8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
1/17
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/280875784
ASIMILASI KATA MELAYU KE KATAKADAZANDUSUN: TINJAUAN DALAM
PENGAJARAN MIKRO PELAJAR DIPLOMA
PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
CONFERENCE PAPER · MA Y 2015
READS
88
1 AUTHOR:
Minah Sintian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
18 PUBLICATIONS 1 CITATION
SEE PROFILE
Available from: Minah Sintian
Retrieved on: 25 February 2016
https://www.researchgate.net/profile/Minah_Sintian?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_7https://www.researchgate.net/profile/Minah_Sintian?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_7https://www.researchgate.net/?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_1https://www.researchgate.net/profile/Minah_Sintian?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_7https://www.researchgate.net/institution/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris_UPSI?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_6https://www.researchgate.net/profile/Minah_Sintian?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_5https://www.researchgate.net/profile/Minah_Sintian?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_4https://www.researchgate.net/?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_1https://www.researchgate.net/publication/280875784_ASIMILASI_KATA_MELAYU_KE_KATA_KADAZANDUSUN_TINJAUAN_DALAM_PENGAJARAN_MIKRO_PELAJAR_DIPLOMA_PENDIDIKAN_LEPASAN_IJAZAH_DPLI?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_3https://www.researchgate.net/publication/280875784_ASIMILASI_KATA_MELAYU_KE_KATA_KADAZANDUSUN_TINJAUAN_DALAM_PENGAJARAN_MIKRO_PELAJAR_DIPLOMA_PENDIDIKAN_LEPASAN_IJAZAH_DPLI?enrichId=rgreq-ee718766-d518-4713-8f88-369165ec7c8e&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MDg3NTc4NDtBUzoyNjExNjc4ODkyNTIzNTJAMTQzOTI3ODY4NTQwMg%3D%3D&el=1_x_2
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
2/17
1
ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN: TINJAUAN DALAM
PENGAJARAN MIKRO PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
(DPLI)
Minah Sintian Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Email: [email protected]: 011 11838551
Abstrak
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan kepustakaan. Tinjauan dilakukan semasa
pengajaran mikro pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Pengajaran mikro
dirakam dan dimasukkan ke dalam CD (Compact Disc) untuk dianalisis bagi mengenal pasti
asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun. Kajian ini dijalankan di Universiti PendidikanSultan Idris. Responden terdiri daripada 14 orang pelajar ambilan pertama DPLI yang terdiri
daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Kaedah kepustakaan digunakan dalam
menyokong dan menyempurnakan kajian. Didapati bahawa 100% pelajar DPLI cenderung
mengasimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun dalam lisan. Kata-kata bahasa Melayu
mengalami perubahan bunyi fonem kerana proses penggantian, pengguguran dan penambahan.
Kajian ini mendapati bahawa faktor asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun adalah kerana
kata Kadazandusun merupakan salah satu rumpun bahasa Melayu dalam keluarga Austronesia.
Bahasa serumpun mempunyai pertalian linguistik seperti tatabahasa, makna, sebutan,
ungkapan, kosa kata dan sebagainya meskipun hanya sedikit sahaja. Dasar pendidikan
kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai subjek teras di samping bahasa pengantar
di sekolah-sekolah kerajaan dilihat sebagai penyumbang dominan terhadap proses asimilasi
tersebut.
Kata kunci: asimilasi kata Melayu, kata Kadazandusun, pengajaran mikro, perubahan bunyi
fonem.
Pengenalan
Masyarakat Kadazan Dusun merupakan etnik peribumi terbesar yang tinggal di negeri Sabahiaitu salah sebuah negeri di Kepulauan Borneo. Nama suku seperti Dusun dan Kadazan telah
wujud sebelum penjajah Inggeris datang ke Sabah apabila Stail (1923) dan Rutter (1929) yang
dipetik dalam Dayu (2008:41-42), mengatakan bahawa orang Dusun yang tinggal di kawasan
dataran tanah tinggi menamai diri mereka Tulun Tindal yang bermakna orang bukit, dan mereka
yang tinggal di bahagian pantai barat Sabah terutama di Papar dan Penampang menamai diri
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
3/17
2
mereka Kadazan. Jumlah etnik Kadazan Dusun sebagai mana dibanci oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia cawangan Sabah pada tahun 2010 adalah seramai 555 647 orang atau 24.69% daripada
jumlah keseluruhan penduduk warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah. Menurut Dayu
(2008:41), perkataan Kadazan dan Dusun telah disatukan menjadi Kadazandusun yang merujuk
kepada suatu kaum atau orang atau bangsa atau masyarakat peribumi Sabah atau penduduk
terawal di Sabah. Istilah Kadazandusun telah dimantapkan penggunaannya apabila Huguan Siou
(Pemimpin Agung) masyarakat Kadazandusun iaitu Datuk Joseph Pairin Kitingan telah
merombak nama persatuan Kadazan Cultural Association (KCA) menjadi Kadazandusun
Cultural Association (KDCA) pada tahun 1989 (Low, 2005:20-21). Rombakan ini dapat dilihat
sebagai satu manifestasi tolak ansur antara United Sabah Dusun Association (USDA) yang
diwakili oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai orang Dusun dan Kadazan Cultural
Association (KCA) yang diwakili oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai Kadazan. Dengan
rombakan itu juga, Pairin selaku pemimpin agung suku Kadazandusun telah mengurangkan isu
ketegangan nama suku apabila beliau menegaskan bahawa semua suku dan subsuku Kadazan
dan Dusun adalah satu rumpun yang sama (Reid, 1997) yang dipetik dalam Low (2005:21).
Penggabungan perkataan Kadazan dan Dusun merupakan satu gagasan dalam
menganjakkan pemartabatan bangsa itu melalui pengembangan dan pemantapan bahasa untuk
keperluan akademik, pentadbiran, komunikasi dan suasana formal. Gesaan Kementerian
Pendidikan Malaysia kepada pemimpin-pemimpin tempatan bagi menentukan bahasa yang
digunakan dalam mata pelajaran etnik tersebut telah melahirkan istilah Kadazandusun. Perkataan
Kadazandusun telah digunakan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
merujuk istilah bahasa dan nama mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah,
menengah dan institusi pengajian tinggi. Bahasa Kadazandusun telah mula diajar di sekolah
rendah bermula tahun empat pada tahun 1997 dan sekolah menengah pada tahun 2007. Sebelum
mata pelajaran Bahasa Kadazandusun diperkenalkan, kajian mendapati bahawa mata pelajaran
Kadazan telah pun diajar di sekolah-sekolah seawal tahun 1889 menggunakan dialek Kadazan
atau Tanggara (Dayu, 2008).
Kajian Summer Institute of Linguistics atau singkatannya SIL International, melaporkan
bahawa bahasa-bahasa dalam rumpun Dusunik diklasifikasi sebagai rumpun bahasa Austronesia.
Antara rumpun bahasa Austronesia di Malaysia ialah bahasa Melayu, bahasa peribumi Sabah dan
Sarawak, bahasa Jawa, bahasa Boyan, dan bahasa Aceh (Noor Aina et al., 2011:69). Asmah
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
4/17
3
(1985:38), menyatakan bahawa bahasa Kadazandusun masih merupakan salah satu rumpun
bahasa Melayu meskipun perkaitannya dengan bahasa Melayu agak jauh sedikit berbanding
dengan bahasa-bahasa di Sarawak. Pernyataan Asmah bertepatan dengan kajian Clayre (1970)
yang dipetik dalam Noor Aina et al. (2011:69), yang menyatakan bahawa lebih kurang 20%
perbendaharaan kata bahasa Dusun berkognat dengan bahasa Melayu. Bahasa kognat bermakna
bahasa yang diturunkan daripada sumber yang sama (Asmah, 1991: 46). Antara kata bahasa
Melayu yang berkognat dengan bahasa Kadazandusun ialah seperti mata = mato, telinga =
tolingo, lengan = longon, makan = makan, minum = minum, bulan = wulan/tulan dan
sebagainya. Semua kata kognat berasal daripada bahasa yang serumpun yang sama makna dan
sama atau hampir sama bunyi.
Asimilasi
Dalam konteks bahasa, Wikipedia mendefinisikan perkataan asimilasi sebagai peralihan bahasa
yang merujuk kepada pemindahan atau penggantian bahasa. Asimilasi adalah proses
mengantikan bahasa ke bahasa lain oleh masyarakat penutur tersebut. Asimilasi bahasa berlaku
apabila melihat bahasa lain itu lebih tinggi statusnya, menstabilkan dan menyebarkan berbanding
bahasa penutur tersebut yang dilihat lebih rendah statusnya. Dalam konteks linguistik, asimilasi
merupakan proses fonologi umum yang mirip dengan bunyi lain yang ada di dekatnya. Keadaan
ini boleh berlaku dalam perkataan atau antara perkataan. Contohnya, perkataan ‘agama’
diucapkan [ugama], ‘kakak ’ diujarkan [kakaɁ] dan sebagainya. Noor Aina et al. (2011:71),
menjelaskan asimilasi menghubungkan bunyi dengan perkataan iaitu dua bunyi yang
bersebelahan bergerak ke arah sebahagian bunyi pilihan. Asimilasi dalam perkataan boleh
mendatangkan kesan yang tahan lama.
Apabila bahasa sesuatu bangsa atau kaum menempati rumpun bahasa yang sama dengan
bangsa atau kaum lain, maka proses asimilasi itu akan menyerap dengan cepat dan akan
berlanjutan setiap masa. Kajian Noor Aina dan rakan-rakannya sampai ke tahap menyimpulkan
bahawa bahasa Melayu dan bahasa Dusun telah mengalami proses perubahan bahasa. Hal ini
berlaku berdasarkan fenomena bahasa Dusun telah banyak menerima perkataan Melayu melalui
proses asimilasi. Pada masa yang sama, bahasa Melayu baku juga telah menerima beberapa
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
5/17
4
perkataan bahasa Kadazandusun sebagai kosa kata baku seperti sogit (denda), pugai (sesuatu
yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna) dan sebagainya.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti kata Melayu yang berasimilasi dengan kata Kadazandusun.
2. Mengenal pasti faktor asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun.
Sorotan Literatur
Kajian sarjana tempatan berkaitan dengan asimilasi kata dari satu bahasa ke bahasa lain telah
dilakukan oleh Noor Aini dan rakan-rakannya. Noor Aini et al. (2011), mendapati bahawa etnik
Dusun mempunyai kecenderungan memilih dan memasukkan ke dalam bahasa Dusun pilihan
leksikal bahasa Melayu yang relevan dengan bahasa Dusun. Kajian tersebut dijalankan di daerah
Ranau, Sabah yang melibatkan 109 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak. Kata-kata
yang diasimilasi tersebut hidup subur dalam bahasa Dusun dan digunakan dalam pertuturan
harian. Berikut disenaraikan contoh bahasa Melayu yang diasimilasikan ke dalam bahasa
Kadazandusun.
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
bergegar
gerai
hormat
sudah jadi
terus
kacau
bagagar
garai
hurumat
najadi
turus
kasaho
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Noor Aina et al., 2011:79)
Kajian Minah (2013), juga mendapati bahawa asimilasi kata Melayu ke kata
Kadazandusun ini begitu meluas digunakan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
Kajian yang dilakukan terhadap 10 buah tugasan pelajar dalam kursus BDK 3033 Kemahiran
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
6/17
5
Menulis dalam Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati 9 buah
tugasan tersebut mengasimilasikan kata Melayu ke kata Kadazandusun. Berikut diturunkan
beberapa contoh perkataan Melayu yang diasimilasikan ke kata Kadazandusun.
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
sudah siap
unik
memakai
perlu
mesej
lambat
mencukupi
berlanggar
sudah maju
mempunyai sifat
nosiap
ounik
mamakai
oporlu
misij
alambat
kosukup
kopilanggar
nakamaju
kisifat
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Minah, 2013:107-111)
Kajian Noor Aina & Mhd. Amin (2007) telah menjelaskan beberapa sebab-musabab
berlaku perubahan bahasa daripada bahasa ibunda (Dusun) kepada bahasa Melayu di kampung
Lohan, Ranau, Sabah. Seramai 50 orang responden telah ditinjau pendapatnya denganmenggunakan soal selidik dan temu bual berstruktur. Pengkaji menggunakan beberapa gagasan
teori perubahan bahasa dengan perubahan bahasa dalam mengenal pasti sebab-musabab penutur
bahasa Dusun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Berikut merupakan
ringkasan dapatan pengkaji:
1. Dapatan kajian tentang gagasan teori penyimpangan rawak mendapati 100% responden
bersetuju bahawa perubahan bahasa dalam kalangan generasi muda kaum Dusun terjadi tanpa
disedari, umpama bunyi yang berubah secara beransur-ansur daripada sebutan yang asal
(m.s.170).
2. Dapatan kajian tentang gagasan teori fesyen dan ketidaktentuan rawak mendapati 68%
responden bersetuju bahawa perubahan bahasa yang melanda generasi muda kaum Dusun tetap
berlaku meskipun tanpa sebarang kontak terus dengan bahasa Melayu kerana budaya mereka
cenderung mengubah gaya hidup (m.s.172).
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
7/17
6
3. Dapatan kajian tentang gagasan teori stratum bawah mendapati 98% responden bersetuju
bahawa pertuturan bahasa Melayu masyarakat Dusun dipengaruhi loghat dan struktur ayat
bahasa Dusun. 70 % responden juga bersetuju bahawa semakin lama masyarakat Dusun terdedah
kepada bahasa Melayu, semakin banyaklah unsur bahasa Melayu yang diserap ke dalam bahasa
Dusun.
Jasmin et al. (2014), juga pernah membuat kajian aspek asimilasi nasal-obstruen yang
wujud dalam bahasa Kantuk (merujuk kepada bahasa pertuturan suku Dayak Kantuk yang
menempati sepanjang daerah perbatasan antara Kalimantan Barat dengan Sarawak) yang
diperbandingkan dengan bahasa Iban (Sarawak) dan dialek (Semenanjung Malaysia). Dapatan
kajian mendapati bahawa wujud proses asimilasi yang melibatkan bunyi nasal dan obstruent
pada lingkungan kata awal. Kata kerja aktif dalam bahasa Kantuk dibentuk berdasarkan
penggabungan kata dasar dengan imbuhan awalan /N/. Dua proses fonologi iaitu asimilasi nasal-
obstruen dan proses struktur kata yang dilakukan secara tertib menyerlahkan persamaan proses
fonologi antara bahasa Kantuk dengan bahasa Iban dan dialek Kedah Utara.
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan rakaman video yang dimasukkan ke dalam
bentuk CD (Compact Disc) atau dikenali cakera padat. Kajian ini dijalankan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Responden terdiri daripada 14 orang pelajar ambilan pertama Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT).
Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai subetnik Kadazandusun seperti berikut:
Subetnik Kadazandusun Bilangan Pelajar
Bundu 3
Liwan 4
Kuijau 1
Kimaragang 4
Dusun Labuk 2
Kajian tinjauan dilakukan semasa pengajaran mikro. Pengajaran mikro tersebut dirakam
dan dimasukkan ke dalam bentuk CD. Setiap pelajar diberi masa menyampaikan pengajaran
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
8/17
7
dalam masa 15 minit yang merangkumi bahagian set induksi, langkah pertama dan langkah
kedua. Rakaman CD pengajaran mikro itu kemudian dianalisis bagi mengenal pasti asimilasi
bahasa Melayu ke asimilasi bahasa Kadazandusun. Selain itu, rujukan ke perpustakaan dan
internet juga digunakan dalam menyempurnakan kajian ini.
Analisis Data
Responden 1
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
susah osusa’
kalah aala’
buku teks buuk teks
membaca mambasa
Responden 2
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
sihat osihat
mesti mositiorang putih urang putih
perhatian porhatian
belajar balajal
sendiri sondiri
gambar gambal
tepat otopot
Responden 3
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
berguna kiguno
belajar balajal
membaca mambasa
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
9/17
8
kira kiraon
Responden 4
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
harap aharap pembelajaran pambalajalan
kotak kutak
kaca kasa
gunakan gunoo’
kempen kimpin
terus turus
hancurkan honcuro’
membaca mambasa
bermain mamain
belakang balakang
macis masis boleh obuli
salah sala
ejaan ijaan
sebab sabap
Responden 5
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
pelajari balajalan
cerita sorita
jadi dadi
kesusahan kosusaan
dikorbankan pinokurban
bedak badak
tersilap nosilap
Responden 6
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
kerja kalaja
sibuk osibuk
sebelum sobolum
gunakan gunoon
lebih mendalam lobi mandalam
kelas kalas
boleh obuli
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
10/17
9
jam jaam
botol butul
sudah dipelajari nabalajalan
Responden 7
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
pening-pening oponing-poning
bolehlah obulilah
gambar gambal
edarkan poidaro’
petikan potikan
setengah satanga
pengertian pongorotian
baca basaon
Responden 8
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
membeli momoli
tamu tomu
menjual pojual
setengah satanga
Responden 9
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
belajar balajal
membaca mambasa
berani abarani
tahan tahanon
jalankan pajalano’
sampaikan pasampayo’
Responden 10
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
kelas kalas
sebelum sobolum
sebagai sabaagi
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
11/17
10
pelajari balajalai
lawa alawa
sayang asayang
sekolah sikul
boleh-boleh obuli-buli
pemain pamain
Responden 11
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
diteruskan potoruson
selepas salapas
hal ahal
memerlu momorlu
ejaan ijaan
Responden 12
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
sekolah sikul
mi goreng mi guring
pelajari balajalan
erti rati
menjual/penjual popojual
menyenarai papasanarairesepi rosipi
Responden 13
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
lawa alawa
teruskan potoruson
gambar gambal
nasi goreng nasi guring
plastik polositikmembeli-belah pomoli-moli
terlambat nakalambat
sebab sabap
kedai kadai
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
12/17
11
Responden 14
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
cerita sorita
mengerti orotian
sakit sumakitmenjadi jumadi
didenda dandaon
mesti mositi
Perbincangan
Sebagai salah satu bahasa rumpun Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia, penutur bahasa
Kadazandusun begitu mudah mengasimilasi bahasa Melayu ke bahasa Kadazandusun. Unsur
fonologi bahasa Dusun dipindahkan ke dalam kata dasar bahasa Melayu. Beberapa fonem kata
bahasa Melayu dipindahkan ke fonem bahasa Kadazandusun. Contohnya, bunyi fonem /e/ dan
/o/ dalam bahasa Melayu akan berubah menjadi bunyi fonem /a/ dan /u/ dalam bahasa
Kadazandusun. Sistem ejaan bahasa Kadazandusun yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia mengesahkan bahawa huruf /e/ hanya digunakan untuk kata yang dipinjam daripada
bahasa lain (2008:1). Contohnya, perkataan ‘internet’ akan dieja menjadi ‘intornet’ dalam bahasa
Kadazandusun. Apabila huruf /e/ bukan dalam huruf abjad rumi bahasa Kadazandusun tulen,
maka bunyi-bunyi fonem kata bahasa Melayu seperti /e/ akan dipindahkan ke fonem bahasa
Kadazandusun sama ada bunyi fonem /a/, /o/ atau /i/ mengikut kesesuaian. Sebagai contoh:
Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun
belajar balajar
membaca mambasa
kelas kalasselepas salapas
cerita sorita
mesti mositi
goreng guring
botol butul
teruskan potoruson
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
13/17
12
Pemindahan kata dasar bahasa Melayu ke bahasa Kadazandusun juga berlaku dengan
kecenderungan penutur Kadazandusun membubuh imbuhan awalan a- atau o- pada setiap kata
dasarnya. Justeru, sebutannya akan berubah. Sebagai contoh:
/susah/ menjadi /o- + susa’/, /kalah/ menjadi /a- + ala’/, /sihat/ menjadi /o- + sihat /, /harap/
menjadi /a- + harap/.
Kajian Nathesan (1994) yang dipetik dalam Noor Aini et. al (2011: 79), melaporkan
bahawa bahasa Dusun (BD) cenderung memilih kata bahasa Melayu (BM) yang seakan-akan
sama bunyi dengan fonem yang sedia ada dalam BD. BD yang meminjam kata BM juga hanya
membuat pelarasan yang kecil (minimum) pada struktur BM. Pelarasan sebegini dilakukan dari
satu abad ke satu abad, satu demi satu, melalui jangka masa yang lama. Pengakhirannya akan
muncul kata-kata hibrid. Noor Aini et al. (2011:78) mengakui bahawa percakapan bahasa
Melayu penutur bahasa Dusun/Kadazandusun mengandungi leksikal bahasa Melayu yang pada
mulanya asing tetapi telah diserapkan ke dalam bahasa Kadazandusun. Hal ini menunjukkan
kecenderungan penutur bahasa Kadazandusun memilih dan memasukkan kata bahasa Melayu
yang relevan dengan bahasa Kadazandusun. Kata Melayu juga dilihat telah digunakan dengan
sewenang-wenang dalam pertuturan harian penutur bahasa Kadazandusun.
Bahasa Austronesia rumpun Melayu-Polinesia mempunyai ciri persamaan bahasa
berdasarkan peminjaman bahasa selain daripada persamaan berdasarkan hasil warisan bersama
atau lebih dikenali sebagai bahasa kognat (Asmah, 1991). Contohnya, bahasa Kadazandusun
meminjam kata ‘belajar’ (BM) menjadi ‘balajar ’. Masyarakat Kadazandusun tradisional
memperolehi pendidikan tidak formal melalui bobolian (bomoh, pawang) berkaitan dengan
rinait (mantera), adat-istiadat, pantang larang dan sebagainya (Dayu, 2007). Perkataan yang
digunakan untuk ‘belajar’ pada ketika itu ialah mokiira atau mokitangon. Apabila pendidikan
moden diperkenalkan maka perkataan mokiira atau mokitangon telah ditinggalkan dan
digantikan dengan perkataan pinjaman bahasa Melayu iaitu ‘belajar’.
Melihat senario ini, timbul persoalan apakah faktor penutur bahasa Kadazandusun
begitu mudah mengasimilasi kata mahupun bahasa Melayu ke kata atau bahasa Kadazandusun?
Adakah kerana mereka melihat bahasa lain itu lebih tinggi statusnya, menstabilkan dan
menyebarkan berbanding bahasa penutur tersebut yang dilihat lebih rendah statusnya? Dapatan
kajian Noor Aini & Mhd. Amin (2007) memberatkan peranan ibu bapa sebagai faktor asimilasi
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
14/17
13
kata mahupun bahasa dalam kalangan generasi muda suku kaum Dusun apabila pengkaji
menghubungkan sikap ibu bapa sendiri yang melihat adanya nilai ekonomi dalam bahasa
Melayu. Nilai ekonomi bahasa Melayu sering dirujuk oleh masyarakat Kadazandusun sebagai
kebolehpasaran kerja dalam sektor awam. Ini selari dengan dasar kerajaan menetapkan syarat
wajib seseorang penjawat awam mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu bagi
melayakkan mereka memohon sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam. Kajian temu bual
oleh Henry (2013) dalam kertas kerjanya yang dibentangkan dalam Seminar Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Kadazandusun menyatakan bahawa terdapat calon Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang berjaya
mendapat tawaran pengajian Bahasa Kadazandusun di Institusi Pendidikan Guru dan Institusi
Pengajian Tinggi berasa ragu mengikuti bidang pengajian bahasa Kadazandusun disebabkan
status bahasa ini yang lebih rendah berbanding bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Selain itu, faktor pendidikan yang diterima oleh generasi berusia sekitar 50 hingga 69
tahun merupakan platform pengubah landskap kata dan bahasa yang digunakan oleh etnik
Kadazan Dusun sehingga kini. Kebanyakan generasi tersebut mempunyai tahap pendidikan
sekurang-kurangnya sekolah rendah dan paling tinggi sehingga peringkat sarjana muda di mana-
mana universiti pendidikan awam tempatan. Kajian Noor Aini & Mhd. Amin (2007:181)
mendapati responden mereka yang berusia dalam lingkungan 60 hingga 69 tahun masih
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pertama namun boleh bertutur dalam bahasa
Melayu kerana pernah mempelajari bahasa Melayu secara formal di sekolah sehingga darjah
enam. Generasi ini merupakan pendorong utama anak-anak mereka bertutur bahasa Melayu.
Kajian Dayu (2007), mendapati bahawa penggunaan Bahasa Melayu telah berkembang di negeri
Sabah lewat 1960-an apabila Sabah masuk dalam pembentukan Malaysia pada 16 September
1963. Kebanyakan pelajar di sekolah menengah Melayu di Sabah terdiri daripada anak rumpun
Kadazandusun kerana biaya pendidikan yang tidak membebankan berbanding bersekolah dalam
aliran Bahasa Inggeris yang juga agak terhad di kawasan bandar sahaja. Penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan generasi berumur 50 hingga 69 tahun dimantapkan apabila bahasa
Melayu dilaksanakan sebagai bahasa pengantara secara berperingkat-peringkat bermula di
sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai
bahasa pengantara di sekolah-sekolah kerajaan pada tahun 1978.
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
15/17
14
Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai
subjek teras dan bahasa pengantar di sekolah kerajaan merupakan pemangkin dominan
kecenderungan pelajar menggunakan Bahasa Melayu sama ada dalam lisan mahupun penulisan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia dan bahasa ilmu
hanya berjaya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Laporan Razak dan Laporan Rahman
Talib yang menjadi asas Akta Pelajaran 1961 telah menyatakan dalam mukadimahnya tujuan
dasar pendidikan kebangsaan sebagai:
“untuk membina sistem pendidikan kebangsaan yang akan memenuhi keperluannegara dan menggalakkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik…
termasuklah peruntukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif yangmenggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama” (Asiah,
1999:68-69).
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengukuhkan kemajuan sistem pendidikan kebangsaan
untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan seperti berikut:
“Pendidikan Bahasa Malaysia bertujuan menyatukan rakyat berbilang kaum di
negara ini. Sesuai dengan matlamat ini Bahasa Malaysia telah dijadikan satumatapelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan dalam
matapelajaran ini adalah dijadikan syarat utama untuk mendapatkan kelulusandalam peperiksaan awam sepeti SRP/LCE, SPM/MCE dan SPVM/MCVE
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988:84).
Kesimpulan
Asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun yang melibatkan fonologi begitu hidup subur
dalam kalangan masyarakat Kadazandusun baik dalam lisan mahupun penulisan. Keadaan ini
agak membimbangkan terutama dalam generasi muda apabila mereka tidak mendapat
pendedahan pendidikan formal dalam bahasa Kadazandusun. Hasil perbincangan dalam kertas
kerja ini telah menjelaskan bahawa ibu bapa bukan lagi menjadi sandaran untuk mendidik anak-
anak mereka menggunakan perkataan bahasa Kadazandusun yang asli kerana mereka juga
mempunyai kecenderungan mengasimilasikan kata Melayu ke kata Kadazandusun. Justeru,
semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik yang mewakili etnik Kadazan Dusun perlu
menggesa dan menyakinkan ibu bapa untuk menyuruh anak-anak mereka mengambil subjek
Kadazandusun bermula tahun satu agar anak-anak mengetahui perkataan-perkataan asli bahasa
ibunda. Generasi muda perlu disaran dan digalakkan menggali kembali perkataan-perkataan asli
Kadazandusun dan bukan dengan wewenang mengasimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun.
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
16/17
15
Situasi ini tidak membantu mengayakan istilah mana-mana bahasa malah menambah
pencemaran bahasa kedua-dua belah pihak. Institusi pengajian tinggi seperti Universiti
Pendidikan Sultan Idris mempunyai beberapa perancangan dalam meningkatkan penguasaan
bahasa Kadazandusun dalam kalangan pelajarnya seperti pengumpulan istilah-istilah arkaik
Kadazandusun dan penulisan cerpen. Antara antologi cerpen yang akan diterbitkan dalam tahun
ini ialah ‘Tumangkabo’ atau ‘Khuatir’. Aktiviti tahunan pelajar seperti mengadakan program
khidmat masyarakat di sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Kadazandusun,
khidmat masyarakat di perkampungan etnik Kadazan Dusun dan seminar memartabatkan bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan Kadazan Dusun dilihat dapat meningkatkan jati diri pelajar dan
secara tidak langsung dapat mengurangkan asimilasi kata atau bahasa Melayu ke kata atau
bahasa Kadazandusun.
Rujukan
Asiah Abu Samah, (1999). Perancangan Dasar Pendidikan Bahasa di Malaysia: Keprihatianan
terhadap Perpaduan, Realiti dan Kerasionalan. Dalam Abdullah Hasan (penterj.). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.,
hlm. 66-82.
Asmah Hj. Omar, (1985). Susus Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Asmah Hj. Omar, (1991). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dayu Sansalu, (2008). Kadazandusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967 .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ethnologue languages of the World Malaysia-Sabah. Diperolehi pada Januari 30, 2015
daripada https://ethnologue.com
Henry Bating, (2013, Julai). Bahasa Kadazandusun: Prospek Komersil dan Kerjaya. Kertas
kerja dibentangkan di Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Kadazandusun,SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Tuaran, Sabah.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripadawww.statistics.gov.my/portal/images/.../sabah.html.
Kadazandusun Language in Sabah Schools. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripada
http://www.klf.com.my/klinsabah.htm.
https://ethnologue.com/https://ethnologue.com/http://www.statistics.gov.my/portal/images/.../sabah.htmlhttp://www.klf.com.my/klinsabah.htm.Kadazandusunhttp://www.klf.com.my/klinsabah.htm.Kadazandusunhttp://www.klf.com.my/klinsabah.htm.Kadazandusunhttp://www.statistics.gov.my/portal/images/.../sabah.htmlhttps://ethnologue.com/
8/20/2019 ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN.pdf
17/17
16
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008). Puralan Boros Kadazandusun id Sikul . Putrajaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (1988). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Language Shift. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripadahttp://en.wikipedia.org/wiki/Language_shift
Low, Kok On, (2005). Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Minah Sintian, (2013). “Penggunaan Bahasa Melayu Pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Tugasan: Satu Analisis” dlm.
Sanat Md. Nasir et al. (eds.). Penyelidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris, hlm. 101-118.
Noor Aina Dani et al., (2011). “Asimilasi Bermacam Jenis Kata Melayu Pemilikan Etnik Dusun
di Sabah” dlm. Jurnal Melayu (8):67-90.
Noor Aina Dani dan Mhd. Amin Arshad, (2007). “Teori dan Realiti Perubahan Bahasa: Daripada Bahasa Ibunda kepada Bahasa Melayu” dlm. Rosli Talif et al. (eds.) Penyelidikan
Bahasa Kesusasteraan dan Komunikasi Jilid 1. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press, hlm.
164-187.
http://en.wikipedia.org/wiki/Language_shifthttp://en.wikipedia.org/wiki/Language_shifthttp://en.wikipedia.org/wiki/Language_shiftTop Related