8/22/2019 CTU-101 2013
1/19
3
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, ingin kami ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi
kesempatan kepada kami untuk menyiapkan assignment ini dengan jayanya. Alhamdullillah
sepanjang menyiapkan assignment ini, kami berjaya menangkis segala permasalahan yang
timbul.
Terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kami bertiga kerana senantiasa
menyokong dan memberi galakan terhadap kami. Mereka sentiasa menyokong kami dengan
membantu kami sedikit sebanyak dalam memahami tajuk kami dengan lebih mendalam.
Di sini, kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarahCTU101 kami, Puan Nor Azmawati bt Abd Aziz,kerana beliau sentias membantu kami.
Segala kesulitan dalam menjayakan assignment ini dapat diatasi dengan bantuan beliau.
Terakhir sekali,terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan
assignment ini.Kawan-kawan D1E5,kawan sebilik kami dan semua yang terlibat,terima kasih
kami ucapkan.
8/22/2019 CTU-101 2013
2/19
3
PENDAHULUAN
Kerja kursus kami membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah
social dalam perspektif islam. Cara-cara yang berkesan dan diterima didalam islam dan tidak
melanggar syariat islam. Kami memperoleh maklumat melalui laman sesawang dan buku
ilmiah yang dicari di perpustakaan kolej. Kami membahagikan tugas kepada dua bahagian
iaitu pencarian dan penyediaan laporan. Farah Sakinah menyediakan laporan manakala Nur
Sharifah hidayah wafa dan faris mencari maklumat di laman sesawang dan buku ilmiah di
perpustakaan.
8/22/2019 CTU-101 2013
3/19
3
ISI PERBINCANGAN
Dari beberapa punca masalah social yang ada, kami dapat mengemukakan beberapa langkah
bagi mengatasi masalah social dalam perspektif islam. Antara langkah-langkah ialah :
1. STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM
- Definisi
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor
utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress.
Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang.
Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor
persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa
apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar.
Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah
kewangan dalam rumahtangga.
- Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam.
Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu
sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.
Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah
SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari
setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah )
ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
8/22/2019 CTU-101 2013
4/19
3
- Stress itu ujian Allah SWT.
Didalam al-quran, allah telah menyebut, Allah menguji seseorang itu dengan perasaan
takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Surah Al-Baqarah (2):155. Terdapat
juga hadis dari Riadus Solihin yang menyatakan Kesedihan atau malapetaka yang
menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan. Segala
kepayahan dan kesusahan adalah ujian Allah untuk menguji hambanya.
- Langkah bagi pemulihan stress
Antara langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi pemulihan stress dari segi fizikal
ialah dengan mengubah cara hidup, dari itu kita dapat melihat sesuatu yang baru bagi
diri kita. Seterusnya ialah melatih diri dengan rutin yang baru. Selain itu kita juga
boleh belajar bertenang, sabar, kawal atau abaikan perkara yang baik dan buruk untuk
diri kita. Kita juga boleh melatih diri kita dengan berfikir secara positif dan membuat
perubahan positif kepada diri. Rehat dan bersenasam juga dapat mengurangkan stress.
Kita juga perlu sedar akan keupayaan diri kita dan membuat perancangan yang
teratur. Disamping itu,kita juga harus pertingkatkan ibadah dan elakkan dari
melakukan perkara yang dilarang agama. Akhir sekali ialah redha dan tawakal atassegala usaha yang telah kita lakukan. Manakala dari segi rohani pula hanyalah dengan
berzikir (sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.), melakukan solat
sunat (solat sunat hajat dan solat sunat taubat.) dan berdoa (doa mengelakkan lapan
perkara iaitu Rasa sedih, Dukacita, Malas, Lemah, Penakut, Bakhil, Bebanan hutang,
Gangguan Manusia dan memohon ketenangan hati dan jiwa.) kepada Allah SWT.
Akhir sekali ialah dengan membaca ayat suci al-quran. Firman Allah yang
bermaksud: Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan
sembahyang. Surah al-baqarah (2):153) juga menyatakan agar kita memohon
ketenangan dari Allah SWT.
8/22/2019 CTU-101 2013
5/19
3
2. BERDAKWAH
- Pengenalan dakwah
Dakwah adalah satu program yang terancang dan boleh membawa kepada
pengamalan dan penghayatan Islam dalam diri seseorang individu. Dalam Islam,
dakwah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam
sama ada secara individu atau secara kolektif. Dalam menangani isu gejala sosial di
kalangan remaja masa kini, peranan pendakwah adalah amat penting untuk
membuktikan bahawa Islam mampu dan boleh menyelesaikan pelbagai masalah sosial
yang melanda negara kita. Setiap pendakwah perlu mempunyai pelbagai kemahiran
yang sesuai dengan perkembangan semasa. Antaranya ialah kemahiran dan
pendekatan, pengetahuan dalam bidang psikologi dan kemahiran komunikasi. Secara
umumnya, masyarakat telah mengetahui tentang gejala sosial atau masalah masalah
keruntuhan akhlak yang sedang wujud di kalangan umat Islam di negara ini.Walaupun
gejala sosial ini juga wujud di kalangan masyarakat bukan Islam, tetapi apa yang lebih
menonjol ialah permasalahan di kalangan umat Islam. Permasalahan ini tidak boleh
diabaikan begitu sahaja dan perlu dihadapi dan ditangani oleh masyarakat Islam
dengan penuh hikmah dan bijaksana. Peranan setiap individu Muslim adalah sangat
penting dalam menangani isu gejala sosial dan tugas ini adalah tanggungjawab
dakwah yang perlu dilaksanakan bersama. Umumnya, gejala sosial ini boleh berlaku
akibat dari kesalahfahaman, ketidakfahaman, kejahilan dan keangkuhan terhadap
perintah Allah SWT dan Rasullullah saw. Disamping itu, faktor-faktor persekitaran
juga turut memberikan sumbangan terhadap gejala sosial yang berlaku. Tugas untuk
membetulkan semula keadaan ini adalah satu tuntutan Islam dan ia selaras dengan
perutusan Rasulullah saw yang membawa risalah dakwah Islam bagi membimbingumat manusia ke arah kebenaran. Setiap Muslim sebagai pendakwah khususnya
dalam menanggani masalah gejala sosial yang sedang berlaku.
- Peranan Pendakwah Dalam Menangani Gejala Sosial
Dalam menangani gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat, peranan setiap
individu Muslim adalah amat penting. Maka, kefahaman terhadap konsep dan
pelaksanaan dakwah adalah amat diperlukan. Perkembangan negatif yang melibatkanremaja dan orang dewasa Muslim perlu ditangani dengan lebih serius dan bijaksana.
8/22/2019 CTU-101 2013
6/19
3
Kelambatan dalam memberikan perhatian kepada mereka boleh merosakkan masa
hadapan negara. Perlaksanaan undang-undang yang ada pada masa kini tidak akan
mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku kerana kesalahan yang
diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam adalah terlalu kecil
berbanding dengan jenis kesalahan-kesalahan dalam Islam (Mohd Daud Bakar 1995).
Maka, peranan pendakwah adalah amat penting dalam memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian.
Konsep Tauhid perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan individu Muslim. Cara
pendekatan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah. Peranan
pendakwah dalam menangani gejala sosial boleh dilihat dari beberapa aspek seperti
berikut:
a) Kemahiran Dan Pendekatan
Dakwah merupakan suatu proses yang berterusan dengan matlamat untuk
mengubah sasaran dakwah agar bersedia menuju ke jalan Allah, dan secara
berperingkat mengarah kepada kehidupan yang Islamik. Suatu proses berterusan
memerlukan perancangan dan pendekatan yang sistematik yang boleh
dilaksanakan dan dinilai secara terus-menerus agar ia dapat mengubah tingkah
laku madu sesuai dengan matlamat yang telah dirumus (Syamsul Bahri 2003).
Sebagaimana yang telah difahami, pendekatan secara hikmah dan nasihat yang
baik dan bijaksana adalah amat penting dalam menjalankan tugas dakwah,
khususnya di kalangan remaja dan generasi muda. Bagi mendekati mereka, kita
harus menggunakan strategi yang berhemah dengan penuh kasih sayang dan sopan
santun. Madu perlu melihat pendakwah sebagai individu yang boleh diajak
berbincang dan dipercayai. Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan mereka
tanpa wujud rasa segan dan malu. Tugas kita menyampaikan dengan cara yang
terbaik dan bukan memaksa dengan keras dan berhujah sehingga menimbulkan
kemarahan dan ketegangan antara dai dan madunya. Cara kita harus dapat
membawa mesej dakwah yang dapat memberikan keuntungan.
Ramai remaja Muslim yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan atau
disebabkan pengaruh luaran. Seharusnya kita perlu bijak untuk memilihpendekatan yang paling baik dan sesuai terhadap madu bagi memastikan mereka
8/22/2019 CTU-101 2013
7/19
3
memahami ajaran Islam itu sendiri. Madu yang menjadi sasaran dakwah tidak
boleh dianggap sebagai individu yang statik dan tidak berkembang. Oleh itu,
dakwah tidak boleh diarahkan hanya kepada penyampaian ceramah dalam
pengertian yang sempit dan berkisar kepada perkara-perkara bersifat ibadah
semata-mata. Latar masyarakat masa kini dengan pelbagai corak dan keadaannya
perlu dianalisis bagi mendapatkan input dalam rangka penyempurnaan serta
menentukan kemahiran dan pendekatan dakwah yang efektif.
Sirah Nabawiyyah adalah contoh yang terbaik yang perlu kita ikuti. Persoalannya
sejauh manakah kefahaman dan penghayatan terhadap konsep hikmah ini?
Apakah benar dan tepat kefahaman kita terhadap konsep hikmah? Atau hikmah
yang kita fahami itu sememangnya hikmah atau pun sebaliknya. Maka, setiap
pendakwah perlu mempunyai kemahiran atau cara dakwah yang berasaskan
kepada Firman Allah dalam Surah Al-Nahl:125 yang bermaksud Serulah
(manusia hai Muhammad) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan mauizah
(nasihat) yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih
baik.
Selain itu pendakwah perlu mencari role model kepada setiap individu Muslim
kerana kebanyakan remaja kini tidak mempunyai role model yang baik. Ibu bapa
kadangkala tidak dilihat sebagai role model disebabkan kekurangan dan
kelemahan yang ada pada ibu bapa sendiri. Organisasi dakwah perlu
memperbanyakkan lagi forum, perbincangan serta usrah dan juga Islamic peer-
group counseling, yang boleh menarik minat ahli masyarakat yang bermasalah.
Pendakwah perlu menjadi sebuah pohon yang rendang bagi melindungi individu
yang bermasalah dalam masyarakat. Penyampaian ceramah kadangkala kurangberkesan kerana mesej yang disampaikan kurang sesuai dengan tahap ilmu
pendengar serta tidak wujud interaksi dua hala antara mereka. Pada pandangan
Syamsul Bahri (2003), dakwah sering disalah ertikan sebagai suatu pesanan yang
datang dari luar. Oleh itu, pendekatan dakwah lebih diwarnai dengan pendekatan
interventif dan dai pula meletakkan diri mereka sebagai orang asing yang tidak
berkait langsung dengan apa yang dirasakan dan diperlukan oleh masyarakat
sebagai madunya.
8/22/2019 CTU-101 2013
8/19
3
Selain itu, penyampaian ilmu tradisional yang sering digunakan pada masa kini
perlu disepadukan dan disesuaikan dengan pemikiran generasi muda. Kajian
mendapati pendekatan yang tidak formal seperti sukan, khidmat atau
perkhemahan lebih menarik minat golongan remaja berbanding orientasi dakwah
berbentuk ceramah dalam pengertian yang sempit.
Fungsi dan peranan institusi masjid perlu dimaksimakan dan ia dapat memenuhi
minat dan kegemaran remaja yang sememangnya jarang ke masjid. Fizikal,
tataatur dan persekitaran masjid seharusnya dapat merangsang kehadiran remaja.
Kemudahan kemasyarakatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi hasrat dan
kesesuaian generasi muda masa kini.
Pendakwah juga harus mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat
komunikasi terkini terutama komputer. Mereka harus berkemahiran dalam
melayari laman-laman web dan membina laman web mereka sendiri. Laman-
laman web on-line untuk kaunseling Islam perlu ditambah dan penggunaannya
perlu dipopularkan.
b) Pengetahuan Dalam Bidang Psikologi
Pendakwah juga perlu mempunyai kemahiran psikologi kerana perkembangan
seseorang individu banyak dipengaruhi oleh perkembangan sosio-budaya, sosio-
ekonomi, psiko-sosial, kognitif, moral dan latar belakang keagamaan. Tentunya
kita tidak boleh mengambil secara total idea atau pandangan dari barat seperti
Kholberg, Ericsson dan Piaget akan tetapi boleh dijadikan maklumat tambahan
dan perbandingan kepada perdakwah. Ini disebabkan wujud sebahagian ahli
masyarakat kita menerima secara total, secara sedar atau tidak sedar, pandangan-
pandangan barat tanpa menyesuaikan dengan suasana dan biah masyarakat kita.
Seharusnya, pendakwah merujuk kepada metodologi pendidikan dan psikologi
yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw yang kemudiannya dikembangkan oleh
Al-Farabi, Ibnu Sina, Abu Hassan Al-Mawardi, Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun
(Hassan Langgung 1981).
Tujuan utama dakwah ialah untuk memberikan bimbingan kepada manusia untuk
mendapat keredhaan Allah SWT. Tentunya dakwah memerlukan pendekatan yang
8/22/2019 CTU-101 2013
9/19
3
berkesan kerana ia melibatkan aspek perkembangan jiwa, hati dan perasaan. Ab
Aziz (1999) telah merumuskan pandangan Al-Qardawi bahawa antara ilmu yang
paling berguna untuk seorang dai ialah ilmu psikologi kerana ia:
- Menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan
penghayatan agama seseorang.
- Menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tafsir-tafsir yang sesuai dengan
akal semasa.
- Boleh menambahkan maklumat untuk memahami rahsia hukum syarak yang
bolehmembawa penambahan iman.
- Menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan sasaran dan cara
mempengaruhi jiwa mereka dengan lebih mudah.
Pendakwah yang mempunyai ilmu psikologi akan mendapat kelebihan kerana
ilmu psikologi membantu seorang dai mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan seseorang individu khususnya yang berkaitan
dengan perubahan sikap dan personaliti. Di samping itu, pendakwah juga akan
dapat menganalisa proses, pendekatan dan keberkesanan dakwah yang
disampaikan.
c) Kemahiran Interaksi Dan Komuniskasi
Proses dakwah boleh dihubungkaitkan dengan proses pendidikan yang
memerlukan interaksi yang berkesan antara dai dan madu. Malah, untuk menjadi
lebih efektif lagi, dakwah boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bimbingan
dan kaunseling. Dalam dakwah, kemahiran interaksi adalah penting bagi
memaksimumkan keberkesanan dakwah yang diberikan. Dalam kaunseling,
suasana yang membolehkan seseorang merasa bebas, tidak tertekan dan
bertanggunjawab terhadap diri sendiri dikenali sebagai suasana teraputik. Dr.
Zuria Mahmud dan Salleh Amat dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (2000) telah memperkenalkan model interaksi teraputik dalam
pendidikan. Pendekatan ini boleh disesuaikan dan diaplikasikan dalam proses
8/22/2019 CTU-101 2013
10/19
3
menyampaikan dakwah. Dalam dakwah, langkah-langkah interaksi teraputik
boleh disesuaikan seperti berikut:
Langkah 1 Membina Hubungan. Dalam langkah pertama ini, pendakwah
berusaha mewujudkan suasana kondusif yang membolehkan interaksi dengan
madu. Beberapa kemahiran perlu dilaksanakan iaitu:
- Ekspektasi yang sihat pendakwah perlu mengenali latar belakang dai sebelum
beliau menyampaikan mesejnya
- Membina imej yang kongruen pendakwah perlu mempamerkan imej diri sebagai
insan yang boleh dicontohi melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan
- Membina peraturan Pendakwah perlu memberi kefahaman adab-adab, nilai-nilai
akhlak serta batasan-batasan halal dan haram dalam komunikasi dan hubungan.
Langkah 2 Mengenali Masalah. Pendakwah cuba mengenal pasti permasalahan
yang dihadapi oleh madu. Kemahiran yang perlu ialah:
- Soalan yang boleh dijawab Memberikan peluang kepada madu menerangkan
masalah yang dihadapi
- Mesej saya Pendakwah memberikan pandang beliau
- Mesej anda Memahami yang apa yang tersirat dalam diri madu dan cuba
membantu beliau
Langkah 3 Mencari Penyelesaian. Mencari beberapa alternatif dalam
menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah yang timbul mungkin tidak dapat
diselesaikan dengan satu cara sahaja. Ini boleh mengajak mad`u berfikir tentang
cara menyelesaikan masalahnya. Dua kemahiran boleh dilakukan:
- Apa yang kita mahu Pendakwah menerangkan apakah hasrat atau harapan yang
mahudilihat oleh beliau.
- Apa yang kita boleh buat Pendakwah akan bertanya langkah-langkah seterusnya
untukmemperbaiki masalah atau meningkat keadaan
8/22/2019 CTU-101 2013
11/19
3
Langkah 4 Pelaksanaan. Mad`u melaksanakan apa yang telah diperbincangkan
antara mereka.
Langkah 5 Penilaian. Ia dilakukan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan
kaedah, pendekatan dan proses dakwah yang dijalankan.
Interaksi teraputik dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses dakwah
khususnya dikalangan remaja dan belia kerana mereka diberi peluang untuk
berkongsi pandangan dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.
Mereka tidak akan merasa diketepikan malah dihargai oleh masyarakat. Adalah
lebih baik lagi jika setiap ibu dan bapa dapat didedahkan kemahiran-kemahiran ini
bagi memantapkan lagi pengurusan kekeluargaan mereka. Pendekatan bimbingan
dan kaunseling dapat digunakan dalam dakwah kerana apa juga bentuk
pendekatan boleh digunakan dalam dakwah asalkan tidak bercanggah dengan
syarak.
Di dalam era globalisasi, di samping peperangan fizikal, kita turut menyaksikan
pertembungan dan pertempuran ideologi dan pemikiran yang memerlukan
pelbagai bentuk strategi. Strategi yang digunakan tentunya berbeza antara satu
zaman dengan zaman yang lain dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Pengalaman yang telah dilalui oleh generasi terdahulu seharusnya dijadikan
panduan dan iktibar oleh para pendakwah di dalam melaksanakan tugas mereka.
3. PERSAUDARAAN
Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam
memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia,
khususnya sesama muslim. Firman Allah SWT :Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu
saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. Surah Al Hujuraat : Ayat 13
8/22/2019 CTU-101 2013
12/19
3
Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau
perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman
antara dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh
penyebab yang menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap
Muslim dari melakukannya. Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam
kalangan manusia akibat dari perbuatan devein gejala sosial, maka beberapa
langkah pendekatan untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil.
Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh diambil.
- Peranan Ibubapa
Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-punca
Dan Cara-cara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan bahawa antara punca paling
utama yang menyumbang kepada kebejatan sosial ialah kurangnya kasih sayang dari
keluarga. Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya
bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara
langkah penyelesaian yang harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan
ibubapa yang aktif dalam memastikan tahap akhlak dan keperibadian anak-anak
sentiasa utuh dalam diri mereka.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam
tulisannya di akhbar Berita Harian Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca
Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa akibat dari kesibukan kedua ibubapa
mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya
dipandang sepi dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak diambil tindakan.
Sewaktu itu nasi sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu ibubapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak
mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral
yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
8/22/2019 CTU-101 2013
13/19
3
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri
serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
- Peranan pihak sekolah
Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian
yang boleh diambil dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah
memperkasakan peranan pihak sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh
dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Malah menurut beliau lagi, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan
di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa
takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa
polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan
dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain langkah perundangan,
langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling
di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan
peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
8/22/2019 CTU-101 2013
14/19
3
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG janganlah
jadi umpama Kucing tak bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi
Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan yang
harus dimainkan oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah sosial ini.
Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan
akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh menggandakan keberkesanan institusi
pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di
kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Boleh juga
memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan
Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan
dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar
kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwenang, menjaga perasaan
orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk
kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self-criticism, mengawal diri,
menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki prestasi
persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi
agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat
memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih
mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang
dan bebas.
Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih
meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah
langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah
terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan
bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang
bermaksud :
8/22/2019 CTU-101 2013
15/19
3
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan
pukullah mereka (kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun".
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).
Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman.
Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan
akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan
kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang
penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh,
nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya.
Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang
bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.
Firman Allah :
"Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi
mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari
sekelilingmu. (Surah Ali Imran : ayat 159)
- Peranan media massa
Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan
satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam
pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan
peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di
dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah
umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari
cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, fahaman
kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berfoya-foya. Media massa
hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan
nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa
8/22/2019 CTU-101 2013
16/19
3
akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan
nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.
Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti
ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam
mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan
serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak
atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh
menjadi wahana cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran
teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
- Peranan rakan sebaya
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan
merupakan antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan
akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi
remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada
kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan
mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan
pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara
mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam
mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh
Lambert dan rakan-rakannya (1972) menunjukkan remaja menghadapi berbagai
konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut
antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan
bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa
mereka dan para penjaga mereka
kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang
mereka lakukan
8/22/2019 CTU-101 2013
17/19
3
wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran
ibubapa dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan
kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah
mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat
dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan
sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan
dewasa.
- Peranan masjid
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah
ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul
untuk menyembah Allah secara berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara
umat Islam, bahkan di kota-kota besar dunia kewujudan bangunan masjid yang
berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa
menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah
masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan
nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan
syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama
yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al
Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.
Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh
Islam dan akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia
kepada Allah. Ilmu yang dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri
khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang
jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi
ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu
muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu
sendiri .
8/22/2019 CTU-101 2013
18/19
3
Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh
dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan
sahsiah umat . Antaranya ialah:
1. Kelas Fardu Ain
2. Kelas Tajwid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Sahsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempen Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid (Rakan Masjid)
8/22/2019 CTU-101 2013
19/19
Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun,
NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk
bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan
mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku
rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Rum:41)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang
baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang
bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Ali-Imran: 104)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya
ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang
beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran : 110)
Top Related