[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
1.0 Pengenalan
Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula
membaca. Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan
mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk
kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada
‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.
Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol
yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah
ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad
iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah
ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Mazhab kedua
berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar
bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid
membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini
dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi
lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun,
1989).
Dalam pengajaran bahasa, teori psikologi pembelajaran turut diterapkan. Psikologi
merupakan bidang yang mengkaji bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Uji kaji yang
dijalankan ke atas binatang oleh ahli-ahli psikologi telah menemukan teori psikologi
pembelajaran yang turut sama diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
1
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
Berdasarkan kedua-dua displin ilmu yang mengemukakan teori berkenaan suatu perkara
yang sama, iaitu bahasa, tetapi berlainan dari segi kaedah, cara dan tujuan akhirnya
menghasilkan satu displin ilmu yang baharu, iaitu yang menggabungkan kedua-duanya sekali
yang dikenali sebagai psikolinguistik. Ilmu psikolinguistik merupakan kajian terhadap
hakikat bahasa, bagaimana bahasa dipelajari dan banyak lagi persoalan bahasa terutama
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa (Mengantar Simanjuntak, 1978 : 1-2)
Teori-teori psikolinguistik memberi huraian tentang bagaimana bahasa dipelajari, strategi-
strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa dan model pengajaran bahasa.
Semua penerangan ini penting kepada guru bahasa bagi memilih prosedur pengajaran bahasa
(Juriah Long et al. , 1990 : 16). Dalam pengajaran bahasa, guru bahasa perlu mengetahui
teori-teori psikolinguistik dan berupaya untuk mengaplikasikannya melalui cara pemilihan
pendekatan, kaedah atau teknik yang sesuai untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih
berkesan.
1.1 Fokus Kajian
kajian ini akan meneliti hubungan penggunaan teori-teori psikolinguistik oleh guru
dengan pencapaian pelajar menguasai dalam kemahiran membaca pada peringkat permulaan.
Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan penggunaan pendekatan
yang paling berkesan untuk mengajar kemahiran membaca permulaan Masalah pelajar-pelajar
tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik di peringkat sekolah rendah, malah di
peringkat menengah seringkali mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar menguasai kemahiran ini dengan baik.
Secara umumnya faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu
2
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
faktor pelajar, faktor guru, dan faktor persekitaran. Faktor ini pula saling berhubung kait
antara satu sama lain dan bersifat kompleks.
Antara faktor-faktor tersebut, faktor pengajaran guru boleh dianggap sebagai salah satu
daripada faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca.
Hal ini disebabkan setiap guru mempunyai pegangan dan kepercayaan yang berbeza-beza
tentang bagaimana sesuatu pengajaran itu harus dijalankan. Pegangan dan kepercayaan ini
mempengaruhi pemilihan kaedah, bahan dan alatan yang digunakan.(Marohaini Yusoff,
1989 : 6). Guru perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam membina kemahiran
membaca pelajar. Guru harus bijak memilih pendekatan, kaedah dan teknik serta merancang
pengajarannya agar menarik dan sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan minat para
pelajar. Sehubungan dengan itu, guru bahasa perlu mengetahui dan memahami teori bahasa
yang dapat menjelaskan bagaimana bahasa diperolehi dan dipelajari oleh seseorang untuk
dijadikan asas kepada pengkaedahan dalam pengajarannya.
Menurut Mengantar Simanjuntak (dalam Nik Safiah Karim, 1980 : 72), satu-satu
pengajaran bahasa yang berjaya seharusnya berdasarkan teori-teori linguistik yang mampu
menerangkan hakikat bahasa dengan berkesan, asal-usul, cara bahasa diaplikasikan dan
bagaimana bahasa itu terhasil serta difahami. Dengan kata lain, menurut beliau hanya guru
yang memahami teori bahasa dapat menentukan kaedah dan teknik yang sesuai digunakan
untuk memastikan keberkesanan pengajaran.
1.2 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan sesuatu pendekatan dan kaedah pengajaran
membaca permulaan yang berdasarkan kepada teori-teori psikolinguistik akan diteliti. Kaedah
3
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
dan pendekatan pengajaran ini akan dikaji untuk dilihat keberkesananyan dalam pengajaran
dan pembelajaran membaca. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan
maklumat kepada pendidik agar keberkesanan pengajaran dapat ditingkatkan supaya pelajar
mendapat faedah yang maksimum dalam pendidikan permulaan.
Secara lebih khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk :
i. melihat dan meninjau teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran
membaca permulaan di sekolah rendah.
ii. meninjau keberkesanan penggunaan aspek – aspek psikolinguistik dalam pengajaran dan
pembelajaran membaca bahasa Melayu.
iii. mengenal pasti pencapaian kemahiran membaca permulaan para pelajar dalam
hubungannya dengan pengetahuan guru-guru tentang aspek-aspek / teori-teori psikolinguistik.
Soalan kajian yang dibentuk adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
rangkaian punca yang menjurus kepada masalah kemahiran membaca di kalangan pelajar.
Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan data-data bagi membentuk satu rumusan tentang
kajian yang dijalankan, soalan kajian berikut akan dijadikan panduan dalam merancang,
membentuk dan melaksanakan soal selidik ini :-
i. meninjau pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran membaca yang dijalankan oleh guru
bahasa Melayu di sekolah rendah terpilih.
ii. adakah penggunaan pendekatan atau kaedah pengajaran tersebut mampu meningkatkan
tahap membaca di kalangan pelajar.
4
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
iii. melihat adakah teori-teori psikolinguistik yang digunakan oleh guru semasa pengajaran
membaca permulaan dijalankan.
1.3 Persoalan Kajian
Walaupun terdapat banyak faktor yang terlibat dalam penguasaan kemahiran membaca tetapi
dalam konteks kajian ini penyelidik akan membataskan kepada faktor guru dan pencapaian
pelajar sahaja, iaitu melihat bagaimana perhubungan atau penggunaan teknik dalam
pengajaran membaca permulaan yang digunakan oleh guru dalam hubungannya dengan
pencapaian pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.
Kajian ini akan menumpukan aspek penggunaan kaedah dalam pengajaran membaca dan
tahap pengetahuan guru tentang teori psikolinguistik. Pembolehubah yang dikaji ialah :
a. penggunaan pendekatan dan kaedah pengajaran dalam pengajaran membaca permulaan.
b. pengetahuan guru tentang teori psikolinguistik ini dan ;
c. pencapaian kemahiran membaca pelajar
2.0 Pelaksanaan
Kajian ini berbentuk satu kajian eksperimen dengan menggunakan soal selidik. Fenomena
pendidikan yang dikaji ialah penguasaan kemahiran membaca awal permulaan . Ia bertujuan
untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa. Elemen
yang dibincangkan dalam bab ini ialah tatacara pengumpulan data dan kaedah data
dikelolakan.
5
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
Beberapa orang pendidik dan pengkaji di Malaysia telah melakukan penyelidikan
berkaitan pengajaran dan pembelajaran membaca di peringkat rendah, antaranya ialah Atan
Long, Isahak Haron, Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar dan Sofiah Hamid. Berdasarkan kajian
Atan Long (1970 : 24) telah membahagikan kaedah pengajaran asas kepada dua kategori,
iaitu Kaedah Tradisional dan Kaedah Moden.
Kaedah Tradisional terbahagi kepada dua iaitu, Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata.
Kaedah Moden pula terdiri daripada Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik. Kaedah ini
sama seperti kaedah yang dikemukakan oleh Bloomfield dan Fries.
Menurut Atan Long ( 1970 : 23 ), Kaedah Abjad merupakan kaedah paling tua yang
digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca. Para pelajar diajar kesemua dua puluh
enam huruf yang terdapat dalam abjad rumi, iaitu dari a hingga z dengan menggunakan
kaedah ini. Seterusnya pelajar dikehendaki mengeja perkataan, iaitu menyebut nama-nama
huruf yang terkandung dalam satu-satu perkataan yang dibaca Kaedah Suku Kata pula adalah
lanjuatan dariapada Kaedah Abjad. Dalam kaedah ini, huruf-huruf konsonan digabungkan
dengan huruf-huruf vokal untuk membentuk suku kata. Seterusnya suku kata-suku kata yang
dibentuk itu akan digabungkan bagi membentuk perkataan.
Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Seluruh Perkataan pula diperkenalkan di Malaysia
pada akhir tahun empat puluhan. Kaedah ini memberi penekanan terhadap seluruh perkataan
dan bukannya nama huruf atau bunyi. Guru biasanya akan menunjukkan seluruh perkataan
dan berserta gambarnya kepada pelajar.
Kaedah Fonik pula adalah sebagai tindak balas terhadap kegagalan Kaedah Pandang
Sebut. Pelajar yang telah diajar membaca dengan menggunakan Kaedah Pandang Sebut tidak
6
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
boleh membaca perkataan baharu yang tidak diajar oleh guru. Dengan menggunakan Kaedah
Fonik, pelajar akan diajar bunyi-bunyi yang berhubung dengan huruf dan bukannya nama
huruf. Kaedah ini juga mempunyai kelemahannya sama seperti kaedah-kaedah lain.
Atan Long (1970 : 296-297) telah merumuskan kaedah mengajar bacaan dalam kajiannya
iaitu bahan mestilah terdiri daripada seluruh perkataan yang bermakna supaya dapat
menyuburkan minat pelajar. Pada peringkat awal, percerakinan tidak perlu agar pelajar dapat
membina senarai perkataan mudah yang selalu ditemui. Apabila kanak-kanak telah dapat
membina senarai perkataan yang banyak, baharulah pencerakinan perkataan dijalankan.
Akhirnya kebolehan kanak-kanak mengamati keseluruhan perkataan mestilah dikembangkan
sebaik-baiknya untuk mendapatkan makna satu-satu perkataan, rangkai kata atau ayat dengan
tidak memberikan penumpuan kesedaran kepada lambang-lambang yang membawa makna.
Selain itu, Ee Ah Meng ( 2001 : 86), kaedah induktif dalam pengajaran bahasa
melibatkan kaedah mengumpulkan maklumat kemudian membuat kesimpulan. Ini bermakna
guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus
terdiri daripada satu prinsip yang sama. Di dalam situasi pembelajaran yang menggunakan
pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus, diikuti dengan
aktiviti soal jawab untuk membimbing pelajar memerhati, mengenal pasti fakta yang penting
terkandung dalam contoh. Berdasarkan kaedah pengajaran deduktif pula, pengajaran bermula
beberapa rumus, prinsip, hukum atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-
contoh yang khusus. Kaedah ini memerlukan pelajar memperolehi kefahaman yang
mendalam dan pengetahuan yang cukup terhadap prinsip dan hukum yang dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasikan kepada contoh yang khusus (Mok Soon Sang 2001 : 91).
7
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
Dalam prinsip pengajaran berdasarkan kaedah elektif pula, kedua - dua kaedah
pengajaran secara induktif dan deduktif digabungkan bagi menghasilkan strategi pengajaran
yang lebih berkesan, seimbang dan berfaedah. Antara kelebihan kaedah ini ialah ia sesuai
bagi kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dan sifatnya yang fleksibel
membolehkan guru mentadbir pengajaran dengan mudah tanpa terikat dengan teknik-taknik
tertentu ( Kamarudin Hj. Husin 1994 : 89).
Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh setiap
pengkaji tentang kaedah pengajaran asas bacaan adalah bertujuan untuk memberikan panduan
kepada guru-guru bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak
kajian yang telah dijalankan, namun sehingga kini belum terdapat kaedah yang betul-betul
mantap untuk dijadikan pegangan dalam pengajaran membaca permulaan. Setiap pendekatan
dan kaedah yang dikemukankan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
3.0 Metadologi kajian
3.1.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini berbentuk satu kajian eksperimen dengan menggunakan soal selidik. Fenomena
pendidikan yang dikaji ialah penguasaan kemahiran membaca murid LINUS TEGAR . Ia
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa.
Elemen yang dibincangkan dalam bab ini ialah tatacara pengumpulan data dan kaedah data
dikelolakan.
Kajian ini akan dijalankan di daerah Kubang Pasu Kedah.. Sebuah sekolah telah dipilih, iaitu
Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Bendahara. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana sebahagian
8
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
besar daripada muridnya terdiri daripada murid yang datang dari golongan kelas sosial yang
hampir sama. Murid yang dibuat kajian ialah adik Mohd Airul Hakimie bin Mat Nor.
3.1.2 Pendekatan kajian
Matlamat kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teori mentalis, mekanis,
dan kaedah pengajaran bahasa Melayu untuk murid-murid LINUS TEGAR . Oleh itu kajian ini
akan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mendapatkan data penilaian kemahiran bacaan
bahasa Melayu pada akhir sesi pengajaran.
3.1.3Alat kajian
Dalam kajian ini alat pengumpulan data yang digunakan ialah :
i) soal selidik guru
ii) temubual dan pemerhatian
iii) markah ujian penilaian membaca.
Kajian ini juga menggunakan modul pengajaran membaca yang digunakan oleh guru semasa
mengajar. ( rujuk lampiran )
3.1.4 Soal selidik guru
Soal selidik guru terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
mengemukakan soalan - soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B
pula berkaitan dengan pengetahuan dan sikap responden dalam mengaplikasikan teori serta
kaedah pengajaran bacaan bahasa Melayu
9
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
Bahagian A
1. Nama sekolah
2. Jantina
3. Umur
4. Kelulusan akademik
5. Kelulusan iktisas
6. Bidang pengkhususan
7. Pengalaman mengajar di sekolah
8. Pengalaman mengajar pemulihan
9. Kelas yang diajar sekarang
Bahagian B
Bahagian ini adalah membuat pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran
mengikut instrument yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui
pengesanan yang telah dibuat menunjukkan bahawa murid ini selalu tidak hadir ke sekolah.
Kehadiran murid ini ke sekolah kurang daripada 50% setahun. Keputusan peperiksaan murid ini
sepanjang berada dalam Tahun 1 hingga tahun 3 adalah E semuanya. Kini murid ini berada di
Tahun 4, murid ini masih lemah dalam bacaan. Murid ini juga tidak boleh mengajuk bunyi yang
didengar. Murid ini juga menghadapi masalah penglihatan apabila ujian Snellen E dijalankan.
10
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
Semasa guru mengemukakan soalan kefahaman secara lisan daripada bahan yang
diperdengarkan, murid ini tidak boleh menjawab. Murid ini mempunyai masalah daya tumpuan
yang singkat semasa guru mengajar. Murid ini juga menghadapi kesukaran untuk menggunting
kertas, tidak boleh bercerita berpandukan gambar, murid ini keliru konsep arah kanan atau kiri,
depan atau belakang, sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan, tidak boleh mewarna dalam
ruang yang disediakan. Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis amatlah lemah.Murid
ini kerap melakukan kesalahan dalam menyusun abjad dalam perkataan dan keliru untuk
membezakan bunyi abjad yang hamper sama dalam suku kata. Semasa aktiviti bacaan, kesalahan
yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah sering menggugurkan perkataan,
menambah perkataan pada bacaannya, melangkau baris dan menggantikan perkatan dengan
perkataan yang lain. Murid ini juga dikesan sukar menyalin maklumat dari papan tulis.
Tulisannya sukar dibaca dan menulis juga lambat berbanding murid yang sebaya dengannya.
Terdapat juga abjad-abjad tertentu yang ditulis secara terbalik.
3.1.5 Temubual dan Pemerhatian
Sesi temubual dilakukan secara tidak langsung dengan guru besar, guru bahasa Melayu dan
responden yang teribat dalam kajian ini. Segala maklumat yang penting semasa sesi temubual
berlangsung dicatatkan. Guru bahasa Melayu menyatakan bahawa Adik Mohd Airul Hakimie
boleh menyebut nama-nama benda yang ditunjukkan kepadanya. Dia juga dapat menyebut huruf-
huruf yang ditunjukkan kepadanya namun masih terdapat lagi huruf yang masih keliru. Murid ini
juga sudah dapat menulis di dalam garisan pada buku latihan. Murid ini dapat menyebut
beberapa suku kata kvkv tertentu sahaja seperti bo + la = bola.
11
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
3.1.6 Markah Ujian Membaca dan Menulis
Markah ujian membaca dan menulis murid LINUS TEGAR ini diperolehi daripada guru
pemulihan. Ia akan ditadbir dan dianalisis untuk melihat perkaitannya dengan pengetahuan guru
tentang kaedah dan teori dalam pengajaran membaca permulaan. Hasil daripada ujian tahap
penguasaan mengeja, membaca dan menulis menunjukkan murid yang dikaji ini mempunyai
masalah dalam penguasaan ketiga-tiga tahap ini. Maklumat ujian ini akan disertakan dalam
lampiran.
3.1.7 Kaedah Pengumpulan Data
Pengumpulan data dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang
terlibat. Perjumpaan dengan guru pemulihan diadakan bagi mendapatkan kerjasama sepenuhnya.
Banyak maklumat diperolehi daripada guru pemulihan ini tentang murid LINUS ini. Maklumat
yang diperolehi dimasukkan di ruang lampiran. Terdapat juga laporan pegawai perubatan yang
telah dijalankan terhadap muris LINUS ini.
3.1.8 Penganalisisan Data
Setelah semua maklumat dan data yang diperlukan diperolehi, penyelidik akan menganalisis data
tersebut. Data kajian akan dianalisis secara manual. Penyusunan data mentah berdasarkan
kategori tertentu dianalisis menggunakan formula kekerapan / frekuensi. Proses penganalisisan
data tentang maklumat latar belakang guru dan markah ujian akan dijadualkan untuk
memperlihatkan maklumat yang bakal diperolehi.
Guru Pemulihan yang menilai setiap perkembangan murid LINUS TEGAR yang dikaji
ini. Guru pemulihan ini mengisi boring instrument pengesanan murid bermasalah dalam
12
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
pembelajaran. Guru ini mendapat pendidikan perguruan dari Maktab Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang. Opsyen asal guru ini ialah PPAK (AM). Kemudian telah mendapat latihan dalam
pendidikan khas pemulihan selama 14 minggu. Segala maklumat tentang guru pemulihan ini
akan dimasukkan di ruang lampiran.
4.0 Dapatan Kajian
Data diperolehi daripada jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik dan markah
ujian membaca dan menulis akan digunakan untuk menentukan kesan dan pengaruh kaedah
pengajaran guru ke atas pengajaran membaca. Analisis frekuensi kekerapan digunakan untuk
menghuraikan aspek pengetahuan guru tentang psikolinguistik dan kaedah pengajaran untuk
melihat hubungannya dengan pencapaian kemahiran membaca permulaan para pelajar.
Hasil daripada tinjauan tentang hubungan teori psikolinguistik dalam pengajaran dan
pembelajaran membaca permulaan sekolah rendah didapati setiap guru mempunyai
pandangannya yang tersendiri dalam memilih pendekatan dan kaedah pengajaran yang disukai.
Berdasarkan kajian terdapat guru yang memilih pendekatan induktif manakala
sebahagian lain memilih pendekatan deduktif dalam pengajaran. Begitu juga dengan pemilihan
kaedah, ada juga di kalangan guru yang menggunakan gabungan pelbagai kaedah seperti kaedah
fonik dan abjad dalam melaksanakan pengajaran.
Berdasarkan dapatan kajian, faktor pengetahuan tentang teori psikolinguistik mempunyai
hubungan dengan keberkesanan pengajaran membaca permulaan. Pengetahuan tentang proses-
proses yang berlaku semasa seseorang mencuba memahami input bahasa secara tidak langsung
membantu guru membentuk kaedah pengajaran yang terbaik. Pernyataan ini disokong menerusi
pendapat Datuk Haji Hassan b. Ahmad dalam kata aluan Pengantar Psikolinguistik Moden (1987
13
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
: V), masalah pengajaran bahasa dan pengajaran membaca permulaan ialah masalah
psikolinguistik dan seharusnya diselesaikan dengan prinsip-prinsip psikolinguistik .
5.0 Rumusan Kajian Kes
Hasil daripada kajian tinjauan berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan dalam pengajaran
membaca permulaan sekolah rendah, terdapat beberapa kesimpulan yang dibuat iaitu Guru
mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kebolehan pelajar-pelajarnya. Kebanyakan guru mengamalkan teori efektif
(campuran teori mentalis dan mekanis) dalam pengajaran membaca permulaan. Majoriti guru
yang mengajar subjek bahasa Melayu bukanlah terdiri daripada guru opsyen bahasa Melayu.
Perkara ini merugikan pihak guru dan juga pelajar. Kaedah pengajaran guru selalunya tidak
mengambil kira tahap awal penguasaan pelajar dalam membaca. Hasil kajian yang dibuat juga
menunjukkan bahawa latar belakang keluarga yang miskin juga mempengaruhi masalah
pembelajaran murid ini. Pemakanan yang tidak berkhasiat membuatkan tahap pertumbuhan otak
kanak-kanak terbantut sejak kecil.
14
[KAJIAN KES:KAEDAH PENGAJARAN AWAL MEMBACA DAN MENULIS] SGRS 3033
Rujukan
Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct
Art Compony.
Abdul Aziz Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Selangor : Utusan Publications.
Ahmad Fuad Hashim (1983). Psikolinguistik dan Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Atan Long (1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Azhar M. Simim (1990). Psikolinguistik Bahasa, Akal, Budi dan Dunia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Azman Wan Chik (1982). Trend-Trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik (ed) (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
15