1. 1 TAMADUN MANUSIA DAN PEPERANGAN : SATU SOROTAN.
2. 2 PENDAHULUAN Tugasan yang kami sediakan bertemakan
peperangan dan tamadun dan bertajuk, TAMADUN MANUSIA DAN PEPERANGAN
:SATU SOROTAN. Kamisangat berminat untuk menyiasat aspek-aspek
mengenai peperangan memandangkan terlalu banyak malapetaka yang
terjadi pada tahun 2014 dan kami tidak lagi mampu untuk berpeluk
tubuh tanpa menggali sebarang maklumat terkini. Kajian kami bermula
dengan penceritaan mengenai tamadun manusia itu sendiri. Dari
sejarah tamadun kepada konsep tamadun dan istilah tamadun, kami
menjelaskan dari mana datangnya tamadun dan juga maksud tamadun.
Ciri-ciri tamadun membezakan antara pelbagai jenis tamadun yang
sedia ada. Kelahiran dan perkembangan tamadun pula mejelaskan
kemajuan yang dimiliki dan kebijaksanaan manusia dalam evolusi
kemandirian. Contoh-contoh majoriti tamadun yang berkaitan dengan
masyarakat di Malaysia adalah tamadun Melayu, tamadun India dan
tamadun China. Pelbagai tamadun berinteraksi dan bertembung
sepanjang zaman. Antara pertembungan tersebut ada yang membawa
kebaikan ada juga yang membawa keburukan sepertiperang. Punca-punca
peperangan turut dianalisa di dalam bab 3. Tokoh-tokoh terkemuka
yang telah menjadi badan yang digeruni sepanjang masa seperti Adolf
Hitler, Genghis Khan dan Napoleon menjadi bahan rujukan kami untuk
mereka yang menjadi pemimpin dalam peperangan. Kami juga mencari
tahu mengenai Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang merupakan
asas perundangan semasa peperangan. Protokol peperangan juga
berdasarkan unang-undang ini.
3. 3 Beberapa peperangan yang terjadi di seluruh dunia dan
masih berlaku sekarang maka kami berkeputusan untuk mengkaji
(1)Konflik Israel- Gaza 2014, (2)Peperangan di Ukraine, Donbass,
(3)Perang Dadah Mexico dan (4)Perang Saudara di Syria sebagai
kajian kes. Kami turut mengkaji etika global untuk melihat sama ada
penerapan etika global ini mampu untuk mengangkat dunia menjadi
lebih baik.
4. 4 BAB I METODOLOGI PENYELIDIKAN 1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Peperangan bukan sahaja memusnahkan harta benda dan meragut nyawa
tetapi peperangan juga menyebabkan permusuhan antara negara. Punca
peperangan harus dikaji supaya kita dapat mempelajari mengapa
kekejaman sebegini boleh terjadi. Selain itu, kita harus peka dalam
mengetahui sifat-sifat peperangan dan mengambil bahagian dalam
membasmi keganasan. Kajian ini dilakukan oleh penyelidik dalam
usaha untuk mengelakkan keadaan tersebut daripada terjadi kepada
negara kita sendiri. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian adalah (1)
untuk kita mencari tahu mengenai punca kejadian peperangan yang
berlaku di luar negara menggunakan informasi terkini. Dengan ini,
kita dapat mengetahui dan membandingkan kes-kes yang terdapat di
luar negara. Objektif yang lainnya ialah (2) untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh mereka yang sedang berperang sekarang
(3) dan menyiasat sama ada langkah-langkah penamatan peperangan
telah dilaksanakan serta melihat sama ada keadilan telah
ditegakkan.
5. 5 1.3 MASALAH KAJIAN Masalah-masalah yang kami hadapi dalam
kajian adalah masalah wi-fi yang telah diberhentikan semenjak dua
bulan lepas di kampus telah menyebabkan kami terpakasa pergi ke
tempat lain yang agak jauh untuk mencari maklumat. Selain itu, kami
tidak dapat mencari informasi yang berkaitan di dalam perpustakaan
berkaitan dengan tajuk tersebut kerana tidak banyak buku yang dapat
kami jadikan rujukan. Tema penyelidikan kami juga tidak terdapat
dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) untuk
rujukan.
6. 6 BAB II MANUSIA DAN TAMADUN 2.1 SEJARAH TAMADUN Menurut
George Santayana, Mereka yang tidak belajar dari sejarah
ditakdirkan untuk mengulanginya. Hanya apabila kita belajar dari
kesilapan, kita dapat memajukan diri, nusa, bangsa dan negara. Masa
lampau yang telah pergi kerana kesilapan, meninggalkan banyak
peristiwa untuk diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Oleh yang
demikian, di Malaysia, kita mempelajari mata pelajaran Sejarah yang
kini menjadi salah satu mata pelajaran wajib lulus untuk
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mendedahkan kepada anak muda
yang masih hingusan dalam bab sejarah negara dapat memberi impak ke
dalam kehidupan seharian mereka, seperti menghargai jasa dan
pengorbanan para pahlawan negara. Secara ringkasnya, sejarah
tamadun adalah kajian tentang masa lampau dan ia merangkumi
pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun seperti pencapaian,
jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran mereka. Akan tetapi, sejarah
tamadun selalunya terbatas pada masa dan zaman. Ia hanya
membicarakan apa yang terjadi pada tamadun tersebut, pada waktu
yang singkat mereka memerintah dan berkuasa.
7. 7 Menjejakkan kaki ke alam universiti, kita diperkenalkan
dengan satu pelajaran yang baru, Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Pengajian ini adalah untuk memupuk semangat kenegaraan, patriotisme
dan perpaduan serta memacu pembangunan negara dan bukannya
mewujudkan perselisihan faham antara kaum Melayu, Cina dan India.1
Dalam pengajian ini, kita diperkenalkan kepada teori, konsep asas,
ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak.
Pengajian tamadun adalah lebih mencabar dari segi perlu berfikiran
terbuka dan berdaya fikir tinggi. Hal ini demikian kerana ia tidak
tertakluk pada masa dan zaman, sebaliknya merangkumi masa dahulu,
kini dan masa depan. 2.2 KONSEP TAMADUN2 Konsep tamadun datang dari
berbagai-bagai bahasa. Bahasa digunakan untuk memberikan pandangan
jelas tentang apakah tamadun dan di sebalik maksudnya agar dapat
memberi pemahaman lebih kepada masyarakat. Sehubungan itu,
masyarakat yang bertamadun akan berperlakuan seperti definisi
tersebut agar mereka dilihat sebagai sebuah negara yang ada tamadun
dan bertamadun. 1 www.malaysiakini.com 23 Oktober 2014 2 Muhammad
Abdul Jabar Beg, Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan
Barat (diterjemah oleh Mat Daud Awang Hamat).
8. 8 2.2.1 DEFINISI TAMADUN A. DARI SUDUT BAHASA3 Bahasa Melayu
mendifinisikan tamadun sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban
sesutau bangsa yang bertamadun. Manakala dari segi Islam pula, ia
adalah untuk membina manusia yang berakhlak dan beradab terhadap
sesame manusia dan kepada Maha Pencipta. Selepas berbagai istilah
yang digunakan untuk memberi makna tamadun, akhirnya dua istilah
ini digunakan oleh orang Arab; tamaddana dan madana. Ertinya adalah
satu lokasi yang dijadikan tempat tinggal, dan membangun menjadi
sebuah perbandaran. Bahasa Inggeris mengguna istilah civilization
yang dipinjam dari perkataan Latin civitas. Ia adalah sebuah proses
ke arah peradaban atau menjadi beradab (Noah Webster). Nakar ikam
digunakan dalam bahasa Tamil, yang membawa maksud kota (nakar) dan
pembentukan bandar (ikam). Wen ming adalah cahaya yang merujuk
kepada unsur-unsur spiritual dan material yang muncul dari
pencapaian sejarah perkembangan manusia, dan adalah definisi
tamadun bagi bahasa Cina. 3 www.mr-islam.blogspot.com 6 Oktober
2014
9. 9 2.2.2 DEFINISI TAMADUN DARI SUDUT ISTILAH4 Seorang ahli
falsafah Islam tersohor, Abu al-Ala al-Maududi (1903-1979) mengguna
istilah hadharah sebagai pencapaian dan hasil sesuatu bangsa itu
dari pelbagai perspektif seperti ilmu pengetahuan, adab, ciptaan,
pembuatan, keindahan dalam berseni, juga perkembangan dalam
kehidupan peribadi dan masyarakat, dan cara-cara yang digunakan di
dalam politik. Idris Abdul Rauf al-Marbawi (1896-1989) ialah tokoh
persuratan yang tidak asing lagi di Nusantara, Mesir dan Makkah.
Pada pandangannya, sesebuah kota itu sudah menjadi tamadun apabila
ia mencapai kehalusan adat dan manusia mencapai kermurniaan. Selain
itu, kota tersebut mestilah sudah aman, makmur dan selamat.
Pencapaian teknologi turut menyumbang dalam menjadi sebuah tamadun.
Arnold Joseph Toynbee (1889-1975), sejarawan Britain dan ahli
falsafah sejarah, menyatakan tamadun ialah perkembangan kebudayaan
di dalam sebuah kota dari segi manifestasi yang berbagai, orientasi
yang sentiasa bergerak, dan satu budaya bertanggungjawanb membentuk
institusi politik, kesusasteraan, agama serta moral. 4 Ahmad Zaki
Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros., (2012), Buku Teks
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua, Shah Alam, hal.
3-4.
10. 10 Nama Syed Muhammad Naquib al-Attas dikenali ramai atas
sebab beliau sudah banyak mengarang buku tentang sejarah dan
falsafah. Beliau amat popular di kalangan peminat sejarah
sementalah pemikiran beliau bernas dan tajam meskipun di usia yang
sudah lanjut ini 5 . Idea beliau tentang tamadun adalah masyarakat
yang sudah mencapai tahap tatasusila yang halus kebudayaan yang
luhur antara satu sama lain. 2.3 Ciri-ciri Tamadun6 Boleh dikatakan
sesuatu tempat itu ada tamadun apabila terdapat beberapa ciri-ciri
ini. ramai tokoh ada pandangan mereka sendiri tentang apakah
ciri-ciri atau sifat-sifat yang menunjukkan masyarakat itu sudah
menjadi sebuah kota bertamadun. Beatty dan Johnson memegang
postulate bahawa untuk menjadi bandar, mestilah ada kehidupan di
tempat itu, berserta rekod-rekod bertulis. Bagi seorang professor
bernama Clyde Kulcukholm pula, masyarakat itu sudah bertamadun
apabila mereka ada dua antara ciri-ciri tersebut; (1) bandar-bandar
berpenduduk 5,000 orang ke atas, (2) ada bahasa bertulis, dan (3)
terdirinya pusat-pusat upacara peringatan. Perkara ini dipersetujui
oleh Renfrew. Menurut Edward Taylor, apabila ada tulisan, adalah
tamadun. Dengan adanya sistem bertulis, maka wujudlah sebuah
masyarakat yang sudah sampai ke tahap tamadun, ujar H. Morgan. 5
www.rausyanfikir.com 14 Oktober 2014 6 Muhammad Abdul Jabar Beg,
Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat, hal 43
11. 11 Maka, di sini jelas menunjukkan sistem bertulis
memainkan peranan penting dalam ciri-ciri sesebuah tamadun.
Lantaran itu, rekod-rekod sejarah dapat digarapi dan dijadikan
rujukan dan pengetahuan buat zaman akan datang. 2.4 Kelahiran dan
Perkembangan Tamadun 1. Tamadun awal bermula di lembangan sungai.
Manusia berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti
pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina system
pengairan. 2. Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan
makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin
bertambah. Walau bagaimanapun, terdapat kawasan petempatan yang
tidak menghasilkan bahan mentah. Barangan seperti logam,
kayu-kayuan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar
dengan hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan
sungai. 3. Perubahan kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak
bertamadun kepada kehidupan bertamadun boleh berlaku secara
beransur-ansur atau secara drastik. 2.5 Contoh-Contoh Tamadun
12. 12 2.5.1 Tamadun Islam Tamadun Islam lahir di Makkah,
berkembang di Madinah dan seterusnya tersebar ke Kufah, Basrah,
Damsyik, Fustat, Baghdad, Wasit, Qairawan, Cordova, Granada,
Samarkand, Delhi, Kansu, Pasai, Melaka dan Acheh. Kini, penganut
Islam berada hampir di seluruh pelosok dunia. Terdapat banyak
faktor yang membawa kepada kelahiran tamadun Islam. Faktor utama
kelahirannya ialah ajaran Islam itu sendiri. Ajaran Islam tidak
hanya menitikberatkan soal kemantapan akidah sebagai teras
pembangunan tamadun manusiawi, tetapi turut menekankan betapa
perlunya akidah itu dibina atas keyakinan berasaskan ilmu. Sejak
wahyu pertama, iaitu surah al-alaq, diturunkan kepada Rasulullah
S.A.W lagi, sudah jelas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan
ilmu pengetahuan dan menekankan kepentingan menggunakan akal dalam
mencari kebenaran. Lima ayat pertama surah al-alaq jelas dan tegas
menggesa umat Islam supaya membaca yang merupakan kunci utama dan
titikmula ilmu pengetahuan. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu
yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal
darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia)
dengan pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya. (Surah Al-Alaq: 1-5) Kecemerlangan yang dicapai umat
Islam pada masa lampau didorong oleh banyak faktor. Faktor utamanya
ialah keyakinan mereka kepada ajaran Islam itu sendiri. Ajaran Al-
Quran telah berjaya membentuk satu iklim baharu dalam kalangan umat
Islam. Al-Quran menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia
dalam mencari kebenaran. Ajarannya mengajak umat Islam mempelajari
ilmu sains tabii, falsafah, kesusasteraan dan pelbagai ilmu yang
boleh dicapai oleh akal serta boleh membantu kehidupan mereka di
dunia ini.
13. 13 Selain itu, para pemimpin yang bertakwa juga merupakan
faktor kecemerlangan tamadun Islam. Ajaran Islam telah menggariskan
kualiti yang perlu ada pada setiap orang yang ingin menjadi
pemerintah. Di samping memiliki sifat takwa kepada Allah S.W.T,
seorang pemimpin juga mesti bijaksana dalam melihat maslahah umat
dan negara Islam. Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, umat dan
negara Islam diterajui olehpara pemimpin yang beribawa. Mereka
bukan sahaja bersifat adil, tetapi amat cintakan ilmu pengetahuan.
2.5.2 Tamadun Melayu Secara umumnya, terdapat tiga teori yang
sering dihubungkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu.
Teori-teori itu menyebut bahawa Islam datang dari India, China dan
Arab. Kebanyakan orientalis Barat di atas sepakat tentang
kedatangan Islam dari India, tetapi mereka berbeza pendapat tentang
tempatnya. Mereka mengaitkan kedatangan Islam di Alam Melayu dengan
India berdasarkan berlakunya hubungan perniagaan dan kebudayaan
antara masyarakat Nusantara dengan pedagang-pedagang India Muslim
di sekitar abad ke-13 M. Walau bagaimanapun, para sejarahwan tidak
dapat menerima hujah ini sebagai satu fakta yang kukuh kerana teori
ini cenderung dikaitkan dengan Islam tiba di Nusantara pada abad
ke-13 M walhal Islam sebenarnya telah bertapak di rantau Alam
Melayu sejak abad ke-17 M lagi.
14. 14 Tentang teori Islam dibawa dari China dan Champa, teori
ini berdasarkan laporan orang China Islam bahawa orang Arab-Islam
telah datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing
dari Dinasti Pang (672-650 M). Begitu juga dengan Champa yang dapat
dibuktikan kewujudan Islam melalui batu nisan yang bertulis khat
kufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M.
Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu juga juga boleh
memperkukuhkan teori yang menyatakan Islam dibawa dari China dan
Champa. Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat sokongan
kebanyakan ahli sejarah, terutamanya sejarahwan tempatan.bukti
pertapakan yang jelas pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani
Abbasiyah sebelum tahun 1883 M lagi. 2.5.3 TAMADUN CHINA China
ialah sebuah negara yang besar telah membina peradaban awal manusia
yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada
pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi, kepercayaan dan sosial
unik. Aktiviti pertanian telah memajukan China di samping
mempelbagaikan sumber ekonomi negara seperti industri logam,
tekstil, perlombongan arang batu, dan minyak. Kesusasteraan China
kebanyakannya menggunakan bahasa Cina klasik yang memerlukan
pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Masyarakat Cina
juga mempunyai pelbagai kesenian seperti kaligrafi, seni lukis,
seni bina dan seni ukir, seni opera, serta kung fu. Agama
berkembang pesat di China, termasuklah Confusianisme yang
menekankan
15. 15 hubungan kekeluargaan, Taoisme harmoni dengan alam,
Legalisme, Buddha mengawal nafsu, Kristian dan Islam sebagai ad-Din
(cara hidup) turut dibawa masuk ke China. Kemasukan Islam ke China
telah memainkan peranan penting dalam pembentukan peradaban yang
unggul dan lebih tersusun di China. 3.0 MANUSIA DAN PEPERANGAN 3.1
INTERAKSI ANTARA TAMADUN Interaksi merupakan hubungan aktif yang
saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial
mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan interaksi antara
tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap
saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun
yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya ilmu dan budaya
serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi interaksi antara sebuah
tamadun dengan tamadun yang lain, antaranya peranan pemimpin
melalui pelaksanaan visi dan misi untuk memajukan bangsa dengan
aktiviti interaksi. Peranan golongan agamawan berdakwah turut
menjadi faktor interaksi tamadun. Turut menjadi faktor adalah,
kedudukan yang strategik dan perkahwinan antara pasangan yang
berlainan etnik, bangsa dan budaya yang menyebabkan berlaku
asimilasi. Interaksi antara tamadun juga boleh berlaku melalui
proses
16. 16 hubungan dua hala antara negara-negara yang berdagang
dan juga melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan,
penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara. Terdapat dua
bentuk atau jenis interaksi. Bentuk interaksi yang pertama adalah,
interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama adalah
bercirikan semua sempadan adalah sama, perbezaan kecil dari segi
variasi kerana perbezaan geografi, mudah berinteraksi dan perubahan
adalah kecil, malah berlaku pemantapan (positif) atau tertutup
(negatif). Bentuk yang kedua ialah, interaksi dalam lingkungan
budaya dan bangsa yang berbeza yang bercirikan interaksi antara
budaya dengan peradaban yang berbeza, dan antara peradaban yang
dominan dengan yang tidak dominan. 3.2 PUNCA-PUNCA PEPERANGAN
Menurut Gabriel dan Metz dalam bukunya A Short History of War,
aktiviti perang mula terjadi apabila kegiatan pertanian dan
penternakan haiwan mula berkembang pada kurun ke-5 Sebelum Masihi.
Kegiatan ini menyebabkan bermulanya satu cara hidup bermasyarakat
yang lebih kompleks. Kemahiran membuat senjata juga menyumbang ke
arah tercetusnya konflik awalan di antara mereka7. Pembentukan dan
perluasan empayar merupakan salah satu punca peperangan pada masa
terdahulu tetapi tidak lagi relevan dengan undang-undang masa kini.
Pada masa itu, peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan
menguasai negara-negara jiran, sumber- sumber alam, tenaga manusia
atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. 7
www.42cs.maxwell.af.mil 31 Oktober 2014
17. 17 Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah
memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles,
seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 Sebelum Masihi.
Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan
kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal
tamadun manusia. Keluasan empayar turut dianggap sebagai kayu ukur
untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta
meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat
diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan
bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja
tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa
politiknya ke atas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk
menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa,
kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Sebagai contoh,
Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah
India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah
dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan
Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan
Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia
dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali
kebudayaan Hellenistic. Masalah sempadan turut menjadi penyebab
aktiviti perang.Peperangan berlaku bagi menjamin keselamatan dan
kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini
selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi
sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa
sesuatu kerajaan.
18. 18 Oleh sebab sempadan-sempadan pada zaman terdahulu tidak
didasarkan atas persetujuan politik tetapi ditentukan oleh
faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka
perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan
peperangan. Contohnya adalah tamadun Mesopotamia kuno di mana
peperangan berlaku di kalangan negara kota disebabkan oleh
ketiadaan sempadan yang jelas. Selain itu, sempadan-sempadan negara
China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan- serangan orang
gasar (Hsiung- nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua
tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-
musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China. Persaingan
dalam bidang ekonomi, politik dan wilayah antara tamadun turut
menyumbang kepada peperangan dengan menjadi suatu saluran untuk
memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan
rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus
untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti
logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian,
mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan
ladang-ladang besar yang dikenali sebagai Latifundia di Semenanjung
Itali dan Afrika Utara. Peperangan juga tercetus untuk mengatasi
pemberontakan demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim
diktator. Misalnya, Sparta menakluk negara kota jirannya iaitu
Messenia dan memaksa penduduknya mengusahakan tanah pertanian untuk
rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta
biasanya melakukan kekerasan dengan menghambakan orang-orang
Messenia dan memecahkan semangat penentangan.
19. 19 Aktiviti perang juga digunakan untuk melindungi ekonomi
perniagaan tamadun. Kekerasan dimanipulasi untuk melindungi ekonomi
perniagaan di dalam negara ataupun empayar dan juga di luar negara.
Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi
beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin
eksport dan import. Sebagai contoh, Rom berperang dengan Carthage
untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan
Meditteranean. Faktor agama juga menjadi sebab berlakunya
peperangan. Kemenangan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi
seperti yang ditulis oleh Herodotus adalah disebabkan oleh faktor
agama. Parsi dengan Athens. Peristiwa peperangan adalah suatu
fenomena sejagat. Matlamat yang diusahakan untuk dicapai berbeza
mengikut perbezaan tamadun serta jangka waktu. Kesimpulannya, pada
asasnya peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung
untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik8. 8
www.russlanssvs.wordpress.com31 Oktober 2014
20. 20 3.3 TOKOH-TOKOH TERKEMUKA DALAM PEPERANGAN Bab ini akan
memberikan pengetahuan mengenai tokoh-tokoh terkemuka dalam
peperangan. Ia akan memberitahu pengetahuan tentang biografi tokoh
tersebut, jenis peperangan yang mereka cetuskan dan kesan
peperangan tersebut kepada dunia. 3.3.1 ADOLF HITLER Adolf Hitler
telah dilahirkan pada 20 April 1889 di Braunau am Inn, sebuah
bandar di Austria-Hungary, berdekatan dengan sempadan Empayar
Jerman. Beliau adalah anak keempat daripada enam anak kepada Alois
Hitler dan Klara Plzl. Pada tahun 1894 keluarganya berpindah ke
Leonding. Hitler menghadiri Volksschule sebuah sekolah kerajaan
berhampiran dengan Fischlham. Selepas Hitler membesar beliau telah
menjadi seorang ahli politik Jerman dan memimpin Parti Nazi.
Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP);
Nasional SWP Jerman. Beliau juga adalah Canselor Jerman dari tahun
1933 hingga 1945 dan diktator Nazi Jerman dari tahun 1934 hingga
1945. Hitler terlibat dengan Nazi Jerman dalam Perang Dunia II di
Eropah dan Holocaust. Hitler menderita daripada sindrom iritasi
usus, luka-luka kulit, degupan jantung yang tidak teratur,
sklerosis koronari, penyakit Parkinson, sifilis, dan tinnitus.
Beliau meninggal dunia pada 30 April 1945.
21. 21 Dalam awal perang dunia II pada tahun 1939, Hitler
menyatakan bahawa Britain adalah musuh utama yang mesti dikalahkan
dan membawa kemusnahan kepada Poland. Dengan ini kapal-kapal timur
akan dilindungi dan tanah akan ditambah kepada Lebensraum Jerman.
Tersinggung oleh "jaminan" British pada 31 Mac tahun 1939 dengan
kemerdekaan Poland, beliau mengugut untuk mengecam Perjanjian
Tentera Laut Inggeris-Jerman jika British terus menjamin
kemerdekaan Poland. Poland telah diberi pilihan sama ada menjadi
sebuah negara satelit bagi Jerman atau dineutralkan untuk
mendapatkan kapal timur Reich dan untuk mencegah sekatan British.
Hitler awalnya menyukai idea untuk Poland membantu Jerman, tetapi
setelah penolakan oleh kerajaan Poland, beliau mengambil keputusan
untuk menyerang dan membuat ini matlamat dasar luar utama pada
tahun 1939. Pada 3 April, Hitler mengarahkan pihak tentera untuk
mempersiapkan Kejatuhan Weiss ("Kes Putih"), pelan untuk menyerang
Poland pada 25 Ogos. Dalam pidato Reichstag pada 28 April, dia
mengatakan kedua-dua Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman dan
Pakatan Jerman-Poland bukan satu pencerobohan. Pada bulan Ogos,
Hitler memberitahu jenderalnya bahawa pelan asalnya bagi 1939
adalah untuk mewujudkan hubungan yang boleh diterima oleh Poland
untuk memerangi Barat. Ahli-ahli sejarah seperti William Carr,
Gerhard Weinberg, dan Ian Kershaw berhujah bahawa salah satu sebab
untuk Hitler tergesa-gesa dalam peperangan ialah beliau takut pada
kematian awal. Pada akhir 1942, tentera Jerman telah dikalahkan
dalam pertempuran kedua El Alamein, ia menggagalkan rancangan
Hitler untuk merebut Terusan Suez dan Timur Tengah. Terlalu yakin
dalam kepakaran sendiri, tentera berikut menang lebih awal pada
tahun 1940, Hitler tidak percaya kepada Tentera Komando dan mulai
untuk campur tangan dalam perancangan ketenteraan dan taktikal
kesan yang merosakkan. Pada bulan Disember 1942 dan Januari 1943,
penolakan berulang kepada Hitler untuk membenarkan mereka mengeluar
dalam Pertempuran Stalingrad yang menyebabkan kemusnahan Tentera
ke-6. Lebih dari 200.000 tentara Axis terbunuh dan 235,000 orang
dipenjarakan. Daripada anggaran 91,000 tentera Jerman ditangkap di
bandar sendiri, hanya 6,000 orang selamat dalam kurungan dan
kembali ke Jerman selepas perang. Setelah itu kekalahan strategik
yang menentukan pada
22. 22 Pertempuran Kursk. Penghakiman tentera Hitler menjadi
semakin teruk, dan kedudukan ekonomi Jerman merosot bersama-sama
dengan kesihatan Hitler. Holocaust juga dikenali sebagai "Endlsung
der Judenfrage" atau "Penyelesaian Terakhir Soalan Yahudi" telah
diperintahkan oleh Hitler yang dianjurkan dan dilaksanakan oleh
Heinrich Himmler dan Reinhard Heydrich. Rekod Persidangan Wannsee,
yang diadakan pada 20 Januari 1942 dan diketuai oleh Heydrich, lima
belas pegawai kanan Nazi yang mengambil bahagian dan memberikan
bukti yang jelas tentang perancangan sistematik Holocaust. Pada 22
Februari, Hitler tercatat berkata, "Kita akan mendapatkan kembali
kesihatan kita hanya dengan menghapuskan orang-orang Yahudi". Namun
tidak ada perintah langsung dari Hitler yang membenarkan pembunuhan
tersebut. Ramai telah muncul, pada ucapan awamnya, arahan
jenderalnya, dan buku harian pejabat Nazi menunjukkan bahawa dia
mengisytiharkan pemusnahan Yahudi Eropah. Beliau meluluskan
kumpulan Einsatzgruppen untuk mengikuti tentera Jerman mengintip
Poland, Baltik, dan Kesatuan Soviet untuk mendapat maklumat tentang
aktiviti-aktiviti mereka. Pada musim panas 1942, Auschwitz kem
tahanan telah berkembang dengan pesat untuk menampung jumlah
tentera yang besar untuk membunuh atau perhambaan. Kem-kem
pertahanan dan kem satelit lain didirikan seluruh Eropah, dengan
beberapa kem berbakti semata-mata untuk memusnahan musuh tersebut.
Tindakan Hitler dan ideologi Nazi yang hampir secara universal
dianggap sebagai tindakan yang tidak bermoral; menurut sejarawan
Ian Kershaw, "Tidak pernah dalam sejarah mempunyai kehancuran
fizikal dan moral-dikaitkan dengan nama salah satu orang seperti
Hitler". Disebabkan perang dunia, Hitler telah meninggalkan Timur.
Tengah Eropah hancur dan jatuh miskin. Jerman sendiri mengalami
kehancuran borong, dicirikan sebagai "Zero Hour". Dasar mendera
manusia Hitler telah memberi impak yang tidak pernah terjadi
sebelumnya. Menurut RJ Rummel, rejim Nazi bertanggungjawab atas
pembunuhan democidal dari perkiraan 19.3 juta orang awam dan
tawanan perang. Selain itu, 29 juta tentera dan orang awam yang
meninggal dunia akibat tindakan ketenteraan di Eropah dalam
23. 23 Perang Dunia II, manakala peranan Hitler telah
digambarkan sebagai "... penulis utama dalam peperangan yang
meninggalkan lebih dari 50 juta mati dan berjuta-juta yang bersedih
kepada hilangan mereka ...". Jumlah orang yang dibunuh semasa
Perang dunia Kedua adalah satu perkembangan yang belum pernah
terjadi dalam sejarah peperangan. Ahli-ahli sejarah, ahli falsafah,
dan ahli politik sering menggunakan perkataan "jahat" untuk
menggambarkan rejim Nazi. Banyak negara-negara Eropah telah
dijenayah kerana peperangan Nazisme dan penafian Holocaust.
Sejarawan Friedrich Meinecke menjelaskan Hitler sebagai "salah satu
contoh besar kuasa tunggal dan tak terhitung personaliti dalam
kehidupan sejarah". Sejarawan Bahasa Inggeris, Hugh Trevor-Roper
melihat beliau sebagai "di kalangan 'penyederhana yang mengerikan'
dalam sejarah, yang paling sistematik , yang paling bersejarah,
yang paling falsafah, namun yang kasar, kejam, penakluk yang paling
murah hati di dunia yang pernah dikenali ". Bagi sejarawan John M.
Roberts, kekalahan Hitler menandakan berakhirnya fasa sejarah
Eropah dikuasai oleh Jerman. Sebagai gantinya muncul Perang Dingin,
konfrontasi global antara blok Barat yang didominasi oleh Amerika
Syarikat dan negara-negara NATO lain, dan blok Timur, dikuasai oleh
Kesatuan Soviet. Ahli sejarah, Sebastian Haffner nyatakan bahawa
tanpa Hitler dan pengusiran orang-orang Yahudi, negara bangsa yang
moden Israel tidak akan wujud. Dia berpendapat bahawa tanpa Hitler,
menpenjajah bekas sfera pengaruh Eropah tidak akan berlaku dengan
cepat. Selanjutnya, Haffner mendakwa bahawa selain daripada
Alexander Agung, Hitler telah memberi kesan yang lebih besar dari
mana-mana tokoh sejarah yang hampir sama, dalam bahawa dia juga
menyebabkan pelbagai perubahan di seluruh dunia dalam jangka masa
yang singkat.
24. 24 3.3.2 GENGHIS KHAN Nama sebenarnya adalah Temujin.
Dilahirkan pada tahun 1162. Keluarganya hidup susah setelah
kematian ketua keluarga yang telah diracun mati. Susahnya hidup
apabila ibunya perlu membesarkan kesemua tujuh anak sendirian.
Beliau mendapat nama Genghis Khan pada tahun 1206, apabila dia
diangkat menjadi ketua Mongol di dalam sebuah perjumpaan bernama
kurultai. Terbayang-bayang di minda nasib manusia pada zaman dahulu
di Mongolia apabila tersebutnya sebuah nama Genghis Khan. Beliau
amat popular dengan persepsi kejam kerana pada zaman beliau dahulu,
begitu banyak nyawa terkorban. Mereka adalah orang-orang yang tidak
bersalah namun dibunuh atas dasar perlu oleh Genghis Khan. Pun
begitu, Genghis Khan memodenkan atau menaiktarafkan kehidupan
orang-orang Mongolia, mengalu-alukan agama- agama lain untuk
dianuti dan membantu perhubungan antarabangsa antara Timur dan
Selatan. Genghis Khan boleh dikatakan sebagai seorang ketua di
dalam peperangan yang berjaya. Meskipun beliau kejam namun kita
harus lihat pada perspektif keberkesanan beliau dalam melantik
orang-orang yang bagus agar dia dilindungi dan perang dimenangi.
Salah satu contoh yang boleh diambil adalah tidak membunuh musuh.
Apabila beliau dijatuhkan dari kuda setelah haiwan itu dicederakan
oleh seorang pemanah, beliau telah mensoal-siasat beberapa suspek.
Seorang askar dengan beraninya mengaku dialah pemanah itu. Genghis
Khan tidak memberi hukuman bunuh kepadanya, tetapi sebaliknya,
melantik dia sebagai seorang pemanah untuknya. Lelaki tersbeut
dikenali sebagai Jebe atau the Arrow. Genghis
25. 25 Khan menghargai orang kanan dan orang bawahannya dengan
menaikkan pangkat mereka berdasarkan kemampuan berserta pengalaman
mereka dalam bidang masing-masing, dan bukannya seperti kebiasaan,
iaitu mengikut keturunan dan kedudukan semata-mata.9 3.3.2.1
EMPAYAR MONGOL Genghis Khan amat dikenali ramai atas dasar antara
pemimpin yang tidak berhati perut dalam memenangi apa jua
peperangan. Beliau melatih tentera-tenteranya menjadi handal dalam
memanah dan menunggang kuda. Kepimpinan dan kebijaksanaan Genghis
Khan berjaya meningkatkan kuasa Mongol sehingga menjadi sebuah
empayar. Kepintaran Genghis Khan dalam mengatur strategi menjadikan
beliau seorang penakluk yang digeruni pada abad ke-13.10 3.3.3
NAPOLEON Dilahirkan pada tahun 1769, Napoleon Bonaparte merupakan
Maharaja Perancis dan ketua tentera yang berjaya menguasai hampir
seluruh Eropah pada abad ke-19. Anak kepada pasangan Carlo dan
Letizia Romalino Buanoparte ini dilahirkan dalam sebuah keluarga
yang hidup secara sederhana meskipun ibu bapanya adalah dalam
golongan minor Corsica. 9 www.history.com 29 April 2014 10
www.peperangan.wordpress.com 29 April 2014
26. 26 3.3.3.1 PERANG-PERANG NAPOLEONIC Bertahun berkhidmat
sebagai tentera dan belajar hal-hal berkaitan peperangan, Napoleon
membantu Perancis meluaskan kawasan jajahannya. Banyak negara
seperti Mesir, Amerika dan Amerika Selatan. Mana-mana negara yang
menentang Perancis dan Napoleon pasti akan berlaku kejadian
pertumpahan darah. War of the first Coalition diikuti beberapa
peperangan lain iaitu Battle of Marengo, Battle of Jena dan
Peninsular War memberi gambaran bahawa Napoleon berani bertindak
dan tidak gentar memulakan pertempuran antara tenteranya dengan
tentera negara Austri, Rusia, Sepanyol dan Britain. Namun akibat
tamak inginkan pangkat setelah memberi martabat sebagai Raja negara
Sepanyol kepada abangnya, Joseph Bonaparte, Napoleon terpaksa
menanggung akibatnya apabila Sepanyol mendapat pertolongan Britain.
Britain adalah satu-satunya negara yang tidak tewas di tangan
Napoleon. Kesannya, Selatan Perancis berjaya ditakluki. Seterusnya,
Napoleon menakluki Rusia dan peperangan tersebut dinamakan Battle
of Borodino pada tahun 1812. Beliau berjaya menawan Moscow. Akan
tetapi, Napoleon terpaksa berundur akibat cuaca yang buruk dan ini
membawa kepada perletakan jawatan beliau pada tahun 1814. Setelah
menyepi selama setahun, Napoleon kembali untuk menunjukkan kuasanya
dan menidakkan apa yang telah berlaku Battle of Waterloo.
27. 27 Sebaliknya yang terjadi adalah kematian para pegawainya
yang bagus belaka dan beliau yang dicampak keluar ke Saint Helena,
di mana beliau tidak dibenarkan kembali ke negara asal.11 3.4
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang berlandaskan
atas dasar kemanusiaan dan menentukan batasan untuk mengehadkan
kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak
terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan
mengehadkan cara dan kaedah peperangan yang digunakan oleh pihak
yang terlibat. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah
sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA
terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian
daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara.
UUKA tidak menentukan samada sesebuah negara boleh menggunakan
kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa
Bersatu dan lain undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam
undang-undang antarabangsa awam. Akan tetapi, sebaik sahaja
sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna pakai. 11
www.historyofwar.org 29 April 2014
28. 28 UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah
peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata konflik
antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa. Majoriti daripada
kandungan UUKA terdiri daripada hasil empat Konvensyen Geneva pada
tahun 1949 dan hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju untuk
mematuhinya. Konvensyen- konvensyen di Geneva telah dikembangkan
dan ditambah dengan: Protokol Tambahan 1977 yang berkaitan tentang
pemberian perlindungan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata.
Perjanjian-perjanjian yang lainnya mengehadkan atau melarang sama
sekali penggunaan senjata dan taktik ketenteraan tertentu serta
melindungi orang dan harta benda dalam kategori tertentu.
Perjanjian-perjanjian ini termasuklah Konvensyen 1954 mengenai
Perlindungan Harta benda Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata
serta kedua-dua protokolnya; Konvensyen Senjata Biologi 1972;
Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya;
Konvensyen Senjata Kimia 1993; Konvesyen Ottawa 1997 mengenai
Periuk Api; Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas
Perang (Explosive Remnants of War/ERW). Kebanyakan peruntukan UUKA
telah diterima pakai sebagai undang-undang lazim iaitu sebagai
peraturan am di mana semua negara adalah terikat olehnya.
Undang-undang lazim ini
29. 29 tidak bertulis tetapi oleh kerana ia diikuti secara
sukarela, ia dianggap sebagai undang- undang yang mengikat kesemua
pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.12 3.4.1 KONVENSYEN
GENEVA 1949 Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang
dibuat di Geneva, Switzerland, yang menetapkan piawaian bagi UUKA.
Konvensyen ini dibuat hasil daripada usaha Henri Dunant yang
mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam
pertempuran Solferino tahun 1859. Penerimaan Konvensyen Pertama
diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
pada tahun 1863.13 Konvensyen Geneva I merangkumi penambahbaikan
terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan
tentera di medan pertempuran demi melindungi petempur yang cedera
dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka
diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat
mereka. 12 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (Undang-undang Konflik
Bersenjata),Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Delegasi
Serantau Kuala Lumpur (2004), hal. 2. 13 www.ms.wikipedia.org 3
November 2014
30. 30 Konvensyen Geneva II merangkumi penambahbaikan terhadap
keadaan anak-anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit
dan karam semasa pertempuran di laut dengan memberi perlindungan
kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang
karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang
membolehkan mereka dibantu. Konvensyen Geneva III pula merujuk
kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang. Isu yang
diutarakan adalah melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa
perang serta menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan
perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan
mereka. Konvensyen Geneva IV berkaitan dengan perlindungan orang
awam semasa perang dan telah mewujudkan peraturan bagi melindungi
masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan
dan mereka yang dinafikan kebebasannya.14 3.4.2 PROTOKOL TAMBAHAN I
dan PROTOKOL TAMBAHAN II 1977 SERTA PROTOKOL TAMBAHAN 2005 Dua
dekad selepas penguatkuasaan Konvensyen Geneva, seluruh dunia
menyaksikan peningkatan dalam angka konflik bersenjata bukan
antarabangsa dan peperangan untuk kemerdekaan. Sebagai tindak
balas, beberapa pindaan dilaksanakan iaitu dua Protokol 14
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal.
5...
31. 31 Tambahan telah ditambah kepada 4 Konvesyen Geneva 1949
pada tahun 1977 manakala pada tahun 2005 pula, Protokol Tambahan
yang ketiga ditambah.15 Protokol I merupakan Protokol tambahan
kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 yang berkaitan dengan
perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa. Pada
waktu itu telah dipersetujui yang skop perlindungan akan diluaskan
kepada orang awam dan mengehadkan kaedah serta cara peperangan.
Protokol II juga merupakan Protokol tambahan kepada Konvensyen
Geneva 12 Ogos 1949 dan berkaitan dengan perlindungan terhadap
mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa . Ia mengandungi
jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam
konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan
berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta
kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya.
Protokol III yang dipinda pada 8 Disember 2005 pula berkaitan
penggunaan lambang tambahan dengan mewujudkan lambang tambahan,
Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah.16 Ia juga untuk mengawal dan menentukan
penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 15
www.icrc.org 1 November 2014 16 Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (ICRC), (2004), hal. 5...
32. 32 3.4.3 PENGLIBATAN SEMUA NEGARA DI SELURUH DUNIA Pada 22
Ogos 1864, 12 negara telah menandatangani perjanjian mengabadikan
kewajipan untuk menyelamatkan dan melindungi tentera yang cedera
dan sakit, serta mereka yang terlibat dalam penjagaan tentera yang
cedera dan sakit. Hanya negara yang boleh menandatangani perjanjian
antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva serta Protokol Tambahannya.
Walau bagaimanapun, semua pihak dalam konflik bersenjata sama ada
negara atau kumpulan bersenjata adalah terikat dengan UUKA. UUKA
diguna pakai sejurus tercetusnya konflik bersenjata dan mengikat
secara undang- undang terhadap semua pihak yang terlibat, tanpa
mengambil kira pihak mana yang memulakan persengketaan.17 3.5
PROTOKOL PEPERANGAN BERLANDASKAN UUKA UUKA adalah salah satu
undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat
antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa
perang. Ianya bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang
tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada
hadnya. 17 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), (2004),
hal. 6...
33. 33 UUKA melibatkan dua keadaan : keadaan konflik bersenjata
antarabangsa seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua
buah negara dan konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah
negara seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak.
UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa
mengambil kira pihak mana yang memulakannya.18 3.5.1 PERATURAN ASAS
UUKA SECARA RINGKAS NO PERATURAN PENJELASAN 1 Pembatasan Hak
pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai cara (senjata)
dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh
adalah TERBATAS. 2 Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar
Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak
wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah, adalah dilarang. 3
Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang Serangan yang
ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Pada
setiap masa 18 www.sediaberkorban.files.wordpress.com 1 November
2014
34. 34 dan objek awam harus dikenalpasti perbezaan diantara
anggota/objek tentera dengan anggota/objek awam yang tidak
bersalah. 4 Pertimbangan Penggunaan cara dan kaedah peperangan
haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang
dijangkakan akan diperolehi secara langsung. 5 Keperluan
ketenteraan Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika
konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini bukanlah satu
alasan untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan atau sebarang
aktiviti yang dilarang oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi
menyokong kepimpinan yang buruk atau perancangan yang tidak baik.
Keperluan ketenteraan diwajarkan bagi langkah- langkah yang tidak
dapat dielakkan dalam menjayakan misi mereka.19 3.5.2 KONFLIK
BERSENJATA ANTARABANGSA DAN KONFLIK BERSENJATA BUKAN ANTARABANGSA
Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya
dua buah negara terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian
peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempat- empat Konvensyen
Geneva dan Protokol Tambahan I. 19 Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (ICRC),(2004), hal. 10...
35. 35 Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang
saudara adalah terbatas dalam sempadan sesebuah negara, yang
melibatkan samada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan
pemberontak bersenjata, atau kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan
sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna
pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam
Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II,
yang mana mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga
undang-undang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata
bukan antarabangsa.20 4.0 PERANG DI LUAR NEGARA 4.1 KONFLIK ANTARA
ISRAEL DAN PALESTIN Tanah Palestin berada dalam keadaan dami untuk
berkurun lamanya dan pada kurun ke-19, tanah Palestin didiami oleh
pelbagai bangsa di mana terdapat sekurang-kurangnya 86 peratus
orang Muslim, 10 peratus Kristian, dan 4 peratus orang Yahudi21. 20
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 6... 21
www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014
36. 36 Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit
Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria,
Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan
tanahnya yang subur, luas dan kedudukan geografinya yang menjadi
penghubung penting antara Afrika, Asia dan Eropah, Palestin sering
ditawan sehingga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah
melangkaui 5000 tahun22. Konflik antara Arab Palestin dan Yahudi
Zionis ( yang kini dipanggil Israel) adalah fenomena moden semenjak
kurun ke-19 yang lalu. Walaupun kedua-dua kumpulan ini mempunyai
agama yang berbeza (orang-orang Palestin termasuklah Muslim,
Kristian dan Druze), perbezaan agama bukanlah punca perselisihan
tetapi pergaduhan untuk merebut tanah. Sekitar tahun 1948 - 1949,
tanah Palestin dibahagikan kepada tiga bahagian : Negara Israel,
Tebing Barat ( berhampiran Sungai Jordan) dan Jalur Gaza.23 4.1.1
PERGERAKAN ZIONIS Di hujung kurun ke 18 sekumpulan orang Yahudi
yang menetap di Eropah membuat keputusan untuk menetap di tanah
Palestin. Mereka ditindas di Eropah. Kumpulan ini 22
www.szlihin.com 9 November 2014 23 Joel Beninin, Lisa Hajjar,
Palestine,Israel and the Arab-Israeli Conflict:A Primer,2014,MERIP,
hal. 1
37. 37 dikenali sebagai Zionis dan mereka mewakili minoriti
ekstremis bangsa Yahudi yang bertujuan untuk mencipta sebuah
penempatan Yahudi. Pada awalnya, immigrasi ini tidak membawa
sebarang masalah tetapi apabila semakin banyak ahli Zionis
berhijrah ke Palestin-banyak yang mempunyai keinginan untuk
mengambil alih tanah untuk penempatan Yahudi menyebabkan rakyat
yang tinggal di sana semakin risau. Akhirnya, perselisihan berlaku
dengan peningkatan darjah keganasan. Kuasa Hitler semakin bertambah
dan digabungkan dengan aktiviti Zionis untuk menghalang usaha
menghantar pelarian Yahudi ke negara-negara Barat menyebabkan
peningkatan immigrasi Yahudi ke Palestin dan konflik mula
berakar24. 4.1.2 PERMULAAN PENINDASAN ORANG PALESTIN Pada tahun
1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan
untuk masuk campur dalam situasi ini. Namun begitu, daripada
mengikuti prinsipkeputusan rakyat, di mana rakyat sendiri mencipta
negeri dan sistem kerajaan masing-masing, Bangsa- bangsa Bersatu
membuat keputusan untuk membenarkan kuasa luar yang membahagikan
tanah untuk penduduk. 24 www.ifamericansknew.org 31 Oktober
2014
38. 38 Di bawah tekanan Zionis, PBB mencadangkan 55 peratus
daripada Palestin diberi kepada bangsa Yahudi biarpun kumpulan ini
hanya merangkumi 30 peratus daripada populasi dan memiliki 7
peratus daripada tanah Palestin. Dari tahun 1947 hinggalah tahun
1949, dilaporkan bahawa peperangan antara Israel dan Palestin hanya
melibatkan lima kumpulan tentera Arab dan tidak begitu diketahui
bahawa sepanjang peperangan pihak Zionis menguasai semua ahli
tentera Arab dan Palestin. Lagipula, tentera Arab tidak menceroboh
Israel kerana semua peperangan berlaku di atas tanah yang
sepatutnya dimiliki Palestin. Adalah penting untuk diketahui bahawa
pakatan Zionis yang terlebih dahulu memulakan konflik ini dengan
menjalankan 16 pembunuhan termasuklah pembunuhan secara kejam lebih
daripada 100 orang rakyat Palestin di Deir Yassin. Di penghujung
peperangan Israel telah menjajah 78 peratus tanah Palestin; tiga
per empat juta orang Palestin dijadikan pelarian; lebih daripada
500 pekan dan perkampungan dimusnahkan; dan satu peta baru dilukis
di mana setiap bandar, sungai dan bukit menerima nama baru, nama
Ibrani, serta semua adat dan tradisi orang-orang Palestin
dihancurkan. Pada tahun 1967, Israel masih lagi berusaha untuk
mendapatkan tanah yang selebihnya. Dalam Perang Enam Hari, angkatan
Israel melancarkan serangan kejutan dengan berjaya ke atas Mesir
dan memiliki 22 peratus yang tinggal daripada tanah Palestin yang
tidak diakui pada tahun 1948 kerana undang-undang antarabangsa
menetapkan bahawa adalah tidak sah untuk mendapatkan kawasan dengan
taktik peperangan serta tanah tersebut adalah kawasan yang sudah
diduduki dan bukan milik Israel25. 25 www.ifamericansknew.org 31
Oktober 2014
39. 39 4.1.3 KONFLIK ISRAEL - GAZA 2014 Pada 11 Mac 2014 yg
lalu, kumpulan militia dari Jihad Islam, satu puak Islam yang
menerima bekalan sokongan dari Iran dan mengawal kumpulan
bersenjata yang kedua terbesar di Jalur Gaza yang diperintah oleh
Hamas telah menembak askar-askar Yahudi berdekatan sempadan
Gaza-Israel. Israel merakam serangan tersebut dan membalas dengan
menyerang dan membunuh tiga orang ahli militia terbabit. Jihad
Islam membalas serangan Israel dengan melancarkan projektil pada
petang Selasa itu dan melancarkan berdozen roket dalam operasi yang
dipanggil Breaking the Silence pada petang Rabu, hari
keesokannya26. Angkatan udara Israel bertindak balas dengan
mesasarkan 29 kawasan di Gaza pada malam 12 Mac yang kebanyakannya
dimiliki oleh Jihad Islam. Pada hari berikutnya, lebih kurang 10
roket telah dilancarkan melanda Israel dan Israel mengakui telah
menyerang 7 kawasan di Gaza. 26 Reuters, Israel bombs Gaza
militants after intensive rocket fire, 12 Mac 2014.
40. 40 Serangan tersebut adalah serangan bertubi-tubi yang
terbesar pernah dilancarkan semenjak genjatan senjata yang
dilancarkan pada 21 November 201227. Pada 8 Julai 2014, Pasukan
Pertahanan Israel melancarkan "Operasi Perlindungan Sempadan" di
Genting Gaza. Sesudah itu, tujuh minggu serangan udara Israel dan
serangan balas roket Hamas, serta pertempuran akibat serangan darat
menyebabkan lebih 2,100 orang terbunuh, kebanyakan daripada mangsa
merupakan orang awam Palestin. 4.1.4 PUNCA PERSELISIHAN UNTUK TAHUN
2014 Israel menyatakan bahawa tujuan operasi tersebut adalah untuk
menghentikan bedilan roket dari Gaza ke Israel, yang ditembak
kumpulan bukan-Hamas akibat tindakan keras Israel terhadap Hamas di
Tebing Barat yang dicetuskan oleh penculikan dan pembunuhan tiga
remaja Israel oleh anggota Hamas yang bertindak sendirian.Hamas
pula bertindak balas terhadap serangan udara Israel pada 6 Julai
yang membunuh tujuh anggotanya di Khan Yunis dengan turut menembak
roket. Pada 17 Julai, operasi itu diperluas kepada serangan darat
dengan tujuan dinyatakan sebagai memusnahkan sistem terowong Gaza.
27 Crisis Group Middle East Report N133, Israel and Hamas: Fire and
Ceasefire in a New Middle East, 22 November 2012.
41. 41 4.1.5 genjatan SENJATA DI GAZA Israel dan Hamas
mengumumkan mereka mempersetujui genjatan senjata terbaharu bagi
mengakhiri peperangan tujuh minggu di Gaza yang sudah meragut nyawa
lebih 2,200 orang yang kebanyakannya penduduk Palestin. Genjatan
senjata itu berkuatkuasa jam 7 malam waktu tempatan Gaza (1600
GMT), namun keganasan masih dilaporkan berlaku sehingga minit
terakhir genjatan dimulakan. Presiden Mesir, Mohamed Morsi
mengusahakan genjatan senjata di Gaza. Presiden Amerika Syarikat,
Barrack Obama mengucapkan terima kasih kepada Presiden Morsi atas
peranannya dalam melakukan rundingan genjatan senjata itu.
42. 42 Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana
usaha-usahanya untuk mencapai satu genjatan senjata dan disebabkan
kepimpinannya dalam rundingan (genjatan senjata), kata satu
kenyataan dari White House. Perdana Menteri Israel, Benjamin
Netanyahu menyatakan beliau menerima cadangan Amerika Syarikat
untuk memberi peluang supaya genjatan senjata tersebut dapat
dilaksanakan. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan
Israel telah mencapai semua matlamat ketenteraan semasa serangan
lapan hari tersebut. Beliau juga mengarahkan pihak tentera untuk
memantau genjatan senjata tersebut28. 4.1.6 TEMPOH PERSELISIHAN
Sehingga 26 Ogos, IDF menyatakan yang Hamas, Jihad Islam dan
kumpulan militan lain telah menembak 4,500 roket dan mortar dari
Gaza, manakala IDF menyerang 5,263 sasaran di Gaza;
sekurang-kurangnya 34 terowong yang diketahui telah dimusnahkan dan
dua pertiga simpanan 10,000-roket Hamas telah digunakan atau
dimusnahkan. Kementerian Dalam Negeri Palestin melaporkan yang
sehingga 22 Ogos, 20,000 tan letupan telah dijatuhkan ke Gaza.
Beberapa genjatan senjata awal dengan bantuan Mesir (termasuk pada
5 Ogos, apabila askar Israel berundur) tidak bertahan lama.
Akhirnya pada 26 Ogos, satu 28 www.mysumber.com 10 November
2014
43. 43 genjatan senjata tanpa penghujung diumumkan29.
Peperangan berlangsung dari 8 Julai 2014 hinggalah 26 Ogos 2014
selama 50 hari30. 4.1.7 SIAPA YANG MENANG? SIAPA YANG KALAH?
Kedua-dua pihak menyatakan kemenangan bagi pendapat masing-masing.
Israel dan Presiden Palestin, Abbas berpendapat bahawa Hamas
semakin lemah dan tidak mampu untuk mencapai kehendaknya. Mengikut
Hamas pula, Israel telah berjaya dihalau oleh mereka dari Gaza.
genjatan senjata yang dilaksanakan meminta Israel menghentikan
semua aktiviti ketenteraan di daratan, laut dan udara termasuk
melakukan serangan terhadap individu Palestin. Serangan roket para
pejuang Hamas juga telah dihentikan ekoran genjatan senjata
terbabit. Israel juga akan membenarkan pergerakan penduduk Palestin
dan penghantaran barang melalui sempadan Gaza berdasarkan
persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak. 29 www.ms.wikipedia.com
17 November 2014 30 www.en.m.wikipedia.org 10 November 2014
44. 44 4.2 PEPERANGAN DI DONBASS, UKRAINE Petempuran yang
berlaku di daerah Donbass, Ukraine tercetus kerana penduduk
pro-Rusia di Donetsk dan Luhansk mahu disatukan semula dengan
Rusia. Menurut mereka, kedua-dua daerah ini adalah milik Rusia dan
perlu dikembalikan kepada negara asalnya. Pada mulanya mereka
memprotes di hadapan Security Service of Ukraine (SBU) dan akhirnya
berlaku kejadian tembak-nemembak antara pro-Rusia dan penduduk
Ukraine. Setakat hari ini, kematian yang terjadi adalah dalam angka
4,000 orang. 4.2.1 PARLIMEN BENARKAN PUTIN CEROBOH CRIMEA Pada 3
Mac 2014, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mendapat kelulusan
dari Parlimen untuk menceroboh Crimea, Ukraine. Sekejap sahaja
pasukan tentera sudah dalam perjalanan ke negara Ukraine. Ukraine
memberi amaran bahawa peperangan akan tercetus antara dua negara
ini jika Rusia tidak menarik semula angakatan tenteranya. Amerika
Syarikat terpaksa bercampur tangan dalam hal ini. Presiden Barack
Obama tidak setuju dengan tindakan Putin memandangkan Crimea telah
diserahkan kepada Ukraine sejak tahun 1954 lagi. 31 Namun demikian,
perkara itu berlaku hampir 60 tahun yang lalu dan zaman sudah
berubah. Dahulu, 31www.kosmo.com.my 14 November 2014
45. 45 hal Crimea diberikan kepada Ukraine tidak menjadi
perkara yang besar kerana Rusia dan Ukraine tergolong dalam Keatuan
Soviet.32 Kini, semuanya sudah berubah. Oleh sebab etnik Rusia
melebihi etnik Ukraine di Semenanjung Crimea, pemberontakan agar
disatukan semula dengan negara asal Rusia semakin menjadi-jadi.
Lantas, pada tarikh 4 April, pro-Rusia membuat protes besar-besaran
di hadapan bangunan Security Services of Ukraine (SBU) di wilayah
Donetsk dan Luhansk. Lahirlah Donbass, iaitu cantuman antara dua
wilayah ini. Banyak tragedi yang telah terjadi di wilayah-wilayah
ini, termasuklah terhempasnya kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
MH17 di sempadan Rusia. 4.2.2 KESAN PEPERANGAN DI DONBASS 4.2.2.1
PESAWAT MH17 TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSIA Pesawat MH17 yang membawa
295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada hari
Khamis, 17 Julai 2014. Berita tergempar ini serta-merta mendapat
perhatian rakyat Malaysia dan media luar seperti stesen televisyen
CNN dan BBC. Kejadian kedua melibatkan pesawat Malaysia Airlines
(MAS) itu terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan Rusia. Punca
pesawat tersebut menjunam jatuh ke tanah adalah disebabkan peluru
berpandu darat ke udara yang dikatakan kepunyaan pihak tentera
Rusia. Ukraine mengatakan peluru berpandu itu bukan milik mereka
namun tidak menolak hakikat bahawa pesawat Malaysia itu terhempas
kerana ditembak peluru berpandu. Rusia, bagaimanapun, turut menjadi
suspek 32 www2.bharian.com.my 3 Mac 2014
46. 46 apabila mereka sudah pernah menggunakan peluru berpandu
bagi menjatuhkan pesawat An- 26 dan SU-25. Terdapat banyak
konspirasi di dalam peristiwa ini. Ukraine dan Rusia masing-masing
saling menuduh antara satu sama lain. 4.3 : PERANG DADAH MEXICO
4.3.1 PUNCA-PUNCA PERANG Mexico telah lama digunakan sebagai
pemindahan kapal pusat untuk aktiviti penyeludupan dan narkotik
antara pasaran Amerika Latin dan Amerika Syarikat. Bootleggers
Mexico membekalkan alkohol kepada samseng di Amerika Syarikat
sepanjang tempoh larangan di Amerika Syarikat. Permulaan
perdagangan dadah secara haram dengan Amerika Syarikat bermula
apabila larangan itu berakhir pada tahun 1933. Menjelang akhir
tahun 1960-an, penyeludup narkotik Mexico mula menyeludup dadah
secara besar-besaran.
47. 47 Pada tahun 1980-an dan awal 1990-an, Colombia Pablo
Escobar adalah negara pengeksport utama kokain dan berkait rapat
dengan rangkaian jenayah terancang di seluruh dunia. Apabila usaha
penguatkuasaan ditingkatkan di Selatan Florida dan Caribbean,
organisasi Colombia membentuk perkongsian dengan pengedar yang
berpangkalan di Mexico untuk mengangkut kokain melalui Mexico ke
Amerika Syarikat. Ini dicapai dengan mudah kerana Mexico telah lama
menjadi sumber utama untuk pengedaran heroin dan ganja, malahan
pengedar dadah dari Mexico telah mewujudkan infrastruktur yang
cukup sedia untuk berkhidmat kepada pengedar yang berpangkalan di
Colombia. Menjelang pertengahan 1980-an, pertubuhan-pertubuhan dari
Mexico menjadi semakin cekap dalam pengedaran kokain di Colombia.
Pada mulanya, kumpulan-kumpulan Mexico dibayar secara tunai bagi
perkhidmatan pengangkutan mereka, tetapi di akhir 1980- an,
pertubuhan-pertubuhan pengangkutan Mexico dan pengedar dadah
Colombia menyelesaikan pengaturan pembayaran dalam produk.
Pengangkut dari Mexico biasanya diberikan 35% hingga 50% hasil
daripada setiap penghantaran kokain. Susunan ini bermakna
organisasi dari Mexico turut terlibat dalam pengagihan, serta
pengangkutan kokain, dan menjadi pengedar pada masa yang sama. Pada
masa ini, Sinaloa Cartel dan kartel Teluk telah mengambil alih
perdagangan daripada kokain Colombia ke pasaran di seluruh dunia.
Lama kelamaan, keseimbangan kuasa antara pelbagai kartel Mexico
beralih kepada kartel baru dan yang lama menjadi lemah lantas
dijatuhkan. Gangguan dalam sistem kepimpinan seperti penangkapan
atau kematian pemimpin kartel, menjana pertumpahan darah apabila
pesaing bergerak untuk mengeksploitasi kuasa. Usaha kepimpinan
kadang-kadang dicipta
48. 48 oleh kejayaan penguatkuasaan undang-undang terhadap
kartel tertentu, jadi kartel yang lain akan sering mencuba untuk
menggunakan penguatkuasaan undang-undang terhadap satu sama lain,
sama ada dengan memberi rasuah kepada pegawai-pegawai Mexico untuk
mengambil tindakan terhadap saingan atau membocorkan risikan
mengenai operasi saingan kepada kerajaan Mexico atau Pentadbiran
Penguatkuasaan Dadah AS. Walaupun banyak faktor lain menyumbang
kepada keganasan yang semakin meningkat, penganalisis keselamatan
di Bandar Raya Mexico dapat mengesan angka musuh yang semakin
meningkat dengan menghuraikan susunan komunikasi antara pengedar
narkotik dan kerajaan yang dikawal oleh Parti Institusi Revolusi
(PRI) yang hilang cengkamannya ke atas kuasa politik bermula pada
akhir 1980-an. Pertempuran di antara kartel-kartel dadah bermula
selepas penangkapan Miguel ngel Flix Gallardo pada 1989 yang
menjalankan perniagaan kokain dalam Mexico. Aktiviti pergaduhan
tidak begitu aktif semasa akhir 1990-an tetapi keganasan ini
semakin bertambah buruk sejak 2000. 4.3.2 USAHA MENANGANI DADAH
Sebelum memegang jawatan, Presiden Enrique Pena Nieto berkata
beliau akan memutuskan hubungannya dengan Felipe Calderon.Encik
Calderon telah mengerahkan tentera untuk pergi
49. 49 selepas Kingpins kartel dan telah mengisytiharkan
"perang" ke atas kumpulan-kumpulan dadah. Encik Pena Nieto
menjanjikan pendekatan berprofil rendah yang bertujuan untuk
menangani keganasan di peringkat tempatan dengan menubuhkan
sesebuah negara untuk mengambil alih tentera. Tetapi dengan
keganasan yang semakin meningkat di Michoacan, dia juga menghantar
tentera untuk menyokong pasukan polis persekutuan dan tempatan.
Beliau juga menandatangani perjanjian dengan kumpulan pelarian,
yang membolehkan mereka untuk menyimpan senjata mereka selagi
mereka bersetuju untuk disepadukan dalam pasukan keselamatan rasmi.
4.3.3 KEADAAN SEMASA NEGARA MEXICO Menurut kajian oleh Institut
antarabangsa pemikir Ekonomi dan Keamanan, utara Mexico terus
menjadi kawasan yang paling teruk terjejas oleh dadah yang
berkaitan dengan keganasan kerana terletak ke Amerika Syarikat,
pasaran yang paling penting di rantau ini untuk dadah haram. Tetapi
Guerrero di pantai Pasifik dan negeri Morelos pusat telah menyertai
senarai negara-negara yang paling ganas, menunjukkan kartel
memperluaskan kawasan mereka yang dipengaruhi oleh dadah. Satu
kajian yang dilakukan oleh Majlis Mexico Rakyat untuk Keselamatan
Awam dan Gangguan Keadilan meletakkan bandar Oaxaca mempunyai kes
tertinggi jenayah ganas, diikuti oleh bandar peranginan Acapulco
dan Cuernavaca di negeri Morelos.
50. 50 4.3.3.1 INISIATIF PRESIDEN MEXICO Institut Kebangsaan
Geografi dan Statistik Kerajaan Mexico menganggarkan terdapat 41,
563 jenayah bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2012. Presiden
Felipe Caldern meredakan jenayah terancang dengan memberikan
keutamaan dalam pentadbiran beliau. Beliau mengarahkan pergerakan
anggota tentera ke bandar-bandar di mana kartel dadah beroperasi.
Langkah ini telah dikritik oleh parti-parti pembangkang dan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk membanteras keganasan, tetapi
kesannya telah dinilai telah secara positif oleh Biro Narkotik dan
Undang-undang Hal Ehwal Penguatkuasaan dengan memperolehi
"keputusan yang belum pernah terjadi sebelumnya" dengan "banyak
usaha yang telah berjaya". Sejak Presiden Felipe Caldern
melancarkan tindakan keras terhadap kartel pada tahun 2006, lebih
daripada 28,000 penjenayah yang didakwa telah dibunuh. Pada bulan
Oktober 2007, Presiden Caldern dan Presiden Amerika Syarikat George
W. Bush mengumumkan Inisiatif Mrida, iaitu rancangan kerjasama
penguatkuasaan undang-undang antara kedua-dua negara tersebut.
4.3.4 KESAN ANTARABANGSA 4.3.4.1 EROPAH
51. 51 Kerjasama baik Mexico dengan Amerika Syarikat membawa
kepada tangkapan sebanyak 755 suspek Sinaloa kartel di
bandar-bandar Mexico dan Amerika Syarikat, tetapi pasaran Amerika
Syarikat sedang mengalami permintaan tinggi untuk kokain di Eropah.
Hal ini demikian kerana pengguna kini membayar dua kali ganda
daripada harga yang sepatutnya. Pada tahun 2012 ia telah melaporkan
bahawa kartel dadah Mexico telah bergabung dengan Sicily Mafia,
apabila pegawai-pegawai Itali menemui maklumat bahawa pasaran hitam
Palermo, bersama-sama dengan pelabuhan Itali yang lain, telah
digunakan oleh kartel dadah Mexico sebagai saluran untuk membawa
dadah ke pasaran Eropah , di mana mereka telah mengedar dadah,
terutamanya kokain, di seluruh Lautan Atlantik selama lebih 10
tahun ke Eropah. 4.3.4.2 KANADA Tentera Mexico telah menyekat
pergerakan kartel dadah Mexico untuk mengedar kokain di dalam
Amerika Syarikat dan Kanada. Ini mendorong lonjakan keganasan geng
di Vancouver, di mana harga kokain telah meningkat daripada $
23,300 kepada hampir $ 39.000 per kilo kerana kedua-dua pasaran
dadah Amerika Syarikat dan Kanada mengalami kekurangan kokain yang
berpanjangan. Sebagai bukti tekanan ini, kerajaan AS berkata jumlah
kokain yang dirampas di tanah AS menurun sebanyak 41 peratus antara
awal 2007 dan pertengahan 2008. Sejak 2009 Vancouver, British
Columbia menjadi pusat utama operasi kartel dadah Mexico di
Kanada.
52. 52 4.3.5 KARTEL UTAMA 4.3.5.1 LOS ZETAS Pada tahun 1999,
pemimpin Teluk Cartel, Osiel Cardenas Guillen, mengupah sekumpulan
37 bekas tentera elit untuk bekerja sebagai tentera rasuah beliau.
Ini bekas Kumpulan Airmobile Khas Angkatan (GAFE), dan Amphibian
Kumpulan Angkatan Khas (GANFE) tentera dikenali sebagai Los Zetas
dan mula beroperasi sebagai tentera peribadi untuk Teluk Cartel.
Pada awal tahun 2000, Zetas memainkan peranan penting dalam
penguasaan Teluk Cartel sementalah ia adalah perdagangan dadah di
kebanyakan Mexico.
53. 53 Pemimpim Teluk Cartel, Osiel Cardenas Guillenditangkap
dan dijatuhkan hukuman pada tahun 2007. Di bawah pimpinan Heriberto
Lazcano, Geng Los Zetas yang berjumlah kira-kira 300, secara
beransur-ansur menubuhkan sebuah pusat dadah ciptaan sendiri,
senjata dan rangkaian pemerdagangan manusia. Pada tahun 2008, Los
Zetas membuat perjanjian dengan bekas komander kartel Sinaloa,
saudara-saudara Beltran Leyva, dan sejak itu, menjadi pesaing
kepada bekas majikan / rakan kongsi mereka, Teluk Cartel. Pada awal
tahun 2010 Zetas mengumumkan perpecahan mereka dari Teluk Cartel
dan memulakan perang berdarah dengan Gulf Cartel untuk menguasai
laluan perdagangan Timur Laut dadah Mexico. Perang ini telah
mengakibatkan kematian beribu-ribu ahli-ahli kartel. Tambahan pula,
disebabkan oleh struktur perikatan, konflik Teluk Cartel-Los Zetas
mendapat perhatian daripada kartel lain, iaitu Sinaloa Cartel yang
menentang Zetas pada tahun 2010 dan 2011. Kumpulan Zetas adalah
kejam untuk mensasarkan orang awam, termasuk pembunuhan
besar-besaran 72 pendatang dalam pembunuhan beramai-ramai di San
Fernando. Penglibatan The Zetas bukan saja pada tahap pengedaran
dadah, tetapi turut melibatkan pemerdagangan manusia,
memperdagangkan kecurian melalui saluran paip minyak, peras ugut,
dan perdagangan CD cetak rompak. Rangkaian jenayah mereka dikatakan
merangkumi Mexico, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Eropah.
Pada 15 Julai 2013, Tentera Laut Mexico menahan ketua Zetas, Miguel
Trevino Morales. 4.3.5.2 SINALOA CARTEL
54. 54 Sinaloa Cartel mula bertanding dengan penguasaan Teluk
Cartel kerana ingin menguasai kawasan barat daya Texas setelah
penangkapan ketua Teluk Cartel Osiel Crdenas pada Mac 2003.
"Persekutuan" adalah hasil daripada satu perjanjian 2006 di antara
beberapa kumpulan di negara Pasifik di Sinaloa. Kartel tersebut
diketuai oleh Joaqun "El Chapo" Guzmn, yang merupakan pengedar
dadah paling dikehendaki Mexico dengan anggaran nilai bersih AS $ 1
bilion menjadikan beliau manusia ke-1140 terkaya di dunia dan ke-55
yang paling berkuasa, menurut profil majalah Forbes setelah
pembunuhan beramai-ramai Februari 2010, satu pakatan baru dibentuk
untuk menentang Los Zetas dan Beltran Leyva Cartel. Sinaloa Cartel
menentang Juarez Cartel dalam pertempuran yang panjang dan berdarah
untuk kawalan ke atas laluan pengedaran dadah di dalam dan sekitar
bandar utara Ciudad Juarez. Pertempuran itu akhirnya mengakibatkan
kekalahan bagi Juarez Cartel tetapi tidak sebelum membunuh
sekurang-kurangnya 12,000 orang dalam keganasan berkaitan dadah.
Semasa perang untuk kawasannya di Ciudad Juarez Sinaloa Cartel
menggunakan beberapa kumpulan (contohnya Los Mexicles, Artistas
Asesinos dan Gente Nueva) untuk menyerang Juarez Cartel. Juarez
Cartel turut menggunakan kumpulan seperti La Lnea dan Barrio Azteca
untuk melawan Sinaloa Cartel. Sehingga Mei 2010, banyak laporan
oleh media Mexico dan Amerika Syarikat mendakwa Sinaloa telah
menyusup kerajaan persekutuan Mexico dan tentera, dan berpakat
sulit dengan ketua tersebut untuk memusnahkan kartel-kartel lain.
Kumpulan Colima, Sonora dan Milenio kartel adalah cawangan Sinaloa
Cartel.
55. 55 4.3.6 KESAN PEPERANGAN TERHADAP MEXICO 4.3.6.1 RASUAH
KEPADA KERAJAAN Kartel Mexico memajukan operasi mereka dengan
merosakkan atau menakutkan pegawai- pegawai penguatkuasa
undang-undang . Sering kali, perbandaran, negeri, dan pegawai-
pegawai kerajaan persekutuan Mexico, bersama-sama dengan pasukan
polis, bekerjasama dengan kartel dalam rangkaian terancang rasuah.
A Mafioso Pax, adalah contoh khusus rasuah yang menjamin suara ahli
politik dan pertukaran untuk menukarkan satu 'mata terhadap kartel
tertentu. Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) melaporkan
bahawa walaupun kerajaan pusat Mexico telah membuat usaha bersepadu
untuk mengurangkan rasuah dalam tahun- tahun kebelakangan ini, ia
masih menjadi masalah yang serius. Sesetengah ejen Agensi Siasatan
Persekutuan (AFI) dipercayai bekerja sebagai penguatkuasa untuk
pelbagai kartel, dan Peguam Negara (PGR) melaporkan pada Disember
2005 yang hampir 1,500 hingga 7,000 ejen AFI ini berada di bawah
siasatan untuk aktiviti jenayah yang disyaki dan 457 adalah
menghadapi tuduhan . Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan
persekutuan menjalankan pembersihan dan pendakwaan pasukan polis di
Nuevo Laredo, Michoacn, Baja California dan Mexico City. Operasi
anti-kartel dimulakan oleh Presiden Caldern pada Disember 2006
termasuk pemeriksaan balistik senjata polis di tempat-tempat di
mana terdapat kebimbangan bahawa polis juga sedang berusaha untuk
kartel. Pada bulan Jun 2007, Presiden Caldern memusnahkan 284
komander polis persekutuan dari semua 31 negeri dan Daerah
Persekutuan.
56. 56 Di bawah 'Operasi Pembersihan' yang dilakukan pada tahun
2008, beberapa ejen dan pegawai-pegawai berpangkat tinggi telah
ditangkap dan didakwa dengan menjual maklumat atau perlindungan
kepada kartel dadah; beberapa tangkapan profil tinggi ialah: Victor
Gerardo Garay Cadena, (Ketua Polis Persekutuan), Noe Ramirez
Mandujano (bekas Ketua Bahagian Jenayah Terancang (SIEDO)), Jos
Luis Santiago Vasconcelos (bekas Ketua Bahagian Jenayah Terancang
(SIEDO)), dan Ricardo Gutierrez Vargas yang merupakan bekas
pengarah pejabat Interpol Mexico. Pada bulan Januari 2009, Rodolfo
de la Guardia Garca, bekas Pengarah Pejabat Interpol Mexico,
ditangkap. Julio Csar Godoy Toscano, yang hanya dipilih 5 Julai
2009 untuk Dewan Rakyat Kongres, dituduh sebagai ahli teratas dadah
La Familia Michoacana kartel dan melindungi kartel ini. Beliau kini
seorang pelarian. Pada bulan Mei 2010 laporan NPR mengumpul banyak
tuduhan dari berbagai sumber, termasuk Amerika Syarikat dan media
Mexico, pegawai-pegawai polis Mexico, ahli politik, ahli akademik,
dan lain-lain, Sinaloa Cartel telah menyusup dan merosakkan
kerajaan persekutuan Mexico dan tentera Mexico dengan rasuah dan
cara-cara lain. Menurut laporan oleh seksyen US Perisikan Tentera
di Leavenworth, sepanjang tempoh 6 tahun, dari 250,000 tentera
dalam Tentera Mexico, 150,000 menghilangkan diri dan pergi ke dalam
industri dadah. Laporan NPR pada tahun 2010 menyatakan bahawa
Sinaloa telah berpakat dengan kerajaan untuk menghancurkan kartel
lain dan melindungi dirinya dan pemimpinnya, 'Chapo'.
Pegawai-pegawai Mexico menafikan sebarang rasuah dalam membasmi
kerajaan kartel dadah. Kartel sebelum ini telah dilaporkan sebagai
sukar untuk mendakwa "kerana ahli-ahli kartel telah menyusup dan
merosakkan organisasi penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya
untuk mendakwa mereka, seperti Pejabat Peguam Negara. 4.3.6.2 KESAN
KE ATAS HAK ASASI MANUSIA
57. 57 Dasar-dasar kawalan dadah Mexico telah menerima pakai
untuk mencegah pengedaran dadah dan untuk menghapuskan kuasa kartel
dadah yang telah menjejaskan keadaan hak asasi manusia di negara
ini. Dasar-dasar ini diberi tanggungjawab untuk mengawal dadah awam
kepada tentera, yang mempunyai kuasa untuk tidak hanya menjalankan
anti-dadah dan operasi keselamatan awam tetapi juga menggubal
dasar. Menurut Amerika Syarikat, Jabatan Negeri, polis dan tentera
di Mexico telah dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia yang
serius kerana ia melakukan usaha-usaha kerajaan untuk memerangi
kartel dadah. Beberapa kumpulan adalah lebih terdedah kepada
pencabulan hak asasi manusia cagaran untuk penguatkuasaan
undang-undang dadah. Khususnya di negeri-negeri Sempadan Utara yang
telah melihat paras tinggi ubat yang berkaitan dengan keganasan,
pencabulan hak asasi manusia dari pengguna dadah suntikan (IDU) dan
pekerja seks oleh kakitangan penguatkuasaan undang-undang, termasuk
keganasan fizikal dan seksual, peras ugut, dan mensasarkan untuk
mengakses atau pemilikan peralatan suntikan atau mengamalkan kerja
seks, walaupun aktiviti ini menyalahi undang-undang. Kuasa besar di
dalam cabang eksekutif dan rasuah dalam cawangan perundangan dan
badan kehakiman juga menyumbang kepada kemerosotan hak asasi
manusia situasi Mexico, yang membawa kepada masalah seperti pasukan
polis melanggar hak asasi manusia melalui penyeksaan dan ancaman,
autonomi tentera dan akibatnya dan ketidakberkesanan badan
kehakiman dalam menegakkan dan memelihara hak-hak asasi manusia.
Antara bentuk-bentuk pelanggaran hak asasi manusia termasuklah
tangkapan tidak sah, penahanan rahsia dan berpanjangan, penderaan,
rogol, pelaksanaan luar undang-undang, dan fabrikasi bukti. Polisi
dadah gagal untuk mensasarkan pengedar peringkat tinggi. Pada
1970-an, sebagai sebahagian daripada Operasi Condor antarabangsa,
kerajaan Mexico menghantar 10,000 anggota tentera dan polis ke
kawasan yang kekurangan kuasa-kuasa ini di utara Mexico yang
berhadapan dengan pengeluaran dadah dan pemberontakan kiri.
Beratus-ratus petani telah ditangkap, diseksa, dan dipenjarakan,
tetapi tiada pengedar dadah utama telah ditangkap.
58. 58 Kemunculan agensi persekutuan dalaman yang sering tidak
terkawal dan yang tidak dpt diketahui juga menyumbang kepada
berlakunya pelanggaran hak asasi manusia. Agensi Siasatan
Persekutuan (agencia de Persekutuan Investigacin-AFI) Mexico telah
terlibat dengan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia seperti
kes-kes yang melibatkan penderaan dan rasuah. Dalam satu kes,
tahanan Guillermo Mendoza Velez meninggal dunia ketika dalam jagaan
ejen AFI. Ejen AFI yang terlibat dalam kematiannya ditahan tetapi
dia melarikan diri selepas dibebaskan dengan ikat jamin. Sehubungan
itu, hampir semua ejen AFI mengelak hukuman dan tangkapan kerana
eksekutif rasuah dan sistem kehakiman serta keluhuran agensi-agensi
ini. Pejabat Peguam Negara melaporkan pada Disember 2005 bahawa
satu perlima daripada pegawainya berada di bawah siasatan untuk
aktiviti jenayah, dan hampir 1,500 daripada 7,000 ejen AFI ini
berada di bawah siasatan untuk aktiviti jenayah yang disyaki dan
457 telah menghadapi tuduhan. AFI akhirnya diisytiharkan gagal dan
dibubarkan pada tahun 2009. Prejudis etnik juga telah muncul dalam
perang dadah, dan komuniti orang asli yang lemah dan tidak berdaya
telah disasarkan oleh pihak polis, tentera, pengedar dadah dan
sistem keadilan. Menurut Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia
(Mexico) (Comisin Nacional de los Derechos Humanos-CNDH), hampir
satu pertiga daripada tahanan asli di Mexico pada tahun 2001 berada
dalam penjara kerana jenayah persekutuan, yang kebanyakannya
berkaitan dadah. Satu lagi kebimbangan utama ialah kekurangan
pelaksanaan Hukum Leahy di Amerika Syarikat dan akibat yang lebih
buruk dalam keadaan hak asasi manusia di Mexico. Di bawah
undang-undang Amerika Syarikat ini, tiada anggota atau unit suatu
pasukan keselamatan asing yang dapat didakwa melakukan pencabulan
hak asasi manusia boleh menerima latihan keselamatan. Adalah
melanggar undang-undang Leahy jika Amerika Syarikat melatih tentera
dan polisnya di Mexico. Dalam kes ini, pegawai-pegawai kedutaan
Amerika Syarikat di Mexico yang bertanggungjawab bagi hak asasi
manusia dan program kawalan dadah dipersalahkan dengan membantu dan
bersubahat dengan pelanggaran ini. Pada bulan Disember 1997,
sekumpulan bersenjata Mexico khas angkatan tentera diculik dua
puluh
59. 59 orang muda di Ocotlan, Jalisco, dengan kejam mendera
mereka dan membunuh satu. Enam daripada pegawai terbabit telah
menerima latihan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada
program latihan Grupo de Aeromvil Fuerzas Especiales (GAFE).
4.3.6.3 PEMERDAGANGAN MANUSIA Terdapat hubungan antara kartel dadah
dan penyeludupan manusia untuk kerja paksa, pelacuran paksa dan
rogol. Wujudnya sistem di mana kanak-kanak perempuan menjadi
pelacur dan kemudian terpaksa bekerja di kilang-kilang dadah. Circa
2011, Los Zetas dilaporkan mula bergerak ke dalam perniagaan
pelacuran (termasuk pelacuran kanak-kanak) selepas sebelum ini
menjadi rangkaian hanya 'pembekal' kepada wanita yang telah sedia
ada. Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata bahawa amalan buruh
paksa di Mexico adalah lebih besar daripada pelacuran paksa.
Wartawan Mexico seperti Lydia Cacho telah diugut, dipukul, dirogol,
dan dipaksa ke dalam buangan untuk melaporkan fakta-fakta ini.
4.3.7 KONTROVERSI YANG DIHADAPI KERAJAAN MEXICO
60. 60 4.3.7.1 KEGAGALAN DASAR YANG DITERAPKAN Menurut bekas
Presiden Fernando Henrique Cardoso Brazil, Ernesto Zedillo Mexico
dan Csar Gaviria Colombia, ubat perang Amerika Syarikat yang
diterajui menolak Amerika Latin ke dalam lingkaran ke bawah; Encik
Cardoso berkata dalam sidang bahawa "bukti yang ada menunjukkan
bahawa perang pada dadah adalah perang gagal". Panel Suruhanjaya
Amerika Latin mengenai Dadah dan komisen Demokrasi yang diketuai
oleh Cardoso, menyatakan bahawa negara-negara yang terlibat dalam
peperangan ini perlu mengeluarkan "pantang larang" dan mengkaji
semula program-program anti-dadah. Kerajaan Amerika Latin telah
mengikuti nasihat Amerika Syarikat untuk memerangi perang dadah,
tetapi dasar-dasar mempunyai sedikit kesan. Suruhanjaya itu membuat
beberapa cadangan kepada Presiden Barack Obama untuk
mempertimbangkan dasar-dasar baru, seperti alasan diskriminasi
kanabis (ganja) dan untuk merawat penggunaan dadah sebagai masalah
kesihatan awam dan bukan sebagai masalah keselamatan. Majlis Hal
Ehwal hemisfera menyatakan sudah tiba masanya untuk serius
mempertimbangkan alasan diskriminasi dadah dan amalannya. 4.3.7.2
PENINGKATAN PERMINTAAN DADAH Kajian RAND yang dikeluarkan pada
pertengahan 1990-an mendapati bahawa menggunakan rawatan pengguna
dadah untuk mengurangkan penggunaan dadah di Amerika Syarikat
adalah tujuh kali lebih kos efektif daripada usaha penguatkuasaan
undang-undang semata-mata, dan ia berpotensi boleh mengurangkan
penggunaan sebanyak satu pertiga.
61. 61 Dalam tahun kewangan 2011, Pentadbiran Obama meminta
kira-kira $ 5600000000 untuk menyokong pengurangan permintaan. Ini
termasuk kenaikan 13% untuk pencegahan dan hampir peningkatan 4%
untuk rawatan. Keseluruhan TK 2011 balas dadah permintaan untuk
mengurangkan bekalan dan penguatkuasaan undang-undang dalam negeri
adalah $ 15500000000 dengan $ 521.100.000 dalam pembiayaan baru.
4.4 PERANG SAUDARA DI SYRIA Syria Syria telah menjadi negara yang
diperintah oleh diktator selepas merdeka dari penjajahan Perancis
pada tahun 1945. Konflik berdarah yang berlaku di Hama selama 27
hari pada tahun 1982, telah mengorbankan hampir 46 000 penduduk
Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi penduduk di Syria, 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10%
beragama Kristian, dan 84% merupakan muslim ASWJ.33 Iran menyokong
tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar Al-Asaad yang tergamak
membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang
menyokong tindakan Hafez yang merupakan penganut Syiah Alawiyah.
Antara sifat-sifat penganut Syiah adalah, mereka amat benci kepada
ASWJ, menghina Khulafa Ar- 33 www.tenteraislam.blogspot.com 29
Oktober 2014
62. 62 Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah S.A.W. Sehingga
hari ini, Iran dan Hizbullah di Lubnan yang mengamalkan fahaman
Syiah masih menyokong tindakan rejim Basyar di Syria. Tarikh Perang
saudara di Syria, atau juga dikenali sebagai pemberontakan Syria
merupakan konflik dalaman yang masih berterusan di Syria yang
berlaku sejak awal tahun 2011 lagi. Bantahan bermula pada 26
Januari 2011 dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac
2011. Lokasi Syria adalah daerah yang terletak di Jazirah Arab dan
merupakan bahagian wilayah Syam. Punca/Faktor Kebangkitan di Syria
dipengaruhi oleh tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat. Pada
awalnya, perang Syria dilatar belakangi oleh kekecewaan rakyat
Syria terhadap rejim Basyar Al-Asaad yang menjadi pemerintah
diktator Syria selama 11 tahun. Rakyat Syria kemudian
63. 63 melakukan aksi damai untuk menuntut keadilan. Namun,
aksi damai tersebut telah ditangani dengan kekerasan oleh rezim
Bashar. Kemuncak kebangkitan berlaku apabila sekumpulan kanak-kanak
yang bermain-main dan menconteng RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN di
dinding bangunan. Kemudian, tentera Al-Asaad menangkap kanak-kanak
ini dan mereka telah diseksa dengan cara yang sangat kejam sehingga
ada daripada mereka yang meninggal dunia. Seksaan demi seksaan
dilakukan kepada mereka yang dituduh menentang rejim Basyar
Al-Asaad. Selepas peristiwa itu, rakyat Syria mula melakukan
revolusi menentang rejim Asaad. Revolusi Syria bermula di Hama
kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Daraa, Hauran,
Halab, termasuklah 157 tempat lain di Syria. Perang Syria adalah
revolusi Rabbani iaitu revolusi agama. Mereka berperang kerana
hendak membela agama Islam dengan melawan agama Syiah. Kesesatan
agama Syiah tidak disangkal lagi kerana hampir semua ulama
menyatakan mereka bukan Islam, di antaranya adalah Ulama Ibnu
Taimiyah. Barangsiapa beranggapan bahawa Al-Quran telah dikurangi
ayat-ayatnya atau ada yang disembunyikan, atau beranggapan bahawa
Al-Quran mempunyai penafsiran batin, maka gugurlah amal-amal
kebaikannya. Dan tidak ada perselisihan pendapat tentang kekafiran
orang semacam ini- Ulama Ibnu Taimiyah Peristiwa sepanjang perang
Banyak kezaliman yang telah berlaku sepanjang tempoh perang.
Antaranya, seramai 4 000 orang rakyat Syria telah syahid dalam masa
42 hari. 39 000 orang telah cedera dan tidak dirawat malah
dibiarkan begitu sahaja. Satu peristiwa telah berlaku dimana
seramai 19 orang
64. 64 doktor dan 40 orang pesakit di hospital telah dibunuh
oleh tentera Asaad di wilayah Doma. Selain ittu, 9 000 orang telah
ditahan dan 413 orang telah syahid di dalam penjara. Angka kematian
hasil dari kezaliman rejim Asaad semakin meningkat hari demi hari.
Berlaku juga kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak dimana
mereka diculik, dirogol, diseksa dan dibunuh. Ada satu ketika,
seorang ukhti telah ditangkap dan hampir diperkosa oleh tentera
yang menangkapnya. Apabila beliau melawan, beliau dibunuh dan
tubuhnya dikerat 4. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke
dalam beg plastik lalu dicampak di hadapan keluarga beliau.34
Basyar Al-Asaad adalah dari kelompok Syiah yang terkeluar daripada
Islam dan membunuh Muslimin Sunni adalah harus. 5.0 Konsep Satu
Tamadun Kemungkinan untuk membina satu tamadun universal telah
diketengahkan oleh Professor Hans Kueng dan Professor Dr. Mohd
Kamal Hassan dalam syarahan umum di Institusi Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) pada 3 April 1997. Pelayaran satu tamadun ini
memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai keharmonian di
antara semua bangsa di samping mengelakkan perselisihan faham yang
boleh memusnahkan. Professor Samuel P. Huntington menolak
kemungkinan ini dalam artikel yang ditulisnya bertajuk The Clash of
Civilization ataupun Pertembungan Antara Tamadun. Ini diikuti
dengan sebuah buku yang ditulisnya bertajuk The Clash of
Civilization and the Remaking of the World Order ataupun
Pertembungan Antara Tamadun dan Pengubahsuaian Orde 34
www.hafizamri.com 29 0ktober 2014
65. 65 Dunia. Senario yang diketengahkan beliau adalah sangat
berbahaya kerana semua tamadun di seluruh dunia sepatutnya
mempunyai keinginan biarpun sedikit untuk memelihara keamanan,
membanteras keganasan dan menuntut pegetahuan antara satu sama
lain35. Kita harus sedar dan peka akan perkara penting yang kita
lepaskan jikalau kita menolak idea pembinaan satu tamadun. Idea
tamadun universal bukan bermaksud sama sekali untuk menghancurkan
perbezaan budaya dan agama yang bukan sahaja meluas di Eropah
tetapi juga di Asia. Idea ini bertujuan sebagai satu cara yang
positif dalam persamaan dari segi teknologi, ekonomi, politik dan
dimensi etika36. Konsep ini bermaksud untuk semua berkongsi
tanggungjawab dan mematuhi apa yang telah ditetapkan, suatu
standard untuk memastikan kefahaman dan keharmonian antara negara
dan bangsa yang berbeza. Salah satu daripada standard yang
diketengahkan oleh Professor Hans Kueng dan Professor Mohd. Kamal
Hassan adalah etika global. 5.1 ETIKA GLOBAL 35 Hans Kueng and Mohd
Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, Institute of Islamic
Understanding Malaysia (1997), hal. iv. 36 Hans Kueng and Mohd
Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 4.
66. 66 Meminjam kata-kata Presiden Gordon Brown, iaitu Presiden
Britain, etika global adalah kewarganegaraan secara
global...tanggungjawab kita terhadap orang lain... 37 . Presiden
Gordon melihat fenomena etika global sebagai satu peluang untuk
mandapatkan sesuatu yang tidak pernah dibuka untuk kita sebelum
ini. Etika global bukanlah suatu ideologi yang baru dan ia tidak
memberi etika yang spesifik ke atas perbezaan agama dan falsafah
maka tidak ada penggantian untuk hal-hal sebegitu rupa. Etika
global adalah perkongsian kepercayaan, standard dan perlakuan biasa
dalam kesederhanaan. Ini dapat menjadi tapak yang mampu mengikat
prinsip, standard dan juga sifat moral yang diakui oleh semua agama
biarpun mempunyai perbezaan dogma serta turut disokong oleh
atheis38. 5.1.1 KONSENSUS ETIKA GLOBAL Sewaktu penerbitan buku
Professor Hans Kueng yang bertajuk, Projekt Welthethos (Global
Responsibility : In Search of a New World Ethic) pada 1990, tidak
ada banyak dokumen mengenai etika global daripada organisasi
antarabangsa yang boleh dijadikan rujukan oleh beliau. Akan tetapi,
tujuh tahun selepas itu, beliau telah menemukan tiga dokumen
penting antarabangsa yang bukan sahaja mengakui hak asasi manusia
tetapi juga menerangkan dengan lebih jelas tanggunjawab manusia39.
37 In Conversation With Chris Anderson and Presiden Gordon Brown,
Global Ethics and Its Challenges, TED TALKS. 38 Hans Kueng and Mohd
Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 7. 39 Hans Kueng
and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 8.
67. 67 5.1.2 OUR GLOBAL NEIGHBOURHOOD OLEH SURUHANJAYA
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DALAM THE REPORT OF THE COMMISSION
ON GLOBAL GOVERNANCE Laporan Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu
tentang Tadbir Urus Global memegang tajuk Perjiranan Global Kita
dan menyeru untuk satu etika perjiranan : Nilai-nilai global
haruslah menjadi batu sandungan untuk pengurusan global. Manakala
untuk dimensi etika peraturan dunia baru dokumen ini menetapkan
prinsip emas yang paling asas iaitu : Layani orang lain seperti
bagaimana kita hendak orang lain melayani kita. Professor Hans
Kueng menjelaskan selepas itu bahawa sebenarnya perjanjian seperti
ini sudah dibincangkan oleh Parlimen Revolusi pada 1789 di Paris
yang berkaitan dengan hak dan juga tanggungjawab iaitu rights need
to be joined with responsibilities yang bermaksud semua orang
mempunyai tanggungjawab dalam memegang hak masing-masing dan orang
lain. Oleh itu, kita diseru untuk mendesak komuniti antarabangsa
supaya menyokong etika global berkaitan dengan hak sama rata dan
perkongsian tanggungjawab40. 40 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan,
Towards A Common Civilization, hal. 9.
68. 68 Jawatankuasa antarabangsa terbabit menyatakan bahawa
mereka berharap yang, sedikit demi sedikit, prinsip ini akan
diaplikasikan dalam dokumen internasionalyang lebih mengikat di
mana carta global masyarakat bertamadun dapat dirangka serta yang
mampu menyediakan asas untuk persetujuan semua dalam peraturan yang
ditetapkan bagi menguruskan perjiranan global41. 5.1.3 OUR CREATIVE
DIVERSITY OLEH SURUHANJAYA SEDUNIA DALAM REPORT OF THE WORLD
COMMISSION ON CULTURE AND DEVELOPMENT Laporan yang dibentangkan
oleh Jawatankuasa Sedunia tentang budaya dan perkembangan pada 1995
menyentuh mengenai komitmen terhadap pluralisme tetapi pernyataan
ini didahului dengan satu bahagian yang menekankan sesuatu yang
dilihat sebagai kebiasaan dan bukan perbezaannya : Etika Global
yang Baharu, satu etika kemanusiaan, satu etika global. Adalah
imperatif untuk mencari yayasan untuk perkongsian nilai-nilai etika
dan juga prinsip42. 5.1.3 IN SEARCH OF GLOBAL ETHICAL STANDARD OLEH
INTERACTION COUNCIL 41 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan,Towards A
Common Civilization, hal. 10. 42 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan,
Towards A Common Civilization, hal. 10.
69. 69 Satu pernyataan yang diberikan oleh InterAction Council
(1996) yang disertai oleh beberapa mantan Presiden dan Perdana
Menteri yang bertajuk In Search of Global Ethical Standard
menyentuh secara terang-terangan peranan negatif yang sering dan
masih dimainkan oleh agama : Dunia ini dipengaruhi oleh pelbagai
ekstremis agama yang mengajarkan dan mengamalkan keganasan atas
nama agama. Walaubagaimanapun, peranan positif agama turut
diberikan : institusi keagamaan masih mempunyai kesetiaan beratus
million orang biarpun diancam dengan sekularisme. Dalam laporan
tersebut dinyatakan bahawa agama-agama di seluruh dunia merupakan
salah satu tradisi kebijaksanaan yang terbesar oleh manusia.
Professor Hans Kueng turut menyatakan kriteria minima yang
membolehkan manusia hidup bersama adalah sangat penting kerana
tanpa etika dan pengawalan diri semua hal akan bertukar menjadi
liar dan huru-hara43. 5.2 DEKLARASI MENUJU ETIKA GLOBAL 1993
Parlimen Agama Sedunia bersidang di Chicago pada 1993 dan
mendeklarasikan Deklarasi