INSTITUT TEKNOLOGI MARA FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
MAC 1998
Adalah disyorkan bahawa Kajian Akhir ini yang disediakan
oleh
ANUAR B. SULAIMAN
bertajuk
KAJIAN LALUAN BASIKAL USJ 2, UEP SUBANG JAVA SELANGOR DARUL EHSAN
diterima sebagai memenubi sebahagian dari syarat untuk
memperolehi Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Penyelia
Koordinator
KetuaKursus :
HJ. YUSOF
(Nama)
KAJIAN LALUAN BASIKAL USJ 2, UEP SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
OLEH
ANUAR B.SULAIMAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Fakuiti Senibina, Perancangan dan Ukur
Institut Teknologi Mara Shah Alam Mac 1998
COPYRIGHT UiTM
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi, kerana dengan limpah kurnia dapat saya
menjalankan dan meyiapkan kajian ini dengan sempurna pada waktu yang telah
ditetapkan.
Dengan kesempatan yang ada ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih
kepada Penyeiia Kajian Profesor Madya Wan Mohamed Yusof Bin Abdullah di
atas segala sumbangannya terhadap kajian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak tertentu seperti Majlis
Perbandaran Subang Jaya dan Sime UEP Properties kerana member! bantuan
dalam bentuk sumber maklumat serta penerangan mengenai kajian ini.
Akhir sekali ucapan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah Perancangan
Bandar ITM, Shah Alam dan pelajar Diploma Perancangan Bandar semester
akhir tahun 1998.
COPYRIGHT UiTM
ABSTRAK
Kemudahan pengangkutan di sesuatu kawasan adalah penting untuk kemudahan orang ramai melakukan pergerakan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Berbagai jenis pengangkutan disediakan untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Namun begitu terdapat pelbagai masalah yang timbul akibat daripada permasalahan peningkatan kenderaan bermotor yang tinggi ini. Masalah-masalah ini boleh di bahagikan kepada tiga aspek iaitu dari segi fizikal, sosial dan ekonomi. Masalah ini juga berkait rapat dengan isu alam sekitar. Oleh itu satu kajian perlu di jalankan untuk mengurangkan kadar kesesakan yang semakin meruncing di jalanraya.Kawasan perumahan juga tidak ketinggalan di dalam menghadapi masalah ini. Alternatif yang dikenalpasti adalah dengan menggalakkan penggunaan basikal sebagai pengangkutan untuk jarak yang dekat. Selain daripada berperanan penting di dalam kawasan perumahan , penggunaan basikal juga boleh di luaskan penggunaannya di dalam bandar. Bagi menjayakan saranan ini, perlu disediakan laluan basikal yang mampu menarik orang ramai untuk menggunakannya. Aspek-aspek keselamatan dan keselesan perlu dititikberatkan di dalam membuat perancangan laluan basikal. Dengan perancangan yang baik dan teliti , tidak mustahil basikal menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain pada jarak yang dekat.
COPYRIGHT UiTM
Penghargaan Abstrak Senarai Kandungan Senarai Jadual viii Senarai Rajah x Senarai Lampiran xii
KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Kenyataan Masalah 2
1.3 Tujuan dan Objektif 3
1.3.1 Tujuan 3
1.3.2 Objektif 4
1.4 Skop Kajian 5
1.5 Pendekatan Kajian 6
BAB 2 KAJIAN TEORITIKAL
2.1 Pengenalan 10
2.1.1 Definisi Pengangkutan 12
2.1.2 Sejarah Perkembangan Pengangkutan 13 2.2 Kesan Penggunaan Basikal Ke atas Persekitaran 17
2.3 Faktor-Faktor Penyediaan Kemudahan Laluan Basikal 19
2.4 Konsep Perancangan Laluan Basikal 22
2.5 Kriteha-Kriteria Menilai Perancangan Laluan Basikal 25
111
COPYRIGHT UiTM
2.6 Prinsip-Prinsip Perancangan Lokasi Pembinaan Trek
Basikal 26
2.7 Jenis-JenisTrek Basikal 27
2.8 Pengalaman Negara-Negara Yang Telah mempraktikkan
Penggunaan Basikal Di Dalam Bandar 30
2.8.1 Maklum Balas Pengguna 30
2.8.2 Penurunan Kadar Kemalangan 31
2.8.3 Cara Periaksanaan 33
2.8.4 Konsep Pengurusan 34
2.9 Pengalaman Malaysia Di dalam Menyediakan Laluan
Basikal 35
2.10 Rumusan 35
BAB 3 KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Kawasan Kajian 37 3.3 Sejarah Penubuhan UEP Subang Jaya 41 3.4 Laluan-Laluan Yang Dipilih 43
3.4.1 Kawasan 1 43
3.4.2 Kawasan 2 46
3.4.3 Kawasan 3 49
3.4.4 Kawasan 4 53
3.5 Rumusan 56
COPYRIGHT UiTM
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Di Kalangan Pelajar Sekolah 58
4.2.1 Umur Responden 59
4.2.2 Cara Pelajar Ke Sekolah 60
4.2.3 Jarak Perjalanan Responden Antara Runnah
Ke Sekolah 62
4.3 Analisis Pelajar yang Menunggang Basikal Ke sekolah 63
4.3.1 Sebab Menggunakan Basikal Ke sekolah 64
4.3.2 Laluan Utama Penunggang Basikal 65
4.3.3 Keterjaminan Keselamatan Pengguna 66 4.3.4 Cara Menunggang Basikal 68
4.3.5 Pendapatan Pelajar Berhubung Laluan Khas Basikal 70
4.4 Pelajar Yang Tidak Menunggang Basikal Ke sekolah 71 4.4.1 Sebab Tidak Menunggang Basikal 72
4.4.2 Pendapat Sekiranya Disediakan Laluan Basikal 74
4.4.3 Destinasi Menunggang Basikal Selain Daripada
Sekolah 75
4.4.4 Pendapat Sekiranya Disediakan laluan Basikal 78
4.5 Analisis Penunggang Basikal Di kalangan Orang Awam 80
4.5.1 Bangsa Penunggang Basikal 80
4.5.2 Jantina Penunggang Basikal 82
4.5.3 Peringkat Umur Pengguna 83
COPYRIGHT UiTM
4.5.4 Tujuan Perjalanan 85
4.5.5 Jarak Tunggang Basikal 86
4.5.6 Sebab Menggunakan Basikal 88
4.5.7 Kekerapan Menunggang Basikal 89
4.5.8 Pendapat Berhubung Dengan Keselamatan 91
4.5.9 Pendapat Sekiranya Laluan Basikal Di sediakan 91
4.6 Gunatanah Semasa 93
4.7 Topografi 93
4.8 Laluan Yang Sering Dilalui Oleh Penunggang 96
4.9 Penemuan Kajian 97
4.10 Rumusan 102
BAB 5 CADANGAN
5.1 Pengenalan > 104
5.2 Konsep Cadangan 105
5.3 Cadangan Laluan Basikal Di USJ 2 Subang Jaya 108
5.4 Cadangan Laluan Basikal 110
5.4.1 Kawasan 1 111
5.4.2 Kawasan 2 116
5.4.3 Kawasan 3 121
5.4.4 Kawasan 4 126
5.5 Cadangan Landskap 132
5.6 Rumusan 137
Bibliografi
COPYRIGHT UiTM
SENARAI JADUAL
Jadual 1.1 Jadual Kajian 9 Jadual 4.1 Umur Responden 59
Jadual 4.2 Cara Pelajar Ke Sekolah 61 Jadual 4.3 Perbandingan Jumlah Pelajar Yang Menunggang Basikal
Ke Sekolah 62
Jadual 4.4 Jarak Perjalanan Responden Antara Rumah
Ke Sekolah 63
Jadual 4.5 Sebab Menggunakan Basikal Ke Sekolah 64
Jadual 4.6 Laluan Utama Penunggang Basikal 65
Jadual 4.7 Keterjaminan Keselamatan Pengguna 67
Jadual 4.8 Cara Menunggang Basikal 69
Jadual 4.9 Pendapat Pelajar Berhubung Laluan Khas Basikal 71
Jadual 4.10 Sebab Tidak Menunggang Basikal Ke Sekolah 73
Jadual 4.11 Pendapat Sekiranya Disediakan Laluan Basikal 74
Jadual 4.12 Destinasi Menunggang Basikal Selain Daripada
Sekolah 76
Jadual 4.13 Pendapat Sekiranya Disediakan Laluan Basikal 79
Jadual 4.14 Bangsa Penunggang Basikal 81
Jadual 4.15 Jantina Penunggang Basikal 82
Jadual 4.16 Peringkat Umur Pengguna 84
Jadual 4.17 Tujuan Perjalanan 85 Jadual 4.18 Jarak Tunggang Basikal 87
VII
COPYRIGHT UiTM
Jadual 4.19 Sebab Menggunakan Basikal 89
Jadual 4.20 Kekerapan Menunggang Basikal 90
Jadual 4.21 Pendapatan Berhubung Dengan Keselamatan 91
Jadual 4.22 Pendapat Sekiranya Laluan Basikal Di sediakan 62
VIU
COPYRIGHT UiTM
SENARAi RAJAH
Rajah 1.0 Carta Alir Methodologi Kajian 8 Rajah 3.1 Pelan Kunci Kawasan Kajian 39
Rajah 3.2 Pelan Kunci Kawasan Kajian Kawasan 1 40
Rajah 3.3 Kawasan 1 44
Rajah 3.4 Kawasan 2 47 Rajah 3.5 Kawasan 3 50
Rajah 3.6 Kawasan 4 54 Rajah 5.1 Kawasan 1 112
Rajah 5.1.1 Pelan Keratan Rentas Kawasan 1 113 Rajah 5.1.2 Keratan Rentas 1 dan 2 114
Rajah 5.1.3 Pelan Simpang/Lintasan 115 Rajah 5.2 Kawasan 2 117
Rajah 5.2.1 Pelan Keratan Rentas Kawasan 2 118 Rajah 5.2.2 Pelan Simpang/Lintasan 120 Rajah 5.3 Kawasan 3 122
Rajah 5.3.1 PelanKeratan Rentas Kawasan 3 123 Rajah 5.3.2 Keratan Rentas 4 dan 5 124 Rajah 5.3.3 Pelan Simpang/ILintasan 125 Rajah 5.4 Kawasan 4 128
Rajah 5.4.1 Pelan Keratan Rentas Kawasn 4 129 Rajah 5.4.2 Keratan Rentas 8 130 Rajah 5.4.3 Pelan Simpang/Lintasan 131 Rajah 5.5 Pelan Cadangan Lanskap 133
COPYRIGHT UiTM
Rajah 5.5.1 Lokasi Pelan Contoh 1 134 Rajah 5.5.2 Pelan Contoh 1 135 Rajah 5.6 Pelan Kawasan Keseluruhan Cadangan Laluan Basikal
USJ 2, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan 136
COPYRIGHT UiTM
SENARAi LAMPIRAN
Lampiran A : Keterangan Pokok Untuk Landskap
Lampiran B : Borang Soalselidik
Lampiran C : Surat Pengesahan Mendapatkan Maklumat Daripada Sime UEP
Properties
Lampiran D : Keratan Akhbar
COPYRIGHT UiTM
B A B 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat telah menimbulkan konflik
pembangunan di sesebuah kawasan. Di samping itu peningkatan ekonomi dan
taraf hidup penduduk telah mewujudkan fenomena dimana hampir setiap keluarga memiliki sebuah kenderaan. Kesan daripada ini telah menyebabkan
kesesakan lalulintas di jalanraya khususnya di kawasan-kawasan perumahan dan tumpuan penduduk.
Kesibukan lalulintas mewujudkan suasana tidak selesa dan selamat kepada para pengguna jalanraya yang lain khususnya penunggang-penunggang basikal. Adalah hakikatnya penunggang-penunggang basikal ini terdiri daripada peibagai
golongan khususnya kanak-kanak dan golongan remaja. Oleh itu satu kajian berkenaan laluan basikal perlu dilakukan untuk memastikan pengguna-pengguna
ini terjamin keseiamatannya dan selesa ketika menunggang basikal.
COPYRIGHT UiTM
Kajian yang teliti perlu dilaksanakan agar cadangan yang akan dikemukakan memenuhi kehendak dan nnencapai matlamat yang telah dibentuk.
1.2 Kenyataan Masalah
Dari tinjauan dan pengamatan adalah didapati wujudnya beberapa masalah yang berkaitan dengan penunggang basikal di kawasan kajian. Masaalah-masalah tersebut adalah seperti:
1. Keselamatan penunggang basikal tidak terjamin sepenuhnya kerana mereka terpaksa menggunakan laluan yang sama dengan kenderaan-
kenderaan bermotor khususnya kereta dan motorsikal.
2. Tiadanya laluan dan papantanda-papantanda yang sesuai di lokasi
tertentu telah menyebabkan penunggang basikal melintasi jalanraya utama di mana ini telah dan akan membahayakan keselamatan mereka.
3 Keadaan jalanraya yang lurus telah menimbulkan suasana dimana pemandu-pemandu dan penunggang motorsikal membawa kenderaan
mereka dengan laju dan ini boleh membahayakan keselamatan penggunaan basikal yang melalui jalan yang sama.
COPYRIGHT UiTM
4. Tiadanya kemudahan tempat letak basikal teaitamanya di kawasan
padang permainan di kawasan kajian, telah menyukarkan penunggang basikal untuk meletakkan basikal mereka. Keadaan ini telah
menyebabkan basikal di letakkan merata-rata serta tidak terjamin keselamatannya.
5. Dari aspek landskap puia penanaman pokok-pokok yang tidak sesuai dan
lokasi yang tidak betui telah menimbulkan masalah kepada pengguna-
pengguna jalanraya di mana kadangkala pokok-pokok ini meiindungi pemandangan penggunaan kenderaan bermotor terhadap penunggang
basikal dan ini boleh menyebabkan kemalangan.
1.3 Tujuan Dan Objektif
1.3.1 Tujuan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian penyediaan laluan basikal di dalam satu kawasan unit kejiranan serta mencadangkan satu pelan laluan basikal yan teratur dan selamat.
COPYRIGHT UiTM
1.3.2 Objektif
Antara objektif untuk mencapai tujuan di atas adalah seperti berikut:
I. Mengkaji dan mengenalpasti sistem lalulintas di kawasan kajian.
ii. Mengenalpasti bilangan penunggang basikal di kawasan
kajian dari segi corak perjalanan serta arah destinasi tumpuan mereka.
iii. Mengkaji gunatanah sedia ada secara terperinci bagi mengetahui corak gunatanah kawasan kajian.
iv. Mengkaji keadaan topografi kawasan kajian bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai serta
berpotensi untuk diadakan laluan basikal.
V. Menyediakan satu pelan cadangan laluan basikal yang
lengkap dan bersistematik bagi menjamin keselamatan pengguna di kawasan kajian.
COPYRIGHT UiTM
1.4 Skop Kajian
Dalam nnelaksanakan kajian ini aspek-aspek yang akan ditekankan adalah seperti berikut:
i. Kajian ini akan melibatkan sektor gunatanah.Tujuan sektor ini dikaji adalah untuk mengetahui gunatanah semasa kawasan kajian. Selain daripada itu faktor gunatanah ini juga penting bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai dan memerlukan laluan basikal iaitu memastikan peratusan jenis pembangunan yang terlibat seperti pemmahan, perniagaan dan kawasan rekreasi.
ii. Kajian terhadap faktor topografi juga penting bagi mengenalpasti bentuk muka bumi di setiap kawasan kajian sama ada ianya sesuai atau sebaliknya bagi pembinaan trek basikal. Di samping itu ia juga akan digunakan untuk mengetahui kecerunan sesuatu kawasan bagi memudahkan tujuan pembinaan trek tersebut.
iii. Kajian ini juga melibatkan aspek lansdkap.Ianya akan dikaji dari segi kesesuaian jenis pokok dan jumlah keperluannya di kawasan kajian. Ini juga adalah untuk memastikan tahap keselesaan pengguna semasa menggunakan trek basikal
sentiasa berada di tahap yang baik.
COPYRIGHT UiTM
1.5 Pendekatan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, beberapa pendekatan akan dibuat iaitu:
Peringkat 1 : Kajian llmiah
la mempakan kajian awalan yang tertumpu kepada tajuk kajian di mana segala maklumat tentang perancangan laiuan basikal akan diperolehi melalui buku
rujukan, majalah dan juga keratan akhbar.
Peringkat 2 : Lawatan Tapak Dan Pengumpulan Data
Peringkat seteaisnya melibatkan lawatan tapak yang mana akan dibuat untuk
mengenalpasti segala isu dan masalah yang timbul. Biasanya beberapa teknik
akan dijalankan pada peringkat ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan maklumat diperolehi dengan tepat dan terperinci.Teknik-teknik yang akan
digunakan iaiah;
a) Teknik Temubuai
Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan segala data-data yang
diperolehi dari agensi-agensi kerajaan seperi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Iain-Iain lagi. Temubuai akan di lakuakan dengan pegawai-pegawai di
jabatan-jabatan dan agensi kerajaan.
COPYRIGHT UiTM
b) Teknik Soalselidik
Kaedah ini menggunakan borang soalselidik di mana beberapa
responden akan dipilih khususnya para penunggang basikal untuk
menjawab soalan-soalan yang diajukan.Soal selidik akan dilakukan berkisar tentang perkara yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.
c) Teknik Pengamatan
Biasanya kaedah ini memberi maklumat tentang apa yang diingini oleh
pengkaji tanpa bertanya kepada sesiapa iaitu dengan cara pemerhatian di kawasan kajian.
Peringkat 3 : Analisis
Pada peringkat ini, maklumat yang diperolehi akan dianalisa mengikut kaedah
tertentu.Selepas itu maklumat tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk
carta atau jadual mengikut kesesuaian.
Peringkat 4 : Cadangan Dan Rumusan
Berdasarkan analisis, satu rumusan di buat untuk digunakan pada peringkat
cadangan nanti dalam penyediaan laporan kajian. Rumusan cadangan juga terdiri daripada dasar-dasar, pelan dan lakaran terperinci mengenai laluan
basikal.
COPYRIGHT UiTM
Rajah 1.0 : Carta Alir Methodologi Kajian
Pembentukan Tujuan Kajian
Objektif dan Skop Peringkaf Awalan/llmiah
Kajian Teoritikal Konsep Perancanqan Laluan Basikal
Pengumpulan Data
Data Primer
-Kajiselidik -pengamatan -pengambilan gambar
Data Sekunder
-maklumat di perolehi jabatan-jabatan kerajaan dan firma
Penganalisaan
Peringkat Kajiselidik/Analisis Kenyataan Masalah dan Rumusan Analisis
Cadangan Peringkat Cadangan
COPYRIGHT UiTM
Jadual 1.1 Jadual Kajian
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Aktiviti
KAJIAN (PembenbJkan Tujuan, dan skop kajian)
PENYERAHAN SINOPSIS
KAJIAN TEORITIKAL (Makiumat daripada buku-buku dan ganspanduan penyediaan laluan basikal) PENGUMPULAN (Jabatan dan Fimrja-finna tertentu) KAJIAN {Soaiselidik Gambarfoto, Pengamatan makiumat daripada Kerajaan. ANALISA DATA
CADANGAN
PENYERAHAN DRAF LAPORAN
PENYERAHAN LAPORAN AKHIR
Jangkamasa
Nov. 97 Dis.97 Jan.98 Feb.98 Mac.ge
COPYRIGHT UiTM
BAB 2
KAJIAN TEORITIKAL
2.1 Pengenalan
Sumbangan dan kepentingan pengangkutan di daiam sesebuah negara adalah
amat besar. Oleh itu pengangkutan memainkan peranan yang utama di dalam
meningkatkan tahap ekonomi sesebuah negara. Terdapat tiga ketegori
pengangkutan yang utama iaitu pengangkutan darat, laut dan udara. Di abad ini
pengangkutan darat memainkan peranan paling penting mahupun dalam bentuk
perkhidmatan atau perdagangan.
Pergerakan menggunakan pengangkutan persendirian telah dan akan terus
menjadi mod pengangkutan pilihan pengguna untuk membuat pergerakan di antara satu tempat ke tempat lain. Selain daripada itu pengangkutan awam yang
disediakan juga memainkan peranan penting bagi menyediakan kemudahan perhubungan kepada penduduk terutamanya di dalam bandar.
Di bandar Kuala Lumpur perjalanan yang menggunakan pengankutan awam lebih rendah berbanding yang menggunakan pengangkutan persendirian. Di
dapati perjalanan menggunakan pengangkutan persendirian pada tahun 1980 adalah tinggi berbanding dengan tahun 1975.
10
COPYRIGHT UiTM
Pada tahun 1980, 70.8 % daripada jumlah penumpang di Kuala Lumpur nnenggunakan kenderaan persendirian iaitu 85.9 % daripada jumlah pergerakan kenderaan. Kini penmintaan kenderaan persendirian adalah begitu tinggi
sehingga mewujudkan beberapa masalah persekitaran. Selain daripada itu pertambahan bilangan kenderaan persendirian ini juga telah menimbulkan kesesakan yang serius kepada Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi mengurangkan
masalah ini satu kenderaan yang berupaya memberikan keselesaan perjalanan kepada pengguna perlu dikenalpasti (Ibrahim Wahab. 1988)
Salah satu alternatif yang boleh digunakan bagi megurangkan kesesakan
lalulintas ini iaiah dengan menggalakkan penggunaan basikal bagi jarak perjalanan yang dekat. Sejarah telah membuktikan penggunaan basikal sebagai salah satu alternatif pengangkutan telah wujud sejak dahulu lagi. Ini dapat dibuktikan dan petikan David Groome (1983 : 22)
" The discriptions of world war II, caused many people ride because they had to, without social disapproval some found that they like it."
Dari petikan diatas menunjukkan penggunaan basikal telah lama bermula iaitu sejak zaman perang dunia kedua lagi.
Pada masa kini, penggunaan basikal adalah salah satu alternatif pengangkutan
yang telah dikenalpasti bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan
pencemaran alam sekitar yang di hasilkan oleh kenderaan benmotor. Bagi
menjayakan program ini pihak agensi dan jabatan-jabatan kerajaan perlu
11
COPYRIGHT UiTM
Top Related