Oleh
KHAIRUL ANUAR SAIMUNJabatan Penerangan Malaysia
• Pengacara merupakan orang penting dalam sesebuah majlis. Ini kerana tanpa pengacara, sesuatu majlis tidak boleh berlangsung.
• Pengacara juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).
• Bilangan pengacara seorang atau dua (pengacara bersama).
• Mesti arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak rasmi), objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program majlis (atur cara majlis).
PENGACARA…Siapa…?
• Skrip pengacaraan sesuatu majlis perlu mengikut atur cara kerana ia telah ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad mengenai ataur cara tersebut.
• Mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan. Ketrampilan ini penting memandangkan tumpuan majlis tertumpu kepada pengacara.
• Perlu mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.
PENGACARAAN MAJLIS
Takrifan :
Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi mengikut susunan atur cara yang telah ditetapkan.
TUJUAN : •Mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan kecacatan.
PROSEDUR:
•Meneliti dan memeriksa program•Mengetahui tujuan majlis diadakan•Meneliti senarai kehadiran•Mengetahui akan peruntukan masa akan diadakan
PENGACARA MAJLIS
Sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis, seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.
CIRI-CIRI ASAS SEORANG PENGACARA MAJLIS
Mempunyai personaliti yang menarikSuara yang sedap didengarMempunyai keyakinan diriPandai bermain bahasa dan emosiMempunyai daya intelektual yang tinggi
TEKNIK MENULIS TEKS PENGACARA
PENYEDIAAN TEKS Mengetahui nama majlis tersebut Mengetahui tujuan majlis dan atur cara sesuatu majlis dengan lengkap Mendapatkan senarai nama jemputan terkini terutama tamu kehormat dan penaja acara jika ada Merancang teks yang bersesuaian dengan majlis
TEKS PENGACARA MAJLIS RASMI
•Teks disediakan oleh penganjur •Berukuran setengah kertas A4 kertas taip biasa •Satu muka surat bagi satu pengumuman
KANDUNGAN TEKS
•NAMA MAJLIS
•MUKA SURAT
•BILANGAN PENGUMUMAN
•PANDUAN (CUE)-Lihat apa yang sedang berlaku
•MASA-Apa yang berlaku seperti dijadualkan
•PENGUMUMAN (ANN)-Pengumuman ke atas apa yang sedang berlaku
CONTOHTEKS PENGACARA MAJLIS
SKRIP JURUACARAMAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
18 OGOS 2014 – 7.00 PAGI DATARAN PUTRAJAYA
TEKS PRODUKSI
MAJLIS WALIMATUL URUS FARAHIYAH ESA & ABDUL HALIM TALIB
23 OKTOBER 2010ROYAL BALLROOM
PALACE OF THE GOLDEN HORSES