PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
LAPORAN PROGRAM
PKU 3112 PEMULIHN DALAM KOMUNITI
NAMA PELAJAR
ARNEY BT HJ ALIAS
(750318-06-5174)
SEMESTER 6
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING
EN. AMERRUDIN BIN OTHMAN
TARIKH HANTAR
19 APRIL 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
LAPORAN LAWATAN KE PDK NUR SYAHIRAH
Pada 4 April 2014 yang lalu ,saya bersama rakan-rakan kumpulan PPG seramai 7
orang telah mengadakan satu tinjauan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
lanjut tentang PDK Nur Syahirah Kg Sungai Renggi Merlimau ,Melaka. Kedatangan
saya dan rakan-rakan telah disambut baik oleh pihak PDK. Saya di maklumkan bahawa
peyelia PDK tidak dapat bersama-sama kerana ada urusan yang perlu diselesaikan .
Saya dan rakan PPG kemudian di bawa ke bilik mesyuarat untuk membincangkan
apakah tujuan dan matlamat kami ke PDK Nur Syahirah . Selain itu kami juga turut
membentangkan cadangan aktiviti yang telah kami rancangkan .
Semasa perjumpaan tersebut, pihak PDK Nur Shahirah meminta kami menaik
taraf ruang dapur selain aktiviti keceriaan yang telah dirancang dan kami bersetuju
untuk menambah aktiviti tersebut dalam tugasan keceriaan.
Seterusnya kami juga membincangkan perkara berkaitan dengan majlis penutup.
Majlis penutup sepatutnya dilaksanakan pada hari Jumaat tetapi terpaksa diubah
kepada hari Khamis, ini kerana pada hari Jumaat pelatih tidak datang ke PDK dimana
jadual asal PDK Nur Shahirah merupakan aktiviti Home Base. Menurut perancangan
asal kumpulan, kami akan melaksanakan aktiviti Home Base pada hari Khamis dan
majlis penutup akan diadakan pada hari Jumaat.
Setelah selesai mesyuarat yang dijalankan kami kemudiannya di bawa melawat
sekitar kawasan dalam bangunan PDK. Dari hasil tinjauan tersebut dapatlah kami
sedikit gambaran mengenai hasrat para petugas PDK iaitu berkenaan keadaan
persekitaran seperti di bahagian dapur dan bahagian bangunan yang lain. Bangunan
PDK Nur Syahirah terdiri darpada dua buah rumah yang disewa dengan nilai RM 450
sebuah. Ianya merupakan rumah perseorangan yang terletak betul – betul di tepi jalan.
Pertama kali menjejakkan kami saya dapati masih banyak lagi bahagian yang boleh
kami perbaiki. Di bahagian hadapan bangunan ini agak kurang terjaga kerana saya
mendapai sampah – sampah daun agak banyak. Dari segi keceriaan agak kurang
menyerlah. Walau bagaimanapun keadaan rumah yang disewa ini agak luas dan
selesa. Tiada kakitangan yang diupah untuk menceriakan bangunan dan kawasan
persekitaran di situ. Kami difahamkan beberapa orang pelatih yang mahir akan
diberikan elaun tambahan sekiranya mereka boleh mengurus dan membuat beberapa
kemahiran seperti anyaman. Segala peruntukan ditanggung oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Menyedari akan perkara ini penglibatan ibu bapa dan masyarakat sangat
penting bagi memberi sokongan kepada bukan sahaja dalam bentuk material tetapi
dalam bentuk kerjasama agar PDK ini dapat semua pelatih dapat diberi kemahiran yang
lebih optimum agar mereka lebih berdikari.
Setelah selesai mesyuarat ringkas bersama dengan petugas-petugas, kami
kemudian telah singgah ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari bangunan
PDK. Tujuan kami adalah untuk berbincang tentang apa yang akan kami lakukan
sepanjang kami berada di PDK tersebut. Setelah mendapat persetujuan kami telah
membahagikan tugas masing-masing agar kerja amali yang kami laksanakan nanti
berjalan dengan lancar mengikut perancangan sedia ada.
HARI PERTAMA :
Hari : Selasa
Tarikh : 8 April 2014
Saya dan rakan PPG seramai 14 orang berkumpul di bangunan hadapan di
PDK pada pukul 8 pagi. Pengerusi kami telah memberikan sedikit taklimat tentang
aktiviti yang akan kami jalankan pada hari ini. Sebelum memulakan tugasan saya
sempat beramah mesra dengan pelatih-pelatih disitu. Agak terkejut juga apabila
mendapati pelatih-pelatih terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari umur 3 tahun
hinggalah 34 tahun .Kami dimaklumkan bahawa bilangan pelatih di sini berjumlah 15
orang . Gelagat mereka sangat mencuit hati namun jauh disudut hati timbul rasa simpati
terhadap nasib mereka.Ini menyebabkan saya insaf dan bersyukur kepada Allah S.W.T
kerana saya dilahirkan sebagai insan yang sempurna. Menyedari atas kekurangan yang
ada menyebabkan timbul semangat untuk melakukan kerja amali ini demi kepentingan
pelatih –pelatih. Sekurang-kurangnya saya dapat menyumbangkan sedikit tenaga untuk
menceriakan kawasan sekitar agar menarik minat pelatih untuk datang ke PDK kelak.
Aktiviti senaman pagi dimulakan dengan rutin kepada para pelatih di PDK Nur
Shahirah di mana ia bertujuan merangsang perkembangan psikomotor mereka yang
lemah dan diikuti aktiviti nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa.
Kami berkongsi pengalaman bagaimana cara guru PDK mengendalikan pelatih-
pelatih dari segi pembelajaran contohnya aktiviti menganyam bakul dari kertas surat
khabar. Kami juga bertukar-tukar pandangan cara menyampaikan pembelajaran.Saya
berasa kagum dengan kegigihan pelatih-pelatih walaupun serba kekurangan tetapi
semangat mereka sangat tinggi.
Bagi aktiviti yang seterusnya kami membersihkan kawasan persekitaran PDK di
antara kerja-kerja yang kami lakukan ialah menyapu sampah ,mengumpul daun kering ,
mencantas pokok bunga , mencabut rumput ,menanam pokok bunga , menuapu cata
pada batu – bata dan sebagainya.Sya juga membantu rakan-rakan menggosok
tempurung kelapa menggunakan kertas pasir.Walaupun terpaksa berpanas tetapi saya
seronok melakukan aktiviti ini kerana ini pengalaman pertama saya.
HARI KEDUAHari : Rabu
Tarikh : 9 April 2014
Seterusnya pada hari ke dua kami telah melaksanakan aktiviti akademik iaitu
Lawatan Ke Supermarket Gaint Muar. Bagi aktiviti akademik ia telah diketuai oleh
Encik Ahmad Zulkifli bin Manoh dan dibantu oleh Mohd Yadillah, Saraswathy, Arney,
Zaleha, Norliza Esal, Norwati dan Nor Suriya. Sebelum bertolak kami melakukan aktiviti
senamrobik bersama dengan pelatih PDK seramai 11 orang serta 4 orang guru PDK.
Sebelum bertolak ke Supermarket Gaint Muar, Tuan Haji Abdullah Bin Ahmad selaku
Pengerusi PDK Nurshahirah telah diminta membacakan doa. Selepas itu saya dan
rakan-rakan mendengar taklimat ringkas encik Ahmat Zulkifli selaku ketua . Kami
diminta memastikan keselamatan pelatih-pelatih PDK semasa berada di Supermarket
Gaint . Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima
wang RM15 bagi melaksanakan aktiviti. Kami dikehendaki memantu pelatih untuk
membeli barang yang telah ditetapkan.Timbul rasa kesian apabila mendapati pelatih –
pelatih tidak biasa melakukan aktiviti ini ,melihatkan telatah mereka sangat mencuit hati
mereka seronok melakukan aktiviti yang kami jalankan.Puan Zainab juga mengucapkan
terima kasih kerana kesudian kami membawa pelatih-pelatih ke Supermarket kerana
sebelun ini mereka tiadak pernaj menjalankan aktiviti seperti ini.
Sebahagian daripada guru-guru PPG terpaksa tinggal di PDK untuk
melaksanakan aktiviti keceriaan yang telah dirancang iaitu mengecat keseluruhan
bahagian dapur PDK. Kami terpaksa membahagikan kepada dua kumpulan untuk
menjimatkan masa .Sekembalinya dari muar saya dapati Kerja-kerja kami telah
dipantau oleh Encik Isyrafi bin Sayuti selaku pensyarah pemantau projek kami
ini.Semasa dalam perjalanan balik saya telah diberitahu bahawa guru PDK tidak
menyediakan makanan untuk pelatih. Saya bersama rakan – rakan telah berhenti
disebuah gerai makanan untuk memesan makanan.
Selepas makan tengahari bersama pelatih saya dan rakan-rakan berehat sebentar.
Selepas berehat kami meneruskan aktiviti keceriaan . Ketika saya dan rakan sedang
melakukan kerja tiba-tiba hujan turun jadi kami terpaksa menghentikan aktiviti luar
aktiviti keceriaan ini kami tangguhkan sehingga esok.
HARI KETIGA:Hari : Khamis
Tarikh : 10 April 2014
Hari ini kami merancang untuk mengadakan aktiviti terapi seni.Semua pelatih
dikehendaki berkumpul di bahagian beranda depan . Kami telah bersetuju untuk
membuat aktiviti celupan menggunakan tisu dengan pelbagai warna. Sebelum aktiviti
dijalankan saya sempat membantu rakan memotong huruf untuk aktiviti membuat
perkataan di bahagian dinding pintu masuk PDK Nur Syahirah.
Seterunya sekali lagi pelatih membuat aktiviti senaman pagi. Saya turut menyertai
aktiviti senamrobik yang dijalankan dalam bangunan, saya berasa agak lucu dengan
gelagat pelatih sewaktu membuat aktiviti senaman , mereka membuat senaman tanpa
rasa segan dan malu. Selesai membuat aktiviti senaman ,pelatih-pelatih membuat
aktiviti seni yang kami sediakan. Pada mulanya pelatih-pelatih enggan memberi
kerjasama, tetapi apabila dipujuk dan dipuji , masing-masing menujukkan minat.
Selesai melakukan aktiviti seni saya dan rakan-rakan meneruskan aktiviti keceriaan
yang tertangguh ,seperti mengecat dan membuat cendawan hiasan. Aktiviti keceriaan
kami tangguhkan kerana kami telah membuat majlis penutupan. Majlis penutupan
program ini diwakili oleh pengerusi PDK iaitu Tuan Hj Ahmad B. Abdullah serta penyelia
PDK Puan.Zainab Binti Taib serta petugas-petugas dan juga pelatih-pelatih PDK. Majlis
yang agak sedehana tetapi agak meriah apabila salah seorang pelatih menyampaikan
dua buah lagu untuk kami.
Kami meneruskan aktiviti keceriaan supaya tidak tertangguh lagi, tetapi pelbagai
masalah , aktiviti keceriaan kami terpaksa tangguhkan kerana kehabisan cat dan
beberapa alatan yang lain.
HARI KEEMPATHari : Jumaat
Tarikh: : 11April 2014
Hari ini merupakan hari terakhir bagi saya dan rakan -rakan untuk berada di PDK Nur
Syahira . Hiba rasa hati apabila hendak meninggalkan pelatih. Walau bagaimanapun
hidup perlu diteruskan.hari ini pelatih tidak datang ke PDK kerana Pada hari ini pelatih-
pelatih PDK terlibat dengan home based . Kumpulan say menyambung kerja-kerja
kecerian manakala kumpulan satu lagi pergi ke rumag adik Rahmat untuk aktiviti home
based. Adik Rahmat berusia 4 tahundan masih tidak boleh berjalan.Didalam usia
begini dia tidak dapt melakukan papa-apa.Timbul rasa kesian apabila melihat diabak
kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Bantuan petugas-
petugas PDK membolehkan kami berinteraksi dengan baik dengan keluarga adik
Rahmat. kami membuat sedikit terapi iaitu terapi permainan dengan bola kecil dan kami
juga menyediakan karpet yang mengandungi huruf-huruf . Harapan kami ini dapat
membantu adik Rahmat. Sebelum pulang kami sempat menghulurkan sedikit
sumbangan pada keluarga Rahmat. Diharapkan dengan sumbangan yang kami
berikan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga Rahmat
Rakan PPG berada di rumah Rahmat lebih kurang 1 jam. Selesai aktiviti home
based mereka pulang ke PDK semula.Saya dah rakan PPG yang tinggal meneruskan
tugasan menceriakan bahagian hadapan pintu masuk PDK. Antara kerja-keja yang
kami lakukan ialah aktiviti menyimen, menanam pokok, menyusun bata, mengecat
pagar , meyusun pasu dan sebagainya. Kami telah dikunjungi oleh seorang pensyarah
yang datang untuk membuat pemantauan. Beliau memuji kerana dapat membuat
khidmat bakti kepada PDK di sini. Semoga usaha-usaha ini dapat kami teruskan pada
masa akan datang.
Disediakan oleh
Arney binti Hj. Alias
PK UMUM SEM 6
REFLEKSI UJIAN AMALI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PKU 3112)
( Oleh : ARNEY BINTI HJ. ALIAS )
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana
dengan limpah kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ujian amali
Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112) di Pusat Pemulihan Komuniti Nurshahirah,
Sungai Renggi, Merlimau Melaka ini seperti yang telah ditetapkan. Tugasan ini meliputi
aspek keceriaan, akademik dan home-based. Saya juga merakamkan jutaan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia PDK Nurshahirah iaitu Pn
Zainab Bt. Ab. Talib dan seluruh warga Pusat Pemulihan Komuniti Nurshahirah kerana
telah mengalu-alukan kedatangan kami serta memberi sokongan padu ke atas program
dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh ujian amali ini. Ucapan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu encik Ameruddin bin Othman yang banyak
memberi bimbingan dan memberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga kepada ahli – ahli kumpulan yang telah bersama bertungkus –
lumus dalam memastikan perjalanan program sentiasa lancar dari awal hingga ke akhir
program.
Sebelum
Sebelum menjalankan tugasan ini, saya belum mendapat gambaran tentang
bagaimana program ini akan dijalankan. Pengetahuan yang agak kurang mengenai
Pemulihan Dalam Komuniti ini telah mendorong perasaan ingin tahu saya supaya lebih
mendalami bidang ini. Semasa menerima tugasan ini, saya merasakan ianya suatu
bebanan ke atas diri saya kerana program ini bakal melibatkan pelbagai pihak dan
lebih-lebih lagi terpaksa meninggalkan anak-anak didik selama empat hari untuk
menjalankan aktiviti sepanjang program berlangsung . Selepas mendengar taklimat
daripada pensyarah-pensyarah saya sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita
sesama manusia saling membantu lebih-lebih lagi insan yang memerlukan seperti
orang-orang istimewa. Saya juga dapat memotivasikan diri dan bersemangat untuk
melaksanakan program ini.
Saya berasa berpuas hati dengan pembahagian tugas yang adil dalam kalangan
ahli kumpulan kami. Jawatan yang dipilih melalui cabutan undi diterima dengan hati
yang terbuka. Walaupun bidang tugas kami berbeza, saya tetap memberikan kerjasama
kepada ahli kumpulan yang lain. Di sini, saya sedar bahawa kerjasama dalam satu
kumpulan sangat penting.Contohnya walaupun saya dilantik sebagai setiausaha , saya
telah membantu ajk makanan untuk menguruskan hal berkaitan dengan penyediaan
makanan selama program berlangsung. Selain itu juga saya telah membantu ajk hadiah
untuk membeli hamper dan juga cenderahati pelatih. Perkara ini tidak menjadi masalah
kerana saya seronok melakukannya kerana bagi saya sesuatu perkara yang sukar
dapat diselesaikan dengan mudah melalui perbincangan. Walaupun terdapat
percanggahan pendapat dalam membuat rangka awal untuk program ini, kami dapat
menyelesaikannya dalam cara yang baik dengan membuat pertimbangan ke atas setiap
pendapat yang diberikan. Saya belajar untuk menghormati dan menerima pendapat
orang lain dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.
Kelemahan yang saya kenalpasti ialah dari segi pengurusan masa. Tugasan ini
diberikan semasa waktu bekerja. Saya dan rakan-rakan lebih menumpukan perhatian
pada sesi pengajaran di sekolah dan juga tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan
pada masa yang sama seperti subjek BMM pendidikan Khas dan subjek elektif
Pendidikan Seni Visual. Masa yang sangat terhad ini menyebabkan kami kekurangan
masa untuk mencari dana. Walaubagaimanapun kami tetap berusaha untuk mencari
dana dan sponser untuk aktiviti yang akan dijalankan.Kami telah sebulat suara untuk
memberikan sumbang sebanyak RM 75 bagi memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Semasa
Program Bakti Disemai Budi Dituai yang dijalankan dari 4 April hingga 5 April
meninggalkan seribu satu pengalaman dalam diri saya. Hal ini kerana pihak PDK Nur
Syahirah menaruh harapan yang sangat tinggi pada diri kami untuk melakukan sedikit
perubahan pada pusat tersebut. Pelbagai pengalaman yang sangat bermakna yang
saya perolehi daripada perlaksanaan program ini.,
Daripada program ini , saya berpeluang untuk belajar untuk merancang,
mengelolakan dan melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan. Ternyata kami
mendapat respon yang sangat positif dari awal hingga ke akhir program. Saya juga
menambah pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya daripada membuat
kertas kerja, surat jemputan , buku program dan aktiviti akademik yang dijalankan.
Secara tidak langsung saya dapat menimba pengalaman yang sangat berharga.
Pelatih-pelatih begitu teruja dengan aktiviti yang kami adakan dan kami juga memberi
peluang kepada mereka untuk mencuba sendiri membuat aktiviti seperti aktiviti terapi
seni menghasilkan celupan menggunakan kertas tisu. Saya berasa bersyukur kerana
dapat menyampaikan ilmu kerana telah memberikan mereka idea yang baru yang boleh
mereka jalankan untuk aktiviti terapi seni.
Sepanjang menjalankan aktiviti, saya belajar untuk mengawal emosi, mental
dan fizikal kerana aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan perlu diselesaikan
dalam tempoh seminggu. Walaupun berasa penat, saya tetap memberikan kerjasama
yang padu kepada tugasan-tugasan seperti yang telah dirancangkan oleh kami. Aktiviti
keceriaan yang sepatutnya dilakukan selama dua hari terpaksa dilakukan selama tiga
hari disebabkan oleh faktor cuaca dan kekurangan bahan.Pengalaman yang tidak akan
saya lupa ialah hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebakan semua aktiviti
kecerian kami menjadi rosak. Namun begitu, saya tetap bersabar kerana saya dan
rakan-rakan mementingkan kualiti daripada kuantiti. Panas terik serta hujan lebat
sanggup dihadapi kerana semangat membantu PDK ini amatlah tinggi dan ikhlas.
Segala penat lelah rasa terubat melihat hasil kerja yang sangat membanggakan dan
mendapat pujian daripada pihak PDK.
Sehubungan itu juga, saya dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri saya
dengan ahli yang lain walaupun kami berlainan pendapat. Sepanjang 4 hari program
berlangsung saya mendapati kerjasama yang amat baik di antara kami terjalin. Kami
melakukan kerja tanpa mengira masa dan tenaga. Saya juga memperolehi pengalaman
baru iaitu Home-based iaitu mengadakan lawatan ke rumah pelatih PDK yang
menghadapi masalah yang serius iaitu adik Rahmat yang berusia 3 tahun mengalami
masalah Celebral Palsy . Kami melawat keluarga kerana memerlukan bantuan. Sebagai
tanda prihatin kami menyediakan sebuah hamper yang berisi barang keperluan untuk
mengurangkan beban hidup keluarga tersebut. Saya hampir mengalirkan air mata
ketika mendengar luahan hati ibu kepada pelatih ini mengenai cabarannya
menguruskan anak kurang upaya. Di sini saya dapat melihat betapa besarnya
pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. Kasih sayang ibu yang tidak pernah luntur
boleh dijadikan sebagai teladan hidup yang baik pada masa hadapan.
Selepas
Keseluruhannya, saya berasa bangga dan berpuas hati dengan hasil kerja yang
dilaksanakan dengan jayanya oleh kumpulan kami. Ternyata usaha kami selama ini
tidak sia-sia kerana pihak Pemulihan Dalam Komuniti Nur Syahirah menyatakan
perasaan gembira mereka di atas segala aktiviti yang dianjurkan serta perubahan-
perubahan yang telah dibuat. Saya berasa gembira kerana dapat menabur budi kepada
mereka insan istimewa dan tidak mengharapkan balasan. Sambutan yang
menggalakkan daripada warga PDK telah memberikan saya semangat untuk
melaksanakan program ini. Selain itu, saya berasa terharu kerana diberikan
kesempatan untuk menceriakan warga PDK Nur Syahirah walaupun jangka masa yang
singkat. Melalui aktiviti yang kami kelolakan, saya berharap mereka mendapat sedikit
idea untuk pihak tenaga pengajar melakukan aktivit contohnya aktiviti terapi seni dan
juga aktiviti membeli barang dipasaraya. Pengalaman ini sangat berguna kepada
pelatih-pelatih untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam melalui liku-liku kehidupan
sebagai orang kelainan upaya.
Disamping itu juga. Saya berasa gembira dapat bekerjasama dengan ahli
kumpulan yang ada bermacam-macam karenah. Saya mengerti bahawa sepakat
membawa berkat dan itulah pengalaman baru yang saya dapat melalui program
ini.Setiap guru
Kesimpulannya, program seumpama ini perlu diteruskan untuk pelajar yang akan
datang supaya mereka akan mendapat pengalaman yang sangat berguna ini demi
meningkatkan ilmu pengetahuan demi anak-anak didik kita terutamanya golongan
istimewa ini.
GAMBAR AKTIVITI DI PDK NUR SYAHIRAH SUNGAI RENGGI MERLIMAU, MELAKA
PERJUMPAAN BERSAMA GURU IPG DAN WAKIL PENYELIA PDK
( 4 APRIL 2014 (JUMAAT)
HARI PERTAMA, AKTIVITI SENAMAN PAGI ( 8 APRIL 2013 (SELASA)
AKTIVITI PEMERHATIAN / DOKUMENTASI/ RAKAMAN/ KUMPUL MAKLUMAT
AKTIVITI KECERIAAN
AKTIVITI KECERIAAN
HARI KEDUA, AKTIVITI SENAMAN (9 APRIL 2013 (RABU)
Aktiviti Akademik (Lawatan Ke Supermarket Gaint Muar)
AKTIVITI KECERIAAN BAHAGIAN DAPUR
AKTIVITI KECERIAAN BAHAGIAN HADAPAN PDK
PERBINCANGAN BERSAMA EN ISRAFI BIN SAYATI
HARI KETIGA, MAJLIS PENUTUP10 APRIL 2013 (KHAMIS)
HARI KEEMPAT, AKTIVITI KECERIAAN
11 APRIL 2013 (JUMAAT)
HARI KEEMPAT, AKTIVITI HOME BASED
11 APRIL 2013 (JUMAAT)
HARI KEEMPAT, AKTIVITI KECERIAAN
11 APRIL 2013 (JUMAAT)