DIRIAN TANGAN
Dirian tangan adalah satu kedudukan berdiri tegak tetapi secara songsang,
dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara. Kedudukan tangan adalah
berjauhan selebar bahu, tetapi terdapat kelainan yang tertentu. Dirian tangan
asas mempunyai kaki yang ditegakkan dengan lutut tiada dibengkokkan,
tetapi turut mempunyai kelainan yang pelbagai. Untuk mempamerkan satu
dirian tangan, pelaku memerlukan kekuatan badan bahagian atas.
Dalam gimnastik, dirian tangan merupakan pergerakan asas, dan perlu
dimahiri agar dapat mempelajari pelbagai kemahiran berasaskannya, kerana
sebahagian kelainan dirian tangan dilakukan pada setiap perkakasan
gimnastik, dan banyak kemahiran menjatuhkan badan melalui kedudukan
dirian tangan semasa pelaksanaannya.
KEDUDUKAN PERGERAKAN
Dirian tangan tegak statik yang asas, dengan kaki yang tegak, terdiri daripada
lima isi utama untuk posturnya:
2.21 Lengan terkunci — Kedua-dua tapak tangan diletak datar di atas lantai
dengan jarak lebar bahu, dan kedua-dua siku dikunci semasa
memeliharakan tangan yang tegak.
2.22 Kepala terdongak — Muka bukan menghadapi lantai, tetapi
menghadapi terus ke hadapan seolah-olah ketika berdiri tegak.
2.23 Pinggul cengkung — Pinggul ditolak melepasi pusat graviti untuk
menghalang tulang belakang daripada melengkung. Jika dilaksanakan
ketika berbaring mendatar di atas lantai, postur ini akan
memeliharakan sentuhan antara pelvis dengan lantai.
2.24 Kaki terkunci — Kedua-dua lutut dikunci, dengan kaki-kaki tertutup dan
tegak.
2.25 Jari kaki runcing — Kedua-dua kaki dikunci bersama-sama, dengan jari
kaki ditunjuk terus ke atas dan dikekalkan sebagai titik tertinggi
Aktiviti ini adalah salah satu daripada kemahiran asas yang penting di dalam
pembelajaran aktiviti menghambur.
2.3 BUTIRAN MENGAJAR
1. Berdiri dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan kedua-dua belah
tangan diangkat ke atas. (rajah 4.1)
2. Hayun sebelah kaki ke atas sambil menaikkan kedua-dua belah tangan
dan halakan tapak tangan ke hadapan. (gambar 4.2)
3. Turunkan kaki yang telah dihayunkan tadi dan condongkan badan ke
bawah. (gambar 4.3)
4. Tangan digunakan untuk menyokong di atas tilam sambil kaki
belakang dihayun lurus ke atas dan diikuti oleh kaki lain. (gambar 4.4)
5. Apabila kedua-dua belah kaki telah lurus di atas kepala, peserta
hendaklah mengimbangi badannya dengan baik. (penyokong
diperlukan jika pelajar tidak dapat melakukannya sendiri) (gambar 4.5)
2.4 Gambarajah Kemahiran Asas Gimnastik Yang Dipilih.
RODA KERETA
Rajah 4.1
Gambar 4.5Gambar 4.4
Rajah 4.3Rajah 4.2
Gambar 4.6
Gambar 4.7: Lakukan dirian tangan tanpa bantuan daripada penyokong.
Roda Kereta ialah satu kemahiran asas dalam gimnastik dan satu daripada
langkah-langkah pertama ahli gimnastik untuk baru belajar. Bila diperlihatkan
semula, ia seolah-olah satu "pinwheel" yang bergerak. Roda kereta juga
membantu ahli-ahli gimnastik belajar pertukaran, kawalan dan garisan tegak.
Ini akan membantu ahli-ahli gimnastik baru belajar untuk melakukan lompat
dan putar dengan cepat dengan memecahkan kemahiran ke dalam lebih kecil
serta langkah-langkah yang lebih terurus. Seperti mana-mana bahagian
gimnastik, amalan, kesabaran dan pembimbingan yang bagus penting pada
kejayaan.
KEMAHIRAN PUTARAN
A. Putar Roda (Cartwheels)
Putar roda adalah satu variasi dinamik kedudukan dirian tangan yang
lurus. Kemahiran ini melibatkan pemindahan berat badan dari tapak
kaki (kedudukan berdiri) ke tangan (dalam kedudukan terbalik) dan
kembali ke tapak kaki. Ansur maju bagi pergerakan putar roda
terbahagi kepada dua, iaitu teknik pemindahan berat badan dan teknik
meletakkan tapak tangan.
Teknik memindahkan berat badan
Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan tilam yang disusun atau
bangku rendah. Ini boleh menghasilkan tendangan yang lebih kuat
bagi memudahkan pemindahan berat badan.
Ansur maju 2: Teknik meletakan tapak tangan dan kaki
Arah kedudukan jari-jari tangan sangat penting untuk pelaksanaan
putar roda. Kita boleh menandakan terlebih dahulu tapak tangan
dengan kapur atau pita pelekat bewarna.
1. Berdiri tegak, tangan lurus.
2. Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge.
Condongkan bahu ke sisi arah pergerakan.
3. Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki
tendangan diangkat lurus diikuti kaki mendahului, sehingga
ke kedudukan dirian tangan kangkangkan kaki.
4. Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki
berikutnya dalam kedudukan lunge.
TEKNIK PERLAKUAN RODA KERETA
1. Muka menghadap ke hadapan
2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang
bengkok.
3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama dan kepala
kekal dalam kedudukan biasa denga lurus
4. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan
dilengkungkan.
5. Kaki di bawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam
kedudukan berbentuk bintang.
6. Badan dalam keadaan tegak semula, dan postur pinggul dilentikkan.
Gambarajah 1
Gambarajah 2
HAMBUR BELAKANG
TEKNIK PERLAKUAN HAMBUR BELAKANG
1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri atas pangkal jari-jari
kaki
2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan.Kedua-dua
tangan hampir sebaris dengan kepala.
3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan
melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat.
Tolakan dari tangan yang kuat.
4. Pinggul ditolak kehadapan semasa mendarat. 4
5. Pendaratan dibuat atas jari-jari kaki
LATIHAN ANSUR MAJU 1. Dengan bantuan dua orang rakan, baring dan tangan murid memegang tanganrakan.
2. Hayun kaki ke belakang berulang kali. 3. Apabila rakan memberi isyarat hayun kaki ke hadapan sambil tangan ditarik kuatoleh dua orang rakan.
4. Terus berdiri dengan kaki dalam keadaan tegak.
BUTIRAN MENGAJAR
1. Mula dalam satu kedudukan mencangkung seperti guling depan. Pastikan
lutut dan postur belakang badan tegak. Keadaan yang sama bagi bahagian
kaki juga.
2. Biarkan tumit anda jatuh kepada lantai. Anda akan mula untuk guling
menggunakan belakang anda
3. Lengkungkan belakang badan anda . (Pastikan dagu anda mencecah
dengan dada anda.)
4. Menolak dengan bahu apabila hayunan kebelakang dibuat
5. Siku dibengkok kan sehingga ia menghala ke arah siling
6. Tolak bebanan badan dengan menggunakan tangan.
7. Luruskan lengan anda. Pinggul anda akan mula untuk terangkat. Ini akan
memusing badan anda melepasi kepala anda.
8. Kaki anda akan kembali semula mencecah lantai
9. Menamatkan kembali dalam kedudukan mencangkung, dan badan
bergerak untuk terus berdiri.