Carta Gantt
Tugasan/Minggu minggu 6 minggu 7 minggu 8 minggu 9 minggu 10
Memilih ahli kumpulan Mengagihkan kerja
kepada ahli kumpulan
Mencari maklumat Menyusun dan menapis
maklumat
Menaip maklumat
Membuat folio
Menghantar kertas kerja
Tugasan/Nama Luqman Silyn Iszuwan Siti Erra
Mecari maklumat
Menapiskan maklumat
Mencari gambar
Menyusun maklumat
Menaip maklumat Mencetak dan
menyiapkan folio
Menghantar kertas kerja
Definisi Krisis
1
Peristiwa kritikal atau melakukan sesuatu keputusan yang dimana jika tidak
dikendalikan dengan cara yang sesuai dan tepat pada masanya atau jika tidak dikendalikan
dengan wajar boleh bertukar menjadi bencana atau malapetaka. Sebagai contoh, jika perlaku
sesuatu perkara seperti kebocoran dikilang gas. Kita hendaklah mencari jalan penyelesaian
yang cepat dan tindakan yang bernas serta baik. Hal ini kerana jika dilengahkan maslah
tersebut kemungkinan akan berlaku perkara yang dasyat seperti letupan dan sebagainya.
Berdasarkan soalan yang dipilih iaitu berkaitan dengan “Denggi dan Persekitaran di
Malaysia” terdapat 5 langkah krisis untuk mencegah krisis penyakit denggi serta
memperbaiki persekitaran iaitu :
Mengesan isyarat
Mencegahan dan membuat persediaan
Membendung
Pemulihan
Pembelajaran
Pengenalan Denggi, Nyamuk Aedes dan Persekitaran di Malaysia.
Seperti yang kita tahu Malaysia sebuah negara yang membangun dan maju. Kemajuan
di Malaysia teramat luas dan diketahui oleh negara lain tetapi kita tidak lari daripada penyakit
merbahaya seperti demam denggi. Apakah itu demam denggi dan dari mana ia wujud?
Pada awalnya, nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di
kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak
menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti
demam denggi. Sebagai contoh, albopictus merupakan spesis yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih. Sama juga seperti aegypti juga terkenal sebagai penyebar
denggi dan demam kuning. Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa
mengambil masa kira-kira satu minggu.
Seterusnya, nyamuk aedes ini adalah penyebab wujudnya demam kerana denggi ialah
sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa
2
dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah
demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan
negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya.
Akhir sekali, persekitaran yang ada di Malaysia merupakan faktor utama untuk
nyamuk pembawa penyakit ini untuk menjalankan rutin harian mereka. Sebagai contoh,
Selangor merupakan tempat aktif bagi pembiakan nyamuk dan penyakit denggi ini serta ada
yang maut disebabkan penyakit ini.
Mengesan isyarat
Secara umum nya jika ada sesuatu masalah berlaku kita hendaklah mencari sebab atau
punca sesuatu perkara tersebut. Hal ini kerana kita mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Dalam konteks mengesan isyarat bagi penyakit denggi dan
persekitaran yang tidak bersih ini. Antara negeri yang mempunyai kes denggi tertinggi adalah
Negeri Selangor. Selangor merupakan negeri yang maju dari segi prasarana, ekonomi, sosial
dan sebagainya namun kes denggi di Selangor juga turut meningkat dimana statistik pada
2014 telah dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
3
Menurut statistic yang dinyatakan krisis penyakit ini turut meningkatkan kes kematian
yang amat tinggi dan hal ini amat serius. Statistik juga menunjukkan lokasi “hot sopot” bagi
krisis denggi ini iaitu:
Sebagai contoh, Mentari Court merupakan salah satu tempat dimana ramai penduduk
dan juga penghuni kecil yang tidak diundang iaitu nyamuk aedes. Mentari Court didalam
statistic ini menunjukkan kawasan ke-2 tertinggi menghidap masalah ini. Oleh itu, dengan
ada nya statistic kita boleh mengesan isyarat dimana ada nya krisis yang merbahaya seperti
ini berlaku dan boleh memudahkan cara untuk mencagah perkara ini dengan lebih baik.
Antara isyarat krisis yang boleh dikesan dalam kes denggi ini adalah bilangan kes,
pesakit, kematian dan juga persekitaran yang ada di Selangor. Kesan ini sudah cukup kuat
untuk menunjukkan kes ini adalah kes serius dan adalah krisis bagi Malaysia, masyarakat
setempat dan juga generasi yang bakal datang.
Mencegah dan membuat persediaan
Pepatah melayu pernah mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat iaitu
bermaksud lebih baik kita mencegah sesuatu perkara daripada melarat iaitu elok lagi daripada
merawat iaitu tempohnya lebih pendek berbanding mencegah tempohnya lebih panjang.
Krisis penyakit denggi ini seperti yang kita tahu sangat merbahaya kepada manusia kerana
boleh membuat seseorang menderita.
4
Pertama, mencegah merupakan faktor utama untuk mengurangkan sesuatu masalah.
Masalah denggi ini mempunyai pelbagai cara untuk mencegah supaya tidak berlarutan antara
adalah kita hendaklah menjaga kebersihan diri seperti mengelakkan diri dari persekitaran
yang kotor dan menggunakan krim anti-nyamuk supaya mengelakkan daripada digigit. Jika
terdapat symptom denggi ini hendaklah pesakit tersebut berjumpa dengan doctor secepat
mungkin untuk mendapatkan rawatan.
Kedua, kita hendaklah menjaga kebersihan persekitaran rumah atau dimana-mana
tempat kediaman. Sebagai contoh, jika ada takungan air pada kita hendaklah membuang tayar
buruk, plastic yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makannan polisterin,
botol atau gelas, palong hujang, tempurung kelapa dan sebagainya kita hendaklah buang air
tersebut dan elakkan sesuatu bekas tersebut dimasuki air kerana nyamuk akan membiak
didalam air takungan yang jernih. Kita juga wajib untuk memastikan dipersekitaran rumah
kita tiada aktiviti pembiakan nyamuk aedes dan lebih baik jika ada takungan air hendaklah
kita membeli ubat jentik-jentik untuk mengelakkan pembiakan ini.
Ketiga, tiada vaksin untuk mencegah denggi. Satu-satu nya cara mencegah denggi
adalah dengan menghalang pembiakan nyamuk aedes. Demam denggi pula kita hendak
minulah air minimal 20 gelas atau banyak lebih baik supaya boleh mengatasi kelesuan.
Seterusnya, mendapatkan ubat yang diyorkan oleh doktor.
Akhir sekali, kita hendaklah melapor kepada pihak berkuasa untuk melakukan
pemantauan di tempat kediaman supaya mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya
5
seperti menyembur untuk menghalau serta membunuh nyamuk. Pada masa yang sama, pihak
berkuasa juga perlu memberi denda kepada mereka yang tidak menjaga kebersihan ditempat
kediaman mereka supaya kes denggi ini boleh berkurangan secara drastik.
Membendung
Setelah kita mencegah pembiakan nyamuk aedes iaitu pembawa denggi kita
hendaklah membendung sebelum menjadi lebih teruk dan memberi impak yang negatif.
Antara cara untuk membendung perkara ini adalah seperti pihak kerajaan melalui
kementerian kesihan, kemesterian penerangan dan NGO menjalankan kempen kesedaran
kepada masyarakat yaki betapa bahayanya penyakit demam denggi, cara-cara menjegah dan
kempen gaya hidup sihat. Selain itu, mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan sekitar tempat kediaman.
Seterusnya, menggerakkan tindakan susulan segera di kawasan yang dikenali sebagai
tempat wabak denggi merebak sperti penyemburan ubat anti-aedes, mengkurantikan pesakit
demam denggi dan rawatan secara klinikal. Oleh itu, pihak berwajib hendaklah sentiasa
membuat penyelidikan tentang teknik pencegahan denggi dan mencipta ubat rawatan yang
lebih mujarab. Hal ini juga ini dengan menambahkan kemudahan rawatan dan kepakaran di
hospital-hospital kerajaan kerajaan dan swasta.
Sementara itu, media massa merupakan wahana yang cukup efektif dalam
menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat. Kempen-kempen yang
dilancarkan oleh pihak kerajaan haruslah disiarkan pada waktu primer agar semua lapisan
masyarakat tahu dan sedar akan penularan penyakit demam denggi. Hukuman dan denda
yang bakal dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan juga harus disiarkan untuk memberi
kesedaran kepada semua bahawa tanggungjawab menghapuskan nyamuk aedes bukan
tanggungjawab pihak tertentu tetapi memerlukan kerjasama erat daripada semua.
Akhir sekali, pihak kerajaan wajib meggubalkan undang-undang kawalan dan
pencegahan aedes yang lebih berat dan meningkatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan
undang-undang berkenaan. Sekolah juga turut memainkan peranan iaitu memperkasakan
6
pendidikan kesihatan disekolah agar semu pelajar mempunyai tahap kesedaran yang tinggi
tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan.
Pemulihan
Kes denggi menyebabkan seseorang itu berasa tidak senang untuk menjalani
kehidupan mereka seharian. Hal ini kerana kesakitan yang mereka hadapi adalah seperti ruam
panas, sakit otot sendi, sakit kepala, demam, tiada selera makan, dan sebagainya. Menurut
website iDengue Malaysia, sehingga 18 April 2015, bilangan kematian yang disebabkan oleh
Denggi ialah 117 orang. 1 jumlah yang besar dan meningkat berbanding kes kematian tahun
sebelumnya dalam tempoh yang sama. Jumlah kes denggi juga dikatakan meningkat pada
musim-musim perayaan.
Seperti yang kita semua maklum, tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat
demam denggi. Pesakit akan dimasukkan ke wad untuk dipantau apabila bacaan platlet
mereka jatuh di bawah bacaan 100 atau apabila pesakit terkena demam denggi berdarah.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh.
Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam akan diberi cecair melalui salur darah dan
juga oksigen. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang
7
mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu
dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Akhir sekali, kita juga perlu memberi kaunseling kepada mereka yang ditangkap atau
mengamalkan membuang sampah merata-rata, tidak menjaga rumah selari dengan hukuman
yang dikenakan kepada mereka. Pada masa yang sama, mereka juga hendaklah diberi cara
alternatif untuk menghindar diri daripada terkena jangkitan ini dan juga disediakan
kemudahan yang baik seperti penyembur nyamuk untuk setiap rumah.
Pembelajaran
Langkah-langkah di atas sahaja belum mencukupi untuk mengatasi pembiakan
nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi. Kesedaran tentang kepentingan
membasmi jejentik nyamuk aedes dalam kalangan masyarakat harus dipertingkatkan lagi.
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kempen-kempen telah diadakan
dan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat. Di samping itu, pemantauan
hendaklah dijalankan secara konsisten di kawasan hot spot pembiakan denggi ini.
Punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah
serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi
memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran
yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan
fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.
Kesimpulannya, nyamuk aedes bukan haiwan peliharaan, hapuskan nyamuk aedes
sebelum maut bertandang. Untuk merealisasikan matlamat ini, segenap lapisan masyarakat
hendaklah bersatu dalam menangani penyakit yang masih tidak ada penawarnya. Dalam hal
ini, komitmen masyarakat amatlah vital dan begitu signifikan untuk menjamin kita hidup
dalam persekitaran yang bebas daripada ancaman nyamuk aedes.
8
Rujukan
http://myworld-christinaoui.blogspot.com/2009/10/demam-denggi.html http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php https://www.google.com/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CCgQFjABahUKEwjwlIOGw5HHAhUSBY4KHYlaA7c&url=http%3A%2F%2Fwww.myhealth.gov.my%2Findex.php%2Fbayikanak-kanak%2Fpenyakit-berjangkit%2Fdemam-denggi&ei=OsnBVfCPHpKKuASJtY24Cw&usg=AFQjCNHBXk7fQS2rAfvLReQrn1AzRIk5-w&bvm=bv.99261572,d.c2E&cad=rja
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/17 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/456-demam-denggi.html
9
Top Related