1
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA
(BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013
ANTARA
1. REVI A/L THANGAVELU 2. HATITAN A/L RAJAMANICKAM ... PERAYU-PERAYU
LAWAN
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
(Di Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar
Perbicaraan Jenayah No 45A- 05 - 02/2012)
Pendakwa Raya Lawan
(1) Revi A/L Thangavelu
(2) Hatitan A/L Rajamanickam
KORAM:
(1) BALIA YUSOF BIN HAJI WAHI, HMR
(2) MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR
(3) TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR
2
ALASAN PENGHAKIMAN
[1] LATAR BELAKANG
Dalam kes ini perayu-perayu telah dituduh di atas satu pertuduhan
di bawah Sek. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan
bersama-sama mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat
18,194 gram yang boleh dihukum di bawah sek. 39B(2) Akta yang sama.
[2] Di akhir kes pembelaan, Hakim bicara memutuskan perayu-perayu
bersalah dan mensabitkan mereka dengan pertuduhan tersebut dan
menjatuhkan hukuman mandatori iaitu hukuman mati.
[3] Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu-perayu merayu ke
Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak,
kami sebulat suara telah menolak rayuan ini dan mengekalkan sabitan
dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. Alasan-alasan
kami adalah seperti berikut:
[4] FAKTA KES
Fakta kes adalah seperti yang dinyatakan oleh Hakim bicara
seperti berikut:- “(2) Kedua-dua OKT ditangkap di hadapan sebuah kedai di Sungai Petani
pada 6 Mei 201, ketika hendak menyerahkan dadah berbahaya jenis
"cannabis" kepada saksi pendakwa D/Koperal Saiful Bahari (SP3), yang
bertindak sebagai “agent provocateur”. Sebelum pertemuan di tempat
kejadian, telah berlaku rundingan jual beli dadah antara SP3 dan OKT1. Di
dalam rundingan jual beli tersebut SP3 telah dibantu seorang lagi anggota
polis, Det. Lans Koperal Izhan (Izhan).
3
(3) OKT1 telah diperkenalkan kepada SP3 dan Izhan oleh sumber pada
30.4.2011. OKT1 pertama telah diperkenalkan sebagai Ravi. SP3
diperkenalkan sebagai along sementara Izhan diperkenalkan sebagai adik.
Dalam pertemuan pertama tersebut OKT1 memaklumkan kod untuk ganja
adalah "bata" dengan harganya RM2,000.00 bagi sebiji bata. Harga ini boleh
dikurangkan kepada RM1,800.00 jika SP3 membeli dalam jumlah yang
banyak. Di dalam pertemuan tersebut OKT1 telah memberikan nombor
telefon yang boleh dihubungi SP3 jika dia hendak membeli bata.
(4) SP3 dan Izhan memaklumkan pertemuan pertama mereka dengan
OKT1 kepada pegawai atasan mereka, DSP Zainudin. DSP Zainudin telah
mengarahkan operasi dijalankan dan mengarahkan ASP Mohd Radzi (SP4)
untuk mengetuai operasi tersebut. SP3 telah diarahkan bertindak sebagai
“agent provocateur” (AP). Izhan pula diarahkan membantu SP3.
(5) Ekoran pertemuan pertama ini SP3 menghubungi OKT1 pada
5.5.2011 dan memberitahu OKT1 bahawa dia mempunyai wang sebanyak
RM30,000.00 untuk membeli dadah. Akhirnya persetujuan dicapai untuk SP3
membeli 20 bata dan SP3 bersama Izhan akan pergi ke Sungai Petani pada
esok hari. Semua persetujuan ini telah dimaklumkan kepada SP4. Ekoran
dari itu SP4 telah mengadakan satu taklimat kepada anggota- anggota
pasukannya bagi tujuan mengatur operasi yang akan dijalankan. Selepas
taklimat tamat pada pukul 6.00 petang, pasukan serbuan telah bergerak ke
Sungai Petani.
(6) Apabila SP3 dan Izhan sampai di Sungai Petani, mereka menghubungi
OKT1. Ketika menunggu OKT1 datang, SP3 dan Izhan masuk ke Restoran
KFC Taman Tuanku Hamimah di Sungai Petani. OKT1 tiba kemudian pada
jam lebih kurang 8 malam dan membawa SP3 ke rumah beliau. Semasa di
rumah OKT1 SP3 telah bertanya OKT1 waktu bata dapat diserahkan. OKT1
telah menghubungi seseorang melalui telefon dan memberitahu SP3 bata
akan sampai dalam masa setengah jam. Selepas itu OKT1 menghantar SP3
semula ke Restoran KFC tersebut.
4
(7) Pergerakan SP3 dan Izhan dipantau oleh SP4. SP4 telah
mengarahkan Sub Inspektor Muslim (SP5) dan dua orang anggota polis untuk
menjejaki pergerakan SP3 dan OKT1 yang membawa SP3 ke rumah dia.
(8) Akhirnya pada jam lebih kurang 8.50 malam, OKT1 datang berjumpa
SP3 dan berbual-berbual. Semasa berbual-bual tersebut OKT2 datang
dengan sebuah kereta Toyota LE bernombor pendaftaran ABD 5905. OKT2
kemudian memberitahu dadah jenis cannabis yang hendak di beli SP3 berada di
dalam boot motokar tersebut. SP3 telah bertanya kepada OKT2 dalam
bahasa Tamil, barang tersebut berada di hadapan atau di belakang. OKT2
memberitahu barang ada di dalam “boot” belakang kereta. SP3 kemudian
memeriksa “boot” motokar tersebut dan setelah berpuashati terdapat dadah di
dalamnya telah memberi isyarat kepada pasukan serbuan.
(9) SP4 dan pasukannya kemudiannya membuat serbuan dan berjaya
menangkap OKT1 dan OKT2. OKT1 telah ditangkap oleh SP4 dan
pasukannya berhampiran dengan motokar Toyota tersebut sementara OKT2
telah ditangkap oleh SP5 dan pasukannya dalam jarak 10 meter dari motokar
tersebut. Selepas itu SP4 membuat pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua
OKT. SP4 menjumpai anak kunci berserta rantai kunci di dalam poket seluar
yang dipakai OKT2. Anak kunci tersebut telah digunakan SP4 untuk
membuka motokar Toyota tersebut. SP4 kemudian memeriksa “boot”
motokar tersebut dan menjumpai sebuah kotak Drypers bersaiz besar (P6).
Di dalam P6 dijumpai 16 ketulan mampat berbalut plastik lutsinar dan empat
ketulan mampat berbalut kertas aluminium dan plastik lutsinar (P7-P26). SP4
merampas barang-barang yang dijumpai ini.
(10) Kedua-dua OKT dan barang-barang yang dirampas ini kemudiannya
telah diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP6). SP6 telah menghantar
20 ketulan mampat tersebut kepada ahli kimia SP1. SP2 mengesahkan 20
ketulan ketulan mampat tersebut sebagai dadah berbahaya jenis cannabis
seberat 18,194 gram.”
5
[5] Mengenai Intipati Milikan
(a) Mengenai isu ini, mahkamah perlu berpuas hati bahawa
elemen-elemen perlu dibuktikan iaitu jagaan atau kawalan dan
pengetahuan. Setelah meneliti Rekod Rayuan, mahkamah ini
berpuas hati bahawa intipati ini telah berjaya dibuktikan oleh
Pendakwa Raya melalui keterangan-keterangan berikut:-
(i) Keterangan SP3 bahawa terdapat rundingan yang berlaku antara SP3
dan Perayu pertama bagi urusan jual beli dadah di mana perbincangan
antara mereka bukan sahaja dibuat melalui telefon malah dibuat di
dalam pertemuan secara bersemuka. Hasil rundingan tersebut Perayu
pertama telah bersetuju untuk menyerahkan kepada SP3 dua puluh
ketulan dadah berbahaya yang ingin dibeli oleh SP3.
(ii) Keterangan SP3 juga disokong oleh keterangan SP4 dan SP5.
(iii) Perayu pertama berada di tempat kejadian bagi tujuan menyerahkan
dadah berbahaya tersebut kepada SP3.
(iv) Dadah tersebut telah dibawa oleh Perayu Kedua ke tempat kejadian di
dalam sebuah motokar.
(v) Perayu pertama telah menunjukkan kepada SP3 kereta Toyata LE
tersebut. SP3 telah diminta oleh Perayu pertama untuk melihat di
dalam boot belakang kereta yang telah sedia dibuka. SP3 kemudian
telah memeriksa sebuah kotak yang berada di dalam boot kereta dan
menjumpai dadah berbahaya tersebut. (Muka surat 22 Rekod Rayuan)
[6] Kami berpuas hati bahawa Hakim bicara telah tidak terkhilaf
apabila membuat dapatan fakta bahawa perayu-perayu mempunyai
milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Kami berpandukan kepada
kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, di mana Thomson J
menyatakan:-
6
"A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so
situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the
exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he
may be presumed to intend to do so in case of need."
To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which
must both be present before possession is made out. The accused must not
only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for
example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must
also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to
him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some
animus possidendi.”
“Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by
direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding
circumstances...”
[7] Di dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1956] 22 MLJ 28, Taylor J
dalam membincangkan definisi perkataan milikan telah menyatakan
sedemikian di muka surat 30 dan 31:
"... The word 'possession' is the relation of a person to a thing over which he
may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits,
to the exclusion of other persons... The word 'possession' is a vague and
general word which cannot be closely defined. Without at least general
knowledge there cannot be possession but there can be possession without
full and exact knowledge...".
[8] Intipati Pengetahuan
(b) Untuk membuktikan pemilikan, elemen pengetahuan perlu
juga dibuktikan. Kami berpuas hati setelah meneliti Rekod
7
Rayuan kami mendapati, Hakim bicara tidak terkhilaf apabila
merumuskan bahawa perayu-perayu mempunyai pengetahuan
mengenai dadah berbahaya tersebut tanpa menggunapakai
seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 berdasarkan 3 fakta
penting:
(i) Terdapat perbincangan pembelian dan penjualan dadah cannabis
antara perayu pertama dengan SP3. Adalah tidak wajar perayu
pertama tidak tahu bahawa barang yang diserahkan kepada SP3
adalah dadah cannabis sedangkan inilah perkara pokok yang
dibincangkan bersama bagi urusan jual-beli yang dipersetujui sebelum
penyerahan dadah-dadah tersebut.
(ii) SP3 diberitahu oleh perayu pertama dan perayu kedua bahawa dadah
berbahaya yang dipersetujui berada di dalam “boot” belakang kereta
Toyota LE yang dipandu oleh perayu kedua. Ini menunjukkan kedua-
dua mereka mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah
tersebut.
(iii) Ketika SP4 hendak perkenalkan diri sebagai polis, kedua-dua perayu
cuba melarikan diri menunjukkan pengetahuan mereka mengenai
dadah tersebut. Perayu pertama berjaya ditangkap berdekatan
dengan kereta Toyota LE manakala perayu kedua telah ditangkap oleh
pasukan polis kira-kira 10 meter dari kereta Toyota LE tersebut.
[9] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP (supra) di muka surat 239,
Thomson J telah menghuraikan elemen pengetahuan seperti berikut: "... Once possession is proved then before the accused person can be
convicted it is necessary in addition to prove mens rea... Here again
knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by
inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of
circumstances which will support such an inference is infinite. There may be
8
something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of
the thing may be so obvious that it is possible to say 'he must have known
what it was' or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there
may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence."
[10] Mengenai Isu Pengedaran
Hakim bicara adalah betul apabila mendapati berdasarkan berat
dadah berbahaya iaitu 18,194 gram cannabis, anggapan di bawah
seksyen 37(da) terpakai. YA HMT telah memutuskan sedemikian di
muka surat 205 dan 206 (RR) seperti berikut:
“[26] Pihak pendakwa juga perlu membuktikan kedua-dua OKT telah
melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut. Dalam kes ini berat dadah
yang terlibat jauh melebihi berat yang membolehkan anggapan di bawah
s.37(da) digunakan. Berdasarkan anggapan tersebut kedua-dua OKT
dianggap telah melakukan perbuatan mengedar dadah berbahaya tersebut.
[27] Saya berpuas hati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa
di peringkat ini telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan bagi
pertuduhan di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh
yang demikian kedua-dua OKT hendaklah membela diri terhadap
pertuduhan tersebut.”
[11] Kami juga bersependapat dengan hujah Timbalan Pendakwa
Raya secara alternatif, iaitu keterangan-keterangan yang sedia ada jelas
menunjukkan rundingan jual-beli dimuktamadkan dengan penghantaran
dadah tersebut adalah tergolong di bawah definisi mengedar di bawah
Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, walaupun Hakim bicara tidak
menggunakan pendekatan ini. Pendekatan ini dipanggil “direct
trafficking” (pengedaran terus). Kami merujuk kes Mahkamah
Persekutuan iaitu PP v Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233,
yang mana pendekatan ini digunakan, Mahkamah memutuskan:
9
“[2] The prosecution’s case was not based on custody or control (thereby
invoking the presumption of possession), or on possession of cannabis
(thereby attracting the presumption of trafficking under s. 37(d) or (da)(vi) of
the DDA. The prosecution founded its case of trafficking on the ‘sale’ or
‘negotiated sale’ of the cannabis to an agent provocateur. The definition of
‘trafficking’ in s. 2 of the DDA is wide and includes not only buying and selling
but also carrying, keeping and concealing. In the instant case, there was
credible evidence that the respondents acted in concert in the sale of the
cannabis to Cholar.”
dan
“[9] The prosecution’s case was that the ‘trafficking’ took the form of
‘negotiations for sale’ and the ‘sale’ of the cannabis……”
[12] Niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan
Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami berpuas hati bahawa Hakim
bicara telah membuat penelitian yang mendalam sebelum memutuskan
wujudnya elemen niat bersama antara kedua-dua perayu. Elemen niat
bersama ini boleh dilihat berdasarkan fakta berikut:
(i) Keterangan menunjukkan SP3 telah berunding dengan perayu
pertama untuk jual beli dadah berbahaya tersebut sehingga mencapai
persetujuan mengenai jumlah dan jenis dadah yang hendak dibeli,
harga jual beli, tempat dan waktu penyerahan dadah berbahaya
tersebut.
(ii) Ekoran daripada persetujuan tersebut, perayu kedua telah datang
untuk menyerahkan dadah berbahaya tersebut kepada SP3.
Keterangan seterusnya menunjukkan sebelum perayu kedua datang
ke tempat kejadian, perayu pertama telah dilihat menelefon seseorang
untuk menghantar dadah tersebut. Inferens boleh dibuat orang yang
dihubungi itu ialah perayu kedua.
10
(iii) Keterangan juga menunjukkan terdapat perbincangan antara kedua-
dua perayu di mana perayu kedua yang membawa kereta Toyata
tersebut telah memberitahu dadah berbahaya berada di dalam boot
belakang kereta sebelum memaklumkan kepada SP3.
[13] Dari keterangan yang ada, jelas satu perancangan di antara
perayu pertama dengan perayu kedua wujud sebelum kesalahan
mengedar dadah berbahaya berlaku. Walaupun perayu kedua tidak
hadir semasa rundingan yang dilakukan antara perayu pertama dan
SP3, penglibatan perayu pertama dan perayu kedua adalah jelas
apabila perayu kedua memaklumkan bahawa dadah berbahaya berada
di dalam boot belakang kereta yang dipandu oleh perayu kedua sendiri
apabila sampai ke tempat kejadian. Ini jelas membuktikan niat bersama
kedua-dua perayu untuk melakukan kesalahan tersebut di mana dadah
yang dipersetujui di dalam rundingan telah diserahkan kepada SP3 oleh
perayu kedua bertepatan dengan rundingan yang berlaku antara perayu
pertama dengan SP3 sebelum tarikh kejadian. (Act in Concert)
[14] Ke arah itu, Hakim bicara telah tidak terkhilaf apabila membuat
dapatan fakta mengenai niat bersama ini di muka surat 202 RR seperti
berikut: “[21] Keterangan yang dikemukakan ini telah juga menunjukkan terdapat niat
bersama antara OKT1 dan OKT2 dalam melakukan kesalahan ini. OKT1
berperanan berunding dengan SP3 untuk jual beli dadah berbahaya tersebut
sehingga tercapai persetujuan mengenai jumlah yang hendak dibeli, harga
jual beli, tempat dan waktu penyerahan dadah berbahaya tersebut. Setelah
persetujuan tersebut OKT2 datang untuk menyerahkan dadah berbahaya
tersebut kepada SP3. Keterangan yang terdapat di dalam kes ini berkaitan
dengan niat bersama kedua-dua OKT adalah keterangan mengikut keadaan.
Saya dapati keterangan mengikut keadaan ini cukup kuat dan selamat untuk
membuat rumusan bahawa kedua-dua OKT mempunyai persetujuan awalan
(pre-arranged plan) untuk melakukan kesalahan ini dan perbuatan kedua-dua
11
OKT telah dibuat bagi tujuan mencapai niat bersama mereka. Kedua-dua
OKT mempunyai peranan masing-masing di dalam melakukan kesalahan ini
dan apa yang mereka lakukan adalah amat berkaitan antara satu sama lain
bagi mencapai niat bersama mereka.”
[15] Isu-Isu Yang Dihujahkan:
Keterangan dan kredibiliti SP3 sebagai “Agent Provocateur” dan
Laporan Polis (D1)
SP3 adalah merupakan “agen provocateur” (AP) yang telah
dilantik dalam kes ini. Oleh itu, keterangan SP3 adalah tergolong di
bawah Seksyen 40A Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana apa-apa
pernyataan secara lisan atau bertulis kepada seorang AP hendaklah
diterima semasa perbicaraan walaupun tanpa keterangan sokongan.
[16] Kami juga berpuas hati bahawa Hakim bicara adalah betul apabila
mendapati walaupun keterangan seorang AP tidak memerlukan
keterangan sokongan, tetapi di dalam kes ini, keterangan SP3 disokong
oleh keterangan SP4 dan SP5 atas fakta material. Seterusnya,
walaupun SP3 telah diperiksa balas dengan panjang lebar oleh
peguambela perayu-perayu, adalah jelas kredibiliti SP3 tidak tercabar
sama sekali (credibility is intact). Hakim bicara juga telah membuat
dapatan fakta mengenai kredibiliti SP3, SP4 dan SP5 di muka surat 203
dan 204 seperti berikut:
[23] Saya dapati keterangan SP3 tidak goyah setelah melalui pemeriksaan
balas oleh peguambela OKT. Kegagalan mengemukakan topi yang dikatakan
menjadi petanda isyarat terdapat dadah berbahaya di dalam kereta Toyota
tersebut bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Topi tersebut bukanlah satu
yang meterial. Begitu juga dengan keterangan SP4 dan SP5. Keterangan
mereka tidak goyang setelah diperiksa balas peguambela OKT-OKT. Dalam
12
keadaan biasa keterangan mereka ini patut diterima. (PP v Zul Hassan & Yang Lain [2013] 7 CLJ 141), saya menerima keterangan mereka ini.
[17] Kami berpuas hati bahawa tiada percanggahan sama sekali antara
laporan polis (D1) dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan SP3,
SP4 dan SP5. Walaupun laporan polis (D1) tidak menyatakan peranan
SP3 sebagai AP, ianya tidak memudaratkan kes pendakwaan. Ini adalah
kerana SP3 telah dipanggil sebagai saksi pendakwaan dan telah
memberi keterangan secukupnya dan diperiksa balas oleh peguambela
perayu-perayu. Tambahan lagi adalah menjadi undang-undang mantap
bahawa laporan polis bukan merupakan satu dokumen atau maklumat
substantial. Lihat kes PP v Fong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97, dan
Lee Kwai Heong v PP [2006] 1 CLJ 1043.
[18] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Mohd Azman Zuwairi Ghazali v
PP [2012] 1 LNS 1252, Abdul Wahab Patail JCA telah memutuskan di
perenggan 26 seperti berikut:
"... [26] We observe that a Police Report is not expected to state the entire
factual narrative of an offence. Its purpose is to record a report of a possible
crime to justify commencement of investigations. While mention of a fact in
the Police Report may add weight and substance to the testimony of a
witness as to that fact, the absence does not prove the fact did not exist, or
should it diminish the testimony of the witness who appears before the court
to be examined and cross examined. It is the facts as to his actions, as
proved by the evidence, that determines whether he is an agent provocateur.
Not whether he is reported and investigated as such. Therefore that no
mention of an agent provocateur was made in the Police Report does not
preclude evidence being adduced of the evidence of an agent provocateur.
The evidence of an agent provocateur is admissible under s. 40A of the
Dangerous Drugs Act 1952 (Act 234). Hence, the testimony of SP4 in respect
13
of the telephone conversations with the Appellant was admissible. Whether
the prosecution succeeded in proving the conversations depends upon the
credibility of SP4. We address that question further below. In the event the
credibility of SP4 stands scrutiny, there is no requirement that the evidence of
an agent provocateur must be corroborated.”
[19] Kami juga bersetuju dengan dapatan fakta Hakim bicara apabila di
muka surat 203 RR di para (22) beliau memutuskan laporan polis D1
adalah dibuat sebagai formaliti untuk menunjukkan terdapat tangkapan
ke atas kedua-dua Perayu berkaitan dengan kesalahan dadah
berbahaya dan bagi tujuan untuk meneruskan siasatan. Seterusnya,
sekira pun adanya percanggahan, ianya adalah tidak material serta tidak
menjadikan keterangan SP4 ditolak atau diragui.
[20] Sehubungan dengan itu, kami ingin merujuk kepada kes
Mahkamah Rayuan Timhar Jimdani Ong & Anor v PP [2010] 3 CLJ
938 Abdull Hamid Embong JCA telah memutuskan di muka surat 949
perenggan 14-16 seperti berikut:
"... [14] Let us first deal with P12 ie, the police report which the defence
attacked as being lacking in the factual particulars now narrated by the
prosecution witnesses. This report was made by Insp. Willie immediately
after the arrest of the appellants and the recovery of the drugs in their hotel
room. It consisted of a brief statement of the items recovered pursuant to the
search made in room 808, particulars of the appellants and the seizure of the
drugs. This police arrest report is thus merely a brief account of what had
transpired in room 808. It is a formal procedure undertaken by the police
following the arrest of a suspect to a crime. It is a first information report to
facilitate further investigation. It puts the wheels of investigation into a crime
in action. It need not, in our view, particularize all the details of actions taken
or observations made by the arresting officer. A first information report or any
police report need not contain the entire case for the prosecution. Its main
14
purpose is merely to give information of an offence. The information
contained in the police report, thus may only state the brief details of the time,
and place of the alleged offence and the particulars of the offenders if
available. Further details will surely be recorded later by the investigating
officer in any statements recorded from potential witnesses including that of
the arresting officer himself. Thus any omission or shortcomings in that police
report cannot in our view be fatal to the prosecution's case or be held to be
materially inconsistent with its narration of the facts during the trial.
[15] In Chinnakarappan v PP [1962] 28 MLJ 360, the Court of Appeal held
that:
The omission of the accused's name in the police report made by a
witness does not in any way detract from the weight and value which
the trial Judge had attached to the testimony of the complainant
himself. The law does not in this case (on a charge under s. 326 of the
Penal Code) require independent corroboration of the complainant.
Similarly in this case, the omission by Insp. Willie to state in detail what had
transpired during the raid on room 808 does not diminish the weight and
credibility of the testimony of Insp. Willie's as accepted by the trial judge.
In Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 52 the Federal Court endorsed
a passage from Sohoni's Indian Criminal Procedure Code on the effect of an
omission in a first information report which states:
... Further, the information required need not contain the circumstances
of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the
witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters
... The first information report is not an encyclopedia. It is not the beginning
and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and
order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be
gathered and filled up.
15
[16] We thus hold that no exaggerated importance should be placed to the
omission by the complainant in his police report of each and every detail of
the events surrounding the raid on room 808 and the subsequent arrest of the
appellants. We also hold that although PI2 did not contain elaborate details of
what transpired at the time of arrest in room 808, this is not fatal to the
prosecution's case. There is nothing in Insp. Willie's testimony and his
statement in P12 that cannot stand together or be said to be contradictory.
We found no discrepancy in P12 as compared to his evidence.”
[21] Tambahan pula, keterangan SP3 juga telah disokong oleh
keterangan SP4 dan SP5. Ke arah itu, kami berpuas hati bahawa,
ketiadaan pengemukaan “pocket book” sama sekali adalah tidak “fatal”
dan tidak mengundang inferens di bawah seksyen 114(g) Akta
Keterangan 1950.
[22] Seterusnya kami juga berpuas hati bahawa Hakim bicara tidak
terkhilaf apabila merumuskan di muka surat 204 dan 205 dapatan-
dapatan fakta sebelum memutuskan wujudnya satu kes prima facie
dengan menggunakan pertimbangan yang maksima (maximum
evaluation) :
“[24] Berdasarkan keterangan SP3, SP4 dan SP5 ini saya dapati pihak
pendakwa telah membuktikan kedua-dua OKT secara niat bersama
mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah berbahaya tersebut. Mereka
mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah berbahaya yang dijumpai di
dalam but motokar Toyota tersebut dan keadaan di dalam kes ini juga
menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya
tersebut. Pengetahuan tidak dapat dibuktikan melalui keterangan secara
langsung tetapi boleh dibuat inferens dari fakta dan keadaan dalam sesuatu
kes (Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237).
16
[25] Saya telah merumuskan terdapat persetujuan jual beli dadah berkaitan
antara SP3 dan OKT1 dan hasil persetujuan tersebut dadah akan diserahkan
kepada SP3 pada malam tersebut. Keterangan yang dikemukakan
menunjukkan OKT2 datang ke situ dengan motokar yang terdapat di
dalamnya dadah berbahaya yang hendak diserahkan. Dari keterangan ini
jelas boleh dibuat inferens bahawa kedua-dua OKT tahu barang yang
ditunjukkan kepada SP3 tersebut adalah dadah berbahaya jenis cannabis
yang hendak diserahkan kepada SP3. Perbuatan OKT2 menunjukkan dadah
berbahaya yang terdapat di dalam but motokar tersebut kepada SP3 adalah
perbuatan yang dibuat lanjutan dari persetujuan awal SP3 membeli dadah
berbahaya dari OKT1. Apa yang hendak ditunjukkan tersebut adalah dadah
berbahaya tersebut. Dengan yang demikian pihak pendakwa telah berjaya
membuktikan OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah berbahaya tersebut.
[26] Pihak pendakwa juga perlu membuktikan kedua-dua OKT telah
melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut. Dalam kes ini berat dadah
yang terlibat jauh melebihi berat yang membolehkan anggapan di bawah
s.37(da) digunakan. Berdasarkan anggapan tersebut kedua-dua OKT
dianggap telah melakukan perbuatan mengedar dadah berbahaya tersebut.
[27] Saya berpuas hati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa
di peringkat ini telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan bagi
pertuduhan di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh
yang demikian kedua-dua OKT hendaklah membela diri terhadap
pertuduhan tersebut.”
[23] Kami sebulat suara bersetuju bahawa Hakim bicara telah
menggunakan ujian yang betul sebelum memutuskan wujudnya
satu kes prima facie dengan menggunakan pertimbangan yang
maksima seperti di muka surat 197 dan 198 RR di para (11) dan
(12) seperti berikut:
17
“[11] Pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwa perlu membuktikan kes
prima facie terhadap OKT. Di dalam memutuskan kes prima facie ini saya
telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwa
dengan pertimbangan yang maksima. Keperluan ini telah ditegaskan di
dalam Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734.
[12] Dalam Lee Kwan Woh v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301 Gopal
Sri Ram HMP menegaskan keterangan yang dikemukakan oleh pihak
pendakwa perlu dikenakan penilaian maksima dari segenap segi untuk
mempastikan kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT telah dibuktikan.
YA HMP Gopal Sri Ram telah memetik penghakiman beliau di dalam
Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, mengenai
ujian yang perlu dilakukan semasa bagi mempertimbangkan samada kes
prima facie telah atau gagal dibuktikan. Apa yang penting ditegaskan ialah
keterangan yang dikemukakan tersebut mestilah ditimbangkan secara
maksima. Cukup untuk mengatakan di sini bahawa di dalam membuat
keputusan kes prima facie ini saya mengenakan pertimbangan seperti yang
diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.”
[24] Pembelaan Perayu-Perayu
Kami berpuas hati bahawa Hakim bicara telah meneliti pembelaan
perayu-perayu secara maksima serta berlandaskan kepada keterangan
saksi-saksi pendakwaan. Beliau mendapati pembelaan perayu-perayu
tidak membangkitkan keraguan yang munasabah. Kes pembelaan
adalah bertentangan sama sekali dengan kes pendakwaan.
Berdasarkan fakta dan undang-undang mantap, Hakim bicara
mempunyai justifikasi untuk mengambil pendirian sedemikian dan sama
sekali tidak khilaf didalam menghalusi secara kehakiman keterangan
yang berada di hadapan beliau.
18
[25] Hakim bicara menyatakan di muka surat 206 hingga 209 seperti
berikut: “[28] Kedua-dua OKT telah memilih untuk memberi keterangan
bersumpah bagi membela diri terhadap pertuduhan tersebut. Kedua-
dua OKT memberi keterangan dengan mengatakan mereka sedang
minum di Taman Tuanku Hamimah apabila mereka ditangkap oleh
polis. Kedua-duanya menafikan pada masa ditangkap mereka berada
berhampiran kereta Toyota putih dan sedang berurusan untuk
menyerahkan dadah kepada SP3 yang bertindak sebagai penyamar
sulit. Keterangan kedua-dua OKT ini sebenarnya cuba menimbulkan
keraguan terhadap kes pihak pendakwa bahawa OKT1 telah berurus
dengan SP3 untuk menjual dadah jenis cannabis kepada SP3 dan
kedua-duanya ditangkap semasa mereka hendak menyerahkan dadah
berbahaya tersebut kepada SP3.
[29] Keterangan pembelaan ini sama sekali bercanggah dengan kes
yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwa. Semasa kes pendakwaan
saya mendapati pihak pendakwa telah membuktikan OKT1 telah
berurusan dengan SP3 untuk jual beli dadah. Selepas dipersetujui jumlah
dadah yang hendak dibeli, kedua-dua OKT1 dan SP3 bersetuju dengan
urusan penyerahan. Hasil persetujuan tersebut SP3 dan seorang lagi
anggota polis (Izhan) datang ke Restoran KFC di Taman Tuanku Hamimah
Sungai Petani. OKT1 kemudian bertemu SP3 dan membawa SP3 balik ke
rumahnya dan selepas itu menghantar semula SP3 ke Restoran KFC. OKT1
juga telah memberitahu SP3 dadah tersebut akan dibawa oleh kawan beliau
kemudian. Akhirnya pada jam lebih kurang 8.50 malam, OKT1 datang
berjumpa SP3 dan berbual-berbual. Semasa berbual-bual tersebut OKT2
datang dengan sebuah kereta Toyota LE bernombor pendaftaran ABD 5905.
OKT2 kemudian memberitahu dadah jenis cannabis yang hendak dibeli SP3
berada di dalam boot motokar tersebut. SP3 memeriksa boot motokar
tersebut dan setelah berpuashati terdapat dadah di dalamnya telah memberi
isyarat kepada pasukan serbuan.
19
[30] Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah keterangan pembelaan
ini boleh dipercayai dan telah berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes
pendakwa di atas? Peguambela kedua-dua OKT berhujah keterangan
pembelaan mereka telah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan
bahawa SP3 telah berhubung dengan OKT1 dan mengadakan
perbincangan jual beli dadah dan pada masa ditangkap kedua-dua OKT di
dalam proses menyerahkan dadah tersebut kepada SP3. Hujah-hujah
beliau telah di asaskan kepada beberapa keadaan, di antara lain kegagalan
pihak pendakwa mengemukakan keterangan tentang wang tunjuk yang
seharusnya digunakan di dalam urusan jual beli dadah berbahaya tersebut
dan keduanya kegagalan pihak pendakwa mengemukakan keterangan tuan
punya berdaftar kereta Toyota LE.
[31] Selepas mempertimbangkan keterangan pembelaan kedua-dua OKT
dan penghujahan peguambela dan Timbalan Pendakwa Raya saya
mendapati keterangan pembelaan mereka ini tidak dapat menimbulkan
keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwa. Saya dapati
keterangan pembelaan mereka ini tidak boleh diterima. Adalah tidak
munasabah untuk mempercayai bahawa mereka berada di dalam kereta
selama berjam-jam sebelum pergi ke restoran untuk minum selepas OKT1
mengambil OKT2 di stesen bas. Keterangan pembelaan mereka ini sama
sekali bertentang dengan keterangan saksi-saksi pendakwa. Selepas
mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan saya
berpendapat keterangan saksi-saksi pendakwa tentang urusan penjualan
dadah antara OKT1 dan SP3 dan juga pertemuan yang berlaku di antara SP3
dan 0KT1 pada petang itu boleh dipercayai dan diterima. Begitu juga
keterangan saksi-saksi pendakwa tentang OKT2 memandu motokar Toyota
tersebut ke tempat kejadian boleh dipercayai dan diterima.
[32] Kegagalan pihak pendakwa mengemukakan keterangan tuan punya
kereta Toyota LE tersebut juga tidak membawa mudarat kepada kes
pendakwaan, di dalam keadaan kes ini. Pembelaan yang dikemukakan oleh
pihak pembela bukanlah dadah di dalam tersebut tidak diletakkan oleh OKT2
atau OKT kedua tidak tahu tentang dadah tersebut. Pembelaan beliau ialah
20
beliau sama sekali tidak ada kena mengena dengan dadah tersebut.
Keterangan pembelaan mengenai kereta ini telah pun ditolak sebelum ini.”
[26] Kami bersetuju sebulat suara bahawa diakhir kes pembelaan,
Hakim bicara telah menggunakan pendekatan yang betul apabila
mendapati bahawa perayu-perayu gagal menimbulkan sebarang
keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan manakala pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap kedua-dua
perayu melampaui keraguan yang munasabah.
[27] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Wan Marzuki Wan Abdullah v PP [2008] 4 CLJ 631, Gopal Sri Ram JCA telah memutuskan mengenai
kes pembelaan yang amat bercanggah dengan kes Pendakwaan di
muka surat 635 bermula di perenggan 6 seperti berikut:
"... [6] The second point taken by learned counsel for the appellant is that the
judge erred in his handling of the facts when evaluating the defence story. It
is clear from the record that the defence case was diametrically opposed to
the prosecution's case. The issue which fell for the learned judge to decide
was whether PW5 was telling the truth as to what was agreed, that is to say,
whether the accused's version was reasonably probable. After a careful
analysis of the totality of the evidence the learned judge found the defence
version to lack credibility. He also held that it did not raise a reasonable doubt
in his mind. He found the accused's explanation to be one of recent invention
because of the way in which the defence case was put to the witnesses for
the prosecution. In our judgment the judge was certainly entitled to do that.
On the facts of this case he was justified in so doing. There is clear authority
for the proposition that in an appeal of this nature which turns on questions of
fact particularly in relation to issues of credibility, this court will be reluctant to
interfere with the findings made by the primary trier of fact. We need go no
21
further than to quote the following passage from the judgment of Shaik Daud
JCA in Andy Bagindah v PP [2000] 3 CLJ 289:
There is no dearth of authorities to say that in every case, there are
bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by
the trial judge is whether those contradictions and/ or discrepancies are
material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial
judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence.
In the present case the learned judge concluded that there were
discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this
involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a
better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such
findings.”
[28] Di dalam kes PP v Lim Hock Boon [2009] 3 MLJ 604, Zaki Azmi
CJ telah memutuskan di muka surat 626 bermula di perenggan 27
seperti berikut:
"... [27] Indeed, the above passage clearly shows that the learned trial judge
was alive to the facts and made a finding of fact based on competing versions
of events by the witnesses. He could not accept the existence of Ah Ba
because in the end he preferred the version given by the prosecution that the
respondent was alone at all material times and no one alighted from the
respondent’s car. The learned trial judge was entirely correct in the view he
had expressed about the quality of the defence evidence. Therefore, there
was no failure by the learned trial judge to judicially appreciate the evidence
before him. He handled the facts well.”
[29] Pembelaan kedua-dua perayu bahawa terdapat seorang yang lain
telah lari dari kereta tersebut di mana dadah berbahaya telah ditemui
tidak boleh dipercayai. Walaupun pembelaan ini telah dicadangkan
kepada saksi pihak pendakwaan, namun fakta tersebut tidak pernah
dinyatakan di dalam percakapan beramaran kedua-dua perayu iaitu
22
Eksibit D2 dan D3 masing-masing. Malah, kedua-dua perayu telah
ditanya sama ada ingin membuat apa-apa pindaan atau tambahan
kepada percakapan mereka. Sekiranya percakapan mereka tidak
lengkap dan ada perkara yang tertinggal, maka itulah peluang terbaik
untuk kedua-dua perayu membuat penambahan atau pembetulan tetapi
kedua-dua perayu telah menjawab "tiada".
[30] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Khalil Anuar Sukirman v PP
[2012] 1 CLJ 848, Ahmad Maarop JCA (ketika itu) telah memutuskan di
muka surat 858-859 bahawa kegagalan menyatakan fakta pembelaan
yang penting di dalam rakaman percakapan akan menyebabkan
keterangan OKT-OKT diragui dan tidak benar. Di dalam kes Teng Howe Seng v PP [2009] 3 MLJ 46, Mahkamah Persekutuan
memutuskan “the trial judge’s comment on the late disclosure of the real
identity of “Ho Seng” at the defence stage merely went to show the
weight that the court attached to the appellant’s defence which was
permitted by law.” Di dalam kes ini juga, kami memutuskan ke arah itu,
Hakim bicara berhak untuk tidak mempercayai tertuduh.
[31] Kami berpuas hati berdasarkan prinsip kes-kes yang di atas dan
dapatan fakta yang diputuskan oleh Hakim bicara yang menunjukkan
pembelaan perayu-perayu tidak menimbulkan sebarang keraguan
munasabah ke atas kes pendakwaan, justeru tidak perlu diganggu
gugat.
[32] Untuk melengkapkan alasan penghakiman kami ingin menyentuh
mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh pihak
pembelaan:
23
(i) Borang Bongkar (P50) tidak menunjukkan kunci kereta ABD
5905 dirampas.
(ii) Seluar jeans di mana kunci kereta dijumpai tidak
dikemukakan.
(iii) Pemilik kereta tidak dipanggil untuk memberi keterangan.
[33] Kami bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya bahawa
perkara-perkara di atas tidak menjejaskan kes pendakwaan. Ini adalah
kerana kes pendakwaan terhadap kedua-dua Perayu adalah
penglibatan penyamar sulit (SP3) yang telah berbincang mengenai
pembelian dan penjualan dadah berbahaya tersebut. Senarai bongkar
serta kunci kereta hanyalah suatu bentuk keterangan sokongan semata-
mata dan bukan keterangan utama. Keterangan-keterangan khususnya
keterangan SP3 telah membuktikan pertuduhan terhadap kedua-dua
perayu. Malah keterangan SP3 (Agent Provocateur) juga disokong oleh
keterangan SP4 dan SP5.
[34] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Faiz Khairudin v PP (2011) 5
CLJ 509, Hasan Lah HMR telah memutuskan di muka surat 523
bermula di perenggan 39 seperti berikut:
"... [39] With respect, we were unable to agree with the contention of learned
counsel for the appellant. In our view, it was unnecessary for the prosecution
to produce and tender the money in the trial. The failure of the prosecution to
produce the money did not prejudice the appellant as the money was not the
subject matter of the offence. The non-production of the money had not
caused any gap to the prosecution's case.”
24
[35] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Wan Mazuki bin Wan
Abdullah v Pendakwa Raya [2010] MLJU 2092 pula, telah
memutuskan di perenggan 28 dan 32 seperti berikut:
"... [28] He further complained that the Search list adduced did not state
where the drug was found...
[32] As for the Search list we are of the view that the omission is minor and
one which could be and was in fact clarified in Court by the relevant witnesses
called. There is no reason why the omission should be considered fatal as to
render the evidence of the relevant witnesses otiose.”
[36] KESIMPULAN
Kami berpuas hati dan mendapati Hakim bicara telah tidak
terkhilaf didalam mencapai keputusannya. Justeru itu, tidak terdapat
apa-apa isu yang memerlukan kami mengganggu dapatan beliau (no
appealable error). Kami dapati sabitan dan hukuman yang dijatuhkan
oleh Hakim bicara adalah selamat. Justeru itu rayuan ini ditolak,
sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim bicara dikekalkan.
(DATUK WIRA MOHTARUDIN BIN BAKI) Hakim Mahkamah Rayuan PUTRAJAYA Bertarikh: 15 Januari 2015
25
Peguambela Perayu: Encik RSN Rayer dan Encik Leonard Raj Tetuan R.Nethaji Rayer & Co., Peguambela dan Peguamcara, No. 27-A, Jalan Zainal Abidin, 1400 Pulau Pinang. Peguambela Responden: How May Ling Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, 62100 PUTRAJAYA. Rujukan: 1. Chan Pean Leon V PP [1956] 22 MLJ 237. 2. Leow Nghee Lim v Reg [1956] 22 MLJ 28. 3. PP v Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233. 4. PP v Zul Hassan & Yang Lain [2013] 7 CLJ 141. 5. PP v Fong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97. 6. Lee Kwai Heong v PP [2006] 1 CLJ 1043. 7. Mohd Azman Zuwairi Ghazali v PP [2012] 1 LNS 1252. 8. Timhar Jimdani Ong & Anor v PP [2010] 3 CLJ 938. 9. Chinnakarappan v PP [1962] 28 MLJ 360. 10. Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 52 11. Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237. 12. Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734. 13. Lee Kwan Woh v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301. 14. Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, 15. Chung Tain Kong v PP [2010] 2 CLJ 397. 16. Kumaran Sappani Vs PP [2011] 3 CLJ 251. 17. Wan Marzuki Wan Abdullah v PP [2008] 4 CLJ 631. 18. Andy Bagindah v PP [2000] 3 CLJ 289. 19. PP v Lim Hock Boon [2009] 3 MLJ 604. 20. Khalil Anuar Sukirman v PP [2012] 1 CLJ 848. 21. Teng Howe Seng v PP [2009] 3 MLJ 46. 22. PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16. 23. Faiz Khairudin v PP [2011] 5 CLJ 509. 24. Wan Mazuki bin Wan Abdullah v Pendakwa Raya [2010] MLJU
2092.
Top Related