CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI
PENDIDIKAN ABAD KE 21
SEMINAR TAHFIZ KALI 3 SELANGOR
Oleh:
ABD RAHMAN ABD GHANI
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UPSI
MASJID SULTAN SALAHUDDIN SHAH ALAM 11 OGOS 18
PENDAHULUAN
Pendidikan tahfiz di Malaysia masa kini telah
begitu berkembang dan seiring dengan
pendidikan-pendidikan pengajian Islam lain.
Pendidikan tahfiz tidak lagi dipandang sebagai
pendidikan kelas ke dua, di mana lulusannya
mampu berdiri sama taraf dengan lepasan
pendidikan Islam yang lain.
Lulusan tahfiz bukan hanya layak menjadi
imam2 atau bilal-2 sahaja, namun ia mampu
mengisi apa sahaja jawatan penting dalam
sektor kerajaan dan swasta.
Sambungan …
Guru-guru perlu memainkan peranan bagi
menyediakan generasi tersebut dapat
bersaing secara terbuka di peringkat yang
tinggi dan lebih mencabar.
Tanpa peranan yang dimainkan oleh guru, ia
pasti sedikit sebanyak akan merencatkan
proses pembentukkan generasi tersebut.
Justeru itu merupakan antara cabaran yang
perlu dilalui oleh guru-guru tahfiz abad 21
ini.
SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ DI
MALAYSIA
Pendidikan tahfiz di Malaysia masa kini telah
begitu berkembang.
Pertumbuhan institusi tahfiz dilihat begitu
rancak dan mendapat sambutan yang baik.
Peringkat persijilan yang disediakan bermula
dari Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, DPLI Tahfiz,
Sarjana (M.A) dan sehinggalah ke peringkat
yang paling tertinggi Ijazah Doktor Falsafah
(Ph.D)
Sambungan
Di peringkat sekolah menengah pula, telah
ada TMUA yang bermula daripada tingkatan
satu hingga lima (SPM).
Beberapa buah sekolah dipilih oleh KPM
untuk menjalankan program ini.
Salibus hafazan al-Quran 30 juz beserta
dengan subjek kemahiran al-Quran yang lain
seperti Qiraat, Rasm dan Dhab.
Sambungan
Kini MPM dalam proses pembinaan
kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan
Maharat) yang ditawarkan kepada lepasan
SPM untuk menyambung ke peringkat STPM.
Selain itu terdapat beberapa sekolah juga
telah menjadikan subjek hafazan al-Quran
sebagai teras pengajian. Antaranya sekolah
IMTIYAZ terengganu dan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM)
Sambungan
Di peringkat tinggi pula terdapat banyak IPT
sama ada awam atau swasta menyediakan
pengajian tahfiz ini.
Antaranya seperti UNISZA (menyediakan
pengajian peringkat Ijazah & pasca siswazah)
KUIS (peringkat Diploma dan ijazah) KU
INSANIAH (Peringkat Diploma dan Ijazah).
UNITEN juga telah menawarkan pengajian
Tahfiz ini pada peringkat Diploma.
UIAM dan Cyberjaya University College of
Medical Sciences (CUCMS) bekerjasama
dengan DQ menawarkan peringkat persijilan.
Sambungan
USIM dalam proses menawarkan peringkat
pasca siswazah, MA Qiraat dan Ph.D
UPSI telah menawarkan peringkat DPLI dan
dalam proses menawarkan peringkat Ijazah
pertama serta menggabungkannya dengan
pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-
Quran dan Qiraat dengan Pendidikan) dan
pasca siswazah.
CABARAN GURU TAHFIZ
Secara umumnya terdapat TIGA cabaran besar
yang perlu dihadapi oleh semua guru-guru
tahfiz dalam mendepani pendidikan Abad ke 21
ini iaitu:
Mempertingkatkan kualiti pendidikan.
Memiliki Kemahiran khusus.
Mampu Melaksanakan Pedagogi yang sesuai.
Cabaran Pertama: Mempertingkatkan kualiti Pendidikan
Setiap institusi berbeza-beza dalam prosedur
pengambilan guru-guru. Sebahagiannya lulusan
institusi mereka sahaja, sebahagiannya lepasan
SPM, Sebahagiannya lepasan Diploma atau Ijazah
dan sebahagiannya lepasan M.A atau Ph.D.
Guru-guru perlu mencabar diri mereka dengan
lebih berani kehadapan dan bercita-cita untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan mereka.
Pendidikan tahfiz telah semakin mencabar,
justeru guru-guru perlu melihat ini sebagai suatu
cabaran yang positif yang boleh menambah
keyakinan dan profesionalisme mereka.
Cabaran Kedua:
Perlu Memiliki Kemahiran Khusus (konten)
Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu
dengan sebaik-baiknya, serta menjadi rujukan
kepada masyarakat pada bila-bila masa. Justeru itu
ia mestilah;
Sebaiknya hafiz al-Quran (sekiranya mengajar
Hafazan al-Quran)
Mampu membaca al-Quran dengan suara yg
baik meskipun tidak pandai bertarannum (guru
mesti menjadi idola kepada pelajarnya)
Sambungan…
Mengetahui jenis dan kategori kesalahan
dalam bacaan al-Quran (penting semasa proses
tasmik berlaku).
Mengetahui hukum-hukum asas dalam
bacaan al-Quran.
Mengetahui beberapa aspek teknikal dalam
bacaan melibatkan pernafasan yg merangkumi
Wakaf, Saktah,Wasal, ibtida’ dan Qata’.
Mengetahui kaedah penulisan Rasm Uthmani
dan kaedah Dhabnya.
Cabaran Ketiga : Mampu Melaksanakan PedagogiYang Sesuai
Kaedah pendidikan pada abad ini sudah jauh
berbeza dengan zaman dahulu. Justeru ia perlu
kepada penambahbaikan yang bersesuaian :
Set induksi / permulaan pembelajaran yang sesuai.
Ada set induksi yang dilakukan walaupun secara
yang minimum.
Penggunaan teknologi / BBM yang sesuai.
Penggunaan kaedah multimedia seperti VCD,
digital, laptop, LCD projektor, pen al-Quran, HP
dan sebagainya.
Sambungan…
Pencapaian Objektif.
Guru-guru perlu mempunyai suatu objektif yang
tertentu semasa mengajar sesuatu matapelajaran.
Di akhir sesi pengajaran, mereka perlu
memastikan objektif tersebut berhasil / tercapai.
Penguasaan isi kandungan.
Guru-guru perlu menguasai konten / isi
kandungan matapelajaran yang mereka ajarkan
dengan baik. Justeru ia perlu kepada persediaan
sekiranya perlu.
Sambungan…
Kepelbagaian Penilaian.
Sama ada penilaian semasa proses PdP berjalan
(ada soaljawab, pembentangan dan sebagainya).
Atau penilaian yang berbentuk kuiz, forum, ujian
syafawi atau tahriri dan peperiksaan akhir (aras
soalan).
Penutup yang sesuai.
Ada kesimpulan setelah selesai proses PdP
KESIMPULAN
Sebagai seorang guru sememangnya terdapat
banyak cabaran yang terpaksa kita hadapi.
Pendekatan yang diamalkan oleh guru-guru
sebelum ini sememangnya perlu dikekalkan.
Namun guru-guru kini berhadapan dengan
generasi yang sudah jauh berbeza dengan
suasana dahulu. Justeru berbagai-bagai cabaran
yang perlu mereka hadapi dalam melayari arus
pendidikan generasi abad ke 21 ini.
Sambungan …
Guru-guru tahfiz perlu peka dengan
perkembangan semasa pendidikan tahfiz ini
kerana kita sebenarnya sedang menyediakan
pelajar-pelajar yang akan menuju ke destinasi
tersebut.
Guru-guru bukan hanya menyediakan dan
mengajarkan korikulum kepada mereka, tetapi
yang lebih dari itu ialah melengkapkan mereka
agar dapat meneruskan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi.
PENUTUP
Semoga apa yang dibincangkan boleh menambahkan
motivasi seorang guru al-Quran dalam menghadapi
cabaran masa kini.
MOHON MAAF DI ATAS SEGALA
KEKURANGAN DALAM PEMBENTANGAN INI
Salam hormat daripada saya : [email protected]
السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاتهTERIMA KASIH
Top Related