secaramenyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran
di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran)
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-PeraturanPendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diridengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
10/46
DRAF
2
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohanidan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan StandardPembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
11/46
DRAF
3
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard PembelajaranSatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagiankecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan.
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif.
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
12/46
DRAF
4
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan padaelemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menanganicabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativitimurid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
13/46
DRAF
5
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik danberkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar(PSSAS) mula
diperkenalkan di Tahun 4 (Tahap 2) bagi murid pendidikan khas
(Masalah Pembelajaran). Matapelajaran PSSAS merupakan
gabungan empat disiplin ilmu iaitu Sains, Geografi/ Alam Sekitar,
Sejarah dan Kemahiran Sosial.
Matlamat
Matlamat matapelajaran PSSAS adalah untuk melahirkan murid
yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam
sekitar, mempunyai semangat patriotisme dan mampu berinteraksi
secara positif dalam kehidupan harian.
Objektif
Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar bertujuan
untuk: i. Menyemai minat murid bagi menguasai ilmu sains
melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan
ii. Memberi peluang murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
iii. Membolehkan murid mengenali dan menghargai
alam sekitar.
iv. Memberi kefahaman tentang jati diri.
v. Membolehkan murid mengaplikasi kemahiran
komunikasi dan interaksi sosial yang positifvi. Membimbing murid dengan sikap dan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.
Disiplin Ilmu
Matapelajaran ini melibatkan empat disiplin ilmu iaitu Sains,
(40%),Geografi/ Alam Sekitar (20%),Sejarah(20%) dan Kemahiran
Sosial(20%).
i. Sains
Menyemai minat murid terhadap ilmu sains melaluipemerhatian, pengalaman dan penyiasatan. Sains juga dapat
mendidik murid dengan kemahiran saintifik dan nilai-nilai
murni.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
14/46
DRAF
6
ii. Geografi/ Alam Sekitar
Mengembangkan pemikiran agar peka tentang alam sekitar,
mengetahui punca pencemaran yang mengakibatkan
bencana serta mengambil langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
iii. Sejarah
Memberi pengetahuan asas tentang sejarah Malaysia,
mengenali identiti negara, mengetahui negeri-negeri dan
masyarakat di Malaysia serta memupuk dan menyemai
semangat patriotisme dan cintakan negara.
iv. Kemahiran Sosial
Melatih dan membimbing murid dengan kemahiran
komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif
serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupanbermasyarakat.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yangmenyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
murid berkeperluan pendidikan khas.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid.Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihaksekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
15/46
DRAF
7
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademikiii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiringdengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina
berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkandengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
16/46
DRAF
8
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar.
Tafsiran Umum
Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
MAKSUDTAHAP
PENGUASAANTAFSIRAN UMUM
Tahu 1
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.
Tahu dan
Faham2
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
3
Murid menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
4
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
sistematik.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
5
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta tekal, dan
bersikap positif.
Tahu, Faham
dan BolehBuat dengan
Beradab
Mithali
6
Murid berupaya menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta boleh
dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
17/46
DRAF
9
Tafsiran Mata Pelajaran
Jadual 3: Tafsiran Tahap Penguasaan bagimatapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yangberkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungipanduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedahpemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
TAHAPPENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara berkaitan atau boleh memberirespons pada sebarang perkara berkaitan.
2Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari atauboleh memberi respons pada perkara yang dipelajari
3Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari danboleh mengaplikasikannya pada situasi sebenar.
4
Murid tahu, faham dan boleh mengaplikasikanperkara yang dipelajari dengan beradab iaitu bolehmengikut cara yang betul.
5
Murid boleh menguasai dan mengaplikasipengetahuan dan kemahiran pada situasi baharudengan mengikut cara yang betul serta tekal danbersikap positif.
6
Murid berupaya menguasai dan mengaplikasipengetahuan dan kemahiran pada situasi baharudengan mengikut cara yang betul, kreatif dan bolehberbicara mengenainya dengan menggunakan ayatyang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
18/46
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
19/46
DRAF
11
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
20/46
DRAF
12
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
21/46
DRAF
13
1. MANUSIA
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAPPENGUASAAN TAFSIRAN
1.1 Mengetahui
keperluan
asas
manusia
1.1.1 Menyatakan dan menghargai
keperluan asas manusia
untuk hidup:
i. makanan
ii. air
iii. udara
iv. tempat perlindungan
1.1.2 Menyata dan memerihalkankepentingan air, makanan,
udara dan tempat
perlindungan
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluanasas manusia untuk hidup.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitankeperluan asas manusia untuk hidup dengan menggunakan bahanbantu belajar.
3Menyatakan mengenai keperluan asas manusia untuk hidup dankepentingannya kepada manusia dengan memberi contoh-contohyang berkaitan dengannya.
4Memilih gambar-gambar yang berkaitan keperluan asas manusiauntuk hidup dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asasmanusia dan kepentingannya dalam kehidupan seharian padasituasi baharu dengan mengikut cara yang betlul sera tekal danbersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas manusiapada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif danboleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yangsesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
22/46
DRAF
14
2. HAIWAN
STANDARDKANDUNGAN
(muriddibimbinguntuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAPPENGUASAAN TAFSIRAN
2.1 Mengetahuikeperluanasas haiwan
2.1.1 Menyebut keperluan asashaiwan untuk hidup:
i. makananii. airiii. udaraiv. tempat perlindungan
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluanasas haiwan untuk hidup.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitankeperluan asas haiwan untuk hidup dengan berpandukan bahanbantu belajar.
3Menyatakan mengenai keperluan asas haiwan untuk hidup denganmemberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Memilih gambar-gambar haiwan dan keperluan asas haiwan untukhidup dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asashaiwan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal danbersikap positif.
6Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas haiwanpada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif danboleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yangsesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
23/46
DRAF
15
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAPPENGUASAAN TAFSIRAN
2.2 Memahami jenishaiwan
2.2.1 Mengelaskan jenis haiwanmengikut makanan yangdimakan:i. haiwan yang makan
tumbuhanii. haiwan yang makan
haiwan lainiii. haiwan yang makan
tumbuhan dan haiwanlain
2.2.2 Mengelaskan haiwanmengikut habitat:i. daratii. airiii. darat dan air
1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai haiwan.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitanhaiwan dan makanan yang dimakannya serta habitatnya denganberpandukan bahan bantu belajar.
3Membezakan haiwan mengikut makanan yang dimakan sertahabitatnya dengan memberi contoh-contoh yang berkaitandengannya.
4Mengasingkan gambar-gambar haiwan mengikut makanan yangdimakan dan habitatnya dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai jenis haiwanmengikut makanan yang dimakan dan habitatnya pada situasibaharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikappositif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan jenis haiwan mengikutmakanan yang dimakan dan habitatnya pada situasi baharudengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicaramengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta bolehdicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
24/46
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
25/46
DRAF
17
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.2 Memahamikepelbagaiantumbuhan
3.2.1 Membezakan tumbuhandi darat dan air
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tumbuhan didarat dan air.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitantumbuhan yang tumbuh di darat dan air dengan menggunakanbahan bantu belajar.
3 Membezakan antara tumbuhan di darat dan air dengan membericontoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan mengikut tempatnyasamada di darat atau di air dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepelbagaiantumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekaldan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaa kepelbagaian tumbuhanpada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif danboleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yangsesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
26/46
DRAF
18
4. KEMAHIRAN SOSIAL
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
4.1 Mengetahuiasaskemahiransosial
4.2 Mengaplikasikemahiransosial dipejabat posatau bank
4.1.1 Menyatakan caraberkomunikasi di pejabatpos atau bank
i. membuat permintaansecara sopan
ii. berbalas ucapaniii. memberi ucapan
penghargaan
4.2.1 Melaksanakan aktiviti-aktivitidi pejabat pos atau bankdengan menggunakanucapan bertatasusila dantingkah laku yangbersesuaian.
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara-caraberkomunikasi dan perlakuan di tempat awam
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitancara-cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul ketika berada dipejabat pos/ bank dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3 Menyata dan mengapalikasikan kemahiran sosial melaluipengucapan bertatasusila dan perlakuan yang betul ketika beradadi pejabat pos/ bank .
4Membandingbeza cara berkomunikasi dan perlakuan yang betuldengan tidak betul ketika berada di pejabat pos/ bank.
5Menghubungkaitkan pengetahun dan kemahiran sosial yang betulketika di pejabat pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yangbetul serta tekal dan bersikap positif.
6Menggabungkan pengetahuan berkenaan cara berkomunikasi danperlakuan yang baik ketika di pejabat pos/ bank dengan mengikutcara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya denganmenggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
27/46
DRAF
19
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
4.3 Menjelaskandengan contohkeadaan dipejabat posatau bank
4.3.1 Menyatakan keadaan dipejabat pos atau bank
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keadaan dipejabat pos/ bank.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenaikeadaan di pejabat pos/ bank dengan menggunakan bahan bantubelajar.
3 Menceritakan keadaan di pejabat pos atau bank dengan membericontoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Menyatakan perbezaan keadaan di pejabat pos/ bank dengantempat awam yang lain dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keadaan di pejabatpos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekaldan bersikap positif.
6Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran sosial ketika dipejabat pos/bank pada situasi baharu dengan mengikut cara yangbetul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya denganmenggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
28/46
DRAF
20
5. ALAM SEKITAR
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5.1 Mengetahuisistem suria
5.1.1 Mengenal sistem suriai. Bulanii. Bumiiii. Matahari
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai Bulan, Bumidan Matahari.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitandengan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menggunakan bahanbantu belajar.
3 Menerangkan mengenai sistem suria dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membandingbeza gambar Bulan, Bumi dan Matahari daripada segibentuk, saiznya dan kedudukannya secara sistemetik dalam sistemsuria.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenal pasti sistem suriapada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal danbersikap positif.
6Menggabungkan pengetahuan berkenaan sistem suria padasituasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan bolehberbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuaiserta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
29/46
DRAF
21
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5.2 Mengetahuikejadian siangdan malam
5.2.1 Memerihalkan kejadian siangdan malam
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadiansiang dan malam.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenaikejadian siang dan malam dengan menggunakan bahan bantubelajar.
3 Menerangkan mengenai kejadian siang dan malam dan membericontoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Mengelaskan kejadian siang dan malam berdasarkan gambar-yang berkaitan dengannya mengikut cara betul..
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kejadian siang danmalam pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal danbersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian siang danmalam pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakanayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
30/46
DRAF
22
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAPPENGUASAAN TAFSIRAN
5.3 Memahamiunsur cuaca
5.3.1 Memerihalkan unsur cuacai. cahaya matahariii. hujaniii. anginiv. suhu
1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cuaca.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenaicuaca dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3Memberi respons/ menerangkan mengenai cuaca dan membericontoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan cuaca dan unsur-unsurnya dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai cuaca dankepentingannya dalam kehidupan seharian pada situasi baharudengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan cuaca pada situasibaharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuaiserta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
31/46
DRAF
23
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAPPENGUASAAN TAFSIRAN
5.4 Mengetahuiiklim di Malaysia
5.4.1 Memerihalkan ciri-ciri iklimKhatulistiwai. panas dan lembab
sepanjang tahunii. suhu sekata 27ºC-32ºC
1Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai iklimdi Malaysia.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan iklimdi Malaysia dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3Menerangkan mengenai iklim di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan iklim di Malaysiadengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai iklim di Malaysiapada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal danbersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan iklim di Malaysia pada
situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan bolehberbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuaiserta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
32/46
DRAF
24
6. PETROLEUM
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6.1 Mengetahuikepentinganpetroleum
6.1. 1 Menyatakan kegunaanpetroleum
6.1.2 Menghasilkan buku skrapberkaitan petroleum sepertimenggunting dan menampalgambar dan logo yangberkaitan dengan petroleumatau sebagainya
1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai petroleum.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitankepentingan petroleum dalam kehidupan dengan menggunakanbahan bantu belajar.
3Menghasilkan buku skrap mengenai petroleum dan kegunaannya
dalam kehidupan.
4Mengelas gambar-gambar berkaitan petroleum dankepentingannya dalam kehidupan seharian dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai petroleum dankegunaanya dalam kehidupan pada situasi baharu dengan carayang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kepentingan petroleumdalam kehidupan pada situasi baharu dengan mengikut cara yangbetul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya denganmenggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
33/46
DRAF
25
7. SEJARAH MALAYSIA
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
7.1 MengetahuisejarahpenubuhanMalaysia
7.1.1 Memerihal haripenubuhan Malaysiai. tarikhii. peristiwa
1Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai sejarah Malaysia.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan sejarah penubuhan Malaysia berdasarkan tarikh dan peristiwadengan menggunakan bahan bantu belajar.
3 Menerangkan mengenai sejarah penubuhan Malaysia denganmemberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Memilih gambar-gambar berkaitan dengan sejarah penubuhanMalaysia dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sejarah penubuhanMalaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekaldan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan sejarah penubuhanMalaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakanayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
34/46
DRAF
26
8. IDENTITI MALAYSIA
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
8.1 MengetahuiidentitiMalaysia
8.1.1 Menamakan identiti Malaysiai. bunga kebangsaanii. bahasa kebangsaan
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai identitiMalaysia.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitanbunga kebangsaan dan bahasa kebangsaan dengan berpandukanbahan bantu belajar.
3 Menerangkan mengenai bunga dan bahasa kebangsaan denganmemberikan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membandingbezakan identiti Malaysia dengan identiti negera-negera lain.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai identiti Malaysiadengan semangat patriotisme pada situasi baharu dengan carayang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan identiti Malaysia padasituasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan bolehberbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuaiserta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
35/46
DRAF
27
9. OBJEK
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
9.1 Mengetahuiciri fizikalobjek
9.1.1 Menamakan objek yangtimbul dan objek yangtenggelam di dalam air
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai objek yangtimbul dan yang tenggelam di dalam air .
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cirifizikal objek yang timbul dan tenggelam di dalam air denganmenggunakan bahan bantu belajar.
3 Membezakan antara objek yang timbul dengan yang tenggelamserta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membandingbezakan antara objek yang timbul dengan objek yangtenggelam dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep tenggelamdan timbul sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yangbetul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal objek yangtimbul dan tenggelam pada situasi baharu dengan mengikut carayang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya denganmenggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
36/46
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
37/46
DRAF
29
10. ELEKTRIK
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
10.1 Mengetahuitentangtenagaelektrik
10.1.1 Mengenal pasti sumbertenaga elektriki. bateriii. dinamo
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tenagaelektrik.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitansumber tenaga elektrik dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3Menerangkan mengenai sumber tenaga elektrik dengan membericontoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membandingbeza antara sumber tenaga elektrik dari bateri dandinamo dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sumber tenagaelektrik dan kepentingannya dalam kehidupan pada situasi baharudengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan sumber tenaga elektrikpada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif danboleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yangsesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
38/46
DRAF
30
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
10.1.2 Membina litar ringkas elektrikdengan menggunakanbateri dan mentol
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai litar ringkaselektrik.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan litarringkas elektrik dan komponennya dengan menggunakan bahanbantu belajar.
3 Membina litar ringkas elektrik yang lengkap.
4Memilih komponen-komponen yang berkaitan dengan pembinaanlitar ringkas elektrik dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia adamengenaii litar elektrik pada situasi baharu dengan cara yangbetul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan litar elektrik pada
situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan bolehberbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuaiserta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
39/46
DRAF
31
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAPPENGUASAAN TAFSIRAN
10.2 Mengetahui
konduktor
dan
penebat
elektrik
10.2.1 Menamakan konduktor
elektrik
i. logam
ii. air
10.2.2 Menyenaraikan bahan
penebat elektrik
i. kayu
ii. getah
iii. kainiv. kaca
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai konduktordan bahan penebat elektrik.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitankonduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan bahanbantu belajar.
3Menerangkan mengenai konduktor dan penebat elektrik denganmemberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membezakan antara konduktor dan penebat elektrik berdasarkanbahannya dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kegunaan konduktordan penebat elektrik pada situasi baharu dengan cara yang betulserta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan konduktor dan penebatelektrik pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakanayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
40/46
DRAF
32
11. BENCANA ALAM
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
11.1 Memahami
kejadian
jerebu
11.1.1 Memerihalkan kejadian
jerebu
11.1.2 Menyenaraikan punca
jerebu
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian
jerebu.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitankejadian jerebu dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai kejadian dan punca jerebu dan memberi
contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membandingbeza antara keadaan sebelum dengan selepaskejadian jerebu berdasarkan gambar yang betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia adamengenai kejadian dan punca jerebu dengan menggunakanpelbagai sumber secara tekal.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian dan punca jerebu pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakanayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
41/46
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
42/46
DRAF
34
12. TEKNOLOGI HIJAU
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
12.1 Mengetahuikepentinganteknologihijau
12.1.1 Menamakan aktiviti-aktivitiberkaitan teknologi hijau,antaranya penguranganpenggunaan:i. tenaga elektrikii. racun seranggaiii. polistirena dan beg plastik
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai teknologihijau.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitankepentingan teknologi hijau dengan berpandukan bahan bantubelajar.
3Menyatakan kepentingan dan aktiviti -aktiviti yang berkaitandengan teknologi hijau.
4Mengelas gambar-gambar mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan
teknologi hijau mengikut kepentingannya dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepentingan teknologihijau ke atas alam sekitar pada situasi baharu dengan cara yangbetul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan dengan teknologi hijaupada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif danboleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yangsesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
43/46
DRAF
35
13. NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
13.1 Mengetahui
bendera
negeri-
negeri di
Malaysia
13.1.1 Mengenal bendera negeri-
negeri di Malaysia1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai benderanegeri-negeri di Malaysia.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitanbendera negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan bahanbantu belajar.
3Menerangkan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia denganmemberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4Membandingbezakan antara bendera-bendera negeri di Malaysiadengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betulserta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan bendera negeri-negeridi Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakanayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
44/46
DRAF
36
14. MASYARAKAT DI MALAYSIA
STANDARDKANDUNGAN
(murid dibimbing untuk….)
STANDARDPEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
14.1 Mengetahui
agama-
agama
utama
masyarakat
Malaysia
14.1.1 Menyatakan agama-agama
utama masyarakat Malaysia
i. Islam
ii. Buddha
iii. Hindu
iv. Kristian
14.1.2 Menamakan tempat
beribadat mengikut agama
i. Islam
ii. Buddha
iii. Hindu
iv. Kristian
1Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai agama-agama utama masyarakat Malaysia.
2Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitantempat beribadat dan agama-agama utama masyarakat diMalaysia dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3Menyatakan mengenai tempat beribadat dan agama-agama utamamasyarakat di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yangberkaitan dengannya.
4Mengelaskan agama-agama utama masyarakat Malaysia mengikuttempat-tempat beribadatnya dengan betul.
5Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai agama-agama utamamasyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betulserta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan agama –agama utamamasyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut carayang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya denganmenggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
45/46
8/9/2019 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran.pdf
46/46
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk
Top Related