2.0 KONSEP AYAT TERBITAN
Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada sesuatu
ayat yang lain, kecuali ayat itu memang sama dengan ayat dasar. Ayat yang
sedemikian wujud pada peringkat struktur dalaman atau struktur dasar, dan wujud
dalam bentuk yang menyerupai pada peringkat struktur permukaan.
Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya
suatu proses gramatis, iaitu melibatkan perlaksaan rumus transformasi, yang
befungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur
dalam ayat atau frasa. Proses penerbitan dilakukan melalui proses transformasi
yang terjadinya pengguguran, penyusunan semula, atau perluasan kepada unsur-
unsur struktur dalaman.
2.1 Proses Pengguguran
Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan
pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan sesuatu ayat merupakan proses
pengguguran ayat. Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utama
iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan
pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.
2.1.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek.
Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu
pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah,
dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
(i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang
kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan. Lihat seperti
contoh dibawah:
1. Kamu keluar – Keluar!
2. Awak semua pergi dari sini – Pergi dari sini!
3. Anda boleh masuk sekarang – Boleh masuk sekarang.
Proses pengguguran frasa nama boleh diterangkan secara rajah
pohon dibawah.
Subjek + Prediket + Predikat
A
S P
FN FK
KN KK
kamu keluar
Kata ganti nama orang kedua.
transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek.
A
S P
FN FK
KN KK
keluar
Frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti nama diri
orang kedua, iaitu kamu, anda, engkau, tuan, dan awak.
(ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa, yang diberi
tanda “i” dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk dibawah,
maka subjek frasa nama yang sama itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa
nama yang diawal ayat majmuk tersebut. Sebagai contoh:
Dia ͥ sangat pandai + Dia ͥ rajin belajar.
Dia ͥ sangat pandai kerana dia ͥ rajin belajar.
Dia ͥ sangat pandai kerana rajin belajar.
Dalam situasi ini, dia dalam ayat digugurkan oleh sebab dia dalam
kedua-dua ayat merujuk orang yang sama. Rajah pohon dibawah
menjelaskan lagi proses pengguguran itu terjadi.
A
Aı KH A²
S P S P
FN FA FN FA
dia ͥ sangat pandai kerana dia ͥ rajin belajar
transformasi pengguguran
frasa nama sebagai subjek
yang serupa.
A
Aı KH A²
S P S P
FN FA FN FA
dia ͥ sangat pandai kerana rajin belajar
2.1.2 Pengguguran Frasa Predikat
Seluruh bahagian frasa predikat boleh digugurkan sepertimana yang berikut:
(i) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat.
Frasa adjektif terdiri daripada salah satu yang berikut:
(a) Frasa Kerja
(b) Frasa Nama
(c) Frasa Adjektif
(d) Frasa Sendi Nama
Jika ada penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk
gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir
boleh digugurkan. Contohnya dapat kita lihat di bawah.
(a) Frasa kerja yang serupa.
Ayat 1 = Adik Ali belajar di England.
Ayat 2 = Sepupunya belajar di England.
Ayat majmuk gabungan = Adik Ali belajar di England dan
sepupunya belajar di England.
Pengguguran = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
(b) Frasa nama yang serupa.
Ayat 1 = Bendera Malaysia lambang negara.
Ayat 2 = Lagu kebangsaan lambang negara.
Ayat majmuk gabungan = Bendera Malaysia lambang negara
dan lagu kebangsaan lambang negara.
Pengguguran = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan
lambang negara.
(c) Frasa adjektif yang serupa.
Ayat 1 = Adik saya sangat rajin.
Ayat 2 = Adik Ali sangat rajin.
Ayat majmuk gabungan = Adik saya sangat rajin dan adik Ali
sangat rajin.
Pengguguran = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
(d) Frasa sendi nama yang serupa.
Ayat 1 = Dia masih di kampung.
Ayat 2 = Isterinya masih di kampung.
Ayat majmuk gabungan = Dia masih di kampung dan isterinya
masih di kampung.
`Pengguguran = Dia dan isterinya masih di kampung.
(ii) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Beberapa bahagian frasa predikat boleh juga mengalami proses
pengguguran. Antaranya:
(a) oleh + FN dalam ayat pasif.
(b) Kata bantu yang serupa.
(c) FN sebagai objek yang serupa
(d) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna
adjektif.
(a) Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif.
Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja
boleh digugurkan. Contohnya:
Ayat = Dia dipukul oleh bapanya.
Pengguguran = Dia dipukul.
(b) Pengguguran kata bantu yang serupa.
Kata-kata bantu yang sama hadir dalam predikat frasa kerja dan
predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja,
iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat yang digabungkan.
Ayat 1 = Dia boleh menyanyi.
Ayat 2 = Dia boleh menari.
Ayat majmuk = Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.
Pengguguran = Dia boleh menyanyi dan menari.
(c) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.
Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa
dalam ayat yang digabungkan, objek itu digugurkan sehingga tinggal
satu sahaja, iaitu objek yang di belakang atau yang terakhir. Contoh
yang dapat kita lihat ialah:
Ayat 1 = Daud memukul penjahat itu.
Ayat 2 = Daud menumbuk penjahat itu.
Ayat majmuk = Daud memukul penjahat itu dan Daud
menumbuk penjahat itu.
Pengguguran = Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.
(d) Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang
membawa makna adjektif.
Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan
selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Antara
kata-kata kerja yang dimaksudkan ialah:
mempesonakan menghairankan
menakjubkan menghampakan
menggembirakan memilukan
mendukacitakan mengghairahkan
Kesemua kata kerja diatas menggambarkan perasaan tertentu
yang boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat,
dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya
terdiri daripada kata ganti nama orang pertama. Contohnya:
Ayat = Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.
Pengguguran = Kejadian itu sungguh menakjubkan.
2.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif.
Apabila dua ayat digabungkan bersama, dengan satu ayat dipancangkan ke
dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa
mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contohnya:
Ayat 1 = Orang tua itu bapa saya.
Ayat 2 = Orang tua itu memakai serban.
Ayat Majmuk = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
Pengguguran = Yang memakai serban itu bapa saya.
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif diatas berlaku
dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses yang sama seperti itu
berlaku juga terhadap frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam
kedudukannya sebagai objek. Contohnya:
Ayat 1 = Adiknya memilih beg itu.
Ayat 2 = Beg itu biru.
Ayat Majmuk = Adiknya memilih beg yang biru itu.
Pengguguran = Adiknya memilih yang biru itu.
2.1.4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama.
Kata nama yang ada dalam binaan frasa nama, KNinti + Penerang, boleh
digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian
penerangnya sahaja, yang munbkin bukan daripada kelas kata nama.
Contohnya, kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang
mengandungi kata nama kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut,
dan kata kerja bersenam sebagai penerang. Kata nama kegiatan dalam ayat
tersebut boleh digugurkan. Sebagai contoh:
Ayat 1 = Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Pengguguran = Bersenam boleh menyihatkan badan.
2.2 Proses Penyusunan Semula
Proses penyusunan semula merupakan satu lagi proses penerbitan ayat dalam
bahasa Melayu. Proses penyusunan semula ini bermaksud bentuk perkataan dalam
ayat asal diubah susunannya. Selepas itu, diterbitkan semula dalam satu struktur
ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini mengakibatkan
berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu, dan penggantian atau
penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses ini
tidak membawa perubahan makna ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:
a. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
b. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
c. Penyusunan semula melalui ayat songsang.
2.2.1 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek.
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek berlaku melalui proses
transformasi pasif. Sebagai contoh:
(a) Ali menendang bola itu.
(b) Bola itu ditendang oleh Ali.
Ayat (a) ialah ayat aktif. Subjeknya “Ali” dan objeknya “bola”.
Sebaliknya ayat (b) ialah ayat yang telah dipasifkan, yang terjadinya frasa
nama “bola” itu berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk
menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara subjek asalnya
“Ali” dalam ayat (a) telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja.
Imbuhan kata kerja juga berubah menjadi meN- digantikan dengan di- dan
kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Ali.
2.2.2 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek.
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayat-ayat
yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Sebagai
contoh:
(a) Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.
Dalam ayat diatas, frasa nama yang berkedudukan secara langsung
selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat, manakala frasa nama yang
mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi.
Ahmad – objek tepat.
Sebuah buku – objek sipi.
Namun ayat ini boleh disusun semula melalui proses transformasi.
Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian
akhir dengan didahului kata sendi nama kepada, dan meletakkan frasa nama
objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek
tepat yang baharu. Kata kerja berubah juga bentuknya, iaitu dari imbuhan –i
pada kata kerja, jika ada, digantikan dengan imbuhan –kan jika kata dasar
kata kerja tersebut adalah kata kerja. Dibawah merupakan contoh ayat diatas
tadi yang sudah melalui proses penyusunan semula frasa nama sebagai
objek:
i. Ayat asal / ayat aktif:
Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.
ii. Ayat Pasif
Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
2.2.3 Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang.
Proses penyusunan semula berlaku juga dalam ayat songsang. Ayat yang
mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat,
keterangan musabab, dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila
keterangan itu hendak ditekankan atau difokuskan. Sebagai contoh:
a) Orang tua itu pergi ke sungai.b) Ke sungai orang tua itu pergi.
Keterangan tempat ke sungai ingin difokuskan dalam ayat diatas. Jadi,
berlakulah proses penyusunan semula. Keterangan dalam ayat tersebut di
hadapankan seperti yang terdapat dalam ayat diatas.
Begitu juga jika kata kerja ingin difokuskan, maka kata kerja dalam
ayat diatas dikedepankan. Sebagai contoh:
c) Pergi ke sungai orang tua itu.
2.3 Proses Peluasan
Satu lagi proses penerbitan ayat iaitu jenis yang menambahkan unsur-unsur dalam
ayat yang baharu, dan proses ini biasanya disebut peluasan ayat. Terdapat
beberapa jenis peluasan dalam bahasa Melayu, iaitu:
i. Peluasan frasa nama sebagai subjek.
ii. Peluasan frasa predikat.
iii. Peluasan dengan kata hubung.
iv. Peluasan melalui proses komplementasi.
2.3.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek.
Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu
proses perncangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada
subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan
menggunakan kata relati yang. Contohnya:
Ayat 1 = Budak itu adik saya.
Ayat 2 = Budak itu membaca buku.
Budak yang membaca buku itu adik saya.
Contoh lain:
Ayat 1 = Orang itu sudah pulih.
Ayat 2 = Orang itu sakit.
Orang yang sakit itu sudah pulih.
Harus diingat bahawa proses relativisasi hanya boleh berlaku apabila
kedua-dua subjek frasa nama itu serupa. Berikut merupakan contoh ayat
yang tidak mempunyai subjek frasa nama yang serupa tetapi melalui proses
relativisasi.
Ayat 1 = Lelaki itu sudah pulih.
Ayat 2 = Ibu itu sakit.
*Lelaki yang ibu itu sakit sudah pulih.
2.3.2 Peluasan Frasa Predikat.
Dalam peluasan yang melibatkan subjek, frasa nama yang hendak
direlativisasikan mestilah berfungsi sebagai subjek. Begitu juga keadaannya
bagi peluasan yang melibatkan frasa predikat. Frasa nama yang akan
mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang
akan dipancangkan. Contohnya:
Ali mengusik budak itu.
Budak itu cantik.
(relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu.
Contoh lain:
Kami membeli rumah itu.
Rumah itu besar.
(relativisasi) Kami membeli rumah yang besar itu.
Sebagaimana yang diperjelaskan, frasa nama dalam ayat yang
dipancangkan hendaklah berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan
tersebut untuk memungkinkan proses relativisasi terlaksana. Perhatikan
contoh yang berikut:
Mereka menaiki kereta itu.
Ali membeli kereta itu.
(relativisasi) *Mereka menaiki kereta yang Ali membeli itu.
Hanya sesudah ayat yang kedua atau ayat yang akan dipancangkan
itu mengalami proses pasif, barulah pembentukan ayat relatif melalui
transformasi relativisasi menjadi gramatis, seperti contoh dibawah:
Mereka menaiki kereta itu.
Ali membeli kereta itu.
(pasif) Kereta itu dibeli oleh Ali.
(relativisasi) Mereka menaiki kereta yang dibeli oleh Ali.
2.3.3 Peluasan dengan Kata Hubung.
Peluasan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat yang
melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung
seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun, dan sebagainya. Setiap kata
hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk
menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan. Contohnya:
Ayat 1 = Ali berbasikal ke sekolah.
Ayat 2 = Osman berbasikal ke sekolah.
Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.
Contoh lain:
Ayat 1 = Fatimah hendak pergi ke bandar.
Ayat 2 = Lucy tidak mahu ke bandar.
Fatimah mahu pergi ke bandar tetapi Lucy tidak mahu pergi.
2.3.4 Peluasan melalui Proses Komplementasi.
Peluasan boleh juga terjadi melalui proses komplementasi, iaitu proses yang
mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan memancangkannya
pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat
tersebut. Perhatikan ayat dibawah.
Dia melaporkan sesuatu.
Ali sakit tenat.
Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
Ayat “Ali sakit tenat” berubah fungsinya menjadi frasa nama dan
dipancangkan kepada binaan “Dia melaporkan sesuatu...”. Perkataan bahawa
dimaksudkan sebagai tanda berlakunya proses komplementasi.
3.0 PENGANALISIAN JENIS FRASA DALAM AYAT.
Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu. Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-muih. Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil. Kaki kirinya patah. Doktor dan jururawat merawat Fatihah. Kakinya yang patah itu disimen. Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh.
3.1 Analisis ayat pertama.
Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu.
Subjek Predikat
Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu
a) Pada suatu hari Fatihah = Frasa
nama
i. pada suatu hari = Keterangan
ii. pada = Kata sendi nama
iii. suatu = Kata bilangan
iv. hari = Kata nama
b) Fatihah = Frasa nama
a) pergi ke pasar minggu = Frasa
Kerja
i. pergi = Kata kerja
ii. ke = Kata sendi nama
iii. pasar minggu = Kata
nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah Fatihah. Fatihah merupakan kata nama dan menjadi
inti dalam frasa nama. Manakala predikat bagi ayat ini ialah “pergi ke pasar minggu
pada suatu hari”. Frasa sendi nama iaitu “pada suatu hari” telah mengalami proses
pendepanan iaitu dalam susunan ayat songsang.
3.2 Analisis ayat kedua.
Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-muih.
Subjek Predikat
Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-
muih.
a) Dia = Frasa nama a) hendak membeli = Frasa kerja
i. hendak = Kata bantu
ragam
ii. membeli = Kata kerja
b) buah-buahan dan kuih-muih = Frasa nama
iii. buah-buahan = Kata nama
iv. kuih-muih = Kata nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah “dia” yang merupakan kata nama dan menjadi inti di
dalam frasa nama. Manakala predikatnya pula ialah “hendak membeli buah-buahan
dan kuih-muih” yang merupakan frasa kerja. Perkatan “membeli” yang hadir selepas
kata bantu ragam “hendak” merupakan kata kerja.
3.3 Analisis ayat ketiga.
Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil.
Subjek Predikat
Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil.
a) ketika dia berjalan, dia = Frasa
nama
i. ketika dia berjalan =
Keterangan
ii. ketika = Kata hubung
pancangan
iii. dia = Kata nama
iv. berjalan = Kata kerja
b) dia = Kata nama
a) dilanggar oleh sebuah lori kecil = Frasa kerja
i. dilanggar = Kata kerja
ii. oleh = Kata sendi nama
iii. sebuah = Kata bilangan
iv. lori kecil = Kata nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah “ketika dia berjalan, dia” yang merupakan frasa
nama bagi ayat ini. Inti dalam frasa nama ini ialah kata nama “dia”. Manakala
predikat bagi ayat ini pula ialah “dilanggar oleh sebuah lori kecil” yang merupakan
frasa kerja. Perkataan “dilanggar” merupakan kata kerja dan “lori kecil” merupakan
kata nama yang berperanan sebagai objek bagi kata kerja tersebut. Objek ini
berfungsi sebagai penerang kepada perkataan dilanggar.
3.4 Analisis ayat keempat.
Kaki kirinya patah.
Subjek Predikat
Kaki kirinya patah.
a) kaki kirinya = Frasa nama
i. kaki = Kata nama
ii. kirinya = Penerang adjektif
a) patah = Frasa adjektif
i. patah = Kata adjektif
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Subjek bagi ayat keempat ini ialah “kaki kirinya” yang merupakan frasa nama
dalam ayat tersebut. “kaki” merupakan kata nama dan menjadi inti dalam frasa nama
tersebut. Manakala predikatnya pula ialah “patah” yang merupakan frasa adjektif
dalam ayat ini. Perkataan “patah” merupakan kata adjektif dalam frasa adjektif.
3.5 Analisis ayat kelima.
Doktor dan jururawat merawat Fatihah.
Subjek Predikat
Doktor dan jururawat merawat Fatihah.
a) doktor dan jururawat = Frasa
nama
i. doktor = Kata nama
ii. dan = Kata hubung
iii. jururawat = Kata nama
a) merawat Fatihah = Frasa kerja
i. merawat = Kata kerja
ii. Fatihah = Kata nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah “doktor dan jururawat” yang merupakan frasa nama
dalam ayat ini. Terdapat dua inti bagi frasa nama ini iaitu doktor dan jururawat.
Apabila dihubungkan dengan kata hubung ‘dan’ maka terbentuklah frasa nama bagi
subjek. Manakala predikat bagi ayat ini ialah “merawat Fatihah” yang merupakan
frasa kerja bagi ayat ini. Perkataan “merawat Fatihah” ini merupakan frasa kerja
transitif dengan objek dimana kata kerja disusuli dengan kata nama sebagai objek.
3.6 Analisis ayat keenam.
Kakinya yang patah itu disimen.
Subjek Predikat
Kakinya yang patah itu disimen
a) kakinya yang patah itu = Frasa
nama
i. kaki = Kata nama
ii. nya = Unsur keterangan
iii. yang = Kata hubung relatif
iv. patah = Kata adjektif
v. itu = Penentu belakang
a) disimen = Frasa kerja
i. disimen = Kata kerja
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah “kakinya yang patah itu” yang merupakan frasa
nama bagi ayat ini. Frasa nama “kaki” ialah kata nama dan mempunyai unsur
keterangan iaitu kata pembenda “–nya”. Dalam bahagian subjek ini ada juga frasa
adjektif dimana boleh dilihat dalam ayat “yang patah itu”. Perkataan “yang”
merupakan kata hubung relatif bagi bersambung dengan kata adjektif “patah” dan
disusuli pula dengan penentu belakang “itu”. Melihat pula dalam bahagian predikat
dimana perkataan “disimen” merupakan frasa kerja.
3.7 Analisis ayat ketujuh.
Doktor memeriksa kesihatan Fatihah.
Subjek Predikat
Doktor memeriksa kesihatan Fatihah.
a) doktor = Frasa nama
i. doktor = Kata nama
a) memeriksa = Frasa kerja
i. memeriksa = Kata kerja
b) kesihatan Fatihah = Frasa nama
ii. kesihatan = Kata nama
(inti)
iii. Fatihah = Kata nama
(penerang)
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah “doktor” yang merupakan frasa nama bagi ayat ini.
Perkataan ini merupakan inti bagi frasa nama dalam bahagian subjek. Predikat bagi
ayat ini ialah “memeriksa kesihatan Fatihah” yang merupakan frasa kerja dimana
kata kerja “memeriksa” itu kata dasarnya daripada perkataan “periksa” dan disusuli
pula dengan kata nama “kesihatan Fatihah”. “kesihatan Fatihah” dipecahkan kepada
dua bahagian dimana “Fatihah” merupakan penerang kepada kata nama inti
“kesihatan” dalam bahagian predikat.
3.8 Analisis ayat kelapan.
Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh.
Subjek Predikat
Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya
lekas sembuh.
a) jururawat pula = Frasa nama
i. jururawat = Kata nama
(inti)
ii. pula = Penerang
a) memberi ubat = Frasa kerja
i. memberi = Kata kerja
ii. ubat = Kata nama (objek)
b) kepada Fatihah = Frasa sendi
nama
i. kepada = Kata sendi
ii. Fatihah = Kata nama
c) supaya lekas sembuh = Frasa
keterangan
Frasa Nama + Frasa Kerja
Subjek bagi ayat ini ialah “jururawat pula” yang merupakan frasa nama dalam
bahagian subjek ayat ini. Inti bagi frasa ini ialah “jururawat” manakala “pula”
merupakan penerang kepada inti tersebut. Predikatnya pula ialah “memberi ubat
kepada Fatihah supaya lekas sembuh” yang merupakan frasa kerja dalam
bahagian predikat ayat ini. Frasa utama bagi predikat ini ialah frasa kerja. Frasa
kerja ini pula terbahagi kepada dua iaitu frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa
kerjanya ialah “memberi ubat” dan frasa sendi nama ialah “kepada Fatihah
supaya lekas sembuh”. Perkataan “memberi” merupakan kata kerja dan menjadi
inti bagi frasa kerja dan “ubat” ialah kata nama yang berfungsi sebagai objek
kerana frasa ini merupakan frasa kerja dengan objek. Bagi frasa kedua, “kepada”
Top Related