- Designed by: [email protected] 0
Sekalung Penghargaan
بسم اهلل الرمحن الرحيم
Syukur ke hadrat Allah s.b.t
Kerana dengan limpah kurnia & keizinannya
Yang memudahkan kami serta memberi ilham
Kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada
Pn. Zakiah Bt Hassan yang banyak memberi idea,
panduan & bimbingan kepada kami sehingga
lahirnya buku panduan ini.
Semoga segala isi & maklumat yang terkandung di dalam
Buku panduan ini dapat memberi faedah & manfaat
Khususnya kepada guru-guru untuk menarik minat
Para pelajar dalam mempelbagaikan
Lagi aktiviti permainan di sekolah.
- Designed by: [email protected] 1
DAFTAR ISI
KANDUNGAN HALAMAN
1. PENGENALAN 2
1.1 Sejarah / Asal-Usul 2
2. PEMAIN 3
2.1 Nenek 3
2.2 Cucu 4
3. ALAT PERMAINAN 4
4. KAWASAN PERMAINAN 5
5. CARA PERMAINAN 5 - 6
6. ANALISIS 7
6.1 Kelebihan 7
6.2 Kekurangan 7
7. INOVASI 8
7.1 Perubahan 8
7.2 Cara Permainan 8 – 10
8. PENUTUP 11
9. RUJUKAN 11
- Designed by: [email protected] 2
1. PENGENALAN
"Permainan Mencari Cucu" merupakan permainan tradisional yang
dimainkan oleh golongan kanak-kanak khususnya diluar rumah dalam
masyarakat Melayu satu ketika dahulu. Permainan ini dapat memupuk
semangat bermasyarakat (setiakawan) dalam kalangan kanak-kanak di
kampung dan mampu memberi peluang kepada mereka untuk bersukan
sambil beriadhah mengeluarkan peluh. Selain mampu memupuk dan
mengaktifkan psikomotor kanak-kanak, permainan ini turut memberikan
kanak-kanak idea dan kreativiti yang kadangkala sukar untuk menilai dan
memberikan bukti empirikal terhadap emosi dan kemahiran berfikir mereka.
1.1 Sejarah / Asal-Usul
Telah diketahui kebanyakkan permainan rakyat diwarisi secara turun-
temurun dari generasi terdahulu, amatlah sukar untuk menentukan sejarah
asal usul yang sebenar sesuatu permainan itu secara tepatnya. Hasil
pencarian di internet menemukan sebuah artikel/blog yang mengaitkan
permainan ini berkemungkinan diperkenalkan oleh rakyat British kerana
mempunyai persamaan dalam nilai dan fungsi dengan permaian "Say
Duray" yang dimainkan turun temurun dalam kalangan kanak-kanak
Kampung Tian (diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai
Canal Achmen).
Meskipun terdapat beberapa perbezaan, tapi bila dikaitkan dengan
nilai dan fungsi kedua-dua permainan ini jelas menunjukkan bagaimana
kedua-dua permainan menjadi nadi dalam membentuk nilai dan jati diri
dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat juga pendapat yang mendakwa
permainan ini asalnya dimainkan oleh anak-anak raja dan pembesar dan
mula tersebar ke kampung-kampung setelah dimainkan bersama dayang-
dayang istana.
Sebuah filem melayu yang bertajuk “Musang Berjanggut” lakonan
Tan Sri P.Ramlee (diterbitkan pada 1959) terdapat adegan yang
memaparkan keseluruhan permainan ini secara lengkap.
- Designed by: [email protected] 3
2. PEMAIN
Memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang pemain untuk bermain.
Sebaik-baiknya 5 hingga 7 orang dalam sesuatu masa.
Tiada jumlah maksimum yang diterhadkan, tetapi sebaik-baiknya
tidak melebihi 9 orang pemain.
Sekiranya terdapat 10 orang pemain atau lebih, boleh dibahagi
kepada 2 kumpulan dan seterusnya.
2.1 Nenek
Seorang dari pemain dipilih menjadi nenek.
Undian secara lai lai li tam plong akan dijalankan.
Siapa dikalangan pemain yang kalah dalam undian tersebut maka
akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan
nenek.
Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti
nenek tua yang buta.
- Designed by: [email protected] 4
2.2 Cucu
Pemain yang menang dalam undian akan menjadi cucu.
Berperanan melakonkan watak cucu.
3. ALAT PERMAINAN
Sapu tangan / kain penutup mata.
Sebatang tongkat / kayu.
- Designed by: [email protected] 5
4. KAWASAN PERMAINAN
Permainan perlu dimainkan di kawasan lapang.
Halaman rumah / padang.
5. CARA PERMAINAN
Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan
berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan
dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
Nyanyian
Nenek, nenek, si bongkok tiga.
Siang mengantuk, malam berjaga.
Mencari cucu dimana berada.
Nenekku kahwin dengan anak raja.
Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka
perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan
menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula
mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.
- Designed by: [email protected] 6
Nyanyian
Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang nenek nak cari ganti.
Siapa yang kena, dia menjadi.
Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk
mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak
mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat
nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya.
Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama
pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan
menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak
tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan
diteruskan.
- Designed by: [email protected] 7
6. ANALISIS
6.1 Kebaikan / kelebihan
Membina dan mengukuhkan rasa kasih sayang diantara pemain.
Perhubungan fizikal dengan cara berpegangan tangan dapat
memupuk perhubungan yang lebih erat.
Boleh dimainkan hampir di setiap tempat dan masa.
Tidak memerlukan latihan yang terperinci.
Tidak memerlukan aktiviti fizikal yang memenatkan.
Menimbulkan keterujaan. Cucu tidak dapat menjangka siapa yang
akan dipilih oleh nenek.
Tidak memerlukan pengadil.
Tidak wujud keputusan berat sebelah.
Tiada had masa yang ditentukan ketika permainan dimainkan.
Tiada yang menang atau kalah.
Tidak memerlukan kawasan permainan yang khusus.
Tidak memerlukan wang atau perlu mengluarkan perbelanjaan. Alat
yang digunakan mudah didapati.
Melatih deria sentuhan menjadi lebih peka dan sensitif.
Menajamkan akal / otak.
Melibatkan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Tiada had / batasan usia.
6.2 kelemahan / kekurangan
Tidak boleh dimainkan bersama jantina yang berbeza kerana
melibatkan aktiviti sentuhan dan meraba.
Tiada tujuan / matlamat jangka panjang untuk melahirkan pemain
yang hebat dan mahir.
- Designed by: [email protected] 8
7. INOVASI
7.1 Perubahan
Permainan berasaskan ketajaman akal yang lebih mencabar.
Boleh dimainkan bersama lelaki dan perempuan.
Mencampurkan berbagai peringkat umur, bangsa dan agama dari
setiap lapisan masyarakat.
Seorang pengadil diperlukan.
Akan terdapat seorang pemenang di akhir permainan.
7.2 Cara Permainan
Bermula dengan 4 orang cucu menyanyi mengelilingi nenek dalam
bulatan.
Pengadil akan memilih seorang nenek secara rawak.
Setiap pemain hanya menyanyikan satu baris rangkap lagu sahaja
kemudian pemain di sebelah kirinya menyambung satu baris lagu
tersebut dikuti oleh pemain seterusnya.
Contoh nyanyian :
Pemain 1- Nenek, nenek, si bongkok tiga.
Pemain 2- Siang mengantuk, malam berjaga.
Pemain 3- Mencari cucu dimana berada.
Pemain 4- Nenekku kahwin dengan anak raja.
Setelah selesai pemain terakhir nenek akan meneka nama setiap
pemain mengikut turutan yang betul.
Nama gelaran atau samaran boleh digunakan.
Sekiranya salah, pengadil akan memilih secara rawak seorang
pemain yang belum pernah manjadi nenek untuk menggantikannya.
Pada peringkat ini tiada markah akan dikira.
Permainan akan dimulakan semula dengan cara yang sama.
Sekiranya nenek dapat meneka dengan tepat mengikut turutan yang
betul maka seorang pemain baru akan dibawa masuk.
- Designed by: [email protected] 9
Permainan masih dimainkan dengan cara yang sama.
Cara menyanyikan lagu seperti berikut :
Pemain 1- Nenek, nenek, si bongkok tiga.
Pemain 2- Siang mengantuk, malam berjaga.
Pemain 3- Mencari cucu dimana berada.
Pemain 4- Nenekku kahwin dengan anak raja.
Pemain 5- Cucu, cucu tak dapat lari.
Semua - Nenek tua banyak sakti.
Semua - Sekarang nenek nak cari ganti.
Semua - Siapa yang kena, dia menjadi.
Setelah selesai semua pemain menyanyi, nenek akan meneka nama
setiap pemain mengikut turutan yang betul.
Sekiranya salah, pengadil akan memilih secara rawak seorang
pemain yang belum pernah manjadi nenek untuk menggantikannya.
Dipilih dari kalangan pemain yang sedang bermain sahaja.
Pada peringkat ini nama nenek tadi akan dimasukkan dalam senarai
pemenang peringkat / tahap 1.
Permainan yang baru akan dimulakan mengikut kaedah dan cara
sebelumnya.
Setiap kali nenek dapat meneka dengan tepat mengikut turutan nama
yang betul,seorang lagi pemain baru akan dibawa masuk.
Cara menyanyikan lagu 6 orang pemain:
Pemain 1- Nenek, nenek, si bongkok tiga.
Pemain 2- Siang mengantuk, malam berjaga.
Pemain 3- Mencari cucu dimana berada.
Pemain 4- Nenekku kahwin dengan anak raja.
- Designed by: [email protected] 10
Pemain 5- Cucu, cucu tak dapat lari.
Pemain 6- Nenek tua banyak sakti.
Semua - Sekarang nenek nak cari ganti.
Semua - Siapa yang kena, dia menjadi.
Pada peringkat ini nama nenek tersebut akan dimasukkan dalam
senarai pemenang peringkat / tahap 2.
Setiap kali pemain baru dibawa masuk akan menyanyikan satu baris
lagu yang berikutnya dan selebih lirik lagu tersebut akan dinyanyikan
beramai-ramai.
Pengadil akan memasukkan nama nenek yang berjaya di setiap
peringkat mengikut tahap pencapaiannya.
Pengadil perlu mencatit setiap keputusan supaya tidak timbul
kekeliruan semasa atau di akhir permainan.
Pengadil boleh menghadkan jumlah masa yang diambil untuk
meneka nama-nama pemain mengikut budi bicaranya.
Pemain / nenek yang berjaya mencapai tahap tertinggi dikira sebagai
pemenang.
Sekiranya terdapat lebih dari seorang pemain yang tersenarai dalam
peringkat / tahap tertinggi, mereka akan diberi peluang menjadi
nenek sekali lagi dalam pusingan “Penentuan”
Permainan akan dimulakan mengikut jumlah pemain/cucu terakhir
mereka.
Dalam pusingan “penentuan” pengadil boleh memilih mana-mana
pemain untuk menjadi cucu.
Nenek yang berjaya melepasi tahap tertinggi akan dikira sebagai
pemenang.
Sekiranya Masih tiada pemenang, penentuan akan dibuat melalui
kiraan tekaan nama yang betul mengikut susunan di dalam pusingan
terakhir.
Pengadil boleh mengulang pusingan tersebut atau membuat
keputusan melalui kiraan mata mengikut budi bicaranya.
*Pemain dicadangkan berkongsi membeli hadiah untuk pemenang sebelum
permainan dimainkan.
- Designed by: [email protected] 11
8. PENUTUP
Permainan rakyat / tradisional secara umumnya memiliki kaedah dan corak permainan mudah, ringkas dan mempunyai unsur semula jadi. Paling penting, ia boleh dimainkan oleh semua kanak-kanak tanpa mengira status dan kedudukan kerana tiada kos perlu dikeluarkan berbanding permainan zaman sekarang yang memerlukan belanja tinggi untuk membeli sesuatu mainan. Ia juga membabitkan banyak pergerakan fizikal yang membantu membentuk kecerdasan minda dan tubuh yang cergas. Sebahagian permainan tradisional ini memerlukan ketelitian strategi dan pemikiran kreatif serta ketepatan bertindak untuk muncul sebagai pemenang walaupun pada akhirnya ia sekadar satu keseronokan mengisi masa lapang. Justeru, permainan tradisional ini wajar dipertahankan dan diteruskan kerana ia terserlah mempunyai 1,001 macam kelebihan berbanding pelbagai jenis permainan canggih zaman sekarang yang akhirnya membentuk kanak-kanak bersikap antisosial. Ia tidak berlaku dalam permainan tradisi yang terbukti sudah berjaya memupuk konsep perpaduan dan setiakawan di kalangan pemain, khususnya kanak-kanak kerana falsafah permainan itu sendiri yang memerlukan jalinan kerjasama erat tanpa mengira kaum dan kedudukan jika ingin menjulang kejayaan.
9. RUJUKAN
1. http://malaysiana.pnm.my/03/0304cari_cucu.htm
2. http://mindasasterabahasa.com/2009/04/permainan-tradisional.html
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Permainan_tradisional_di_Malaysia
4. http://kampungtian.blogspot.com/2012/05/permainan-tradisional-say-duray-
yang.html
Top Related