FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBEA 1203:
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
MATRICULATION NO : 810131015961001
IDENTITY CARD NO. : 810131015961
TELEPHONE NO. : 0137795961
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : BATU PAHAT LEARNING
CENTRE
KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN 2-3
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 4
JADUAL AKTIVITI 8
PENUTUP 10
BIBLIOGRAFI 11
PENDAHULUAN
Pengertian
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan
kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang
diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang
diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu. Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep
kreativiti iti sebagai;
”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan
kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari
produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang berkaitan. Produk ini dapat
bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama
kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti
yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang
kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif
biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud
”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”.
Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan
mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif juga dikaitkan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dengan fitrah memiliki potensi diri. Fitrah hanya
akan terserlah apabila seseorang individu berusaha keras mengetengahkannya atau dibimbing
oleh orang lain. Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha mengenal pasti kekuatan,
kemampuan serta daya yang ada pada dirinya.
Namun dengan mengenali ciri positif tersebut dalam diri belum mencukupi tanpa
usaha untuk melakukan penggilapan serta pengukuhan yang berterusan sehingga mencapai
tahap yang optimum. Di samping itu, bagi memastikan potensi diri senantiasa berada pada
tahap optimum, usaha mengenal pasti penghalang perlu dikenal pasti. Dengan berbuat
demikian segala kekuatan dapat digembleng untuk menimbulkan tenaga penggerak yang utuh
ke arah kejayaan. Pada masa yang sama seseorang individu akan senantiasa menyedari
halangan yang dihadapi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.
Komponen
Kreativiti memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif
melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti
lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea
dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri
dan mengenali cita rasa sendiri.
Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada :
1. Persekitaran dan keindahan alam;
2. Lukisan dan kraf tangan;
3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif;
4. Drama dan puisi; dan
5. Warisan budaya
Murid dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan alam
sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan
daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif,
puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai estetika.
Melalui komponen ini murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan, kraf
tangan dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya
bangsa pelbagai kaum.
Kepentingan kreativiti kepada kanak-kanak
Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih
banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan,
dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat
membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap
kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.
Aktiviti kreatif sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan
perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan
mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk
mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya
dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan
adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif.
Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan
imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis,
mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang
untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga
boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu,
estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan
kepekaan kepada persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan
manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak
meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan
fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan
pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan
mendengar bunyi.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan
untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan
ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi
dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan
akademik mereka.
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru
perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada
pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanakkanak. Ia
membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka – penglihatan,
pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan
menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan
murid merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan
memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling
tanpa gangguan.
Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Guru juga perlu fleksibel
menerima jawapan atau respons daripada murid. Walaupun salah, mereka tidak perlu
dimarah. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar murid mencari jawapan yang
betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. Terdapat banyak aktiviti
yang boleh dilakukan oleh guru bersama murid, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan
memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan
multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti murid.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan
yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan
dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai
bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan
pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara
pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke
hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan
menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran
kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai
cara, gaya dan teknik.
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk menapulasi pelbagai
barangan dan alat yang terdapat di sekeliling .Bagi tujuan itu, guru pendidikan seni boleh
menggalakkan penggunaan bahan-bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan
penghasilan karya.Ini secara tidak langsung, membimbing murid menjadi individu yang
mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Selain itu ia akan mengajar mereka
menjadi lebih berjimat dan menghargai alam sekeliling.Seperti contohnya botol mineral
boleh digubah untuk menjadi bunga plastik dan diwarnakan serta dihiaskan di dalam
kelas.Selain itu juga, kelongsong telur boleh dijadikan puppet,dihiaskan dan diwarnakan.Ini
akan membuatkan mereka lebih berkreativiti.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan
mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar
menjadi seorang yang benar-benar berimaginatif.Contoh melalui aktiviti menghasilkan
poster menggunakan kaedah catan. Poster adalah satu bentuk komunikasi perhubungan dan
pengiklanan serta berfungsi sebagai pengumuman dan pemberitahuan sesuatu maklumat. Dari
aspek penerokaan, kanak – kanak dapat membuat penemuan sendiri sama ada dari segi
pembacaannya, kajian tugasan mahupun penggunaan alat komunikasi seperti komputer dan
internet. Contohnya, guru memberi tugasan untuk mencari bahan bagi membuat poster anti
dadah.
Pelbagai bahan dan rujukan boleh diterokai oleh kanak – kanak seperti melayari
laman web Agensi Anti Dadah Kebangsaan, membuat lawatan ke Pameran Penyalahgunaan
Dadah dan sebagainya. Ia sekaligus dapat merangsang kecerdasan interpersonal mereka
seperti memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka lebih mudah
memahami kesan buruk akibat dadah dan sudah tentu menggalakkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan
melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi
dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
Contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran iaitu pokok,
pemerhatian pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai
keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk
belajar mewarna, melukis dan melakar bahkan menggalakkan mereka dengan memberi
pelbagai pandangan dan ide untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan
itu sahaja, bahkan Seni dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif
melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan
dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke
atas cadangan tersebut?’’
Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat disekeliling
untuk dijadikan hasilan seni.Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar
supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.Contohnya bahan semulajadi seperti
dahan pokok kelapa boleh dianyam untuk menghasilkan tikar,batang pokok pisang boleh
dipotong kecil untuk menghasilkan corak dan suratkhabar lama boleh dibuat
origami .Kebiasaaan nya murid di kawasan luar bandar lebih mahir menggunakan media atau
bahan disekeliling mereka untuk dijadikan hasilan seni.
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk
memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi
diri.
Sebagai contoh , penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak
sempurna seperti yang dikehendaki ,namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi
memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi .Secara tidak langsung percubaan ini mendidik
murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina
pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain.Contohnya melalui pengalaman
sedia ada itu,seseorang murid akan lebih kreatif untuk menghasilkan karya yang menarik dan
bermutu.Ketika membuat topeng haiwan,seseorang murid itu cuba melukis dan menghasilkan
rupa yang asli.Percubaan demi percubaan akan membantu dia membetulkan kesalahan dan
latih tubi itu akan membuatkannya lebih berimaginasi dengan meggunakan teknik –teknik
lain agar mendapat hasil yang terbaik.
5 Tahap perkembangan pemikiran fisher (1943)
Tahap Aktiviti Aras Taksonomi
Bloom
Peringkat
Rangsangan
Guru merangsang murid dengan
pelbagai persoalan mengenai topeng
muka (Apa itu topeng, Bagaimana
bentuk topeng, Kenapa pakai topeng,
Siapa yang pakai topeng)
Murid menjawab segala pertanyaan
murid
Ini secara tidak langsung merangsang
kreativiti murid.
1. Pengetahuan
Peringkat
Penerokaan
Guru menyatakan dan menunjuk
contoh-contoh topeng kepada murid
Pelbagai jenis topeng samada dari
watak kartun, haiwan, mitos dahulu,
dan karekter pemimpin.
Murid dibenarkan memegang dan
meluahkan pandangan masing-masing.
Murid diberi kebebasan memilih dan
meneroka topeng kegemaran masing-
masing
Murid meneroka minat dan
kecenderungan masing-masing
Murid dibenarkan secara kreatif
mengekspresi khayalan diri.
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
Peringkat
Perancangan
Guru mula berbincang dengan murid
bagaimana ingin membina topeng
kegemaran masing-masing.
Murid menyatakan dan berbincang
bersama bagaimana ingin membuat
1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Penggunaan4. Analisis
topeng
Pelbagai perkara seperti material apa
nak guna, warna, bagaimana cara
supaya topeng menekap muka di
bincangkan.
Murid membayangkan secara visual
bagaimana topeng yang akan dibina
mereka nanti.
Peringkat
Aktiviti
Murid mula membina topeng
berdasarkan perancangan masing-
masing
Guru hanya memantau dan membantu
sekiranya murid menghadapi masalah.
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Penggunaan
4. Analisis
5. Sintesis
Kajian Semula Pada fasa terakhir iaitu setelah topeng
disiapkan
Murid diberi penilaian oleh guru
Guru mendengar kekurangan dan
kelebihan hasil karya masing-masing
Murid merancang penambahbaikan
untuk dilakukan pada masa akn
datang
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Penggunaan
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
RUMUSAN
• Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik
kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.
• Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau
kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
• Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan
maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses
perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat.
• Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang
saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca.
• Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan
nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta
lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
• Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam
pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik,
nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
• Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang
paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti
terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana
perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.).
Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive
theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for memory
research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 : 671-684.
Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass.
Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood Science,
Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science, Mathematics
and Technology. American Association for the Advancement of Science (AAAS).
Diperolehi dari http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on
Early Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010.
Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan
komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan,
5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD
AAP010074D2006TTP.pdf
Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia.
FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has
1st ed. 607 88
Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood
years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill
Curriculum 507 375
Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open
University Press. CURRICULUM 507 437
Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development. National
Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing Child at Harvard
University. Diperolehi dari http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari
2010.
Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang,
Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development.
Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.
Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective
commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of
Psychology, 44, 87-112..
Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah.
Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor
Sdn.Bhd.
Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam. Selangor
Darul Ehsan.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008. Psikologi
Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd.
Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia.
FISHER CURRICULUM 372.3044 1
Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru- guru
prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia.
Top Related