7/30/2019 BYMTB
1/99
Hanni Ramsul
1
RAPUH? Hancur? Ya! Nyaris
luruh hatiku. Kata-kata yang
baru sahaja meniti lembut di
bibir Encik Firdaus benar-benar membunuh sekeping hatiku
yang selama ini begitu indah dengan jalur-jalur pelangi
bahagia. Deruan ombak yang menghempas pantai bagai suara
esakan yang tidak mampu aku luahkan saat ini. Kaku. Pegun.
Tidak percaya! Tidak mungkin.
Maakan abang, Tiya.
Sekali lagi Encik Firdaus bersuara. Menambahkanrasa sedih yang semakin berhimpun di sudut hati. Bukan kata
maa yang ingin aku dengar.
Abang? Abang bergurau, kan? Abang saja nak usik
Tiya, kan? Aku cuba bersuara.
Walau payah, aku tetap lontarkan soalan itu
bersama sedikit getar. Jemari Encik Firdaus segera aku capai.Aku pasti dingin jemariku dapat meresap ke kulit Encik
Firdaus yang hangat. Erat aku genggam tangan Encik Firdaus
yang kaku. Encik Firdaus langsung tidak membalas
Bab1
7/30/2019 BYMTB
2/99
Biarkan YM Terus Berbicara
2
genggamanku seperti selalu. Menanggapi Encik Firdaus yang
dingin, aku teresak perlahan-lahan. Benar-benar sedih
dengan tingkah Encik Firdaus.
Kenapa jadi macam ni, bang? Kenapa abang
macam ni? Sekali lagi aku bertanya.
Kali ini sepasang mataku benar-benar mahukan
penjelasan daripada Encik Firdaus. Aku perlu tahu kenapa?!
Namun, Encik Firdaus memilih untuk diam. Diam yang
membuat hatiku semakin tidak keruan. Kami tidak pernahada masalah. Kami bahagia. Teramat bahagia! Kenapa tiba-
tiba sahaja semuanya menjadi segawat ini? Kenapa tiba-tiba
Encik Firdaus tega melukakan hatiku sebegini?
Melihat Encik Firdaus yang membisu seribu bahasa,
aku segera berpaling. Aku perlukan penjelasan. Aku berhak
untuk satu penjelasan. Kalau tidak daripada mulut EncikFirdaus, mungkin aku perlukan orang lain untuk terangkan
segala-galanya kepadaku.
Mia? Semakin bergetar suaraku saat nama itu aku
sebut. Mia yang berdiri tidak jauh dari kami, kulihat
tertunduk. Langkah aku ayun mendekati gadis itu.
Awak berpakat dengan Abang Firdaus, kan? Awak
berpakat nak kenakan saya saja, kan? Aku menebak lagi.
Diya,Iamsorry.
Aku tegak menahan naas. Mia juga memohon
maa. Jadi, ini bukan lagi satu gurauan kejam. Ini satu
kenyataan kejam.
Kenapa semua orang nak minta maa? Tiya nakkan
penjelasan. Bukan kata-kata maa. Apa sebenarnya yang
berlaku ni, bang? Mia?
Semuanya tak dirancang, Diya.
7/30/2019 BYMTB
3/99
Hanni Ramsul
3
Aku kembali berpaling menatap wajah Mia. Apa?
Apa yang tak dirancang?
I tak rancang untuk jatuh cinta pada Firdaus.
Aku ternganga. Mustahil!
Weareinlove, Tiya.
Aku hampir pitam.
Bohong! Tipu! Abang cakap abang cintakan Tiya.
Cuma cintakan Tiya. Abang cakap abang tak akan jatuh cintapada Mia. And Mia, awak cakap awak tak akan jatuh cinta
pada suami saya. Awak cakap awak cintakan Abang Kamal.
Apa semua ni?
Kami tak minta semua ni, Diya. Semuanya berlaku
tiba-tiba.
Runtuh rasanya istana bahagia yang tersergamindah di hati. Longlai rasanya langkah yang kuatur. Aku
berdiri betul-betul di hadapan Encik Firdaus. Merenung jauh
ke dalam sepasang matanya yang kelihatan ada secebis rasa
bersalah. Cukup dalam aku meneroka renungan itu. Sedikit
pun tidak aku duga prasangka aku selama ini akhirnya
menjadi kenyataan. Sampai hati abang....
Tiya, abang tahu Tiya kecewa. Tapi, tak mungkinkami boleh sembunyikan semua ni daripada Tiya. Abang tak
nak Tiya dapat tahu semua ni daripada mulut orang.
Sekarang Tiya dah tahu,so? Dengan nada kecewa
berbaur marah, aku lontarkan soalan itu. Segunung janji
yang pernah diberikan oleh Encik Firdaus terasa seperti
ranap sama sekali.
Tiya, abang harap Tiya mengerti keadaan kami.
Abang harap Tiya dapat terima Mia dalam hidup kita?
Aku tergelak kecil. Mudah sungguh. Selesai sudah
7/30/2019 BYMTB
4/99
Biarkan YM Terus Berbicara
4
masalah ini bagi Encik Firdaus. Kemudian mataku mencari
riak wajah Mia. Entah kenapa saat ini, wajah jelita itu cukup
membuat hati aku sakit. Awak betul-betul mahukan Abang
Firdaus ke Mia?
Diya....
Kata-kata Mia mati tanpa penamat. Walau ada kesal
di wajah itu, namun rasa benci di hatiku sedikit pun tidak
berkurang.
Kau orang dah ada kata sepakat, kan? Dah nekad
nak bersama, kan? Okey. Tiya tak akan susahkan abang dan
kawan baik abang ni. Tiya yang akan pergi. Kalau abang
berharap Tiya setuju untuk berkongsi kasih dengan Mia,
abang silap. Tiya sanggup hidup sendiri daripada hidup
berkongsi suami.
Tiya, jangan macam ni. Kita boleh bincang, kan?Tidak! Tak ada apa nak dibincangkan kalau ini soal
hati abang yang dah berubah. Tiya tak nak bermadu!
Tiya, abang tak akan lepaskan Tiya.
Tak nak! Tiya tak nak bermadu. Tak nak!
Tiya, dengar dulu.
Jemari Encik Firdaus yang cuba mencapai tanganku,
aku tepis kuat. Laju aku melangkah meninggalkan Encik
Firdaus dan Mia. Sakit hati aku andai terus berada di situ.
Tiya, tunggu!
Aku terus berlalu. Air mataku mula menitis.
Tiya, Tiya!
Panggilan itu aku biarkan berlalu bersama bayu
pantai. Air mata perlahan-lahan membasahi pipi.
Tiya, Tiya....
7/30/2019 BYMTB
5/99
Hanni Ramsul
5
Aku terus berlalu. Aku terus menangis. Membiarkan
bahuku bergerak mengikut irama tangisan.
Tiya... kenapa ni?
Gerakan di bahuku terasa sedikit kuat dan soalan
itu membuat hatiku semakin parah.
Tiya... Tiya... kenapa ni? Mimpi ke?
Sayup-sayup suara Encik Firdaus sampai ke
telingaku ketika aku masih sedih melayan tangis. Terasa adatangan yang kejap memegang bahuku.
Bangunlah sayang. Mimpi ke?
Perlahan aku membuka mata. Ada wajah Encik
Firdaus di situ. Tetapi, di mana Mia? Yang ada cuma aku dan
Encik Firdaus.
Mana Mia? Melilau aku melihat sekeliling. Tiadalagi deruan pantai. Tiada lagi bicara menghiris hati daripada
Encik Firdaus. Juga tiada lagi wajah Mia yang menyakitkan
hatiku seketika tadi.
Tiya?
Aku memandang wajah Encik Firdaus yang
kehairanan. Untuk beberapa saat seterusnya baru kusedar aku
berada di bilik tidur. Di sisi Encik Firdaus. Dan, ternyata
semua yang kualami seketika tadi cuma mimpi.
Abang.... Tanpa menyambung bicara, tubuh Encik
Firdaus kupeluk erat. Sungguh, mimpi itu seperti benar-
benar berlaku dan aku tidak mahu semua itu menjadi realiti.
Pelukanku dibalas perlahan. Perlahan juga Encik Firdaus
mengusap rambutku sambil aku menyeka air mata.Kenapa ni? Tiya mimpi apa sampai menangis
macam ni sekali? Mimpi ngeri ke?
Aku diam. Cuma terus erat memeluk tubuhnya.
7/30/2019 BYMTB
6/99
Biarkan YM Terus Berbicara
6
Sungguh-sungguh aku tidak mahu kehilangan Encik
Firdaus.
Mimpi hantu ke? soal Encik Firdaus lembut
sambil meleraikan pelukan. Memandang wajahku dengan
renungan redupnya. Perlahan jemarinya turut mengesat
pipiku yang basah. Tersenyum memandangku. Aku diam.
Kalau mimpi hantu, aku pasti hantu yang akan menangis,
bukannya aku.
Tiya?
Tiya mimpi abang nak kahwin dengan Mia. Aku
bersuara perlahan. Mata kupakukan kemas ke wajah Encik
Firdaus. Wajah itu kelihatan sedikit terkejut pada mulanya,
sebelum bibirnya mula mengukir senyum. Daripada senyum
itu, dilanjutkan kepada gelak kecil.
Aku menahan naas. Gelak itu menyakitkan hatiku.Tiya seriuslah, bang.
Sebab tu abang gelak, ujarnya sambil terus
tergelak. Spontan menjemput muncung panjang di bibirku.
Pandangan aku alihkan ke arah lain.
Patut abang dengar marah-marah abang. Marah
abang nak kahwin lagilah tu ya?
Aku diam. Wajahku berona merah. Igauanku
menjamah gegendang telinga Encik Firdaus? Malu sungguh.
Okey... sorry sayang. Tapi, takkan sampai bawa ke
dalam mimpi? Sarat sangat kepala kir pasal Mia ke?
Aku terus membisu. Mata terarah pada jam di
dinding. Pukul dua tiga puluh pagi. Pantas aku kembali
berbaring sambil menarik selimut.
Soalan abang belum jawab?
Mengantuk. Nak tidur.
7/30/2019 BYMTB
7/99
Hanni Ramsul
7
Encik Firdaus tergelak lagi. Turut sama
menjatuhkan badannya di sisiku.
Tak nak cerita kat abang, macam mana mimpi
Tiya?
Tak nak. Aku menjawab pendek sambil mataku
telus merenung siling.
Kenapa?
Takut nanti jadi kenyataan.Encik Firdaus tergelak kecil sambil menggeleng.
Aku menoleh ke arahnya. Bukan main suka lagi
abang, ya? Berharap nanti mimpi Tiya jadi kenyataan ya?
Sinis aku bertanya. Geram sebenarnya melihat
tingkah Encik Firdaus yang tidak serius. Dia ketawakan aku
gara-gara aku mimpikan Mia. Lebih tepat lagi gara-gara akubermimpi dia mahu berkahwin dengan Mia. Sungguh tidak
patut.
Tiya tengok muka abang, macam mana? Macam
nak kahwin dengan Mia ke?
Aku membuang pandang. Menarik selimut menutup
muka sambil berpaling membelakanginya. Telingaku
menangkap keluhan kecil daripada bibir Encik Firdaus.
Mimpi tu mainan tidur aje. Jangan dikirkan
sangatlah. Encik Firdaus bersuara lembut. Barangkali mahu
sedapkan hatiku.
Kalau jadi kenyataan macam mana? soalku dari
dalam selimut. Kerisauan di hati tidak membenarkan aku
untuk terus diam.Hmmm... kalau mimpi tu boleh jadi kenyataan.
Kata-kata Encik Firdaus yang terhenti perlahan-
7/30/2019 BYMTB
8/99
Biarkan YM Terus Berbicara
8
lahan, membuat aku semakin gelisah. Segera selimut kutarik
ke bawah. Mata melotot merenung wajah Encik Firdaus.
Kalau boleh jadi kenyataan? soalku sedikit marah.
Merenung tajam wajah yang jelas kelihatan tidak serius itu.
Encik Firdaus terus tersenyum sambil matanya
sekilas menjeling ke arah jam di dinding. Hmmm... kalau
mimpi Tiya ni boleh jadi kenyataan, sekarang baru pukul dua
tiga puluh, kan? Lepas ni, Tiya tidur, Tiya mimpikan pula kita
dapat baby. Abang doakan sekali mimpi tu jadi kenyataan.
Selamba Encik Firdaus memberi cadangan
membuat aku tersenyum tanpa sedar. Rupa-rupanya suamiku
mahu mengusik. Aku mengeluh panjang. Ya, betul kata Encik
Firdaus. Itu cuma mimpi dan mimpi cuma mainan tidur.
Perlahan aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil
memandang wajah Encik Firdaus. Tersenyum maniskepadanya.
Betul kata abang. Mimpi cuma mainan tidur. Tak
perlu risau apa-apa, kan?
Encik Firdaus mengangguk sambil mengangkat ibu
jari. Gelagat yang kini menjemput tawa kecilku.
Tiya buat abang terjaga ke tadi?Sorry
ya bang.
Aku bersuara apabila memikirkan mungkin tidur Encik
Firdaus terganggu dek igauan ngeriku tadi.
Taklah. Abang belum tidur. Baru lepas siapkan
kerja sikit tadi.
Lewatnya. Tidurlah. Tiya nak tidur ni.
Okey sayang.Sweetdream ya, ucap Encik Firdaus
bersama senyum mengusik.
Perli aku barangkali. Sambil itu seperti biasa satu
kucupan hinggap ke dahiku sambil mengelus rambutku
7/30/2019 BYMTB
9/99
Hanni Ramsul
9
seketika sebelum dia turut sama menarik selimut ke paras
pinggang. Aku mengerling sambil tersenyum.
Goodnight. Tingkahku bersama satu ciuman di
pipinya. Mengharapkan lenaku selepas ini tidak lagi diganggu
oleh mimpi yang bukan-bukan.
7/30/2019 BYMTB
10/99
Biarkan YM Terus Berbicara
10
Ugly Betty: Kau macam mana sekarang?
Sherry_sweet: Okey. Tapi, aku tak berapa sihat
la.
Ugly Betty: Kenapa? Demam ke?
Sherry_sweet: Qalisha nak dapat adik kut....
HAH?! Aku ternganga. Biar betul.
Shariah mengandung lagi? Aku
mula termenung di hadapan
komputer riba milik Encik Firdaus. Mencongak-congak
sendiri umur Qalisha.
Ugly Betty: Kau biar betul. Qalisha baru nak
masuk lima bulan weh!
Sherry_sweet: Ha ha ha. Aku acah je la. Tapi,
mmg aku kurang sihat sikit lately. Minta2bukan sebab Qalisha nak dapat adiklah.
Entah2 kau pregnant tak? Kita, kan bestren.
Kut2 kau pregnant, aku yang kena alahan?
Bab2
7/30/2019 BYMTB
11/99
Hanni Ramsul
11
Ugly Betty: Banyaklah kau punya alahan.
Cakap buat orang suspens aje. Pergilah check.
Kut2 betul kau nak tambah ahli keluarga,
tambah lagi anak sedara aku.
Sherry_sweet: Tak ada maknanya. Ok la. Got
to go la. Qalisha dah buat perangai.
Ugly Betty: Hmmm yalah. Sejak dah
berkahwin ni, bukan main susah lagi nak
sembang dengan kau.
Sherry_sweet: Apa nak buat. Status dah
berubah, kan? Ha ha ha. K sayang. Salam.
Ugly Betty: Salam.
Aku mengukir senyum. Memang agak sukar untuk
membuat hubungan aku dengan Shariah seakrab dulu. Dan
aku aham, lantaran komitmen masing-masing, hubungan
persahabatan ini agak terbatas. Tetapi, dia tetap Shariah yang
dahulu. Yang ceria dan selalu membuat aku gembira.
Membaca semula tulisannya, membuat aku tergelak kecil
kemudian menggeleng perlahan. Shariah tidak pernah
berubah.
Sayang?
Aku berpaling kemudian tersenyum lagi. Renungan
Encik Firdaus menyedarkan bahawa aku tidak seharusnya
terus berada di sini.
Lupa. Laju aku bersuara sambil membetulkan
duduk di kerusi empuk milik Encik Firdaus.
Lupa? Soalan Encik Firdaus bernada geram
walaupun senyum terhias di bibirnya. Laju dia melangkah
mendekatiku.
7/30/2019 BYMTB
12/99
Biarkan YM Terus Berbicara
12
Aku pula laju berdiri cuba menjauhkan diri. Sudah
tahu apa yang ada di kepala Encik Firdaus.
Tadi cakap sepuluh minit.
Aku tersengih.
Terleka sembang dengan Sherry ni. Bukan salah
Tiya. Aku bersuara bersama gelak kecil sebaik sahaja
sepasang tangan Encik Firdaus erat di pinggangku.
Sembang apa? Encik Firdaus bersuara sambilmatanya menghala ke skrin komputer riba.
Aku menggeleng perlahan. Sembang kosong dan
aku rasa tiada pun perkara penting yang aku boleh kongsikan
bersama Encik Firdaus. Dengan sedikit sukar, aku melangkah
semula mendekati meja. Komputer riba aku matikan.
Kemudian aku pusingkan badan menghadap wajah Encik
Firdaus.
Jom, ujarku pendek sambil mengusap pipi
suamiku itu.
Macam malas pula nak turun. Encik Firdaus
bersuara perlahan. Redup renungannya memanah sepasang
mataku. Aku tersenyum kecil.
Mana boleh macam tu. Nanti kena marah.
Abang tak kisah kena marah kalau Tiya ada dengan
abang.
Aku mengangkat kening.
Jomlah. Tiya dah tak sabar nak makan ni. Aku
bersuara lagi. Pelukan Encik Firdaus terlerai dan jemarinya
segera aku capai. Menarik dia melangkah keluar dari bilik.Qalisha sihat? Encik Firdaus bersuara sambil
memandang wajahku.
7/30/2019 BYMTB
13/99
Hanni Ramsul
13
Aku mengukir senyum mendengar soalan itu. Tiap
kali aku menghubungi Shariah, pasti soalan itulah yang
bakal keluar daripada bibir Encik Firdaus.
Sihat. Sherry cakap mungkin Qalisha nak dapat
adik dah kut. Aku memberi jawapan bersama tawa kecil.
Wah! Mana boleh macam tu.
Langkahku mati di anak tangga. Segera menatap
wajah Encik Firdaus.
Kenapa pula? Laju aku bertanya.
Yalah. Sepatutnya kita yang kena dapat baby dulu
sebelum Sherry dapat baby kedua, usul Encik Firdaus
sambil tersenyum lebar.
Aku merengus perlahan. Ingatkan ada perkara
serius yang ingin Encik Firdaus katakan. Abang ni, buat
suspens aje.
Encik Firdaus tergelak cuma.
Dah confrm ke? Dia sambung bertanya.
Aku menggeleng. Taklah. Dia cuma cakap dia tak
berapa sihat. Dulu masa dia mula-mula mengandungkan
Qalisha, kan macam tu juga? Asyik demam aje. Mungkin itu
yang buat dia terkir kalau-kalau diapregnant lagi.
Tiya pula, bila nak demam-demam?
Aku mengerling tanpa menjawab.
Encik Firdaus tersenyum cuma.
Kak long demam?
Suara yang bertanya itu membantutkan hasratkuuntuk menjawab soalan nakal Encik Firdaus. Iecha sudah
tegak berdiri di hadapanku. Memandang aku dengan wajah
sedikit serius.
7/30/2019 BYMTB
14/99
Biarkan YM Terus Berbicara
14
Taklah. Along Iecha ni, nak sangat kak long
demam. Tak baik tau.
Wajah Iecha sedikit mengendur.
Ingatkan demam betul-betul. Gadis manis itu
mengomel perlahan.
Aku mengekori langkahnya menuju ke halaman.
Bau ikan dan ayam bakar sudah menyucuk hidung. Agenda
wajib bila tiba hari cuti. Acara makan-makan bersama
keluarga. Lebih-lebih lagi kebetulan Iecha juga sedang pulang
bercuti kini. Siapa sangka kini aku berada di sini bukan lagi
sebagai tetamu yang dijemput oleh Encik Firdaus dengan
menggunakan taktik yang cukup halus. Aku kini menjadi
sebahagian daripada ahli keluarga ini. Pandanganku terhala
ke arah ibu dan bapa mertuaku yang sedang santai di dalam
sebuah gazebo. Menikmati minuman sambil bersembangmesra.
Abang nak makan apa-apa? Pandangan aku
alihkan ke wajah Encik Firdaus.
Encik Firdaus menggeleng perlahan. Kejap lagi.
Abang nak sembang dengan abah kejap.
Aku mengangguk. Membiarkan Encik Firdaus
melangkah meninggalkanku. Langkah aku ayun mendekati
Farid yang sedang leka melayan asap berkepul-kepul. Segera
membawa ingatanku pada peristiwa lama. Saat aku dan Farid
sama-sama berjaya merentungkan ketulan ayam yang dibakar
di atas bara. Peristiwa yang membawa senyum kecil di bibir.
Bila nak masak kalau bakar pakai asap? usikku
sambil mencapai penyepit besi. Membalikkan ketulan ayam diatas tempat pembakar.
Farid mengangkat muka. Mengibas-ngibas asap
yang semakin menyesak ke wajahnya.
7/30/2019 BYMTB
15/99
Hanni Ramsul
15
Amboi... kalau pandai, nah buat ni, balas lelaki itu
sambil menghulurkan kipas kepadaku.
Aku tersengih sambil menggeleng. Masih belum
mahir lagi untuk aku uruskan masalah asap dan bara itu.
Tini. Awak buatlah. Pedih mata saya. Akhirnya
Farid mengalah. Kipas dihulurkan kepada Tini.
Sambil Tini uruskan bara-bara yang hampir padam,
aku terus membalik-balikkan ayam dan ikan di atas
pembakar.
Farid mengambil tempat di sisiku. Tersenyum aku
melihat dia menggosok-gosok matanya yang barangkali
pedih.
So, tak boring ke duduk kat rumah aje? Tak nak
kerja balik? Farid bersuara tiba-tiba. Mengalihkan pandangan
ke arahku.
Aku terdiam seketika kemudian menjongket bahu
perlahan. Permintaan Encik Firdaus setelah kami berkahwin,
dia cukup senang andai aku menjadi surinya. Dia tidak
mengharapkan aku sibukkan diri dengan kerjaya dan
sudahnya dia akan berasa terabai. Memang agak sukar untuk
aku lalui keadaan yang cukup baru ini. Sebelum ini, aku
senang sibukkan diriku dengan urusan kerja dan kini tiba-
tiba aku terpaksa berada di rumah sepanjang hari. Bosan?
Sudah semestinya. Namun, untuk senangkan hati Encik
Firdaus, aku tidak kisah.
Apa maknanya tu? soal Farid sambil turut
menjongket bahunya.
Aku tergelak kecil. Mulai mesra dengan adik iparku
ini. Lebih-lebih lagi kini, Farid sudah tinggal bersama-sama
keluarganya. Sudah memulakan semula tugas di syarikat
milik keluarga mereka.
7/30/2019 BYMTB
16/99
Biarkan YM Terus Berbicara
16
Rindu juga. Tapi, kena buat pilihan terbaiklah,
kan. Aku bersuara separuh mengeluh.
Farid tersenyum kepadaku.
Apa nak buat... along awak lebih suka saya duduk
rumah aje, sambungku sambil tersenyum kecil.
Mengumpat apa pula ni?
Aku mengangkat muka. Baru sahaja sebut nama,
Encik Firdaus sudah terpacul di hadapan mata. Senyum akuukir selebar mungkin.
Mana ada mengumpat, along? Mengata aje. Tu pun
tak banyak. Selamba Farid bersuara membuat aku tergelak
halus.
Encik Firdaus menarik kerusi. Melabuhkan
punggung hampir denganku.
Farid pula terus mencapai pinggan berisi ikan dan
ayam yang sudah siap dibakar kemudian perlahan
mengangkat punggung.
Tak nak ganggulah, ujarnya sambil terus berlalu
yang mengundang senyum di bibir Encik Firdaus dan juga
Tini yang asyik menjaga bara.
Cakap apa dengan Farid?
Aku menggeleng. Encik Firdaus mencapai penyepit
di tanganku lalu menyambung kerja membalikkan ketul-
ketul ayam.
Tak ada apa-apalah. Dia tanya Tiya tak boring ke
duduk rumah aje? Tak kerja.
Tiya boring ke?
Sikit-sikitlah... jawabku ikhlas sambil tersenyum
panjang.
7/30/2019 BYMTB
17/99
Hanni Ramsul
17
Encik Firdaus mengeluh perlahan. Penyepit
dihulurkan kepada Tini. Fokusnya kini terus pada wajahku.
Dah tu, Tiya nak kerja ke? Abang tak halang, tapi abang lagi
suka kalau Tiya tak kerja. Jaga abang.
Aku menggeleng sambil tersenyum. Tiya ikut
cakap abang. Tiya nak abang gembira.
Abang pun nak Tiya gembira.
Tiya gembira macam ni. Lama-lama mesti okey.
Abang tak payah risau. Aku bersuara. Tidak seronok melihat
wajah Encik Firdaus seperti serba salah.
Aku tahu dia berasa bersalah andai permintaannya
itu membuat aku tidak selesa. Betapa lelaki ini terlalu
memikirkan tentang perasaanku.
Senyum sikit, usikku sambil menyentuh dagunya.
Tak boleh nak senyum. Banyak asap. Selamba
jawapan itu meniti di bibirnya membuat aku tergelak.
Siapa suruh datang kat sini? ujarku sambil terus
tergelak. Tini kulihat turut tersenyum kecil.
So, ikut abang ke Kuantan nanti, ya?
Aku menggeleng perlahan. Tak naklah. Abang ke
sana, kan sebab kerja. Nanti Tiya ganggu urusan abang aje.
Lagipun abang pergi tak lama, kan?
Betul ni? Tak takut nanti mimpi yang bukan-bukan
lagi? usik Encik Firdaus membuat aku malu sendiri. Pasti
dia mengungkit tentang mimpiku malam tadi.
Abang tak baik tau. Janganlah cakap macam tu.
Lepas ni, kalau mimpi apa-apa pun, Tiya tak akan cerita lagi.Tak apa. Kalau tak cerita pun, abang tahu.
Aku mencemik.
7/30/2019 BYMTB
18/99
Biarkan YM Terus Berbicara
18
Macam mana abang tahu? cabarku sambil
mengangkat kening.
Encik Firdaus bergerak lebih rapat padaku. Bibirnya
dibawa hampir ke telingaku.
Sebab Tiya bercakap masa mengigau, bisiknya
membuat mataku membulat. Segera bahunya aku pukul.
Abang tipu!
Encik Firdaus tergelak besar.Aku menyentuh pipi. Tiba-tiba wajah terasa
membahang. Betul ke aku bercakap semasa tidur?
Abang gurau ajelah.
Aku menjeling marah. Encik Firdaus tertawa lagi.
Seketika cuma sebelum kami sama-sama diam memandang
potongan ayam yang sedang Tini bakar.So,orthelasttime... betul Tiya tak nak ikut?
Aku mengangguk. Encik Firdaus membuat muka
hampa, menjemput senyum di bibirku.
Illmissyou, ucapnya perlahan.
Aku tersenyum bahagia sambil terus memandang
sepasang matanya. Bukan dia sahaja, aku yakin, aku jugaakan turut merinduinya.
Me too. Balasku juga dengan nada yang cukup
rendah. Tidak mahu sampai ke telinga Tini.
Then, ikutlah sekali.
Aku tersenyum sambil menggeleng. Dia pergi cuma
untuk tiga hari dan aku tidak mahu mengganggu urusankerjanya.
7/30/2019 BYMTB
19/99
Hanni Ramsul
19
S
UNYI. Juga ada rindu yang berat
mendera hati. Bingkai gambar
di atas meja solek, aku capai.Merenung senyuman milik lelaki yang aku cintai sepenuh
hati. Perlahan wajah yang sedang erat memelukku itu, aku
usap perlahan. Tersenyum sama, seolah-olah saat ini, senyum
kaku itu tertuju khusus untuk aku. Bingkai gambar itu,
aku letakkan semula ke meja. Bergerak malas menuju ke
jendela. Pandangan ditebarkan seketika ke luar. Kalaulah
saat ini, aku bersama dengannya. Perlahan aku mengeluhsambil bergerak ke katil. Kembali mendapatkan komputer
riba yang terbiar sejak dari tadi. Menunggu mesej daripada
yang tersayang. Medium yang menyatukan kami, akan kami
teruskan. Kebahagiaan yang pernah kami rasakan dulu, akan
terus kami rasai sampai bila-bila. Itulah yang pernah Encik
Firdaus bisikkan di telingaku.
Aku tersenyum panjang. Ternyata ada sesuatu
untukku. Aku terus memakukan pandangan pada skrin
komputer riba. Mesej rindu daripada yang tersayang. Rindu?
Bab3
7/30/2019 BYMTB
20/99
Biarkan YM Terus Berbicara
20
Tidak perlu untuk aku nakan lagi. Rasanya tiga hari yang
berlalu sudah seperti tiga minggu. Setiap saat terasa cukup
lambat berlalu. Kalau boleh aku mahu lelaki ini muncul di
hadapanku saat ini juga. Soalan Encik Firdaus tetap sahaja
membuat jiwaku berbunga indah seperti dulu juga.
Charmimg : Rindu abang tak?
Ugly Betty : Tak rindu pun....
Sambil tersenyum aku sengaja mempermainkan
perasaan Encik Firdaus. Mahu melihat reaksi Encik Firdaus.
Diam. Dan terus diam. Tiada lagi jawapan daripada Encik
Firdaus. Agak lama aku menunggu. Tetingkap Yahoo!
Messenger di dada komputer ribaku terus menyepi. Membuat
aku gundah sendiri. Aku mengharapkan jawapan dan usikanmanja seperti selalu. Bukan sepi begini.
Diam pulak. Merajuk ke? Atau ada kerja? Aku
bersuara sendiri. Daripada meniarap, kini aku duduk bersila
di atas katil. Menanti dengan sabar jawapan daripada Prince
Charmingku. Namun, tetap hampa. Aku mengeluh perlahan.
Mungkin Encik Firdaus sedang sibuk, sebab dia menyapaku
pun hanya melalui aplikasi Yahoo! Messenger di teleon
bimbit.
Jawablah... Tiya main-main je. Aku mengomel
lagi. Merenung skrin komputer bagaikan menanti Encik
Firdaus muncul dari situ menemuiku.
Bencilah macam ni. Baru nak chat, terus hilang.
Menyampah... kalau ada kerja janganlah tegur. Ada rasa
geram mula singgah di hati. Geram dibiarkan tertunggu-
tunggu begini.
7/30/2019 BYMTB
21/99
Hanni Ramsul
21
Cakap tak rindu.
Segera aku berpaling. Suara itu! Aku terlalu kenalsuara itu. Juga terlalu rindu pada suara itu. Senyum lebar
Encik Firdaus di pintu bilik membuat aku segera turun dari
katil. Berkejar mendapatkan suamiku yang muncul secara
tiba-tiba. Betul-betul satu kejutan. Pantas jemarinya aku
kucup dan pantas juga tubuh itu aku peluk dengan erat.
Mahu melepaskan semua kerinduan yang terhimpun cuma
untuknya. Senang hatiku mendengar Encik Firdaus tergelakhalus. Membalas pelukanku dengan cukup mesra.
Cakap tak rindu kat abang.
Aku tersengih. Wajah ceria Encik Firdaus aku
pandang lama. Mana mungkin tidak ada rindu untuk wajah
kesayanganku ini. Wajah itu aku usap perlahan. Menentang
renungan lembutnya yang sering membahagiakan aku.Acah aje, ujarku sambil meleraikan pelukan.
Mencapai beg pakaian di kaki Encik Firdaus.
Encik Firdaus cuma tersenyum sambil perlahan
mengelus rambutku. Abang rindukan Tiya.
Aku sekadar tersenyum. Tidak perlu aku balas
ungkapan itu, kerana renunganku sudah cukup untuk
menyatakan segunung rindu yang turut aku tanggung.
Kenapa balik tak beritahu? Abang cakap esok baru balik.
Encik Firdaus diam. Cuma melangkah masuk ke
bilik. Aku mengekori dari belakang bersama beg pakaian
miliknya.
Urusan dah selesai, buat apa abang nak berlama
kat sana? Baik abang balik jumpa isteri abang. Tak best asyiksembang dengan computer, denganhandphone aje.
Aku mengangkat kening.
7/30/2019 BYMTB
22/99
Biarkan YM Terus Berbicara
22
Encik Firdaus mengukir senyum sambil kenyitkan
mata. Perlahan melabuhkan punggung ke soa di tepi jendela.
Dulu suka aje? dugaku sambil berpeluk tubuh.
Dulu lain, sekarang lain.
Aku mencemik.
Abang nak minum? Tiya buatkan? Aku bertanya
apabila melihat Encik Firdaus kelihatan begitu penat.
Encik Firdaus menggeleng perlahan.Penat? Nak Tiya urut?
Terima kasih sayang. Tapi, abang nak mandi. Nak
solat asar dulu. Lepas tu, kita minum petang sama-sama,
balas Encik Firdaus sambil mengangkat punggung. Sempat
memberi satu kucupan di dahiku sebelum bergerak ke almari
mencari tuala.Kalau macam tu, Tiya turun siapkan minum
petang ya.
Okey, sayang.
Aku tersenyum. Memandang Encik Firdaus masuk
ke bilik air, kemudian mula mengatur langkah keluar dari
bilik. Terus menuju ke ruang dapur. Tini... buat apa tu?
Pantas Tini berpaling. Puan... tengah goreng
karipap. Puan nak apa ya?
Aku menggeleng perlahan. Bergerak menghampiri
Tini sambil menjenguk karipap di dalam kuali. Dah buat
air?
Belum puan. Nanti habis goreng karipap ni, saya
siapkan.
Tak apa. Biar saya buat.
Tak apa, puan. Saya boleh buatkan.
7/30/2019 BYMTB
23/99
Hanni Ramsul
23
Aku tersenyum. Jangan risau. Masak saya kurang
mahir, tapi saya pandai buat air. Aku berseloroh sambil
disambut tawa kecil Tini.
Terima kasih, puan.
Tanpa menjawab, aku berlalu mencapai balang
berisi Milo dan juga susu. Sibuk menyediakan Milo panas
untuk suami tersayang.
Kak long!
Sergahan itu membuat aku terjerit kecil. Segera
aku berpaling sambil mengurut dada.
Iecha tersengih.
Terkejut kak long. Nasib baik tak terlepas teko ni
tau, rungutku sambil meletakkan teko berisi Milo panas ke
dalam dulang.
Iecha tergelak halus. Sorrylah. Kak long buat air
apa?
Milo, nak?
Nantilah. Along dah balik, kan kak long?
Aku tersenyum. Tidak jadi menyusun cawan dan
piring. Kini, pandanganku jatuh tepat ke wajah Iecha. Melihat
senyum lebar Iecha, cukup untuk memberitahu ada sesuatu
sedang berlegar di kiran adik iparku itu. Perlahan aku
bersandar pada kabinet sambil berpeluk tubuh.
Iecha tersengih. Tini yang muncul bersama sepiring
karipap panas mengalihkan sedikit tumpuanku pada Iecha.
Along suka karipap ni. Biar Iecha tolong bawakan
ya. Along nak minum kat mana ni, kak long? Kat sini ke katlaman? Iecha bersuara lagi sambil mencapai dulang berisi
hidangan minum petang.
7/30/2019 BYMTB
24/99
Biarkan YM Terus Berbicara
24
Tak payah, tak payah... macam ada niat tak baik aje
kat mata tu. Cepat bagitau apa niatnya tu?
Iecha mencemik sambil menarik tangannya apabila
tangan mulus itu kujentik perlahan.
Cepat bagitau, desakku sambil mengangkat
kedua-dua kening.
Iecha tersengih. Kak long tolonglah Iecha. Ajaklah
along keluar malam ni, ya. Esok malam Iecha dah nak balik
kampus. Iecha nak shoppinglah. Tak nak shopping sorang,
nanti kena bayar sendiri.
Ambil kesempatan, usikku serius.
Alah. Bukan selalu. Kak long pun boleh shopping
sama nanti....
Ajaklah sendiri, ujarku selamba.
Iecha menarik muncung.
Kalau Iecha ajak, samalah macam tak payah ajak.
Macam-macam alasan nanti. Anak gadis itu mula merungut.
Aku tersenyum. Adik bongsu suamiku itu sudah
mula mahu merajuk. Tengoklah. Kalau along tak penat,
nanti kak long tanyakan.
Yes! Kalau kak long ajak, sure punya along tak
akan penat. Girang gadis manis itu bersuara sambil bergerak
laju meninggalkan ruang dapur.
Tadi cakap nak tolong angkatkan ni. Aku bersuara
sambil bercekak pinggang.
Iecha ada kerja sikit. Sedikit kuat Iecha membalas
bersama tawa mengekek.
Aku tersenyum sambil menggeleng perlahan.
Tini yang sibuk membasuh kuali, turut tergelak.
7/30/2019 BYMTB
25/99
Hanni Ramsul
25
Kenapa dengan Iecha tu?
Aku mengangkat muka. Encik Firdaus sudahberwajah segar. Kemas bersama T-shirt hitam dan berseluar
jean. Tanpa menjawab, cuma senyum manis aku hadiahkan
buat Encik Firdaus.
Abang nak minum kat mana? soalku sambil
mengangkat dulang. Bergerak keluar dari ruang dapur sambil
diiringi oleh Encik Firdaus.
Kat luarlah.
Tanpa bersuara, langkahku terus laju menuju ke
arah gazebo di hujung laman. Meletakkan dulang di atas meja
besi sambil perlahan melabuhkan punggung ke kerusi. Milo
panas kutuang ke dalam cawan. Terus kuhulurkan kepada
Encik Firdaus yang sudah mengambil tempat di sisiku.
Thanks.
Aku tersengih. Menongkat dagu sambil mengamati
wajah Encik Firdaus yang sedang menikmati minum petang.
Encik Firdaus mengangkat kening membuat aku
tersenyum panjang. Cawan diletakkan perlahan ke meja.
Kenapa?
Saja. Lama tak tengok abang.
Encik Firdaus tertawa lepas.
Okey... tengoklah puas-puas, ujarnya kemudian
sambil memeluk tubuh. Wajahnya sengaja dihalakan ke
arahku.
Aku menjeling dan dia tersenyum.
So, selama abang kat Kuantan, apa isteri abang nibuat?
Aku mengeluh perlahan.
7/30/2019 BYMTB
26/99
Biarkan YM Terus Berbicara
26
Jadi Bettylah. Tu pun, sekejap-sekejap aje. Sibuk
memanjang aje orang tu, rungutku separuh bergurau.
Encik Firdaus tersenyum lebar.
Tiya temankan mummy kat butik. Mummy ada
ajak Tiya jaga butik. Saja isi masa terluang. Aku mula
bercerita. Perkara baru yang aku lakukan setelah lebih
kurang lima bulan aku menghabiskan masa di rumah besar
ini. Seronok juga. Ada juga aktiviti. Kalau Tiya nak tolong
mummy boleh ya, bang? Bosanlah duduk rumah.
Nak kerja buat apa? Jadi isteri abang, dahlah.
Tak boleh bang. Lagi lama Tiya duduk kat rumah
ni, lagi bertambah saiz Tiya. Tiya tolongmummy, ya?
Encik Firdaus diam. Merenung wajahku sambil
menggosok dagu.
Boleh, kan?
Kalau abang cakap tak boleh?
Tiya pujukmummy, suruhmummy pujuk abang.
Encik Firdaus tergelak.
Aku mengangkat kening.
Bosan sangat ke duduk rumah?Bosanlah bang. Aku menjawab sambil mengeluh
panjang. Memang bosan. Itu satu kenyataan yang tidak dapat
disangkal lagi. Aku perlukan udara segar dari luar. Aku
perlukan aktiviti lain selain daripada berada di rumah dan
menunggu kepulangan suami tersayang.
Kalau tolongmummy, abang izinkan. Kalau kerja
lain, abang tak benarkan. Abang nak Tiya selalu ada untuk
abang.
Aku tersenyum lebar. Thanks, bang.
7/30/2019 BYMTB
27/99
Hanni Ramsul
27
Thanks aje?
Aku kenyitkan mata.Juga karipap avourite abang ni. Balasku sambil
menghulurkan sebiji karipap kepada Encik Firdaus.
Encik Firdaus membelek karipap di tangannya.
Karipap aje? Macam tak berbaloi....
Aku tersenyum kecil. Encik Firdaus menghadiahkan
satu renungan yang cukup lembut. Renungan yangmenghantar rasa kasih yang sarat ke dasar hatiku.
Abang. Aku bersuara lembut.
Hmmm... apa lagi ni? Lembut juga balasan yang
Encik Firdaus berikan.
Penat tak?
Kalau untuk Tiya, abang tak pernah penat.Kalau macam tu, bolehlah keluar malam ni ya?
Iecha ajakshopping.
Patutlah happy semacam budak tu. Ada komplot
dengan kakak ipar dia rupanya.
Aku tergelak kecil. Mana ada komplot. Tapi, Tiya
dah cakap, kalau abang penat, maknanya tak jadilahshopping.
Boleh. Tapi ada syaratnya.
Ada syarat pula. Apa syaratnya?
Encik Firdaus mengukir senyum. Malam ni tak
boleh. Esok pagi. Esok abang tak masukofce.
Aku kerutkan kening. Tadi cakap tak penat.Memanglah tak penat. Tapi, abang rindukan isteri
abang. Malam ni, abang nak isteri abang aje yang temankan
abang.
7/30/2019 BYMTB
28/99
Biarkan YM Terus Berbicara
28
Aku tersenyum kecil. Sedikit segan melihat senyum
Encik Firdaus begitu lebar. Senyum yang membuat pipiku
membahang tiba-tiba. Hmmm... nanti Tiya beritahu Iecha.
Encik Firdaus mengangguk perlahan.
Perlahan juga aku menghulurkan sebiji lagi karipap
kepada Encik Firdaus. Kali ini, tidak disambut tetapi cuma
mulutnya yang terbuka minta disuap. Dengan senang hati,
karipap aku suapkan ke mulut Encik Firdaus.
7/30/2019 BYMTB
29/99
Hanni Ramsul
29
HAMPIR sepuluh minit aku setia
berada di sisi Puan Junaidah.
Memandang kelincahan
jemarinya membelek utas demi utas rantai tangan pelbagai
rekaan. Sesekali aku bersuara memberi pendapat. Boleh tahan
cerewet ibu mertuaku ini. Memberi ruang untuk dia membuat
pilihan yang tepat, aku mengalihkan pandangan pada susunan
rantai leher pula. Sekadar menjamu mata.
Tiya nak apa-apa tak?
Aku mengangkat muka. Memandang wajah ibumertuaku. Kemudian aku menggeleng perlahan. Bagai ada
satu perasaan halus yang menjalar di hatiku tiap kali ibu
mertuaku itu mengalun nama Tiya. Satu perasaan indah
yang membuat aku berasa tidak pernah jauh dengan ibuku.
Panggilan itu sering mengingatkan aku kepada ibu. Dan,
syukur di sini aku juga memiliki seorang lagi ibu yang begitu
menyayangiku.
Takkan tak ada yang berkenan? Kan ke banyak
pilihan ni.
Bab4
7/30/2019 BYMTB
30/99
Biarkan YM Terus Berbicara
30
Aku tersenyum. Pandanganku jatuh kembali pada
deretan barang kemas di kedai emas terkemuka itu. Memang
cantik-cantik. Namun, bukan hobiku mengumpul koleksi
barang kemas. Juga aku tidak gemar memakai perhiasan
sebegitu.
Tiya tak suka sangatlah,mummy. Tapi, Tiya boleh
tolong pilihkan untuk mummy. Aku bersuara sambil
tersenyum lebar.
Puan Junaidah turut tersenyum.
Tak apa. Biar mummy pilihkan untuk Tiya.
Bersungguh Puan Junaidah bersuara.
Aku diam. Tidak terus menolak. Bimbang andai
nanti wanita itu tersinggung dengan penolakanku. Sudahnya
aku cuma tersenyum dan Puan Junaidah mula tekun meneliti
koleksi rantai yang ada. Satu demi satu dia minta untukditilik sepuas hati. Aku sekadar memandang sambil sesekali
memberi komen apabila diminta. Akhirnya seutas rantai
halus berloket kecil menjadi pilihan apabila cuma yang itu
sahaja mampu membuat aku tertawan. Juga untuk tidak
menghampakan ibu mertuaku sebenarnya.
Hadiah untuk menantu mummy. Tapi, kenapa
kecil sangat? Tak menyesal ni?
Aku tergelak besar. Lucu mendengar komentar itu.
Tentu saja aku tidak menyesal.
Puan Junaidah tersenyum.
Mummy ni, ke situ pula. Mana boleh menyesal.
Aku bersenda masih bersama gelak kecil.
Selesai urusan jual beli, kami bergerak keluar
mencari haluan lain pula. Tugas aku hari ini, menemani ibu
mertua membeli-belah. Sedikit penat sebenarnya, namun aku
7/30/2019 BYMTB
31/99
Hanni Ramsul
31
seronok. Kemesraan Puan Junaidah tidak pernah berubah
dan aku yakin, aku adalah menantu yang paling bertuah
kerana mendapat ibu mertua sebaik Puan Junaidah. Tidak
banyak bersungut walaupun aku terlalu banyak kekurangan.
Mummy nak cari apa lagi? Aku bertanya sambil
melangkah perlahan seiring dengan langkah ibu mertuaku
itu.
Cari baju nak? Dah lama juga mummy tak
shopping baju ni.
Aku mengangguk setuju. Sambil mata memerhati
persekitaran kompleks membeli-belah yang tidak begitu
sesak. Terasa rutin harianku semakin berubah sejak bergelar
isteri.
Pasal cadanganmummy tu, Tiya dah tanya Fir?
Puan Junaidah mengajukan soalan sambil matanyaterus menikam wajahku. Membuat aku terpinga-pinga
seketika. Cadangan? Cadangan apa pula? Puan Junaidah
mengangkat kening dan aku pula mula kerutkan kening.
Menantu mummy lemah daya ingatanlah. Aku bermonolog
sendiri.
Hmmm
... belum tanya ya?
Cadangan? Aku mengulangi soalan ibu mertuaku.
Dan, wanita itu mengangguk perlahan sambil berpeluk
tubuh. Membuat aku semakin serius memerah otak. Cuba
mengingati sesuatu yang pernah dicadangkan oleh ibu
mertuaku. Sejenak sebelum aku tersenyum lebar.
Oh, tolongmummy di butik tukan? Dah. Tiya dah
tanya. Aku memberi jawapan bersama senyum lebar.
Apa kata Fir?
Abang setuju.
7/30/2019 BYMTB
32/99
Biarkan YM Terus Berbicara
32
Puan Junaidah tersenyum lebar.
Good. Sepatah bicara Puan Junaidah sambilmencapai lenganku. Laju melangkah menuju ke sebuah butik.
Sapaan mesra pekerja butik tersebut, cukup memberitahu ibu
mertuaku barangkali pelanggan tetap di situ.
Mummy memang selalu ke butik ni, ya?
Puan Junaidah mengangguk. Mummy suka
pakaian di sini. Kena dengan cita rasa mummy. Memang
mummy ada butik sendiri. Tapi, mummy suka shopping kat
butik orang lain. Kalau mahu tempah baju, pun mummy
suka tempah di sini. Nanti, kalau Tiya nak tempah baju, boleh
tempah di sini.
Ibu mertuaku bercerita sambil tergelak halus. Aku
tersenyum kelat. Di tempat eksklusi sebegini? Tiba-tiba
terasa hidupku memang telah banyak berubah.Dulu mummy selalu ke sini dengan Mia. Lancar
Puan Junaidah menyambung cerita sambil mula membelek
baju-baju yang bergantungan.
Cerita yang membuat senyumku mati perlahan-
lahan. Nama Mia yang dialun oleh ibu mertuaku, menghantar
satu perasaan kurang enak di hati. Tiba-tiba teringat tentang
hasrat Puan Junaidah yang mahukan Mia menjadi
menantunya. Kecewakah Puan Junaidah apabila hasratnya
tidak menjadi kenyataan? Mustahil. Aku yakin Puan Junaidah
menerima kehadiranku sebagai ahli keluarga, dengan tangan
terbuka. Barangkali cerita itu muncul di bibir Puan Junaidah,
hanya kerana Mia pernah akrab dengannya. Hatiku cuba
memujuk lembut.Tiya? Kenapa ni?
Aku sedikit tersentak. Sempat mengelamun
melayan perasaan rupanya. Sambil menggeleng aku
7/30/2019 BYMTB
33/99
Hanni Ramsul
33
mengukir senyum. Tiya, jangan mudah berprasangka yang
bukan-bukan. Hatiku terus memujuk.
Berangan pula dia. Cepat pilih yang mana satu Tiya
nak.
Mummy ni... nak shopping untuk mummy ke
untuk Tiya? Asyik tanya apa Tiya nak. Aku bersuara lembut.
Untuk mummy dan untuk Tiyalah. Mummy suka
blouse ni.Mummy belikan untuk Tiya, nak?
Tadi, kan dah belikan rantai untuk Tiya. Aku
bersuara perlahan. Sedikit serba salah untuk menerima satu
lagi pemberian daripada Puan Junaidah.
Puan Junaidah tersenyum. Perlahan menyentuh
bahuku. Mummy memang suka hadiahkan sesuatu untuk
orang yangmummy sayang. Iecha dah balik kampus. Tiyalah
yang ada untuk mummy. Farid dengan Firdaus lain. Oranglelaki tak sukashopping macam ni.
Aku tergelak kecil. Besar hati mendengar
pengakuan itu. Mummy baik. Baik sangat-sangat.
Puan Junaidah tidak menjawab. Cuma mencapai
blaus berbunga kecil lalu dilayangkan di hadapanku. Apa
kata Tiya cuba yang ni? Yang ni sesuai dengan jean. Tiya kansuka pakai jean.
Aku mencapai blaus di tangan ibu mertuaku.
Dirapatkan ke tubuhku. Cantik. Tiya suka. Okey, inimummy
belikan untuk Tiya.Now,mummy pilih untukmummy pula.
Tiya hadiahkan untukmummy.
Puan Junaidah tertawa halus. Tak payah sayang.
Hari ni,mummy belanja semuanya.
Satu pun tak boleh? Dugaku sambil mengangkat
kening.
7/30/2019 BYMTB
34/99
Biarkan YM Terus Berbicara
34
Puan Junaidah tersenyum sambil menggeleng. Tak
boleh.
Aku mengeluh sambil membuat wajah kecewa.
Puan Junaidah terus tertawa sambil memeluk erat bahuku.
Kemesraan yang membuat aku terus lupa pada Mia yang
pernah hampir menjadi menantunya. Pada Mia yang hampir
membuat denyut jantungku berubah rentak sebentar tadi.
PERLAHAN aku mengurut kakiku yang terasa sedikit lenguh.
Seharian berjalan ke sana sini memang memenatkan.
Penat ya?
Aku mengangkat muka. Encik Firdaus tersenyum
memandangku. Melabuhkan punggung ke katil sambilperlahan tangannya menolak jemariku. Kini jemarinya yang
mengurut lembut kakiku.
Lenguh sikit aje bang. Tak payahlah urut. Abang
mungkin lebih penat daripada Tiya. Aku bersuara sambil
menarik kakiku. Rasa tidak kena apabila Encik Firdaus
tenang mengurut. Tidak pantas rasanya membiarkan suami
mengurut kaki yang tidak sesakit mana. Namun, EncikFirdaus bagai tidak membenarkan aku menarik kaki.
Pegangannya sedikit keras dan aku diam tidak bergerak.
Memandang dengan rasa serba salah. Terlalu baik layanan ini.
Seharusnya aku yang perlu tanyakan soalan itu kepadanya.
Mummy dera Tiya hari ni? Dia membuka mulut.
Aku tergelak halus. Taklah. Tak baik cakapmummymacam tu, tau.
Encik Firdaus mengukir senyum. Terus mengelus
lembut betisku. Memberi rasa lega yang bukan sedikit.
7/30/2019 BYMTB
35/99
Hanni Ramsul
35
Kejap bang. Aku tiba-tiba bersuara. Menarik kaki
sambil bergerak turun dari katil. Segera aku mencapai beg
kertas di atas meja solek dan kembali semula ke katil. Encik
Firdaus tenang menunggu. Aku keluarkan blaus yang dibeli
oleh ibu mertuaku siang tadi. Melekatkan ke dadaku sambil
aku memandang wajah Encik Firdaus.
Mummy belikan. Cantik tak? soalku ceria.
Encik Firdaus memandang sambil menggosok
dagu. Hmmm... tak berapa seksi.
Aku jegilkan mata dan Encik Firdaus tergelak riang.
Nak Tiya pakai seksi-seksi ke?
Mestilah. Untuk abang mestilah kena seksi-seksi.
Aku mencemik. Blaus itu aku masukkan semula ke
dalam beg kertas.
Cantik. Tiya pakai apa pun mesti cantik. Suara
Encik Firdaus kendur memujuk.
Mungkin dia risau aku merajuk. Aku buat-buat
tidak dengar. Sibuk menyelongkar, mencari kotak kecil untuk
ditunjukkan kepada Encik Firdaus.
Ini punmummy belikan untuk Tiya. Aku bersuara
lagi sambil membuka kotak kecil yang sudah berada di tangan.Encik Firdaus bergerak merapatiku. Menarik aku rapat ke
dadanya sambil menyentuh kotak yang masih di tanganku.
Abang nak belikan barang kemas untuk Tiya, Tiya
tak nak....
Aku memandang wajah Encik Firdaus yang sedang
merenungku. Aku tersenyum. Encik Firdaus mencapai rantaihalus di dalam kotak. Aku bersandar di dadanya.
Tiya pun tak nak. Tapi, Tiya tak berani nak tolak
banyak kali. Takutmummy kecil hati.
7/30/2019 BYMTB
36/99
Biarkan YM Terus Berbicara
36
Dengan abang? Tak takut abang kecil hati?
Tiya tahu hati abang besar. Jadi Tiya tak takutsangat. Aku bersuara separuh bergurau. Gurauan yang
membawa jemari Encik Firdaus ke pinggangku. Aku terjerit
kecil. Segera melompat turun dari katil. Pantang aku
digeletek begitu. Nasib baik aku yang melompat turun dari
katil dan bukan Encik Firdaus yang aku tendang ke bawah.
Abang!
Encik Firdaus tergelak besar.
Sekali lagi...
Okey, okey... abang tak buat lagi. Jadi, jangan nak
buat lawak dengan abang, aham? Laju Encik Firdaus
bersuara sebelum sempat aku habiskan bentakan geramku.
Segera aku menarik muka masam.
Come, abang tak buat lagi. Promise. Sekali lagi
Encik Firdaus bersuara bersama senyum yang mekar di bibir.
Aku menjeling. Namun, kaki kembali melangkah
menuju ke katil. Jemariku dicapai lembut, menarik aku
duduk semula di sisinya.
Marah ke ni? bisik Encik Firdaus lembut.
Yalah. Janganlah buat macam tu. Tiya tak suka.
Geli tahu tak?
Encik Firdaus terus tergelak halus.
Apa gelak-gelak? Nak Tiya buat abang macam tu
juga ke? soalku sambil menjeling. Masih tidak berpuas hati.
Pantas Encik Firdaus mengangkat kedua-dua
tangan sambil menggeleng.
Tahu takut... gumamku perlahan. Maklum yang
Encik Firdaus pun lebih kurang denganku. Pantang digeletek.
7/30/2019 BYMTB
37/99
Hanni Ramsul
37
Bukan takut. Tapi geli, sayang.
Aku mencemik. Satu ciuman dilayangkan kepipiku.
Cantik rantai ni, ujar Encik Firdaus lembut.
Aku mengerling.
Encik Firdaus memandang rantai di telapak
tangannya.Abang pakaikan?
Sekali lagi suara lembut Encik Firdaus menyapagegendang telingaku. Menghalau semua rasa geram yang
singgah seketika. Segera aku menarik rambut ke hadapan
sambil duduk membelakangkan Encik Firdaus. Membenarkan
Encik Firdaus memakaikan rantai ke leherku. Rantai hadiah
daripada ibu mertuaku kini menghiasi leherku. Perlahan aku
menyentuh loket kecil yang terhias indah di leherku. Cantik.
Aku tersenyum lebar.
Cantik, kan? soalku laju sambil bergerak berdepan
dengan Encik Firdaus.
Perasan....
Senyumku terus mati. Sekali lagi wajah itu kujeling
sekilas.
Memang pun... balasku selamba sambil
menyambung senyum yang terbantut dek usikan Encik
Firdaus.
Abang callmak petang tadi.
Laju aku berpaling. Topik paling aku gemar.
Kita balik tengok mak hujung minggu ni. Nak?
Aku tersenyum lebar. Inilah yang buat aku sayang
sangat-sangat pada Encik Firdaus. Segala tindakannya
membahagiakan aku.
7/30/2019 BYMTB
38/99
Biarkan YM Terus Berbicara
38
Nak! Mestilah nak. Terima kasih bang. Ujarku
riang.
Encik Firdaus tersenyum sambil jari telunjuknya
menyentuh pipi sendiri.
Faham dengan isyarat itu, laju satu ciuman singgah
ke pipinya bersama erat pelukannya. Aku tersenyum gembira.
Hujung minggu ini dapat jumpa mak!
7/30/2019 BYMTB
39/99
Hanni Ramsul
39
SEBAIK sahaja kereta berhenti,
segera aku membuka pintu
kereta. Ibuku yang tercegat di
pangkin di bawah pokok manggis bagai menggamit aku untuk
segera sampai kepadanya. Separuh berlari aku mendapatkan
ibuku. Sebaik sahaja tiba di hadapannya, satu cubitan singgah
di lenganku. Membantutkan hasrat untuk memeluknya.
Lengan yang terasa perit aku gosok perlahan.
Apa ni mak? Sampai-sampai dah kena cubit. Aku
mengomel sambil mengucup tangan wanita kesayangankuitu.
Dah jadi isteri orang, nak berlari-lari lagi ke?
Aku tergelak besar sambil terus memeluk ibuku.
Itu rupanya punca cubitan singgah di lengan. Tubuh itu aku
peluk semahunya. Melepaskan rindu yang bukan sedikit.
Rindu mak... ujarku manja sambil pipi tua itu akukucup bertalu-talu. Ibuku tersenyum lebar. Pasti senang
dengan kepulanganku. Bahagia memenuhi ruang jiwa apabila
jemari ibu perlahan mengusap wajahku.
Bab5
7/30/2019 BYMTB
40/99
Biarkan YM Terus Berbicara
40
Mak sihat? soalku sambil memandang wajah ibuku
yang jelas ceria.
Alhamdulillah, sihat.
Tak rindu Tiya? soalku lagi sambil terus memeluk
pinggangnya.
Mestilah rindu. Anak mak cuma seorang. Mestilah
mak rindu.
Aku tersengih. Senang mendengar jawapan yangmemang sudah aku tahu itu.
Mak....
Aku berpaling.
Encik Firdaus sudah hampir ke sisiku. Pelukan erat
pada ibu, aku leraikan perlahan.
Apa khabar mak? sapa Encik Firdaus sambil turutmengucup tangan ibuku.
Sihat. Alhamdulillah.
Sekali ibuku mengulang jawapan yang sama.
Atok mana? soalku sambil melilau mencari Atok.
Ada kat dapur agaknya. Tadi mak bagi makan.
Mummy dengan abah kirim salam, ujar EncikFirdaus sambil mencapai semula beg pakaian yang diletakkan
seketika sewaktu dia menghulurkan tangan bersalaman tadi.
Waalaikumussalam. Mereka sihat, Daud?
Encik Firdaus mengangguk dan aku tersengih. Kekal
rupanya panggilan Daud itu di bibir ibuku.
Dah, marilah naik ke atas. Ada pula bersembangkat bawah. Kamu mesti penat, kan? Naik kat atas... rehat.
Ibuku bersuara sambil mengatur langkah
7/30/2019 BYMTB
41/99
Hanni Ramsul
41
meninggalkan pangkin. Aku segera bergerak menuju ke pintu
dapur. Mahu mencari Atok. Encik Firdaus aku biarkan
berjalan bersama ibuku menuju ke pintu depan.
Atok, kakak balik ni. Aku bersuara riang sambil
menjenguk ke ruang dapur. Mencari-cari bayang Atok. Tiada.
Pinggan makanannya juga sudah kosong. Tiada di dapur, aku
bergerak menuju ke ruang tamu. Tersenyum melihat Atok
berlingkar tidur di atas soa. Segera aku menghampiri sambil
mengelus lembut bulu Atok yang sudah tidak begitu lebat.Tidur rupanya. Akak alihkan kat tempat lain ya.
Nantipak cik nak duduk sini. Aku bersuara perlahan sambil
perlahan juga mengangkat tubuh Atok yang sedang lena.
Tidak mahu Encik Firdaus tidak selesa dengan Atok nanti.
Sebaik sahaja berada di dalam pelukanku, lena Atok jelas
terganggu. Mengiau lembut apabila diangkat.
Alolo... sorry Atok. Kakak kacau tidur Atok. Atok
tidur sini kejap ya, ujarku sambil meletakkan Atok ke atas
bantal lembut yang memang menjadi tempat tidur Atok.
Seketika Atok menggeliat dan kemudian menyambung
semula tidurnya membuat aku tersenyum lucu.
Suara ibuku dan Encik Firdaus membuat aku
berpaling. Encik Firdaus terus melabuhkan punggung ke soasambil ibuku laju bergerak menuju ke dapur. Aku mengorak
langkah mendapatkan Encik Firdaus.
Atok Tiya sihat ke? usik Encik Firdaus mengundang
senyumku.
Atok tidur, balas aku selamba sambil mencapai beg
pakaian di kaki Encik Firdaus. Segera beredar ke bilik untukmenyimpan beg tersebut. Kemudian aku berlalu menuju ke
dapur. Sebelum ibuku bising, lebih baik aku tunjukkan muka
di dapur. Tonjolkan imej isteri yang baik.
7/30/2019 BYMTB
42/99
Biarkan YM Terus Berbicara
42
Hmmm pandai pun cari dapur. Buatkan air
untuk suami Tiya. Ni, kebetulan mak ada buat pisang goreng
tadi. Bawa sekali nanti.
Aku akur tanpa banyak bicara. Setakat buat air,
mudah sangat.
Tiya macam mana? Duduk dengan mertua?
Setakat ni, tak ada apa-apa masalah, mak.Mummy
dengan abah okey. Mereka terima Tiya seadanya.
Lega mak dengar. Pandai-pandai jaga perangai tu.
Jangan buat benda bukan-bukan. Kena pandai bawa diri kalau
tinggal sekali dengan mertua ni. Hormat mereka macam Tiya
hormat mak.
Aku tersenyum. Menyusun piring dan cawan di atas
dulang. Piring berisi pisang goreng turut disusun bersama.
Anak mak nikan, memang anak yang baik. Usikku
sambil mengangkat kedua-dua kening.
Dah belajar masak ke belum?
Soalan ibu membuat aku tersengih. Tengah
belajarlah ni, mak.
Ibuku menggeleng perlahan. Kena belajar. Jadi
isteri kena pandai masak untuk suami.
Aku diam. Apabila ibu mahu memberi nasihat,
sebaiknya aku diam mendengar. Memang aku mahu menjadi
isteri yang terbaik.
Dengar ke tidak ni?
Dengar mak. Insya-Allah, Tiya akan belajar nanti.
Mak ajarkan ya. Aku bersuara lembut.
Hmmm... dah cepat hantarkan air pada suami
kamu. Kasihan dia menunggu tu.
7/30/2019 BYMTB
43/99
Hanni Ramsul
43
Aku mengangguk perlahan. Menatang dulang
sambil melangkah menuju ke ruang tamu. Encik Firdaus
tersandar ke soa dengan mata terpejam. Perlahan aku
meletakkan dulang ke atas meja. Kemudian perlahan juga
melabuhkan punggung ke soa. Bang... tidur ke?
Mata Encik Firdaus terbuka perlahan.
Abang nak rehat, pergilah masuk ke bilik. Aku
bersuara perlahan. Barangkali Encik Firdaus penat
memandu.
Encik Firdaus menggeleng perlahan. Mak mana?
Kat dapur. Kejap lagi mesti panggil Tiya tu. Paksa
Tiya masak untuk menantu kesayangan dia.
Encik Firdaus tergelak kecil.
Aku pula, tersenyum panjang. Sesekali dapat balik
menjenguk ibu, bahagia rasanya.
AKU tergelak besar melihat Encik Firdaus kerutkan wajah.
Mata sudah terpejam rapat.
Masam.
Tak paksa pun makan, ucapku selamba sambil
menarik semula mangkuk di tangan Encik Firdaus. Buah
cermai yang sudah aku tumbuk kasar, terus aku suap ke
mulut.
Tak eloklah makan masam-masam ni, sayang.
Mana ada masam sangat. Abang tu, lidah manja
sangat. Masam sikit pun tak tahan.
Encik Firdaus menggeleng perlahan. Laju
7/30/2019 BYMTB
44/99
Biarkan YM Terus Berbicara
44
tangannya mencapai kopi. Meneguk perlahan kopi kurang
manis yang dimintanya sebentar tadi. Nanti kalaupregnant,
jangan makan masam ni, tau.
Alah, abang ni. Bukannya selalu dapat makan
cermai ni pun. Balik kampung sesekali aje, baru dapat
jumpa.
Encik Firdaus diam. Cuma matanya memandang
sekitar halaman rumahku.
Terima kasih bang. Sebab abang selalu temankan
Tiya balik jenguk mak. Aku bersuara tiba-tiba. Membuka
topik yang lebih serius. Bertuah aku mendapat suami yang
begitu memahami.
Mak, kan seorang kat sini. Mestilah selalu kena
jenguk, kan?
Aku mengangguk perlahan. Kalau mak dapattinggal sekali dengan kita, kan bagus....
Encik Firdaus memandang wajahku. Agak lama.
Tiya nak mak tinggal dengan kita ke?
Aku tersenyum.
Mana boleh. Takkan nak ajak mak tinggal dengan
amily abang, balasku sambil tersenyum. Pasti aku senangandai ibu dapat tinggal bersamaku. Namun, aku aham situasi
Encik Firdaus. Dan aku juga tahu ibu tidak akan setuju untuk
tinggal bersama keluarga Encik Firdaus.
Kita boleh pindah. Then, kita ajak mak tinggal
dengan kita, saran Encik Firdaus lembut.
Aku pandang wajah itu dengan rasa tidak percaya.Nanti apa katamummy dengan abah?
Encik Firdaus mengukir senyum. Jemariku dibawa
ke genggamannya. Abang dah ada Tiya. Dah ada amily
7/30/2019 BYMTB
45/99
Hanni Ramsul
45
sendiri. Mummy dengan abah pasti aham. Tiya cuba cakap
dengan mak. Tanya mak, okey?
Aku terdiam sekejap. Benar-benar terharu. Kenapa
Encik Firdaus begitu memahami? Panas bibir mataku
mendengar saranan yang penuh dengan rasa tanggungjawab
itu. Abang tak kisah ke? Tak kisah kalau mak tinggal dengan
kita? Tak kisah kalau abang terpaksa tinggal berasingan
denganmummy?
Abang cuma kisah kalau Tiya yang tak ada denganabang. Encik Firdaus mula berseloroh.
Abang, Tiya serius ni.
Okey, okey... abang yakinmummy akan aham dan
mak Tiya, mak abang juga. Abang pun lebih suka kalau mak
selalu ada dengan kita.
Kini air mata menitis tanpa sedar. Syukur padaTuhan dengan kurniaan sesempurna ini untukku. Jemari
Encik Firdaus menyapu air mata di pipi.
Abang tak marah, kenapa nak menangis? usiknya
membuat aku tertawa kecil. Hilang rasa terharuku.
Encik Firdaus memaut bahuku. Menarikku rapat ke
pelukannya sambil dia terus santai mengambil angin petangdi atas pangkin. Aku pula, meriba mangkuk cermai sambil
perlahan-lahan menyuap ke mulut bersama Atok yang
terlentok lena di hujung kakiku.
Tiya!
Aku tersentak. Rosak sudah mood romantik aku.
Kepala aku jengah ke arah pintu dapur. Ibuku sudah bercekak
pinggang.
Kat situ rupanya dia. Mari tolong mak masak.
Aku tersengih.
7/30/2019 BYMTB
46/99
Biarkan YM Terus Berbicara
46
Garang betul mak mertua abang. Aku merungut
sambil meletakkan mangkuk cermai ke atas pangkin.
Encik Firdaus tergelak.
Aku bergerak turun dari pangkin. Tiya tolong mak
kejap.
Encik Firdaus mengangguk perlahan.
Cubalah tanya mak sekali. Pesannya sebelum aku
melangkah. Aku balas dengan anggukan juga. Kemudianberlari-lari anak menuju ke dapur. Mahu menemani ibuku
memasak hidangan istimewa buat menantu kesayangannya.
7/30/2019 BYMTB
47/99
Hanni Ramsul
47
TIYA....
Aku berpaling.
Wajah tidak semanis mana.
Melihat kereta Mia perlahan mengekori kereta Encik Firdaus
memasuki halaman rumah, hatiku tiba-tiba menjadi gelisah.
Tertanya-tanya tujuan Mia muncul pada lewat petang begini.
Emosi juga sedikit sukar dikawal, lebih-lebih lagi apabila
teringatkan mimpi aku tempoh hari.
Kenapa ni? Tak sihat ke? Laju Encik Firdaus
bertanya. Mungkin melihat wajahku yang tidak ceria.Aku menggeleng perlahan sambil memaksa
sekuntum senyuman untuk muncul di bibir.
Betul ni?
Kali ini aku mengangguk sambil perlahan mendekati
Encik Firdaus. Mencapai jemarinya lalu kukucup lembut.
Seperti biasa, usapan lembut menyentuh rambutku bersamasatu kucupan di dahi sebaik sahaja aku mengangkat muka.
Mia ada kat luar. Encik Firdaus mula berbicara.
Bab6
7/30/2019 BYMTB
48/99
Biarkan YM Terus Berbicara
48
Tak payah beritahu pun, Tiya dah tahu. Aku
merungut dalam hati.
Mia datang nak jumpa abang ke? soalku sambil
cuba mengawal suara. Tidak mahu rasa kurang senang ini
muncul bersama nada suaraku.
Encik Firdaus menggeleng. Dan gelengan itu
menarik perhatianku. Kalau bukan mahu berjumpa dengan
suamiku, apa tujuan Mia ke sini? Mungkin mahu berjumpa
dengan ibu mertuaku. Mindaku mencari jawapan.
Dia cakap nak jumpa Tiya. Dia tunggu kat luar.
Penjelasan yang meniti di bibir Encik Firdaus
membuat aku pegun seketika. Mahu berjumpa denganku?
Wajah Encik Firdaus aku tatap lama. Memberi renungan
tidak percaya dan Encik Firdaus mengukir senyum nipis.
Hatiku tiba-tiba menjadi tidak enak. Mungkinkah Mia mahumemberitahu yang dia sedang bercinta dengan Encik
Firdaus? Dia mahu berkahwin dengan Encik Firdaus? Sama
seperti apa yang berlaku dalam mimpiku?
Tiya, kenapa ni? Pucat.Areyousure,youokay ni?
Aku tersentak. Kepala kugeleng laju.
Pergilah, dia tunggu Tiya tu.Aku menjenguk sambil menyelak langsir.
Mia sedang santai di taman mini.
Kenapa Mia nak jumpa Tiya? Aku bertanya sambil
pandangan terus kupakukan pada tingkah Mia. Tidak
mendapat jawapan daripada Encik Firdaus, aku berpaling.
Encik Firdaus tercegat memandangku sambil berpeluktubuh. Aku tersenyum kelat. Pasti ada tingkahku yang tidak
kena di mata lelaki itu. Perlahan aku bergerak menjauhi
jendela sambil menggaru kepala.
7/30/2019 BYMTB
49/99
Hanni Ramsul
49
Kenapa terintai-intai macam tu?
Aku tersenyum kecil. Tahu Encik Firdaus kurangsenang dengan tindakanku itu.
Pelik. Sebab tiba-tiba Mia nak jumpa Tiya, balasku
masih dengan rasa hairan.
Abang tahu kenapa? sambungku sambil menatap
wajah Encik Firdaus. Sedikit hampa apabila Encik Firdaus
cuma menjongket bahu.
Kalau nak tahu, apa kata Tiya pergi jumpa Mia.
Terjenguk-jenguk macam ni, nanti kalau Mia tengok, apa
pula yang dia kir. Dah, pergilah... jangan buat Mia
tertunggu-tunggu macam tu. Tak baik.
Aku diam. Cuma kepala mengangguk perlahan.
Oh, ya. Abang nak apa-apa? Nak minum?
Encik Firdaus menggeleng. Abang nak mandi.
Pergilah jumpa Mia dulu. Nanti abang menyusul.
Sekali lagi aku mengangguk. Tersenyum
memandang Encik Firdaus melangkah menuju ke anak
tangga. Aku pula, perlahan menghela naas sambil bergerak
meninggalkan ruang tamu. Mahu berjumpa dengan Mia. Juga
mahu tahu apa yang ingin Mia sampaikan kepadaku.Seketika aku tercegat di belakang Mia. Merenung
Mia yang santai di kerusi. Cuba mendidik minda untuk
berkiran positi. Assalamualaikum.
Sapaanku membuat Mia menoleh. Senyuman lebar
terukir di bibirnya. Waalaikumussalam, Adiya.
Aku tersenyum sambil perlahan melabuhkanpunggung di sebelah Mia. Abang Fir beritahu Mia nak jumpa
saya?
Laju Mia mengangguk.
7/30/2019 BYMTB
50/99
Biarkan YM Terus Berbicara
50
Aku tersenyum kecil.
I tak mengganggu you, kan? soal Mia sambilmemandang wajahku.
Aku menggeleng laju. Dan, Mia pula mengangguk
perlahan.
Ineedyourhelp. Tanpa berbasa-basi, Mia terus ke
agenda pertemuan.
Aku diam. Mahu menjadi pendengar terlebihdahulu. Pertolongan apa yang Mia perlukan daripadaku?
Boleh? Mia bertanya lagi.
Aku tergelak kecil. Boleh, insya-Allah kalau saya
boleh tolong, saya pasti tolong.
Mia tersenyum. Namun, kali ini senyum itu tidak
seceria tadi.Diya tahu, kan minggu depan birthday Kamal?Soalan Mia meresap perlahan ke gegendang
telingaku. Jadi, pertemuan ini ada kaitan dengan Abang
Kamal. Aku tersenyum sambil mengangguk perlahan. Tiba-
tiba berasa bodoh kerana berprasangka yang bukan-bukan
kepada Mia. Kenapa aku selalu lupa yang Mia begitu suka
kepada Abang Kamal?
I ingat nak masak special untuk dia. Nak buat
jamuan kecil untuk dia. Tapi, dia tak nak. Mia meluahkan
hasrat itu bersama nada suara yang tidak begitu ceria. Wajah
itu juga sudah sedikit murung.
Abang Kamal memang tak berapa suka nak sambut
birthday sendiri, ujarku lambat-lambat. Tidak mahu Mia
salah anggap kepada Abang Kamal.Kenapa?
Aku termangu. Kenapa ya? Aku sendiri tidak tahu.
Mungkin itu bukan satu kebiasaan bagi Abang Kamal. Dia
7/30/2019 BYMTB
51/99
Hanni Ramsul
51
disibukkan dengan tanggungjawab sebagai anak sulung sejak
dari kecil. Barangkali itu yang membuatkan dia tidak pernah
menganggap sambutan hari jadi itu satu perkara penting
baginya.
Mungkin Abang Kamal tak ada masa nak sambut
birthday sendiri kut? Pandai-pandai aku membuat andaian
sendiri. Lebih kepada mahu bergurau sebenarnya.
Mia memandangku dengan renungan pelik.
Membuat aku turut berasa pelik. Tidak lucukah gurauankutadi?
Mana ada orang yang tak ada masa nak sambut hari
penting macam tu? Jangan cakap you pun tak suka sambut
birthday... I love birthdayparty. I suka celebrate birthday
kawan-kawan I, birthday orang-orang yang I sayang, itu bukti
kita ambil berat tentang mereka.Dontyouthinkso?Aku membeku seketika. Soalan Mia membuat aku
turut terkir kenapa selama ini Abang Kamal tidak pernah
sibuk dengan tarikh kelahirannya tetapi cukup haal tarikh
hari lahirku. Itu tandanya dia mengambil berat tentang diriku.
Dan, aku pula, tidak pernah mengacuhkan tarikh lahir Abang
Kamal. Memikirkan situasi itu, perlahan-lahan aku mula
berasa bersalah. Juga berasa simpati kepada Abang Kamal.Rasanya, selama ini, dia banyak menghabiskan masanya
dengan memikirkan tentang aku. Sudahnya, dia kecewa
dengan keputusan aku walaupun dia akur. Akur bahawa cinta
itu sebenarnya tidak mungkin boleh dipaksa-paksa.
Diya? Dengar tak apa I cakap ni? Soalan Mia
membawa aku ke alam sedar.
Spontan aku tersenyum sambil mengangguk
perlahan. So, awak nak saya buat apa? soalku lambat-
lambat.
7/30/2019 BYMTB
52/99
Biarkan YM Terus Berbicara
52
Mia mengukir senyum. Walaupun senyum itu amat
jelas bagai hilang manisnya.
Melihat tingkah Mia, hati aku tertanya-tanya
sendiri. Sejauh mana harapan Mia terhadap Abang Kamal?
Juga, tertanya-tanya kenapa Abang Kamal gagal melihat
kesungguhan Mia cuba mendekatinya?
Pelik betul. Mia cuba mencapai sesuatu yang dia
suka namun, sepertinya tidak berjaya. Abang Kamal pula,
seperti lebih selesa membuai perasaan dengan kisah-kisahsilam sehingga dia buta. Buta untuk melihat ada segaris sinar
yang pasti akan menerangi jalannya andai dia memberi
kesempatan kepada Mia.
Pujuk Kamal?
Aku mengangkat muka. Merenung wajah Mia buat
seketika.Pujuk? Soalku meminta kepastian.
Pujuk Kamal supaya dia benarkan saya sambut
birthday dia. Boleh, kan?
Aku diam. Sedikit berat untuk tunaikan permintaan
Mia. Aku tidak suka menjadi orang tengah. Lebih-lebih lagi
apabila hal itu berkait rapat dengan perasaan. Juga, tidakselesa untuk cuba mendekatkan Abang Kamal dengan Mia
walhal aku cukup tahu perasaan Abang Kamal kepadaku.
Pasti tindakan itu akan menyakitkan hati Abang Kamal. Aku
tahu itu.
Boleh, kan Diya? I tahu Kamal akan dengar cakap
you. Nada suara Mia sudah separuh memujuk.
Semakin membuat aku tersepit.
Insya-Allah. Tengoklah nanti saya cuba. Senang
betul bibirku memberi harapan, sedang otakku masih
7/30/2019 BYMTB
53/99
Hanni Ramsul
53
berkecamuk mencari alasan untuk hindarkan diri daripada
situasi sebegini.
Mia tersenyum lebar. Laju tangannya menyentuh
jemariku. Thanks, Diya. I hargai sangat-sangat pertolongan
you ni.
Aku tersengih. Bibir sudah terlepas cakap. Apa lagi
yang mampu aku katakan.
CUITAN lembut di hidungku mematikan lamunan yang beraja
di kepala. Perlahan aku berpaling. Bersua dengan senyuman
Encik Firdaus. Senyum itu aku balas hambar. Berpaling
semula sambil menyambung menunganku.
Kenapa ni?
Aku berpaling semula. Kemudian menggeleng
perlahan.
Pasal Mia ke? Kenapa Mia nak jumpa Tiya?
Mendengar soalan itu, aku mengeluh perlahan.
Tiba-tiba terus teringat pada permintaan Mia. Beratnya untuk
aku berdepan dengan Abang Kamal dan meminta sesuatu
yang aku tahu memang tidak disukai oleh Abang Kamal.
Mia cakap apa dengan abang? Aku pula bertanya.
Encik Firdaus mencemik sambil menjongket bahu.
Dia cuma cakap nak minta tolong sikit dengan Tiya.
Aku mengeluh lagi. Bergerak hampir kepada Encik
Firdaus yang berdiri tegap di balkoni. Kepala aku lentokkanke dada Encik Firdaus.
Susahlah bang.... Aku bersuara separuh mengadu.
7/30/2019 BYMTB
54/99
Biarkan YM Terus Berbicara
54
Seperti biasa, apabila suaraku sudah selemah itu,
pasti ada gelak kecil yang meniti di bibir Encik Firdaus.
Perlahan tangan Encik Firdaus memeluk erat tubuhku.
Kenapa ni? Cerita kat abang? Takkan mimpi Tiya
dah jadi kenyataan? usik Encik Firdaus yang spontan
membuat aku muncung panjang. Dadanya kupukul perlahan.
Janganlah cakap macam tu. Tiya tak suka.
Encik Firdaus tergelak lepas. Okay, now tellme.
Apa yang susah sangat tu?
Aku mengeluh lagi. Mendongak, memandang wajah
Encik Firdaus yang tenang menanti ceritaku. Mia minta Tiya
tolong pujuk Abang Kamal.
Tolong apa?
Minggu depan birthday Abang Kamal. Dia nak
sambut. Nak masak special untuk Abang Kamal tapi Abang
Kamal tak nak.
Then?
Aku membuang pandang. Pelukan Encik Firdaus
aku leraikan. Bergerak sedikit menjauhi Encik Firdaus sambil
bercekak pinggang.
Then? Then... Mia suruh Tiya tolong pujuk Abang
Kamal. Itulah yang susahnya, ujarku bersungguh-sungguh.
Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kalau Tiya
tak nak tolong, cakap saja tak nak. Abang yakin Mia tak akan
berkecil hati.Iknowher.
Aku mengeluh sambil terduduk di kerusi kayu di
anjung balkoni.Masalahnya Tiya dah setuju. Dah tercakap akan
tolong dia.
7/30/2019 BYMTB
55/99
Hanni Ramsul
55
Encik Firdaus mengangguk lagi. Dia meraup
perlahan wajah sambil berpeluk tubuh. Perlahan dia bergerak
menghampiriku. Jadi, itu masalahnya?
Aku mendongak. Memandang wajah Encik Firdaus
sambil mengangguk lemah.
So, apa tindakan Tiya sekarang?
Sekali lagi mataku cuma terkebil-kebil memandang
wajah Encik Firdaus.
Encik Firdaus menarik naas perlahan sambil
mengambil tempat di sebelahku. Tangan jatuh ke bahuku dan
menarikku rapat padanya.
Tiya tengok tu, bisiknya perlahan. Jari telunjuknya
terarah pada langit yang kelam.
Aku akur. Terkebil-kebil memandang langit tanpa
sebarang tujuan.
Cantik tak?
Aku mencemik sambil menjongket bahu.
Tak cantik. Tak ada bintang, jawabku acuh tidak
acuh. Kepalaku berkecamuk dengan permintaan Mia, Encik
Firdaus mahu bercakap tentang langit yang gelap-gelita pula.
Kenapa tak ada bintang?
Aku mengeluh perlahan. Encik Firdaus memang
nak kena! Sabar Tiya, sabar. Hatiku memujuk lembut.
Sebab nak hujanlah abang sayang, jawabku
berlagu panjang. Geram!
So, itu perkara baik atau tak baik?
Abang ni kenapa? Kita cakap pasal permintaan Mia,
kan? Janganlah sibuk dengan langit, dengan hujan, dengan
bintang dulu. Aku sudah separuh membentak. Wajah pun
7/30/2019 BYMTB
56/99
Biarkan YM Terus Berbicara
56
sudah kelat semacam. Encik Firdaus yang tersenyum, aku
jeling tajam.
Abang tanya, jawab ajelah.
Kalau malam, nak hujan... tak ada bintang, tak
bestlah nak tengok langit. Dalam tidak mahu, aku menjawab
juga.
Kalau hujan, dan esoknya pokok-pokok bunga
yang layu segar semula, itu macam mana pula? soal Encik
Firdaus lembut.
Aku berkir seketika sambil bersandar di bahu
Encik Firdaus.
Eloklah.... Akhirnya aku menjawab malas.
So?
Aku ternganga.So? soalku balik sambil memandang wajah Encik
Firdaus untuk kesekian kalinya.
Depends pada Tiya. Tiya nak pandang tindakan tu
dari sudut positi atau negati. Kalau Tiya harapkan bintang,
hujan tu akan jadi petanda kurang baik. Kalau Tiya harapkan
bunga-bunga segar semula, hujan yang datang tu akan jadi
penyelamat.
Aku termangu seketika. Dalamnya bicara suamiku
ini. Sayangnya aku kurang bijak dalam subjek sastera. Jadi
kata-kata itu tetap juga membuat aku terkulat-kulat mencari
makna.
Tak aham?
Aku menggeleng dengan jujurnya. Sungguh akutidak aham.
Encik Firdaus tersenyum panjang. Jemariku diusap
7/30/2019 BYMTB
57/99
Hanni Ramsul
57
lembut. Tiya beritahu abang, kenapa Tiya berat nak tolong
Mia? Sebab Tiya takut Abang Kamal akan tersinggung?
Aku mengangguk perlahan. Tiya tahu perasaan
Abang Kamal pada Tiya. Tiya tak nak nanti Abang Kamal rasa
Tiya sengaja nak sakitkan hati dia.
Kenapa Tiya tak kir dari sudut lain pula?
Sudut macam mana, bang?
Mungkin bantuan Tiya akan dapat dekatkan diadengan Mia? Mungkin nanti dia dapat cari pengganti Tiya?
Dapat bahagia dengan orang lain sebab Tiya cuma milik
abang seorang? Tiya tak nak tengok Abang Kamal Tiya tu
bahagia?
Aku diam. Tekun memikirkan kata-kata Encik
Firdaus. Ada benarnya kata-kata itu. Mungkin ini boleh jadi
satu usaha untuk buat Abang Kamal lupakan aku.
Pandailah suami Tiya, ujarku senang sambil
menarik perlahan hidung Encik Firdaus yang mancung.
Kenapalah aku tidak berkir ke arah itu tadi?
Suami Tiya memang pandai, balas Encik Firdaus
sambil mengangkat kening.
Aku tersenyum. Memeluk erat tubuh Encik Firdausbersama satu helaan naas lega. Seperti kata Encik Firdaus,
aku mesti berkiran positi. Positi!
Abang bagi cadangan, kan? So, berjaya tolong
selesaikan masalah Tiya tak?
Aku mengangguk senang.
Angguk aje? Upahnya, tak ada?Ada, jawabku sepatah. Melihat senyum Encik
Firdaus pun sudah kutahu apa yang bermain di kepalanya.
7/30/2019 BYMTB
58/99
Biarkan YM Terus Berbicara
58
Ada?
Aku diam sambil buat-buat tidak dengar. Terusmemandang ke hadapan tanpa mengacuhkan soalan Encik
Firdaus. Tetapi cuma seketika apabila jemari Encik Firdaus
mula menggeletek pinggangku. Pantas aku bingkas bangun
lalu berlari menuju ke bilik. Meninggalkan Encik Firdaus
melayan tawanya.
7/30/2019 BYMTB
59/99
Hanni Ramsul
59
SELAMAT HARI LAHIR,
abang, ucapku bersama
senyuman yang mekar di
bibir.
Abang Kamal cuma menjawab dengan sekuntum
senyuman. Senyuman yang tidak begitu lebar. Pasti masih ada
rasa geram kepadaku.
Selamat hari lahir, Kamal. Encik Firdaus pula
menghulurkan ucapan.
Aku sekadar memerhati tangan Encik Firdaus yangerat menjabat tangan Abang Kamal.
Abang Kamal cuma mengangguk. Kemudian
melabuhkan punggung ke soa, bersama-sama dengan Encik
Firdaus.
Birthdayboy mana boleh serius sangat, tegurku
cuba mengusik Abang Kamal yang memang kelihatan serius.Abang Kamal tersenyum nipis. Memandang sekilas
kepada Encik Firdaus sebelum pandangannya jatuh ke
wajahku.
Bab7
7/30/2019 BYMTB
60/99
Biarkan YM Terus Berbicara
60
Tak perlu semua ni sebenarnya. Tiha pun tahu
abang bukan suka sambut benda-benda macam ni. Ini tidak,
Fir... tengoklah apa yang dah Tiha buat? Abang Kamal
bersuara.
Dengan nada kurang serius, tetapi aku yakin dia
memang bersungguh-sungguh dengan apa yang
diucapkannya itu. Cuma dia tidak mahu nanti Encik Firdaus
berkir yang bukan-bukan.
Aku tersengih. Mendengar bunyi pinggan disusundi ruang dapur rumah Abang Kamal, aku tahu Mia sedang
sibuk menyediakan hidangan makan malam. Aku yang
memaksa, dan seperti biasa, Abang Kamal terpaksa setuju
pada permintaanku. Terpaksa akur pada pujukanku. Mungkin
juga sebab Abang Kamal tidak mahu aku mengganggu waktu
malamnya selama tiga hari berturut-turut. Berkali-kali aku
meneleon memujuknya. Pelbagai alasan yang dia berikan
dan sudahnya dia terpaksa mengalah.
Tiha nak tolong Mia kejap. Aku bersuara sambil
mengangkat punggung. Meninggalkan Abang Kamal bersama
Encik Firdaus.
Perlahan aku menjenguk ke ruang makan. Mia
sedang leka menyusun hidangan. Hai, boleh tolong?
Mia mengangkat muka. Serentak senyum riang
terpamer di wajahnya. Diya, awal sampai. Hidangan belum
siap. Tapi, bagus juga you dah sampai. Kamal dah nak keluar
lagi tadi. Dia balik tadi, tengok you dengan Fir belum sampai,
dia tak nak duduk dalam rumah.
Aku tersenyum. Memandang hidangan makananbarat di atas meja. Pasti Mia sendiri yang sediakan.
Nak saya tolong apa-apa ke? Aku bertanya lagi.
Mia menggeleng.
7/30/2019 BYMTB
61/99
Hanni Ramsul
61
Dah hampir siap pun,andthanks ya... sebab tolong
pujuk sepupu you tu. I cakap I nak masakkan specialuntuk
birthday dia, terus dia reject. Kecil hati I tau. Mia terus
berceloteh. Sama laju dengan pergerakannya yang langsung
tidak nampak kekok berada di dapur. Cukup jelas
membuktikan bahawa dia sudah terlalu mahir di dapur.
Aku pula memandang kagum pada kelincahannya
juga pada hidangan yang tersedia. Awak masak semua ni?
Mia mengangguk dengan wajah berseri-seri.Nampak benar dia gembira dengan apa yang sedang dia
lakukan saat ini.
Tapi, dia sudi izinkan I masak semua ni pun, sebab
you yang pujuk dia. Kalau tak, memang dia tak nak celebrate
pun birthday dia. Evenorme, I nak jemput kawan-kawan
rapat yang lain pun dia tak bagi, tau.Aku diam sejenak. Kata-kata Mia bagai sedikit
berjauh hati. Walaupun itu semua ulangan luahan minggu
lepas, namun hati ini tetap tersentuh. Perlahan aku
melabuhkan punggung ke kerusi.
Abang Kamal memang macam tu. Dari dulu pun,
dia memang tak berapa suka sambut birthday sendiri. Tapi,
birthday orang, tak pula dia lupa. Dia cakap, dia tak nak
ingatkan diri sendiri yang umur dia dah makin tua. Aku
sedikit berseloroh.
Mia tersenyum kecil. Nasiblah Diya. Dah kita ni,
bertepuk sebelah tangan. Terpaksalah buat muka tebal
macam ni.
Aku pandang wajah Mia yang sedikit suram.Rasanya tidak wajar kata-kata itu meniti di bibir wanita yang
sesempurna Mia. Memang bodoh Abang Kamal, kalau dia
menolak wanita seperti Mia.
7/30/2019 BYMTB
62/99
Biarkan YM Terus Berbicara
62
Jangan cakap macam tu. Saya yakin Abang Kamal
tahu awak istimewa di matanya.
Mia tersenyum cuma. Mengangkat muka sambil
memandang wajahku. Tapi, tak seistimewa you, Diya. I tahu
dia masih belum boleh lupakan you. Setiap kali I bercerita
pasal you, I nampak ada cahaya bahagia dalam mata dia.
Youresolucky, Diya. Fir betul-betul crazyaboutyou. Kamal
pun sama.
Aku sedikit terkesan dengan luahan hati Mia. Tiba-tiba hati jatuh simpati kepada gadis di hadapanku ini. Mia,
mungkin Abang Kamal keras hati sikit. Tapi, saya nampak dia
dah mula bawa awak masuk ke dalam hidupnya. Dia tak
pernah ada kawan perempuan. Dan, dia tak pernah layan
perempuan seperti dia layan awak. Dia dah kenalkan awak
dengan mak long dan pak long.
Kenalkan sebagai rakan setugas. Sedikit hambar
Mia menyampuk.
Awak betul-betul cintakan Abang Kamal?
Mia tergelak halus.
I tak pernah seserius ni... cuma I tak nak
mendesak. I tak nak memaksa. Kalau ada jodoh antara kami,
I nak jodoh tu datang secara natural. Bukan kerana desakan
I, bukan kerana terpaksa, ujarnya perlahan.
Aku mengangguk perlahan. Kagum dengan
kesabaran Mia. Juga, sedikit geram dengan hati batu Abang
Kamal. Tidakkah Abang Kamal nampak betapa sempurnanya
wanita yang saban hari cuba memenangi hatinya ini?
Oh, ya. Jom tengok kek I buat. I buat cheesecake.Kalau untuk Fir dulu, wajib chocolatecake la, tapi you cakap
Kamal suka cheesecake, kan?
7/30/2019 BYMTB
63/99
Hanni Ramsul
63
Aku tersenyum. Sedikit kelat senyumanku tatkala
nama Encik Firdaus turut dibawa bersama. Adakah setiap kali
ulang tahun kelahiran Encik Firdaus, Mia akan sediakan kek
untuk lelaki itu?
Diya?
Aku termangu-mangu seketika. Kemudian segera
mengangkat punggung menuju ke arah ruang dapur basah.
Melihat kek yang dihias indah.
Cantik. Pujiku ikhlas. Cemburunya pada
kebolehan gadis ini.
Kalaulah saya pun pandai masak macam awak.
Aku bersuara lagi.
Mia ketawa kecil. Bolehlah. Mana ada benda
mustahil. You boleh belajarlah.
Aku tersenyum kecil. Terus memandang ukiran
kata-kata ucapan selamat hari lahir buat Abang Kamal.
Begitu sekali Mia mahu menyambut hari lahir Abang Kamal.
Semoga Abang Kamal menghargai setiap apa yang telah Mia
lakukan ini.
Semua dah siap. You duduk dulu. I panggil Kamal
andFir.Aku mengangguk. Memandang kosong pada
langkah Mia yang anggun menuju ke ruang tamu. Jauh di
sudut hati, aku ingin sekali berkebolehan seperti Mia. Mia
bagai ratu cantik yang berkebolehan dalam semua perkara.
Juga dihadiahkan dengan sekeping hati yang cukup baik.
Syukur tiada rasa cinta di hati Encik Firdaus untuk Mia.
Kalau tidak, tentu aku tidak akan mampu memiliki lelaki itu.
Jujurnya, aku tidak mampu menandingi Mia. Antara aku dan
Mia umpama langit dan bumi.
7/30/2019 BYMTB
64/99
Biarkan YM Terus Berbicara
64
ABANG bertuah. Mia sanggup lakukan semua ni, untuk
abang. Aku membuka bicara setelah makan malam berakhir.
Setelah sambutan hari ulang tahun kelahiran yang dibuat
serba ringkas itu berakhir.
Abang Kamal kulihat tersenyum cuma. Lebih
senang menikmati suasana malam dari halaman rumahnya
itu.
Mia meminta diri ke dapur untuk menghidangkan
sedikit pencuci mulut dan Encik Firdaus meminta diri ketandas. Kesempatan yang kurasakan sesuai untuk aku
katakan sesuatu kepada Abang Kamal.
So, apa pendapat abang tentang Mia tu? bisikku
perlahan sambil tersenyum nakal.
Abang Kamal sekadar menjongket bahu.
Membuat aku sedikit geram. Seperti tiada perasaan.Takkan abang tak rasa apa-apa?
Abang Kamal mencemik pula.
Well, bila ada seorang kawan yang begitu
bersungguh-sungguh nak adakan sesuatu yang istimewa
macam ni, untuk abang, memanglah ada rasa terharu sikit.
Lebih-lebih lagi dia sanggup minta tolong dari adik abangni.... Abang Kamal bersuara bersama nada menyindir di
hujungnya.
Kawan aje? soalku tanpa mempedulikan sindiran
Abang Kamal.
Abang Kamal mengangguk. Ya. Kawan aje.
Aku merengus geram. Abang janganlah keras hatisangat. Peluang untuk abang kenal gadis baik macam Mia tu,
cuma datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Jangan
sampai abang menyesal nanti.
7/30/2019 BYMTB
65/99
Hanni Ramsul
65
Abang Kamal tergelak kecil. Dah tukar kerja ya?
Aku kerutkan kening. Tukar kerja apa?Jadimatchmaker....
Aku tarik muncung. Sedikit geram dengan nada
main-main Abang Kamal.
Tiha seriuslah bang. Sampai bila nak membujang
macam ni? Dia sendiri yang cakap, tiap kali sambut birthday,
maknanya umur dah makin meningkat. Dah makin tua, tapitak pernah kir nak cari teman hidup. Aku mula mengomel.
Abang Kamal tersenyum lagi kemudian mengeluh
perlahan. Memandang wajahku dengan riak yang sedikit
serius. Biar makin tua. Jangan tersilap memberi harapan.
Aku pandang wajah Abang Kamal. Apa maksud
Abang Kamal? Tidak mngkin Abang Kamal masih
mengharapkan aku yang kini sudah pun bergelar isteri orang!
Kenapa abang cakap macam tu?
Tiha, terima kenyataan hidup mungkin mudah.
Tapi, nak padam apa yang ada dalam hati, tak mudah. Abang
tak mahu nanti baik abang atau Mia, kami sama-sama
menyesal dengan keputusan yang abang ambil. Abang tak
berani nak terima sesiapa selagi hati abang belum terbukauntuk sesiapa. Lebih-lebih lagi untuk gadis sebaik Mia.
Aku tunduk seketika. Sebegitu parahkah luka yang
aku tinggalkan di hati Abang Kamal? Perlahan aku
mengangkat muka. Memandang wajah Abang Kamal yang
tenang. Semuanya sebab Tiha ke, bang?
Abang Kamal tersenyum kecil. Dah tentulah bukan
sebab Tiha. Semuanya sebab abang. Kedegilan hati abang.
Abang boleh terima kenyataan yang Tiha memang bukan
milik abang. Tapi, hati abang tak boleh melupakan semua
7/30/2019 BYMTB
66/99
Biarkan YM Terus Berbicara
66
perasaan yang terbina sekian lama. Bila abang tak boleh
lupakan semua tu, macam mana abang nak terima Mia dalam
hidup abang? Tak adil bagi Mia, kan?
Kasihan Mia.
Kan ke lebih kasihan kalau abang terima dia hanya
semata-mata sebab abang nak buang Tiha dari hidup abang.
Itu lagi tak adil untuk dia, kan? Kalau abang tak berjaya
lupakan Tiha, apa akan jadi pada dia?
Aku mengeluh berat. Bila soal perasaan yang
dibincangkan, pastinya tiada satu kata putus yang melegakan
boleh diambil.
Bincang apa ni, serius betul muka?
Pantas aku berpaling. Melihat senyum lebar Mia
bersama sepiring oren yang sudah siap dipotong.
Sembang kosong. Pantas Abang Kamal menjawab.
Dapat kulihat senyum di bibir Mia seakan tidak
begitu ikhlas. Mungkinkah Mia mendengar perbualan kami?
Sungguh aku bersimpati dengan Mia. Dan, kenapa aku yang
menjadi punca Mia gagal mendapat cinta Abang Kamal?
Mungkinkah kalau aku menerima Abang Kamal, Mia masih
ada peluang untuk mendapatkan cinta Encik Firdaus? Tiba-tiba mindaku bergerak cukup jauh mencari konklusi. Satu
konklusi yang membuat jantungku berdetak laju. Mana
boleh! Encik Firdaus cuma milikku. Hanya akan menjadi
milikku sampai bila-bila!
Tiya?
Aku tersentak. Lamunanku pecah perlahan-lahan.
Encik Firdaus sudah pun berada di hadapanku.