-3'2 0 RENCANA ., PELUASAN KUALA LUMPUR SEJAK :~ " '·e······ TAHUN 189S"HINGGA TAHUN '19S4'" ';.'. . .
KuaL1 Lumpur, the flppro.ximnte boundaries of the munic:J.p31 arc.'l as tllty ~erc in 1895. J9Z4 anel 1954,
Ku~L1 Lumpur, the npproxim.ate boundaries of the munkapa~ area as they were in 1895. 19H and 1954,
Kuala Ll1lllpl1r~ tbe Jppro).illlate boundaTics of til(': mtloicapa~ ar<.'A'\ 115 they - wtre iu 1895, 192.-1 a~d 1951.
[FOTO BADAN WARISAN MALAYSIA]
Setiap bangunan memaparkan sejardh
, tersendiri meliputi reka bentuk, pemilikdan kegunaannya.
==3~r -~
BWM perkena/ projek
This Ku/ City dekatkan
generasi muda hayati warisan
ibu negara
D iteroka lebih 100 tahun lalu, Kuala Lumpur bermula dengan beberapa kawasan kejiranan, sejarah dan warisan tersendiri yang kemudian-
nya bergabung membentuk sebuah bandar dan akhirnya kini membentuk sebuah bandar raya yang melingkungi kawasan lebih luas.
Dengan setiap kawasan kejiranan menyimpan cerita masing-masing me-
, AZRAN ngenai kewujudanJAFFAR nya, sama ada di
------' bangunkan peneroazran<mbh,com.my ka, penjajah dan
pendatang, Kuala Lumpur adalah satu sejarah yang sahgat panjang.
Bukan sekadar melihat warisan sejarah yang ditinggalkan, kemajuan dicapai Kuala Lumpur dengan bentuk bangunan yang . semakin berubah selari kemodenan dialamijuga nilai dan pandangan yang berbeza dengan perubahan yang'berlaku sepanjang pembentukannya, ia turut meninggalkan
, cerita menarik untuk dirungkai. Sebagaimana bia a, bila bercakap
mengenai Kuala Lumpur, apa yang sering bermain di kepala adalah pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak serta Masjid Jamek dan selepas itu Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Kelab Selangor, namun tidak ramai yang bertanya terutama generasi muda masa kini kenapa wujud pertemuan kedua-dua sungai berkenaan, apa pentingnya pertemuan itu, kenapa Masjid Jamek berada di situ?
Perkara menarik untuk diteroka Begitujuga, tidak ramai yang bertanya mengapa Bangunan Sultan Abdul Samad dibina dan apakah kaitannya dengan Padang Kelab Selangor, juga apa yang menyebabkan terbinanya Kelab Selangor, siapa yang meIijadi ahli, kenapa kedudukannya di kawasan berkenaan dan perkara berkaitan yang sebenarnya cukup menarik untuk diteroka.
Kurangnya pertanyaan ini menyebabkan seolah tidak wujud kesatuan antara Kuala Lumpur dengan warganya, terutama golongan muda yang mana bila berbicara mengenai Jalan Aropang misalnya, apa yang mereka kenal adalah KLCC dan Menara Berkembar PETRONAS, begitu juga apabila menaiki sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan berhenti di KL Sentral apa yang mereka kenal adalah bangunan berkenaan sedangkan Brickfields itu sendiri ·mempunyai sejarah dan cerita menarik bagaimana ia dibangunkan dan apakah kaitan KL Sentral itu sendiri dengan sistem pengangkutan reI.
Pada mas a sama, Kuala Lumpur turut menyimpan senarai nama mereka yang terbabit membangun dan memajukannya. Dari Sultan Puasa ke Raja Abdullah, Yap Ah Loy ke Frank
® JUMAAT 10 APRIL 2015 • •
Swettenham, begitu juga dengan mereka yang datang untuk berniaga dan melombong bijih sehingga kepada mereka yang datang untuk meneroka penempatan baru ' di sekitar Kuala Lumpur.
Nama ini berterusan dan silih berganti sehingga kepada Kuala Lumpur yang ada pada mas a ini. lni semua adalah cerita menarik yang seharusnya membuka mata semua warganya untuk mengenali Kuala Lumpur dengan lebih dekat, selain institusi yang ada di sekitarnya yang dilihat dan diperhati setiap hari serta kadangkadang dikunjungi.
Dengan sejarah yang ada, kita turut melihat bagaimana sesuatu tempat itu berubah seperti Jalan Petaling yang asalnya dibuka masyarakat Cina dari China yang datang ke sini untuk mencari rezeki sehingga di gelar Chinatown, kini seolah-olah sudah hi-
•
CEiJl1J; I
til ; 110 APRIL 2015 '0 ,UMAAT
lang identitinya apabila kumpulan imigran lain pula membanjiri persekitarannya dan membentuk sua sana baharu di situ.
Segala cerita yang terkandung ini mengilhamkan Badan Warisan Malaysia (BWM) untuk menjayakan projek yang dinamakan This Kul City dengan kerjasama Royal Asiatic Society cawangan Malaysia (MBRAS) dan Think City Sdn Bhd (Think City), bagi mempromosikan sejarah moden Kuala Lumpur dengan merangkumkan warganya, kejiranannya, karektor dan pembangunannya bermula dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah sekitar tahun '1800 sehingga kepada kepesatan pembangunan yang dialami pada waktu ini.
Program selama 18 bulan Program pelbagai dimensi yang mengandungi elemen pemetaan budaya, pembabitan golongan muda dan dokumentasi sejarah ini akan berlangsung selama 18 bulan, antara tujuannya untuk memberikan rasa keberadaan dan sejarah terhadap Kuala Lumpur dalam kalangan warganya yang mana apabila mereka faham, secara tidak langsung akan mempertahankan nilai budaya dan warisan yang dimiliki ibu negara Malaysia itu.
"Apa yang kita harapkan dari program ini adalah supaya warga Kuala Lumpur lebih mengambil berat terhadap bandar raya mereka dan memperkenalkan Kua-
)')
Central Market
antara pusat tumpuan
peniaga menjana ekanomi di Kuala Lumpur.
la Lumpur kepada golongan muda yang dilihat lebih leka dengan gajet dan peralatan komunikasi, tetapi seolah tidak berhubung dengan bandar raya di mana mereka tinggal," demikian dijelaskan Pengarah Eksekutif BWM, Elizabeth Cardosa.
Sebanyak tiga aktiviti dirancang iaitu laluan penerokaan membabitkan tiga tempat iaitu Bukit Nanas yang akan diadakan pada 25 April ini bertemakan Hutan Di Dalam Bandar, juga lawatan ke
. Brickfields yang bertemakan Membina Pusat Bandar Bersejarah serta Masjid Jamek dan Padang (Dataran MeJ:deka) d~ngan tema Pusat Sejarah dan Sivik Kuala Lumpur.
Turut diadakan adalah siri syarahan umum yang membincangkan pengasas Kuala Lumpur, mereka yang membentuk Kuala Lumpur moden dan evolusi fizikal bandar raya Kuala Lumpur serta cerita hantu Kuala Lumpur yang akan diadakan pada bulan Oktober di mana warga Kuala Lumpur dijemput berkongsi fenomena menakutkan dan supernatural dialami yang akan dikumpul dan didokumenkan serta dipersembahkan dalam format bercerita.
Cardosa berkata, apa yang dimahukan agar warga Kuala Lumpur terutama golongan muda menyayangi bandar raya ini dan faham bahawa sesebuah bandar raya itu akan terus berkembang.
Sementara itu, Pengarah Program Think City, Lee Jia Peng, berkata projek ini cuba memberi nafas baharu kepada Kuala Lumpur dan sebagai satu sumbangan kepada generasi seterusnya.
Think City adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan bagi menerajui pertumbuhan semula bandar berasaskan komuniti manakala MBRAS adalah persatuan yang menjalankan tanggungjawab mengumpul, merekod dan menyebarkan maklumat berkenaan Malaysia, Singapura dan Brunei yang diterbitkan · dalam jurnal selain menjalankan aktiviti kesarjanaan.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi. dan Acara Khas BWM, Melanie Anthony, berkata lawatan ke Bukit Nanas yang menjadi pembuka tirai projek ini adalah untuk membolehkan peserta mengetahui apakah Bukit Nanas, apa yang terdapat di persekitarannya dan sejarah yang terkandung pada kawasan yang sebelum itu dikenali sebagai Bukit Gombak.
"Apa yang kami mahukanjuga adalah, melalui peIjalanan yang dilakukan se-
Gabungan kayu dan batu mewujudkan nilai dan cerita tersendiri mengenai Pejabat Pas Lama di Jalan Panggung, Kuala Lumpur. [FOTO SAIFULLlZAN TAMADlIBHJ
cara santai, peserta dapat berkongsi pengalaman mereka dan bertukar gambar sepanjang perjalanan itu yang dijangka bermula dari Muzium Telekom melalui media so sial," katanya.
Baru-baru ini dilaporkan sebuah terowong dipercayai berusia ratusan tahun sepanjang kira-kira 10 meter dari Bukit Nanas hingga ke Sungai Klang ditt~mui seorang kontraktor yang menjalankan tugas untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terowong berkenaan dipercayai sebahagian jaringan terowong yang hilang ditelan mas a dan pembangunan di kawasan· berkenaan.
Mendahiling teroka Kuala Lumpur Masyarakat Mendahiling antara kumpuIan yang meneroka Kuala Lumpur, menggunakan terowong sempit itu sebagai laluan rahsia sewaktu berlangsungnya Perang Saudara Selangor pada tahun 1868 hingga tahun 1871. Masyarakat berkenaan mendiami bukit itu yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Gombak pada pertengahan kurun ke-19. Di sini juga letaknya Bagas Godang (Rumah Besar) dan juga kubu pertahanan Raja Asal, ' pemimpin perang masyarakat berkenaan.
Raja Asal dan masyarakatnya menanam pokok hanas di sekeliling kubu pertahanan berkenaan sebagai penghalang kepada musuh kaumnya yang berkaki ayam, sementara terowong itu dijadikan sebagai tempat menyimpan senjata, makanan serta harta benda, selain sebagai pos strategik apabila mereka melancarkan serangan mengejut dan juga sebagai laluan menyelamatkan diri.
lni adalah antara kisah menarik yang terkandung di Bukit Nanas yang kini ' antara rimba di tengah-tengah bandar raya yang masih bertahan dan kata Cardosa, kita tidak tahu berapa lama hutan ini akan bertahan dan melalui lawatan yang dirancang, ia akan memberikan satu pandangan baharu kepada warga Kuala Lumpur terhadap apa yang ada di sekitar mereka.
Melalui projek dirancang BWM dengan rakannya itu, apa yang diharap adalah warga Kuala Lumpur yang membesar dan seterusnya melihat segala perubahan yang berlaku akan lebih memahami sejarah sesequah penempatan, bangunan, institusi dan segala yang berkaitan dengan bandar raya yang mereka diami dari sudut pandangan yang lebih luas.
RENCANA 33
II
Apa yang kita harapkan supaya warga Kuala Lumpur lebih mengambil berat terhadap bandar rciya mereka dan memperkenalkan Kuala Lumpur kepada golongan muda yang dilihat lebih leka dengan gajet dan peralatan komunikasi, tetapi tidak berhubung dengan bandar raya di mana mereka tinggaf"
Elizabeth Cardosa, Pengarah Eksekutif BWM
DENGAN KERIASAMA
Program pembelajaran Bahasa Mandarin ini diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan China. Program
inj akan disiarkan sehingga 31 Oisember 2~15 .
Panduon menggunokon aplikosi AR untuk ton ton video
1 . '\ ) o _tuRIn
aplikasi di App Store dan GoogIe Play
dengan kata kunci carianZOO-
Top Related