RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 3
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti : Boneka
Tajuk : Boneka jari
Masa : 60 minit
Objektif Modul : Guru dapat mengajar murid menghasilkan boneka jari. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. Menghasilkan boneka jari.2. Menghias boneka jari menggunakan warna magik.
Keperluan : 1. Alat : gunting, 2. Bahan : gam, kelongsong telur, butang, warna magik 3. Rujukan : Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR, Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR
Prosedur : 1. Guru menentukan aras pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
2. Guru merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan Teori Kecergasan Pelbagai, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
3. Guru memulakan aktiviti dengan menjalankan set induksi. 4. Guru menunjuk cara dan membimbing murid menghasilkan
boneka jari. 5. Pembelajaran diakhiri dengan Sesi Apresiasi dan Refleksi.
BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI
PENGAJARANDAN
PEMBELAJARAN
Set Induksi :
Guru manunjukkan lakonan cerita arnab dan kura-kura dengan menggunakan boneka jari.
Murid menghayati cerita tersebut. Kontekstual
Aktiviti 1 :
Guru menyenarai bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan boneka jari.
- kelongsong telur- gam- warna magik- butang
Aras 1 :
Murid mengetahui bahan yang akan digunakan dalam penghasilan boneka jari.
KBKK – kritismencirikan
Aktiviti 2 :
Guru menunjukkan langkah-langkah menghasilkan boneka jari menggunakan kelongsong telur
- mewarna- menampal butang- menghias
Aras 2 :
Murid mengetahui cara-cara menghasilkan boneka jari mengikut urutan.Murid memahami bahawa perlunya ada sifat kesabaran dan kelembutan ketika mewarna kelongsong telur.
Pembelajaran Masteri
Aktiviti 3 :
Guru membimbing murid mewarna kelongsong telur dengan menggunakan warna yang sesuai.
Aras 3 :
Murid dapat membuat boneka jari menggunakan kelongsong telur.
Murid menghias mata boneka menggunakan tampalan butang.
KBKK - KreatifMenjana idea
Sesi Apresiasi dan Refleksi :
Guru meminta murid menyarung serta berbual dengan rakan menggunakan boneka jari .
Murid menggayakan boneka jari sambil bergembira.
TKPInterpersonal
Top Related